
Ramai pasangan mungkin tertanya-tanya, adakah dibenarkan untuk berbogel sepenuhnya ketika melakukan hubungan antara suami isteri? Islam sememangnya membenarkan hubungan intim antara pasangan yang sah, tetapi ia juga mengajarkan adab dan batas yang perlu dijaga agar hubungan tersebut kekal dalam landasan yang mulia.
Secara umum, Islam tidak melarang suami isteri untuk melihat aurat masing-masing. Namun, ada pandangan dalam kalangan ulama yang menyarankan supaya sebahagian tubuh ditutup dengan kain atau selimut sebagai tanda malu dan adab. Ini kerana Nabi SAW sendiri sangat menitikberatkan sifat malu, dan ia seharusnya tidak hilang walaupun antara pasangan yang halal.
Tambahan lagi, ada riwayat yang menyebut bahawa malaikat menjauhi mereka yang berbogel tanpa sebab yang wajar. Maka, menjaga sedikit adab dalam hubungan suami isteri boleh menjadi satu bentuk pemeliharaan maruah, dan juga perlindungan daripada gangguan syaitan atau unsur yang tidak diingini.
لاَ تَدْخُلُ الْمَلاَئِكَةُ بَيْتًا فِيهِ صُورَةٌ وَلاَ كَلْبٌ وَلاَ جُنُبٌ
Maksudnya : Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang terdapat padanya gambar, anjing, dan juga orang yang berjunub.
Riwayat Al-Nasa’ie (262)
Apa pun, yang paling penting ialah niat dan cara pasangan itu menjalani hubungan mereka. Selagi tidak melampaui batas syarak, dan hubungan dilakukan dengan penuh hormat, kasih sayang, serta menurut sunnah. Maka, ia bukan sekadar hubungan intim suami isteri, tetapi menjadi ibadah yang diberkati.
Sumber: SirapLimau