Isu suami mati rasa terhadap pasangan hidup selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga merupakan satu barah tersembunyi yang boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan rohani.

Malah, apa yang lebih memilukan, kegagalan mengekalkan momentum kasih sayang ini sering kali membawa kepada keretakan emosi, sehinggakan ada pasangan yang memilih untuk menjauhkan diri serta mengabaikan tanggungjawab zahir mahupun batin.

Bagi mengupas fenomena yang sering melanda institusi kekeluargaan ini, Ustaz Ahmad Rizam (UAR) pernah menitipkan pesanan yang cukup mendalam dan menyentuh jiwa terutamanya buat golongan lelaki bergelar suami.

Punca Utama Mengapa Ramai Suami Mati Rasa Dalam Perkahwinan

Mengulas isu ini, punca seorang suami mati rasa kerana hanya melihat kepada luaran semata-mata serta meletakkan sandaran cinta kepada perkara yang bersifat sementara terutamanya pada wanita lain selain isteri mereka.

Menurut UAR, persoalan asas yang perlu dihadam oleh setiap lelaki adalah, ‘Mengapa kita berkahwin dan apakah matlamat sebenar kita memilih wanita tersebut sebagai isteri?’.

“Sebenarnya kenapa kita kena kahwin? Itu satu persoalan Dan cara macam mana kita kahwin? Aku kahwin dengan dia sebab apa? Sebab cinta? Dan cinta itu akan hilang.

“Kenapa cinta itu akan hilang? Kerana pasangan ni selalu dia melihat akan kebaikan pasangan. Dia tak pernah pun melihat akan kekuarangan dan fitrah manusia seribu kebaikan dia akan hilang tatkala dia menemui satu kesilapan

“Pertama, kecantikan. Cantik ni biasanya akan luluh. Tak lama dua tahun kahwin pun cukuplah. Yang kurus akan jadi badan besar, cantik? Awak dah tak cantik. Sebanrnya kau kahwin ni kerana apa? Dan jika dia ada jawapannya dalam diri dia maka, itulah yang akan diperolehinya dalam perkahwinan”.

Kesilapan Kecil Memadam Seribu Kebaikan Isteri Hingga Suami Mati Rasa

suami mati rasa
Ustaz Ahmad Rizam

Sifat semula jadi manusia sememangnya cenderung untuk melihat kesilapan orang lain berbanding menghargai pengorbanan pasangan.

Dan apabila satu kesilapan berlaku, ia menjadi asbab untuk suami mati rasa dan melupakan segala pengorbanan wanita yang pernah bertarung nyawa demi melahirkan zuriatnya.

Dalam masa sama, UAR mengingatkan bahawa fitrah manusia sering kali melenyapkan seribu kebaikan pasangan tatkala mereka menemui satu sahaja kesilapan atau kekurangan.

Bahkan, Islam mengajarkan kita untuk sentiasa melihat pasangan dengan pandangan rahmah dan belas kasihan.

Allah SWT berfirman di dalam al-Quran mengenai ketetapan jodoh dan ketenangan:

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً

Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan…” (Surah Ar-Rum: 21)

Nasihat Ustaz Ahmad Rizam Buat Kedamaian Hati Suami Mati Rasa

Perubahan fizikal isteri selepas bersalin kadangkala membuatkan suami mati rasa, namun UAR mengingatkan, untuk kembali bertanya kepada diri sendiri tentang apa sebenarnya yang mereka cari dalam sebuah perkahwinan.

Justeru, memulihkan jiwa seorang suami mati rasa, niat asal perkahwinan itu perlu diperbetulkan semula dengan meletakkan keredhaan Allah sebagai paksi utama.

Solusi Syariat Islam Mengubati Jiwa Suami Mati Rasa

Mengasingkan diri atau melayan perasaan dingin bukanlah jalan penyelesaian untuk seorang suami mati rasa melarikan diri, sebaliknya memahami dan mempelajari firman Allah dan tunjuk ajar yang ditinggalkan oleh baginda Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW merupakan contoh terbaik dalam melayan para isteri dengan penuh kelembutan, walaupun dalam keadaan isteri melakukan kesilapan.

Baginda SAW bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzi:

خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِي

Maksudnya: “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang paling baik di antara kalian terhadap isteriku.”

Kasih sayang yang diredhai Allah akan menghalang mana-mana suami mati rasa daripada mengabaikan tanggungjawabnya, kerana mereka sedar bahawa setiap layanan baik seorang suami terhadap isteri akan dinilai sebagai sedekah dan ganjaran pahala yang besar di akhirat kelak.

Sumber: Ustaz Ahmad Rizam

BACA JUGA: Ramai Tak Tahu, Ustaz Azhar Idrus Dedah Rupanya Ada 3 Keadaan Yang Dibenarkan Berbohong Dalam Islam

BACA JUGA: Apa Hukum Oral Seks Dalam Islam? Ikuti Penjelasan 4 Mazhab Tentang Batasan Hubungan Suami Isteri

Ikuti kami, Waktu Solat Malaysia di semua platform untuk dapatkan lebih banyak info bermanfaat:

Facebook: https://www.facebook.com/waktusolatmsia

Instagram: https://www.instagram.com/waktusolatmy

X: https://x.com/WaktuSolatMsia

WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va9S1HR6xCSNywYivK28

Telegram: https://t.me/waktusolat_my

TikTok: https://www.tiktok.com/@waktusolatmy

Threads: https://www.threads.com/@waktusolatmy

YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCNBD0UlKUCbUHm-VmXWozEw

Muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia melalui App Store atau Play Store hari ini.

Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Kotak Luahan, ruang selamat dan ‘anonymous’ untuk anda berkongsi pertanyaan, keresahan, pengetahuan atau pandangan berkaitan agama dan kehidupan.

Luahkan di: https://www.waktusolat.digital/kotak-luahan/

Kerana kadang-kadang, meluah itu membuat hati rasa lega!

Sekiranya anda ada maklum balas anda tentang portal, artikel dan topik di Waktu Solat Malaysia, hantar ke: https://forms.gle/cKnytmoA25T33hth9