Tular di Threads mengenai sebuah majlis kenduri kahwin yang terganggu apabila beberapa tetamu tanpa segan silu membawa plastik sendiri untuk menapau juadah seawal majlis dimulakan.

Menurut kisah yang dikongsi oleh ahli keluarga pengantin tersebut, terdapat tetamu yang membungkus pelbagai lauk-pauk dan buah pencuci mulut dalam jumlah yang banyak, seolah-olah tiada tetamu lain yang akan hadir.

Sikap itu bukan sahaja mengecewakan tuan rumah yang sudah bersusah payah menyediakan hidangan, malah mencerminkan kelemahan adab dalam masyarakat kini.

Dalam Islam, adab sebagai tetamu adalah penting. Islam mendidik agar seseorang tetamu tidak mengambil hak restu tuan rumah secara sewenang-wenangnya.

Justeru itu, perbuatan menapau makanan kenduri tanpa izin adalah termasuk dalam salah satu bentuk mengambil harta orang lain dengan cara yang tidak sah.

Seperti dinyatakan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ia boleh dianggap haram jika tidak mendapat izin tuan rumah terlebih dahulu, bahkan boleh dianggap seperti mencuri.

Islam sangat mementingkan adab dan malu dalam pergaulan. Tuan rumah menghulur makanan untuk tetamu makan dan bukan untuk dibawa pulang tanpa izin.

Sebaliknya, jika tuan rumah memberi restu dan menyediakan bekas untuk membawa pulang baki, maka hanya dalam keadaan itu sahaja perbuatan menapau menjadi dibolehkan.

Kehilangan rasa malu dan adab seperti ini boleh melemahkan nilai ukhuwah dan merosakkan keharmonian keluarga serta masyarakat.

Kesimpulannya, tindakan menapau makanan kenduri secara besar-besaran tanpa izin adalah tindakan yang mencerminkan adab dan akhlak yang semakin pudar dalam masyarakat.

Sebagai tetamu, adalah amat penting untuk menghormati tuan rumah dengan bertanya terlebih dahulu, dan menapau hanya jika dibenarkan, itulah lebih utama dalam Islam sebagai penghormatan terhadap hak orang lain.

Sumber: Beautifulnara