Amalan solat tahajjud merupakan seulas rindu yang didekatkan oleh seorang hamba kepada Penciptanya di keheningan malam saat manusia lain sedang nyenyak dibuai mimpi.

Detik syahdu bangun di sepertiga malam dan melakukan solat tahajjud ini bukan sekadar waktu untuk mengadu nasib atau memohon doa, tetapi ia adalah ruang paling intim untuk menyucikan jiwa yang sarat dengan khilaf.

Namun, tahukah korang bahawa sebelum kita mengangkat takbir solat tahajjud, ada satu amalan sunnah yang sangat indah yang pernah diamalkan oleh Baginda Rasulullah SAW untuk menghidupkan hati kita sebelum mula beribadah?

Pendakwah tersohor dari Indonesia, Ustaz Adi Hidayat pernah menitipkan pesanan agar kita membiasakan diri membaca Surah Ali Imran, khususnya ayat 190 hingga 200, sebagai zikir dan tadabbur awal sebelum mendirikan solat tahajjud tersebut.

Pesanan Ustaz Adi Hidayat Mengenai Persediaan Solat Tahajjud

solat tahajjud

Berdasarkan perkongsian dan tausiyah daripada Ustaz Adi Hidayat, amalan membaca 10 ayat terakhir daripada Surah Ali Imran ini berfungsi sebagai satu bentuk ‘pemanas iman’ atau zikir pembuka sebelum memulakan solat tahajjud.

Ramai dalam kalangan umat Islam yang telah mengamalkan petua ibadah ini mengakui bahawa kualiti khusyuk ketika solat tahajjud menjadi sangat berbeza.

Ayat-ayat ini mengandungi rahsia penciptaan langit dan bumi yang mampu mengejutkan jiwa yang hambar, sekali gus mempersiapkan mental dan rohani kita untuk berdiri menghadap Allah SWT dalam keadaan hati yang benar-benar hadir (hadirul qalb).

Sebelum korang capai kain pelikat atau telekung, duduklah sejenak di birai katil dan bacalah ayat-ayat suci ini dengan penuh penghayatan.

Berikut bait-bait 10 ayat dari Surah Ali-Imran:

Ayat 190
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ ﴿١٩٠﴾
Rumi: Inna fii khalqis samaawaati wal ardi wakhtilaafil laili wannahaari la aayaatil li ulil albaab.
Maksud: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.

Ayat 191
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ﴿١٩١﴾
Rumi: Allaziina yazkuroonal laaha qiyaamanw wa qu’oodanw wa ‘alaa junoobihim wa yatafakkaroona fii khalqis samaawaati wal ardi Rabbanaa maa khalaqta haaza baatilan Subhaanaka faqinaa ‘azaaban Naar.
Maksud: (Yaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.”

Ayat 192
رَبَّنَا إِنَّكَ مَنْ تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ ۖ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ ﴿١٩٢﴾
Rumi: Rabbanaaa innaka man tudkhilin naara faqad akhzaitah; wa maa lizzaalimiina min ansaar.
Maksud: “Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun.”

Ayat 193
رَبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلْإِيمَانِ أَنْ آمِنُوا بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا ۚ رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنْا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الْأَبْرَارِ ﴿١٩٣﴾
Rumi: Rabbanaaa innanaa sami’naa munaadiyan yunaadii lil iimaani an aaminoo bi Rabbikum fa aamannaa; Rabbanaa faghfir lanaa zunoobanaa wa kaffir ‘annaa sayyi aatinaa wa tawaffanaa ma’al abraar.
Maksud: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: `Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu’, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang soleh).”

Ayat 194
رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدْتَنَا عَلَىٰ رُسُلِكَ وَلَا تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ الْمِيعَادَ ﴿١٩٤﴾
Rumi: Rabbanaa wa aatinaa maa wa’attanaa ‘alaa rusulika wa laa tukhzinaa Yawmal Qiyaamah; innaka laa tukhliful mii’aad.
Maksud: “Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak pernah memungkiri janji.”

Ayat 195
فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لَا أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِنْكُمْ مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَىٰ ۖ بَعْضُكُمْ مِنْ بَعْضٍ ۖ فَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَأُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُوا وَقُتِلُوا لَأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلَأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ثَوَابًا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ ﴿١٩٥﴾
Rumi: Fastajaaba lahum Rabbuhum annii laaa udiio’u ‘amala ‘aamilim minkum min zakarin aw unthaa ba’dukum mim ba’d; fallaziina haajaroo wa ukhrijoo min diyaarihim wa oozoo fii sabiilii wa qaataloo wa qutiloo la ukaffiranna ‘anhum sayyi aatihim wa la udkhilannahum jannaatin tajrii min tahtihal anhaaru thawaabam min ‘indillaah; wallaahu ‘indahoo husnuth thawaab.
Maksud: Maka Tuhan mereka memperkenankan doa mereka (dengan firmanNya): “Sesungguhnya Aku tidak akan mensia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain. Maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya), dan yang diusir keluar dari tempat kediamannya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan jalan AgamaKu, dan yang berperang (untuk membela Islam), dan yang terbunuh (syahid) – sesungguhnya Aku akan menghapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala balasan dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala balasan yang sebaik-baiknya.”

