Baru-baru ini tular kisah seorang isteri yang berkongsi pengalaman kecewa apabila suaminya dilihat pemurah dengan orang lain tetapi kedekut terhadap isterinya sendiri.

Kisah itu timbul selepas wanita tersebut memesan beberapa aiskrim mahal melalui aplikasi penghantaran makanan dan menulis nota sebagai luahan rasa hati, kerana selama ini dia berjimat demi keperluan rumah tangga dan demi menyusukan anak.

Perbuatan suami yang mengutamakan orang lain tanpa mengambil kira hak isteri jelas meninggalkan luka emosi terhadap si isteri.

Dalam Islam, tanggungjawab suami untuk menunaikan nafkah kepada isteri adalah amanah yang besar.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadith yang diriwayat oleh Ibn ‘Abbas:

خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِي

Maksudnya: Sebaik-baik daripada kalangan kamu ialah yang paling baik terhadap isterinya. Dan aku adalah yang terbaik terhadap isterinya.

(Hadith riwayat Ibn Majah, 9:2053)

Kegagalan suami menunaikan tanggungjawab ini boleh menimbulkan perasaan tersisih atau tidak dihargai buat si isteri.

Islam mengingatkan bahawa keadilan dan ihsan dalam rumah tangga adalah penting, kerana setiap pasangan berhak merasa disayangi dan dihormati.

Kisah ini menjadi pengajaran bahawa rumah tangga bukan sekadar soal kewangan, tetapi juga soal menghargai pengorbanan dan menjaga hati pasangan.

Isteri yang bersabar dan mengekalkan komunikasi yang baik akan membantu menguatkan perhubungan.

Suami pula digalakkan menunaikan tanggungjawab nafkah dengan ikhlas, sebagai bukti cinta dan tanggungjawab moral yang diberi oleh Allah SWT.

Menunaikan nafkah dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang bukan hanya mendatangkan keberkatan rumah tangga, tetapi juga menenangkan hati isteri serta dapat membina hubungan yang lebih baik dan bahagia.

Sumber: MStar