Platform e-hailing “Grab” telah membuka peluang ekonomi kepada pelbagai golongan, termasuk mereka yang menghadapi cabaran pekerjaan seperti golongan OKU dan ibu tunggal.

Mereka bukan sekadar dapat memperoleh pendapatan, malah turut membina kemandirian dan menyumbang kepada kesejahteraan keluarga dan masyarakat.

Dalam Islam, usaha sebegini seiring dengan prinsip kerja beretika dan ganjaran atas kerja halal sebagai satu bentuk ibadah apabila niat membantu dan menyara hidup keluarga demi Allah SWT.

Dengan menyediakan pekerjaan kepada golongan terpinggir seperti OKU dan ibu tunggal, Grab telah menunjukkan contoh praktikal bagaimana masyarakat boleh saling bantu-membantu tanpa meninggalkan sesiapa di belakang.

Konsep berdikari dan menyara keluarga juga merupakan amanah penting dalam Islam. Firman Allah SWT dalam Surah al-Jumu’ah, ayat 10, menyeru umat Islam supaya setelah menunaikan solat, mereka menyebarlah mencari rezeki dengan membawa kebaikan dan keberkatan.

“Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).”

Melihat kepada usaha yang dilakukan, jelas bahawa Grab bukan sahaja menjadi sebuah platform e-hailing semata-mata, tetapi turut berperanan sebagai medium rezeki halal yang membantu ramai insan berdikari, alhamdulilah

Sumber: MStar