kredit gambar: FB Sabah

Oleh: Pena Mizan

Dia berdiri di perhentian bas, bukan menunggu destinasi, tetapi menanti noktah. Di dalam begnya, hanya ada sisa-sisa maruah yang hampir ranap dan beberapa keping not ringgit yang tidak menjanjikan hari esok. Bagi seorang wanita yang melarikan diri dari penderaan domestik, atau yang terlanjur langkah dan kini diusir keluarga, atau yang tiba-tiba hilang punca pendapatan, “rumah” bukan lagi sebuah kata nama yang bermakna syurga; ia adalah neraka yang baru sahaja ditinggalkannya.

Masyarakat pula, selalunya, hanya ada dua peranan: menjadi penonton pasif atau menjadi hakim yang menjatuhkan hukuman stigma. Kita cepat menghukum, tetapi lambat menghulung.

Berita tentang inisiatif seperti “Rumah Ibu” yang memberi harapan baharu kepada wanita dalam krisis bukanlah sekadar satu lagi laporan kerja amal. Ia adalah satu tamparan kesedaran kepada kita. Ia adalah penjelmaan semula sebuah prinsip Islam yang hampir luput dari ingatan kolektif kita: prinsip amanah (jaminan keselamatan) dan kifayah (tanggungjawab kolektif) terhadap golongan yang paling terdedah. Kegagalan kita menyediakan jaring keselamatan sosial yang berteraskan rahmah (kasih sayang) adalah petanda sebuah kelompongan spiritual dalam komuniti. Kita lupa bahawa Nabi Muhammad SAW sendiri membina sebuah masyarakat Madinah yang pertama-tamanya melindungi golongan al-mustad’afin (mereka yang lemah dan tertindas).

Di sinilah letaknya percanggahan dialektik antara apa yang kita dakwa sebagai masyarakat Islam dan apa yang kita amalkan.

Prasangka umum sering meletakkan beban pembuktian akhlak pada wanita yang diuji. Jika dia mangsa dera, kedengaran bisikan, “Kenapa dia tidak sabar? Bukankah sabar itu sebahagian dari iman?” Jika dia terlanjur dan hamil, dia dilabel pendosa dan aib keluarga, seolah-olah tiada ruang lagi untuknya di dunia. Logik penghakiman ini adalah antitesis kepada falsafah rahmah dan sitr (menutup aib) yang menjadi teras ajaran agama. Islam tidak datang untuk membina penjara sosial; ia datang untuk membebaskan manusia dari belenggu kejahilan dan penindasan.

Kita harus meneliti semula model intervensi krisis yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Ingatlah kisah wanita Ghamidiyyah yang datang kepada Baginda, mengaku telah berzina dan memohon hukuman. Apa reaksi pertama Baginda? Baginda tidak segera menghukum atau memalukannya. Baginda memintanya pulang, memberinya ruang bertaubat, dan yang paling kritikal, menguruskan kebajikannya sehingga anaknya lahir dan selesai tempoh penyusuan. Ini adalah model pengurusan krisis yang sarat dengan ihsan (belas kasihan dan kesempurnaan), bukan penghakiman yang melulu. Baginda melindungi nyawa (bayi itu) dan maruah (ibu itu) sebelum melaksanakan undang-undang.

Inisiatif seperti “Rumah Ibu” adalah manifestasi moden bagi prinsip Nabawi ini. Ia menyediakan aman (rasa selamat) apabila struktur keluarga gagal memberikannya. Ia melaksanakan sitr dengan menyediakan perlindungan fizikal dari mata masyarakat yang menghina. Dan ia memulakan proses tamkin (pemberdayaan), memberi wanita ini kemahiran dan kekuatan untuk berdiri semula, selaras dengan semangat Al-Quran yang mahu memuliakan insan (karamah insaniah).

Maka, kita perlu beralih dari sekadar menjadi ‘masyarakat menghukum’ kepada ‘masyarakat memulih’.

Bayangkan sebuah ekosistem ummah di mana tiada seorang wanita pun yang terpaksa tidur di tepi lorong kerana takutkan penangan suaminya, atau terpaksa membuang bayinya di semak kerana malu dan terdesak. Bayangkan sebuah jaminan sosial di mana setiap wanita yang “jatuh” tahu ke mana harus dia berpaling untuk mendapatkan perlindungan, bukan cercaan. Ini bukan sebuah utopia. Ini adalah standard minimum yang ditetapkan oleh Peradaban Nabawiyyah.

“Rumah Ibu” dan institusi seumpamanya adalah batu bata yang sedang membina semula jaminan sosial yang telah lama retak itu. Ia bukan sekadar ‘rumah perlindungan’; ia adalah ‘rumah harapan’. Ia adalah bukti bahawa di sebalik riuh rendah penghakiman sosial, masih ada rahmah yang bernadi dalam hati umat ini, menanti untuk disuburkan.

Ikuti kami, Waktu Solat Malaysia di semua platform untuk dapatkan lebih banyak info bermanfaat

Website: https://www.waktusolat.digital/

Facebook: https://www.facebook.com/waktusolatmsia

Instagram: https://www.instagram.com/waktusolatmy

WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va9S1HR6xCSNywYivK28

Telegram: https://t.me/waktusolat_my

TikTok: https://www.tiktok.com/@waktusolatmy

Memanusiakan yang Terluka: “Rumah Ibu” dan Jaminan Sosial dalam Nadi Peradaban Islam

Sumber artikel: Berita Harian

Ikuti kami, Waktu Solat Malaysia di semua platform untuk dapatkan lebih banyak info bermanfaat

Website: https://www.waktusolat.digital/

Facebook: https://www.facebook.com/waktusolatmsia

Instagram: https://www.instagram.com/waktusolatmy

WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va9S1HR6xCSNywYivK28

Telegram: https://t.me/waktusolat_my

TikTok: https://www.tiktok.com/@waktusolatmy

Oleh Pena Mizan