Bagi wanita Muslimah yang ingin mencuba sukan seperti pickleball tetapi risau pakaian sukan yang ada terlalu ketat, singkat atau kurang menutup aurat, kini terdapat pelbagai pilihan pakaian yang lebih sopan tanpa mengetepikan keselesaan dan gaya.
Pilihan Muslim kali ini menampilkan beberapa pilihan pakaian pickleball merangkumi pakaian sukan yang sopan, menutup aurat, serta selesa untuk Muslimah aktif.
Pakaian sukan yang trendy bukan lagi halangan bagi para Muslimah untuk menyertai trend sukan pickleball, dengan pelbagai pilihan baju sukan Muslimah yang sopan dan bergaya.
Kita juga disarankan untuk memanfaatkan masa lapang dengan perkara yang memberi manfaat, termasuk melakukan aktiviti fizikal yang dapat membantu mengekalkan kecergasan tubuh badan.
Daripada Abdullah Ibn Abbas RA, beliau berkata, Nabi SAW bersabda:
الأمنُ والعافيةُ مغبونٌ فيهما كثيرٌ منَ الناسِ.
“Keamanan dan kesihatan adalah dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia.“
Seiring dengan peningkatan populariti sukan pickleball di Malaysia, semakin ramai memilih sukan ini sebagai aktiviti riadah untuk kekal aktif.
Bagi wanita Muslimah, pemilihan pakaian sukan yang selesa dan sopan di gelanggang pickleball juga penting supaya setiap pergerakan di gelanggang pickleball dapat dilakukan dengan lebih yakin.
Berikut adalah pilihan pakaian pickleball sopan dan selesa untuk wanita yang ingin kekal aktif sambil menutup aurat di gelanggang.
1. Baju Sukan Pickleball Labuh Dry-Fit

T-shirt sukan labuh ini direka dengan potongan longgar bagi memberikan keselesaan ketika bergerak aktif di gelanggang, sesuai bagi Muslimah yang aktif.
Material dry-fit yang ringan dan cepat kering membantu mengurangkan rasa tidak selesa akibat peluh, manakala rekaannya yang ringkas mudah dipadankan dengan pelbagai jenis seluar sukan.
Beli di sini: Shopee | TikTok Shop
2. Skirt Pickleball Untuk Dipakai Bersama Seluar

Skirt pickleball ini sesuai dipakai sebagai lapisan tambahan di bahagian luar seluar atau legging bagi memberikan perlindungan yang lebih selesa serta labuh ketika bermain.
Potongannya yang ringkas tidak mengganggu pergerakan, sekaligus membolehkan anda bergerak dengan lebih yakin di gelanggang.
Material yang ringan dan mudah dipadankan dengan pelbagai jenis pakaian sukan menjadikannya pilihan praktikal untuk sesi latihan mahupun perlawanan.
Pilihan pakaian pickleball ini sesuai bagi Muslimah yang menitikberatkan soal aurat biarpun di gelanggang pickleball.
Beli di sini: Shopee | Lazada
3. Hijab Sukan Instant

Hijab sukan yang selesa dapat membantu anda lebih fokus ketika bermain.
Dipadankan dengan baju sukan Muslimah, pilihan ini sesuai buat pemain pickleball Muslimah yang aktif.
Diperbuat daripada material yang ringan dan mudah menyerap peluh, ‘hijab instant’ ini memberikan keselesaan sepanjang aktiviti, manakala potongannya yang labuh membantu mengekalkan penampilan yang kemas.
Beli di sini: Shopee | Lazada
4. Set Sut Parka Trendy

Jika anda gemarkan padanan pakaian yang serasi, set sukan ini menawarkan baju dan seluar dalam tona warna yang sepadan.
Potongan yang longgar serta material yang ringan menjadikannya pilihan yang sesuai untuk pelbagai aktiviti sukan, termasuk pickleball.
Rekaan pakaian pickleball ini membenarkan pemakainya untuk bergerak aktif di gelanggang pickleball dengan yakin dan selesa.
Beli di sini: Shopee | Zalora
5. Windbreaker Sopan dan Selesa

Jaket sukan ringan ini sesuai dipakai sebelum atau selepas sesi permainan, terutamanya ketika berada di kawasan berhawa dingin atau berangin.
Potongan pakaian pickleball yang longgar dan feminin ini memastikan pemakainya selesa serta kekal sopan sepanjang permainan.
Potongan labuh memberikan perlindungan tambahan, manakala rekaannya yang ringan memudahkan ia dibawa ke mana sahaja.
Beli di sini: Shopee | Lazada
Kekal Aktif, Selesa & Sopan
Kesimpulannya, pemilihan pakaian pickleball Muslimah yang sopan dan sesuai amat penting untuk memastikan pergerakan di gelanggang kekal selesa dan meyakinkan.
Dengan kepelbagaian pilihan pakaian pickleball dan baju sukan Muslimah terkini, anda tidak perlu lagi mengorbankan gaya atau batas aurat untuk kekal aktif dalam sukan pickleball.
BACA JUGA: 6 Jubah Moden Cantik Untuk Majlis Kahwin Bawah RM150, Tampil Sopan & Elegan Sebagai Muslimah
Ikuti kami, Waktu Solat Malaysia di semua platform untuk dapatkan lebih banyak info bermanfaat:
Facebook: https://www.facebook.com/waktusolatmsia
Instagram: https://www.instagram.com/waktusolatmy
X: https://x.com/WaktuSolatMsia
WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va9S1HR6xCSNywYivK28
Telegram: https://t.me/waktusolat_my
TikTok: https://www.tiktok.com/@waktusolatmy
Threads: https://www.threads.com/@waktusolatmy
YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCNBD0UlKUCbUHm-VmXWozEw
Muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia melalui App Store atau Play Store hari ini.
Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Kotak Luahan, ruang selamat dan ‘anonymous’ untuk anda berkongsi pertanyaan, keresahan, pengetahuan atau pandangan berkaitan agama dan kehidupan.
Luahkan di: https://www.waktusolat.digital/kotak-luahan/
Kerana kadang-kadang, meluah itu membuat hati rasa lega!
Sekiranya anda ada maklum balas anda tentang portal, artikel dan topik di Waktu Solat Malaysia, hantar ke: https://forms.gle/cKnytmoA25T33hth9.