
Selepas solat Dhuha, disunatkan untuk membaca doa yang telah diajarkan oleh para ulama. Berikut adalah doa yang sering diamalkan dalam Rumi:
Allahumma innaddhuhaa’a dhuhaa uka.
Walbahaa’a bahaa uka.
Waljamaala jamaaluka.
Walquwwata quwatuka.
Walqudrota qudrotuka.
Wal’ismata ‘ismatuka.
Allahumma inkaana rizqi fissamaa’i fa’anzilhu.
Wa’inkaana fil ardhi fa’akhrijhu.
Wa’in kaana mu’assaron fayassirhu.
Wa’in kaana harooman fathohhirhu.
Wa’inkaana ba’idan faqorribhu.
Bihaqqi dhuhaa ika wabahaa ika wajamaalika waquwwatika waqudrotika aatini maa ataita min ‘ibaadikassolihiin.
Doa selepas solat Dhuha ini sering diamalkan sebagai ikhtiar untuk memohon rezeki yang luas, halal dan diberkati. Ia juga menjadi simbol pergantungan kepada Allah SWT, bahawa apa pun usaha kita hari ini,rezeki tetap milik-Nya dan ia hanya datang oleh kerana Allah SWT. Solat Dhuha sendiri digalakkan kerana waktunya adalah waktu permulaan rezeki (antara selepas matahari naik hingga sebelum Zuhur), menjadikannya waktu yang sangat mustajab untuk berdoa. Membaca doa ini dengan hati yang bersungguh-sungguh boleh menjadi bentuk tawakal yang sebenar, diiringi usaha duniawi yang ikhlas, InsyaAllah.