The Straight Path mengajak umat Islam menilai pengaruh yang ditinggalkan dalam kehidupan orang lain, kerana setiap kata dan tindakan boleh menjadi jalan seseorang mendekati Allah.

Konvensyen pendidikan Islam tahunan berbahasa Inggeris, The Straight Path Convention (TSP), kembali untuk edisi ke-13 pada 14 dan 15 November 2026 di Dewan Utama, UTM Hotel & Residence, Kuala Lumpur.

Bertemakan INFLUENCE: Impact That Shapes Your Legacy, acara ini mengetengahkan peranan pengaruh dalam membentuk nilai, memperkukuh jati diri Muslim dan mendorong perubahan positif dalam masyarakat.

Pengisian ini ditujukan kepada peserta daripada pelbagai latar belakang dan kedudukan yang mahu memanfaatkan pengaruh mereka sebagai wadah menyebarkan kebaikan.

The Straight Path Ajak Nilai Erti Pengaruh

Pengasas dan Pengarahnya, Farid Ullah Ahmed Hussain, menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai pengaruh, sama ada disedari atau sebaliknya.

“Namun, pengaruh sebenar bukan diukur berdasarkan jumlah pengikut, populariti atau kedudukan seseorang, tetapi melalui kebaikan yang disebarkan dan perubahan positif yang berjaya dibawa dalam kehidupan orang lain,” katanya.

Menerusi The Straight Path, peserta akan diajak memahami bagaimana pengaruh masing-masing boleh dimanfaatkan untuk memberikan sumbangan bermakna kepada keluarga dan masyarakat.

Dengan mesej “Jadilah Pengaruh Yang Mendekati Allah”, The Straight Path turut memberi tumpuan kepada pembentukan generasi Muslim yang berprinsip, berdaya tahan dan bersedia menyumbang kepada kesejahteraan bersama.

The Straight Path Himpunkan Lima Penceramah Antarabangsa

the straight path
Klik pada gambar untuk membeli pas akses siaran langsung The Straight Path Convention di Tonton pada harga RM39 dan dapatkan langganan Tonton percuma dan akses tanpa iklan Waktu Solat Malaysia selama sebulan.

Lima penceramah dari lima negara akan berkongsi ilmu sepanjang dua hari penganjuran The Straight Path.

Mereka ialah Dr Ali Albarghouthi dari Kanada, Dr Muhammad Salah dari Mesir, Dr Abu Hafiz Salleh Hudin dari Malaysia, Sheikh Hisham Abu Yusuf dari United Kingdom dan Sheikh Wael Ibrahim dari Australia.

Antara topik yang dibawakan ialah The Silent Influencer, Beyond the Screen, Home: Where Influence Begins, Flipping the Narrative: Islamophobia dan The Price of Fame.

The Straight Path akan diakhiri dengan sesi Be the Influence, yang mengajak peserta menterjemahkan ilmu dan kesedaran kepada tindakan serta perubahan nyata.

Farid berkata, pengaruh dalam era media sosial mampu tersebar pantas dan memberikan kesan besar terhadap pemikiran, tingkah laku serta kehidupan masyarakat.

Justeru, beliau berharap perkongsian tersebut dapat membuka perspektif baharu dan mendorong peserta menjadi agen perubahan positif dalam lingkungan masing-masing, berpandukan prinsip Islam.

The Straight Path Bersama Waktu Solat Malaysia

the straight path
Klik pada gambar untuk membeli pas akses siaran langsung The Straight Path Convention di Tonton pada harga RM39 dan dapatkan langganan Tonton percuma dan akses tanpa iklan Waktu Solat Malaysia selama sebulan.

Tahun ini, The Straight Path turut berkolaborasi dengan Waktu Solat Malaysia sebagai aplikasi digital Islamik rasmi acara berkenaan.

Aplikasi tersebut menyediakan kemudahan waktu solat, al-Quran, arah kiblat, doa dan panduan ibadah bagi membantu pengguna dalam amalan harian.

Portal Waktu Solat Malaysia pula menyajikan berita, panduan serta kandungan pendidikan Islam yang mudah diakses masyarakat.

Kerjasama ini melengkapkan usaha memperluas capaian ilmu melalui platform digital, seiring pendekatan konvensyen yang mengajak umat Islam menggunakan pengaruh untuk kebaikan.

The Straight Path Boleh Ditonton Secara Langsung

Buat julung kalinya, The Straight Path memperluas akses melalui siaran langsung di Tonton, selaku rakan penstriman rasmi.

Pilihan ini membolehkan mereka yang tidak dapat hadir secara fizikal mengikuti perkongsian penceramah dari lokasi masing-masing.

Pas siaran langsung ditawarkan pada harga RM39, berserta langganan Tonton percuma selama sebulan dan langganan tanpa iklan Waktu Solat Malaysia.

Orang ramai boleh mendapatkan akses menerusi Tonton untuk mengikuti pengisian konvensyen sepanjang dua hari tersebut.

Ikuti kami, Waktu Solat Malaysia di semua platform untuk dapatkan lebih banyak info bermanfaat:

Facebook: https://www.facebook.com/waktusolatmsia

Instagram: https://www.instagram.com/waktusolatmy

X: https://x.com/WaktuSolatMsia

WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va9S1HR6xCSNywYivK28

Telegram: https://t.me/waktusolat_my

TikTok: https://www.tiktok.com/@waktusolatmy

Threads: https://www.threads.com/@waktusolatmy

YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCNBD0UlKUCbUHm-VmXWozEw

Muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia melalui App Store atau Play Store hari ini.

Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Kotak Luahan, ruang selamat dan ‘anonymous’ untuk anda berkongsi pertanyaan, keresahan, pengetahuan atau pandangan berkaitan agama dan kehidupan.

Luahkan di: https://www.waktusolat.digital/kotak-luahan/

Kerana kadang-kadang, meluah itu membuat hati rasa lega!

Sekiranya anda ada maklum balas anda tentang portal, artikel dan topik di Waktu Solat Malaysia, hantar ke: https://forms.gle/cKnytmoA25T33hth9