Juz 13 : Yusuf 53 hingga Ibrahim 52

Bacaan Penuh Juz 13 : Yusuf 53 hingga Ibrahim 52
ﲿ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱂﺑﱧﺮﲃﲌﺉﱻ ﻧﱧﻔﱀﺴﲔﻰﳒﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﻨﱱﻔﱀﺲﱺ ﵖﱔﵑﱁﻣﱱﺎﺭﱺﺓﱮ ﺑﲐﭑﻟﺴﲅﻮﳒﺀﲘ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﺎ ﺭﱺﺣﲔﻢﱧ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰﳒﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱿ ﺭﲄﺣﲔﻴﻢﱬ ﳁﳅﳇﳀ
  1. "Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﻟﱀﻤﱧﻠﲘﻚﱕ ﭐﺋﱦﺘﱨﻮﻧﲘﻰ ﺑﲐﻪﲘﲶﳒ ﺃﱁﺳﱹﺘﱧﺨﱹﻠﲘﺼﱹﻪﱨ ﻟﲘﻨﱧﻔﱀﺴﲔﻰﲨ ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﻛﱔﻠﱋﻤﱧﻪﱨﲵ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺇﲐﻧﱱﻚﱔ ﭐﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﱧ ﻟﱁﺪﱺﻳﱦﻨﱧﺎ ﻣﱧﻜﲔﻴﻦﱽ ﺃﱁﻣﲘﻴﻦﱿ ﳁﳆﳇﳀ
  1. Dan (setelah mendengar pengakuan perempuan-perempuan itu), raja berkata: "Bawalah Yusuf kepadaku, aku hendak menjadikan dia orang yang khas untuk aku bermesyuarat dengannya. Setelah (Yusuf dibawa mengadap, dan raja) berkata-kata dengannya (serta mengetahui kebijaksanaannya) berkatalah raja kepadanya: "Sesungguhnya engkau pada hari ini (wahai Yusuf), seorang yang berpangkat tinggi, lagi dipercayai di kalangan kami ".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﺟﱹﻌﱧﻠﱀﻨﲘﻰ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺧﱺﺰﱺﺁﴢﲐﻦﲌ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲨ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﺣﱺﻔﲘﻴﻆﱗ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱬ ﳁﳇﳇﳀ
  1. Yusuf berkata: "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya".
ﻭﱺﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻣﱧﻜﱞﻨﱱﺎ ﻟﲘﻴﱨﻮﺳﱻﻒﱺ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻳﱧﺘﱧﺒﱧﻮﲄﺃﱂ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﺣﱺﻴﱦﺚﱻ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲬ ﻧﱨﺼﲔﻴﺐﱻ ﺑﲐﺮﱺﺣﱹﻤﱧﺘﲘﻨﱧﺎ ﻣﱧﻦ ﻧﱱﺸﱔﺂﺀﱨﲨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻧﱨﻀﲔﻴﻊﱨ ﺃﱁﺟﱹﺮﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺤﱹﺴﲔﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳇﳀ
  1. Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.
ﻭﱺﵖﱔﵑﱁﺟﱹﺮﱻ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﺧﱺﻴﱦﺮﱿ ﻟﱊﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﺘﱱﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳉﳇﳀ
  1. Dan sesungguhnya pahala hari akhirat lebih baik bagi orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.
ﻭﱺﺟﱺﺂﺀﱧ ﺇﲐﺧﱹﻮﱺﺓﱨ ﻳﱨﻮﺳﱻﻒﱺ ﻓﱁﺪﱺﺧﱺﻠﱂﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻓﱁﻌﱧﺮﱺﻓﱁﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﱨﻨﻜﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳊﳇﳀ
  1. Dan (setelah tiba musim kemarau) datanglah saudara-saudara Yusuf (ke Mesir), lalu masuklah mereka mendapatkannya; Yusuf dengan serta merta kenal mereka, sedang mereka tidak mengenalnya.
ﻭﱺﻟﱁﻤﱱﺎ ﺟﱺﻬﲄﺰﱺﻫﱻﻢ ﺑﲐﺠﱺﻬﱺﺎﺯﲌﻫﲔﻢﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﺋﱦﺘﱨﻮﻧﲘﻰ ﺑﲐﺄﱁﺥﲢ ﻟﱋﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺃﱁﺑﲐﻴﻜﱕﻢﱦﲬ ﺃﱁﵖﱔﵐ ﺗﱧﺮﱺﻭﱹﻥﱧ ﺃﱁﻧﱰﲘﻰﳒ ﺃﱂﻭﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻜﱔﻴﱦﻞﱔ ﻭﱺﺃﱁﻧﱧﺎﲰ ﺧﱺﻴﱦﺮﱻ ﭐﻟﱀﻤﱨﻨﺰﲌﻟﳨﻴﻦﱺ ﳁﳋﳇﳀ
  1. Dan ketika Yusuf menyediakan untuk mereka bekalan mereka, berkatalah ia:" (Pada kali yang lain) bawalah kepadaku saudara kamu yang sebapa. Tidakkah kamu melihat, bahawa aku menyempurnakan bekalan makanan kamu, dan bahawa aku sebaik-baik penerima tetamu?
ﻓﱁﺈﲐﻥ ﻟﱋﻢﱦ ﺗﱧﺄﱀﺗﱨﻮﻧﲘﻰ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﻛﱔﻴﱦﻞﱔ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻋﲔﻨﺪﲘﻯ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻘﱀﺮﱺﺑﱨﻮﻥﲌ ﳁﳂﳈﳀ
  1. Oleh itu, kalau kamu tidak membawanya kepadaku, maka tidak ada hak bagi kamu mendapat bekalan makanan di sisiku, dan janganlah kamu menghampiriku lagi".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺳﱺﻨﱨﺮﱺ﮴ﻭﲌﺩﱨ ﻋﱺﻨﱦﻪﱨ ﺃﱁﺑﱧﺎﻩﱨ ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﺎ ﻟﱁﻔﱁ﮳ﻌﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳃﳈﳀ
  1. Mereka menjawab: "Kami akan memujuk bapanya melepaskan dia bersama-sama kami, dan sesungguhnya kami akan melakukannya".
ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﲘﻔﲘﺘﱦﻴﱧ﮳ﻨﲘﻪﲘ ﭐﺟﱹﻌﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﺑﲐﻀﱺ﮳ﻌﱧﺘﱧﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﺭﲌﺣﱺﺎﻟﲘﻬﲌﻢﱦ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﻌﱦﺮﲌﻓﱂﻮﻧﱧﻬﱺﺂ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﭐﻧﻘﱁﻠﱁﺒﱨﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻰ﮵ ﺃﱁﻫﱹﻠﲘﻬﲌﻢﱦ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﺮﱹﺟﲌﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳈﳀ
  1. Dan (selepas itu) berkatalah Yusuf kepada orang-orang suruhannya. "Masukkanlah barang-barang dagangan mereka pada tempat simpanan barang di kenderaan mereka, supaya mereka mengetahuinya kelak ketika mereka kembali kepada keluarga mereka, dan supaya mereka datang lagi (ke negeri ini)".
ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﺭﱺﺟﱺﻌﱨﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻰ﮵ ﺃﱁﺑﲐﻴﻬﲌﻢﱦ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻳﱧﳌﺄﱁﺑﱧﺎﻧﱧﺎ ﻣﱨﻨﲘﻊﱧ ﻣﲘﻨﱱﺎ ﭐﻟﱀﻜﱔﻴﱦﻞﱕ ﻓﱁﺄﱁﺭﱹﺳﲔﻞﱓ ﻣﱧﻌﱧﻨﱧﺂ ﺃﱁﺧﱺﺎﻧﱧﺎ ﻧﱧﻜﱓﺘﱧﻞﱓ ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﺎ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻟﱁﺤﱺ﮳ﻔﲘﻈﱕﻮﻥﱧ ﳁﳅﳈﳀ
  1. Maka ketika mereka kembali kepada bapa mereka, berkatalah mereka: "Wahai ayah kami! Kami (tetap diberi amaran bahawa kami) tidak akan mendapat lagi bekalan makanan (kiranya Bunyamin tidak pergi bersama). Oleh itu, hantarkanlah dia bersama-sama kami, supaya kami dapat lagi bekalan makanan; dan sesungguhnya kami akan menjaganya dengan sebaik-baiknya".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻫﱺﻞﱓ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻛﱔﻤﱧﺂ ﺃﱁﻣﲘﻨﺘﱨﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺃﱁﺧﲔﻴﻪﲘ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕ ﻓﱁﭑﴦﴥﴤﱨ ﺧﱺﻴﱦﺮﱽ ﺣﱺ﮳ﻔﲘﻈﱘﺎﲨ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﺃﱁﺭﱹﺣﱺﻢﱨ ﭐﻟﺮﲄ﮴ﺣﲔﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳈﳀ
  1. Bapa mereka berkata: "(Jika aku lepaskan dia pergi bersama-sama kamu), aku tidak menaruh kepercayaan kepada kamu menjaganya melainkan seperti kepercayaanku kepada kamu menjaga saudaranya dahulu (yang telah kamu hampakan. Oleh itu aku hanya menaruh kepercayaan kepada Allah), kerana Allah jualah Penjaga yang sebaik-baiknya, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani dari sesiapa sahaja yang menaruh belas kasihan".
ﻭﱺﻟﱁﻤﱱﺎ ﻓﱁﺘﱧﺤﱻﻮﺍﲯ ﻣﱧﺘﱧ﮳ﻌﱧﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﺟﱺﺪﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐﻀﱺ﮳ﻌﱧﺘﱧﻬﱻﻢﱦ ﺭﱻﺩﱱﺕﱹ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦﲨ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻳﱧﳌﺄﱁﺑﱧﺎﻧﱧﺎ ﻣﱧﺎ ﻧﱧﺒﱦﻐﲘﻰﲨ ﻫﱺ﮳ﺬﲘﻩﲘﲶ ﺑﲐﻀﱺ﮳ﻌﱧﺘﱨﻨﱧﺎ ﺭﱻﺩﱱﺕﱹ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻨﱧﺎﲨ ﻭﱺﻧﱧﻤﲘﻴﺮﱻ ﺃﱁﻫﱹﻠﱁﻨﱧﺎ ﻭﱺﻧﱧﺤﱹﻔﱁﻆﱕ ﺃﱁﺧﱺﺎﻧﱧﺎ ﻭﱺﻧﱧﺰﱹﺩﱧﺍﺩﱨ ﻛﱔﻴﱦﻞﱔ ﺑﱧﻌﲘﻴﺮﲎﲨ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻛﱔﻴﱦﻞﱙ ﻳﱧﺴﲔﻴﺮﱿ ﳁﳇﳈﳀ
  1. Dan semasa mereka membuka barang-barang mereka, mereka dapati barang-barang dagangan mereka telah dikembalikan kepada mereka. Mereka berkata dengan gembiranya: "Wahai ayah kami! Apa yang kita kehendaki lagi? Ini dia barang-barang dagangan yang kita jadikan tukaran (bagi mendapat gandum) itu telah dikembalikan kepada kita. Dan (dengan kemurahan hati menteri yang berbudi itu) akan dapatlah kami membawa lagi bekalan makanan kepada keluarga kami, dan kami pula akan dapat menjaga saudara kami, serta akan dapat tambahan benda-benda makanan sebanyak muatan seekor unta lagi. Pemberian tambahan yang sebanyak itu mudah sekali ditunaikannya".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﱁﻦﱹ ﺃﱂﺭﱹﺳﲔﻠﱁﻪﱨﲵ ﻣﱧﻌﱧﻜﱕﻢﱦ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﺗﱨﺆﱹﺗﱨﻮﻥﲌ ﻣﱧﻮﱹﺛﲘﻘﱅﺎ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻟﱁﺘﱧﺄﱀﺗﱨﻨﱱﻨﲘﻰ ﺑﲐﻪﲘﲶﳒ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﺤﱺﺎﻁﱔ ﺑﲐﻜﱕﻢﱦﲨ ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺂ ﺀﱧﺍﺗﱧﻮﱹﻩﱨ ﻣﱧﻮﱹﺛﲘﻘﱁﻬﱻﻢﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻣﱧﺎ ﻧﱧﻘﱂﻮﻝﱕ ﻭﱺﻛﲔﻴﻞﱙ ﳁﳈﳈﳀ
  1. Bapa mereka berkata:" Aku tidak sekali-kali akan melepaskan dia (Bunyamin) pergi bersama-sama kamu, sehingga kamu memberi kepadaku satu perjanjian yang teguh (bersumpah) dengan nama Allah, bahawa kamu akan membawanya kembali kepadaku dengan selamat, kecuali jika kamu semua dikepong dan dikalahkan oleh musuh". Maka ketika mereka memberikan perjanjian yang teguh (bersumpah) kepadanya, berkatalah ia: "Allah jualah yang menjadi Saksi dan Pengawas atas apa yang kita semua katakan itu."
ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﻳﱧ﮳ﺒﱧﻨﲘﻰﲄ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﺪﱹﺧﱻﻠﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﺎﺏﲎ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﲚ ﻭﱺﭐﺩﱦﺧﱻﻠﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﺑﱦﻮﱺ﮴ﺏﲎ ﻣﱲﺘﱧﻔﱁﺮﲃﲌﻗﱁﺔﲚﲨ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱂﻏﱓﻨﲘﻰ ﻋﱺﻨﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﲘﻦ ﺷﱔﻰﱹﺀﲙﲨ ﺇﲐﻥﲌ ﭐﻟﱀﺤﱻﻜﱓﻢﱨ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﴦﲘﴥﴤﲘﲨ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﺗﱧﻮﱺﻛﱞﻠﱀﺖﱻﲨ ﻭﱺﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻓﱁﻠﱀﻴﱧﺘﱧﻮﱺﻛﱞﻞﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﺘﱧﻮﱺﻛﱝﲔﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳉﳈﳀ
  1. Dan ia berkata lagi: "Wahai anak-anakku! Janganlah kamu masuk (ke bandar Mesir) dari sebuah pintu sahaja, tetapi masuklah dari beberapa buah pintu yang berlainan. Dan aku (dengan nasihatku ini), tidak dapat menyelamatkan kamu dari sesuatu takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Kuasa menetapkan sesuatu (sebab dan musabab) itu hanya tertentu bagi Allah. KepadaNyalah aku berserah diri, dan kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri".
ﻭﱺﻟﱁﻤﱱﺎ ﺩﱧﺧﱺﻠﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦﱹ ﺣﱺﻴﱦﺚﱻ ﺃﱁﻣﱧﺮﱺﻫﱻﻢﱦ ﺃﱁﺑﱨﻮﻫﱻﻢ ﻣﱱﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻳﱨﻐﱦﻨﲘﻰ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﲘﻦ ﺷﱔﻰﱹﺀﲙ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺣﱺﺎﺟﱺﺔﱅ ﻓﲘﻰ ﻧﱧﻔﱀﺲﲜ ﻳﱧﻌﱦﻘﱂﻮﺏﱺ ﻗﱁﻀﱺﯩﳎﻬﱺﺎﲬ ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻟﱁﺬﱕﻭ ﻋﲔﻠﱀﻢﲎ ﻟﱊﲘﻤﱧﺎ ﻋﱺﻠﱋﻤﱦﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﲄ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳊﳈﳀ
  1. Dan ketika mereka masuk menurut arah yang diperintahkan oleh bapa mereka, tidaklah perintahnya itu dapat menyelamatkan mereka dari apa yang telah ditakdirkan oleh Allah sedikitpun, tetapi yang demikian itu hanyalah melahirkan hajat yang terpendam dalam hati Nabi Yaakub. Dan sesungguhnya ia orang yang berilmu, kerana kami telah mengajarnya (dengan perantaraan wahyu); tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (akan rahsia takdir Tuhan).
ﻭﱺﻟﱁﻤﱱﺎ ﺩﱧﺧﱺﻠﱂﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻳﱨﻮﺳﱻﻒﱺ ﺀﱧﺍﻭﱺﻯ﮵ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﺃﱁﺧﱺﺎﻩﱨﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰﳒ ﺃﱁﻧﱧﺎﲰ ﺃﱁﺧﱻﻮﻙﱔ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﺒﱦﺘﱧﴣﲐﺲﱹ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳈﳀ
  1. Dan semasa mereka masuk mendapatkan Yusuf, ia menempatkan saudara kandungnya (Bunyamin) bersama-samanya, sambil berkata kepadanya:" Akulah saudara engkau Yusuf), oleh itu janganlah engkau berdukacita lagi disebabkan apa yang mereka lakukan".
ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﺟﱺﻬﲄﺰﱺﻫﱻﻢ ﺑﲐﺠﱺﻬﱺﺎﺯﲌﻫﲔﻢﱦ ﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﭐﻟﺴﲃﲔﻘﱁﺎﻳﱧﺔﱁ ﻓﲘﻰ ﺭﱺﺣﱹﻞﲌ ﺃﱁﺧﲔﻴﻪﲘ ﺛﱂﻢﱱ ﺃﱁﺫﱱﻥﱧ ﻣﱨﺆﱺﺫﱰﲘﻥﱪ ﺃﱁﻳﱱﺘﱨﻬﱺﺎ ﭐﻟﱀﻌﲘﻴﺮﱻ ﺇﲐﻧﱱﻜﱕﻢﱦ ﻟﱁﺴﱺ﮳ﺮﲌﻗﱂﻮﻥﱧ ﳁﳂﳉﳀ
  1. Maka ketika ia membekalkan mereka dengan bekalan makan (yang mencukupi keperluan) mereka, lalu ia meletakkan bijana minuman raja di kenderaan saudaranya (Bunyamin), kemudian menyeru seorang penyeru:" Wahai orang-orang kafilah ini, sesungguhnya kamu adalah pencuri ".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﺃﱁﻗﱀﺒﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢ ﻣﱱﺎﺫﱧﺍ ﺗﱧﻔﱀﻘﲘﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳃﳉﳀ
  1. Mereka bertanya sambil mengadap ke arah orang-orang menteri yang menuduh itu: "Apa benda kamu yang kehilangan?"
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻧﱧﻔﱀﻘﲘﺪﱻ ﺻﱻﻮﱺﺍﻉﱧ ﭐﻟﱀﻤﱧﻠﲘﻚﲔ ﻭﱺﻟﲘﻤﱧﻦ ﺟﱺﺂﺀﱧ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﺣﲔﻤﱦﻞﱕ ﺑﱧﻌﲘﻴﺮﲎ ﻭﱺﺃﱁﻧﱧﺎﲰ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﺯﱺﻋﲔﻴﻢﱬ ﳁﳄﳉﳀ
  1. Orang-orang menteri menjawab: "Kami kehilangan cupak raja. Dan sesiapa yang memulangkannya akan diberi (benda-benda makanan) sebanyak muatan seekor unta, dan akulah yang menjamin pemberian itu".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺗﱧﭑﴦﴥﴤﲘ ﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﻋﱺﻠﲘﻤﱦﺘﱨﻢ ﻣﱱﺎ ﺟﲌﺌﱦﻨﱧﺎ ﻟﲘﻨﱨﻔﱀﺴﲔﺪﱺ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﺳﱺ﮳ﺮﲌﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳉﳀ
  1. Mereka berkata: "Demi Allah! Sesungguhnya kamu sedia mengetahui bahawa kedatangan kami bukanlah untuk berbuat kerosakan di bumi (Mesir ini), dan kami pula bukanlah pencuri".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻓﱁﻤﱧﺎ ﺟﱺﺰﱺﳍﺅﱻﻩﱨﲵﳒ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﻛﱔ﮳ﺬﲘﺑﲐﻴﻦﱺ ﳁﳆﳉﳀ
  1. (Orang-orang menteri) bertanya: "Maka apa balasan pencuri itu, jika kamu berdusta?"
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺟﱺﺰﱺﳍﺅﱻﻩﱨﲵ ﻣﱧﻦ ﻭﱻﺟﲌﺪﱺ ﻓﲘﻰ ﺭﱺﺣﱹﻠﲘﻪﲘﲶ ﻓﱁﻬﱻﻮﱺ ﺟﱺﺰﱺﳍﺅﱻﻩﱨﲵﲬ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻧﱧﺠﱹﺰﲌﻯ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳉﳀ
  1. Mereka menjawab: "Balasannya: sesiapa yang didapati benda itu di kenderaannya, maka dia lah sendiri yang menjadi balasannya. Demikianlah kami membalas orang-orang yang zalim".
ﻓﱁﺒﱧﺪﱺﺃﱁ ﺑﲐﺄﱁﻭﱹﻋﲔﻴﱧﺘﲘﻬﲌﻢﱦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱔ ﻭﲌﻋﱺﺂﺀﲘ ﺃﱁﺧﲔﻴﻪﲘ ﺛﱂﻢﱱ ﭐﺳﱹﺘﱧﺨﱹﺮﱺﺟﱺﻬﱺﺎ ﻣﲘﻦ ﻭﲌﻋﱺﺂﺀﲘ ﺃﱁﺧﲔﻴﻪﲘﲬ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻛﲔﺪﱹﻧﱧﺎ ﻟﲘﻴﱨﻮﺳﱻﻒﱺﲨ ﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻟﲘﻴﱧﺄﱀﺧﱻﺬﱔ ﺃﱁﺧﱺﺎﻩﱨ ﻓﲘﻰ ﺩﲘﻳﻦﲌ ﭐﻟﱀﻤﱧﻠﲘﻚﲔ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨﲬ ﻧﱧﺮﱹﻓﱁﻊﱨ ﺩﱧﺭﱺﺟﱺ﮳ﺖﲖ ﻣﱱﻦ ﻧﱱﺸﱔﺂﺀﱨﲩ ﻭﱺﻓﱁﻮﱹﻕﱺ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺫﲘﻯ ﻋﲔﻠﱀﻢﲍ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱬ ﳁﳈﳉﳀ
  1. Maka Yusuf pun mulailah memeriksa tempat-tempat barang mereka sebelum memeriksa tempat barang saudara kandungnya (Bunyamin) kemudian ia mengeluarkan benda yang hilang itu dari tempat simpanan barang saudara kandungnya. Demikianlah Kami jayakan rancangan untuk (menyampaikan hajat) Yusuf. Tidaklah ia akan dapat mengambil saudara kandungnya menurut undang-undang raja, kecuali jika dikehendaki oleh Allah. (Dengan ilmu pengetahuan), Kami tinggikan pangkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki, dan tiap-tiap orang yang berilmu pengetahuan, ada lagi di atasnya yang lebih mengetahui,
ﲿ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻥ ﻳﱧﺴﱹﺮﲌﻕﱹ ﻓﱁﻘﱁﺪﱹ ﺳﱺﺮﱺﻕﱺ ﺃﱁﺥﱿ ﻟﱋﻪﱨﲵ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕﲬ ﻓﱁﺄﱁﺳﱺﺮﲄﻫﱺﺎ ﻳﱨﻮﺳﱻﻒﱻ ﻓﲘﻰ ﻧﱧﻔﱀﺴﲔﻪﲘﲶ ﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﻳﱨﺒﱦﺪﲘﻫﱺﺎ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦﲬ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺷﱔﺮﲉ ﻣﱱﻜﱔﺎﻧﱫﺎﲨ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺃﱁﻋﱹﻠﱁﻢﱨ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺗﱧﺼﲔﻔﱂﻮﻥﱧ ﳁﳉﳉﳀ
  1. Mereka berkata:" Kalau dia mencuri, maka (tidaklah pelik), kerana sesungguhnya saudara kandungnya pernah juga mencuri dahulu. (Mendengar kata-kata yang menyinggung itu) maka Yusuf pun menyembunyikan perasaannya, dan tidak menyatakannya kepada mereka, sambil berkata (dalam hati): "Kamulah yang lebih buruk keadaannya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu katakan itu".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﺇﲐﻥﱱ ﻟﱁﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﺑﱫﺎ ﺷﱔﻴﱦﺨﱾﺎ ﻛﱔﺒﲐﻴﺮﱾﺍ ﻓﱁﺨﱻﺬﱓ ﺃﱁﺣﱺﺪﱺﻧﱧﺎ ﻣﱧﻜﱔﺎﻧﱧﻪﱨﲵﳒﲨ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻧﱧﺮﱺﯨﻚﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺤﱹﺴﲔﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳉﳀ
  1. Merekapun merayu dengan berkata: "Wahai datuk menteri! Sesungguhnya ia (Bunyamin), mempunyai bapa yang sudah tua, lagi berpangkat. Oleh itu, ambilah salah seorang di antara kami sebagai gantinya; sesungguhnya kami memandangmu dari orang-orang yang sentiasa berbudi ".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻣﱧﻌﱧﺎﺫﱧ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺃﱁﻥ ﻧﱱﺄﱀﺧﱻﺬﱔ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﻦ ﻭﱺﺟﱺﺪﱹﻧﱧﺎ ﻣﱧﺘﱧ﮳ﻌﱧﻨﱧﺎ ﻋﲔﻨﺪﱺﻩﱨﲵﳒ ﺇﲐﻧﱱﺂ ﺇﲐﺫﱫﺍ ﻟﱋﻈﱔ﮳ﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳉﳀ
  1. Yusuf berkata: "Kami berlindung kepada Allah daripada mengambil sesiapapun kecuali orang yang kami dapati barang kami dalam simpanannya. Sesungguhnya jika kami mengambil orang lain, nescaya menjadilah kami orang-orang yang zalim".
ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﭐﺳﱹﺘﱧﻴﱦ﮲ﱧﺴﱻﻮﺍﲯ ﻣﲘﻨﱦﻪﱨ ﺧﱺﻠﱁﺼﱻﻮﺍﲯ ﻧﱧﺠﲌﻴﱵﺎﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻛﱔﺒﲐﻴﺮﱻﻫﱻﻢﱦ ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻥﱱ ﺃﱁﺑﱧﺎﻛﱕﻢﱦ ﻗﱁﺪﱹ ﺃﱁﺧﱺﺬﱔ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢ ﻣﱱﻮﱹﺛﲘﻘﱅﺎ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕ ﻣﱧﺎ ﻓﱁﺮﲄﻃﺘﱨﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﻳﱨﻮﺳﱻﻒﱺﲨ ﻓﱁﻠﱁﻦﱹ ﺃﱁﺑﱦﺮﱺﺡﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﻳﱧﺄﱀﺫﱧﻥﱧ ﻟﲘﻰﳒ ﺃﱁﺑﲐﻰﳒ ﺃﱁﻭﱹ ﻳﱧﺤﱹﻜﱕﻢﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﲘﻰﲨ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﺧﱺﻴﱦﺮﱻ ﭐﻟﱀﺤﱺ﮳ﻜﲔﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳊﳀ
  1. Maka apabila mereka berputus asa daripada mendapat pertolongannya, merekapun mengasingkan diri lalu bermesyuarat tentang hal itu. Berkatalah ketua mereka (saudaranya yang sulung): "Tidakkah kamu ketahui bahawa bapa kita telah mengambil janji dari kamu yang dikuatkan dengan nama Allah, dan dahulu pun kamu telah mencuaikan janji dan sumpah kamu dalam perkara menjaga keselamatan Yusuf? Oleh itu, aku tidak sekali-kali akan meninggalkan negeri (Mesir) ini sehingga bapaku izinkan aku (kembali atau sehingga Allah menghukum bagiku (untuk meninggalkan negeri ini), dan Dia lah Hakim yang seadil-adilnya.
ﭐﺭﱹﺟﲌﻌﱨﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻰ﮵ ﺃﱁﺑﲐﻴﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﻘﱂﻮﻟﱂﻮﺍﲯ ﻳﱧﳌﺄﱁﺑﱧﺎﻧﱧﺂ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﺑﱦﻨﱧﻚﱔ ﺳﱺﺮﱺﻕﱺ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺷﱔﻬﲌﺪﱹﻧﱧﺂ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻋﱺﻠﲘﻤﱦﻨﱧﺎ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻟﲘﻠﱀﻐﱧﻴﱦﺐﲌ ﺣﱺ﮳ﻔﲘﻈﲔﻴﻦﱺ ﳁﳃﳊﳀ
  1. Kembalilah kamu kepada bapa kamu, dan katakanlah, wahai ayah kami! Sesungguhnya anakmu (Bunyamin) telah mencuri, dan kami tidak menjadi saksi (terhadapnya) melainkan dengan apa yang kami ketahui dan kami tidaklah dapat menjaga perkara yang ghaib.
ﻭﱺﺳﱹ﮲ﱧﻞﲌ ﭐﻟﱀﻘﱁﺮﱹﻳﱧﺔﱁ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻭﱺﭐﻟﱀﻌﲘﻴﺮﱺ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰﳒ ﺃﱁﻗﱀﺒﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎﲨ ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﺎ ﻟﱁﺼﱺ﮳ﺪﲘﻗﱂﻮﻥﱧ ﳁﳄﳊﳀ
  1. Dan bertanyalah kepada penduduk negeri (Mesir) tempat kami tinggal (berdagang) dan kepada orang-orang kafilah yang kami balik bersamanya. Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang benar".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺑﱧﻞﱓ ﺳﱺﻮﲄﻟﱁﺖﱹ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱻﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻣﱦﺮﱾﺍﲨ ﻓﱁﺼﱺﺒﱦﺮﱿ ﺟﱺﻤﲘﻴﻞﱗﲨ ﻋﱺﺴﱺﻰ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻴﱧﻨﲘﻰ ﺑﲐﻬﲌﻢﱦ ﺟﱺﻤﲘﻴﻌﱩﺎﲬ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﻠﲘﻴﻢﱨ ﭐﻟﱀﺤﱺﻜﲔﻴﻢﱨ ﳁﳅﳊﳀ
  1. (Setelah mereka kembali dan menyampaikan hal itu kepada bapa mereka) berkatalah ia: "(Tidaklah benar apa yang kamu katakan itu) bahkan nafsu kamu telah memperelokkan pada pandangan kamu suatu perkara (yang kamu rancangkan). Jika demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, mudah-mudahan Allah mengembalikan mereka semua kepadaku. Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
ﻭﱺﺗﱧﻮﱺﻟﱋﻰﳎ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﻳﱧﳌﺄﱁﺳﱺﻔﱁﻰﳎ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻳﱨﻮﺳﱻﻒﱺ ﻭﱺﭐﺑﱦﻴﱧﻀﲄﺖﱹ ﻋﱺﻴﱦﻨﱧﺎﻩﱨ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺤﱻﺰﱹﻥﲌ ﻓﱁﻬﱻﻮﱺ ﻛﱔﻈﲔﻴﻢﱬ ﳁﳆﳊﳀ
  1. Dan (bapa mereka - Nabi Yaakub) pun berpaling dari mereka (kerana berita yang mengharukan itu) sambil berkata: Aduhai sedihnya aku kerana Yusuf, dan putihlah dua belah matanya disebabkan ratap tangis dukacitanya kerana ia orang yang memendamkan marahnya di dalam hati.
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺗﱧﭑﴦﴥﴤﲘ ﺗﱧﻔﱀﺘﱧﺆﱻﺍﲯ ﺗﱧﺬﱓﻛﱕﺮﱻ ﻳﱨﻮﺳﱻﻒﱺ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﺗﱧﻜﱕﻮﻥﱧ ﺣﱺﺮﱺﺿﱼﺎ ﺃﱁﻭﱹ ﺗﱧﻜﱕﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻬﱺ﮳ﻠﲘﻜﲔﻴﻦﱺ ﳁﳇﳊﳀ
  1. Mereka berkata: "Demi Allah, ayah tak habis-habis ingat kepada Yusuf, sehingga ayah menjadi sakit merana, atau menjadi dari orang-orang yang binasa".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺂ ﺃﱁﺷﱓﻜﱕﻮﺍﲯ ﺑﱧﺜﱊﲘﻰ ﻭﱺﺣﱻﺰﱹﻧﲘﻰﳒ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺃﱁﻋﱹﻠﱁﻢﱨ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﱧﺎ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳊﳀ
  1. (Nabi Yaakub) menjawab: "Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya.
ﻳﱧ﮳ﺒﱧﻨﲘﻰﲄ ﭐﺫﱦﻫﱺﺒﱨﻮﺍﲯ ﻓﱁﺘﱧﺤﱺﺴﲄﺴﱻﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﻳﱨﻮﺳﱻﻒﱺ ﻭﱺﺃﱁﺧﲔﻴﻪﲘ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺎﲯﻳﱦ﮲ﱧﺴﱻﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﻭﱹﺡﲠ ﭐﴦﴥﴤﲘﲨ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺎﲯﻳﱦ﮲ﱧﺲﱻ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﻭﱹﺡﲠ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﱨ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳉﳊﳀ
  1. Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".
ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﺩﱧﺧﱺﻠﱂﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﻣﱧﺴﲄﻨﱧﺎ ﻭﱺﺃﱁﻫﱹﻠﱁﻨﱧﺎ ﭐﻟﻀﲅﺮﲅ ﻭﱺﺟﲌﺌﱦﻨﱧﺎ ﺑﲐﺒﲐﻀﱺ﮳ﻌﱧﺔﲚ ﻣﱲﺰﱹﺟﱺﯩﳎﺔﲚ ﻓﱁﺄﱁﻭﱹﻑﲔ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﭐﻟﱀﻜﱔﻴﱦﻞﱔ ﻭﱺﺗﱧﺼﱺﺪﲄﻕﱹ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻨﱧﺂﲨ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱧﺠﱹﺰﲌﻯ ﭐﻟﱀﻤﱨﺘﱧﺼﱺﺪﲃﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳊﳀ
  1. Maka (bertolaklah mereka ke Mesir, dan) setelah mereka masuk mengadap Yusuf, berkatalah mereka: "Wahai Datuk Menteri, kami dan keluarga kami telah menderita kesusahan (kemarau), dan kami datang dengan membawa barang-barang yang kurang baik dan tidak berharga (untuk menjadi tukaran bagi benda-benda makanan negeri ini). Oleh itu, sempurnakanlah sukatan bekalan makanan bagi kami dan mendermalah kepada kami, sesungguhnya Allah membalas dengan sebaik-baik balasan kepada orang-orang yang bermurah hati menderma".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻫﱺﻞﱓ ﻋﱺﻠﲘﻤﱦﺘﱨﻢ ﻣﱱﺎ ﻓﱁﻌﱧﻠﱀﺘﱨﻢ ﺑﲐﻴﱨﻮﺳﱻﻒﱺ ﻭﱺﺃﱁﺧﲔﻴﻪﲘ ﺇﲐﺫﱦ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺟﱺ﮳ﻬﲌﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳊﳀ
  1. Yusuf berkata: "Tahukah kamu (betapa buruknya) apa yang kamu telah lakukan kepada Yusuf dan adiknya, semasa kamu masih jahil (tentang buruknya perbuatan yang demikian)?"
