Tazkirah

BERLUMBA LUMBALAH MENGERJAKAN KEBAIKAN


Firman Allah SWT : فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ ۚ [Surat Al-Baqarah 148] Terjemahan : "oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan."

JIKA KAMU SAYANG SERTA MENGASIHI ALLAH, MAKA IKUTILAH RASULULLAH SAW


Firman Allah SWT : ُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ. [Surat Aal-E-Imran 31] Terjemahan : "Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

INGATLAH ALLAH MAKA ALLAH AKAN BALAS DENGAN KEBAIKAN


Firman Allah SWT : فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ. [Surat Al-Baqarah 152] Terjemahan : "Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)."

TERTUTUP PANCAINDERA KERANA KEKUFURAN DAN KEINGKARAN TERHADAP ALLAH DAN RASUL


Firman Allah SWT : خَتَمَ اللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَعَلَىٰ سَمْعِهِمْ ۖ وَعَلَىٰ أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ. [Surat Al-Baqarah 7] Terjemahan : "(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar."

JANGAN KITA DARI KALANGAN SEJAHAT JAHAT MAKHLUK


Firman Allah SWT : إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَالْمُشْرِكِينَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ أُولَٰئِكَ هُمْ شَرُّ الْبَرِيَّةِ. [Surat Al-Bayyinah 6] Terjemahan : "Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam, kekalah mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk."

SYURGA ITU AKAN DIWARISI OLEH GOLONGAN MEREKA YANG BERTAQWA


Firman Allah SWT : تِلْكَ الْجَنَّةُ الَّتِي نُورِثُ مِنْ عِبَادِنَا مَنْ كَانَ تَقِيًّا [Surat Maryam 63] Terjemahan : "Itulah taman Syurga yang Kami akan berikan sebagai warisan pusaka kepada orang-orang yang bertaqwa dari hamba-hamba Kami."

SEMOGA KITA BUKAN DARI MEREKA YANG MENDERHAKAI RASUL


Firman Allah SWT : فَعَصَىٰ فِرْعَوْنُ الرَّسُولَ فَأَخَذْنَاهُ أَخْذًا وَبِيلًا. [Surat Al-Muzzammil 16] Terjemahan : "Maka Firaun menderhaka kepada Rasul itu, lalu Kami menyeksakannya dengan azab seksa yang seberat-beratnya."

JANGAN KAMU MATI MELAINKAN MATI DALAM ISLAM DAN TAQWA


Firman Allah SWT: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ. [Surat Aal-E-Imran 102] Terjemahan : "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam."

GAMBARAN YANG ALLAH BERIKAN TENTANG HARI KIAMAT


Firman Allah SWT : يَوْمَ تَرْجُفُ الْأَرْضُ وَالْجِبَالُ وَكَانَتِ الْجِبَالُ كَثِيبًا مَهِيلًا. [Surat Al-Muzzammil 14] Terjemahan : "(Azab itu tetap berlaku) pada hari bumi dan gunung-ganang bergoncang (serta hancur lebur), dan menjadilah gunung-ganang itu timbunan pasir yang mudah bersepah."

TAKUTLAH PADA ALLAH DENGAN MENINGGALKAN MAKSIAT DAN MENGIKUT SEGALA PERINTAHNYA


Firman Allah SWT : فَلَا تَخْشَوُا النَّاسَ وَاخْشَوْنِ [Surat Al-Ma'idah 44] Terjemahan : "Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu);"

Page