Ayat kursi bukan sekadar bacaan harian, tetapi perisai rohani yang dikurniakan Allah SWT kepada hamba-Nya. Membacanya ketika keluar rumah dijanjikan 70,000 malaikat akan menjaga kita, jika dibaca selepas wudhu’, darjat kita akan dinaikkan 70 tingkat dan jika baca sebelum tidur , malaikat akan menjaga kita sepanjang malam. Ini menunjukkan betapa besar fadhilatnya. Islam mengajar kita untuk mencari perlindungan bukan hanya dari bahaya fizikal, tetapi juga dari gangguan makhluk ghaib dan kejahilan hati. Bahkan, mengamalkannya selepas solat dan sebelum tidur menjadikan hidup kita lebih tenteram dan terarah kepada akhirat. Apatah lagi apabila disebarkan kepada orang lain, ia menjadi sedekah jariah yang berpanjangan, terus mengalir pahala walau selepas kita tiada, MasyaAllah.