Visa umrah menjadi topik perbualan hangat di media sosial apabila ramai warganet berkongsi pengalaman mencabar ketika membantu ibu bapa warga emas memohon visa umrah dan haji Arab Saudi melalui aplikasi rasmi yang ditetapkan kerajaan Saudi.

Proses yang melibatkan pengesahan identiti, imbasan pasport, cap jari sepuluh jari serta pengambilan swafoto ini nyata menguji kesabaran, khususnya apabila berdepan dengan faktor usia dan kekangan teknologi.

Di Threads, ramai anak-anak meluahkan pengalaman terpaksa mencuba berkali-kali kerana sistem gagal mengesan cap jari warga emas yang semakin pudar.

Ada yang mengambil masa sehingga beberapa hari, malah terpaksa bertukar peranti kerana aplikasi memerlukan telefon berteknologi NFC serta kamera berkualiti tinggi.

Isu visa umrah ini bukan sahaja menyentuh aspek teknikal, tetapi turut membuka perbincangan tentang empati dan tanggungjawab anak terhadap ibu bapa.

Warganet kongsi tips mohon visa umrah

Menariknya, warganet tidak sekadar meluahkan rasa kecewa, sebaliknya turut berkongsi pelbagai tips praktikal bagi memudahkan proses permohonan visa umrah.

visa umrah

Antaranya memastikan pencahayaan semula jadi yang baik ketika imbasan, menggunakan telefon dengan kamera resolusi tinggi, serta satu tip yang mencuri perhatian iaitu menggunakan pensel.

visa umrah

Ada yang mencadangkan agar jari warga emas digosok pada kertas yang dilorek pensel supaya corak cap jari lebih jelas dan mudah dikesan sistem.

visa umrah

Kaedah ringkas ini dikatakan banyak membantu, malah ada yang berjaya selepas beberapa kali gagal.

Ada juga yang berkongsi pengalaman menggunakan dakwat cop jari seperti yang biasa digunakan untuk tandatangan rasmi.

visa umrah

Walaupun kelihatan remeh, tips ini sangat bermakna buat keluarga yang sedang berusaha memastikan ibu bapa mereka dapat menunaikan ibadah ke Tanah Suci.

ARTIKEL BERKAITAN: Hati-Hati Dengan Kata-Kata di Tanah Haram, Ucapan Negatif Boleh Kurangkan Keberkatan Umrah & Solat

Setiap kesukaran adalah medan pahala

Namun di sebalik perbincangan tentang visa umrah, Islam mengajar umatnya agar melihat ujian ini dari sudut yang lebih besar.

Setiap kesukaran yang dihadapi ketika membantu ibu bapa adalah medan pahala jika disertai dengan sabar dan niat yang ikhlas. Rasulullah SAW bersabda:

رِضَا الرَّبِّ فِي رِضَا الْوَالِدِ، وَسَخَطُ الرَّبِّ فِي سَخَطِ الْوَالِدِ

Maksudnya: “Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa, dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa.” (Riwayat al-Tirmizi)

Isu visa umrah yang menguji ini seharusnya menjadi peringatan bahawa berbakti kepada ibu bapa bukan hanya pada saat mereka sihat dan berdikari, tetapi lebih utama ketika mereka lemah dan memerlukan bantuan penuh. Allah SWT berfirman:

وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حُسْنًا

Maksudnya: “Dan Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya.”
(Surah al-‘Ankabut, ayat 8)

Ramai warganet turut mengingatkan agar anak-anak tidak mudah berputus asa atau meninggikan suara ketika membantu proses permohonan visa umrah.

visa umrah

Ada yang mengakui pengalaman tersebut mengundang air mata, namun akhirnya menjadi kenangan berharga apabila melihat ibu bapa tersenyum lega setelah permohonan berjaya.

Dalam konteks ibadah, kesabaran ini sangat bernilai. Rasulullah SAW bersabda:

وَمَا أُعْطِيَ أَحَدٌ عَطَاءً خَيْرًا وَأَوْسَعَ مِنَ الصَّبْرِ

Maksudnya: “Tidaklah seseorang diberikan suatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas daripada kesabaran.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hakikatnya, perjalanan ibadah umrah dan haji tidak bermula ketika kaki melangkah ke Tanah Suci, tetapi sejak awal persiapan, termasuk mengurus visa umrah dengan penuh sabar dan kasih sayang.

Setiap usaha membantu ibu bapa, walaupun sekadar mengulang imbasan cap jari atau mengambil gambar wajah berkali-kali, adalah amal soleh yang dicatat di sisi Allah SWT.

Akhirnya, isu visa umrah yang tular ini mengingatkan kita bahawa teknologi hanyalah alat, manakala nilai kemanusiaan dan akhlak tetap menjadi teras.

Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan semua jemaah, mengurniakan kesabaran kepada anak-anak yang berbakti, serta menerima ibadah umrah dan haji sebagai amal yang mabrur.

Sumber: ainazhm

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta Kabel Hira Bakal Tingkatkan Pengalaman Ziarah Jemaah Haji & Umrah Ke Tapak Sejarah Wahyu Pertama Nabi

Ikuti kami, Waktu Solat Malaysia di semua platform untuk dapatkan lebih banyak info bermanfaat:

Facebook: https://www.facebook.com/waktusolatmsia

Instagram: https://www.instagram.com/waktusolatmy

X: https://x.com/WaktuSolatMsia

WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va9S1HR6xCSNywYivK28

Telegram: https://t.me/waktusolat_my

TikTok: https://www.tiktok.com/@waktusolatmy

Threads: https://www.threads.com/@waktusolatmy

Sebagai penambahbaikan, kami ingin mendengar maklum balas anda tentang portal, artikel dan topik di Waktu Solat Malaysia. Sila luangkan sedikit masa untuk mengisi borang maklum balas di sini: https://forms.gle/cKnytmoA25T33hth9. Terima kasih atas sokongan anda!