Juz 17 : Al-Anbiyaa 1 hingga Al-Hajj 78

Bacaan Penuh Juz 17 : Al-Anbiyaa 1 hingga Al-Hajj 78
ﭐﻗﱀﺘﱧﺮﱺﺏﱺ ﻟﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﺣﲔﺴﱺﺎﺑﱨﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﻏﱔﻔﱀﻠﱁﺔﲚ ﻣﱲﻌﱦﺮﲌﺿﱻﻮﻥﱧ ﳁﳃﳀ
  1. Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.
ﻣﱧﺎ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻴﻬﲌﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺫﲘﻛﱓﺮﲎ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻬﲌﻢ ﻣﱲﺤﱹﺪﱺﺙﲕ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﺳﱹﺘﱧﻤﱧﻌﱨﻮﻩﱨ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﻠﱀﻌﱧﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳀ
  1. Tidak datang kepada mereka itu sebarang peringatan yang diturunkan dari Tuhan mereka lepas satu: satu, melainkan mereka memasang telinga mendengarnya sambil mereka mempermain-mainkannya -
ﵖﱔﵐﻫﲔﻴﱧﺔﱅ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﱨﻬﱻﻢﱦﲩ ﻭﱺﺃﱁﺳﱺﺮﲅﻭﺍﲯ ﭐﻟﻨﱱﺠﱹﻮﱺﻯ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻇﱔﻠﱁﻤﱨﻮﺍﲯ ﻫﱺﻞﱓ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺁ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺑﱧﺸﱔﺮﱿ ﻣﱰﲘﺜﱀﻠﱂﻜﱕﻢﱦﲨ ﺃﱁﻓﱁﺘﱧﺄﱀﺗﱨﻮﻥﱧ ﭐﻟﺴﲃﲔﺤﱹﺮﱺ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺗﱨﺒﱦﺼﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳀ
  1. Dengan keadaan hati mereka leka daripada memahami dan mengamalkan maksudnya. Dan orang-orang yang zalim itu, berbisik-bisik sesama sendiri dengan berkata: "Bukankah (Muhammad) ini hanyalah seorang manusia biasa seperti kamu? Maka patutkah kamu turut hadir mendengar sihir yang dibawanya itu sedang kamu nampak dan mengetahui karutnya?"
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻝﱔ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲨ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﲘﻴﻊﱨ ﭐﻟﱀﻌﱧﻠﲘﻴﻢﱨ ﳁﳆﳀ
  1. (Bagi menjawab mereka, Nabi Muhammad) berkata: "Tuhanku mengetahui tiap-tiap perkataan (yang dilahirkan atau disembunyikan oleh makhluk-makhluk) di langit dan di bumi; dan Dia lah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui".
ﺑﱧﻞﱓ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﺿﱹﻐﱧ﮳ﺚﱻ ﺃﱁﺣﱹﻠﱁ﮳ﻢﲏ ﺑﱧﻞﲌ ﭐﻓﱀﺘﱧﺮﱺﯨﻪﱨ ﺑﱧﻞﱓ ﻫﱻﻮﱺ ﺷﱔﺎﻋﲔﺮﱿ ﻓﱁﻠﱀﻴﱧﺄﱀﺗﲘﻨﱧﺎ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧﺔﲚ ﻛﱔﻤﱧﺂ ﺃﱂﺭﱹﺳﲔﻞﱔ ﭐﵖﱓﵑﱁﻭﲄﻟﱂﻮﻥﱧ ﳁﳇﳀ
  1. (Mereka bukan sahaja menyifatkan Al-Quran itu sihir) bahkan mereka menuduh dengan berkata: "Al-Quran itu perkara karut yang dimimpikan oleh Muhammad, bahkan perkara yang diada-adakan olehnya, bahkan Muhammad sendiri seorang penyair. (Kalaulah ia sebenarnya seorang Rasul) maka hendaklah ia membawa kepada kita satu mukjizat sebagaimana mukjizat-mukjizat yang dibawa oleh Rasul-rasul yang telah diutus dahulu".
ﻣﱧﺂ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱧﺖﱹ ﻗﱁﺒﱦﻠﱁﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﺮﱹﻳﱧﺔﲙ ﺃﱁﻫﱹﻠﱁﻜﱓﻨﱧ﮳ﻬﱺﺂﲨ ﺃﱁﻓﱁﻬﱻﻢﱦ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳀ
  1. Tidak ada penduduk sesebuah negeri pun yang Kami binasakan sebelum mereka, yang telah beriman kepada mukjizat yang diberi kepadanya; maka benarkah mereka yang meminta mukjizat itu mahu beriman?
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧﺎ ﻗﱁﺒﱦﻠﱁﻚﱔ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺭﲌﺟﱺﺎﵖﱘﵐ ﻧﱲﻮﺣﲔﻰﳒ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦﲨ ﻓﱁﺴﱹ﮲ﱧﻠﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻫﱹﻞﱔ ﭐﻟﺬﱝﲘﻛﱓﺮﲌ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳉﳀ
  1. Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﺟﱺﺴﱺﺪﱾﺍ ﵖﱞﵐ ﻳﱧﺄﱀﻛﱕﻠﱂﻮﻥﱧ ﭐﻟﻄﱞﻌﱧﺎﻡﱧ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳊﳀ
  1. Dan Kami tidak menjadikan Rasul-rasul itu bertubuh badan yang tidak makan minum, dan mereka pula tidak akan kekal hidup selama-lamanya (di dunia).
ﺛﱂﻢﱱ ﺻﱺﺪﱺﻗﱀﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻮﱺﻋﱹﺪﱺ ﻓﱁﺄﱁﻧﺠﱺﻴﱦﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻧﱱﺸﱔﺂﺀﱨ ﻭﱺﺃﱁﻫﱹﻠﱁﻜﱓﻨﱧﺎ ﭐﻟﱀﻤﱨﺴﱹﺮﲌﻓﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳀ
  1. Kemudian Kami tepati janji Kami kepada mereka, lalu Kami selamatkan mereka dan sesiapa yang Kami kehendaki, dan (sebaliknya) Kami binasakan orang-orang yang melampaui batas.
ﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺃﱁﻧﺰﱺﻟﱀﻨﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻛﲔﺘﱧ﮳ﺒﱫﺎ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﺫﲘﻛﱓﺮﱻﻛﱕﻢﱦﲨ ﺃﱁﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﻌﱦﻘﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳂﳃﳀ
  1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu sebuah Kitab (Al-Quran) yang mengandungi perkara yang menimbulkan sebutan baik dan kelebihan untuk kamu, maka mengapa kamu tidak memahaminya (dan bersyukur akan nikmat yang besar itu)?
ﻭﱺﻛﱔﻢﱦ ﻗﱁﺼﱺﻤﱦﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺮﱹﻳﱧﺔﲚ ﻛﱔﺎﻧﱧﺖﱹ ﻇﱔﺎﻟﲘﻤﱧﺔﱅ ﻭﱺﺃﱁﻧﺸﱔﺄﱀﻧﱧﺎ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺﻫﱺﺎ ﻗﱁﻮﱹﻣﱩﺎ ﺀﱧﺍﺧﱺﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳃﳃﳀ
  1. Dan berapa banyak Kami telah pecah-belahkan dan binasakan penduduk negeri yang melakukan kezaliman, dan Kami telah menjadikan sesudah mereka, kaum yang lain sebagai gantinya.
ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺂ ﺃﱁﺣﱺﺴﲅﻮﺍﲯ ﺑﱧﺄﱀﺳﱺﻨﱧﺂ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﻫﱻﻢ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﻳﱧﺮﱹﻛﱕﻀﱻﻮﻥﱧ ﳁﳄﳃﳀ
  1. Maka ketika mereka merasai (kedatangan) azab Kami, mereka dengan serta-merta lari keluar dari negeri itu.
ﵖﱔﵐ ﺗﱧﺮﱹﻛﱕﻀﱻﻮﺍﲯ ﻭﱺﭐﺭﱹﺟﲌﻌﱨﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻣﱧﺂ ﺃﱂﺗﱦﺮﲌﻓﱀﺘﱨﻢﱦ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻭﱺﻣﱧﺴﱺ﮳ﻜﲔﻨﲘﻜﱕﻢﱦ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱨﺴﱹ﮲ﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳅﳃﳀ
  1. (Lalu dikatakan kepada mereka): "Janganlah kamu lari, dan sebaliknya kembalilah kepada kemewahan hidup yang telah diberikan kepada kamu, dan ke tempat-tempat tinggal kamu, supaya kamu dapat ditanya mengenai apa yang berlaku".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻳﱧ﮳ﻮﱺﻳﱦﻠﱁﻨﱧﺂ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻇﱔ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳃﳀ
  1. (Akhirnya) mereka berkata: "Aduhai celakanya kami! Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berlaku zalim!"
ﻓﱁﻤﱧﺎ ﺯﱺﺍﻟﱁﺖ ﺗﱰﲘﻠﱀﻚﱔ ﺩﱧﻋﱹﻮﱺﯨﻬﱻﻢﱦ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﺣﱺﺼﲔﻴﺪﱼﺍ ﺧﱺ﮳ﻤﲘﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳇﳃﳀ
  1. Maka demikianlah seterusnya jeritan dan keluhan mereka, sehingga Kami jadikan mereka hancur lebur dan sunyi-sepi.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺧﱺﻠﱁﻘﱀﻨﱧﺎ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﱧ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻤﱧﺎ ﻟﱁ﮳ﻌﲘﺒﲐﻴﻦﱺ ﳁﳈﳃﳀ
  1. Dan (ingatlah) tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antaranya, secara main-main.
ﻟﱁﻮﱹ ﺃﱁﺭﱺﺩﱦﻧﱧﺂ ﺃﱁﻥ ﻧﱱﺘﱱﺨﲔﺬﱔ ﻟﱁﻬﱹﻮﱾﺍ ﵖﱞﵔﺗﱱﺨﱺﺬﱓﻧﱧ﮳ﻪﱨ ﻣﲘﻦ ﻟﱋﺪﱻﻧﱱﺂ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻓﱁ﮳ﻌﲘﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳃﳀ
  1. Sekiranya Kami hendak mengambil sesuatu untuk hiburan, tentulah Kami akan mengambilnya dari sisi Kami; Kami tidak melakukannya.
ﺑﱧﻞﱓ ﻧﱧﻘﱀﺬﲘﻑﱻ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﺒﱧ﮳ﻄﲔﻞﲌ ﻓﱁﻴﱧﺪﱹﻣﱧﻐﱨﻪﱨﲵ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﻫﱻﻮﱺ ﺯﱺﺍﻫﲔﻖﱿﲬ ﻭﱺﻟﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﻮﱺﻳﱦﻞﱕ ﻣﲘﻤﱱﺎ ﺗﱧﺼﲔﻔﱂﻮﻥﱧ ﳁﳊﳃﳀ
  1. Bahkan Kami sentiasa mengarahkan yang benar menentang yang salah, lalu ia menghancurkannya, maka dengan serta-merta hilang lenyaplah dia. Dan (tetaplah) kecelakaan akan menimpa kamu disebabkan apa yang kamu sifatkan (terhadap Kami).
ﻭﱺﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﱧﻦ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦﱹ ﻋﲔﻨﺪﱺﻩﱨﲵ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻜﱓﺒﲐﺮﱻﻭﻥﱧ ﻋﱺﻦﱹ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﱧﺗﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﺤﱹﺴﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳋﳃﳀ
  1. Dan (ingatlah) segala yang ada di langit dan di bumi adalah milik kepunyaan Allah jua; dan malaikat-malaikat yang ada di sisiNya tidak membesarkan diri dan tidak enggan daripada beribadat kepadaNya, dan tidak pula mereka merasa penat dan letih.
ﻳﱨﺴﱺﺒﱰﲐﺤﱻﻮﻥﱧ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﱔ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﻬﱺﺎﺭﱺ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻔﱀﺘﱨﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳄﳀ
  1. Mereka beribadat malam dan siang, dengan tidak berhenti-henti.
ﺃﱁﻡﲌ ﭐﺗﱱﺨﱺﺬﱕﻭﳒﺍﲯ ﺀﱧﺍﻟﲘﻬﱺﺔﱅ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱨﻨﺸﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳃﳄﳀ
  1. Adakah benda-benda dari bumi yang mereka jadikan tuhan-tuhan itu, dapat menghidupkan semula sesuatu yang mati?
ﻟﱁﻮﱹ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻓﲘﻴﻬﲌﻤﱧﺂ ﺀﱧﺍﻟﲘﻬﱺﺔﱄ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﱁﻔﱁﺴﱺﺪﱺﺗﱧﺎﲬ ﻓﱁﺴﱻﺒﱦﺤﱺ﮳ﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧﺮﱹﺵﲜ ﻋﱺﻤﱱﺎ ﻳﱧﺼﲔﻔﱂﻮﻥﱧ ﳁﳄﳄﳀ
  1. Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan.
ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺴﱹ﮲ﱧﻞﱕ ﻋﱺﻤﱱﺎ ﻳﱧﻔﱀﻌﱧﻞﱕ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻳﱨﺴﱹ﮲ﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳅﳄﳀ
  1. Ia tidak boleh ditanya tentang apa yang Ia lakukan, sedang merekalah yang akan ditanya kelak.
ﺃﱁﻡﲌ ﭐﺗﱱﺨﱺﺬﱕﻭﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻧﲘﻪﲘﲶﳒ ﺀﱧﺍﻟﲘﻬﱺﺔﱅﲨ ﻗﱂﻞﱓ ﻫﱺﺎﺗﱨﻮﺍﲯ ﺑﱨﺮﱹﻫﱺ﮳ﻨﱧﻜﱕﻢﱦﲨ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﺫﲘﻛﱓﺮﱻ ﻣﱧﻦ ﻣﱱﻌﲘﻰﱺ ﻭﱺﺫﲘﻛﱓﺮﱻ ﻣﱧﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻰﲬ ﺑﱧﻞﱓ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱻﻫﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲄﲨ ﻓﱁﻬﱻﻢ ﻣﱲﻌﱦﺮﲌﺿﱻﻮﻥﱧ ﳁﳆﳄﳀ
  1. Patutkah mereka menyembah tuhan-tuhan yang lain dari Allah? Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah keterangan dan bukti kamu; kandungan Al-Quran ini menjadi peringatan dan bukti tauhid umatku, juga peringatan dan bukti tauhid umat-umat yang dahulu daripadaku". (Kaum musyrik tidak mempunyai sebarang keterangan) bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui mana yang benar dan mana yang salah, dengan sebab itulah maka mereka berpaling ingkar.
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻚﱔ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﺳﱻﻮﻝﲍ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻧﱨﻮﺣﲔﻰﳒ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﺃﱁﻧﱱﻪﱨﲵ ﵖﱔﵓ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱧ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻧﱧﺎﲰ ﻓﱁﭑﻋﱹﺒﱨﺪﱻﻭﻥﲌ ﳁﳇﳄﳀ
  1. Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu".
ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﭐﺗﱱﺨﱺﺬﱔ ﭐﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﱻ ﻭﱺﻟﱁﺪﱾﺍﲩ ﺳﱻﺒﱦﺤﱺ﮳ﻨﱧﻪﱨﲵﲬ ﺑﱧﻞﱓ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﱬ ﻣﱲﻜﱓﺮﱺﻣﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳄﳀ
  1. Dan mereka (yang musyrik) berkata: "(Allah) Ar-Rahman mempunyai anak". Maha Sucilah Ia. Bahkan (mereka yang dikatakan menjadi anak Allah itu) ialah hamba-hambaNya yang dimuliakan.
ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹﺒﲐﻘﱂﻮﻧﱧﻪﱨﲵ ﺑﲐﭑﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻝﲌ ﻭﱺﻫﱻﻢ ﺑﲐﺄﱁﻣﱦﺮﲌﻩﲘﲶ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳉﳄﳀ
  1. Mereka tidak mendahuluiNya dengan perkataan dan mereka pula mengerjakan apa yang diperintahkanNya.
ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻣﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻳﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺧﱺﻠﱀﻔﱁﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺸﱓﻔﱁﻌﱨﻮﻥﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻟﲘﻤﱧﻦﲌ ﭐﺭﱹﺗﱧﻀﱺﻰﳎ ﻭﱺﻫﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺧﱺﺸﱓﻴﱧﺘﲘﻪﲘﲶ ﻣﱨﺸﱓﻔﲘﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳊﳄﳀ
  1. Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka (yang telah mereka lakukan), dan apa yang di belakang mereka (yang akan mereka lakukan); dan mereka tidak memohon syafaat melainkan bagi sesiapa yang diredhai Allah; dan mereka pula sentiasa cemas takut daripada ditimpa azabNya.
ﲿ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﻘﱂﻞﱓ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰﳒ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱬ ﻣﱰﲘﻦ ﺩﱨﻭﻧﲘﻪﲘﲶ ﻓﱁﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻧﱧﺠﱹﺰﲌﻳﻪﲘ ﺟﱺﻬﱺﻨﱱﻢﱧﲬ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻧﱧﺠﱹﺰﲌﻯ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳄﳀ
  1. Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.
ﺃﱁﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﺮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﻛﱔﺎﻧﱧﺘﱧﺎ ﺭﱺﺗﱦﻘﱅﺎ ﻓﱁﻔﱁﺘﱧﻘﱀﻨﱧ﮳ﻬﱻﻤﱧﺎﲨ ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﺂﺀﲘ ﻛﱕﻞﱞ ﺷﱔﻰﱹﺀﲙ ﺣﱺﻰﲃﲥﲬ ﺃﱁﻓﱁﵝﱁﵗ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳂﳅﳀ
  1. Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?
ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺭﱺﻭﱺ﮴ﺳﲔﻰﱺ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﻤﲘﻴﺪﱺ ﺑﲐﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻓﲘﺠﱺﺎﺟﱾﺎ ﺳﱻﺒﱨﵝﱅﵗ ﻟﱋﻌﱧﻠﱋﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﻬﱹﺘﱧﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳃﳅﳀ
  1. Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani.
ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﱧ ﺳﱺﻘﱀﻔﱅﺎ ﻣﱱﺤﱹﻔﱂﻮﻇﱘﺎﲨ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻋﱺﻦﱹ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻬﱺﺎ ﻣﱨﻌﱦﺮﲌﺿﱻﻮﻥﱧ ﳁﳄﳅﳀ
  1. Dan Kami telah menjadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal, sedang mereka (yang kafir itu) berpaling tidak memerhatikan tanda-tanda (kekuasaan Kami) yang ada padanya.
ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺧﱺﻠﱁﻖﱺ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﱔ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﻬﱺﺎﺭﱺ ﻭﱺﭐﻟﺸﱞﻤﱦﺲﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻘﱁﻤﱧﺮﱺﲨ ﻛﱕﻞﱣ ﻓﲘﻰ ﻓﱁﻠﱁﻚﲖ ﻳﱧﺴﱹﺒﱧﺤﱻﻮﻥﱧ ﳁﳅﳅﳀ
  1. Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﻟﲘﺒﱧﺸﱔﺮﲎ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻚﱔ ﭐﻟﱀﺨﱻﻠﱀﺪﱺﲨ ﺃﱁﻓﱁﺈﲐﻳﳗﻦ ﻣﱰﲘﺖﲄ ﻓﱁﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﺨﱺ﮳ﻠﲘﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳆﳅﳀ
  1. Dan Kami tidak menjadikan seseorang manusia sebelummu dapat hidup kekal (di dunia ini). Maka kalau engkau meninggal dunia (wahai Muhammad), adakah mereka akan hidup selama-lamanya?
ﻛﱕﻞﱟ ﻧﱧﻔﱀﺲﲞ ﺫﱧﺁﴢﲐﻘﱁﺔﱂ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺕﲔﲩ ﻭﱺﻧﱧﺒﱦﻠﱂﻮﻛﱕﻢ ﺑﲐﭑﻟﺸﱞﺮﲃﲌ ﻭﱺﭐﻟﱀﺨﱺﻴﱦﺮﲌ ﻓﲘﺘﱦﻨﱧﺔﱅﲨ ﻭﱺﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﺗﱨﺮﱹﺟﱺﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳇﳅﳀ
  1. Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﺭﱺﺀﱧﺍﻙﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺇﲐﻥ ﻳﱧﺘﱱﺨﲔﺬﱕﻭﻧﱧﻚﱔ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻫﱻﺰﱻﻭﱼﺍ ﺃﱁﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱧﺬﱓﻛﱕﺮﱻ ﺀﱧﺍﻟﲘﻬﱺﺘﱧﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻫﱻﻢ ﺑﲐﺬﲘﻛﱓﺮﲌ ﭐﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﲌ ﻫﱻﻢﱦ ﻛﱔ﮳ﻔﲘﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳈﳅﳀ
  1. Dan apabila orang-orang kafir itu melihatmu, mereka hanyalah menjadikan perkara yang engkau sampaikan itu sebagai ejek-ejekan sahaja, sambil berkata sesama sendiri: "Inikah dia orangnya yang mencaci tuhan-tuhan kamu?" (Mereka berkata demikian) sedang mereka sendiri kufur ingkar kepada Al-Quran yang mengandungi peringatan Allah yang melimpah-limpah rahmatNya.
ﺧﱻﻠﲘﻖﱺ ﭐﵖﱓﵒﻧﺴﱺ﮳ﻦﱻ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﱺﺠﱺﻞﲎﲬ ﺳﱺﺄﱂﻭﳖﺭﲌﻳﻜﱕﻢﱦ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻰ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﺴﱹﺘﱧﻌﱦﺠﲌﻠﱂﻮﻥﲌ ﳁﳉﳅﳀ
  1. Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru dalam segala halya; Aku (Allah) akan perlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanKu; maka janganlah kamu meminta disegerakan (kedatangannya).
ﻭﱺﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﻣﱧﺘﱧﻰﳎ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﭐﻟﱀﻮﱺﻋﱹﺪﱻ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺻﱺ﮳ﺪﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳅﳀ
  1. Dan (kerana tabiat terburu-burunya) mereka berkata: "Bilakah berlakunya janji azab itu, jika betul kamu orang-orang yang berkata benar?".
ﻟﱁﻮﱹ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﺣﲔﻴﻦﱺ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻜﱕﻔﱌﻮﻥﱧ ﻋﱺﻦ ﻭﱻﺟﱻﻮﻫﲔﻬﲌﻢﱨ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﱺ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻋﱺﻦ ﻇﱕﻬﱻﻮﺭﲌﻫﲔﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱨﻨﺼﱺﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳋﳅﳀ
  1. Kalaulah orang-orang kafir itu mengetahui apa yang akan menimpa mereka ketika mereka tidak dapat menahan atau mengelakkan api neraka dari muka dan belakang mereka, dan mereka pula tidak diberi pertolongan, (tentulah mereka segera beriman, dan tidak berkata demikian).
ﺑﱧﻞﱓ ﺗﱧﺄﱀﺗﲘﻴﻬﲌﻢ ﺑﱧﻐﱦﺘﱧﺔﱅ ﻓﱁﺘﱧﺒﱦﻬﱺﺘﱨﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻄﲔﻴﻌﱨﻮﻥﱧ ﺭﱺﺩﱱﻫﱺﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱨﻨﻈﱔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳆﳀ
  1. (Mereka tidak diberitahu akan masa itu) bahkan (yang dijanjikan) itu akan datang kepada mereka secara mengejut, serta terus membingungkan mereka; maka mereka tidak akan terdaya menolaknya, dan tidak akan diberi tempoh bertaubat.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﲘ ﭐﺳﱹﺘﱨﻬﱹﺰﲌﺉﱺ ﺑﲐﺮﱻﺳﱻﻞﲎ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻚﱔ ﻓﱁﺤﱺﺎﻕﱺ ﺑﲐﭑﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺳﱺﺨﲔﺮﱻﻭﺍﲯ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢ ﻣﱱﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻬﱹﺰﲌﺀﱨﻭﻥﱧ ﳁﳃﳆﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya, telah diperolok-olokkan beberapa Rasul sebelummu, lalu orang-orang yang mengejek-ejek di antara mereka, ditimpakan balasan azab bagi apa yang mereka telah perolok-olokkan itu.
ﻗﱂﻞﱓ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﻜﱓﻠﱁﺆﱻﻛﱕﻢ ﺑﲐﭑﻟﱋﻴﱦﻞﲌ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﻬﱺﺎﺭﲌ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﲌﲬ ﺑﱧﻞﱓ ﻫﱻﻢﱦ ﻋﱺﻦ ﺫﲘﻛﱓﺮﲌ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢ ﻣﱲﻌﱦﺮﲌﺿﱻﻮﻥﱧ ﳁﳄﳆﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang dapat menjaga keselamatan kamu pada malam dan siang daripada azab Tuhan yang bersifat Maha Pemurah?" (Mereka tidak memikirkan yang demikian) bahkan mereka tetap berpaling ingkar dari pengajaran Tuhan mereka.
ﺃﱁﻡﱦ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺀﱧﺍﻟﲘﻬﱺﺔﱆ ﺗﱧﻤﱦﻨﱧﻌﱨﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺩﱨﻭﻧﲘﻨﱧﺎﲬ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻄﲔﻴﻌﱨﻮﻥﱧ ﻧﱧﺼﱹﺮﱺ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻫﱻﻢ ﻣﱰﲘﻨﱱﺎ ﻳﱨﺼﱹﺤﱺﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳅﳆﳀ
  1. Tidak ada bagi mereka tuhan-tuhan yang dapat melindungi mereka dari azab Kami. Mereka yang dipertuhankan itu tidak dapat menolong dirinya sendiri, dan tidak pula mereka dibantu dengan pertolongan dari pihak Kami.
ﺑﱧﻞﱓ ﻣﱧﺘﱱﻌﱦﻨﱧﺎ ﻫﱺﳌﺆﱻﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﻭﱺﺀﱧﺍﺑﱧﺂﺀﱧﻫﱻﻢﱦ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﻃﱔﺎﻝﱔ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱨ ﭐﻟﱀﻌﱨﻤﱨﺮﱻﲩ ﺃﱁﻓﱁﵝﱁﵗ ﻳﱧﺮﱺﻭﱹﻥﱧ ﺃﱁﻧﱱﺎ ﻧﱧﺄﱀﺗﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﻧﱧﻨﻘﱂﺼﱻﻬﱺﺎ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﻃﱓﺮﱺﺍﻓﲘﻬﱺﺂﲬ ﺃﱁﻓﱁﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻐﱧ﮳ﻠﲘﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳆﳀ
  1. (Bukan benda-benda yang dipertuhankan itu yang memberi kesenangan kepada mereka) bahkan Kami biarkan mereka dan datuk-nenek mereka menikmati (kesenangan hidup) hingga berlanjutanlah umur mereka (dalam keadaan yang menyebabkan berlaku perkara yang tidak diingini mereka). Maka tidakkah mereka melihat bahawa kami datangi daerah bumi yang mereka kuasai dengan menguranginya sedikit demi sedikit dari sempadan-sempadannya? Jika demikian halnya, maka adakah mereka yang akan menang?
ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺂ ﺃﱂﻧﺬﲘﺭﱻﻛﱕﻢ ﺑﲐﭑﻟﱀﻮﱺﺣﱹﻰﲤﲬ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹﻤﱧﻊﱨ ﭐﻟﺼﲅﻢﱲ ﭐﻟﺪﲅﻋﱺﺂﺀﱧ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﻣﱧﺎ ﻳﱨﻨﺬﱔﺭﱻﻭﻥﱧ ﳁﳇﳆﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah memberi amaran kepada kamu dengan wahyu (Al-Quran yang diturunkan Allah kepadaku); dan sudah tentu orang-orang yang pekak tidak dapat mendengar seruan apabila mereka diberi amaran, (maka janganlah kamu menjadi pekak kerana azab Tuhan amatlah berat).
ﻭﱺﻟﱁﴣﲐﻦ ﻣﱱﺴﲄﺘﱦﻬﱻﻢﱦ ﻧﱧﻔﱀﺤﱺﺔﱆ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﲌ ﺭﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﻟﱁﻴﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻦﲄ ﻳﱧ﮳ﻮﱺﻳﱦﻠﱁﻨﱧﺂ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻇﱔ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳆﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya, jika mereka disentuh oleh sedikit sahaja dari azab Tuhanmu, sudah tentu mereka akan berkata: "Aduhai celakanya kami! Sebenarnya kami adalah orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri)!"
ﻭﱺﻧﱧﻀﱺﻊﱨ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱺ﮴ﺯﲌﻳﻦﱺ ﭐﻟﱀﻘﲘﺴﱹﻂﱔ ﻟﲘﻴﱧﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱨﻈﱓﻠﱁﻢﱨ ﻧﱧﻔﱀﺲﱿ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱫﺎﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻣﲘﺜﱀﻘﱁﺎﻝﱔ ﺣﱺﺒﱱﺔﲚ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺧﱺﺮﱹﺩﱧﻝﲍ ﺃﱁﺗﱧﻴﱦﻨﱧﺎ ﺑﲐﻬﱺﺎﲩ ﻭﱺﻛﱔﻔﱁﻰﳎ ﺑﲐﻨﱧﺎ ﺣﱺ﮳ﺴﲔﺒﲐﻴﻦﱺ ﳁﳉﳆﳀ
  1. Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun; dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung); dan cukuplah Kami sebagai Penghitung.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧﺎ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﻭﱺﻫﱺ﮳ﺮﱻﻭﻥﱧ ﭐﻟﱀﻔﱂﺮﱹﻗﱁﺎﻥﱧ ﻭﱺﺿﲔﻴﱧﺂﺀﱫ ﻭﱺﺫﲘﻛﱓﺮﱾﺍ ﻟﱊﲘﻠﱀﻤﱨﺘﱱﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳆﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi Musa dan Nabi Harun Kitab (Taurat) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan yang menjadi cahaya yang menerangi, serta yang mengandungi pengajaran, bagi orang-orang yang mahu bertaqwa.
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺨﱹﺸﱔﻮﱹﻥﱧ ﺭﱺﺑﱱﻬﱻﻢ ﺑﲐﭑﻟﱀﻐﱧﻴﱦﺐﲌ ﻭﱺﻫﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺴﲄﺎﻋﱺﺔﲘ ﻣﱨﺸﱓﻔﲘﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳆﳀ
  1. Iaitu mereka yang takut (melanggar hukum-hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang, dan mereka pula gerun cemas akan (peristiwa-peristiwa yang mengerikan pada) hari kiamat.
ﻭﱺﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﺫﲘﻛﱓﺮﱿ ﻣﱲﺒﱧﺎﺭﱺﻙﱗ ﺃﱁﻧﺰﱺﻟﱀﻨﱧ﮳ﻪﱨﲬ ﺃﱁﻓﱁﺄﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﱨﻨﻜﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳇﳀ
  1. Dan Al-Quran ini juga pengajaran yang berkat, yang Kami turunkan (kepada Nabi Muhammad); dengan keadaan yang demikian maka patutkah kamu mengingkarinya?
ﲿ ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧﺂ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱧ ﺭﱻﺷﱓﺪﱺﻩﱨﲵ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕ ﻭﱺﻛﱕﻨﱱﺎ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻋﱺ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳇﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi Ibrahim sebelum itu jalan yang benar dalam bertauhid, dan Kami adalah mengetahui akan halnya.
ﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﵖﲔﵑﱁﺑﲐﻴﻪﲘ ﻭﱺﻗﱁﻮﱹﻣﲘﻪﲘﲶ ﻣﱧﺎ ﻫﱺ﮳ﺬﲘﻩﲘ ﭐﻟﺘﱱﻤﱧﺎﺛﲘﻴﻞﱕ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰﳒ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﻟﱁﻬﱺﺎ ﻋﱺ﮳ﻜﲔﻔﱂﻮﻥﱧ ﳁﳄﳇﳀ
  1. Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Apakah hakikatnya patung-patung ini yang kamu bersungguh-sungguh memujanya?"
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﺟﱺﺪﱹﻧﱧﺂ ﺀﱧﺍﺑﱧﺂﺀﱧﻧﱧﺎ ﻟﱁﻬﱺﺎ ﻋﱺ﮳ﺒﲐﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳅﳇﳀ
  1. Mereka menjawab: "Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﻭﱺﺀﱧﺍﺑﱧﺂﺅﱻﻛﱕﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﺿﱺﻠﱁ﮳ﻞﲎ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﲎ ﳁﳆﳇﳀ
  1. Ia berkata: "Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﺟﲌﺌﱦﺘﱧﻨﱧﺎ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﺃﱁﻡﱦ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻠﱋ﮳ﻌﲘﺒﲐﻴﻦﱺ ﳁﳇﳇﳀ
  1. Mereka bertanya: "Adakah engkau membawa kepada kami sesuatu yang benar (sebagai seorang Rasul), atau engkau dari orang-orang yang bermain-main sahaja?"
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺑﱧﻞ ﺭﲄﺑﱲﻜﱕﻢﱦ ﺭﱺﺏﲅ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻓﱁﻄﱔﺮﱺﻫﱻﻦﲄ ﻭﱺﺃﱁﻧﱧﺎﲰ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺸﱞ﮳ﻬﲌﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳈﳇﳀ
  1. Ia menjawab: "(Bukan bermain-main) bahkan (untuk menegaskan bahawa) Tuhan kamu ialah Tuhan yang mentadbirkan langit dan bumi, Dia lah yang menciptanya; dan aku adalah dari orang-orang yang boleh memberi keterangan mengesahkan yang demikian itu.
ﻭﱺﺗﱧﭑﴦﴥﴤﲘ ﵖﱔﵑﱁﻛﲔﻴﺪﱺﻥﱱ ﺃﱁﺻﱹﻨﱧ﮳ﻤﱧﻜﱕﻢ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﺃﱁﻥ ﺗﱨﻮﱺﻟﱌﻮﺍﲯ ﻣﱨﺪﱹﺑﲐﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳉﳇﳀ
  1. "Dan demi Allah, aku akan jalankan rancangan terhadap berhala-berhala kamu, sesudah kamu pergi meninggalkan (rumah berhala ini)".
ﻓﱁﺠﱺﻌﱧﻠﱁﻬﱻﻢﱦ ﺟﱻﺬﱔ﮴ﺫﱩﺍ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻛﱔﺒﲐﻴﺮﱾﺍ ﻟﱋﻬﱻﻢﱦ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻬﱻﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﻳﱧﺮﱹﺟﲌﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳊﳇﳀ
  1. Lalu ia memecahkan semuanya berketul-ketul, kecuali sebuah berhala mereka yang besar (dibiarkannya), supaya mereka kembali kepadanya.
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻣﱧﻦ ﻓﱁﻌﱧﻞﱔ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻟﲘﻬﱺﺘﲘﻨﱧﺂ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻟﱁﻤﲘﻦﱺ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳇﳀ
  1. (Setelah melihat kejadian itu) mereka bertanya: "Siapakah yang melakukan perbuatan yang demikian terhadap tuhan-tuhan kami? Sesungguhnya adalah ia dari orang-orang yang zalim".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺳﱺﻤﲘﻌﱦﻨﱧﺎ ﻓﱁﺘﱫﻰ ﻳﱧﺬﱓﻛﱕﺮﱻﻫﱻﻢﱦ ﻳﱨﻘﱁﺎﻝﱕ ﻟﱁﻪﱨﲵﳒ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱨ ﳁﳂﳈﳀ
  1. (Setengah dari) mereka berkata: "Kami ada mendengar seorang anak muda bernama Ibrahim, mencacinya".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻓﱁﺄﱀﺗﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺃﱁﻋﱹﻴﱨﻦﲌ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﺸﱓﻬﱺﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳃﳈﳀ
  1. (Ketua-ketua) mereka berkata: "Jika demikian, bawalah dia di hadapan orang ramai supaya mereka menyaksikan (tindakan mengenainya).
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺀﱧﺃﱁﻧﺖﱺ ﻓﱁﻌﱧﻠﱀﺖﱺ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻟﲘﻬﱺﺘﲘﻨﱧﺎ ﻳﱧﳌﺈﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱨ ﳁﳄﳈﳀ
  1. (Setelah ia dibawa ke situ) mereka bertanya: "Engkaukah yang melakukan demikian kepada tuhan-tuhan kami, hai Ibrahim?"
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺑﱧﻞﱓ ﻓﱁﻌﱧﻠﱁﻪﱨﲵ ﻛﱔﺒﲐﻴﺮﱻﻫﱻﻢﱦ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻓﱁﺴﱹ﮲ﱧﻠﱂﻮﻫﱻﻢﱦ ﺇﲐﻥ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻨﻄﲔﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳅﳈﳀ
  1. Ia menjawab: "(Tidak) bahkan yang melakukannya ialah (berhala) yang besar di antara mereka ini! Maka bertanyalah kamu kepada mereka kalau-kalau mereka dapat berkata-kata".
ﻓﱁﺮﱺﺟﱺﻌﱨﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻰ﮵ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻬﲌﻢﱦ ﻓﱁﻘﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻧﱱﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱨ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳈﳀ
  1. Maka mereka (penyembah berhala) kembali kepada diri mereka (memikirkan hal itu) lalu berkata (sesama sendiri): "Sesungguhnya kamulah sendiri orang-orang yang zalim".
ﺛﱂﻢﱱ ﻧﱨﻜﲔﺴﱻﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺭﱻﺀﱨﻭﺳﲔﻬﲌﻢﱦ ﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﻋﱺﻠﲘﻤﱦﺖﱺ ﻣﱧﺎ ﻫﱺﳌﺆﱻﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﻳﱧﻨﻄﲔﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳇﳈﳀ
  1. Kemudian mereka terbalik fikirannya kepada kesesatan, lalu berkata: "Sesungguhnya engkau (hai Ibrahim), telah sedia mengetahui bahawa berhala-berhala itu tidak dapat berkata-kata (maka betapa engkau menyuruh kami bertanya kepadanya)?"
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﻓﱁﺘﱧﻌﱦﺒﱨﺪﱻﻭﻥﱧ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﱧﺎ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻨﻔﱁﻌﱨﻜﱕﻢﱦ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱫﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﻀﱻﺮﲅﻛﱕﻢﱦ ﳁﳈﳈﳀ
  1. Nabi Ibrahim berkata: "Jika demikian, patutkah kamu menyembah yang lain dari Allah sesuatu yang tidak dapat mendatangkan faedah sedikitpun kepada kamu, dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kamu?
ﺃﱂﻑﲃﲖ ﻟﱋﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻟﲘﻤﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﺒﱨﺪﱻﻭﻥﱧ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﺃﱁﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﻌﱦﻘﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳉﳈﳀ
  1. "Jijik perasaanku terhadap kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah! Maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal fikiran kamu?"
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺣﱺﺮﲃﲌﻗﱂﻮﻩﱨ ﻭﱺﭐﻧﺼﱻﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺀﱧﺍﻟﲘﻬﱺﺘﱧﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﻓﱁ﮳ﻌﲘﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳈﳀ
  1. (Setelah tidak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: "Bakarlah dia dan belalah tuhan-tuhan kamu, jika betul kamu mahu bertindak membelanya!"
ﻗﱂﻠﱀﻨﱧﺎ ﻳﱧ﮳ﻨﱧﺎﺭﱻ ﻛﱕﻮﻧﲘﻰ ﺑﱧﺮﱹﺩﱫﺍ ﻭﱺﺳﱺﻠﱁ﮳ﻤﱩﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱧ ﳁﳋﳈﳀ
  1. Kami berfirman: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! ".
ﻭﱺﺃﱁﺭﱺﺍﺩﱨﻭﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻛﱔﻴﱦﺪﱾﺍ ﻓﱁﺠﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﺧﱹﺴﱺﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳂﳉﳀ
  1. Dan mereka (dengan perbuatan membakarnya itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang amat rugi, (kalah dengan hinanya).
ﻭﱺﻧﱧﺠﲄﻴﱦﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﻭﱺﻟﱂﻮﻃﱖﺎ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰ ﺑﱧ﮳ﺮﱺﻛﱓﻨﱧﺎ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻟﲘﻠﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳉﳀ
  1. Dan Kami selamatkan dia dan (sepupunya) Nabi Lut ke negeri yang Kami limpahkan berkat padanya untuk umat manusia.
ﻭﱺﻭﱺﻫﱺﺒﱦﻨﱧﺎ ﻟﱁﻪﱨﲵﳒ ﺇﲐﺳﱹﺤﱺ﮳ﻖﱺ ﻭﱺﻳﱧﻌﱦﻘﱂﻮﺏﱺ ﻧﱧﺎﻓﲘﻠﱁﺔﱅﲨ ﻭﱺﻛﱕﵝﱏﵗ ﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﺻﱺ﮳ﻠﲘﺤﲔﻴﻦﱺ ﳁﳄﳉﳀ
  1. Dan Kami kurniakan kepadanya: Ishak (anaknya), dan Yaakub (cucunya) sebagai tambahan; dan tiap-tiap seorang (dari mereka) Kami jadikan orang yang soleh.
ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﴢﲐﻤﱱﺔﱅ ﻳﱧﻬﱹﺪﱻﻭﻥﱧ ﺑﲐﺄﱁﻣﱦﺮﲌﻧﱧﺎ ﻭﱺﺃﱁﻭﱹﺣﱺﻴﱦﻨﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻓﲘﻌﱦﻞﱔ ﭐﻟﱀﺨﱺﻴﱦﺮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﺇﲐﻗﱁﺎﻡﱧ ﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﳎﺓﲘ ﻭﱺﺇﲐﻳﺘﱧﺂﺀﱧ ﭐﻟﺰﲄﻛﱔﻮﳎﺓﲘﲨ ﻭﱺﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﻋﱺ﮳ﺒﲐﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳅﳉﳀ
  1. Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan, dan mendirikan sembahyang, serta memberi zakat; dan mereka pula sentiasa beribadat kepada Kami.
ﻭﱺﻟﱂﻮﻃﱖﺎ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﺣﱻﻜﱓﻤﱫﺎ ﻭﱺﻋﲔﻠﱀﻤﱫﺎ ﻭﱺﻧﱧﺠﲄﻴﱦﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻘﱁﺮﱹﻳﱧﺔﲘ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰ ﻛﱔﺎﻧﱧﺖ ﺗﱱﻌﱦﻤﱧﻞﱕ ﭐﻟﱀﺨﱺﺒﱧﳌﴣﲐﺚﱺﲬ ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻗﱁﻮﱹﻡﱧ ﺳﱺﻮﱹﺀﲚ ﻓﱁ﮳ﺴﲔﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳉﳀ
  1. Dan kepada Nabi Lut, Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu; dan Kami selamatkan dia dari bandar yang penduduknya selalu melakukan perkara-perkara yang keji; sesungguhnya mereka itu adalah kaum jahat, yang fasik, derhaka.
ﻭﱺﺃﱁﺩﱦﺧﱺﻠﱀﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﻓﲘﻰ ﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺘﲘﻨﱧﺂﲨ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﲔﻴﻦﱺ ﳁﳇﳉﳀ
  1. Dan Kami masukkan Nabi Lut dalam (kumpulan mereka yang dilimpahi) rahmat Kami; sesungguhnya dia dari orang-orang yang soleh.
ﻭﱺﻧﱨﻮﺣﱼﺎ ﺇﲐﺫﱦ ﻧﱧﺎﺩﱧﻯﳎ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕ ﻓﱁﭑﺳﱹﺘﱧﺠﱺﺒﱦﻨﱧﺎ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻓﱁﻨﱧﺠﲄﻴﱦﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﻭﱺﺃﱁﻫﱹﻠﱁﻪﱨﲵ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻜﱔﺮﱹﺏﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧﻈﲔﻴﻢﲌ ﳁﳈﳉﳀ
  1. Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Nuh, ketika ia menyeru (berdoa kepada Kami) sebelum (Nabi-nabi yang tersebut) itu, lalu Kami perkenankan doanya serta Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya dari kesusahan yang besar.
ﻭﱺﻧﱧﺼﱺﺮﱹﻧﱧ﮳ﻪﱨ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﺬﱞﺑﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺂﲬ ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻗﱁﻮﱹﻡﱧ ﺳﱺﻮﱹﺀﲚ ﻓﱁﺄﱁﻏﱓﺮﱺﻗﱀﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺟﱹﻤﱧﻌﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳉﳀ
  1. Dan Kami membelanya dari angkara kaum yang mendustakan ayat-ayat Kami; sesungguhnya adalah mereka kaum yang jahat; lalu Kami tenggelamkan mereka semuanya (sehingga mati lemas dengan taufan).
ﻭﱺﺩﱧﺍﻭﱻﲵﺩﱧ ﻭﱺﺳﱻﻠﱁﻴﱦﻤﱧ﮳ﻦﱺ ﺇﲐﺫﱦ ﻳﱧﺤﱹﻜﱕﻤﱧﺎﻥﲌ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺤﱺﺮﱹﺙﲔ ﺇﲐﺫﱦ ﻧﱧﻔﱁﺸﱔﺖﱹ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻏﱔﻨﱧﻢﱨ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﻭﱺﻛﱕﻨﱱﺎ ﻟﲘﺤﱻﻜﱓﻤﲘﻬﲌﻢﱦ ﺷﱔ﮳ﻬﲌﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳊﳉﳀ
  1. Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Daud dengan Nabi Sulaiman, ketika mereka berdua menghukum mengenai tanaman-tanaman semasa ia dirosakkan oleh kambing kaumnya pada waktu malam; dan sememangnya Kamilah yang memerhati dan mengesahkan hukuman mereka.
ﻓﱁﻔﱁﻬﲄﻤﱦﻨﱧ﮳ﻬﱺﺎ ﺳﱻﻠﱁﻴﱦﻤﱧ﮳ﻦﱺﲬ ﻭﱺﻛﱕﵝﱍﵗ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧﺎ ﺣﱻﻜﱓﻤﱫﺎ ﻭﱺﻋﲔﻠﱀﻤﱫﺎﲬ ﻭﱺﺳﱺﺨﲄﺮﱹﻧﱧﺎ ﻣﱧﻊﱧ ﺩﱧﺍﻭﱻﲵﺩﱧ ﭐﻟﱀﺠﲌﺒﱧﺎﻝﱔ ﻳﱨﺴﱺﺒﱰﲐﺤﱹﻦﱺ ﻭﱺﭐﻟﻄﱞﻴﱦﺮﱺﲬ ﻭﱺﻛﱕﻨﱱﺎ ﻓﱁ﮳ﻌﲘﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳉﳀ
  1. Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.
ﻭﱺﻋﱺﻠﱋﻤﱦﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﺻﱺﻨﱦﻌﱧﺔﱁ ﻟﱁﺒﱨﻮﺱﲞ ﻟﱋﻜﱕﻢﱦ ﻟﲘﺘﱨﺤﱹﺼﲔﻨﱧﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﲲ ﺑﱧﺄﱀﺳﲔﻜﱕﻢﱦﲨ ﻓﱁﻬﱺﻞﱓ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺷﱔ﮳ﻜﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳊﳀ
  1. Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu, maka adakah kamu sentiasa bersyukur?
ﻭﱺﻟﲘﺴﱻﻠﱁﻴﱦﻤﱧ﮳ﻦﱺ ﭐﻟﺮﲃﲌﻳﺢﱺ ﻋﱺﺎﺻﲔﻔﱁﺔﱅ ﺗﱧﺠﱹﺮﲌﻯ ﺑﲐﺄﱁﻣﱦﺮﲌﻩﲘﲶﳒ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰ ﺑﱧ﮳ﺮﱺﻛﱓﻨﱧﺎ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎﲬ ﻭﱺﻛﱕﻨﱱﺎ ﺑﲐﻜﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲙ ﻋﱺ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳊﳀ
  1. Dan (Kami mudahkan) bagi Nabi Sulaiman angin yang kencang tiupannya, bertiup menurut kehendaknya ke negeri yang Kami limpahi berkat padanya; dan adalah Kami mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
ﻭﱺﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺸﱞﻴﱧ﮳ﻄﲔﻴﻦﲌ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﻐﱨﻮﺻﱻﻮﻥﱧ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻭﱺﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﻋﱺﻤﱧﵝﱅﵗ ﺩﱨﻭﻥﱧ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔﲨ ﻭﱺﻛﱕﻨﱱﺎ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺣﱺ﮳ﻔﲘﻈﲔﻴﻦﱺ ﳁﳄﳊﳀ
  1. Dan (Kami mudahkan) sebahagian dari Syaitan-syaitan untuk menyelam baginya, serta melakukan kerja-kerja yang lain dari itu; dan adalah Kami mengawal mereka (daripada melanggar perintahnya).
ﲿ ﻭﱺﺃﱁﻳﱲﻮﺏﱺ ﺇﲐﺫﱦ ﻧﱧﺎﺩﱧﻯﳎ ﺭﱺﺑﱱﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﻧﱰﲘﻰ ﻣﱧﺴﲄﻨﲘﻰﱺ ﭐﻟﻀﲅﺮﲅ ﻭﱺﺃﱁﻧﺖﱺ ﺃﱁﺭﱹﺣﱺﻢﱨ ﭐﻟﺮﲄ﮴ﺣﲔﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳊﳀ
  1. Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".
ﻓﱁﭑﺳﱹﺘﱧﺠﱺﺒﱦﻨﱧﺎ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻓﱁﻜﱔﺸﱔﻔﱀﻨﱧﺎ ﻣﱧﺎ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻣﲘﻦ ﺿﱻﺮﲃﲎﲨ ﻭﱺﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﺃﱁﻫﱹﻠﱁﻪﱨﲵ ﻭﱺﻣﲘﺜﱀﻠﱁﻬﱻﻢ ﻣﱱﻌﱧﻬﱻﻢﱦ ﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺔﱅ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﻋﲔﻨﺪﲘﻧﱧﺎ ﻭﱺﺫﲘﻛﱓﺮﱺﻯﳎ ﻟﲘﻠﱀﻌﱧ﮳ﺒﲐﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳆﳊﳀ
  1. Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya, serta Kami kurniakan kepadanya: keluarganya, dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang taat kepada Kami (supaya bersabar dan mendapat balasan baik).
ﻭﱺﺇﲐﺳﱹﻤﱧ﮳ﻌﲘﻴﻞﱔ ﻭﱺﺇﲐﺩﱦﺭﲌﻳﺲﱺ ﻭﱺﺫﱧﺍ ﭐﻟﱀﻜﲔﻔﱀﻞﲌﲨ ﻛﱕﻞﱣ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﺒﲐﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳇﳊﳀ
  1. Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta Zul-Kifli; semuanya adalah dari orang-orang yang sabar.
ﻭﱺﺃﱁﺩﱦﺧﱺﻠﱀﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺘﲘﻨﱧﺂﲨ ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﲔﻴﻦﱺ ﳁﳈﳊﳀ
  1. Dan Kami masukkan mereka dalam (kumpulan yang dilimpahi) rahmat Kami: sesungguhnya mereka adalah dari orang-orang yang soleh.
ﻭﱺﺫﱧﺍ ﭐﻟﻨﱲﻮﻥﲌ ﺇﲐﺫ ﺫﱱﻫﱺﺐﱺ ﻣﱨﻐﱧ﮳ﻀﲔﺒﱫﺎ ﻓﱁﻈﱔﻦﲄ ﺃﱁﻥ ﻟﱋﻦ ﻧﱱﻘﱀﺪﲘﺭﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻓﱁﻨﱧﺎﺩﱧﻯﳎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﻈﱟﻠﱂﻤﱧ﮳ﺖﲔ ﺃﱁﻥ ﵖﱞﵓ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱧ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﺳﱻﺒﱦﺤﱺ﮳ﻨﱧﻚﱔ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻛﱕﻨﺖﱻ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳊﳀ
  1. Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri".
ﻓﱁﭑﺳﱹﺘﱧﺠﱺﺒﱦﻨﱧﺎ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻭﱺﻧﱧﺠﲄﻴﱦﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻐﱧﻢﱰﲌﲬ ﻭﱺﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻧﱨﳏﺠﲌﻰ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳊﳀ
  1. Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami).
ﻭﱺﺯﱺﻛﱔﺮﲌﻳﱱﺂ ﺇﲐﺫﱦ ﻧﱧﺎﺩﱧﻯﳎ ﺭﱺﺑﱱﻪﱨﲵ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﺬﱔﺭﱹﻧﲘﻰ ﻓﱁﺮﱹﺩﱫﺍ ﻭﱺﺃﱁﻧﺖﱺ ﺧﱺﻴﱦﺮﱻ ﭐﻟﱀﻮﱺ﮴ﺭﲌﺛﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳊﳀ
  1. Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi".
ﻓﱁﭑﺳﱹﺘﱧﺠﱺﺒﱦﻨﱧﺎ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻭﱺﻭﱺﻫﱺﺒﱦﻨﱧﺎ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻳﱧﺤﱹﻴﱧﻰﳎ ﻭﱺﺃﱁﺻﱹﻠﱁﺤﱹﻨﱧﺎ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﺯﱺﻭﱹﺟﱺﻪﱨﲵﳒﲬ ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱨﺴﱺ﮳ﺮﲌﻋﱻﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺨﱺﻴﱦﺮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﻳﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻧﱧﻨﱧﺎ ﺭﱺﻏﱔﺒﱫﺎ ﻭﱺﺭﱺﻫﱺﺒﱫﺎﲨ ﻭﱺﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﺧﱺ﮳ﺸﲔﻌﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳋﳀ
  1. Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.
