Monkeys Canopy Resort

Lot 683, Jalan Persiaran Bukit Enggang, Sg Long Hill, Sungai Long 43000 Cheras, Selangor

Lot 683, Jalan Persiaran Bukit Enggang, Sg Long Hill, Sungai Long 43000 Cheras, Selangor

Monkeys Canopy Resort

Terletak di Sungai Long, Monkeys Canopy Resort memperkenalkan Bufet Ramadan bertemakan “Sentuhan Citarasa Nostalgia”, sebuah sajian istimewa yang mengangkat warisan masakan tradisional Melayu dan kepelbagaian cita rasa serantau dalam suasana yang meriah dan penuh kehangatan.

Bufet ini akan berlangsung dari 25 Februari hingga 18 Mac 2026 dan disajikan di Sticks & Baron Café, dalam tempoh kempen Ramadan.

Menggabungkan elemen tradisi dan sentuhan moden, bufet ini direka bukan sekadar sebagai hidangan berbuka puasa, malah sebagai satu pengalaman gastronomi yang membangkitkan kenangan lama melalui rasa dan aroma masakan kampung.

Setiap hidangan dipilih dan diolah dengan teliti bagi memastikan keseimbangan antara keaslian resipi turun-temurun dan citarasa kontemporari.

Antara tarikan utama termasuk Ayam Salai Lemak Cili Padi yang kaya dengan rasa berempah dan lemak santan yang pekat, Kuzi Kambing yang lembut serta penuh aroma rempah, serta Paru Berlado Pedas yang pasti memikat penggemar masakan tradisional.

Tidak ketinggalan, Patin Tempoyak yang menampilkan gabungan rasa masam dan lemak yang unik, serta Gulai Telur Itik yang membangkitkan selera.

Bufet ini turut menawarkan pelbagai pilihan lain seperti Rojak & Pecal Nusantara yang segar dan berwarna-warni, selain hidangan Barat seperti aneka pasta untuk memenuhi selera pelbagai lapisan tetamu.

Monkeys Canopy Resort

Nasi Ayam Hainan klasik turut disediakan sebagai pilihan yang digemari ramai, manakala Kambing Panggang Maharaja menjadi antara sajian istimewa yang disediakan secara eksklusif untuk menambah kemeriahan berbuka.

Menurut Pengarah Jualan resort, konsep “Sentuhan Citarasa Nostalgia” menekankan pengalaman menjamu selera yang menyatukan warisan tempatan dengan suasana perayaan Ramadan yang harmoni.

Para tetamu bukan sahaja dapat menikmati kepelbagaian hidangan, malah berpeluang merasai layanan mesra dan suasana nyaman yang sesuai untuk majlis berbuka puasa bersama keluarga, rakan sekerja dan sahabat handai.

Bufet Ramadan ini ditawarkan secara tempahan sepanjang tempoh kempen. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, orang ramai boleh menghubungi pihak resort bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Dengan gabungan hidangan tradisional yang membangkitkan kenangan serta sentuhan moden yang menyegarkan, Monkeys Canopy Resort menjanjikan pengalaman berbuka puasa yang istimewa dan bermakna sepanjang Ramadan tahun ini.

Monkeys Canopy Resort

25 Feb - 18 Mac 2026
6:30pm - 9:30pm
Dewasa :
RM145
Warga Emas / OKU :
(60 tahun ke atas)
RM80
Kanak - kanak :
RM80
Tempah sekarang