Baru-baru ini, tular di Threads kisah seorang remaja berusia 19 tahun yang melahirkan anak kembar, juga merupakan anak keempat dan kelima, di sebuah hospital di Lembah Klang, meskipun usianya masih begitu muda.
Seorang wanita yang sebilik dengannya di wad bersalin berkongsi rasa terkejutnya, dan mendengar peringatan doktor kepada suami gadis tersebut agar merancang keluarga dengan lebih baik.
Menurut wanita itu, kejadian itu berlaku empat tahun lalu.
Nasihat yang diberikan oleh doktor tersebut adalah penting kerana kehamilan remaja boleh membawa pelbagai risiko kesihatan, baik untuk ibu mahupun bayi.
Islam sangat mementingkan kesihatan dan kesejahteraan umatnya, termasuk dalam urusan pembentukan keluarga.
“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);”
(Surah Al-Mulk, Ayat 2)
Dalam konteks ini, merancang keluarga dengan bijak adalah juga sebahagian daripada ibadah menjaga amanah terhadap Allah dan keluarga.
Akhirnya, kisah ini turut menjadi satu peringatn bahawa Islam bukan cuma memberi kebebasan untuk berpaut kepada ajaran, malah turut menuntut umatnya untuk menegakkan keadilan terhadap diri sendiri dan keluarga.
Nasihat doktor bukan sekadar kritikan, tetapi panggilan kepada masyarakat untuk memastikan generasi masa depan lebih berdaya dan sihat dari segi fizikal, mental, dan rohani.
Sumber: Mstar