ﻭﱺﭐﻟﱋﺘﲘﻰﳒ ﺃﱁﺣﱹﺼﱺﻨﱧﺖﱹ ﻓﱁﺮﱹﺟﱺﻬﱺﺎ ﻓﱁﻨﱧﻔﱁﺨﱹﻨﱧﺎ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻣﲘﻦ ﺭﲅﻭﺣﲔﻨﱧﺎ ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧ﮳ﻬﱺﺎ ﻭﱺﭐﺑﱦﻨﱧﻬﱺﺂ ﺀﱧﺍﻳﱧﺔﱅ ﻟﱊﲘﻠﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳋﳀ
  1. Dan (sebutkanlah peristiwa) perempuan yang telah menjaga kehormatan dan kesuciannya; lalu Kami tiupkan padanya dari Roh (ciptaan) Kami, dan Kami jadikan dia dan anaknya sebagai satu tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi umat manusia.
ﺇﲐﻥﱱ ﻫﱺ﮳ﺬﲘﻩﲘﲶﳒ ﺃﱂﻣﱱﺘﱨﻜﱕﻢﱦ ﺃﱂﻣﱱﺔﱅ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﱺﺓﱫ ﻭﱺﺃﱁﻧﱧﺎﲰ ﺭﱺﺑﱲﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﭑﻋﱹﺒﱨﺪﱻﻭﻥﲌ ﳁﳄﳋﳀ
  1. Sesungguhnya ugama Islam inilah ugama kamu, ugama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku.
ﻭﱺﺗﱧﻘﱁﻄﱞﻌﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻣﱦﺮﱺﻫﱻﻢ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢﱦﲨ ﻛﱕﻞﱡ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﺭﱺ﮴ﺟﲌﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳅﳋﳀ
  1. (Kebanyakan manusia masih berselisihan) dan berpecah-belah dalam urusan ugama mereka; (ingatlah) mereka semuanya akan kembali kepada kami (untuk menerima balasan).
ﻓﱁﻤﱧﻦ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻞﱓ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱺ﮳ﺖﲔ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻣﱨﺆﱹﻣﲘﻦﱿ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﻛﱕﻔﱀﺮﱺﺍﻥﱧ ﻟﲘﺴﱺﻌﱦﻴﲐﻪﲘﲶ ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﺎ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻛﱔ﮳ﺘﲘﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳋﳀ
  1. Dengan yang demikian, sesiapa yang mengerjakan sesuatu amal kebaikan, sedang ia beriman, maka tidaklah disia-siakan amal usahanya; dan sesungguhnya Kami tetap menulisnya.
ﻭﱺﺣﱺﺮﱺ﮴ﻡﱪ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻗﱁﺮﱹﻳﱧﺔﲙ ﺃﱁﻫﱹﻠﱁﻜﱓﻨﱧ﮳ﻬﱺﺂ ﺃﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺮﱹﺟﲌﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳇﳋﳀ
  1. Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan di akhirat kelak).
ﺣﱺﺘﱱﻰ﮵ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﻓﱂﺘﲘﺤﱺﺖﱹ ﻳﱧﺄﱀﺟﱻﻮﺝﱻ ﻭﱺﻣﱧﺄﱀﺟﱻﻮﺝﱻ ﻭﱺﻫﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺣﱺﺪﱺﺏﲎ ﻳﱧﻨﺴﲔﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳈﳋﳀ
  1. (Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.
ﻭﱺﭐﻗﱀﺘﱧﺮﱺﺏﱺ ﭐﻟﱀﻮﱺﻋﱹﺪﱻ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲅ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﻫﲔﻰﱺ ﺷﱔ﮳ﺨﲔﺼﱺﺔﱄ ﺃﱁﺑﱦﺼﱺ﮳ﺮﱻ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻳﱧ﮳ﻮﱺﻳﱦﻠﱁﻨﱧﺎ ﻗﱁﺪﱹ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻓﲘﻰ ﻏﱔﻔﱀﻠﱁﺔﲚ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﺑﱧﻞﱓ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻇﱔ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳋﳀ
  1. Dan hampirlah datangnya janji hari kiamat yang benar, maka dengan serta-merta pandangan mata orang-orang yang kufur ingkar terbeliak (sambil berkata dengan cemas): "Aduhai celakanya Kami. Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang yang menganiaya diri sendiri".
ﺇﲐﻧﱱﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﺒﱨﺪﱻﻭﻥﱧ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺣﱺﺼﱺﺐﱻ ﺟﱺﻬﱺﻨﱱﻢﱧ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﻟﱁﻬﱺﺎ ﻭﱺ﮴ﺭﲌﺩﱨﻭﻥﱧ ﳁﳊﳋﳀ
  1. Sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah, yang lain dari Allah, menjadi bahan-bahan bakaran yang dilimparkan ke dalam neraka Jahannam; kamu (sudah tetap) akan memasukinya.
ﻟﱁﻮﱹ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻫﱺﳌﺆﱻﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺀﱧﺍﻟﲘﻬﱺﺔﱅ ﻣﱱﺎ ﻭﱺﺭﱺﺩﱨﻭﻫﱺﺎﲨ ﻭﱺﻛﱕﻞﱣ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳋﳋﳀ
  1. Kalaulah mereka (yang kamu sembah) itu tuhan-tuhan, tentulah mereka tidak masuk ke dalam neraka; dan (ketahuilah), semuanya (yang menyembah dan yang disembah) akan kekal dalam neraka selama-lamanya.
ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺯﱺﻓﲘﻴﺮﱿ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹﻤﱧﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳂﳂﳃﳀ
  1. Mereka mendayu-dayu (kesakitan) di dalam neraka, dan mereka pula di situ tidak dapat mendengar sesuatu yang menyenangkan.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺳﱺﺒﱧﻘﱁﺖﱹ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻨﱱﺎ ﭐﻟﱀﺤﱻﺴﱹﻨﱧﻰ﮵ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻋﱺﻨﱦﻬﱺﺎ ﻣﱨﺒﱦﻌﱧﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳃﳂﳃﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang telah tetap dari dahulu lagi memperoleh kebaikan dari Kami, mereka dijauhkan dari neraka itu.
ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹﻤﱧﻌﱨﻮﻥﱧ ﺣﱺﺴﲔﻴﺴﱺﻬﱺﺎﲨ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﻣﱧﺎ ﭐﺷﱓﺘﱧﻬﱺﺖﱹ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱻﻬﱻﻢﱦ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳄﳂﳃﳀ
  1. Mereka tidak mendengar suara (julangan) api neraka itu, dan mereka akan kekal selama-lamanya di dalam (nikmat-nikmat Syurga) yang diingini oleh jiwa mereka.
ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺤﱹﺰﱻﻧﱨﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻔﱁﺰﱺﻉﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﻛﱓﺒﱧﺮﱻ ﻭﱺﺗﱧﺘﱧﻠﱁﻘﱋﯩﳎﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﱂ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻳﱧﻮﱹﻣﱨﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱨﻮﻋﱺﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳂﳃﳀ
  1. Huru-hara besar yang amat mengerikan (pada hari kiamat) itu tidak merunsingkan mereka, dan (sebaliknya) mereka disambut oleh malaikat-malaikat dengan berkata: "Inilah hari kamu (beroleh kebahagiaan), yang telah dijanjikan kepada kamu (di dunia) dahulu".
ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﻧﱧﻄﱓﻮﲌﻯ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﱧ ﻛﱔﻄﱔﻰﲃﲤ ﭐﻟﺴﲃﲔﺠﲌﻞﱝﲌ ﻟﲘﻠﱀﻜﱕﺘﱨﺐﲌﲬ ﻛﱔﻤﱧﺎ ﺑﱧﺪﱺﺃﱀﻧﱧﺂ ﺃﱁﻭﲄﻝﱔ ﺧﱺﻠﱀﻖﲎ ﻧﱲﻌﲘﻴﺪﱻﻩﱨﲵﲬ ﻭﱺﻋﱹﺪﱼﺍ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻨﱧﺂﲬ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻓﱁ﮳ﻌﲘﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳂﳃﳀ
  1. (Ingatlah) hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran surat catitan; sebagaimana kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian, Kami ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami; sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﻛﱔﺘﱧﺒﱦﻨﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺰﲄﺑﱨﻮﺭﲌ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﭐﻟﺬﱝﲘﻛﱓﺮﲌ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﻳﱧﺮﲌﺛﱂﻬﱺﺎ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﲘﻯﱺ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱻﻮﻥﱧ ﳁﳇﳂﳃﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh".
ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻟﱁﺒﱧﻠﱁ﮳ﻐﱫﺎ ﻟﱊﲘﻘﱁﻮﱹﻡﲍ ﻋﱺ﮳ﺒﲐﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳈﳂﳃﳀ
  1. Sesungguhnya Al-Quran ini mengandungi keterangan-keterangan yang cukup bagi orang-orang yang (cita-citanya) mengerjakan ibadat (kepada Allah dengan berilmu).
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧ﮳ﻚﱔ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺔﱅ ﻟﱊﲘﻠﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳂﳃﳀ
  1. Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.
ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﻳﱨﻮﺣﱺﻰ﮵ ﺇﲐﻟﱁﻰﲄ ﺃﱁﻧﱱﻤﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻬﱻﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱬ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﱿﲨ ﻓﱁﻬﱺﻞﱓ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢ ﻣﱲﺴﱹﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳊﳂﳃﳀ
  1. Katakanlah: "Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku (mengenai ketuhanan ialah) bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang bersifat Esa, maka adakah kamu mahu menurut apa yang diwahyukan kepadaku?"
ﻓﱁﺈﲐﻥ ﺗﱧﻮﱺﻟﱋﻮﱹﺍﲯ ﻓﱁﻘﱂﻞﱓ ﺀﱧﺍﺫﱧﻧﺘﱨﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺳﱺﻮﱺﺁﺀﲚﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥﱦ ﺃﱁﺩﱦﺭﲌﻯﳒ ﺃﱁﻗﱁﺮﲌﻳﺐﱽ ﺃﱁﻡ ﺑﱧﻌﲘﻴﺪﱿ ﻣﱱﺎ ﺗﱨﻮﻋﱺﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳋﳂﳃﳀ
  1. Sekiranya mereka berpaling ingkar maka katakanlah: "Aku telah memberitahu kepada kamu (apa yang diwahyukan kepadaku) dengan keterangan yang jelas untuk kita bersama; dan aku tidak mengetahui sama ada (balasan buruk) yang dijanjikan kerana keingkaran kamu itu, sudah dekat atau masih jauh.
ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﭐﻟﱀﺠﱺﻬﱹﺮﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻝﲌ ﻭﱺﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻣﱧﺎ ﺗﱧﻜﱓﺘﱨﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳂﳃﳃﳀ
  1. Sesungguhnya Allah mengetahui akan perkataan yang kamu sebutkan dengan terus terang, dan juga Ia mengetahui apa yang kamu sembunyikan (di dalam hati).
ﻭﱺﺇﲐﻥﱦ ﺃﱁﺩﱦﺭﲌﻯ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻪﱨﲵ ﻓﲘﺘﱦﻨﱧﺔﱆ ﻟﱋﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﺘﱧ﮳ﻊﱪ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺣﲔﻴﻦﲎ ﳁﳃﳃﳃﳀ
  1. "Dan aku tidak mengetahui (mengapa dilambatkan balasan buruk yang dijanjikan kepada kamu itu) jangan-jangan lambatnya menjadi satu sebab yang menambahkan azab kamu, dan di samping itu memberi kamu kesenangan hidup hingga ke suatu masa yang tertentu".
ﻗﱁ﮳ﻞﱔ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﭐﺣﱹﻜﱕﻢ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌﲩ ﻭﱺﺭﱺﺑﱲﻨﱧﺎ ﭐﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﱻ ﭐﻟﱀﻤﱨﺴﱹﺘﱧﻌﱧﺎﻥﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻣﱧﺎ ﺗﱧﺼﲔﻔﱂﻮﻥﱧ ﳁﳄﳃﳃﳀ
  1. (Nabi Muhammad merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku, hukumkanlah (di antara kami dengan mereka) dengan yang benar; dan Tuhan kami ialah Yang Melimpah-limpah rahmatNya yang dipohonkan pertolonganNya terhadap apa yang kamu sifatkan itu".
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱻ ﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﺭﱺﺑﱱﻜﱕﻢﱦﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﺯﱺﻟﱀﺰﱺﻟﱁﺔﱁ ﭐﻟﺴﲄﺎﻋﱺﺔﲘ ﺷﱔﻰﱹﺀﱪ ﻋﱺﻈﲔﻴﻢﱬ ﳁﳃﳀ
  1. Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar.
ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﺗﱧﺮﱺﻭﱹﻧﱧﻬﱺﺎ ﺗﱧﺬﱓﻫﱺﻞﱕ ﻛﱕﻞﱟ ﻣﱨﺮﱹﺿﲔﻌﱧﺔﲙ ﻋﱺﻤﱱﺂ ﺃﱁﺭﱹﺿﱺﻌﱧﺖﱹ ﻭﱺﺗﱧﻀﱺﻊﱨ ﻛﱕﻞﱟ ﺫﱧﺍﺕﲔ ﺣﱺﻤﱦﻞﲍ ﺣﱺﻤﱦﻠﱁﻬﱺﺎ ﻭﱺﺗﱧﺮﱺﻯ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱺ ﺳﱻﻜﱔ﮳ﺮﱺﻯﳎ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻫﱻﻢ ﺑﲐﺴﱻﻜﱔ﮳ﺮﱺﻯﳎ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﲄ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺷﱔﺪﲘﻳﺪﱿ ﳁﳄﳀ
  1. Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan.
ﻭﱺﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﻣﱧﻦ ﻳﱨﺠﱺ﮳ﺪﲘﻝﱕ ﻓﲘﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺑﲐﻐﱧﻴﱦﺮﲌ ﻋﲔﻠﱀﻢﲎ ﻭﱺﻳﱧﺘﱱﺒﲘﻊﱨ ﻛﱕﻞﱞ ﺷﱔﻴﱦﻄﱔ﮳ﻦﲎ ﻣﱱﺮﲌﻳﺪﲚ ﳁﳅﳀ
  1. Dan ada di antara manusia yang membantah perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan ia menurut tiap-tiap syaitan yang telah sebati dengan kejahatan.
ﻛﱕﺘﲘﺐﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﺃﱁﻧﱱﻪﱨﲵ ﻣﱧﻦ ﺗﱧﻮﱺﵖﱞﵐﻩﱨ ﻓﱁﺄﱁﻧﱱﻪﱨﲵ ﻳﱨﻀﲔﻠﱌﻪﱨﲵ ﻭﱺﻳﱧﻬﱹﺪﲘﻳﻪﲘ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﲌ ﭐﻟﺴﲄﻌﲘﻴﺮﲌ ﳁﳆﳀ
  1. Yang telah ditetapkan kepada (tiap-tiap) syaitan itu, bahawa sesiapa yang berketuakan dia, maka sesungguhnya ia akan menyesatkannya dan memimpinnya kepada azab neraka.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱻ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﺭﱺﻳﱦﺐﲎ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺒﱧﻌﱦﺚﲔ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﺎ ﺧﱺﻠﱁﻘﱀﻨﱧ﮳ﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺗﱨﺮﱺﺍﺏﲎ ﺛﱂﻢﱱ ﻣﲘﻦ ﻧﱲﻄﱓﻔﱁﺔﲚ ﺛﱂﻢﱱ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﱺﻠﱁﻘﱁﺔﲚ ﺛﱂﻢﱱ ﻣﲘﻦ ﻣﱲﻀﱹﻐﱧﺔﲚ ﻣﱲﺨﱺﻠﱋﻘﱁﺔﲚ ﻭﱺﻏﱔﻴﱦﺮﲌ ﻣﱨﺨﱺﻠﱋﻘﱁﺔﲚ ﻟﱊﲘﻨﱨﺒﱧﻴﱰﲐﻦﱺ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦﲬ ﻭﱺﻧﱨﻘﲘﺮﲅ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺣﱺﺎﻡﲌ ﻣﱧﺎ ﻧﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﺇﲐﻟﱁﻰ﮵ ﺃﱁﺟﱺﻞﲎ ﻣﱲﺴﱺﻤﱵﻰ ﺛﱂﻢﱱ ﻧﱨﺨﱹﺮﲌﺟﱻﻜﱕﻢﱦ ﻃﲔﻔﱀﵝﱅﵗ ﺛﱂﻢﱱ ﻟﲘﺘﱧﺒﱦﻠﱂﻐﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﺷﱕﺪﲄﻛﱕﻢﱦﲨ ﻭﱺﻣﲘﻨﻜﱕﻢ ﻣﱱﻦ ﻳﱨﺘﱧﻮﱺﻓﱋﻰﳎ ﻭﱺﻣﲘﻨﻜﱕﻢ ﻣﱱﻦ ﻳﱨﺮﱺﺩﱲ ﺇﲐﻟﱁﻰ﮵ ﺃﱁﺭﱹﺫﱧﻝﲌ ﭐﻟﱀﻌﱨﻤﱨﺮﲌ ﻟﲘﻜﱔﻴﱦﵝﱁﵗ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱧ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻋﲔﻠﱀﻢﲎ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱫﺎﲬ ﻭﱺﺗﱧﺮﱺﻯ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﻫﱺﺎﻣﲘﺪﱺﺓﱫ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺁ ﺃﱁﻧﺰﱺﻟﱀﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﱺﺎ ﭐﻟﱀﻤﱧﺂﺀﱧ ﭐﻫﱹﺘﱧﺰﲄﺕﱹ ﻭﱺﺭﱺﺑﱧﺖﱹ ﻭﱺﺃﱁﻧﲲﺒﱧﺘﱧﺖﱹ ﻣﲘﻦ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺯﱺﻭﱹﺝﲣ ﺑﱧﻬﲌﻴﺞﲢ ﳁﳇﳀ
  1. Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.
ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺑﲐﺄﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲅ ﻭﱺﺃﱁﻧﱱﻪﱨﲵ ﻳﱨﺤﱹﻰﲤ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺗﱧﻰﳎ ﻭﱺﺃﱁﻧﱱﻪﱨﲵ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻗﱁﺪﲘﻳﺮﱿ ﳁﳈﳀ
  1. (Kedua-dua kenyataan) yang tersebut membuktikan bahawa sesungguhnya Allah jualah Tuhan Yang Sebenar-benarnya (yang berhak disembah), dan sesungguhnya Dia lah yang menghidupkan makhluk-makhluk yang mati, dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
ﻭﱺﺃﱁﻥﱱ ﭐﻟﺴﲄﺎﻋﱺﺔﱁ ﺀﱧﺍﺗﲘﻴﱧﺔﱆ ﵖﱞﵐ ﺭﱺﻳﱦﺐﱺ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻭﱺﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱧﺒﱦﻌﱧﺚﱻ ﻣﱧﻦ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻘﱂﺒﱨﻮﺭﲌ ﳁﳉﳀ
  1. Dan bahawa sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, tidak ada sebarang syak padanya, dan bahawa sesungguhnya Allah akan membangkitkan (menghidupkan semula) orang-orang yang di dalam kubur.
ﻭﱺﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﻣﱧﻦ ﻳﱨﺠﱺ﮳ﺪﲘﻝﱕ ﻓﲘﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺑﲐﻐﱧﻴﱦﺮﲌ ﻋﲔﻠﱀﻢﲎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻫﱻﺪﱾﻯ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻛﲔﺘﱧ﮳ﺐﲎ ﻣﱲﻨﲘﻴﺮﲎ ﳁﳊﳀ
  1. Dan ada di antara manusia yang membantah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan, dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran;
ﺛﱁﺎﻧﲘﻰﱺ ﻋﲔﻄﱓﻔﲘﻪﲘﲶ ﻟﲘﻴﱨﻀﲔﻞﱞ ﻋﱺﻦ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘﲨ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﺧﲔﺰﱹﻯﱿﲨ ﻭﱺﻧﱨﺬﲘﻳﻘﱂﻪﱨﲵ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﺮﲌﻳﻖﲌ ﳁﳋﳀ
  1. Ia membantah sambil memalingkan sebelah badannya dengan sombong angkuh sehingga menghalang dirinya dan orang lain dari jalan ugama Allah; ia akan beroleh kehinaan di dunia, dan Kami akan merasakannya azab yang membakar pada hari kiamat kelak;
ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻗﱁﺪﲄﻣﱧﺖﱹ ﻳﱧﺪﱺﺍﻙﱔ ﻭﱺﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﺑﲐﻈﱔﻠﱋ﮳ﻢﲎ ﻟﱊﲘﻠﱀﻌﱧﺒﲐﻴﺪﲘ ﳁﳂﳃﳀ
  1. (Dengan dikatakan kepadanya): "Azab yang demikian ini ialah disebabkan perbuatan tanganmu sendiri, kerana sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya".
ﻭﱺﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﻌﱦﺒﱨﺪﱻ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺣﱺﺮﱹﻑﲖﲨ ﻓﱁﺈﲐﻥﱦ ﺃﱁﺻﱺﺎﺑﱧﻪﱨﲵ ﺧﱺﻴﱦﺮﱽ ﭐﻃﱓﻤﱧﺄﱁﻥﱱ ﺑﲐﻪﲘﲶﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥﱦ ﺃﱁﺻﱺﺎﺑﱧﺘﱦﻪﱨ ﻓﲘﺘﱦﻨﱧﺔﱄ ﭐﻧﻘﱁﻠﱁﺐﱺ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻭﱺﺟﱹﻬﲌﻪﲘﲶ ﺧﱺﺴﲔﺮﱺ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﻭﱺﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﱧﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﺨﱻﺴﱹﺮﱺﺍﻥﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﺒﲐﻴﻦﱻ ﳁﳃﳃﳀ
  1. Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata.
ﻳﱧﺪﱹﻋﱻﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﱧﺎ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻀﱻﺮﲅﻩﱨﲵ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻨﻔﱁﻌﱨﻪﱨﲵﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﻀﲄﻠﱁ﮳ﻞﱕ ﭐﻟﱀﺒﱧﻌﲘﻴﺪﱻ ﳁﳄﳃﳀ
  1. Ia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang lain dari Allah, yang tidak dapat membahayakannya dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya; itulah kesesatan yang jauh terpesong.
ﻳﱧﺪﱹﻋﱻﻮﺍﲯ ﻟﱁﻤﱧﻦ ﺿﱺﺮﲅﻩﱨﲵﳒ ﺃﱁﻗﱀﺮﱺﺏﱻ ﻣﲘﻦ ﻧﱱﻔﱀﻌﲘﻪﲘﲶﲬ ﻟﱁﺒﲐﺌﱦﺲﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﻟﱁﻰﳎ ﻭﱺﻟﱁﺒﲐﺌﱦﺲﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺸﲔﻴﺮﱻ ﳁﳅﳃﳀ
  1. Ia menyeru dan menyembah makhluk yang - dengan perbuatan demikian - mudaratnya lebih dekat dari manfaat yang diharapkannya; demi sesungguhnya seburuk-buruk penolong dan seburuk-buruk sahabat karib ialah makhluk yang diseru dan disembahnya itu.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱨﺪﱹﺧﲔﻞﱕ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱺ﮳ﺖﲔ ﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﲖ ﺗﱧﺠﱹﺮﲌﻯ ﻣﲘﻦ ﺗﱧﺤﱹﺘﲘﻬﱺﺎ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﱦﻬﱺ﮳ﺮﱻﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱧﻔﱀﻌﱧﻞﱕ ﻣﱧﺎ ﻳﱨﺮﲌﻳﺪﱻ ﳁﳆﳃﳀ
  1. Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; sesungguhnya Allah melakukan apa yang ditentukanNya.
ﻣﱧﻦ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻳﱧﻈﱕﻦﲅ ﺃﱁﻥ ﻟﱋﻦ ﻳﱧﻨﺼﱻﺮﱺﻩﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﻭﱺﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﻓﱁﻠﱀﻴﱧﻤﱦﺪﱻﺩﱦ ﺑﲐﺴﱺﺒﱧﺐﲍ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﺛﱂﻢﱱ ﻟﱀﻴﱧﻘﱀﻄﱔﻊﱦ ﻓﱁﻠﱀﻴﱧﻨﻈﱕﺮﱹ ﻫﱺﻞﱓ ﻳﱨﺬﱓﻫﲔﺒﱧﻦﲄ ﻛﱔﻴﱦﺪﱻﻩﱨﲵ ﻣﱧﺎ ﻳﱧﻐﲘﻴﻆﱕ ﳁﳇﳃﳀ
  1. Sesiapa yang menyangka bahawa Allah tidak sekali-kali akan menolong Nabi Muhammad dalam dunia ini dan di akhirat kelak, maka hendaklah ia menghulurkan tali (serta mengikatnya) di bumbong rumahnya, kemudian hendaklah ia menjerut lehernya (supaya ia mati tercekek); dalam pada itu hendaklah ia memikirkan lebih dahulu, adakah tipu dayanya itu dapat menghapuskan sebab-sebab yang menimbulkan kemarahannya?
ﻭﱺﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺃﱁﻧﺰﱺﻟﱀﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺖﲗ ﺑﱧﻴﱰﲐﻨﱧ﮳ﺖﲖ ﻭﱺﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱧﻬﱹﺪﲘﻯ ﻣﱧﻦ ﻳﱨﺮﲌﻳﺪﱻ ﳁﳈﳃﳀ
  1. Dan demikianlah pula Kami menurunkan Al-Quran itu sebagai ayat-ayat keterangan yang jelas nyata; dan sesungguhnya Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan dan undang-undangNya).
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻫﱺﺎﺩﱨﻭﺍﲯ ﻭﱺﭐﻟﺼﲄ﮳ﺒﲐ﮲ﲘﻴﻦﱺ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﺼﱺ﮳ﺮﱺﻯﳎ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱧﺠﱻﻮﺱﱺ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱁﺷﱓﺮﱺﻛﱕﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱧﻔﱀﺼﲔﻞﱕ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﺷﱔﻬﲌﻴﺪﱽ ﳁﳉﳃﳀ
  1. Bahawasanya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi, dan orang-orang Saabiein, dan orang-orang Nasrani, dan orang-orang Majusi, serta orang-orang Musyrik, sesungguhnya Allah akan memutuskan hukumNya di antara mereka pada hari kiamat, kerana sesungguhnya Allah sentiasa Memerhati dan Menyaksikan tiap-tiap sesuatu.
ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﺮﱺ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱧﺴﱹﺠﱻﺪﱻ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﱧﻦ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﭐﻟﺸﱞﻤﱦﺲﱻ ﻭﱺﭐﻟﱀﻘﱁﻤﱧﺮﱻ ﻭﱺﭐﻟﻨﱲﺠﱻﻮﻡﱨ ﻭﱺﭐﻟﱀﺠﲌﺒﱧﺎﻝﱕ ﻭﱺﭐﻟﺸﱞﺠﱺﺮﱻ ﻭﱺﭐﻟﺪﲄﻭﱺﺁﺏﲅ ﻭﱺﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱿ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜﲨ ﻭﱺﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱽ ﺣﱺﻖﲄ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﱻﲩ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱨﻬﲌﻦﲌ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻓﱁﻤﱧﺎ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﲘﻦ ﻣﱲﻜﱓﺮﲌﻡﲍﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱧﻔﱀﻌﱧﻞﱕ ﻣﱧﺎ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﲹ ﳁﳊﳃﳀ
  1. Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya.
