(Sumber: Quran.com)

Melupakan seseorang itu bukan soal lemah atau tidak setia, tetapi tentang menerima bahawa sesuatu itu tidak ditakdirkan untuk kekal. Dalam hidup, kita sering terikat dengan perasaan, kenangan, dan harapan walaupun ia sudah lama tidak berpihak kepada kita.

Di saat seperti ini, ramai mencari kekuatan untuk ‘move on’, dan di sinilah Islam memberi panduan supaya bergantung kepada Allah yang Maha Mengetahui segala takdir.

Surah Ar-Ra’d ayat 39 ini memberi harapan kepada jiwa yang sedang remuk bahawa tiada takdir yang mutlak di sisi manusia, dan Allah boleh menghapus atau menetapkan sesuatu dalam hidup kita mengikut rahmat-Nya.

Jika seseorang itu bukan lagi ditulis dalam perjalananmu, maka ketahuilah bahawa Allah sedang mengganti dengan yang baru, bukan menyeksa.

Melepaskan itu bukan bermaksud ingin mengalah, ianya tanda percaya bahawa Allah sedang menulis semula sesuatu yang lebih baik buat diri kita. Setiap kehilangan yang diterima dengan reda, akan diganti dengan ketenangan yang tidak boleh dibeli dari manusia, tetapi dikurniakan oleh Allah SWT.

Maka jangan takut untuk melupakan seseorang, kerana mungkin dalam keberanianmu melepaskan itu, Allah sedang membuka jalan untuk hadirnya seseorang yang jauh lebih baik. Lebih tenang akhlaknya, lebih luhur agamanya, dan lebih ikhlas mencintaimu kerana-Nya, InsyaAllah.