Baru-baru ini, majlis persandingan pempengaruh Qawiy bersama isterinya, Ria menarik perhatian media apabila netizen memuji penampilan isteri yang mengenakan baju longgar dan solekan ringkas.

Gaya sederhana tersebut disanjungi sebagai tanda hormat kepada diri dan menunjukkan pilihan yang beradab dalam menunjukkan kecantikan wanita Muslimah.

Sikap rendah diri ini memberikan kesedaran bahawa dalam Islam, penampilan itu tidak perlu berlebihan, cukup sekadar biasa-biasa sahaja.

Islam mengajarkan prinsip kesederhanaan dan menjaga aurat dalam setiap lapisan kehidupan, termasuk ketika berpakaian di majlis persandingan.

Al-Quran menyebut:

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

(Surah Al-Ahzab, Ayat 59)

Solekan ringkas dan baju longgar menunjukkan kefahaman agar seseorang itu tidak memancing perhatian luar dengan berlebihan, tetapi tetap menghormati majlis keramaian yang penuh barakah.

Penampilan isteri Qawiy menjadi simbol bagaimana seorang Muslimah boleh tampil cantik dan kemas tanpa mengorbankan nilai Islam.

Dia memilih untuk berfesyen dengan modesty (kesopanan), salah satu ciri akhlak terpuji dalam Islam.

Masyarakat perlu menjadikan contoh ini sebagai inspirasi apabila merancang majlis rasmi seperti perkahwinan.

Apabila kecantikan dihiasi dengan kesopanan dan berpandukan syariat Islam, ia bukan sahaja memelihara maruah diri, tetapi juga membawa keberkatan dan rahmat dalam rumahtangga, MasyaAllah.

Sumber: OhBulan!