Baru-baru ini, selepas serangan ke atas anak lelakinya yang berusia 12 tahun, di mana individu tidak dikenali mencucuknya dengan picagari, Datuk Seri Rafizi Ramli mendedahkan bahawa isterinya turut menjadi sasaran ancaman menerusi mesej WhatsApp.

Antara kandungannya ialah ayat, “diam, jika teruskan, AIDS”, diikuti dengan tiga emoji picagari.

Dalam Islam, kekerasan dan ugutan terhadap ahli keluarga seseorang adalah perbuatan yang sangat dilarang.

Rasulullah SAW menegaskan bahawa Muslim yang baik adalah mereka yang menjaga lidah dan tangan daripada menyakiti orang lain.

Seorang muslim itu adalah mereka yang membuatkan muslim yang lain selamat dari kejahatan lidahnya dan juga tangannya.”

Riwayat Al-Bukhari (6484)

Membawa perbalahan politik sehingga melibatkan insan yang tidak terlibat secara langsung adalah tanda hilangnya adab, maruah, dan nilai Islam dalam hati.

Umat Islam perlu sedar bahawa perbezaan pendapat adalah lumrah, tetapi ia tidak memberi lesen untuk menghalalkan perbuatan yang dilarang.

Politik seharusnya dijadikan medan membina masyarakat dan menegakkan kebenaran, bukan platform untuk memuaskan hati yang dikuasai dendam.

Islam menyeru umatnya agar menjauhi sifat marah yang melampau, kerana ia adalah pintu kepada kebinasaan diri dan orang lain.

Tegas Rafizi, beliau tidak akan berdiam diri. Sebaliknya, beliau akan mengambil tindakan tegas dengan membuat laporan polis agar pihak berkuasa menyiasat secara adil dan pantas.

Ini sejajar dengan prinsip Islam bahawa apabila dizalimi, seseorang itu dibolehkan dan dianjurkan untuk mencari keadilan, bukan tunduk dan terdiam.

Islam tidak mengajar umatnya untuk pasrah kepada ketidakadilan, terutamanya yang mencederakan keluarga dan merosakkan amanah rumah tangga.

Sumber: Beautifulnara