Perkongsian tular yang disiarkan melalui Beautiful Nara menceritakan situasi di mana seorang bapa mentua bertanyakan soalan yang sangat peribadi seperti pernahkah menantu dan suaminya melakukan posisi intim ‘69’, serta soal nafkah batin suami kepada isterinya.
Tindakan sebegini bukan sahaja menimbulkan rasa kurang senang, malah jelas bertentangan dengan adab Islam yang menekankan penjagaan maruah serta rahsia rumah tangga.
Dalam Islam, hubungan antara mertua dan menantu digolongkan sebagai mahram muabbad, iaitu haram dikahwini selama-lamanya.
Walaupun hubungan ini dibenarkan dalam batas tertentu, adab serta kesopanan tetap perlu dijaga. Membicarakan hal-hal sulit suami isteri kepada pihak lain, termasuk mertua, adalah perbuatan yang tidak wajar dan menyalahi garis panduan syariat.
Rasulullah SAW menekankan bahawa rumah tangga adalah amanah besar yang perlu dipelihara dengan penuh kehormatan. Baginda turut melarang umatnya daripada mendedahkan rahsia hubungan suami isteri kepada orang lain kerana ia menyentuh maruah serta membuka aib pasangan.
Baginda SAW bersabda:
مَنْ قَعَدَ عَلَى فِرَاشِ مُغِيبَةٍ قَيَّضَ اللَّهُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثُعْبَانًا
Maksudnya: “Orang yang membuka aib pasangannya, Allah akan mengikatnya dengan ular besar pada hari kiamat nanti“
(Riwayat Ahmad)
Justeru, sebarang soalan atau perbualan yang bersifat peribadi tentang kehidupan intim perlu dielakkan sama sekali, apatah lagi apabila ianya datang daripada seorang bapa mentua.
Mertua seharusnya memainkan peranan sebagai penasihat yang baik, bukannya bertindak melampaui batas sehingga menimbulkan rasa malu atau tertekan kepada menantu.
Dengan menjaga adab, ruang peribadi, dan maruah setiap ahli keluarga, maka keharmonian rumah tangga dapat dipelihara dan keberkatan Allah SWT akan sentiasa bersama, InshaAllah.
Sumber: Beautifulnara