Persoalan wanita haid baca al-Quran sering menimbulkan kekeliruan dalam kalangan Muslimah yang ingin terus mendampingi kalam Allah SWT.
Namun, apabila datang haid, ada yang berasa bimbang dan serba salah kerana perlu menghentikan bacaan buat sementara waktu.
Lebih-lebih lagi apabila mendengar alunan bacaan al-Quran melalui komputer atau telefon bimbit, lalu tanpa disedari terikut membaca atau terlintas ayat tersebut didalam hati.
Keadaan ini menimbulkan persoalan mengenai adakah wanita haid baca al-Quran dalam hati dikira berdosa?
Bagaimana pula dengan guru al-Quran yang perlu mengajar dan membetulkan bacaan murid ketika sedang haid?
Hukum Sebenar Wanita Haid Baca Al-Quran Mengikut Hadis
Menurut pandangan ulama Mazhab Syafie, wanita haid baca al-Quran secara lisan (talaffuz) adalah dilarang berdasarkan hadis Nabi SAW.
Ustaz Azhar Idrus menjelaskan bahawa wanita yang sedang haid atau seseorang yang berhadas besar tidak dibenarkan membaca al-Quran secara lisan, iaitu dengan melafazkan ayat menggunakan lidah dan bibir.
Larangan ini bersandarkan kepada riwayat Abdullah bin Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
لاَ تَقْرَأِ الْحَائِضُ وَلاَ الْجُنُبُ شَيْئًا مِنَ الْقُرْآنِ
Maksudnya: “Janganlah wanita yang berada dalam keadaan haid dan orang yang berada dalam keadaan junub membaca sesuatu pun daripada Al-Quran.” (Riwayat al-Tirmizi)
Hadis ini menegaskan bahawa larangan melafazkan ayat al-Quran terpakai secara menyeluruh ke atas golongan yang berhadas besar.
Oleh itu, melafazkan ayat suci secara sengaja menerusi sebutan mulut bagi wanita haid baca al-Quran adalah tidak diharuskan dalam hukum asal bersuci.
Kebolehan Wanita Haid Baca Al-Quran Dalam Hati Dan Mendengar Rakaman Bacaan
Bagaimana pula jika seorang wanita haid baca al-Quran hanya di dalam hati, tanpa menggerakkan bibir atau mengeluarkan suara?
Menurut UAI, membaca atau melintaskan ayat-ayat al-Quran di dalam hati adalah harus dan tidak berdosa.
Justeru, apabila seorang wanita mendengar audio daripada ayat al-Quran melalui komputer atau telefon bimbit, kemudian hatinya mengikuti bacaan tersebut kerana sudah terbiasa, keadaan itu tidak termasuk dalam larangan membaca al-Quran ketika haid.
Bacaan yang hanya terlintas di hati tidak dikira sebagai bacaan yang dilafazkan dengan lidah.
Wanita yang sedang haid juga boleh terus mendengar bacaan al-Quran sebagai pengisian rohani dan sumber ketenangan jiwa.
Haid bukanlah penghalang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui amalan yang dibenarkan.
Rasulullah SAW sendiri pernah membaca al-Quran sambil bersandar di pangkuan Saiyidatina Aishah R.Anha ketika beliau sedang haid. Saiyidatina Aishah R.Anha meriwayatkan:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَّكِئُ فِي حِجْرِي وَأَنَا حَائِضٌ ثُمَّ يَقْرَأُ الْقُرْآنَ
Maksudnya: “Rasulullah SAW pernah bersandar di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid, kemudian Baginda membaca Al-Quran.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Riwayat ini membuktikan bahawa suasana wanita haid baca al-Quran secara mendengar alunan ayat suci daripada orang lain atau peranti audio adalah amalan yang sangat disukai dan dibenarkan dalam Islam.
Panduan Wanita Haid Baca Al-Quran Untuk Tujuan Pengajaran

Persoalan wanita haid baca al-Quran turut melibatkan guru wanita yang mengajar di sekolah atau pusat tahfiz.
Bagaimanakah pengajaran boleh diteruskan sepanjang tempoh haid?
Ustaz Azhar Idrus menjelaskan panduan yang boleh diamalkan agar pembelajaran murid tetap berjalan.
Menurut beliau, guru wanita yang sedang haid hendaklah meminta murid membaca ayat-ayat al-Quran, sementara guru mendengar dan menyemak bacaan tersebut.
Sekiranya terdapat kesilapan tajwid atau sebutan huruf, guru boleh membetulkannya dengan niat mengajar, bukan untuk membaca al-Quran sebagai tilawah.
