Hati ibu bapa mana yang tidak dirundung pilu, jiwa pasangan mana yang tidak dipalu resah, setiap kali mendengar khabar duka tentang insan-insan tersayang yang dilaporkan hilang atau ditimpa musibah ketika berada di dalam belantara.
Hutan yang hijau menyejukkan mata, kadangkala menyimpan seribu satu rahsia dan ujian yang tidak terduga.
Kita sering melihat mutakhir ini, semakin ramai anak muda dan pencinta alam yang memilih aktiviti mendaki dan meneroka alam semula jadi.
Bagaimanapun, sebagai hamba yang lemah, persediaan fizikal yang hebat serta kelengkapan yang serba canggih masih belum cukup untuk menjamin keselamatan kita tanpa perlindungan daripada Yang Maha Pencipta.
Oleh itu, sangat penting untuk kita memahami adab dan amalan rohani sebelum dan semasa ingin masuk hutan.
Langkah yang paling utama adalah menjaga keselamatan diri dengan tidak bersendirian.
Islam amat menitikberatkan aspek keselamatan nyawa dan melarang umatnya meletakkan diri dalam risiko yang bahaya.
Rasulullah SAW sendiri telah mengingatkan kita tentang hakikat ini dalam sebuah hadis sahih:
لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي الْوَحْدَةِ مَا أَعْلَمُ، مَا سَارَ رَاكِبٌ بِلَيْلٍ وَحْدَهُ
Maksudnya: “Kalaulah manusia mengetahui bahaya bersendirian sebagaimana yang aku ketahui, nescaya tiada seorang penunggang pun yang akan berjalan di waktu malam sendirian.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Walaupun hadis ini menyebut tentang waktu malam, para ulama menjelaskan bahawa larangan dan teguran ini terpakai dalam apa jua keadaan yang boleh mengundang bahaya, termasuklah keputusan untuk masuk hutan tanpa teman.
Bersendirian hanya akan mendedahkan diri kita kepada ancaman fizikal, haiwan liar, mahupun gangguan makhluk halus.
Ayat Pertama: Benteng Kebal Musibah Sebelum Ingin Masuk Hutan
Sebagai ikhtiar rohani yang paling ampuh, pendakwah bebas, Ustaz Elyas Ismail telang berkongsi 3 ayat yang boleh dibaca sebagai doa sebelum kita ingin masuk hutan.

Amalan pertama yang wajib meniti di bibir kita ialah doa perlindungan mutlak daripada segala kemudaratan.
Sebelum menjejakkan kaki untuk masuk hutan, bacalah doa yang diajarkan oleh Nabi SAW ini dengan penuh keyakinan dan penyerahan jiwa:
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Rumi: Bismillahillazi la yadurru ma’asmihi shai’un fil-ardhi wa la fis-sama’i, wa Huwas-Sami’ul-‘Alim
Maksudnya: “Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tidak ada sesuatu pun yang dapat memberikan kemudaratan di bumi mahupun di langit, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
Apabila kita membaca doa ini, kita sebenarnya sedang menyerahkan seluruh jasad dan nyawa kita ke dalam jagaan Allah SWT.
Hutan yang luas itu adalah ciptaan-Nya, dan tiada satu pun makhluk di dalamnya yang mampu memberi mudarat melainkan dengan izin-Nya. Sentiasalah basahi lidah dengan ayat ini demi keselamatan diri.
Ayat Kedua: Memohon Rahmat Dan Urusan Dipermudah Ketika Masuk Hutan
Apabila kita melangkah lebih jauh ke dalam belantara, cabaran yang bakal dihadapi sering kali di luar jangkaan manusia.
Di sinilah letaknya kepentingan untuk kita sentiasa berpaut pada rahmat Allah SWT.
Ayat kedua yang sangat disarankan untuk diamalkan oleh setiap individu yang ingin masuk hutan ialah membaca zikir ini sebagai doa yang sangat menyentuh hati:
يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ، أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ وَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ
Rumi: “Yā ḥayyu yā qayyūm, bi-raḥmatika astaghīthu, aṣliḥ lī sha’nī kullahū wa lā takilnī ilā nafsī ṭarfata ‘ayn.”
Maksudnya: “Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Maha Berdiri Sendiri, dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Perbaikilah urusanku semuanya dan janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walau sekelip mata.” (Hadis Riwayat An-Nasa’i)
Doa ini mendidik jiwa kita untuk sedar bahawa sekecil-kecil urusan ketika masuk hutan, hatta urusan melangkah kaki atau memilih jalan yang betul, semuanya memerlukan petunjuk Allah SWT.