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﺀﲘﻧﱱﻚﱔ ﵖﱔﵑﱁﻧﺖﱺ ﻳﱨﻮﺳﱻﻒﱻﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﻧﱧﺎﲰ ﻳﱨﻮﺳﱻﻒﱻ ﻭﱺﻫﱺ﮳ﺬﱔﺁ ﺃﱁﺧﲔﻰﲨ ﻗﱁﺪﱹ ﻣﱧﻦﲄ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻨﱧﺂﲨ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺘﱱﻖﲌ ﻭﱺﻳﱧﺼﱹﺒﲐﺮﱹ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﻀﲔﻴﻊﱨ ﺃﱁﺟﱹﺮﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺤﱹﺴﲔﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳋﳀ
  1. Mereka bertanya (dengan hairan): "Engkau ini Yusufkah? " Ia menjawab: "Akulah Yusuf dan ini adikku (Bunyamin). Sesungguhnya Allah telah mengurniakan nikmatNya kepada kami. Sebenarnya sesiapa yang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺗﱧﭑﴦﴥﴤﲘ ﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺀﱧﺍﺛﱁﺮﱺﻙﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻟﱁﺨﱺ﮳ﻄﲔ﮲ﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳋﳀ
  1. Mereka berkata: "Demi Allah! Sesungguhnya Allah telah melebihkan dan memuliakan engkau daripada kami (disebabkan taqwa dan kesabaranmu); dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﺜﱀﺮﲌﻳﺐﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﱧﲨ ﻳﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱻ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦﲨ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﺃﱁﺭﱹﺣﱺﻢﱨ ﭐﻟﺮﲄ﮴ﺣﲔﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳋﳀ
  1. Yusuf berkata: "Kamu pada hari ini tidak akan ditempelak atau disalahkan (tentang perbuatan kamu yang telah terlanjur itu), semoga Allah mengampunkan dosa kamu, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani.
ﭐﺫﱦﻫﱺﺒﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻘﱁﻤﲘﻴﺼﲔﻰ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻓﱁﺄﱁﻟﱀﻘﱂﻮﻩﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻭﱺﺟﱹﻪﲘ ﺃﱁﺑﲐﻰ ﻳﱧﺄﱀﺕﲔ ﺑﱧﺼﲔﻴﺮﱾﺍ ﻭﱺﺃﱀﺗﱨﻮﻧﲘﻰ ﺑﲐﺄﱁﻫﱹﻠﲘﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﺟﱹﻤﱧﻌﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳋﳀ
  1. Pergilah dengan membawa bajuku ini, kemudian letakkan pada muka ayahku supaya ia dapat melihat, dan selepas itu bawalah kepadaku keluarga kamu semuanya".
ﻭﱺﻟﱁﻤﱱﺎ ﻓﱁﺼﱺﻠﱁﺖﲔ ﭐﻟﱀﻌﲘﻴﺮﱻ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﺑﱨﻮﻫﱻﻢﱦ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﵖﱔﵑﱁﺟﲌﺪﱻ ﺭﲌﻳﺢﱺ ﻳﱨﻮﺳﱻﻒﱺﲨ ﻟﱁﻮﱹﵖﱔﵓ ﺃﱁﻥ ﺗﱨﻔﱁﻨﱰﲘﺪﱻﻭﻥﲌ ﳁﳆﳋﳀ
  1. Dan semasa kafilah (mereka meninggalkan Mesir menunju ke tempat bapa mereka di Palestin), berkatalah bapa mereka (kepada kaum kerabatnya yang ada di sisinya): "Sesungguhnya aku ada terbau akan bau Yusuf. Jika kamu tidak menyangka aku sudah nyanyuk (tentulah kamu akan percaya)".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺗﱧﭑﴦﴥﴤﲘ ﺇﲐﻧﱱﻚﱔ ﻟﱁﻔﲘﻰ ﺿﱺﻠﱁ﮳ﻠﲘﻚﱔ ﭐﻟﱀﻘﱁﺪﲘﻳﻢﲌ ﳁﳇﳋﳀ
  1. Mereka berkata: "Demi Allah! Sesungguhnya ayah masih berada dalam keadaan tidak siumanmu yang lama".
ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺂ ﺃﱁﻥ ﺟﱺﺂﺀﱧ ﭐﻟﱀﺒﱧﺸﲔﻴﺮﱻ ﺃﱁﻟﱀﻘﱁﯩﳎﻪﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻭﱺﺟﱹﻬﲌﻪﲘﲶ ﻓﱁﭑﺭﱹﺗﱧﺪﲄ ﺑﱧﺼﲔﻴﺮﱾﺍﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﺃﱁﻗﱂﻞ ﻟﱋﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰﳒ ﺃﱁﻋﱹﻠﱁﻢﱨ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﱧﺎ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳋﳀ
  1. Maka sebaik-baik sahaja datang pembawa khabar berita yang mengembirakan itu, dia pun meletakkan baju Yusuf pada muka Nabi Yaakub, lalu menjadilah ia celik kembali seperti sediakala. Nabi Yaakub berkata: "Bukankah aku telah katakan kepada kamu, sesungguhnya aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahuinya?"
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻳﱧﳌﺄﱁﺑﱧﺎﻧﱧﺎ ﭐﺳﱹﺘﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱹ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﺫﱨﻧﱨﻮﺑﱧﻨﱧﺂ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﺧﱺ﮳ﻄﲔ﮲ﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳋﳀ
  1. Mereka berkata: "Wahai ayah kami! Mintalah ampun bagi kami akan dosa-dosa kami; sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺳﱺﻮﱹﻑﱺ ﺃﱁﺳﱹﺘﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱻ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰﳒﲨ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻐﱧﻔﱂﻮﺭﱻ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﱨ ﳁﳊﳋﳀ
  1. Nabi Yaakub berkata: "Aku akan meminta ampun bagi kamu dari Tuhanku; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﺩﱧﺧﱺﻠﱂﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻳﱨﻮﺳﱻﻒﱺ ﺀﱧﺍﻭﱺﻯ﮵ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﺃﱁﺑﱧﻮﱺﻳﱦﻪﲘ ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﺩﱦﺧﱻﻠﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﺼﱹﺮﱺ ﺇﲐﻥ ﺷﱔﺂﺀﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺀﱧﺍﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳋﳀ
  1. Maka ketika mereka (Nabi Yaakub dan keluarganya) masuk (ke Mesir) menemui Yusuf, Yusuf segera menyambut serta memeluk kedua ibu bapanya, sambil berkata: "Masuklah kamu ke negeri Mesir, insya Allah kamu berada di dalam aman.
ﻭﱺﺭﱺﻓﱁﻊﱧ ﺃﱁﺑﱧﻮﱺﻳﱦﻪﲘ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻌﱧﺮﱹﺵﲜ ﻭﱺﺧﱺﺮﲅﻭﺍﲯ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﺳﱻﺠﲄﺪﱾﺍﲨ ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﻳﱧﳌﺄﱁﺑﱧﺖﲔ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﺗﱧﺄﱀﻭﲌﻳﻞﱕ ﺭﱻﺀﱦﻳﱧ﮳ﻰﱺ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕ ﻗﱁﺪﱹ ﺟﱺﻌﱧﻠﱁﻬﱺﺎ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰ ﺣﱺﻘﱏﺎﲨ ﻭﱺﻗﱁﺪﱹ ﺃﱁﺣﱹﺴﱺﻦﱺ ﺑﲐﻰﳒ ﺇﲐﺫﱦ ﺃﱁﺧﱹﺮﱺﺟﱺﻨﲘﻰ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺴﲃﲔﺠﱹﻦﲌ ﻭﱺﺟﱺﺂﺀﱧ ﺑﲐﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺒﱧﺪﱹﻭﲌ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﺃﱁﻥ ﻧﱱﺰﱺﻍﱁ ﭐﻟﺸﱞﻴﱦﻄﱔ﮳ﻦﱻ ﺑﱧﻴﱦﻨﲘﻰ ﻭﱺﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﺇﲐﺧﱹﻮﱺﺗﲘﻰﳒﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰ ﻟﱁﻄﲔﻴﻒﱿ ﻟﱊﲘﻤﱧﺎ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲬ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﻠﲘﻴﻢﱨ ﭐﻟﱀﺤﱺﻜﲔﻴﻢﱨ ﳁﳂﳂﳃﳀ
  1. Dan ia dudukkan kedua ibu bapanya (bersama-samanya) di atas kerusi kebesaran. Dan setelah itu mereka semuanya tunduk memberi hormat kepada Yusuf. Dan (pada saat itu) berkatalah Yusuf: "Wahai ayahku! Inilah dia tafsiran mimpiku dahulu. Sesungguhnya Allah telah menjadikan mimpiku itu benar. Dan sesungguhnya Ia telah melimpahkan kebaikan kepadaku ketika Ia mengeluarkan daku dari penjara; dan Ia membawa kamu ke mari dari dosa sesudah Syaitan (dengan hasutannya) merosakkan perhubungan antaraku dengan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku lemah-lembut tadbirNya bagi apa yang dikehendakiNya; sesungguhnya Dia lah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
ﲿ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﻗﱁﺪﱹ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﺘﱧﻨﲘﻰ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﻠﱀﻚﲔ ﻭﱺﻋﱺﻠﱋﻤﱦﺘﱧﻨﲘﻰ ﻣﲘﻦ ﺗﱧﺄﱀﻭﲌﻳﻞﲌ ﭐﵖﱓﵑﱁﺣﱺﺎﺩﲘﻳﺚﲔﲬ ﻓﱁﺎﻃﲔﺮﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﻭﱺﻟﲘﻰﲃﲤﲶ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﻭﱺﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘﲨ ﺗﱧﻮﱺﻓﱋﻨﲘﻰ ﻣﱨﺴﱹﻠﲘﻤﱫﺎ ﻭﱺﺃﱁﻟﱀﺤﲔﻘﱀﻨﲘﻰ ﺑﲐﭑﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﲔﻴﻦﱺ ﳁﳃﳂﳃﳀ
  1. "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh".
ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﻧﲲﺒﱧﺂﺀﲘ ﭐﻟﱀﻐﱧﻴﱦﺐﲌ ﻧﱨﻮﺣﲔﻴﻪﲘ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱕﻨﺖﱺ ﻟﱁﺪﱺﻳﱦﻬﲌﻢﱦ ﺇﲐﺫﱦ ﺃﱁﺟﱹﻤﱧﻌﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻣﱦﺮﱺﻫﱻﻢﱦ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﻤﱦﻜﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳄﳂﳃﳀ
  1. (Kisah nabi Yusuf) yang demikian ialah dari berita-berita yang ghaib yang kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka semasa mereka sekata mengambil keputusan (hendak membuang Yusuf ke dalam perigi) dan semasa mereka menjalankan rancangan jahat (terhadapnya untuk membinasakannya).
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱻ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺣﱺﺮﱺﺻﱹﺖﱺ ﺑﲐﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳂﳃﳀ
  1. Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau terlalu ingin (supaya mereka beriman).
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱧﺴﱹ﮲ﱧﻠﱂﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﺟﱹﺮﲍﲬ ﺇﲐﻥﱦ ﻫﱻﻮﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺫﲘﻛﱓﺮﱿ ﻟﱊﲘﻠﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳂﳃﳀ
  1. Padahal engkau tidak meminta kepada mereka sebarang upah tentang ajaran Al-Quran, sedang Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan dan pengajaran dari Allah bagi umat manusia seluruhnya.
ﻭﱺﻛﱔﺄﱁﻳﱰﲐﻦ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺀﱧﺍﻳﱧﺔﲚ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻳﱧﻤﱨﺮﲅﻭﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﱺﺎ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻋﱺﻨﱦﻬﱺﺎ ﻣﱨﻌﱦﺮﲌﺿﱻﻮﻥﱧ ﳁﳇﳂﳃﳀ
  1. Dan berapa banyak tanda-tanda kekuasaan Allah di langit dan di bumi yang mereka menyaksikannya berulang-ulang semasa mereka pagi dan datang, sedang mereka tidak juga menghiraukan dan memikirkannya.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻦﱻ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱻﻫﱻﻢ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻭﱺﻫﱻﻢ ﻣﱲﺸﱓﺮﲌﻛﱕﻮﻥﱧ ﳁﳈﳂﳃﳀ
  1. Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.
ﺃﱁﻓﱁﺄﱁﻣﲘﻨﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﺄﱀﺗﲘﻴﱧﻬﱻﻢﱦ ﻏﱔ﮳ﺸﲔﻴﱧﺔﱆ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺃﱁﻭﱹ ﺗﱧﺄﱀﺗﲘﻴﱧﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﺴﲄﺎﻋﱺﺔﱂ ﺑﱧﻐﱦﺘﱧﺔﱅ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺸﱓﻌﱨﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳉﳂﳃﳀ
  1. (Mengapa mereka bersikap demikian?) Adakah mereka merasa aman dari didatangi azab Allah yang meliputi mereka, atau didatangi hari kiamat secara mengejut, sedang mereka tidak menyedarinya?
ﻗﱂﻞﱓ ﻫﱺ﮳ﺬﲘﻩﲘﲶ ﺳﱺﺒﲐﻴﻠﲘﻰﳒ ﺃﱁﺩﱦﻋﱻﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺑﱧﺼﲔﻴﺮﱺﺓﲙ ﺃﱁﻧﱧﺎﲰ ﻭﱺﻣﱧﻦﲌ ﭐﺗﱱﺒﱧﻌﱧﻨﲘﻰﲨ ﻭﱺﺳﱻﺒﱦﺤﱺ﮳ﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﱧﺎﲰ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺸﱓﺮﲌﻛﲔﻴﻦﱺ ﳁﳊﳂﳃﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain."
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻚﱔ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺭﲌﺟﱺﺎﵖﱘﵐ ﻧﱲﻮﺣﲔﻰﳒ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻬﲌﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺃﱁﻫﱹﻞﲌ ﭐﻟﱀﻘﱂﺮﱺﻯ﮵ﲩ ﺃﱁﻓﱁﻠﱁﻢﱦ ﻳﱧﺴﲔﻴﺮﱻﻭﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻓﱁﻴﱧﻨﻈﱕﺮﱻﻭﺍﲯ ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻋﱺ﮳ﻘﲘﺒﱧﺔﱂ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻬﲌﻢﱦﲩ ﻭﱺﻟﱁﺪﱺﺍﺭﱻ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﺧﱺﻴﱦﺮﱿ ﻟﱊﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺗﱱﻘﱁﻮﱹﺍﲯﲬ ﺃﱁﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﻌﱦﻘﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳂﳃﳀ
  1. Dan tiadalah Kami mengutus Rasul - sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki dari penduduk bandar, yang kami wahyukan kepada mereka. Maka mengapa orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu tidak mengembara di muka bumi, supaya memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Dan (ingatlah) sesungguhnya negeri akhirat lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, mengapa kamu (wahai manusia) tidak mahu memikirkannya?
ﺣﱺﺘﱱﻰ﮵ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﭐﺳﱹﺘﱧﻴﱦ﮲ﱧﺲﱺ ﭐﻟﺮﲅﺳﱻﻞﱕ ﻭﱺﻇﱔﻨﱲﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻗﱁﺪﱹ ﻛﱕﺬﲘﺑﱨﻮﺍﲯ ﺟﱺﺂﺀﱧﻫﱻﻢﱦ ﻧﱧﺼﱹﺮﱻﻧﱧﺎ ﻓﱁﻨﱨﺠﲃﲌﻰﱺ ﻣﱧﻦ ﻧﱱﺸﱔﺂﺀﱨﲨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱨﺮﱺﺩﱲ ﺑﱧﺄﱀﺳﱻﻨﱧﺎ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﺠﱹﺮﲌﻣﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳃﳃﳀ
  1. (Orang-orang yang mendustakan ugama Allah itu telah diberi tempoh yang lanjut sebelum ditimpakan dengan azab) hingga apabila Rasul-rasul berputus asa terhadap kaumnya yang ingkar dan menyangka bahawa mereka telah disifatkan oleh kaumnya sebagai orang-orang yang berdusta, datanglah pertolongan Kami kepada mereka, lalu diselamatkanlah sesiapa yang Kami kehendaki. Dan (ingatlah bahawa) azab Kami tidak akan dapat ditolak oleh sesiapapun daripada menimpa kaum yang berdosa.
ﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﻗﱁﺼﱺﺼﲔﻬﲌﻢﱦ ﻋﲔﺒﱦﺮﱺﺓﱬ ﵖﱝﲔﵑﱂﻭﳖﻟﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﻟﱀﺒﱧ﮳ﺐﲌﲩ ﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺣﱺﺪﲘﻳﺜﱅﺎ ﻳﱨﻔﱀﺘﱧﺮﱺﻯﳎ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦ ﺗﱧﺼﱹﺪﲘﻳﻖﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﻳﱧﺪﱺﻳﱦﻪﲘ ﻭﱺﺗﱧﻔﱀﺼﲔﻴﻞﱔ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻭﱺﻫﱻﺪﱾﻯ ﻭﱺﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺔﱅ ﻟﱊﲘﻘﱁﻮﱹﻡﲎ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳃﳃﳀ
  1. Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.
ﺍﻟﳓﻤﳒﺮﲬ ﺗﲘﻠﱀﻚﱔ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺖﱻ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌﲩ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻯﳒ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻚﱔ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲅ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﲄ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳀ
  1. Alif, Laam, Miim, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran); dan apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu adalah benar; tetapi kebanyakan manusia tidak (mahu) beriman.
ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺭﱺﻓﱁﻊﱧ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﺑﲐﻐﱧﻴﱦﺮﲌ ﻋﱺﻤﱧﺪﲚ ﺗﱧﺮﱺﻭﱹﻧﱧﻬﱺﺎﲨ ﺛﱂﻢﱱ ﭐﺳﱹﺘﱧﻮﱺﻯﳎ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻌﱧﺮﱹﺵﲜﲨ ﻭﱺﺳﱺﺨﲄﺮﱺ ﭐﻟﺸﱞﻤﱦﺲﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻘﱁﻤﱧﺮﱺﲨ ﻛﱕﻞﱣ ﻳﱧﺠﱹﺮﲌﻯ ﵖﲔﵑﱁﺟﱺﻞﲎ ﻣﱲﺴﱺﻤﱵﻰﲬ ﻳﱨﺪﱺﺑﱰﲐﺮﱻ ﭐﵖﱓﵑﱁﻣﱦﺮﱺ ﻳﱨﻔﱁﺼﲃﲔﻞﱕ ﭐﵖﱓﵕﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢ ﺑﲐﻠﲘﻘﱁﺂﺀﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦ ﺗﱨﻮﻗﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳀ
  1. Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan).
ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻣﱧﺪﲄ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺭﱺﻭﱺ﮴ﺳﲔﻰﱺ ﻭﱺﺃﱁﻧﱦﻬﱺ﮳ﺮﱾﺍﲨ ﻭﱺﻣﲘﻦ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﭐﻟﺜﱋﻤﱧﺮﱺ﮴ﺕﲔ ﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺯﱺﻭﱹﺟﱺﻴﱦﻦﲌ ﭐﺛﱀﻨﱧﻴﱦﻦﲌﲨ ﻳﱨﻐﱦﺸﲔﻰ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﱔ ﭐﻟﻨﱱﻬﱺﺎﺭﱺﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﵖﱔﵕﻳﱧ﮳ﺖﲖ ﻟﱊﲘﻘﱁﻮﱹﻡﲎ ﻳﱧﺘﱧﻔﱁﻜﱞﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳀ
  1. Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir.
ﻭﱺﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻗﲘﻄﱔﻊﱬ ﻣﱲﺘﱧﺠﱺ﮳ﻮﲌﺭﱺ﮴ﺕﱿ ﻭﱺﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﱿ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺃﱁﻋﱹﻨﱧ﮳ﺐﲎ ﻭﱺﺯﱺﺭﱹﻉﱬ ﻭﱺﻧﱧﺨﲔﻴﻞﱙ ﺻﲔﻨﱦﻮﱺﺍﻥﱬ ﻭﱺﻏﱔﻴﱦﺮﱻ ﺻﲔﻨﱦﻮﱺﺍﻥﲎ ﻳﱨﺴﱹﻘﱁﻰﳎ ﺑﲐﻤﱧﺂﺀﲚ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﲚ ﻭﱺﻧﱨﻔﱁﻀﲃﲔﻞﱕ ﺑﱧﻌﱦﻀﱺﻬﱺﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺑﱧﻌﱦﺾﲞ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱂﻛﱕﻞﲌﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﵖﱔﵕﻳﱧ﮳ﺖﲖ ﻟﱊﲘﻘﱁﻮﱹﻡﲎ ﻳﱧﻌﱦﻘﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳆﳀ
  1. Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur, dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama; dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa, dan baunya) Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya.
ﲿ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﺗﱧﻌﱦﺠﱺﺐﱹ ﻓﱁﻌﱧﺠﱺﺐﱿ ﻗﱁﻮﱹﻟﱂﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺀﲘﺫﱧﺍ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﺗﱨﺮﱺ﮴ﺑﱩﺎ ﺃﱁﺀﲘﻧﱱﺎ ﻟﱁﻔﲘﻰ ﺧﱺﻠﱀﻖﲎ ﺟﱺﺪﲘﻳﺪﲙﲩ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐﺮﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦﲨ ﻭﱺﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﭐﵖﱓﵑﱁﻏﱓﻠﱁ﮳ﻞﱕ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱁﻋﱹﻨﱧﺎﻗﲘﻬﲌﻢﱦﲨ ﻭﱺﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱻ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌﲨ ﻫﱻﻢﱦ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳇﳀ
  1. Dan jika engkau merasa hairan (wahai Muhammad), maka sungguh menghairankan perkataan mereka yang kafir itu (yang mengatakan): "Adalah apabila kami telah menjadi tanah betulkah kami pula akan hidup semula dalam bentuk kejadian yang baharu?" Mereka itulah orang-orang yang kufur ingkar kepada Tuhan mereka, dan merekalah yang dibelenggu dengan belenggu-belenggu pada leher mereka; dan merekalah juga ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
ﻭﱺﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻌﱦﺠﲌﻠﱂﻮﻧﱧﻚﱔ ﺑﲐﭑﻟﺴﲄﻴﱰﲐﺌﱧﺔﲘ ﻗﱁﺒﱦﻞﱔ ﭐﻟﱀﺤﱺﺴﱺﻨﱧﺔﲘ ﻭﱺﻗﱁﺪﱹ ﺧﱺﻠﱁﺖﱹ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻬﲌﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱧﺜﱂﻠﱁ﮳ﺖﱻﲩ ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﺭﱺﺑﱱﻚﱔ ﻟﱁﺬﱕﻭ ﻣﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱺﺓﲚ ﻟﱊﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻇﱕﻠﱀﻤﲘﻬﲌﻢﱦﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﺭﱺﺑﱱﻚﱔ ﻟﱁﺸﱔﺪﲘﻳﺪﱻ ﭐﻟﱀﻌﲘﻘﱁﺎﺏﲌ ﳁﳈﳀ
  1. Dan mereka meminta kepadamu menyegerakan kedatangan perkara buruk (azab yang dijanjikan) sebelum mereka memohon kebaikan; padahal sesungguhnya telah berlaku sebelum mereka peristiwa-peristiwa azab yang telah menimpa orang-orang yang kafir seperti mereka. dan (ingatlah) sesungguhnya Tuhanmu Amat melimpah keampunanNya bagi manusia (yang bertaubat) terhadap kezaliman mereka, dan sesungguhnya Tuhanmu juga amatlah keras balasan azabNya (terhadap golongan yang tetap ingkar).
ﻭﱺﻳﱧﻘﱂﻮﻝﱕ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻟﱁﻮﱹﵖﱔﵓ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﺀﱧﺍﻳﱧﺔﱆ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻪﲘﲶﳒﲩ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺂ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﻣﱨﻨﺬﲘﺭﱿﲨ ﻭﱺﻟﲘﻜﱕﻞﱝﲌ ﻗﱁﻮﱹﻡﲍ ﻫﱺﺎﺩﲙ ﳁﳉﳀ
  1. Dan berkatalah orang-orang yang kafir: "Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) sesuatu mukjizat dari Tuhannya?" Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah seorang Rasul pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar), dan tiap-tiap umat (yang telah lalu) ada Nabinya yang memimpin ke jalan yang benar.
ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻣﱧﺎ ﺗﱧﺤﱹﻤﲘﻞﱕ ﻛﱕﻞﱟ ﺃﱂﻧﺜﱁﻰﳎ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱧﻐﲘﻴﺾﱻ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺣﱺﺎﻡﱨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱧﺰﱹﺩﱧﺍﺩﱨﲬ ﻭﱺﻛﱕﻞﱟ ﺷﱔﻰﱹﺀﲙ ﻋﲔﻨﺪﱺﻩﱨﲵ ﺑﲐﻤﲘﻘﱀﺪﱺﺍﺭﲍ ﳁﳊﳀ
  1. Allah mengetahui akan apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu, dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih. Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu.
ﻋﱺ﮳ﻠﲘﻢﱨ ﭐﻟﱀﻐﱧﻴﱦﺐﲌ ﻭﱺﭐﻟﺸﱞﻬﱺ﮳ﺪﱺﺓﲘ ﭐﻟﱀﻜﱔﺒﲐﻴﺮﱻ ﭐﻟﱀﻤﱨﺘﱧﻌﱧﺎﻝﲌ ﳁﳋﳀ
  1. Dia lah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah jua Yang Maha Besar, lagi maha Tinggi (Yang mengatasi segala-galanya).
ﺳﱺﻮﱺﺁﺀﱬ ﻣﱰﲘﻨﻜﱕﻢ ﻣﱱﻦﱹ ﺃﱁﺳﱺﺮﲄ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻝﱔ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﺟﱺﻬﱺﺮﱺ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻭﱺﻣﱧﻦﱹ ﻫﱻﻮﱺ ﻣﱨﺴﱹﺘﱧﺨﱹﻒﲗ ﺑﲐﭑﻟﱋﻴﱦﻞﲌ ﻭﱺﺳﱺﺎﺭﲌﺏﲁ ﺑﲐﭑﻟﻨﱱﻬﱺﺎﺭﲌ ﳁﳂﳃﳀ
  1. Sama sahaja kepadaNya: sesiapa di antara kamu yang merahsiakan kata-katanya dalam hati dan yang menyatakannya; juga yang bersembunyi pada waktu malam dan yang keluar berjalan pada waktu siang.
ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﱨﻌﱧﻘﱊﲘﺒﱧ﮳ﺖﱿ ﻣﱰﲘﻦﲲ ﺑﱧﻴﱦﻦﲌ ﻳﱧﺪﱺﻳﱦﻪﲘ ﻭﱺﻣﲘﻦﱹ ﺧﱺﻠﱀﻔﲘﻪﲘﲶ ﻳﱧﺤﱹﻔﱁﻈﱕﻮﻧﱧﻪﱨﲵ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﻣﱦﺮﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘﲩ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﻐﱧﻴﱰﲐﺮﱻ ﻣﱧﺎ ﺑﲐﻘﱁﻮﱹﻡﲍ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﻳﱨﻐﱧﻴﱰﲐﺮﱻﻭﺍﲯ ﻣﱧﺎ ﺑﲐﺄﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻬﲌﻢﱦﲩ ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺁ ﺃﱁﺭﱺﺍﺩﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻘﱁﻮﱹﻡﲎ ﺳﱻﻮﳒﺀﱫﺍ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﻣﱧﺮﱺﺩﱱ ﻟﱁﻪﱨﲵﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺩﱨﻭﻧﲘﻪﲘﲶ ﻣﲘﻦ ﻭﱺﺍﻝﲍ ﳁﳃﳃﳀ
  1. Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.
ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱨﺮﲌﻳﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﺒﱧﺮﱹﻕﱺ ﺧﱺﻮﱹﻓﱅﺎ ﻭﱺﻃﱔﻤﱧﻌﱫﺎ ﻭﱺﻳﱨﻨﺸﲔﺊﱻ ﭐﻟﺴﲄﺤﱺﺎﺏﱺ ﭐﻟﺜﱊﲘﻘﱁﺎﻝﱔ ﳁﳄﳃﳀ
  1. Dia lah yang memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir), dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia yang menjadikan awan tebal yang berat (dengan air).
ﻭﱺﻳﱨﺴﱺﺒﱰﲘﺢﱻ ﭐﻟﺮﲄﻋﱹﺪﱻ ﺑﲐﺤﱺﻤﱦﺪﲘﻩﲘﲶ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﱂ ﻣﲘﻦﱹ ﺧﲔﻴﻔﱁﺘﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﻳﱨﺮﱹﺳﲔﻞﱕ ﭐﻟﺼﲄﻮﱺ﮴ﻋﲔﻖﱺ ﻓﱁﻴﱨﺼﲔﻴﺐﱻ ﺑﲐﻬﱺﺎ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻳﱨﺠﱺ﮳ﺪﲘﻟﱂﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﺷﱔﺪﲘﻳﺪﱻ ﭐﻟﱀﻤﲘﺤﱺﺎﻝﲌ ﳁﳅﳃﳀ
  1. Dan Dia lah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dia lah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat kuasaNya) Padahal Ia Amat keras azab seksanya.
ﻟﱁﻪﱨﲵ ﺩﱧﻋﱹﻮﱺﺓﱨ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌﲬ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻧﲘﻪﲘﲶ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﺠﲌﻴﺒﱨﻮﻥﱧ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﺑﲐﺸﱔﻰﱹﺀﲙ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻛﱔﺒﱧ﮳ﺴﲔﻂﲔ ﻛﱔﻔﱋﻴﱦﻪﲘ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﱀﻤﱧﺂﺀﲘ ﻟﲘﻴﱧﺒﱦﻠﱂﻎﱁ ﻓﱁﺎﻩﱨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻫﱻﻮﱺ ﺑﲐﺒﱧ﮳ﻠﲘﻐﲘﻪﲘﲶﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺩﱨﻋﱺﺂﺀﱨ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻓﲘﻰ ﺿﱺﻠﱁ﮳ﻞﲎ ﳁﳆﳃﳀ
  1. Kuasa menerima ibadat yang benar adalah tertentu bagi Allah; dan benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak akan dapat menyahut atau memberikan sesuatupun kepada mereka, hanyalah seperti orang yang membentangkan kedua tapak tangannya kepada air supaya sampai ke mulutnya, padahal air itu sudah tentu tidak akan sampai kepadanya. Dan tiadalah ibadat dan doa permohonan orang-orang kafir itu melainkan dalam kesesatan.
ﻭﱺﴦﳨﴥﴤﳨ ﻳﱧﺴﱹﺠﱻﺪﱻ ﻣﱧﻦ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻃﱔﻮﱹﻋﱾﺎ ﻭﱺﻛﱔﺮﱹﻫﱾﺎ ﻭﱺﻇﲔﻠﱁ﮳ﻠﱂﻬﱻﻢ ﺑﲐﭑﻟﱀﻐﱨﺪﱻﻭﲃﲌ ﻭﱺﭐﵖﱓﵕﺻﱺﺎﻝﲌ ﲹ ﳁﳇﳃﳀ
  1. Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, sama ada dengan sukarela atau dengan terpaksa; dan (demikian juga) bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang.
ﻗﱂﻞﱓ ﻣﱧﻦ ﺭﲄﺏﲅ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻗﱂﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﱨﲬ ﻗﱂﻞﱓ ﺃﱁﻓﱁﭑﺗﱱﺨﱺﺬﱓﺗﱨﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺩﱨﻭﻧﲘﻪﲘﲶﳒ ﺃﱁﻭﱹﻟﲘﻴﱧﺂﺀﱧ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻤﱦﻠﲘﻜﱕﻮﻥﱧ ﵖﲔﵑﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻬﲌﻢﱦ ﻧﱧﻔﱀﻌﱫﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺿﱺﺮﲈﺍﲬ ﻗﱂﻞﱓ ﻫﱺﻞﱓ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻮﲌﻯ ﭐﵖﱓﵑﱁﻋﱹﻤﱧﻰﳎ ﻭﱺﭐﻟﱀﺒﱧﺼﲔﻴﺮﱻ ﺃﱁﻡﱦ ﻫﱺﻞﱓ ﺗﱧﺴﱹﺘﱧﻮﲌﻯ ﭐﻟﻈﱟﻠﱂﻤﱧ﮳ﺖﱻ ﻭﱺﭐﻟﻨﱲﻮﺭﱻﲩ ﺃﱁﻡﱦ ﺟﱺﻌﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﺷﱕﺮﱺﻛﱔﺂﺀﱧ ﺧﱺﻠﱁﻘﱂﻮﺍﲯ ﻛﱔﺨﱺﻠﱀﻘﲘﻪﲘﲶ ﻓﱁﺘﱧﺸﱔ﮳ﺒﱧﻪﱧ ﭐﻟﱀﺨﱺﻠﱀﻖﱻ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦﲬ ﻗﱂﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﻖﱻ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻮﱺ﮴ﺣﲔﺪﱻ ﭐﻟﱀﻘﱁﻬﲄ﮳ﺮﱻ ﳁﳈﳃﳀ
  1. Bertanyalah (wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?" Jawablah: "Allah". Bertanyalah lagi: "Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?" Bertanyalah lagi: "Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?" Katakanlah: "Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa".
ﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﻣﱧﺂﺀﱫ ﻓﱁﺴﱺﺎﻟﱁﺖﱹ ﺃﱁﻭﱹﺩﲘﻳﱧﺔﱈ ﺑﲐﻘﱁﺪﱺﺭﲌﻫﱺﺎ ﻓﱁﭑﺣﱹﺘﱧﻤﱧﻞﱔ ﭐﻟﺴﲄﻴﱦﻞﱕ ﺯﱺﺑﱧﺪﱾﺍ ﺭﲄﺍﺑﲐﻴﱫﺎﲨ ﻭﱺﻣﲘﻤﱱﺎ ﻳﱨﻮﻗﲘﺪﱻﻭﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﭐﺑﱦﺘﲘﻐﱧﺂﺀﱧ ﺣﲔﻠﱀﻴﱧﺔﲙ ﺃﱁﻭﱹ ﻣﱧﺘﱧ﮳ﻊﲢ ﺯﱺﺑﱧﺪﱿ ﻣﱰﲘﺜﱀﻠﱂﻪﱨﲵﲬ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻳﱧﻀﱹﺮﲌﺏﱻ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲄ ﻭﱺﭐﻟﱀﺒﱧ﮳ﻄﲔﻞﱔﲬ ﻓﱁﺄﱁﻣﱱﺎ ﭐﻟﺰﲄﺑﱧﺪﱻ ﻓﱁﻴﱧﺬﱓﻫﱺﺐﱻ ﺟﱻﻔﱁﺂﺀﱫﲨ ﻭﱺﺃﱁﻣﱱﺎ ﻣﱧﺎ ﻳﱧﻨﻔﱁﻊﱨ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱺ ﻓﱁﻴﱧﻤﱦﻜﱕﺚﱻ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲬ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻳﱧﻀﱹﺮﲌﺏﱻ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﻣﱦﺜﱁﺎﻝﱔ ﳁﳉﳃﳀ
  1. Ia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan airnya) menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya, kemudian banjir itu membawa buih yang terapung-apung. Dan dari benda-benda yang dibakar di dalam api untuk dijadikan barang perhiasan atau perkakas yang diperlukan, juga timbul buih seperti itu. Demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara yang benar dan yang salah. Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.
ﻟﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺳﱹﺘﱧﺠﱺﺎﺑﱨﻮﺍﲯ ﻟﲘﺮﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱨ ﭐﻟﱀﺤﱻﺴﱹﻨﱧﻰﳎﲬ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﺠﲌﻴﺒﱨﻮﺍﲯ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻟﱁﻮﱹ ﺃﱁﻥﱱ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱱﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺟﱺﻤﲘﻴﻌﱫﺎ ﻭﱺﻣﲘﺜﱀﻠﱁﻪﱨﲵ ﻣﱧﻌﱧﻪﱨﲵ ﵖﱔﵔﻓﱀﺘﱧﺪﱺﻭﱹﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶﳒﲬ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺳﱻﻮﳒﺀﱨ ﭐﻟﱀﺤﲔﺴﱺﺎﺏﲌ ﻭﱺﻣﱧﺄﱀﻭﱺﯨﻬﱻﻢﱦ ﺟﱺﻬﱺﻨﱱﻢﱨﲨ ﻭﱺﺑﲐﺌﱦﺲﱺ ﭐﻟﱀﻤﲘﻬﱺﺎﺩﱨ ﳁﳊﳃﳀ
  1. Bagi orang-orang yang menyahut seruan Tuhan mereka sahajalah balasan yang sebaik-baiknya; dan orang-orang yang ingkar yang tidak menyahut seruanNya, kalaulah mereka mempunyai segala apa jua yang ada di bumi disertai dengan sebanyak itu lagi, tentulah mereka rela menebus diri dengannya. mereka itu disediakan baginya hitungan hisab yang seburuk-buruknya, serta tempat kembali mereka ialah neraka jahanam; dan amatlah buruknya tempat tinggal itu.
ﲿ ﺃﱁﻓﱁﻤﱧﻦ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﺃﱁﻧﱱﻤﱧﺂ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻚﱔ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲅ ﻛﱔﻤﱧﻦﱹ ﻫﱻﻮﱺ ﺃﱁﻋﱹﻤﱧﻰ﮵ﲬ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﻳﱧﺘﱧﺬﱔﻛﱞﺮﱻ ﺃﱂﻭﳖﻟﱂﻮﺍﲯ ﭐﵖﱓﵑﱁﻟﱀﺒﱧ﮳ﺐﲌ ﳁﳋﳃﳀ
  1. Maka adakah orang yang mengetahui bahawa Al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﻮﻓﱂﻮﻥﱧ ﺑﲐﻌﱧﻬﱹﺪﲘ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﻨﻘﱂﻀﱻﻮﻥﱧ ﭐﻟﱀﻤﲘﻴﺜﱁ﮳ﻖﱺ ﳁﳂﳄﳀ
  1. Orang-orang yang menyempurnakan perjanjian Allah dan tidak merombak (mencabuli) perjanjian yang telah diperteguhkan itu; -
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺼﲔﻠﱂﻮﻥﱧ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﻣﱧﺮﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻪﲘﲶﳒ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﻮﺻﱺﻞﱔ ﻭﱺﻳﱧﺨﱹﺸﱔﻮﱹﻥﱧ ﺭﱺﺑﱱﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻳﱧﺨﱺﺎﻓﱂﻮﻥﱧ ﺳﱻﻮﳒﺀﱧ ﭐﻟﱀﺤﲔﺴﱺﺎﺏﲌ ﳁﳃﳄﳀ
  1. Dan orang-orang yang menghubungkan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, dan yang menaruh bimbang akan kemurkaan Tuhan mereka, serta takut kepada kesukaran yang akan dihadapi semasa soaljawab dan hitungan amal (pada hari kiamat); -
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺻﱺﺒﱧﺮﱻﻭﺍﲯ ﭐﺑﱦﺘﲘﻐﱧﺂﺀﱧ ﻭﱺﺟﱹﻪﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻗﱁﺎﻣﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﳎﺓﱧ ﻭﱺﺃﱁﻧﻔﱁﻘﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻤﱱﺎ ﺭﱺﺯﱺﻗﱀﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﺳﲔﺮﲈﺍ ﻭﱺﻋﱺﵝﱁﵗﻧﲘﻴﱧﺔﱅ ﻭﱺﻳﱧﺪﱹﺭﱺﺀﱨﻭﻥﱧ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﺴﱺﻨﱧﺔﲘ ﭐﻟﺴﲄﻴﱰﲐﺌﱧﺔﱁ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱻﻘﱀﺒﱧﻰ ﭐﻟﺪﲄﺍﺭﲌ ﳁﳄﳄﳀ
  1. Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; -
ﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﱻ ﻋﱺﺪﱹﻥﲎ ﻳﱧﺪﱹﺧﱻﻠﱂﻮﻧﱧﻬﱺﺎ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﺻﱺﻠﱁﺢﱺ ﻣﲘﻦﱹ ﺀﱧﺍﺑﱧﺂﴢﲐﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﺯﱹﻭﱺ﮴ﺟﲌﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﺫﱨﺭﲃﲌﻳﱱ﮳ﺘﲘﻬﲌﻢﱦﲨ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﱂ ﻳﱧﺪﱹﺧﱻﻠﱂﻮﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺑﱧﺎﺏﲎ ﳁﳅﳄﳀ
  1. Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; -
ﺳﱺﻠﱁ﮳ﻢﱪ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺻﱺﺒﱧﺮﱹﺗﱨﻢﱦﲬ ﻓﱁﻨﲘﻌﱦﻢﱧ ﻋﱻﻘﱀﺒﱧﻰ ﭐﻟﺪﲄﺍﺭﲌ ﳁﳆﳄﳀ
  1. (Memberi hormat dengan berkata): "Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﻨﻘﱂﻀﱻﻮﻥﱧ ﻋﱺﻬﱹﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻣﲘﻴﺜﱁ﮳ﻘﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﻳﱧﻘﱀﻄﱔﻌﱨﻮﻥﱧ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﻣﱧﺮﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻪﲘﲶﳒ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﻮﺻﱺﻞﱔ ﻭﱺﻳﱨﻔﱀﺴﲔﺪﱻﻭﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﻠﱋﻌﱦﻨﱧﺔﱂ ﻭﱺﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺳﱻﻮﳒﺀﱨ ﭐﻟﺪﲄﺍﺭﲌ ﳁﳇﳄﳀ
  1. Dan (sebaliknya) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya dan memutuskan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, serta mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi, - mereka itu beroleh laknat, dan mereka pula beroleh balasan hari akhirat yang seburuk-buruknya.
ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﺒﱦﺴﱻﻂﱕ ﭐﻟﺮﲃﲌﺯﱹﻕﱺ ﻟﲘﻤﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻭﱺﻳﱧﻘﱀﺪﲘﺭﱻﲬ ﻭﱺﻓﱁﺮﲌﺣﱻﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻴﱧﻮﳎﺓﲘ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﭐﻟﱀﺤﱺﻴﱧﻮﳎﺓﱨ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﺘﱧ﮳ﻊﱬ ﳁﳈﳄﳀ
  1. Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat.
ﻭﱺﻳﱧﻘﱂﻮﻝﱕ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻟﱁﻮﱹﵖﱔﵓ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﺀﱧﺍﻳﱧﺔﱆ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻪﲘﲶﲬ ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱨﻀﲔﻞﱟ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻭﱺﻳﱧﻬﱹﺪﲘﻯﳒ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﻣﱧﻦﱹ ﺃﱁﻧﱧﺎﺏﱺ ﳁﳉﳄﳀ
  1. Dan orang-orang yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) satu mukjizat dari Tuhannya? "Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi petunjuk ke jalan ugamanya, sesiapa yang rujuk kepadaNya, -
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﺗﱧﻄﱓﻤﱧﴣﲐﻦﲅ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﱨﻬﱻﻢ ﺑﲐﺬﲘﻛﱓﺮﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘﲩ ﺃﱁﵖﱔﵐ ﺑﲐﺬﲘﻛﱓﺮﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺗﱧﻄﱓﻤﱧﴣﲐﻦﲅ ﭐﻟﱀﻘﱂﻠﱂﻮﺏﱻ ﳁﳊﳄﳀ
  1. "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱺ﮳ﺖﲔ ﻃﱕﻮﺑﱧﻰﳎ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﺣﱻﺴﱹﻦﱻ ﻣﱧ﮲ﱧﺎﺏﲎ ﳁﳋﳄﳀ
  1. Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.
ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧ﮳ﻚﱔ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱂﻣﱱﺔﲚ ﻗﱁﺪﱹ ﺧﱺﻠﱁﺖﱹ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻬﱺﺂ ﺃﱂﻣﱧﻢﱬ ﻟﱊﲘﺘﱧﺘﱦﻠﱂﻮﱺﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯﳒ ﺃﱁﻭﱹﺣﱺﻴﱦﻨﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱻﻭﻥﱧ ﺑﲐﭑﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﲌﲬ ﻗﱂﻞﱓ ﻫﱻﻮﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰ ﵖﱔﵓ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻫﱻﻮﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﺗﱧﻮﱺﻛﱞﻠﱀﺖﱻ ﻭﱺﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﻣﱧﺘﱧﺎﺏﲌ ﳁﳂﳅﳀ
  1. Demikianlah, Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) kepada satu umat yang telah lalu sebelumnya beberapa umat yang lain, supaya engkau membacakan kepada mereka Al-Quran yang Kami wahyukan kepadamu, sedang mereka kufur kepada (Allah) Ar-Rahman Katakanlah: "Dia lah Tuhanku, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. KepadaNyalah aku berserah diri, dan kepadaNyalah tempat kembaliku (dan kamu semuanya)".
ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺃﱁﻥﱱ ﻗﱂﺮﱹﺀﱧﺍﻧﱫﺎ ﺳﱻﻴﱰﲐﺮﱺﺕﱹ ﺑﲐﻪﲘ ﭐﻟﱀﺠﲌﺒﱧﺎﻝﱕ ﺃﱁﻭﱹ ﻗﱂﻄﱝﲔﻌﱧﺖﱹ ﺑﲐﻪﲘ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱻ ﺃﱁﻭﱹ ﻛﱕﻠﱊﲘﻢﱧ ﺑﲐﻪﲘ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺗﱧﻰﳎﲩ ﺑﱧﻞ ﴦﱰﲘﴥﴤﲘ ﭐﵖﱓﵑﱁﻣﱦﺮﱻ ﺟﱺﻤﲘﻴﻌﱩﺎﲩ ﺃﱁﻓﱁﻠﱁﻢﱦ ﻳﱧﺎﲯﻳﱦ﮲ﱧﺲﲜ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻥ ﻟﱋﻮﱹ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﱁﻬﱺﺪﱺﻯ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱺ ﺟﱺﻤﲘﻴﻌﱫﺎﲩ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺰﱺﺍﻝﱕ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﺗﱨﺼﲔﻴﺒﱨﻬﱻﻢ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺻﱺﻨﱧﻌﱨﻮﺍﲯ ﻗﱁﺎﺭﲌﻋﱺﺔﱄ ﺃﱁﻭﱹ ﺗﱧﺤﱻﻞﱟ ﻗﱁﺮﲌﻳﺒﱫﺎ ﻣﱰﲘﻦ ﺩﱧﺍﺭﲌﻫﲔﻢﱦ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻰﱺ ﻭﱺﻋﱹﺪﱻ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺨﱹﻠﲘﻒﱻ ﭐﻟﱀﻤﲘﻴﻌﱧﺎﺩﱧ ﳁﳃﳅﳀ
  1. Dan kalaulah ada mana-mana Kitab Suci yang dengan sebabnya gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya, atau dengan sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya, atau dengan sebabnya orang-orang yang telah mati dapat menjawab kata-kata yang dihadapkan kepadanya, maka Al-Quran ialah Kitab Suci yang mengandungi mukjizat. (Tetapi lahirnya sesuatu mukjizat itu adalah menurut kehendak Allah), bahkan segala urusan tertentu bagi Allah. Maka tidakkah orang-orang yang beriman mengetahui bahawa kalaulah Allah menghendaki tentulah Ia memberi petunjuk kepada umat manusia seluruhnya, (lalu menjadikan mereka semuanya beriman). Dan orang-orang yang kafir itu (dengan sebab kekufuran mereka) sentiasa ditimpa bala bencana (ke atas diri atau harta benda mereka); atau pun bala bencana itu turun menimpa tempat-tempat yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka (lalu menjadikan mereka gempar kecemasan), sehinggalah datang janji Allah (hari kiamat dan azabnya); Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﲘ ﭐﺳﱹﺘﱨﻬﱹﺰﲌﺉﱺ ﺑﲐﺮﱻﺳﱻﻞﲎ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻚﱔ ﻓﱁﺄﱁﻣﱦﻠﱁﻴﱦﺖﱻ ﻟﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﺛﱂﻢﱱ ﺃﱁﺧﱺﺬﱓﺗﱨﻬﱻﻢﱦﲨ ﻓﱁﻜﱔﻴﱦﻒﱺ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻋﲔﻘﱁﺎﺏﲌ ﳁﳄﳅﳀ
  1. Dan sesungguhnya telahpun diejek-ejekkan Rasul-rasul yang diutus sebelummu (wahai Muhammad), lalu aku biarkan orang-orang yang tidak percayakan Rasul-rasul itu ke suatu masa yang tertentu, kemudian Aku menimpakan mereka dengan azab; maka tidaklah terperi seksanya azabKu itu.
ﺃﱁﻓﱁﻤﱧﻦﱹ ﻫﱻﻮﱺ ﻗﱁﺂﴢﲐﻢﱪ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﻧﱧﻔﱀﺲﲟ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱔﺴﱺﺒﱧﺖﱹﲩ ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﺷﱕﺮﱺﻛﱔﺂﺀﱧ ﻗﱂﻞﱓ ﺳﱺﻤﱲﻮﻫﱻﻢﱦﲬ ﺃﱁﻡﱦ ﺗﱨﻨﱧﺒﱰﲐ﮲ﱨﻮﻧﱧﻪﱨﲵ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺃﱁﻡ ﺑﲐﻈﱔ﮳ﻬﲌﺮﲎ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻝﲌﲩ ﺑﱧﻞﱓ ﺯﱻﻳﱰﲐﻦﱺ ﻟﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻣﱧﻜﱓﺮﱻﻫﱻﻢﱦ ﻭﱺﺻﱻﺪﲅﻭﺍﲯ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﺴﲄﺒﲐﻴﻞﲌﲩ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱨﻀﱹﻠﲘﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻓﱁﻤﱧﺎ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﲘﻦﱹ ﻫﱺﺎﺩﲚ ﳁﳅﳅﳀ
  1. Setelah diketahui demikian maka tidaklah patut disamakan Allah Tuhan yang berkuasa mengawas, tiap-tiap diri dan mengetahui akan apa yang telah diusahakan oleh diri-diri itu, (dengan makhluk yang tidak bersifat demikian). Dalam pada itu, mereka yang kafir telah menjadikan beberapa makhluk sebagai sekutu bagi Allah. Katakanlah (wahai Muhammad): "Namakanlah kamu akan mereka (yang kamu sembah itu). Atau adakah kamu hendak memberi tahu kepada Allah akan apa yang tidak diketahuiNya di bumi? Atau adakah kamu menamakannya dengan kata-kata yang lahir (sedang pada hakikatnya tidak demikian)?" Bahkan sebenarnya telah diperhiaskan oleh Iblis bagi orang-orang yang kafir itu akan kekufuran dan tipu daya mereka (terhadap Islam), dan mereka pula disekat oleh hawa nafsu mereka daripada menurut jalan yang benar. Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah) maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.
ﻟﱋﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱿ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺤﱺﻴﱧﻮﳎﺓﲘ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎﲨ ﻭﱺﻟﱁﻌﱧﺬﱔﺍﺏﱻ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﺃﱁﺷﱔﻖﲅﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﲘﻦ ﻭﱺﺍﻕﲎ ﳁﳆﳅﳀ
  1. Mereka beroleh azab dalam kehidupan dunia, dan sesungguhnya azab hari akhirat lebih menyeksakan lagi; dan tiadalah bagi mereka, sesiapapun yang dapat melindungi mereka dari azab Allah itu.
ﲿ ﻣﱱﺜﱁﻞﱕ ﭐﻟﱀﺠﱺﻨﱱﺔﲘ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰ ﻭﱻﻋﲔﺪﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺘﱱﻘﱂﻮﻥﱧﲨ ﺗﱧﺠﱹﺮﲌﻯ ﻣﲘﻦ ﺗﱧﺤﱹﺘﲘﻬﱺﺎ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﱦﻬﱺ﮳ﺮﱻﲨ ﺃﱂﻛﱕﻠﱂﻬﱺﺎ ﺩﱧﺁﴢﲐﻢﱬ ﻭﱺﻇﲔﻠﱌﻬﱺﺎﲬ ﺗﲘﻠﱀﻚﱔ ﻋﱻﻘﱀﺒﱧﻰ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺗﱱﻘﱁﻮﺍﲯﲬ ﻭﲄﻋﱻﻘﱀﺒﱧﻰ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﱻ ﳁﳇﳅﳀ
  1. Sifat Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa itu ialah air sungai-sungainya sentiasa mengalir di sekitar tamannya; makanannya kekal tidak putus-putus dan naungannya sentiasa teduh. Itulah kesudahan usaha orang-orang yang bertaqwa, sedang kesudahan usaha orang-orang yang kafir pula ialah neraka.
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻳﱧﻔﱀﺮﱺﺣﱻﻮﻥﱧ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔﲨ ﻭﱺﻣﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﺣﱹﺰﱺﺍﺏﲌ ﻣﱧﻦ ﻳﱨﻨﻜﲔﺮﱻ ﺑﱧﻌﱦﻀﱺﻪﱨﲵﲬ ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺂ ﺃﱂﻣﲘﺮﱹﺕﱻ ﺃﱁﻥﱦ ﺃﱁﻋﱹﺒﱨﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﵖﱔﵓ ﺃﱂﺷﱓﺮﲌﻙﱔ ﺑﲐﻪﲘﲶﳒﲬ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﺃﱁﺩﱦﻋﱻﻮﺍﲯ ﻭﱺﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﻣﱧ﮲ﱧﺎﺏﲌ ﳁﳈﳅﳀ
  1. Dan orang-orang yang Kami berikan Kitab, mereka bersukacita dengan apa yang Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) dan di antara beberapa kumpulan dari orang-orang itu ada yang mengingkari sebahagiannya. Katakanlah: "Sesungguhnya aku hanya diperintahkan supaya menyembah Allah, dan supaya aku tidak mempersekutukanNya dengan sesuatu yang lain: kepadaNyalah aku menyeru (manusia semuanya untuk menyembahNya), dan kepadaNyalah tempat kembaliku (dan kamu semuanya untuk menerima balasan)".
ﻭﱺﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺃﱁﻧﺰﱺﻟﱀﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﺣﱻﻜﱓﻤﱩﺎ ﻋﱺﺮﱺﺑﲐﻴﱵﺎﲬ ﻭﱺﻟﱁﴣﲐﻦﲌ ﭐﺗﱱﺒﱧﻌﱦﺖﱺ ﺃﱁﻫﱹﻮﱺﺁﺀﱧﻫﱻﻢ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﻣﱧﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧﻙﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻌﲘﻠﱀﻢﲌ ﻣﱧﺎ ﻟﱁﻚﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﲘﻦ ﻭﱺﻟﲘﻰﲃﲦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻭﱺﺍﻕﲎ ﳁﳉﳅﳀ
  1. Dan demikianlah Kami menurunkan Al-Quran sebagai hukum dalam bahasa Arab. Dan demi sesungguhnya, jika engkau (wahai Muhammad) menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya kepadamu wahyu pengetahuan (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau peroleh dari Allah sesuatupun yang dapat mengawal dan memberi perlindungan kepadamu (dari perkara-perkara yang tidak diingini).
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧﺎ ﺭﱻﺳﱻﵝﱅﵗ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻚﱔ ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺯﱹﻭﱺ﮴ﺟﱾﺎ ﻭﱺﺫﱨﺭﲃﲌﻳﱱﺔﱅﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻟﲘﺮﱺﺳﱻﻮﻝﲍ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻰﱺ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧﺔﲙ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺑﲐﺈﲐﺫﱦﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘﲩ ﻟﲘﻜﱕﻞﱝﲌ ﺃﱁﺟﱺﻞﲎ ﻛﲔﺘﱧﺎﺏﱿ ﳁﳊﳅﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul sebelummu, dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan. Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang Rasul untuk mendatangkan sesuatu mukjizat melainkan dengan izin Allah. Tiap-tiap satu tempoh dan waktu ada baginya perkara dan hukum yang telah ditentukan oleh "Suratan Azali".
ﻳﱧﻤﱦﺤﱻﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﱧﺎ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻭﱺﻳﱨﺜﱀﺒﲐﺖﱻﲨ ﻭﱺﻋﲔﻨﺪﱺﻩﱨﲵﳒ ﺃﱂﻡﱲ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﳁﳋﳅﳀ
  1. Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu segala suratan".
ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻣﱱﺎ ﻧﱨﺮﲌﻳﱧﻨﱱﻚﱔ ﺑﱧﻌﱦﺾﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻧﱧﻌﲘﺪﱻﻫﱻﻢﱦ ﺃﱁﻭﱹ ﻧﱧﺘﱧﻮﱺﻓﱋﻴﱧﻨﱱﻚﱔ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻚﱔ ﭐﻟﱀﺒﱧﻠﱁ﮳ﻎﱂ ﻭﱺﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﭐﻟﱀﺤﲔﺴﱺﺎﺏﱻ ﳁﳂﳆﳀ
  1. Sama ada Kami perlihatkan kepadamu (wahai Muhammad) sebahagian dari azab yang Kami janjikan untuk mereka (yang ingkar) atau kami wafatkanmu sebelum melihatnya maka tidaklah menjadi hal kerana tanggunganmu hanyalah menyampaikan hukum-hukum yang kami turunkan kepadamu; dan urusan Kami menghitung dan membalas amal mereka.
ﺃﱁﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﺮﱺﻭﱹﺍﲯ ﺃﱁﻧﱱﺎ ﻧﱧﺄﱀﺗﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﻧﱧﻨﻘﱂﺼﱻﻬﱺﺎ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﻃﱓﺮﱺﺍﻓﲘﻬﱺﺎﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﺤﱹﻜﱕﻢﱨ ﵖﱔﵐ ﻣﱨﻌﱧﻘﱊﲘﺐﱺ ﻟﲘﺤﱻﻜﱓﻤﲘﻪﲘﲶﲬ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﺳﱺﺮﲌﻳﻊﱨ ﭐﻟﱀﺤﲔﺴﱺﺎﺏﲌ ﳁﳃﳆﳀ
  1. Mengapa mereka yang kafir itu masih berdegil dan tidak mahu memerhatikan bahawa kekuasaan kami sentiasa menakluk bumi (yang mereka diami) dengan menjadikan dia kurang sedikit demi sedikit dari kebaikannya dan kemuliaannya? Dan (ingatlah) Allah menghukum menurut apa yang dikehendakiNya; tiada sesiapapun yang dapat menghalang hukumNya, dan dia lah juga yang amat cepat hitungan hisabNya.
ﻭﱺﻗﱁﺪﱹ ﻣﱧﻜﱔﺮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻬﲌﻢﱦ ﻓﱁﻠﲘﻠﱋﻪﲘ ﭐﻟﱀﻤﱧﻜﱓﺮﱻ ﺟﱺﻤﲘﻴﻌﱫﺎﲨ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻣﱧﺎ ﺗﱧﻜﱓﺴﲔﺐﱻ ﻛﱕﻞﱟ ﻧﱧﻔﱀﺲﲞﲩ ﻭﱺﺳﱺﻴﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﭐﻟﱀﻜﱕﻔﱋ﮳ﺮﱻ ﻟﲘﻤﱧﻦﱹ ﻋﱻﻘﱀﺒﱧﻰ ﭐﻟﺪﲄﺍﺭﲌ ﳁﳄﳆﳀ
  1. Dan sesungguhnya orang-orang kafir yang sebelum mereka telah melancarkan rancangan jahat (terhadap Nabi-nabi mereka): oleh itu, (janganlah engkau bimbang kerana) bagi Allah jualah kuasa menggagalkan segala jenis rancangan jahat. Ia mengetahui apa yang diusahakan oleh tiap-tiap diri; dan orang-orang yang kafir akan mengetahui bagi siapakah balasan (yang baik dan yang buruk) pada hari akhirat kelak.
ﻭﱺﻳﱧﻘﱂﻮﻝﱕ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻟﱁﺴﱹﺖﱺ ﻣﱨﺮﱹﺳﱺﵝﱅﵗﲬ ﻗﱂﻞﱓ ﻛﱔﻔﱁﻰﳎ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﺷﱔﻬﲌﻴﺪﲀﺍ ﺑﱧﻴﱦﻨﲘﻰ ﻭﱺﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﻦﱹ ﻋﲔﻨﺪﱺﻩﱨﲵ ﻋﲔﻠﱀﻢﱨ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﳁﳅﳆﳀ
  1. Dan orang-orang yang kafir itu berkata: "Engkau bukanlah seorang Rasul dari Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dengan kamu, dan juga disaksikan oleh orang-orang yang ada ilmu pengetahuan mengenai Kitab Allah".
ﺍﻟﳓﺮﲬ ﻛﲔﺘﱧ﮳ﺐﱽ ﺃﱁﻧﺰﱺﻟﱀﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﻟﲘﺘﱨﺨﱹﺮﲌﺝﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻈﱟﻠﱂﻤﱧ﮳ﺖﲔ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﻨﱲﻮﺭﲌ ﺑﲐﺈﲐﺫﱦﻥﲌ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺻﲔﺮﱺ﮴ﻁﲔ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﲌ ﭐﻟﱀﺤﱺﻤﲘﻴﺪﲘ ﳁﳃﳀ
  1. Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.
ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲩ ﻭﱺﻭﱺﻳﱦﻞﱙ ﻟﱊﲘﻠﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﲎ ﺷﱔﺪﲘﻳﺪﲙ ﳁﳄﳀ
  1. Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit serta yang ada di bumi; dan kecelakaan besar bagi orang-orang yang kufur ingkar (terhadap Al-Quran) dari azab yang amat berat (yang akan menimpa mereka kelak).
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﺤﲔﺒﱲﻮﻥﱧ ﭐﻟﱀﺤﱺﻴﱧﻮﳎﺓﱧ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﻭﱺﻳﱧﺼﱻﺪﲅﻭﻥﱧ ﻋﱺﻦ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻳﱧﺒﱦﻐﱨﻮﻧﱧﻬﱺﺎ ﻋﲔﻮﱺﺟﱼﺎﲬ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻓﲘﻰ ﺿﱺﻠﱁ﮳ﻞﲏ ﺑﱧﻌﲘﻴﺪﲚ ﳁﳅﳀ
  1. Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat, dan menghalangi manusia dari jalan ugama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya.
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﺳﱻﻮﻝﲍ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺑﲐﻠﲘﺴﱺﺎﻥﲌ ﻗﱁﻮﱹﻣﲘﻪﲘﲶ ﻟﲘﻴﱨﺒﱧﻴﱰﲐﻦﱺ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦﲨ ﻓﱁﻴﱨﻀﲔﻞﱟ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻭﱺﻳﱧﻬﱹﺪﲘﻯ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲬ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﱀﺤﱺﻜﲔﻴﻢﱨ ﳁﳆﳀ
  1. Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧﺎ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺂ ﺃﱁﻥﱦ ﺃﱁﺧﱹﺮﲌﺝﱹ ﻗﱁﻮﱹﻣﱧﻚﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻈﱟﻠﱂﻤﱧ﮳ﺖﲔ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﻨﱲﻮﺭﲌ ﻭﱺﺫﱧﻛﱝﲔﺮﱹﻫﱻﻢ ﺑﲐﺄﱁﻳﱱﯩﳎﻢﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﵖﱔﵕﻳﱧ﮳ﺖﲖ ﻟﱊﲘﻜﱕﻞﱝﲌ ﺻﱺﺒﱱﺎﺭﲎ ﺷﱔﻜﱕﻮﺭﲎ ﳁﳇﳀ
  1. Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa (pada masa yang lalu) dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami sambil Kami berfirman: "Hendaklah engkau mengeluarkan kaummu dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman; dan ingatkanlah mereka dengan Hari-hari Allah. "Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﻟﲘﻘﱁﻮﱹﻣﲘﻪﲘ ﭐﺫﱦﻛﱕﺮﱻﻭﺍﲯ ﻧﲘﻌﱦﻤﱧﺔﱁ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﺫﱦ ﺃﱁﻧﺠﱺﯩﳎﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺀﱧﺍﻝﲌ ﻓﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱧ ﻳﱧﺴﱻﻮﻣﱨﻮﻧﱧﻜﱕﻢﱦ ﺳﱻﻮﳒﺀﱧ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﲌ ﻭﱺﻳﱨﺬﱔﺑﱰﲐﺤﱻﻮﻥﱧ ﺃﱁﺑﱦﻨﱧﺂﺀﱧﻛﱕﻢﱦ ﻭﱺﻳﱧﺴﱹﺘﱧﺤﱹﻴﱨﻮﻥﱧ ﻧﲘﺴﱺﺂﺀﱧﻛﱕﻢﱦﲬ ﻭﱺﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻜﱕﻢ ﺑﱧﵝﱁﵚﺀﱬ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻈﲔﻴﻢﱬ ﳁﳈﳀ
  1. Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Kenanglah nikmat Allah kepada kamu, semasa Ia menyelamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya yang sentiasa menyeksa kamu dengan berbagai seksa yang buruk dan mereka pula menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; dan kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu".
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﺗﱧﺄﱁﺫﱱﻥﱧ ﺭﱺﺑﱲﻜﱕﻢﱦ ﻟﱁﴣﲐﻦ ﺷﱔﻜﱔﺮﱹﺗﱨﻢﱦ ﵖﱔﵑﱁﺯﲌﻳﺪﱺﻧﱱﻜﱕﻢﱦﲨ ﻭﱺﻟﱁﴣﲐﻦ ﻛﱔﻔﱁﺮﱹﺗﱨﻢﱦ ﺇﲐﻥﱱ ﻋﱺﺬﱔﺍﺑﲐﻰ ﻟﱁﺸﱔﺪﲘﻳﺪﱿ ﳁﳉﳀ
  1. Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰ﮵ ﺇﲐﻥ ﺗﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺟﱺﻤﲘﻴﻌﱫﺎ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻟﱁﻐﱧﻨﲘﻰﲇ ﺣﱺﻤﲘﻴﺪﱽ ﳁﳊﳀ
  1. Dan Nabi Musa berkata: "Kalau kamu dan sesiapa jua yang ada di muka bumi seluruhnya berlaku kufur ingkar, maka (hal yang demikian tidak merugikan Allah), kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻜﱕﻢﱦ ﻧﱧﺒﱧﺆﱻﺍﲯ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻜﱕﻢﱦ ﻗﱁﻮﱹﻡﲌ ﻧﱨﻮﺡﲢ ﻭﱺﻋﱺﺎﺩﲚ ﻭﱺﺛﱁﻤﱨﻮﺩﱧ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘﻫﲔﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻬﱻﻢﱦ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﴦﴥﴤﱨﲬ ﺟﱺﺂﺀﱧﺗﱦﻬﱻﻢﱦ ﺭﱻﺳﱻﻠﱂﻬﱻﻢ ﺑﲐﭑﻟﱀﺒﱧﻴﱰﲐﻨﱧ﮳ﺖﲔ ﻓﱁﺮﱺﺩﱲﻭﳒﺍﲯ ﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻳﱧﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱁﻓﱀﻮﱺ﮴ﻫﲔﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻛﱔﻔﱁﺮﱹﻧﱧﺎ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺃﱂﺭﱹﺳﲔﻠﱀﺘﱨﻢ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﺎ ﻟﱁﻔﲘﻰ ﺷﱔﻚﱝﲖ ﻣﱰﲘﻤﱱﺎ ﺗﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻧﱧﻨﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﻣﱨﺮﲌﻳﺐﲎ ﳁﳋﳀ
  1. (Mengapa kamu masih berdegil) bukankah telah datang kepada kamu khabar berita orang-orang yang terdahulu daripada kamu, iaitu kaum Nabi Nuh, dan Aad juga Thamud serta orang-orang yang kemudian daripada mereka ? Tiada sesiapapun yang mengetahui bilangan mereka melainkan Allah. Mereka telah didatangi oleh rasul-rasul mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata, lalu mereka meletakkan tangan mereka ke mulut mereka sambil berkata: "Sesungguhnya kami kufur ingkarkan apa yang - mengikut dakwaan kamu - kamu diutus membawanya, dan sesungguhnya kami adalah dalam keadaan yang meragukan terhadap iman dan tauhid yang kamu ajak kami kepadanya".
ﲿ ﻗﱁﺎﻟﱁﺖﱹ ﺭﱻﺳﱻﻠﱂﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻓﲘﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺷﱔﻚﱣ ﻓﱁﺎﻃﲔﺮﲌ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲨ ﻳﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻛﱕﻢﱦ ﻟﲘﻴﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱺ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺫﱨﻧﱨﻮﺑﲐﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻳﱨﺆﱺﺧﲃﲔﺮﱺﻛﱕﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻰ﮵ ﺃﱁﺟﱺﻞﲎ ﻣﱲﺴﱺﻤﱵﻰﲬ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻥﱦ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺑﱧﺸﱔﺮﱿ ﻣﱰﲘﺜﱀﻠﱂﻨﱧﺎ ﺗﱨﺮﲌﻳﺪﱻﻭﻥﱧ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﺼﱻﺪﲅﻭﻧﱧﺎ ﻋﱺﻤﱱﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻳﱧﻌﱦﺒﱨﺪﱻ ﺀﱧﺍﺑﱧﺂﺅﱻﻧﱧﺎ ﻓﱁﺄﱀﺗﱨﻮﻧﱧﺎ ﺑﲐﺴﱻﻠﱀﻄﱔ﮳ﻦﲎ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﲎ ﳁﳂﳃﳀ
  1. Rasul-rasul mereka bertanya: "Patutkah berlakunya sebarang keraguan tentang wujudnya Allah, yang menciptakan langit dan bumi? Ia menyeru kamu beriman kerana hendak membersih dan melepaskan kamu dari dosa-dosa kamu, dan memberi tempoh kepada kamu hingga ke suatu masa yang tertentu. Mereka menjawab: "Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami. Kamu bertujuan hendak menyekat kami daripada menyembah apa yang telah disembah oleh datuk nenek kami. Oleh itu, bawalah kepada kami satu bukti yang jelas nyata".
ﻗﱁﺎﻟﱁﺖﱹ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺭﱻﺳﱻﻠﱂﻬﱻﻢﱦ ﺇﲐﻥ ﻧﱱﺤﱹﻦﱻ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺑﱧﺸﱔﺮﱿ ﻣﱰﲘﺜﱀﻠﱂﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﲄ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱧﻤﱨﻦﲅ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﲘﻩﲘﲶﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻟﱁﻨﱧﺂ ﺃﱁﻥ ﻧﱱﺄﱀﺗﲘﻴﱧﻜﱕﻢ ﺑﲐﺴﱻﻠﱀﻄﱔ﮳ﻦﲍ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺑﲐﺈﲐﺫﱦﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﻭﱺﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻓﱁﻠﱀﻴﱧﺘﱧﻮﱺﻛﱞﻞﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳃﳀ
  1. Rasul-rasul mereka berkata kepada mereka: "Kami ini tidak lain hanyalah manusia seperti kamu juga, tetapi Allah melimpahkan kurniaNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kami tiadalah berkuasa membawa kepada kamu sebarang bukti (mukjizat) melainkan dengan izin Allah. Dan dengan yang demikian maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻟﱁﻨﱧﺂ ﺃﱁﵖﱞﵐ ﻧﱧﺘﱧﻮﱺﻛﱞﻞﱔ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻗﱁﺪﱹ ﻫﱺﺪﱺﯨﻨﱧﺎ ﺳﱻﺒﱨﻠﱁﻨﱧﺎﲬ ﻭﱺﻟﱁﻨﱧﺼﱹﺒﲐﺮﱺﻥﱱ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻣﱧﺂ ﺀﱧﺍﺫﱧﻳﱦﺘﱨﻤﱨﻮﻧﱧﺎﲬ ﻭﱺﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻓﱁﻠﱀﻴﱧﺘﱧﻮﱺﻛﱞﻞﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﺘﱧﻮﱺﻛﱝﲔﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳄﳃﳀ
  1. "Dan mengapa pula kami tidak berserah diri kepada Allah padahal Ia telah menunjukkan jalan untuk tiap-tiap seorang dari kami menjalaninya? Dan demi sesungguhnya, kami akan bersabar terhadap segala perbuatan kamu menyakiti kami. Dan dengan yang demikian, maka kepada Allah jualah hendaknya berserah diri orang-orang yang mahu berserah".
ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻟﲘﺮﱻﺳﱻﻠﲘﻬﲌﻢﱦ ﻟﱁﻨﱨﺨﱹﺮﲌﺟﱺﻨﱱﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺃﱁﺭﱹﺿﲔﻨﱧﺂ ﺃﱁﻭﱹ ﻟﱁﺘﱧﻌﱨﻮﺩﱨﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﻣﲘﻠﱋﺘﲘﻨﱧﺎﲨ ﻓﱁﺄﱁﻭﱹﺣﱺﻰ﮵ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺭﱺﺑﱲﻬﱻﻢﱦ ﻟﱁﻨﱨﻬﱹﻠﲘﻜﱔﻦﲄ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳃﳀ
  1. Dan berkatalah pula orang-orang yang kafir itu kepada Rasul-rasul mereka: "Demi sesungguhnya, kami akan mengeluarkan kamu dari negeri kami atau kamu menjadi seugama dengan kami". Lalu Tuhan wahyukan, kepada Rasul-rasulNya: "Demi sesungguhnya! Kami akan membinasakan orang-orang yang zalim.
ﻭﱺﻟﱁﻨﱨﺴﱹﻜﲔﻨﱧﻨﱱﻜﱕﻢﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘﻫﲔﻢﱦﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻟﲘﻤﱧﻦﱹ ﺧﱺﺎﻑﱺ ﻣﱧﻘﱁﺎﻣﲘﻰ ﻭﱺﺧﱺﺎﻑﱺ ﻭﱺﻋﲔﻴﺪﲘ ﳁﳆﳃﳀ
  1. "Dan demi sesungguhnya! kami akan tempatkan kamu di negeri itu sesudah binasanya kaum yang zalim itu; balasan baik yang demikian, adalah bagi orang-orang yang takut akan sikap keadilanKu (menghitung amalnya), dan takut akan janji-janji azabKu".
ﻭﱺﭐﺳﱹﺘﱧﻔﱀﺘﱧﺤﱻﻮﺍﲯ ﻭﱺﺧﱺﺎﺏﱺ ﻛﱕﻞﱟ ﺟﱺﺒﱱﺎﺭﲍ ﻋﱺﻨﲘﻴﺪﲚ ﳁﳇﳃﳀ
  1. Dan (Rasul-rasul serta umatnya yang beriman) memohon pertolongan (kepada Allah, untuk mendapat kemenangan); dan terkecewalah tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi bersikap degil (dalam keingkarannya).
ﻣﱰﲘﻦ ﻭﱺﺭﱺﺁﴢﲐﻪﲘﲶ ﺟﱺﻬﱺﻨﱱﻢﱨ ﻭﱺﻳﱨﺴﱹﻘﱁﻰﳎ ﻣﲘﻦ ﻣﱱﺂﺀﲚ ﺻﱺﺪﲘﻳﺪﲚ ﳁﳈﳃﳀ
  1. Di belakangnya disediakan neraka Jahannam, dan ia akan diberi minum dari air danur (yang keluar dari tubuh ahli neraka).
ﻳﱧﺘﱧﺠﱺﺮﲄﻋﱻﻪﱨﲵ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﻜﱔﺎﺩﱨ ﻳﱨﺴﲔﻴﻐﱨﻪﱨﲵ ﻭﱺﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻴﻪﲘ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺕﱻ ﻣﲘﻦ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﻣﱧﻜﱔﺎﻥﲎ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻫﱻﻮﱺ ﺑﲐﻤﱧﻴﱰﲐﺖﲖﲨ ﻭﱺﻣﲘﻦ ﻭﱺﺭﱺﺁﴢﲐﻪﲘﲶ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱽ ﻏﱔﻠﲘﻴﻆﱙ ﳁﳉﳃﳀ
  1. Ia meminumnya dengan terpaksa dan hampir-hampir tidak dapat diterima oleh tekaknya (kerana busuknya), dan ia didatangi (penderitaan) maut dari segala arah, sedang ia tidak pula mati (supaya terlepas dari azab seksa itu); dan selain dari itu, ada lagi azab seksa yang lebih berat.
ﻣﱱﺜﱁﻞﱕ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐﺮﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦﲨ ﺃﱁﻋﱹﻤﱧ﮳ﻠﱂﻬﱻﻢﱦ ﻛﱔﺮﱺﻣﱧﺎﺩﲙ ﭐﺷﱓﺘﱧﺪﲄﺕﱹ ﺑﲐﻪﲘ ﭐﻟﺮﲃﲌﻳﺢﱻ ﻓﲘﻰ ﻳﱧﻮﱹﻡﲍ ﻋﱺﺎﺻﲔﻒﲖﲨ ﵖﱞﵐ ﻳﱧﻘﱀﺪﲘﺭﱻﻭﻥﱧ ﻣﲘﻤﱱﺎ ﻛﱔﺴﱺﺒﱨﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﻀﲄﻠﱁ﮳ﻞﱕ ﭐﻟﱀﺒﱧﻌﲘﻴﺪﱻ ﳁﳊﳃﳀ
  1. Bandingan (segala kebaikan amal dan usaha) orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang; mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun dari apa yang mereka telah usahakan itu. Sia-sianya amalan itu ialah kesan kesesatan yang jauh dari dasar kebenaran.
ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﺮﱺ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺧﱺﻠﱁﻖﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌﲬ ﺇﲐﻥ ﻳﱧﺸﱔﺄﱀ ﻳﱨﺬﱓﻫﲔﺒﱦﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻳﱧﺄﱀﺕﲔ ﺑﲐﺨﱺﻠﱀﻖﲎ ﺟﱺﺪﲘﻳﺪﲚ ﳁﳋﳃﳀ
  1. Tidakkah engkau telah nampak dan mengetahui bahawa Allah telah menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat? Jika Ia kehendaki nescaya dibinasakanNya kamu (dengan sebab kekufuran kamu) dan didatangkan pula dengan makhluk-makhluk yang baharu.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺑﲐﻌﱧﺰﲌﻳﺰﲎ ﳁﳂﳄﳀ
  1. Dan yang demikian itu tidaklah sukar bagi Allah melakukannya.
ﻭﱺﺑﱧﺮﱺﺯﱻﻭﺍﲯ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﺟﱺﻤﲘﻴﻌﱫﺎ ﻓﱁﻘﱁﺎﻝﱔ ﭐﻟﻀﲅﻌﱧﻔﱁﳌﺆﱻﺍﲯ ﻟﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺳﱹﺘﱧﻜﱓﺒﱧﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﺒﱧﻌﱫﺎ ﻓﱁﻬﱺﻞﱓ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢ ﻣﱲﻐﱦﻨﱨﻮﻥﱧ ﻋﱺﻨﱱﺎ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﲘﻦ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚﲬ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻟﱁﻮﱹ ﻫﱺﺪﱺﯨﻨﱧﺎ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﱁﻬﱺﺪﱺﻳﱦﻨﱧ﮳ﻜﱕﻢﱦﲨ ﺳﱺﻮﱺﺁﺀﱪ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻨﱧﺂ ﺃﱁﺟﱺﺰﲌﻋﱹﻨﱧﺂ ﺃﱁﻡﱦ ﺻﱺﺒﱧﺮﱹﻧﱧﺎ ﻣﱧﺎ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦ ﻣﱱﺤﲔﻴﺺﲞ ﳁﳃﳄﳀ
  1. Dan mereka sekalian tetap akan berhimpun mengadap Allah (untuk dihisab pada hari kiamat); kemudian orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) kepada orang-orang yang sombong takbur itu akan berkata kepada mereka (yang menjadi pemimpinnya): "Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut kamu; maka adakah kamu dapat menolak daripada kami sedikit dari azab Allah? " Mereka menjawab: "Kalaulah Allah menunjukkan jalan selamat kepada kami, tentulah kami tunjukkan jalan itu kepada kamu. (Sekarang) sama sahaja kepada kita, sama ada kita menggelisah dan mengeluh atau kita bersabar, tiadalah sebarang jalan bagi kita untuk melepaskan diri (dari azab itu)".
ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﻟﺸﱞﻴﱦﻄﱔ﮳ﻦﱻ ﻟﱁﻤﱱﺎ ﻗﱂﻀﲔﻰﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﻣﱦﺮﱻ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﻋﱺﺪﱺﻛﱕﻢﱦ ﻭﱺﻋﱹﺪﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻭﱺﻭﱺﻋﱺﺪﺗﱲﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﺄﱁﺧﱹﻠﱁﻔﱀﺘﱨﻜﱕﻢﱦﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻟﲘﻰﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺳﱻﻠﱀﻄﱔ﮳ﻦﲍ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻥ ﺩﱧﻋﱺﻮﱹﺗﱨﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﭑﺳﱹﺘﱧﺠﱺﺒﱦﺘﱨﻢﱦ ﻟﲘﻰﲨ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﻠﱂﻮﻣﱨﻮﻧﲘﻰ ﻭﱺﻟﱂﻮﻣﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻜﱕﻢﲨ ﻣﱱﺂ ﺃﱁﻧﱧﺎﲰ ﺑﲐﻤﱨﺼﱹﺮﲌﺧﲔﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢ ﺑﲐﻤﱨﺼﱹﺮﲌﺧﲔﻰﲄ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻛﱔﻔﱁﺮﱹﺕﱻ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺃﱁﺷﱓﺮﱺﻛﱓﺘﱨﻤﱨﻮﻥﲌ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕﲩ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱽ ﺃﱁﻟﲘﻴﻢﱬ ﳁﳄﳄﳀ
  1. Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.
ﻭﱺﺃﱂﺩﱦﺧﲔﻞﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱺ﮳ﺖﲔ ﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﲖ ﺗﱧﺠﱹﺮﲌﻯ ﻣﲘﻦ ﺗﱧﺤﱹﺘﲘﻬﱺﺎ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﱦﻬﱺ﮳ﺮﱻ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﲘﻳﻦﱺ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺑﲐﺈﲐﺫﱦﻥﲌ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦﲨ ﺗﱧﺤﲔﻴﱱﺘﱨﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺳﱺﻠﱁ﮳ﻢﱪ ﳁﳅﳄﳀ
  1. Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh, ke dalam Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka; ucapan selamat sentiasa mereka dapati (dari malaikat) di dalam Syurga-syurga itu.
ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﺮﱺ ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﺿﱺﺮﱺﺏﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﱧﺜﱁﵝﱅﵗ ﻛﱔﻠﲘﻤﱧﺔﱅ ﻃﱔﻴﱰﲐﺒﱧﺔﱅ ﻛﱔﺸﱔﺠﱺﺮﱺﺓﲚ ﻃﱔﻴﱰﲐﺒﱧﺔﲙ ﺃﱁﺻﱹﻠﱂﻬﱺﺎ ﺛﱁﺎﺑﲐﺖﱿ ﻭﱺﻓﱁﺮﱹﻋﱻﻬﱺﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﳁﳆﳄﳀ
  1. Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.
ﺗﱨﺆﱹﺗﲘﻰﳒ ﺃﱂﻛﱕﻠﱁﻬﱺﺎ ﻛﱕﻞﱞ ﺣﲔﻴﻦﲏ ﺑﲐﺈﲐﺫﱦﻥﲌ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﱺﺎﲩ ﻭﱺﻳﱧﻀﱹﺮﲌﺏﱻ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﻣﱦﺜﱁﺎﻝﱔ ﻟﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﺘﱧﺬﱔﻛﱞﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳇﳄﳀ
  1. Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).
ﻭﱺﻣﱧﺜﱁﻞﱕ ﻛﱔﻠﲘﻤﱧﺔﲙ ﺧﱺﺒﲐﻴﺜﱁﺔﲚ ﻛﱔﺸﱔﺠﱺﺮﱺﺓﲙ ﺧﱺﺒﲐﻴﺜﱁﺔﲙ ﭐﺟﱹﺘﱨﺜﱋﺖﱹ ﻣﲘﻦ ﻓﱁﻮﱹﻕﲌ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻣﱧﺎ ﻟﱁﻬﱺﺎ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺮﱺﺍﺭﲎ ﳁﳈﳄﳀ
  1. Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.
ﻳﱨﺜﱁﺒﱰﲐﺖﱻ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻝﲌ ﭐﻟﺜﱋﺎﺑﲐﺖﲔ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺤﱺﻴﱧﻮﳎﺓﲘ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﻭﱺﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘﲨ ﻭﱺﻳﱨﻀﲔﻞﱟ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺﲬ ﻭﱺﻳﱧﻔﱀﻌﱧﻞﱕ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﱧﺎ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﳁﳉﳄﳀ
  1. Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.
ﲿ ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﺮﱺ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺑﱧﺪﲄﻟﱂﻮﺍﲯ ﻧﲘﻌﱦﻤﱧﺖﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻛﱕﻔﱀﺮﱾﺍ ﻭﱺﺃﱁﺣﱺﻠﱌﻮﺍﲯ ﻗﱁﻮﱹﻣﱧﻬﱻﻢﱦ ﺩﱧﺍﺭﱺ ﭐﻟﱀﺒﱧﻮﱺﺍﺭﲌ ﳁﳊﳄﳀ
  1. Tidakkah engkau melihat (dan merasa ajaib) terhadap orang-orang kafir yang telah menukar kesyukuran nikmat Allah dengan kekufuran, dan yang telah menempatkan kaum mereka dalam kebinasaan?
ﺟﱺﻬﱺﻨﱱﻢﱧ ﻳﱧﺼﱹﻠﱁﻮﱹﻧﱧﻬﱺﺎﲨ ﻭﱺﺑﲐﺌﱦﺲﱺ ﭐﻟﱀﻘﱁﺮﱺﺍﺭﱻ ﳁﳋﳄﳀ
  1. (Iaitu) neraka Jahannam yang mereka akan menderita bakarannya; dan (ingatlah), seburuk-buruk tempat tetap ialah neraka Jahannam.
ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﺃﱁﻧﺪﱺﺍﺩﱫﺍ ﻟﱊﲘﻴﱨﻀﲔﻠﱌﻮﺍﲯ ﻋﱺﻦ ﺳﱺﺒﲐﻴﻠﲘﻪﲘﲶﲩ ﻗﱂﻞﱓ ﺗﱧﻤﱧﺘﱱﻌﱨﻮﺍﲯ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﻣﱧﺼﲔﻴﺮﱺﻛﱕﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﳁﳂﳅﳀ
  1. Dan mereka mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan manusia dari jalanNya. Katakanlah (wahai Muhammad): "Bersenang-senanglah kamu (bagi sementara di dunia), kerana sesungguhnya kesudahan kamu ke neraka".
ﻗﱂﻞ ﻟﱊﲘﻌﲘﺒﱧﺎﺩﲘﻯﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻳﱨﻘﲘﻴﻤﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﳎﺓﱧ ﻭﱺﻳﱨﻨﻔﲘﻘﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻤﱱﺎ ﺭﱺﺯﱺﻗﱀﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﺳﲔﺮﲈﺍ ﻭﱺﻋﱺﵝﱁﵗﻧﲘﻴﱧﺔﱅ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﲌ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻰﱺ ﻳﱧﻮﱹﻡﱬ ﵖﱞﵐ ﺑﱧﻴﱦﻊﱬ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺧﲔﻠﱁ﮳ﻞﱗ ﳁﳃﳅﳀ
  1. Katakanlah kepada hamba-hambaKu yang beriman hendaklah mereka mendirikan sembahyang dan mendermakan dari apa yang kami kurniakan kepada mereka, sama ada dengan merahsiakan pemberiannya itu atau dengan terbuka; sebelum datangnya hari yang tidak ada jual beli padanya, dan tidak ada sahabat handai (yang dapat memberikan pertolongan).
ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺧﱺﻠﱁﻖﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﻭﱺﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﻣﱧﺂﺀﱫ ﻓﱁﺄﱁﺧﱹﺮﱺﺝﱺ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺜﱋﻤﱧﺮﱺ﮴ﺕﲔ ﺭﲌﺯﱹﻗﱅﺎ ﻟﱋﻜﱕﻢﱦﲨ ﻭﱺﺳﱺﺨﲄﺮﱺ ﻟﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﻔﱂﻠﱀﻚﱔ ﻟﲘﺘﱧﺠﱹﺮﲌﻯﱺ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺒﱧﺤﱹﺮﲌ ﺑﲐﺄﱁﻣﱦﺮﲌﻩﲘﲶﲨ ﻭﱺﺳﱺﺨﲄﺮﱺ ﻟﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﱦﻬﱺ﮳ﺮﱺ ﳁﳄﳅﳀ
  1. Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu; dan Ia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya).
ﻭﱺﺳﱺﺨﲄﺮﱺ ﻟﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﺸﱞﻤﱦﺲﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻘﱁﻤﱧﺮﱺ ﺩﱧﺁﴢﲐﺒﱧﻴﱦﻦﲌﲨ ﻭﱺﺳﱺﺨﲄﺮﱺ ﻟﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﱔ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﻬﱺﺎﺭﱺ ﳁﳅﳅﳀ
  1. Dan Ia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu, dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu.
ﻭﱺﺀﱧﺍﺗﱧﯩﳎﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﻣﱧﺎ ﺳﱺﺄﱁﻟﱀﺘﱨﻤﱨﻮﻩﱨﲬ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﺗﱧﻌﱨﺪﲅﻭﺍﲯ ﻧﲘﻌﱦﻤﱧﺖﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﵖﱔﵐ ﺗﱨﺤﱹﺼﱻﻮﻫﱺﺂﲩ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﵖﱓﵒﻧﺴﱺ﮳ﻦﱺ ﻟﱁﻈﱔﻠﱂﻮﻡﱬ ﻛﱔﻔﱋﺎﺭﱿ ﳁﳆﳅﳀ
  1. Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱨ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﭐﺟﱹﻌﱧﻞﱓ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﭐﻟﱀﺒﱧﻠﱁﺪﱺ ﺀﱧﺍﻣﲘﻨﱫﺎ ﻭﱺﭐﺟﱹﻨﱨﺒﱦﻨﲘﻰ ﻭﱺﺑﱧﻨﲘﻰﲄ ﺃﱁﻥ ﻧﱱﻌﱦﺒﱨﺪﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﺻﱹﻨﱧﺎﻡﱧ ﳁﳇﳅﳀ
  1. Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri Makkah ini negeri yang aman, dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala.
ﺭﱺﺏﲃﲌ ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻦﲄ ﺃﱁﺿﱹﻠﱁﻠﱀﻦﱺ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜﲨ ﻓﱁﻤﱧﻦ ﺗﱧﺒﲐﻌﱧﻨﲘﻰ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻣﲘﻨﱰﲘﻰﲨ ﻭﱺﻣﱧﻦﱹ ﻋﱺﺼﱺﺎﻧﲘﻰ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻚﱔ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱿ ﺭﲄﺣﲔﻴﻢﱬ ﳁﳈﳅﳀ
  1. Wahai Tuhanku, berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka ia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi ugamaku), maka sesungguhnya engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya ia insaf dan bertaubat).
ﺭﲄﺑﱱﻨﱧﺂ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰﳒ ﺃﱁﺳﱹﻜﱔﻨﺖﱻ ﻣﲘﻦ ﺫﱨﺭﲃﲌﻳﱱﺘﲘﻰ ﺑﲐﻮﱺﺍﺩﲙ ﻏﱔﻴﱦﺮﲌ ﺫﲘﻯ ﺯﱺﺭﱹﻉﲡ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﺑﱧﻴﱦﺘﲘﻚﱔ ﭐﻟﱀﻤﱨﺤﱺﺮﲄﻡﲌ ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺎ ﻟﲘﻴﱨﻘﲘﻴﻤﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﳎﺓﱧ ﻓﱁﭑﺟﱹﻌﱧﻞﱓ ﺃﱁﻓﱀ﮲ﲘﺪﱺﺓﱫ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﺗﱧﻬﱹﻮﲌﻯﳒ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﭐﺭﱹﺯﱻﻗﱀﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺜﱋﻤﱧﺮﱺ﮴ﺕﲔ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﺸﱓﻜﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳉﳅﳀ
  1. "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.
ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺂ ﺇﲐﻧﱱﻚﱔ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻣﱧﺎ ﻧﱨﺨﱹﻔﲘﻰ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻧﱨﻌﱦﻠﲘﻦﱻﲩ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱧﺨﱹﻔﱁﻰﳎ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﲘﻦ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﳁﳊﳅﳀ
  1. "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan; dan tiada sesuatupun di langit dan di bumi, yang tersembunyi kepada Allah!
ﭐﻟﱀﺤﱺﻤﱦﺪﱻ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻭﱺﻫﱺﺐﱺ ﻟﲘﻰ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻜﲔﺒﱧﺮﲌ ﺇﲐﺳﱹﻤﱧ﮳ﻌﲘﻴﻞﱔ ﻭﱺﺇﲐﺳﱹﺤﱺ﮳ﻖﱺﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰ ﻟﱁﺴﱺﻤﲘﻴﻊﱨ ﭐﻟﺪﲅﻋﱺﺂﺀﲘ ﳁﳋﳅﳀ
  1. "Segala puji tertentu bagi Allah Yang telah mengurniakan kepadaku semasa aku tua: Ismail dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mendengar dan Memperkenan doa permohonan.
ﺭﱺﺏﲃﲌ ﭐﺟﱹﻌﱧﻠﱀﻨﲘﻰ ﻣﱨﻘﲘﻴﻢﱧ ﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﳎﺓﲘ ﻭﱺﻣﲘﻦ ﺫﱨﺭﲃﲌﻳﱱﺘﲘﻰﲬ ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺎ ﻭﱺﺗﱧﻘﱁﺒﱱﻞﱓ ﺩﱨﻋﱺﺂﺀﲘ ﳁﳂﳆﳀ
  1. "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺎ ﭐﻏﱓﻔﲘﺮﱹ ﻟﲘﻰ ﻭﱺﻟﲘﻮﱺ﮴ﻟﲘﺪﱺﻯﲄ ﻭﱺﻟﲘﻠﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﻳﱧﻘﱂﻮﻡﱨ ﭐﻟﱀﺤﲔﺴﱺﺎﺏﱻ ﳁﳃﳆﳀ
  1. "Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺤﱹﺴﱺﺒﱧﻦﲄ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻏﱔ﮳ﻔﲘﵝﱃﵗ ﻋﱺﻤﱱﺎ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻞﱕ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧﲬ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﻳﱨﺆﱺﺧﲃﲔﺮﱻﻫﱻﻢﱦ ﻟﲘﻴﱧﻮﱹﻡﲎ ﺗﱧﺸﱓﺨﱺﺺﱻ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﭐﵖﱓﵑﱁﺑﱦﺼﱺ﮳ﺮﱻ ﳁﳄﳆﳀ
  1. Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).
ﻣﱨﻬﱹﻄﲔﻌﲘﻴﻦﱺ ﻣﱨﻘﱀﻨﲘﻌﲘﻰ ﺭﱻﺀﱨﻭﺳﲔﻬﲌﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺮﱹﺗﱧﺪﲅ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻃﱔﺮﱹﻓﱂﻬﱻﻢﱦﲨ ﻭﱺﺃﱁﻓﱀ﮲ﲘﺪﱺﺗﱨﻬﱻﻢﱦ ﻫﱺﻮﱺﺁﺀﱬ ﳁﳅﳆﳀ
  1. (Dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas).
ﻭﱺﺃﱁﻧﺬﲘﺭﲌ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱺ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻴﻬﲌﻢﱨ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﱻ ﻓﱁﻴﱧﻘﱂﻮﻝﱕ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻇﱔﻠﱁﻤﱨﻮﺍﲯ ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺂ ﺃﱁﺧﲃﲔﺮﱹﻧﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻰ﮵ ﺃﱁﺟﱺﻞﲎ ﻗﱁﺮﲌﻳﺐﲎ ﻧﱲﺠﲌﺐﱹ ﺩﱧﻋﱹﻮﱺﺗﱧﻚﱔ ﻭﱺﻧﱧﺘﱱﺒﲘﻊﲠ ﭐﻟﺮﲅﺳﱻﻞﱔﲩ ﺃﱁﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﻜﱕﻮﻧﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻗﱀﺴﱺﻤﱦﺘﱨﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕ ﻣﱧﺎ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺯﱺﻭﱺﺍﻝﲎ ﳁﳆﳆﳀ
  1. Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut ugama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu". Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?
ﻭﱺﺳﱺﻜﱔﻨﺘﱨﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﻣﱧﺴﱺ﮳ﻜﲔﻦﲌ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻇﱔﻠﱁﻤﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﺗﱧﺒﱧﻴﱱﻦﱺ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﻓﱁﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﺑﲐﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﺿﱺﺮﱺﺑﱦﻨﱧﺎ ﻟﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﻣﱦﺜﱁﺎﻝﱔ ﳁﳇﳆﳀ
  1. "Padahal kamu telah mendiami tempat-tempat tinggal orang-orang yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri, serta telah ternyata kepada kamu dengan bukti-buKti yang jelas bagaimana Kami telah mengubah keadaan mereka (dengan menimpakan mereka berbagai bencana), dan Kami pula telah nyatakan kepada kamu berbagai contoh perbandingan (di dalam Al-Quran dan melalui sabda Rasul)".
ﻭﱺﻗﱁﺪﱹ ﻣﱧﻜﱔﺮﱻﻭﺍﲯ ﻣﱧﻜﱓﺮﱺﻫﱻﻢﱦ ﻭﱺﻋﲔﻨﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﱧﻜﱓﺮﱻﻫﱻﻢﱦ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻣﱧﻜﱓﺮﱻﻫﱻﻢﱦ ﻟﲘﺘﱧﺰﱻﻭﻝﱔ ﻣﲘﻨﱦﻪﱨ ﭐﻟﱀﺠﲌﺒﱧﺎﻝﱕ ﳁﳈﳆﳀ
  1. Dan sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk menentang Islam), sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walau rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun.
ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﺤﱹﺴﱺﺒﱧﻦﲄ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻣﱨﺨﱹﻠﲘﻒﱺ ﻭﱺﻋﱹﺪﲘﻩﲘﲶ ﺭﱻﺳﱻﻠﱁﻪﱨﲵﳒﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻋﱺﺰﲌﻳﺰﱿ ﺫﱨﻭ ﭐﻧﺘﲘﻘﱁﺎﻡﲎ ﳁﳉﳆﳀ
  1. Oleh itu, janganlah engkau menyangka Allah memungkiri janjiNya kepada Rasul-rasulNya; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Sedia Membalas (orang-orang yang menderhaka kepadaNya).
ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﺗﱨﺒﱧﺪﲄﻝﱕ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱻ ﻏﱔﻴﱦﺮﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﱻﲨ ﻭﱺﺑﱧﺮﱺﺯﱻﻭﺍﲯ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﭐﻟﱀﻮﱺ﮴ﺣﲔﺪﲘ ﭐﻟﱀﻘﱁﻬﲄﺎﺭﲌ ﳁﳊﳆﳀ
  1. (Ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit; dan manusia semuanya keluar berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa.
ﻭﱺﺗﱧﺮﱺﻯ ﭐﻟﱀﻤﱨﺠﱹﺮﲌﻣﲘﻴﻦﱺ ﻳﱧﻮﱹﻣﱧﴣﲐﺬﲚ ﻣﱲﻘﱁﺮﲄﻧﲘﻴﻦﱺ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺻﱹﻔﱁﺎﺩﲘ ﳁﳋﳆﳀ
  1. Dan engkau akan melihat orang-orang yang berdosa pada ketika itu diberkas dengan belenggu.
ﺳﱺﺮﱺﺍﺑﲐﻴﻠﱂﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﻄﲔﺮﱺﺍﻥﲎ ﻭﱺﺗﱧﻐﱦﺸﱔﻰﳎ ﻭﱻﺟﱻﻮﻫﱺﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﱻ ﳁﳂﳇﳀ
  1. Pakaian mereka dari belangkin (minyak tar), dan muka (serta seluruh badan) mereka diliputi oleh jilatan api neraka.
ﻟﲘﻴﱧﺠﱹﺰﲌﻯﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻛﱕﻞﱞ ﻧﱧﻔﱀﺲﲞ ﻣﱱﺎ ﻛﱔﺴﱺﺒﱧﺖﱹﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺳﱺﺮﲌﻳﻊﱨ ﭐﻟﱀﺤﲔﺴﱺﺎﺏﲌ ﳁﳃﳇﳀ
  1. (Keluarnya manusia dari kubur masing-masing itu ialah) kerana Allah akan membalas tiap-tiap seorang apa yang ia telah usahakan; sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisabNya.
ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﺑﱧﻠﱁ﮳ﻎﱆ ﻟﱊﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﻭﱺﻟﲘﻴﱨﻨﺬﱔﺭﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻭﱺﻟﲘﻴﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﱱﻤﱧﺎ ﻫﱻﻮﱺ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱬ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﱿ ﻭﱺﻟﲘﻴﱧﺬﱞﻛﱞﺮﱺ ﺃﱂﻭﳖﻟﱂﻮﺍﲯ ﭐﵖﱓﵑﱁﻟﱀﺒﱧ﮳ﺐﲌ ﳁﳄﳇﳀ
  1. (Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat dengannya; dan supaya mereka mengetahui (dengan hujjah-hujjah yang tersebut di dalamnya) bahawa sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa; dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf.