Seorang pengguna media sosial di Thread berkongsi kisah pilu tentang seorang pakcik yang sedang nazak.

Ketika cuba diajar lafaz “Lailaha illallah”, lidahnya tidak mampu menyerap lafaz suci itu. Sebaliknya, hanya kata-kata kesat dan carutan yang keluar dari mulutnya.

Cerita ini menjadi peringatan yang getir bahawa apa yang biasa kita ucap, itulah yang akan menjadi penutup hidup kita.

Dalam Islam, pengakhiran hidup yang baik, dikenali sebagai husnul khatimah adalah amat dituntut.

Rasulullah SAW bersabda,

“Apabila seorang mukmin diletakkan di dalam kubur, maka ia akan diperlihatkan tempat tinggalnya di syurga, lalu ia berkata, ‘Ya Allah, percepatkanlah kiamat agar aku dapat kembali kepada keluarga dan hartaku.’

Namun, bagi mereka yang kufur, ia menjadi tempat azab yang menyakitkan.

“Apabila seseorang yang kufur dimasukkan ke dalam kubur, maka ia akan diperlihatkan tempat tinggalnya di neraka, lalu ia berkata, ‘Ya Allah, jangan datangkan kiamat.’”

(Hadis Riwayat Ahmad)

Ini menunjukkan betapa pentingnya penutup kehidupan seseorang itu.

Sayangnya, tabiat mencarut, walaupun dianggap “gurauan biasa”, boleh menjauhkan seseorang dari menerima kematian yang mulia.

Islam menegaskan agar lisan dipelihara, dan sentiasa berfikir sebelum bertutur.

Kisah ini menyeru kita semua supaya mendidik diri dengan menanamkan budaya zikir, doa, dan akhlak mulia agar ketika nyawa di ambang maut, yang keluar bukan carutan tetapi lafaz “Lailaha illallah”.

Sumber: MStar