Ayat 196
لَا يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي الْبِلَادِ ﴿١٩٦﴾
Rumi: Laa yaghurrannaka taqallubul laziina kafaroo fil bilaad.
Maksud: Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) diperdayakan oleh kebebasan bergerak orang-orang kafir (yang makmur) di dalam negeri.

Ayat 197
مَتَاعٌ قَلِيلٌ ثُمَّ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ ۚ وَبِئْسَ الْمِهَادُ ﴿١٩٧﴾
Rumi: Mataa’un qaliilun thumma ma’waahum Jahannam; wa bi’sal mihaad.
Maksud: (Semua kemewahan) itu hanyalah kesenangan yang sedikit (dan sementara waktu sahaja), kemudian tempat kembali mereka ialah neraka Jahanam; dan itulah seburuk-buruk tempat istirahat.

Ayat 198
لَٰكِنِ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ لَهُمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا نُزُلًا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ ۗ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ لِلْأَبْرَارِ ﴿١٩٨﴾
Rumi: Laakinil laziinat taqaw Rabbahum lahum jannaatun tajrii min tahtihal anhaaru khaalidiina fiihaa nuzulam min ‘indillaah; wa maa ‘indallaahi khayrul lil abraar.
Maksud: Tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka, mereka beroleh syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, sebagai tempat sambutan tetamu (yang disediakan) dari sisi Allah. Dan (ingatlah) apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang berbakti (yang soleh).

Ayat 199
وَإِنَّ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَمَنْ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَمَا أُنْزلَ إِلَيْكُمْ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِمْ خَاشِعِينَ لِلَّهِ لَا يَشْتَرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ ثَمَنًا قَلِيلًا ۗ أُولَٰئِكَ لَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ ﴿١٩٩﴾
Rumi: Wa inna min Ahlil Kitaabi lamany yu’minu billaahi wa maaa unzila ilaikum wa maaa unzila ilaihim khaashi’iina lillaahi laa yashtaroona bi aayaatillaahi thamanan qaliilaa; ulaaa’ika lahum ajruhum ‘inda Rabbihim; innallaaha sarii’ul hisaab.
Maksud: Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab, ada orang yang beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Quran) dan kepada apa yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka khusyuk serta tunduk taat kepada Allah dengan tidak menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit (untuk mendapat keuntungan dunia). Mereka itu akan beroleh pahala balasannya di sisi Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisabNya.

Ayat 200
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ﴿٢٠٠﴾
Rumi: Yaaa aiyuhal laziina aamanus biroo wa saabiroo wa raabitoo wattaqul laaha la’allakum tuflihoon.
Maksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).

Dalil Sahih Amalan Rasulullah SAW Sebelum Solat Tahajjud

Rutin membaca lembaran akhir Surah Ali Imran sebelum solat tahajjud ini bukannya rekaan, malah ia mempunyai sandaran dalil riwayat yang sangat sahih daripada kitab muktabar.

Sahabat Nabi, Ibnu Abbas R.A pernah menceritakan pengalaman beliau sendiri ketika bermalam di rumah ibu saudaranya, Maimunah R.Anha (isteri Nabi SAW).

Dalam hadis tersebut, dinyatakan keadaan Baginda SAW ketika bangun daripada tidur pada waktu malam:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: بِتُّ فِي بَيْتِ مَيْمُونَةَ، فَقَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا كَانَ نِصْفُ اللَّيْلِ أَوْ قَبْلَهُ بِقَلِيلٍ أَوْ بَعْدَهُ بِقَلِيلٍ، اسْتَيْقَظَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَلَسَ يَمْسَحُ النَّوْمَ عَنْ وَجْهِهِ بِيَدِهِ، ثُمَّ قَرَأَ الْعَشْرَ الآيَاتِ الْخَوَاتِيمَ مِنْ سُورَةِ آلِ عِمْرَانَ

Maksudnya: “Daripada Ibnu Abbas R.A, beliau berkata: Aku pernah bermalam di rumah mak cikku, Maimunah. Apabila tiba waktu tengah malam, atau sebelum atau selepasnya sedikit, Nabi SAW bangun daripada tidur lalu duduk dan mengusap kesan tidur pada wajahnya dengan tangan baginda. Kemudian baginda membaca sepuluh ayat terakhir daripada Surah Ali Imran.” (Riwayat al-Bukhari, no. 4570 & Muslim, no. 763)

Hadis di atas membuktikan dengan jelas bahawa membaca ayat-ayat suci ini sejurus selepas bangun tidur merupakan satu sunnah filiyyah (perbuatan) Nabi SAW yang sangat dituntut sebelum seseorang itu membersihkan diri untuk mendirikan solat tahajjud.

