
Menurut sebuah podcast di TikTok, PU Ri atau nama lengkapnya Muhammad Haris Mohd Ismail menasihati para suami agar mementingkan tanggungjawab kepada keluarga.
PU Riz juga menekankan tanggungjawab suami dalam rumah tangga mengikut ajaran Islam, dengan mengutamakan keluarga selepas berkahwin. Beliau turut menegaskan suami wajib mempelajari ilmu agama, termasuk hal berkaitan haid wanita, bagi mendidik isteri. Suami akan berdosa jika gagal memberikan didikan yang sewajarnya. Isteri juga perlu mendapatkan izin suami untuk puasa sunat. Secara keseluruhannya, PU Riz menyeru suami untuk sentiasa meluangkan masa bersama keluarga.
Sumber: TikTok IsiMinyakLuu