Baru-baru ini, tular video yang mendakwa sebuah kompleks kerajaan di Putrajaya didatangi entiti misteri berambut panjang, berpakaian putih, serta papan tanda laluan kecemasan yang bergoyang dengan sendiri.
Isu ini mencetus kekecohan di kalangan netizen serta penjawat awam, dan tindakan segera telah pun diambil.
Dari sudut Islam, kita diajar bahawa jin dan syaitan memang wujud, tetapi bukan bermakna segala penampakan adalah kebenaran yang nyata.
Ulama menekankan kita harus berpegang kepada nas dan tidak mudah terjebak dalam khurafat atau tahyul mahyul.
Banyak aktiviti mistik diklasifikasi sebagai unsur syirik ringan jika kita mengangkatnya sebegitu besar.
Dalam Islam, ruqyah dan doa pembacaan Al-Quran adalah solusi dan pelindung rohani terhadap gangguan ghaib seperti ini.
Tidak salah jika dibantu dengan ikhtiar doa dan bacaan Al-Quran seperti apa yang dilakukan di kompleks berkenaan, selagi ia berdasarkan petunjuk syariah.
Inilah ajaran Islam iaitu menolak ketakutan buta dan menggantinya dengan pendekatan doa, zikir, dan tawakkal kepada Allah.
Akhirnya, kejadian ini adalah pengajaran kepada kita semua. Jangan mudah termakan cerita mistik tanpa penjelasan, apatah lagi menyiarkannya sehingga menimbulkan keresahan awam.
Islam mengajar agar kita memeriksa, tidak terpedaya dengan sensasi, dan bijaksana dalam menilai setiap dakwaan penampakan ghaib.
Syaitan dan jin itu sememangnya wujud, tetapi kita tidak perlu takut kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk mendatangkan mudarat.
Takutlah dengan azab Allah SWT jika kita tidak beriman sepenuhnya kerana sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa dan tiada tuhan melainkan Allah.
Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan-Nya, InsyaAllah.
Sumber: SirapLimau