Salah satu kewajipan utama dalam agama Islam adalah menjalankan ibadah solat.
Solat bukan hanya kumpulan gerakan bada semata, ianya ibadah yang melibatkan
hati, fikiran dan jiwa. Rukun solat adalah elemen-elemen pokok yang harus dipenuhi
dalam setiap rakaat solat. Berikut adalah 13 rukun solat yang menjadi asas utama
dalam melaksanakan ibadah solat.

  1. Niat
    Sebelum menunaikan solat, niat harus dibaca sebagai tanda kesungguhan
    dan kekhusyukan dalam beribadah kepada Allah SWT.
  2. Berdiri dengan tegak
    Menekan pada posisi berdiri tegak yang menjadi posisi awal dalam setiap
    rakaat solat.
  3. Takbiratul Ihram
    Solat dimulai dengan takbiratul ihram, iaitu mengangkat tangan sambil
    mengucapkan ”Allahu Akbhar” sebagai tanda memulakan ibadah.
  4. Membaca Al-Fatihah
    Membaca Surah Al-Fatihah adalah rukun yang sangat penting dalam setiap
    rakaat solat.
  5. Rukuk berserta Thomakninah
    Rukun ini melibatkan gerakan tubuh yang dilakukan dengan membungkuk,
    menegaskan kepatuhan dan ketaatan kepada Allah.
  6. I’tidal beserta Thomakninah
    Setelah rukuk, rukun solat ini melibatkan berdiri tegak seketika sebelum
    melanjutkan ke rakaat berikutnya.
  7. Sujud berserta Thomakninah
    Rukun ini melibatkan dua sujud yang menunjukkan kehambaan dan
    kerendahan hati di hadapan Allah.
  8. Duduk di Antara Dua Sujud beserta Thomakninah.
    Setelah sujud pertama, duduk seketika sebelum melakukan sujud kedua.
  9. Tahiyat Akhir
    Setelah dua rakaat bacaan tahiyat akhir dibacakan.
    10.Membaca Tahiyat Akhir
    Rukun ini dilakukan pada rakaat terakhir sebelum selawat keatas nabi
    11.Membaca Selawat
    Rukun ini dibacakan sebelum memberikan salam
    12.Memberi Salam
    Mengakhiri solat dengan memberikan salam ke kanan dan kiri, menunjukkan
    akhir dari ibadah.
    13.Tertib
    Pelaksanaan rukun solat harus dilakukan secara berurutan dan teratur.

Pentingnya memahami dan melaksanakan rukun solat
Memahami dan melaksanakan 13 rukun solat dengan penuh khusyuk adalah kunci
utama dalam menjalankan ibadah solat. Rukun solat bukan hanya kewajipan, tetapi
juga cara untuk mendekatkan diri kepada Allah, membersihkan jiwa, dan
memperkuat ikatan spiritual antara hamba dan Pencipta. Dengan memerhatikan
setiap rukun solat, umat Islam mendapakan nilai ibadah solat dan meraih
keberkahan dari Allah.