
Pelakon Aniq Suhair menyatakan tidak menyesal mengambil keputusan berehat daripada industri seni selama hampir dua tahun, walaupun ketika namanya sedang meningkat naik. Beliau menjelaskan tempoh rehat itu digunakan untuk muhasabah diri dan mencari ketenangan, sehingga menemukan “kunci perantara dengan Allah” serta fokus kepada kerohanian.
Allah SWT berfirman:
إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَـٰكِنَّ اللَّـهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ ۚ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
Maksudnya: “Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).”
Surah al-Qasas (56)

Aniq, 25, berkongsi perkara ini semasa sidang media telefilem “Boss Nak Cuti”. Beliau kini menguruskan perniagaan keluarga dan bersedia untuk kembali berlakon, namun memilih projek dengan tempoh penggambaran yang lebih singkat. Dalam “Boss Nak Cuti”, beliau bergandingan dengan Azeva Natassha, di mana persahabatan mereka memudahkan pembinaan keserasian di set.
Sumber: Oh Bulan!