Neelofa baru-baru ini menyentuh aspek mendalam dalam hubungan kita dengan Allah iaitu hakikat bahawa setiap Muslim memiliki “akses direct” kepada Allah tanpa perlu “beratur”, tanpa perlu menunggu giliran untuk berdoa kepada-Nya.
Ungkapan ini menarik kerana ia membangkitkan kesedaran bahawa Allah sudah dekat, sedia mendengar doa hamba-Nya tanpa halangan atau penangguhan selama mana doa itu disertai niat ikhlas dan adab.
Islam mengajar bahawa doa itu bukan sekadar permintaan, tetapi pintu istimewa untuk berkomunikasi dengan Tuhan. Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 186:
“Dan apabila hamba-Ku bertanya tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat; Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepada-Ku.”
Allah telah beri kita ‘akses direct’ ini untuk menunjukkan betapa mudah dan cepat-Nya menerima panggilan seorang hamba yang memohon dengan penuh pengharapan.
Kisah Neelofa ini menjadi inspirasi kepada kita semua agar tidak malu atau merasa berdosa untuk terus merengek, berdoa, dan merendah diri kepada Allah SWT.
Sumber: OhBulan!