Ramai yang keliru antara hukum haram dan makruh dalam Islam. Ianya ditegaskan bahawa haram tidak sama dengan makruh meskipun kedua-duanya mencerminkan sesuatu yang tidak digalakkan.
Namun, perbuatan haram akan mengundang dosa kepada pelakunya, manakala makruh tidak mendatangkan dosa. Walau bagaimanapun, kedua-duanya haruslah ditinggalkan.
Dari segi istilah syarak, makruh ialah perbuatan yang tidak dilarang secara tegas, tetapi Islam menganjurkan agar ia ditinggalkan. Meninggalkannya disertai niat kerana Allah akan mendapat pahala, tetapi mengerjakannya tidak mendatangkan dosa langsung.
Contohnya ialah seperti membazir air ketika berwuduk atau menguap secara terbuka, bukanlah dilarang secara tegas, tetapi ia tetap tidak digalakkan dalam adab Islam.
Sebaliknya, haram merujuk kepada larangan yang nyata dan memiliki dalil yang tegas dari al-Quran, hadis atau ijmak. Melakukan perkara haram seperti zina, mencuri, atau menggunakan riba merupakan dosa yang harus disesali dan dilakukan taubat.
Pemahaman tepat mengenai perbezaan ini adalah sangat penting. Ia akan membantu kita untuk lebih fokus menjauhi haram, dan secara perlahan menghindari perkara makruh untuk meningkatkan ketakwaan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Sumber: Harakahdaily