Seringkali hati kita diruntun rindu yang mendalam apabila mengenangkan ibu bapa atau ahli keluarga yang telah pergi menghadap Ilahi tanpa sempat menyempurnakan rukun Islam kelima.

Sebagai anak yang dambakan syurga buat mereka, kita sanggup melakukan apa sahaja agar “hutang” mereka dengan Allah SWT terlaksana melalui badal haji.

Namun, di tengah kesungguhan kita, wujud tangan-tangan tidak bertanggungjawab yang menawarkan pakej tidak munasabah serendah RM1,500.

Dato’ Dr. Haji Mohd Izhar Ariff yang merupakan Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia telah memperingatkan kembali akan kenyataan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan, yang menekankan agar umat Islam berhati-hati untuk tidak mudah menjadi mangsa penipuan.

Beliau menegaskan bahawa kos permit haji paling murah bagi penduduk tempatan di Arab Saudi pun sudah mencecah sekitar 10,000 Riyal (kira-kira RM11,300).

Jika tawaran yang anda terima jauh lebih rendah, besar kemungkinan itu adalah scam yang akan menghanguskan wang dan harapan anda.

Fahami Hukum Badal Haji Sebagai Pelunasan Hutang Kepada Allah

Secara syarak, badal haji bermaksud seseorang yang telah menunaikan haji untuk dirinya sendiri, kemudian melaksanakan haji bagi pihak orang lain.

Hukumnya adalah diharuskan berdasarkan pesanan Rasulullah ﷺ yang sangat menyentuh hati.

Dalam sebuah riwayat daripada Ibnu Abbas RA:

حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ أَبِي بِشْرٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ -رضي الله عنهما-: “أَنَّ امْرَأَةً مِنْ جُهَيْنَةَ جَاءَتْ إِلَى النَّبِيِّ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- فَقَالَتْ: إِنَّ أُمِّي نَذَرَتْ أَنْ تَحُجَّ فَلَمْ تَحُجَّ حَتَّى مَاتَتْ، أَفَأَحُجُّ عَنْهَا؟ قَالَ: نَعَمْ حُجِّي عَنْهَا، أَرَأَيْتِ لَوْ كَانَ عَلَى أُمِّكِ دَيْنٌ أَكُنْتِ قَاضِيَةً؟ اقْضُوا اللَّهَ، فَاللَّهُ أَحَقُّ بِالْوَفَاءِ”

Maksudnya: Seorang wanita dari Juhainah bertanya kepada Rasulullah ﷺ tentang ibunya yang bernazar haji tapi meninggal dunia. Baginda menjawab: “Ya, tunaikanlah haji untuknya. Apa pandangan kamu kalau ibu kamu berhutang, apakah kamu perlu melunaskannya?”. Jawabnya: “Ya”. Sabda Baginda: “Tunaikanlah hutang Allah dan hutang Allah lebih berhak untuk dilunaskan.” (Hadis riwayat al-Bukhari).

Syarat Sah Badal Haji Yang Wajib Anda Teliti

Hakikatnya, ibadah ini mempunyai garis panduan yang sangat ketat.

Jangan disebabkan ingin berjimat, kita mengabaikan rukun yang telah ditetapkan oleh syarak.

Berikut adalah syarat-syarat utama pelaksanaan Badal Haji yang sah:

badal haji

Waspada Tindakan Tegas & Risiko Disenarai Hitam

Menjelang musim haji 1447H/2026, kerajaan Arab Saudi akan memperketat undang-undang.

Dr. Zulkifli Hasan mengingatkan bahawa sesiapa yang ditangkap menggunakan visa atau permit tidak sah akan berdepan denda berat, penjara, dan disenarai hitam.

badal haji
Sumber: Instagram

Pakej Badal Haji RM1,500 adalah sangat berisiko kerana kos permit asas di Masyair sahaja tidak mampu ditampung dengan jumlah tersebut.

Jangan biarkan niat suci anda untuk menghajikan arwah ibu bapa berakhir dengan membuat laporan polis.

Jika kos logistik sebenar sudah melebihi RM11,000, bagaimana mungkin ada agensi mampu menawarkannya pada harga murah?

Jelas sekali, ini adalah satu penipuan yang nyata dan mencemarkan kesucian ibadah.

Pilih Jalan Yang Benar Demi Keredhaan Allah

Amanah badal haji adalah jambatan pahala buat mereka yang telah pergi.

Mari kita pastikan jambatan itu dibina dengan kejujuran, bukan dengan kepalsuan iklan murah yang meragukan.

Sebagai waris, tanggungjawab kita adalah memastikan setiap sen yang dikeluarkan benar-benar sampai kepada pelaksana yang amanah di hadapan Baitullah.

Semoga Allah SWT menerima niat suci kita dan memudahkan urusan buat insan tersayang di alam barzakh.

Pastikan anda menyemak kesahihan agensi dan elakkan daripada menjadi mangsa sindiket yang tidak bertanggungjawab.

Wallahu a’lam.

Sumber: Instagram, Astro Awani, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan

BACA JUGA: Lelaki Dilarang Guna Pin Kain Ihram, Sengaja Buat Boleh Kena Dam & Rosakkan Kesempurnaan Umrah

BACA JUGA: Sediakan Wasiat Sebelum Ke Tanah Suci, MAIS Lancar Kempen Urus Wasiat Serendah RM200

Ikuti kami, Waktu Solat Malaysia di semua platform untuk dapatkan lebih banyak info bermanfaat:

Facebook: https://www.facebook.com/waktusolatmsia

Instagram: https://www.instagram.com/waktusolatmy

X: https://x.com/WaktuSolatMsia

WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va9S1HR6xCSNywYivK28

Telegram: https://t.me/waktusolat_my

TikTok: https://www.tiktok.com/@waktusolatmy

Threads: https://www.threads.com/@waktusolatmy

YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCNBD0UlKUCbUHm-VmXWozEw

Muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia melalui App Store atau Play Store hari ini.

Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Kotak Luahan, ruang selamat dan ‘anonymous’ untuk anda berkongsi pertanyaan, keresahan, pengetahuan atau pandangan berkaitan agama dan kehidupan.

Luahkan di: https://www.waktusolat.digital/kotak-luahan/

Kerana kadang-kadang, meluah itu membuat hati rasa lega!