Wudhu dan doa adalah dua aspek penting dalam praktik ibadah Islam. Wudhu merupakan
kewajiban bersuci sebelum melaksanakan Solat, sementara doa adalah cara berkomunikasi
langsung antara orang Islam dengan Allah.
Berikut adalah cara ambil wuduk ringkas yang meliputi wajib sahaja:

  1. Berniat ketika meratakan air ke seluruh muka.
  2. Membasuh muka. Had atau batasan muka yang wajib dibasuh adalah dari tempat
    tumbuh rambut di sebelahatas sehingga sampai kedua-dua tulang dagu sebelah
    bawah dan lintangannya adalah dari anak telinga hingga ke anak telinga.
  3. Membasuh kedua-dua tangan hingga kedua-dua belah siku. Bagi individu yang tiada
    siku disunatkan membasuh hujung anggota yang ada.
  4. Menyapu sedikit kepala. Boleh disapu di ubun-ubun atau lain-lain bahagian rambut
    yang ada di dalam had atau kawasan kepala, tetapi yang utamanya adalah menyapu
    seluruh kepala.
  5. Membasuh kedua-dua belah kaki hingga ke kedua-dua belah buku lali.
  6. Tertib, iaitu melakukan perbuatan itu daripada yang pertama hingga akhir dengan
    teratur.
    Wudhu bukan sekadar tindakan fizik, tetapi juga sebagai satu bentuk penyucian diri sebelum
    berhadapan dengan Allah.

Doa dalam Wudhu:

“Ashhadu an la ilaha illallah, wa ashhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuluh.”

Artinya: “Aku bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi bahwa
Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya.”

Wudhu dan doa adalah sebahagian dalam ibadah orang Islam. Wudhu memberikan kesucian
badan dan rohani sementara doa adalah langkah langsung untuk berkomunikasi dengan
Allah. Dengan menjaga keseimbangan antara dua ini, seorang Muslim dapat mendekatkan
diri kepada Allah dan memperkuatkan ketaqwaannya dalam kehidupan seharian