
Takhbib adalah perbuatan yang sangat dikecam dalam Islam iaitu usaha memisahkan suami isteri melalui hasutan, fitnah atau campur tangan pihak ketiga dengan niat yang tidak baik. Walaupun mungkin kelihatan “tidak sengaja” atau “tidak besar”, hakikatnya ia adalah satu bentuk dosa besar yang meruntuhkan institusi keluarga yang dibina atas akad yang suci.
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ خَبَّبَ زَوْجَةَ امْرِئٍ أَوْ مَمْلُوكَهُ فَلَيْسَ مِنَّا
Maksudnya: Barangsiapa yang melakukan takhbib terhadap isteri seseorang atau terhadap hamba yang orang itu miliki maka dia bukan daripada kalangan kami.
Hadis riwayat Abu Daud (5170). Berkata Syeikh Syu`aib al-Arnaut: “Isnadnya sahih”.
Islam meletakkan nilai yang sangat tinggi terhadap keharmonian rumahtangga, malah memeliharanya dianggap sebagai satu ibadah. Justeru, sesiapa yang terlibat dalam takhbib, sama ada dengan niat memiliki pasangan orang, atau sekadar menimbulkan perasaan curiga sebenarnya sedang bermain dengan api dosa yang membawa kemurkaan Allah SWT. Ia bukan sekadar soal perasaan, tetapi melibatkan amanah, maruah dan keturunan.
Kadang-kadang takhbib ini berlaku dalam bentuk yang sangat halus, seolah-olah hanya memberi “nasihat”, atau “mendengar luahan”. Tapi apabila tujuan dan impaknya adalah untuk menggoyangkan kepercayaan antara suami isteri, maka ia termasuk dalam kategori yang dilarang syarak. Kita perlu sedar bahawa mengkhianati rumahtangga orang lain bukan sekadar melukai hati manusia, tetapi melanggar batas yang ditetapkan oleh Allah SWT.
Sebagai seorang Muslim, kita dituntut untuk membina, bukan meruntuhkan. Jika kita benar-benar mencintai seseorang, kita akan menjaga kehormatannya, bukan merampasnya daripada ikatan yang sah. Hentikan normalisasi ‘crush’ pada suami atau isteri orang, dan kembalilah kepada adab dan taqwa yang menjadi tunjang akhlak Islam. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah