(sumber: OhBulan!)


Bila kita lihat Pak Nil, pada usia 63 tahun, masih boleh berdiri dan sujud dengan sempurna, ia bukan sekadar kisah seorang selebriti, tetapi kisah tentang nikmat yang selalu kita lupa. Ramai di luar sana yang muda dan sihat tapi solat pun malas. Sedangkan orang seusia Pak Nil sudah melalui macam-macam ujian tubuh, tapi masih tetap menjaga solat. Bukan sekadar dengan badan, tapi dengan jiwa. Islam mengajar kita untuk bersyukur dengan nikmat sihat sebelum datangnya sakit.

Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit.

Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa muda mu sebelum datang masa tua dan masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Solat bukan hanya ibadah rutin, tapi juga refleksi syukur atas setiap nikmat anggota yang masih boleh bergerak. Bila lutut masih mampu dibengkokkan untuk rukuk, bila dahi masih mampu menyentuh sejadah, itu bukan benda biasa, itu satu rahmat yang besar.

Apa yang Pak Nil kongsikan mengingatkan kita bahawa menjaga kesihatan juga adalah satu bentuk tanggungjawab terhadap agama. Bila tubuh sihat, lebih mudah untuk beribadah. Bila sakit, kita mula hargai benda kecil yang dulu kita tak pernah syukuri. Seperti dapat rukuk dengan selesa, atau solat tanpa bantuan kerusi

Maka, selagi ada tenaga dan masa, jangan tunda-tunda ibadah. Kisah seperti ini bukan sekadar inspirasi, tapi juga peringatan. Umur bukan penghalang, selagi hati masih mahu dekat dengan Tuhan. Dan kadang-kadang, hanya selepas sakit baru kita betul-betul faham bahawa solat itu bukan beban, tetapi hadiah dari Allah SWT.


Sumber: OhBulan!