
Dalam kesibukan kehidupan harian, kita sering terlupa bahawa perlindungan paling kuat bukan datang daripada manusia, tetapi dari Allah SWT. Zikir pagi dan petang bukan sekadar rutin harian, tetapi perisai rohani yang menjaga hati, melindungi diri daripada hasutan syaitan dan memberikan ketenangan. Amalan yang disyorkan Rasulullah SAW ini memberi ruang untuk kita mengingati Allah saat dunia sibuk dengan keseronokan. Dalam suasana yang penuh cabaran, daripada kesihatan mental hingga tekanan hidup, zikir menjadi kita kembali, tempat untuk kita menenangkan diri dan membina kekuatan dalaman.
Zikir-zikir ini juga mendidik jiwa agar kita sentiasa bergantung kepada Allah SWT dalam setiap urusan. Bila hati kita penuh dengan kalimah-Nya, tindakan kita pun akan lebih terarah dan diberkati. Amalkan setiap hari, walau hanya beberapa ayat dan teruskan istiqamah untuk mencari redha Allah, InsyaAllah.