Panggilan menuju ke Tanah Suci Makkah dan Madinah bukan sekadar perjalanan biasa, tetapi satu jemputan agung daripada Allah SWT yang hadir sekali seumur hidup bagi insan-insan bertuah.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 197:

“Dan bawalah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu ialah takwa…”

Tatkala kaki mula melangkah menjejak bumi yang berkat, perkara pertama yang terlintas di fikiran jemaah mahupun keluarga di tanah air adalah kepastian keselamatan dan kesihatan.

Pertanyaan mesra seperti “Dah selamat sampai ke?” atau “Sihat ke di sana?” menjadi lambang kerinduan dan kasih sayang yang berterusan.

Pada waktu-waktu penuh bermakna ini, kemudahan untuk sentiasa berhubung bukan lagi satu kehendak, malah menjadi keperluan penting bagi memastikan ketenteraman hati jemaah ketika beribadah, di samping membolehkan sanak saudara menghulurkan doa dari kejauhan.

Isu Kos Tinggi Dan Kerumitan Di Lapangan Terbang

Niat di hati pasti mahu terus berkongsi khabar gembira bersama keluarga sebaik sahaja mendarat di bumi Saudi.

Walau bagaimanapun, hakikatnya kebanyakan jemaah perlu mengambil kira kos perayauan (roaming) yang boleh menjadi tinggi apabila berada di luar negara. 

Secara purata, jemaah terpaksa berbelanja sekitar RM120 hingga RM180 semata-mata untuk membeli pas perayauan atau kad SIM fizikal di lapangan terbang tempatan.

Bukan itu sahaja, keadaan fizikal yang letih selepas penerbangan jauh sering menyukarkan jemaah apabila terpaksa beratur panjang di kaunter dan pening memikirkan tetapan telefon pintar masing-masing.

Senario ini secara tidak langsung boleh mengganggu fokus dan ketenangan awal ibadah yang sepatutnya diisi dengan zikir dan doa.

Ketenangan Ibadah Melalui Inisiatif Tune Talk

Memahami betapa bernilainya setiap detik suci yang dihabiskan di sana, Tune Talk membawakan penawaran E-Perayauan Percuma ke Arab Saudi yang diintegrasikan secara terus di dalam pelan Epik+ 50, Epik+ Family, dan Epik+ Family Safe.

Menerusi penawaran ini, para jemaah yang layak boleh menarik nafas lega dengan penjimatan sekitar RM120 hingga RM180, tanpa perlu memperuntukkan kos tambahan untuk membeli pas perayauan atau kad SIM tempatan. 

Tiada lagi keperluan untuk menukar kad SIM fizikal atau beratur panjang di lapangan terbang. 

Sambungan data tempatan sedia ada akan diaktifkan secara automatik sebaik sahaja tiba di Tanah Suci tertakluk kepada terma dan kelayakan pelan. 

Kemudahan ini membolehkan jemaah terus membuat panggilan video untuk berkongsi suasana indah di hadapan Kaabah bersama keluarga tercinta di tanah air tanpa sebarang keraguan.

Menerusi ciri Roam as Home, pelanggan yang layak boleh menggunakan kuota data tempatan sedia ada ketika berada di luar negara, memberikan lebih kemudahan untuk kekal berhubung tanpa perlu menguruskan sambungan baharu.

Kemudahan ini membolehkan jemaah terus membuat panggilan video untuk berkongsi suasana indah di hadapan Kaabah bersama keluarga tercinta di tanah air tanpa sebarang keraguan.

Menariknya, kemudahan Global E-Roaming Tune Talk bukan sahaja relevan untuk perjalanan ke Arab Saudi, malah turut membantu pelanggan yang melancong ke destinasi popular seperti Thailand, Indonesia dan Singapura, bergantung kepada tawaran serta kelayakan pelan.

Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Sesungguhnya agama itu mudah. Dan tidak sekali-kali seseorang memberatkan agama itu melainkan dia akan tewas.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Lantaran itu, kemudahan yang disediakan ini diharap dapat meringankan beban jemaah agar urusan ibadah dapat dijalankan dengan penuh khusyuk, tenang dan lancar.

Maklumat Promosi E-Perayauan Percuma

Bagi memastikan perjalanan ibadah anda berjalan sempurna, Tune Talk menawarkan 1 Bulan E-Roaming Percuma di Arab Saudi khas buat pelanggan warganegara Malaysia yang layak:

  • Kelayakan Terus: Pelanggan pelan Epik+ 50, Epik+ Family, dan Epik+ Family Safe.
  • Ganjaran Kesetiaan: Pelanggan pelan Epik+ 35 dan Epik+ 28 yang telah melanggan melebihi 6 bulan.
  • Pelanggan Pelan Lain: Bagi pelanggan pelan selain daripada yang dinyatakan, anda masih boleh menambah pas E-Roaming secara terus melalui Aplikasi Tune Talk.

Manfaatkan Kemudahan Demi Ketenangan Jiwa

Melalui penggunaan kuota data tempatan sedia ada yang dihubungkan terus ke Tanah Suci, perjalanan ibadah haji dan umrah anda kini pasti lebih tenang dan bermakna.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati kemudahan ini demi kelancaran ibadah anda sepanjang berada di sana.

Untuk maklumat lanjut serta terma lengkap mengenai tawaran ini, sila layari laman rasmi Tune Talk di pautan berikut: https://www.tunetalk.com/corporate/umrah-hajj/

BACA JUGA: Nak Pergi Umrah Tanpa Ejen? Arab Saudi Perkenal Platform Digital Rasmi Nusuk Umrah, Ini Panduan & Cara Guna

BACA JUGA: Ramai Ingat Wajib Haji Bila Duit Cukup, Ustaz Azhar Idrus Jelaskan Aset Seperti Tanah & Kereta Juga Diambil Kira

Ikuti kami, Waktu Solat Malaysia di semua platform untuk dapatkan lebih banyak info bermanfaat:

Facebook: https://www.facebook.com/waktusolatmsia

Instagram: https://www.instagram.com/waktusolatmy

X: https://x.com/WaktuSolatMsia

WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va9S1HR6xCSNywYivK28

Telegram: https://t.me/waktusolat_my

TikTok: https://www.tiktok.com/@waktusolatmy

Threads: https://www.threads.com/@waktusolatmy

YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCNBD0UlKUCbUHm-VmXWozEw

Muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia melalui App Store atau Play Store hari ini.

Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Kotak Luahan, ruang selamat dan ‘anonymous’ untuk anda berkongsi pertanyaan, keresahan, pengetahuan atau pandangan berkaitan agama dan kehidupan.

Luahkan di: https://www.waktusolat.digital/kotak-luahan/

Kerana kadang-kadang, meluah itu membuat hati rasa lega!

Sekiranya anda ada maklum balas tentang portal, artikel dan topik di Waktu Solat Malaysia, hantar ke: https://forms.gle/cKnytmoA25T33hth9.