Putrajaya International Convention Centre

Putrajaya International Convention Centre, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Presint 5, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Putrajaya International Convention Centre, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Presint 5, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Putrajaya International Convention Centre

Bersempena bulan Ramadan 2026, Putrajaya International Convention Centre mempersembahkan Bufet Ramadan “Cita Rasa Klasik – Selera Desa”, sebuah pengalaman berbuka puasa yang mengangkat keunikan masakan kampung Melayu dengan sentuhan nostalgia yang memikat selera.

Berlangsung dari 20 Februari hingga 20 Mac 2026, setiap hari dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam, bufet ini menjanjikan hidangan yang menyatukan rasa tradisional dengan suasana mesra keluarga.

Menampilkan lebih 200 jenis hidangan, bufet ini mengetengahkan pelbagai sajian klasik yang diinspirasikan daripada resipi turun-temurun.

Antara hidangan utama yang menjadi tumpuan termasuk Ayam Pasu yang dimasak dengan teknik tradisional, Udang Gulai Nenas yang menggabungkan rasa lemak dan masam, serta Ayam Masak Lemak Daun Pegaga yang kaya dengan aroma herba tempatan.

Sup Tulang Rawan pula menawarkan rasa berempah yang mendalam, melengkapkan pilihan lauk-pauk tradisional Melayu yang lain.

Selain itu, stesen masakan secara langsung turut menjadi tarikan utama, membolehkan tetamu menikmati hidangan panas yang disediakan segar di hadapan mata.

Antaranya termasuk Char Kuey Teow, Kambing Panggang gaya Arab yang berjus dan lembut, serta Roti Canai dan Murtabak yang digoreng panas.

Stesen ini menambah elemen interaktif dan kemeriahan dalam pengalaman berbuka puasa.

Bufet ini turut menampilkan pelbagai hidangan tradisional dan nostalgia seperti aneka lauk kampung berempah, masakan kawah dan gulai klasik yang dekat dengan citarasa rakyat Malaysia.

Setiap hidangan diolah untuk mengekalkan keaslian rasa, sekali gus membangkitkan kenangan berbuka puasa di kampung halaman.

Bagi pencuci mulut, tetamu boleh menikmati pelbagai manisan tradisional seperti Serawa dan Pulut Durian, kuih-muih klasik, serta pilihan kek dan pastri.

Hidangan seperti Chocolate Bread Butter Pudding turut disediakan bagi mereka yang menggemari sentuhan moden dalam pencuci mulut.

Ditawarkan pada harga RM110 nett bagi dewasa serta RM60 nett untuk warga emas dan kanak-kanak, bufet ini turut menyediakan tawaran early bird yang lebih menjimatkan.

Dengan konsep santai berinspirasikan suasana desa serta pilihan hidangan yang pelbagai, bufet Ramadan di Putrajaya International Convention Centre ini menjadi pilihan ideal untuk menikmati juadah berbuka bersama keluarga dan rakan-rakan.

20 Feb - 20 Mac 2026
6:30pm - 10:30pm
Dewasa :
RM110
Warga Emas / OKU :
(60 tahun ke atas)
RM60
Kanak - kanak :
RM60
Tempah sekarang