Dalam Islam, tanah perkuburan adalah tempat yang penuh dengan peringatan tentang kematian dan akhirat. Ia bukan sekadar tempat jasad dikebumikan, tetapi medan untuk mengingatkan kita tentang fana dunia.
Berkenaan hukum berswafoto di kubur, ianya tidak haram secara mutlak menurut penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus. Hukumnya bergantung pada niat, adab, dan cara ia dilakukan.
Ia diharuskan selagi mana adab dan tata susila dijaga dan dipelihara.
Jika gambar diambil dengan penuh sopan, tidak mengganggu suasana, dan bertujuan mengingatkan orang lain kepada kematian, maka ia boleh dianggap harus.
Namun, jika selfie di kubur dilakukan hanya untuk hiburan, menunjuk-nunjuk, atau mencari populariti di media sosial, ia menjadi perbuatan yang tidak wajar.
Perkara ini bukan sahaja menghilangkan hikmah ziarah kubur, malah boleh jatuh kepada riak, yang jelas dilarang dalam Islam.
Tanah perkuburan adalah tempat yang sepatutnya dihormati, bukan lokasi untuk bergambar tanpa adab atau menjadikan ia sebagai kandungan di media sosial yang melalaikan.
Sumber: Siakap Keli