Dalam konteks ini, penjelasan mengenai wanita haid baca al-Quran bagi tujuan pengajaran merujuk kepada keperluan membetulkan kesilapan bacaan murid.
Kebenaran tersebut perlu difahami dalam batas yang dijelaskan, iaitu dengan niat mengajar (ta‘lim) atau membetulkan bacaan, bukannya niat tilawah.
“Dengar baik-baik, orang perempuan ketika haid nak baca al-Quran tak boleh. Dalam hadis, “tidak boleh membaca suatu daripada al-Quran oleh perempuan yang haid dan orang yang junub. Taoi kakau baca dalam hati, boleh.
“Orang perempuan kalau mengajar al-Quran sampai masa datang haid, jangan baca ayat. Cara mengajar dia adalah meminta murid yang baca tetapi jika salah, dibetulkan itu harus. Tetapi jangan niat baca al-Quran tetapi niat mengajar hukumnya harus.
“Perempuan haid tidak boleh membaca al-Quran. Tetapi zikir, istighfar, selawat dan doa boleh”.
Amalan Zikir Dan Doa Sebagai Alternatif Wanita Haid Baca Al-Quran
Islam merupakan agama yang sangat syumul dan tidak pernah menutup pintu ibadah bagi hamba-Nya.
Walaupun terdapat batasan bagi isu wanita haid baca al-Quran secara lisan, golongan wanita masih mempunyai ruang yang sangat luas untuk meraih pahala sepanjang tempoh uzur tersebut.
Tambah UAI, wanita yang sedang haid sangat digalakkan untuk memperbanyakkan amalan zikir, istighfar, selawat ke atas Nabi SAW, serta berdoa kepada Allah SWT.
Amalan-amalan ini boleh dilafazkan secara lisan tanpa sebarang halangan syarak.
Bahkan, jika terdapat ayat-ayat al-Quran yang mengandungi unsur doa atau zikir seperti Ayat Kursi, doa naik kenderaan, atau surah al-Fatihah, wanita haid dibolehkan membacanya secara lisan.
Dengan syarat, dia meniatkannya sebagai doa atau zikir perlindungan (hifz), bukannya dengan niat wanita haid baca al-Quran secara tilawah.
Rasulullah SAW menggalakkan umatnya agar sentiasa membasahi lidah dengan zikrullah, sebagaimana sabda Baginda:
لاَ يَزَالُ لِسَانُكَ رَطْبًا مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ
Maksudnya: “Hendaklah lidahmu sentiasa basah dengan berzikir mengingati Allah.” (Riwayat al-Tirmizi)
Hukum Wanita Haid Baca Al-Quran Dan Hikmah Bersuci
Kesimpulannya, memahami hukum wanita haid baca al-Quran membantu Muslimah meneruskan amalan yang dibenarkan dengan tenang dan yakin.
Sepanjang tempoh haid, wanita juga boleh terus berzikir, berselawat, beristighfar dan berdoa.
Justeru, panduan mengenai wanita haid baca al-Quran tidak seharusnya difahami sebagai penghalang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Ketaatan turut dizahirkan melalui kesediaan mematuhi ketetapan-Nya, sambil meneruskan ibadah yang dibenarkan mengikut keadaan diri.
Sumber: Ustaz Azhar Idrus
BACA JUGA: Tak Sebut ‘Sadaqallahul ‘Azim’ Selepas Mengaji, Berdosa Ke? Ramai Mungkin Keliru Sebab Dah Jadi Kebiasaan
Ikuti kami, Waktu Solat Malaysia di semua platform untuk dapatkan lebih banyak info bermanfaat:
Facebook: https://www.facebook.com/waktusolatmsia
Instagram: https://www.instagram.com/waktusolatmy
X: https://x.com/WaktuSolatMsia
WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va9S1HR6xCSNywYivK28
Telegram: https://t.me/waktusolat_my
TikTok: https://www.tiktok.com/@waktusolatmy
Threads: https://www.threads.com/@waktusolatmy
YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCNBD0UlKUCbUHm-VmXWozEw
Muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia melalui App Store atau Play Store hari ini.
Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Kotak Luahan, ruang selamat dan ‘anonymous’ untuk anda berkongsi pertanyaan, keresahan, pengetahuan atau pandangan berkaitan agama dan kehidupan.
Luahkan di: https://www.waktusolat.digital/kotak-luahan/
Kerana kadang-kadang, meluah itu membuat hati rasa lega!
Sekiranya anda ada maklum balas anda tentang portal, artikel dan topik di Waktu Solat Malaysia, hantar ke: https://forms.gle/cKnytmoA25T33hth9.