Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seekor anjing yang dipercayai didera dengan kejam, di mana kulit badannya disiat hidup-hidup di tepi Jalan PK 18, Kawasan Perindustrian Krubong, Melaka.

Kejadian ini mendapat perhatian ramai, termasuk Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM), yang menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap pelaku.

Menurut laporan, anjing tersebut terpaksa ditidurkan (eutanisia) selepas pemeriksaan mendapati kecederaannya terlalu kritikal.

Dalam Islam, haiwan dianggap sebagai makhluk ciptaan Allah yang perlu dihormati dan dilindungi. Rasulullah SAW bersabda:

عُذِّبَتِ امْرَأَةٌ فِي هِرَّةٍ حَبَسَتْهَا، حَتَّى مَاتَتْ جُوعًا، فَدَخَلَتْ فِيهَا النَّارَ

Maksudnya: “Seorang perempuan diazab disebabkan seekor kucing yang dia kurung sehingga ia mati kelaparan. Maka wanita tersebut masuk ke dalam neraka disebabkannya.”

Riwayat Al-Bukhari (2365)

Hadis ini jelas menunjukkan bahawa penderaan terhadap haiwan, termasuk anjing, adalah satu perbuatan yang sangat dilarang dalam Islam. Apatah lagi, dalam kes ini, seekor anjing yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman manusia.

Selain itu, Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 164:

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal.”

Ayat ini mengingatkan kita untuk merenung dan menghargai ciptaan Allah, termasuk haiwan. Mereka juga mempunyai hak untuk hidup dengan aman dan tidak dianiaya.

Sebagai umat Islam, kita diajar untuk berlaku adil dan berkasih sayang terhadap semua makhluk Allah. Penderaan terhadap haiwan bukan sahaja bertentangan dengan ajaran Islam, tetapi juga mencerminkan kekurangan dalam akhlak dan sifat berperikemanusiaan.

Sumber: SAYS Seismik & Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan