
Isteri kepada pelakon popular, Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan, baru-baru ini mencuri perhatian netizen apabila berkongsi rekaan pakaian sukan patuh syariah untuk wanita Muslim melalui jenamanya.
Maklum balas dari masyarakat amat menggalakkan. Dari yang menyambut baik inisiatif itu hingga yang menjadikan ia sebagai motivasi untuk kekal aktif tanpa mengabaikan tuntutan agama.
Dalam Islam, menjaga aurat bukan sekadar kewajipan, tetapi juga amanah yang menyeluruh kepada setiap aspek kehidupan, termasuk dalam aktiviti sukan. Islam tidak menentang sukan atau senaman fizikal.
Sebaliknya, supaya kesihatan dan kekuatan tubuh tetap dijaga mengikut hukum yang telah ditetapkan. Usaha seperti yang dilakukan oleh Tya ini membantu untuk memperkukuhkan mesej bahawa Muslimah tetap boleh aktif dan produktif tanpa melanggar hukum.
Lebih penting lagi, sokongan masyarakat membuka pintu tentang pentingnya pemakaian patuh syariah dalam pelbagai bidang, termasuk sukan yang sering dianggap memerlukan bentuk pakaian lebih ketat dan tidak sesuai. Islam mengajar bahawa batasan bukan untuk mengekang, tetapi untuk menjaga nilai diri dan menghindar diri dari fitnah serta godaan.
Semoga apa yang dilakukan oleh Tya menjadi penghubung antara aktiviti fizikal dan nilai Islam. Pakaian sukan Muslimah bukan sekadar kain untuk menutup aurat, tetapi simbol bahawa iman dan tubuh boleh berjalan seiring. Semoga semua wanita Islam di luar sana kekal istiqamah, InsyaAllah.
Sumber: OhBulan!