Tular baru-baru ini video seorang artis lelaki yang didakwa nekad untuk membuang susuk kerana ingin bertaubat setelah sekian lamanya mempunyai susuk di wajah.
Meskipun sudah berusaha menggunakan pelbagai kaedah dan menghabiskan ribuan ringgit, jarum susuk itu masih nekad tidak mahu keluar, seolah-olah tidak ‘diizinkan Allah’ untuk segera pergi.
Namun, selepas beliau berjumpa dengan seorang pengamal perubatan Islam, Faridzuan Jamaludin, syukur kepada Allah, susuk berkenaan berjaya dikeluarkan dan selebriti tersebut meluahkan rasa syukur serta bertaubat di atas kekhilafan yang dilakukannya.
Kisah ini menjadi refleksi kepada masyarakat tentang realiti taubat yang bukan sekadar kata, tetapi menguji hati dan fizikal.
Bertaubat daripada dosa hukumnya adalah wajib. Allah SWT berfirman:
وَتُوبُوا إِلَى اللَّـهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya: dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(Surah al-Nur: 31)
Usaha untuk berubat itu perlu disertai dengan doa, taubat nasuha, dan menjaga hati dari terus terhanyut dalam amalan syirik. Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua, InsyaAllah
Sumber: OhBulan! dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan