Menjelang Maulidur Rasul, bacaan selawat menjadi antara amalan yang paling indah untuk menghidupkan rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Allah SWT sendiri memerintahkan orang beriman supaya berselawat dan mengucapkan salam kepada Rasulullah SAW:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah al-Ahzab: 56).
Bacaan Selawat Yang Diajarkan Nabi SAW
Antara bacaan selawat paling utama ialah Selawat Ibrahimiyyah yang diajarkan sendiri oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat.
Ia dibaca dalam tahiyat akhir dan mempunyai sandaran hadis yang sahih.
Selain itu, Rasulullah SAW turut menjelaskan ganjaran besar bagi orang yang berselawat:
فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا
Maksudnya: “Sesungguhnya sesiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” (Riwayat Muslim).
Maka, bacaan selawat bukan sekadar amalan sempena Maulidur Rasul, tetapi wajar dijadikan rutin sepanjang kehidupan.
12 Bacaan Selawat Untuk Diamalkan
Berikut antara bacaan selawat yang masyhur dalam masyarakat Islam.
Perlu difahami, tidak semuanya merupakan lafaz yang diajarkan secara langsung oleh Nabi SAW.
1. Selawat Ibrahimiyyah – Selawat yang diajarkan Rasulullah SAW, memohon rahmat dan keberkatan Allah ke atas Nabi Muhammad SAW serta keluarga Baginda.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَjِيدٌ
اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Lafaz 1: “Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad, kama sollaita ‘ala Ibrahim wa ‘ala ali Ibrahim, innaka hamidun majid.” (Ya Allah, limpahkanlah rahmat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau melimpahkan rahmat ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.)
Lafaz 2: “Allahumma barik ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad, kama barakta ‘ala Ibrahim wa ‘ala ali Ibrahim, innaka hamidun majid.” (Ya Allah, berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.)
2. Selawat Munjiyyat – Memohon kepada Allah agar menyelamatkan daripada kesusahan dan bencana melalui keberkatan selawat kepada Nabi SAW.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، صَلَاةً تُنْجِينَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ الْأَهْوَالِ وَالْآفَاتِ، وَتَقْضِي لَنَا بِهَا جَمِيعَ الْحَاجَاتِ، وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ السَّيِّئَاتِ، وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ، وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيعِ الْخَيْرَاتِ فِي الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ.
Rumi: “Allahumma solli ‘ala Sayyidina Muhammadin wa ‘ala ali Sayyidina Muhammad, solatan tunjina biha min jami’il-ahwali wal-afaat, wa taqdi lana biha jami’al-hajat, wa tutohhiruna biha min jami’is-sayyi’at, wa tarfa’una biha ‘indaka a’lad-darajat, wa tuballighuna biha aqsol-ghayat min jami’il-khoirati fil-hayati wa ba’dal-mamat.”
Maksudnya: “Ya Allah, limpahkanlah rahmat ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga Baginda, dengan selawat yang Engkau selamatkan kami dengannya daripada segala ketakutan dan bencana, Engkau tunaikan dengannya segala hajat kami, Engkau sucikan kami dengannya daripada segala keburukan, Engkau angkatkan kami dengannya pada darjat yang tinggi di sisi-Mu, dan Engkau sampaikan kami dengannya kepada sekemuncak matlamat daripada segala kebaikan semasa hidup dan selepas mati.”
3. Selawat Tafrijiyyah – Memohon kelapangan daripada kesulitan dan kemudahan dalam urusan. Mufti Wilayah menjelaskan bahawa selawat ini harus diamalkan selagi difahami bahawa Allah SWT yang memberi pertolongan.

Maksudnya: Wahai Tuhan kami, limpahkanlah rahmat dan nikmat yang sempurna dan kesejahteraan yang meluas ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w yang dengan berkatnya semoga akan teruraulah segala simpulan, ikatan dan terhapuslah segala kesusahan serta tertunailah segala hajat, juga akan tercapailah segala maksud san kesudahan umur yang baik (mati dalam keadaan aman), dan limpahkan air hujan rahmat dengan berkat peribadinya yang mulia. Dan ke atas segala keluarganya dan para sahabatnya pada setiap kerdipan mata dan hembusan nafas, maka semoga Engkau limpahkan rahmat kesejahteraan dan keselamatan yang cukup sempurna.
4. Selawat Fatih – Memohon rahmat dan kesejahteraan Allah ke atas Nabi Muhammad SAW.

Maksudnya: Ya allah, limpahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w , iaitu mahkluk Engkau yang menjadi pembuka akan segala yang tertutup, penutup bagu rasul-rasul yang terdahulu, yang memperjuangkan kebenaran (hak) serta petunjuk jalan yang lurus. Dan limpahilah rahmat dan kesejahteraan ke atas kaum keluarganya dan para sahabatnya akan kebenaran (hak) dengan kuasa Allah dan kekuasaan-Nya yang Maha Agung.
5. Selawat Syifa – Mengandungi doa agar Allah memberikan kesembuhan dan kesejahteraan melalui keberkatan selawat.

Maksudnya: Ya Allah, limpahkanlah rahmat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi perawat (tabib) segala hatinya dan ubatnya, yang menjadi penawar semua badan dan penyembuhnya, yang menjadi penerang segala pandangan (mata). Juga limpahkanlah rahmat kepada kaum keluarganya dan para sahabatnya sekalian.
6. Selawat Nur – Mengandungi pujian kepada Rasulullah SAW serta doa memohon rahmat Allah.

Maksudnya: Ya Allah, limpahkanlah rahmat ke atas cahaya daripada sumber cahaya, rahsia daripada sumber rahsia penawar yang berkesan dan pembuka pintu segala kemudahan iaitu junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w, yang juga makhluk Engkau yang terpilih. Limpahkanlah juga rahmat ke atas kaum keluarganya yang suci bersih dan para sahabatnya yang terpilih akan nikmat Engkau yang tidak terhingga banyaknya serta limpahkanlah juga dengan kelebihan yang banyak dan keutamaan kepada mereka itu.
7. Selawat Saadah – Memohon rahmat Allah yang berterusan ke atas Nabi Muhammad SAW.

Maksudnya: Ya Allah, cucurkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad s.a.w , sebanyak bilangan sesuatu yang ada dalam pengetahuan-Mu, dengan limpahan rahmat yang abadi, sebagaimana abadinya kerajaan-Mu Ya Allah.
8. Selawat Jalilah – Doa memohon kelapangan, keampunan dan kesejahteraan.

Maksudnya: Ya Allah, limpahkanlah segala rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan dan penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w mudah – mudahan dengan limpah rahmat tersebut, akan terurailah segala kekusutan, akan lenyap segala dukacita, akan terselamatlah kami daripada segala dosa, akan terkawallah segala penyelewengan dan akan terlaksanalah segala hajatku.
9.Selawat Kamilah – Memohon rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas Rasulullah SAW.
اَللّٰهُمَّ صَلِّ صَلَاةً كَامِلَةً وَسَلِّمْ سَلَامًا تَامًّا عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ الَّذِيْ تَنْحَلُّ بِهِ الْعُقَدُ وَتَنْفَرِجُ بِهِ الْكُرَبُ وَتُقْضَى بِهِ الْحَوَائِجُ وَتُنَالُ بِهِ الرَّغَائِبُ وَحُسْنُ الْخَوَاتِمِ وَيُسْتَسْقَى الْغَمَامُ بِوَجْهِهِ الْكَرِيْمِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِيْ كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَكَ
Rumi: Allahumma solli solatan kamilatan wasallim salaman tamman Ala sayyidina muhammadinil lazi tanhallu bihil ukadu Watanfaru bihil kurobu watukdho bihil hawa-iju Watunaalu bihir-roghoo-ibu wahusnul khotimi Wayustasqol ghomaamu biwajhihil karim Waala alihi wasohbihi fi kulli lamhatin wanafasin bi-adadi kulli ma-lumin lak
Maksudnya: a Allah, limpahkanlah selawat dengan selawat yang menyeluruh dan kurniakanlah salam dengan salam yang sempurna ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad yang dengannya (selawat itu) dapat merungkai segala ikatan, melepaskan segala kesukaran, melunaskan segala hajat, tercapai segala perkara yang diingini dan kematian yang baik, serta diturunkan hujan (yang menjadi rahmat) disebabkan wajahnya yang mulia.
(Begitu juga selawat dan salam ini diberikan) ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya di dalam setiap kerdipan mata dan nafas dengan setiap bilangan yang diketahui olehMu.
10. Selawat Memohon Syafaat – Mengandungi permohonan kepada Allah agar dikurniakan syafaat Rasulullah SAW.

