Baru-baru ini, Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2025 mencetuskan perdebatan hangat di media sosial apabila ramai lelaki tampil dengan gaya pakaian feminin seperti gaun dan aksesori mencolok.

Meskipun fesyen sering dipandang sebagai cara untuk ekspresi diri, ramai netizen berpendapat penampilan sebegini melampaui norma budaya masyarakat Malaysia dan agama Islam.

Dari perspektif Islam, penampilan yang menyerupai jantina lain adalah dilarang secara jelas. Rasulullah SAW bersabda:

“Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki”.

(HR Bukhari)

Islam menegaskan pentingnya menjaga fitrah setiap individu serta memelihara identiti jantina yang jelas sebagai amanah Ilahi.

Penampilan yang melampaui batas boleh menyebabkan fitnah atau penyesatan dalam masyarakat.

Sebagai seorang Muslim, kita haruslah bersuara mengenai isu ini dan jangan berdiam diri sahaja kerana ia berpotensi untuk merosakkan akidah generasi yang akan datang.

Kesimpulannya, walaupun fesyen adalah satu bentuk kreativiti dan cerminan diri seseorang itu, dalam konteks Islam, ia mestilah menghormati fitrah dan adab syariat.

Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan-Nya, InsyaAllah

Sumber: Threads & Beautifulnara