
Bersempena Ramadan 2026, Penang Marriott Hotel memperkenalkan bufet istimewa bertemakan “A Journey Through Nusantara Flavours” yang meraikan kepelbagaian warisan kulinari serantau.
Berlangsung dari 23 Februari hingga 19 Mac 2026, setiap Ahad hingga Jumaat bermula jam 6.30 petang hingga 10.30 malam di restoran Sago, bufet Penang Marriott Hotel ini menjanjikan pengalaman berbuka puasa yang menggabungkan rasa tradisi dengan sentuhan moden dalam suasana elegan dan selesa.
Kolaborasi eksklusif Penang Marriott Hotel ini menghimpunkan Chef Nor Ismail bersama Chef Fauzan Evantoro dari Yogyakarta Marriott Hotel.
Gabungan kepakaran kedua-dua cef ini menghasilkan sajian autentik Indonesia dan Melayu yang diperkaya dengan teknik kulinari kontemporari tanpa menghilangkan identiti asal masakan Nusantara.
Setiap hidangan disediakan dengan teliti, menampilkan penggunaan rempah ratus, herba segar dan kaedah masakan tradisional yang membangkitkan aroma serta cita rasa tersendiri.
Antara pembuka selera yang ditawarkan termasuk stesen sate dengan pilihan daging dipanggang sempurna bersama kuah kacang pekat, selain rojak buah yang menyegarkan.
Hidangan utama pula menjadi tumpuan dengan sajian istimewa seperti Gudeg nangka muda yang dimasak perlahan, Rawon Sapi berkuah hitam berempah dari Jawa Timur serta Tahu Tek yang menggabungkan tauhu goreng, lontong dan sos kacang yang enak.

Bufet ini turut menampilkan stesen Roast Delights dengan pilihan daging panggang, makanan laut rangup di Crisp & Crunch Seafood Station, serta pelbagai sup dan gulai berempah.
Hidangan nasi seperti Nasi Padang dan aneka lauk tradisional Melayu dan Indonesia menambah kepelbagaian pilihan. Bagi penggemar mi, Mee Goreng Mamak Style yang dimasak panas turut disediakan.
Sebagai pelengkap, pilihan pencuci mulut tradisional seperti kuih-muih, manisan tempatan serta hidangan istimewa seperti Es Palu Butung dan Wedang Ronde memberikan sentuhan manis yang menyempurnakan pengalaman berbuka.
Ditawarkan pada harga RM178 nett bagi dewasa, RM98 nett untuk warga emas dan RM68 nett bagi kanak-kanak, bufet Ramadan ini sesuai untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan dalam suasana hospitaliti bertaraf antarabangsa di Penang Marriott Hotel.