Keutamaan Tadabbur Solat Tahajjud

Membahasakan isu ini dari sudut pandangan hukum fiqah, para ulama besar termasuklah Imam An-Nawawi Rahimahullah telah memberikan syarah yang sangat mendalam mengenai hadis qiyamul lail tersebut.

Menurut beliau, amalan membaca ayat 190 hingga 200 daripada Surah Ali Imran disunnahkan sebaik sahaja seseorang itu terjaga dari tidur untuk bersiap-siap mendirikan solat tahajjud.

  • Menghidupkan Jiwa yang Lalai: Tujuan utama membaca ayat ini adalah untuk mentadabbur maknanya yang menyentuh tentang keagungan ciptaan Allah, pergantian siang dan malam, serta sifat orang-orang yang berakal (ulul albab) sebelum solat tahajjud.
  • Membuang Rasa Mengantuk: Proses membaca teks Al-Quran secara tertib pada awal bangun tidur dapat membantu minda kita menjadi lebih cergas dan fokus, sekali gus menghilangkan rasa malas untuk melaksanakan solat tahajjud.
  • Meneladani Sifat Nabi: Sebagai umat Baginda, menghidupkan malam dengan solat tahajjud bagi menambah pahala dan keberkatan dalam amalan malam kita.

Cara Praktikal Mengamalkan Sunnah Sebelum Solat Tahajjud

Bagi korang yang mahu berjinak-jinak mengamalkan sunnah yang dikongsikan oleh Ustaz Adi Hidayat ini, korang boleh mengikut turutan praktikal yang mudah ini setiap kali mahu mengerjakan solat tahajjud.

  1. Duduk dan Berzikir: Sebaik sahaja terjaga daripada tidur malam, duduklah terlebih dahulu dan sapu muka untuk menghilangkan rasa mengantuk sambil membaca doa bangun tidur.
  2. Membaca 10 Ayat Terakhir Ali Imran: Pandanglah ke arah langit (atau siling rumah) dan mulakan bacaan dari ayat 190 (إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ) sehinggalah ayat terakhir iaitu ayat 200.
  3. Ambil Wuduk dan Solat: Selesai membaca, barulah korang menuju ke bilik air untuk berwuduk dengan sempurna dan terus mendirikan solat tahajjud sekurang-kurangnya dua rakaat.

Insya-Allah, dengan melakukan persediaan rohani sebegini, kualiti solat tahajjud kita akan terasa lebih luar biasa, syahdu, dan dipenuhi ketenangan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Jadikan amalan ini sebagai rutin malam korang bermula hari ini!

Sumber: Threads Faridmukramin

BACA JUGA: Belum Dapat Kerja, Tertekan, Sakit Atau Menunggu Jodoh? Solat Tahajjud Jawapan Paling Mustajab

BACA JUGA: Sah Ke Solat Tahajjud Kalau Tak Tidur Langsung? Ramai Rupanya Salah Faham Selama Ini

BACA JUGA: Sukar Bangun Malam? Ini Cara Konsisten Tahajjud Paling Menjadi Buat Anda Yang Selalu Terbabas Tidur

Ikuti kami, Waktu Solat Malaysia di semua platform untuk dapatkan lebih banyak info bermanfaat:

Facebook: https://www.facebook.com/waktusolatmsia

Instagram: https://www.instagram.com/waktusolatmy

X: https://x.com/WaktuSolatMsia

WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va9S1HR6xCSNywYivK28

Telegram: https://t.me/waktusolat_my

TikTok: https://www.tiktok.com/@waktusolatmy

Threads: https://www.threads.com/@waktusolatmy

YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCNBD0UlKUCbUHm-VmXWozEw

Muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia melalui App Store atau Play Store hari ini.

Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Kotak Luahan, ruang selamat dan ‘anonymous’ untuk anda berkongsi pertanyaan, keresahan, pengetahuan atau pandangan berkaitan agama dan kehidupan.

Luahkan di: https://www.waktusolat.digital/kotak-luahan/

Kerana kadang-kadang, meluah itu membuat hati rasa lega!

Sekiranya anda ada maklum balas anda tentang portal, artikel dan topik di Waktu Solat Malaysia, hantar ke: https://forms.gle/cKnytmoA25T33hth9