Maksudnya: Ya Allah, curahkanlah limpah rahmat Mu dan keselamatan ke atas penghulu kami Muhammad yang ummi, yang menjadi kekasih-Mu yang agung darjatnya dan bertambahnya kemuliaan dan kepada keluarga dan sahabat Baginda sekalian.
11. Selawat Ketinggian – Mengandungi doa agar Allah melimpahkan selawat dan kesejahteraan kepada Nabi SAW.

Maksudnya: Ya Allah, tambahkanlah kesejahteraan untuk Muhammad sebanyak bilangan orang-orang yang membaca selawat untuknya, tambahkanlah selawat untuk Muhammad sebagaimana Engkau sukai menambahnya dan tambahkan lah selawat untuk Muhammad sebagaimana Engkau telah perintahkan pada kami untuk membaca selawat untuknya serta tambahkanlah selawat untuk Muhammad sebagaimana semestinya yang dibaca untuknya.
12. Selawat Maulidur Rasul – Antara lafaz selawat dan pujian yang lazim dilagukan dalam majlis sambutan Maulidur Rasul.
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi
يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ
Selawat Allah ke atasmu
أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ
Wajah gembira sepanjang hayat
أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ
Kaulah menyuluhi jiwa
يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد
Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ
Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ
Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ
Wahai imam 2 kiblat
مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ
Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد
Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ
Kunjungi kami pada hari akhirat
عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا
Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ
Dengan segala amalan soleh
وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد
Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ
Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد
Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ
Empunya wajah berseri menawan.
Apa yang penting, bacaan selawat hendaklah difahami sebagai doa dan pujian kepada Rasulullah SAW, sementara segala manfaat dan pertolongan tetap datang daripada Allah SWT.
Bacaan Selawat Bukan Sekadar Untuk Maulidur Rasul
Sambutan Maulidur Rasul boleh menjadi ruang untuk meningkatkan kecintaan kepada Baginda SAW dengan memperbanyakkan selawat, mempelajari sirah dan berusaha mengamalkan sunnah Baginda.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut menyatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul boleh diisi dengan pengisian ilmu, pembelajaran sirah, mengikuti sunnah serta memperbanyakkan selawat kepada Nabi SAW.
Justeru, bacaan selawat seharusnya tidak terhenti selepas selesai perarakan atau majlis Maulidur Rasul.
Mulakan dengan lafaz yang mudah dan bersumberkan dalil, kemudian istiqamah mengamalkannya setiap hari.
Yang lebih penting daripada banyaknya lafaz ialah hati yang benar-benar mencintai Rasulullah SAW dan berusaha mengikuti ajaran Baginda.
Kesimpulan Bacaan Selawat Sempena Maulidur Rasul
Kesimpulannya, terdapat pelbagai bacaan selawat yang diamalkan oleh umat Islam.
Namun, Selawat Ibrahimiyyah mempunyai kedudukan istimewa kerana diajarkan sendiri oleh Rasulullah SAW.
Selawat lain yang disusun oleh ulama juga boleh diamalkan sekiranya kandungannya tidak bercanggah dengan syariat.
Yang utama, jangan mengaitkan sesuatu fadilat khusus kepada Nabi SAW tanpa sandaran yang sahih.
Sempena Maulidur Rasul, marilah memperbanyakkan bacaan selawat, mempelajari sirah Baginda dan membuktikan kecintaan kepada Rasulullah SAW melalui pengamalan sunnah dalam kehidupan seharian.
Sumber: Kasturi Hijau, Viral Johor
Ikuti kami, Waktu Solat Malaysia di semua platform untuk dapatkan lebih banyak info bermanfaat:
Facebook: https://www.facebook.com/waktusolatmsia
Instagram: https://www.instagram.com/waktusolatmy
X: https://x.com/WaktuSolatMsia
WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va9S1HR6xCSNywYivK28
Telegram: https://t.me/waktusolat_my
TikTok: https://www.tiktok.com/@waktusolatmy
Threads: https://www.threads.com/@waktusolatmy
YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCNBD0UlKUCbUHm-VmXWozEw
Muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia melalui App Store atau Play Store hari ini.
Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Kotak Luahan, ruang selamat dan ‘anonymous’ untuk anda berkongsi pertanyaan, keresahan, pengetahuan atau pandangan berkaitan agama dan kehidupan.
Luahkan di: https://www.waktusolat.digital/kotak-luahan/
Kerana kadang-kadang, meluah itu membuat hati rasa lega!
Sekiranya anda ada maklum balas anda tentang portal, artikel dan topik di Waktu Solat Malaysia, hantar ke: https://forms.gle/cKnytmoA25T33hth9.