Semoga roh suami isteri ini ditempatkan di kalangan orang beriman. Sumber gambar: Harian Metro
Semoga roh suami isteri ini ditempatkan di kalangan orang beriman. Sumber gambar: Harian Metro

Tragedi kemalangan yang meragut nyawa sepasang suami isteri, penyumbang dana projek ‘liang lahad’, menjadi buah mulut masyarakat. Ada yang terkejut, ada yang berasa sebak, namun persoalannya adalah mengapa Allah SWT menguji mereka dengan cara sebegini? Ujian yang berat, malah tidak dapat difikirkan oleh akal kita.

Sesungguhnya Allah SWT tidak pernah menguji hamba-Nya di luar kemampuannya. Seringkali kita mendengar rungutan, “Kenapa Allah beri ujian yang berat ini kepadaku? Adakah Allah tidak sayangkan aku?”. Namun, ketahuilah, sebenarnya ujian itu tanda kasih dan sayang-Nya. Ibnu Majah ada meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda, “Apabila Allah mencintai sesuatu kaum, maka Dia akan menguji mereka.”

Ujian adalah untuk menyucikan jiwa kita, meninggikan darjat kita dan juga sebagai kifarah dosa. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 155, bermaksud: “Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.”

Gambar: AI
Gambar: AI

Ujian yang menimpa pasangan ini, mungkin kelihatan tragis pada pandangan mata kasar, tetapi ia adalah satu rahmat tersembunyi. Siapa tahu, mungkin dengan ujian inilah Allah SWT mengangkat darjat mereka ke tempat yang lebih tinggi di sisi-Nya? Mungkin inilah jalan terakhir untuk mereka ‘dibersihkan’ sebelum bertemu dengan pencipta-Nya.

Kita sebagai hamba-Nya haruslah mencontohi kesabaran mereka dan jangan sesekali mempersoalkan takdir Allah SWT. Apa yang berlaku mempunyai hikmah yang tersendiri, hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.

Mari kita bersama-sama mengambil iktibar daripada tragedi ini. Renungilah bagaimana kita berdepan dengan ujian kehidupan. Adakah kita redha dan sabar, atau sebaliknya? Yakinlah, setiap ujian adalah anugerah daripada Allah SWT. Teruslah beramal kebaikan, kerana sesungguhnya kebaikan itu akan kembali kepada kita, samada di dunia mahupun di akhirat kelak. Jadikanlah kisah mereka sebagai inspirasi untuk kita berbuat lebih baik, dan memandang setiap ujian dengan kacamata keimanan.

Sumber: Harian Metro