(sumber: Canva)

Dalam dunia profesional hari ini, batas antara lelaki dan perempuan mudah kabur apabila tidak dijaga dengan disiplin agama. Tanpa sedar, suasana pejabat boleh menjadi tempat percampuran bebas yang membuka ruang kepada fitnah dan hati yang lalai. Bukan bermakna kita perlu bersikap kasar atau mengasingkan diri secara sepenuhnya, tetapi menjaga adab pergaulan adalah kewajiban, bukan pilihan. Islam mengajar kita untuk menundukkan pandangan, menjaga intonasi suara, elak dari berdua-duaan untuk mengelakkan fitnah, elakkan sentuhan fizikal, pastikan urusan kerja kekal profesional serta menjaga aurat dan pakaian. Dengan niat kerana Allah, seseorang boleh bekerja tanpa menjejaskan maruah atau ketenangan hati. Jaga batas bukan bermakna kita sombong, tetapi ia adalah satu tanda kemuliaan diri.