Suasana duka menyelubungi Kampung Sumur, Duren Sawit, Jakarta Timur, Indonesia pada Khamis malam, 30 Julai 2026, selepas seorang tokoh agama, Ustaz Ahmad Firdaus bin H. Rohili, 53, dilaporkan meninggal dunia ketika sedang menyampaikan ceramah di hadapan para jemaah.

Kejadian ini menyentuh hati ramai, apabila seorang pendakwah yang selama ini berjuang menyampaikan ilmu agama, akhirnya menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan sedang menunaikan tugas dakwahnya.

Detik Ustaz Ahmad Firdaus Meninggal Dunia Ketika Berceramah

Peristiwa memilukan ini berlaku ketika arwah sedang mengisi tazkirah dalam satu majlis haul bagi salah seorang penduduk setempat.

Momen tersebut sempat dirakam dalam sebuah video yang kemudiannya dimuat naik oleh akaun Instagram @durensawit.info, sekaligus tular di media sosial.

meninggal dunia

Dalam rakaman yang tersebar, Ustaz Ahmad Firdaus dilihat tiba-tiba terhenti di tengah-tengah ceramahnya sebelum akhirnya rebah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejadian mengejut ini menimbulkan rasa sebak yang mendalam dalam kalangan jemaah yang hadir mahupun masyarakat luas yang menyaksikan rakaman tersebut.

Rasulullah SAW pernah bersabda mengenai kelebihan seseorang yang meninggal dunia ketika sedang melakukan amal kebaikan:

مَنْ مَاتَ عَلَى شَيْءٍ بُعِثَ عَلَيْهِ

Man mata ‘ala syai’im bu’itsa ‘alaih

Maksudnya: “Sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan melakukan sesuatu (amalan), maka dia akan dibangkitkan dalam keadaan tersebut.”

(Riwayat Muslim)

Sempat Sebut Nama Rasulullah SAW Sebelum Meninggal Dunia

Menurut jemaah yang turut hadir ketika kejadian tersebut berlaku, arwah sempat menyebut nama Rasulullah SAW sebelum meninggal dunia.

Perkara ini menjadi tumpuan ramai pengguna media sosial, yang kemudiannya mendoakan agar arwah meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah.

Doa dan ucapan takziah terus mengalir di media sosial buat arwah yang kembali ke rahmatullah ketika sedang menjalankan tugas dakwahnya, sebagai tanda penghormatan masyarakat terhadap jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang hayatnya.

Sabda Rasulullah SAW turut menyebut mengenai kelebihan mereka yang menyebut kalimah baik ketika hampir meninggal dunia:

مَنْ كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ

Man kana akhiru kalamihi la ilaha illallah dakhalal-jannah

Maksudnya: “Sesiapa yang akhir perkataannya adalah ‘La ilaha illallah’, dia akan memasuki syurga.”

(Riwayat Abu Daud)

Saksi Kebaikan Arwah Sebelum Meninggal Dunia

Pemergian Ustaz Ahmad Firdaus meninggalkan kesan mendalam buat keluarga, kerabat dan penduduk sekitar.

Ruangan komen pada video yang dimuat naik dipenuhi dengan pelbagai bukti sifat peribadi dan kebaikan arwah semasa hayatnya.

Salah seorang ahli keluarga yang mendakwa sebagai anak saudara arwah menceritakan bahawa Ustaz Ahmad Firdaus mempunyai kebiasaan meminta setiap ceramahnya dirakam, bertujuan untuk dijadikan bahan penilaian diri serta boleh diputar semula pada waktu lain.

“Saya bersaksi beliau orang yang baik. Sejak kecil saya sudah bersama beliau. Memang beliau selalu meminta direkam ketika mengisi ceramah agar boleh didengar semula untuk penilaian diri. Semoga ini juga menjadi peringatan buat kita yang masih hidup untuk terus menjadi orang yang baik,” tulis akaun @afdlxxxx.

Sifat peribadi baik yang sama turut disampaikan oleh pengguna media sosial lain yang mengenali arwah sejak kecil.

“Beliau orang yang baik, meninggal dunia pada hari yang baik. Saya menjadi saksi ketika kecil sering diajak menghadiri majlis santunan anak yatim oleh beliau. Beliau sangat mencintai dan menyayangi anak-anak yatim,” tulis akaun @awaludxxxx.

Pengajaran Daripada Pemergian Seorang Pendakwah

Peristiwa Ustaz Ahmad Firdaus meninggal dunia ketika sedang berceramah ini menjadi peringatan besar buat kita semua bahawa ajal boleh menjemput pada bila-bila masa, tanpa mengira usia mahupun keadaan seseorang.

Sebagai seorang yang sepanjang hayatnya mencurahkan bakti dalam bidang dakwah, pemergian arwah dalam keadaan sedang menyampaikan ilmu agama dilihat oleh ramai sebagai satu petanda husnul khatimah, iaitu kesudahan yang baik di akhir kehidupan seorang hamba.

Kisah ini turut mengajar kita untuk sentiasa bersedia menghadapi kematian pada bila-bila masa, dengan memperbanyakkan amal soleh serta memastikan setiap detik kehidupan diisi dengan perkara yang bermanfaat, sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh arwah sepanjang hayatnya sebagai seorang pendakwah yang dikasihi ramai.

Pemergian Ustaz Ahmad Firdaus bin H. Rohili yang meninggal dunia ketika sedang menyampaikan ceramah agama ini benar-benar menyentuh hati masyarakat, bukan sahaja kerana cara pemergiannya yang mengejut, tetapi turut kerana perkongsian pelbagai pihak mengenai keperibadian mulia yang dimiliki oleh arwah semasa hayatnya.

Momen beliau sempat menyebut nama Rasulullah SAW sebelum menghembuskan nafas terakhir turut menjadi penghibur dan harapan buat keluarga serta jemaah yang mengenalinya, agar arwah tergolong dalam kalangan mereka yang meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah.

Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua untuk terus istiqamah melakukan kebaikan, kerana kita tidak pernah tahu bila detik ajal akan menjemput.

Al-Fatihah buat arwah Ustaz Ahmad Firdaus bin H. Rohili.

Sumber: Sinar Indonesia

BACA JUGA: Guna Teknologi AI Untuk Menghasilkan Gambar Orang Yang Telah Meninggal Dunia, Apa Hukumnya Menurut Islam?

BACA JUGA: Jangan Panik, Ini Langkah Penting Serta Panduan Urus Pusaka & Dokumen Apabila Ibu Bapa Meninggal Dunia

Ikuti kami, Waktu Solat Malaysia di semua platform untuk dapatkan lebih banyak info bermanfaat:

Facebook: https://www.facebook.com/waktusolatmsia

Instagram: https://www.instagram.com/waktusolatmy

X: https://x.com/WaktuSolatMsia

WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va9S1HR6xCSNywYivK28

Telegram: https://t.me/waktusolat_my

TikTok: https://www.tiktok.com/@waktusolatmy

Threads: https://www.threads.com/@waktusolatmy

YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCNBD0UlKUCbUHm-VmXWozEw

Muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia melalui App Store atau Play Store hari ini.

Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Kotak Luahan, ruang selamat dan ‘anonymous’ untuk anda berkongsi pertanyaan, keresahan, pengetahuan atau pandangan berkaitan agama dan kehidupan.

Luahkan di: https://www.waktusolat.digital/kotak-luahan/

Kerana kadang-kadang, meluah itu membuat hati rasa lega!

Sekiranya anda ada maklum balas anda tentang portal, artikel dan topik di Waktu Solat Malaysia, hantar ke: https://forms.gle/cKnytmoA25T33hth9