Jangan sesekali sombong dengan pengalaman hiking yang kita ada, kerana tanpa pertolongan-Nya, kita boleh tersesat dalam sekelip mata.
Ayat Ketiga Pengusir Gangguan Makhluk Halus Ketika Di Hutan
Seterusnya, amalan yang tidak boleh ditinggalkan sepanjang perjalanan dan penerokaan di dalam semak samun atau hutan belantara ialah membaca Ayat Al-Kursi.
Ayat ini merupakan penghulu segala ayat di dalam Al-Quran yang mempunyai fadhilat luar biasa sebagai pelindung daripada segala gangguan ghaib mahupun nyata.
Ketika anda mengembara untuk masuk hutan, bacalah Ayat Al-Kursi secara berulang-ulang kali sepanjang merentasi hutan atau mendaki bukitnya:
ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلْحَىُّ ٱلْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُۥ سِنَةٌۭ وَلَا نَوْمٌۭ ۚ لَّهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشْفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذْنِهِۦ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىْءٍۢ مِّنْ عِلْمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ ۖ وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ ٱلْعَلِىُّ ٱلْعَظِيمُ
Rumi: Allahu la ilaha illa huwal-hayyul-qayyumu. La ta’khudhuhu sinatun wa la nawmun. Lahu ma fis-samawati wa ma fil-ard. Man thallathi yashfa’u ‘indahu illa bi-idhnihi. Ya’lamu ma bayna aydihim wa ma khalfahum. Wa la yuhituna bishay’in min ‘ilmihi illa bima shaa. Wasi’a kursiyyuhus-samawati wal-arda. Wa la ya’uduhu hifdhuhuma, wa huwal-‘aliyyul-‘adheem.
Maksudnya: “Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (meliputi) langit dan bumi. Dan tiada menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaan-Nya), lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya).” (Surah Al-Baqarah: 255)
Membaca ayat ini secara konsisten sepanjang berada di bawah rimbunan pohon kayu akan memberikan ketenangan jiwa yang luar biasa.
Ia menghalang perasaan takut yang melampau dan mengusir anasir-anasir jahat yang cuba mengganggu fokus serta emosi kita ketika masuk hutan.
Adab Dan Kesedaran Jiwa Sebelum Dan Selepas Masuk Hutan
Akhir kalam, marilah kita kembali bermuhasabah diri.
Setiap kali kita merancang untuk masuk hutan, niatkanlah perjalanan itu untuk mengagumi kebesaran ciptaan Allah SWT, bukannya untuk mencabar alam atau bersikap angkuh.
Kita juga mendoakan agar mangsa-mangsa yang dilaporkan hilang di dalam hutan akan dipermudahkan urusan mencari dan menyelamat serta dilindungi keselamatan mereka sepanjang pencarian.
Peliharalah adab, jagalah lisan daripada kata-kata celup, dan sentiasalah bergantung harap kepada-Nya.
Sesungguhnya, tempat yang paling selamat adalah tempat di mana hamba-Nya sentiasa mengingati Allah SWT.
Semoga setiap langkah kita untuk masuk hutan sentiasa dipayungi rahmat dan pulang semula ke pangkuan keluarga dengan selamat.
Wallahu a’lam.
Sumber: Ustaz Elyas Ismail
BACA JUGA: Ustaz Jafri Kongsi Wasiat Nabi SAW, Amal Doa Ini Jika Sesat Dalam Hutan Atau Tempat Sunyi
BACA JUGA: Zikir Pagi Petang Ini Jadi Pelindung Diri, Nabi Ajar Baca 3 Kali Dari Segala Kejahatan Makhluk
Ikuti kami, Waktu Solat Malaysia di semua platform untuk dapatkan lebih banyak info bermanfaat:
Facebook: https://www.facebook.com/waktusolatmsia
Instagram: https://www.instagram.com/waktusolatmy
X: https://x.com/WaktuSolatMsia
WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va9S1HR6xCSNywYivK28
Telegram: https://t.me/waktusolat_my
TikTok: https://www.tiktok.com/@waktusolatmy
Threads: https://www.threads.com/@waktusolatmy
YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCNBD0UlKUCbUHm-VmXWozEw
Muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia melalui App Store atau Play Store hari ini.
Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Kotak Luahan, ruang selamat dan ‘anonymous’ untuk anda berkongsi pertanyaan, keresahan, pengetahuan atau pandangan berkaitan agama dan kehidupan.
Luahkan di: https://www.waktusolat.digital/kotak-luahan/
Kerana kadang-kadang, meluah itu membuat hati rasa lega!
Sekiranya anda ada maklum balas anda tentang portal, artikel dan topik di Waktu Solat Malaysia, hantar ke: https://forms.gle/cKnytmoA25T33hth9.