ﲿ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍﻥﲌ ﺧﱺﺼﱹﻤﱧﺎﻥﲌ ﭐﺧﱹﺘﱧﺼﱺﻤﱨﻮﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦﲨ ﻓﱁﭑﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻗﱂﻄﱝﲔﻌﱧﺖﱹ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺛﲘﻴﱧﺎﺏﱿ ﻣﱰﲘﻦ ﻧﱱﺎﺭﲎ ﻳﱨﺼﱺﺐﲅ ﻣﲘﻦ ﻓﱁﻮﱹﻕﲌ ﺭﱻﺀﱨﻭﺳﲔﻬﲌﻢﱨ ﭐﻟﱀﺤﱺﻤﲘﻴﻢﱨ ﳁﳋﳃﳀ
  1. Inilah dua golongan (mukmin dan kafir) yang berbantah-bantahan tentang Tuhan mereka. Maka orang-orang yang kafir akan disediakan untuk mereka pakaian dari api neraka, serta dicurahkan atas kepala mereka air panas yang menggelegak,
ﻳﱨﺼﱹﻬﱺﺮﱻ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﺑﱨﻄﱕﻮﻧﲘﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﭐﻟﱀﺠﱻﻠﱂﻮﺩﱨ ﳁﳂﳄﳀ
  1. Yang dengannya dihancurkan apa yang ada dalam perut mereka, dan juga kulit badan mereka.
ﻭﱺﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱱﻘﱁ﮳ﻤﲘﻊﱨ ﻣﲘﻦﱹ ﺣﱺﺪﲘﻳﺪﲚ ﳁﳃﳄﳀ
  1. Dan mereka pula disediakan batang-batang besi untuk menyeksa mereka.
ﻛﱕﻠﱋﻤﱧﺂ ﺃﱁﺭﱺﺍﺩﱨﻭﳒﺍﲯ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺨﱹﺮﱻﺟﱻﻮﺍﲯ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﻣﲘﻦﱹ ﻏﱔﻢﱰﲍ ﺃﱂﻋﲔﻴﺪﱻﻭﺍﲯ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻭﱺﺫﱨﻭﻗﱂﻮﺍﲯ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﺮﲌﻳﻖﲌ ﳁﳄﳄﳀ
  1. Tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, disebabkan mereka menderita azabnya, mereka dikembalikan padanya, serta dikatakan: "Rasalah kamu azab seksa yang membakar!"
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱨﺪﱹﺧﲔﻞﱕ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱺ﮳ﺖﲔ ﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﲖ ﺗﱧﺠﱹﺮﲌﻯ ﻣﲘﻦ ﺗﱧﺤﱹﺘﲘﻬﱺﺎ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﱦﻬﱺ﮳ﺮﱻ ﻳﱨﺤﱺﻠﱋﻮﱹﻥﱧ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﺳﱺﺎﻭﲌﺭﱺ ﻣﲘﻦ ﺫﱧﻫﱺﺐﲎ ﻭﱺﻟﱂﺆﱹﻟﱂﺆﱾﺍﲨ ﻭﱺﻟﲘﺒﱧﺎﺳﱻﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺣﱺﺮﲌﻳﺮﱿ ﳁﳅﳄﳀ
  1. Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.
ﻭﱺﻫﱻﺪﱻﻭﳒﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﻄﱞﻴﱰﲐﺐﲌ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻝﲌ ﻭﱺﻫﱻﺪﱻﻭﳒﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺻﲔﺮﱺ﮴ﻁﲔ ﭐﻟﱀﺤﱺﻤﲘﻴﺪﲘ ﳁﳆﳄﳀ
  1. Dan mereka diberi petunjuk kepada mengucapkan kata-kata yang baik, serta diberi petunjuk ke jalan Allah Yang Amat Terpuji.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻭﱺﻳﱧﺼﱻﺪﲅﻭﻥﱧ ﻋﱺﻦ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱧﺴﱹﺠﲌﺪﲘ ﭐﻟﱀﺤﱺﺮﱺﺍﻡﲌ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﻟﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﺳﱺﻮﱺﺁﺀﱩ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻜﲔﻒﱻ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻭﱺﭐﻟﱀﺒﱧﺎﺩﲘﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱨﺮﲌﺩﱦ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﺑﲐﺈﲐﻟﱀﺤﱺﺎﺩﲛ ﺑﲐﻈﱕﻠﱀﻢﲎ ﻧﱲﺬﲘﻗﱀﻪﱨ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﲍ ﺃﱁﻟﲘﻴﻢﲎ ﳁﳇﳄﳀ
  1. Sesungguhnya (amatlah zalim) orang-orang yang kafir serta menghalangi manusia dari jalan Allah (ugama Islam), dan dari memasuki Masjid Al-Haraam (Makkah) yang Kami jadikan dia tempat beribadat untuk seluruh umat manusia (yang beriman) - sama ada yang tinggal menetap di situ atau yang datang berziarah; dan sesiapa yang berazam melakukan di situ sebarang perbuatan yang di larang dengan cara yang zalim, Kami akan merasakannya azab yang tidak terperi sakitnya.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﺑﱧﻮﲄﺃﱀﻧﱧﺎ ﵖﲔﵒﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱧ ﻣﱧﻜﱔﺎﻥﱧ ﭐﻟﱀﺒﱧﻴﱦﺖﲔ ﺃﱁﻥ ﵖﱞﵐ ﺗﱨﺸﱓﺮﲌﻙﱓ ﺑﲐﻰ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱫﺎ ﻭﱺﻃﱔﻬﲃﲌﺮﱹ ﺑﱧﻴﱦﺘﲘﻰﱺ ﻟﲘﻠﻄﱞﺂﴢﲐﻔﲘﻴﻦﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻘﱁﺂﴢﲐﻤﲘﻴﻦﱺ ﻭﱺﭐﻟﺮﲅﻛﱞﻊﲠ ﭐﻟﺴﲅﺠﱻﻮﺩﲘ ﳁﳈﳄﳀ
  1. Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membinanya, lalu Kami berfirman kepadanya): "Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun denganKu, dan bersihkanlah rumahKu (Kaabah ini) bagi orang-orang yang tawaf, dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud (mengerjakan sembahyang).
ﻭﱺﺃﱁﺫﱰﲘﻥ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﺞﲃﲠ ﻳﱧﺄﱀﺗﱨﻮﻙﱔ ﺭﲌﺟﱺﺎﵖﱘﵐ ﻭﱺﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺿﱺﺎﻣﲘﺮﲎ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻴﻦﱺ ﻣﲘﻦ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﻓﱁﺞﲃﲡ ﻋﱺﻤﲘﻴﻖﲎ ﳁﳉﳄﳀ
  1. "Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.
ﻟﱊﲘﻴﱧﺸﱓﻬﱺﺪﱻﻭﺍﲯ ﻣﱧﻨﱧ﮳ﻔﲘﻊﱧ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻳﱧﺬﱓﻛﱕﺮﱻﻭﺍﲯ ﭐﺳﱹﻢﱧ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱁﻳﱱﺎﻡﲎ ﻣﱱﻌﱦﻠﱂﻮﻣﱧ﮳ﺖﲕ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻣﱧﺎ ﺭﱺﺯﱺﻗﱁﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﲲ ﺑﱧﻬﲌﻴﻤﱧﺔﲘ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﱦﻌﱧ﮳ﻢﲌﲨ ﻓﱁﻜﱕﻠﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﻭﱺﺃﱁﻃﱓﻌﲘﻤﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﺒﱧﺂﴢﲐﺲﱺ ﭐﻟﱀﻔﱁﻘﲘﻴﺮﱺ ﳁﳊﳄﳀ
  1. "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.
ﺛﱂﻢﱱ ﻟﱀﻴﱧﻘﱀﻀﱻﻮﺍﲯ ﺗﱧﻔﱁﺜﱁﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻟﱀﻴﱨﻮﻓﱂﻮﺍﲯ ﻧﱨﺬﱕﻭﺭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻭﱺﻟﱀﻴﱧﻄﱞﻮﲄﻓﱂﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﻟﱀﺒﱧﻴﱦﺖﲔ ﭐﻟﱀﻌﱧﺘﲘﻴﻖﲌ ﳁﳋﳄﳀ
  1. "Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu".
ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔﲨ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱨﻌﱧﻈﱝﲔﻢﱦ ﺣﱻﺮﱻﻣﱧ﮳ﺖﲔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻓﱁﻬﱻﻮﱺ ﺧﱺﻴﱦﺮﱿ ﻟﱋﻪﱨﲵ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻪﲘﲶﲩ ﻭﱺﺃﱂﺣﲔﻠﱋﺖﱹ ﻟﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﱦﻌﱧ﮳ﻢﱨ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﺎ ﻳﱨﺘﱦﻠﱁﻰﳎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦﲨ ﻓﱁﭑﺟﱹﺘﱧﻨﲘﺒﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﺮﲃﲌﺟﱹﺲﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﻭﱹﺛﱁ﮳ﻦﲌ ﻭﱺﭐﺟﱹﺘﱧﻨﲘﺒﱨﻮﺍﲯ ﻗﱁﻮﱹﻝﱔ ﭐﻟﺰﲅﻭﺭﲌ ﳁﳂﳅﳀ
  1. Itulah yang wajib dipatuhi; dan sesiapa yang menghormati hukum-hukum Allah maka yang demikian menjadi kebaikan baginya di sisi Tuhannya. Dan dihalalkan bagi kamu binatang-binatang ternak, kecuali yang dibacakan kepada kamu (tentang haramnya), maka jauhilah kekotoran syirik yang disebabkan oleh penyembahan berhala, serta jauhilah perkataan yang dusta, -
ﺣﱻﻨﱧﻔﱁﺂﺀﱧ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﻏﱔﻴﱦﺮﱺ ﻣﱨﺸﱓﺮﲌﻛﲔﻴﻦﱺ ﺑﲐﻪﲘﲶﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱨﺸﱓﺮﲌﻙﱓ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻓﱁﻜﱔﺄﱁﻧﱱﻤﱧﺎ ﺧﱺﺮﲄ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﻓﱁﺘﱧﺨﱹﻄﱔﻔﱂﻪﱨ ﭐﻟﻄﱞﻴﱦﺮﱻ ﺃﱁﻭﱹ ﺗﱧﻬﱹﻮﲌﻯ ﺑﲐﻪﲘ ﭐﻟﺮﲃﲌﻳﺢﱻ ﻓﲘﻰ ﻣﱧﻜﱔﺎﻥﲎ ﺳﱺﺤﲔﻴﻖﲎ ﳁﳃﳅﳀ
  1. (Amalkanlah perkara-perkara itu) dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun denganNya; dan sesiapa yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau dihumbankan oleh angin ke tempat yang jauh (yang membinasakan).
ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔﲨ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱨﻌﱧﻈﱝﲔﻢﱦ ﺷﱔﻌﱧﳌﴣﲐﺮﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻬﱺﺎ ﻣﲘﻦ ﺗﱧﻘﱀﻮﱺﻯ ﭐﻟﱀﻘﱂﻠﱂﻮﺏﲌ ﳁﳄﳅﳀ
  1. Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati Syiar-syiar ugama Allah maka (dia lah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin.
ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻣﱧﻨﱧ﮳ﻔﲘﻊﱨ ﺇﲐﻟﱁﻰ﮵ ﺃﱁﺟﱺﻞﲎ ﻣﱲﺴﱺﻤﱵﻰ ﺛﱂﻢﱱ ﻣﱧﺤﲔﻠﱌﻬﱺﺂ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﱀﺒﱧﻴﱦﺖﲔ ﭐﻟﱀﻌﱧﺘﲘﻴﻖﲌ ﳁﳅﳅﳀ
  1. Kamu beroleh berbagai-bagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu hingga ke suatu masa yang tertentu (bagi menyembelihnya); kemudian waktu menyembelihnya ketika sampai di tanah haram Baitullah yang tua sejarahnya itu.
ﻭﱺﻟﲘﻜﱕﻞﱝﲌ ﺃﱂﻣﱱﺔﲚ ﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﻣﱧﻨﺴﱺﻜﱘﺎ ﻟﱊﲘﻴﱧﺬﱓﻛﱕﺮﱻﻭﺍﲯ ﭐﺳﱹﻢﱧ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻣﱧﺎ ﺭﱺﺯﱺﻗﱁﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﲲ ﺑﱧﻬﲌﻴﻤﱧﺔﲘ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﱦﻌﱧ﮳ﻢﲌﲩ ﻓﱁﺈﲐﻟﱁ﮳ﻬﱻﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱬ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﱿ ﻓﱁﻠﱁﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﺳﱹﻠﲘﻤﱨﻮﺍﲯﲩ ﻭﱺﺑﱧﺸﱝﲔﺮﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﺨﱹﺒﲐﺘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳅﳀ
  1. Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat -
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺫﱨﻛﲔﺮﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺﺟﲌﻠﱁﺖﱹ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﱨﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﭐﻟﺼﲄ﮳ﺒﲐﺮﲌﻳﻦﱺ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﺻﱺﺎﺑﱧﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﻘﲘﻴﻤﲘﻰ ﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﳎﺓﲘ ﻭﱺﻣﲘﻤﱱﺎ ﺭﱺﺯﱺﻗﱀﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﻳﱨﻨﻔﲘﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳇﳅﳀ
  1. Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya.
ﻭﱺﭐﻟﱀﺒﱨﺪﱹﻥﱧ ﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧ﮳ﻬﱺﺎ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺷﱔﻌﱧﳌﴣﲐﺮﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺧﱺﻴﱦﺮﱿﲨ ﻓﱁﭑﺫﱦﻛﱕﺮﱻﻭﺍﲯ ﭐﺳﱹﻢﱧ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﱺﺎ ﺻﱺﻮﱺﺁﻑﲄﲨ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﻭﱺﺟﱺﺒﱧﺖﱹ ﺟﱻﻨﱨﻮﺑﱨﻬﱺﺎ ﻓﱁﻜﱕﻠﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﻭﱺﺃﱁﻃﱓﻌﲘﻤﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻘﱁﺎﻧﲘﻊﱧ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﻌﱦﺘﱧﺮﲄﲬ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺳﱺﺨﲄﺮﱹﻧﱧ﮳ﻬﱺﺎ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﺸﱓﻜﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳈﳅﳀ
  1. Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar ugama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.
ﻟﱁﻦ ﻳﱧﻨﱧﺎﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻟﱂﺤﱻﻮﻣﱨﻬﱺﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺩﲘﻣﱧﺂﺅﱻﻫﱺﺎ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦ ﻳﱧﻨﱧﺎﻟﱂﻪﱨ ﭐﻟﺘﱱﻘﱀﻮﱺﻯﳎ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱦﲬ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺳﱺﺨﲄﺮﱺﻫﱺﺎ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻟﲘﺘﱨﻜﱔﺒﱰﲐﺮﱻﻭﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻣﱧﺎ ﻫﱺﺪﱺﯨﻜﱕﻢﱦﲩ ﻭﱺﺑﱧﺸﱝﲔﺮﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﺤﱹﺴﲔﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳅﳀ
  1. Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.
ﲿ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱨﺪﱺ﮴ﻓﲘﻊﱨ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﳒﺍﲯﲩ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﻛﱕﻞﱞ ﺧﱺﻮﲄﺍﻥﲎ ﻛﱔﻔﱂﻮﺭﲍ ﳁﳊﳅﳀ
  1. Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur.
ﺃﱂﺫﲘﻥﱧ ﻟﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﻘﱁ﮳ﺘﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﺑﲐﺄﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻇﱕﻠﲘﻤﱨﻮﺍﲯﲬ ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻧﱧﺼﱹﺮﲌﻫﲔﻢﱦ ﻟﱁﻘﱁﺪﲘﻳﺮﱽ ﳁﳋﳅﳀ
  1. Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱂﺧﱹﺮﲌﺟﱻﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﺩﲘﻳﱧ﮳ﺮﲌﻫﲔﻢ ﺑﲐﻐﱧﻴﱦﺮﲌ ﺣﱺﻖﲃﲍ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﺍﲯ ﺭﱺﺑﱲﻨﱧﺎ ﭐﴦﴥﴤﱨﲩ ﻭﱺﻟﱁﻮﱹﵖﱔﵐ ﺩﱧﻓﱀﻊﱨ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱺ ﺑﱧﻌﱦﻀﱺﻬﱻﻢ ﺑﲐﺒﱧﻌﱦﺾﲞ ﻟﱋﻬﱻﺪﲃﲘﻣﱧﺖﱹ ﺻﱺﻮﱺ﮴ﻣﲘﻊﱨ ﻭﱺﺑﲐﻴﱧﻊﱬ ﻭﱺﺻﱺﻠﱁﻮﱺ﮴ﺕﱿ ﻭﱺﻣﱧﺴﱺ﮳ﺠﲌﺪﱻ ﻳﱨﺬﱓﻛﱔﺮﱻ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﭐﺳﱹﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍﲩ ﻭﱺﻟﱁﻴﱧﻨﺼﱻﺮﱺﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﻨﺼﱻﺮﱻﻩﱨﲵﳒﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻟﱁﻘﱁﻮﲌﻯﲇ ﻋﱺﺰﲌﻳﺰﱽ ﳁﳂﳆﳀ
  1. Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan kami ialah Allah". Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; -
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺇﲐﻥ ﻣﱱﻜﱞﻨﱱ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺃﱁﻗﱁﺎﻣﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﳎﺓﱧ ﻭﱺﺀﱧﺍﺗﱧﻮﱻﺍﲯ ﭐﻟﺰﲄﻛﱔﻮﳎﺓﱧ ﻭﱺﺃﱁﻣﱧﺮﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐﭑﻟﱀﻤﱧﻌﱦﺮﱻﻭﻑﲔ ﻭﱺﻧﱧﻬﱺﻮﱹﺍﲯ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﻨﻜﱔﺮﲌﲩ ﻭﱺﴦﳨﴥﴤﳨ ﻋﱺ﮳ﻘﲘﺒﱧﺔﱂ ﭐﵖﱓﵑﱂﻣﱨﻮﺭﲌ ﳁﳃﳆﳀ
  1. Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.
ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻳﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﱨﻮﻙﱔ ﻓﱁﻘﱁﺪﱹ ﻛﱔﺬﱞﺑﱧﺖﱹ ﻗﱁﺒﱦﻠﱁﻬﱻﻢﱦ ﻗﱁﻮﱹﻡﱨ ﻧﱨﻮﺡﲢ ﻭﱺﻋﱺﺎﺩﱬ ﻭﱺﺛﱁﻤﱨﻮﺩﱨ ﳁﳄﳆﳀ
  1. Dan jika mereka (yang kafir itu) mendustakanmu (wahai Muhammad), maka (yang demikian tidaklah pelik) kerana sesungguhnya sebelum mereka: Kaum Nabi Nuh, dan Aad (kaum Nabi Hud), serta Thamud (kaum Nabi Soleh) telah juga mendustakan Rasul masing-masing;
ﻭﱺﻗﱁﻮﱹﻡﱨ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱧ ﻭﱺﻗﱁﻮﱹﻡﱨ ﻟﱂﻮﻁﲖ ﳁﳅﳆﳀ
  1. Dan (demikian juga) kaum Nabi Ibrahim dan kaum Nabi Lut;
ﻭﱺﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱻ ﻣﱧﺪﱹﻳﱧﻦﱺﲨ ﻭﱺﻛﱕﺬﱝﲘﺏﱺ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎﲨ ﻓﱁﺄﱁﻣﱦﻠﱁﻴﱦﺖﱻ ﻟﲘﻠﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﺛﱂﻢﱱ ﺃﱁﺧﱺﺬﱓﺗﱨﻬﱻﻢﱦﲨ ﻓﱁﻜﱔﻴﱦﻒﱺ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻧﱧﻜﲔﻴﺮﲌ ﳁﳆﳆﳀ
  1. Dan juga penduduk Madyan; dan Nabi Musa juga telah didustakan; maka Aku memberi tempoh kepada orang-orang kafir itu, kemudian Aku menimpakan mereka dengan azab seksa. Dengan yang demikian perhatikanlah bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.
ﻓﱁﻜﱔﺄﱁﻳﱰﲐﻦ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﺮﱹﻳﱧﺔﲙ ﺃﱁﻫﱹﻠﱁﻜﱓﻨﱧ﮳ﻬﱺﺎ ﻭﱺﻫﲔﻰﱺ ﻇﱔﺎﻟﲘﻤﱧﺔﱆ ﻓﱁﻬﲌﻰﱺ ﺧﱺﺎﻭﲌﻳﱧﺔﱄ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻋﱻﺮﱻﻭﺷﲔﻬﱺﺎ ﻭﱺﺑﲐﺌﱦﺮﲎ ﻣﱲﻌﱧﻄﱞﻠﱁﺔﲚ ﻭﱺﻗﱁﺼﱹﺮﲎ ﻣﱱﺸﲔﻴﺪﲙ ﳁﳇﳆﳀ
  1. Maka bukan sedikit negeri-negeri yang Kami binasakan dengan sebab kezaliman penduduknya, lalu runtuh ranaplah bangunan-bangunannya; dan bukan sedikit pula telaga yang telah terbiar, dan istana yang tersergam (telah kosong, ditinggalkan).
ﺃﱁﻓﱁﻠﱁﻢﱦ ﻳﱧﺴﲔﻴﺮﱻﻭﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻓﱁﺘﱧﻜﱕﻮﻥﱧ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻗﱂﻠﱂﻮﺏﱿ ﻳﱧﻌﱦﻘﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﺑﲐﻬﱺﺂ ﺃﱁﻭﱹ ﺀﱧﺍﺫﱧﺍﻥﱬ ﻳﱧﺴﱹﻤﱧﻌﱨﻮﻥﱧ ﺑﲐﻬﱺﺎﲨ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻬﱺﺎ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺑﱦﺼﱺ﮳ﺮﱻ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻰ ﭐﻟﱀﻘﱂﻠﱂﻮﺏﱻ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺼﲅﺪﱻﻭﺭﲌ ﳁﳈﳆﳀ
  1. Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.
ﻭﱺﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻌﱦﺠﲌﻠﱂﻮﻧﱧﻚﱔ ﺑﲐﭑﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﲌ ﻭﱺﻟﱁﻦ ﻳﱨﺨﱹﻠﲘﻒﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺﻋﱹﺪﱺﻩﱨﲵﲬ ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﻳﱧﻮﱹﻣﱩﺎ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﻛﱔﺄﱁﻟﱀﻒﲔ ﺳﱺﻨﱧﺔﲚ ﻣﱰﲘﻤﱱﺎ ﺗﱧﻌﱨﺪﲅﻭﻥﱧ ﳁﳉﳆﳀ
  1. Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janjiNya; dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung.
ﻭﱺﻛﱔﺄﱁﻳﱰﲐﻦ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﺮﱹﻳﱧﺔﲙ ﺃﱁﻣﱦﻠﱁﻴﱦﺖﱻ ﻟﱁﻬﱺﺎ ﻭﱺﻫﲔﻰﱺ ﻇﱔﺎﻟﲘﻤﱧﺔﱆ ﺛﱂﻢﱱ ﺃﱁﺧﱺﺬﱓﺗﱨﻬﱺﺎ ﻭﱺﺇﲐﻟﱁﻰﲄ ﭐﻟﱀﻤﱧﺼﲔﻴﺮﱻ ﳁﳊﳆﳀ
  1. Dan bukan sedikit negeri-negeri yang Aku beri tempoh, sedang penduduknya berlaku zalim; kemudian Aku menimpakannya dengan azab seksa; dan (ingatlah) kepada Akulah tempat kembali.
ﻗﱂﻞﱓ ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱻ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺂ ﺃﱁﻧﱧﺎﲰ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻧﱧﺬﲘﻳﺮﱿ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﱿ ﳁﳋﳆﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia, aku tidak lain hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang menjelaskan keterangan-keterangan kepada kamu".
ﻓﱁﭑﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱺ﮳ﺖﲔ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱱﻐﱦﻔﲘﺮﱺﺓﱬ ﻭﱺﺭﲌﺯﱹﻕﱿ ﻛﱔﺮﲌﻳﻢﱬ ﳁﳂﳇﳀ
  1. Maka orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia.
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺳﱺﻌﱧﻮﱹﺍﲯ ﻓﲘﻰﳒ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺎ ﻣﱨﻌﱧ﮳ﺠﲌﺰﲌﻳﻦﱺ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱻ ﭐﻟﱀﺠﱺﺤﲔﻴﻢﲌ ﳁﳃﳇﳀ
  1. Dan (sebaliknya) orang-orang yang berusaha menentang dan membatalkan ayat-ayat keterangan Kami, mereka itulah ahli neraka.
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻚﱔ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﺳﱻﻮﻝﲎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻧﱧﺒﲐﻰﲃﲥ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺗﱧﻤﱧﻨﱱﻰ﮵ ﺃﱁﻟﱀﻘﱁﻰ ﭐﻟﺸﱞﻴﱦﻄﱔ﮳ﻦﱻ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱂﻣﱦﻨﲘﻴﱱﺘﲘﻪﲘﲶ ﻓﱁﻴﱧﻨﺴﱺﺦﱻ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﱧﺎ ﻳﱨﻠﱀﻘﲘﻰ ﭐﻟﺸﱞﻴﱦﻄﱔ﮳ﻦﱻ ﺛﱂﻢﱱ ﻳﱨﺤﱹﻜﲔﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻪﲘﲶﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱪ ﺣﱺﻜﲔﻴﻢﱬ ﳁﳄﳇﳀ
  1. Dan tidaklah Kami mengutuskan sebelummu seorang Rasul atau seorang Nabi melainkan apabila ia bercita-cita (supaya kaumnya beriman kepada ugama Allah yang dibawanya), maka Syaitan pun melemparkan hasutannya mengenai usaha Rasul atau Nabi itu mencapai cita-citanya; oleh itu, Allah segera menghapuskan apa yang telah diganggu oleh Syaitan, kemudian Allah menetapkan ayat-ayatNya dengan kukuhnya; dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
ﻟﱊﲘﻴﱧﺠﱹﻌﱧﻞﱔ ﻣﱧﺎ ﻳﱨﻠﱀﻘﲘﻰ ﭐﻟﺸﱞﻴﱦﻄﱔ﮳ﻦﱻ ﻓﲘﺘﱦﻨﱧﺔﱅ ﻟﱊﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻓﲘﻰ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﲐﻬﲌﻢ ﻣﱱﺮﱺﺽﱿ ﻭﱺﭐﻟﱀﻘﱁﺎﺳﲔﻴﱧﺔﲘ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﱨﻬﱻﻢﱦﲩ ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﻟﱁﻔﲘﻰ ﺷﲔﻘﱁﺎﻕﲏ ﺑﱧﻌﲘﻴﺪﲚ ﳁﳅﳇﳀ
  1. (Yang demikian) kerana Allah hendak menjadikan hasutan Syaitan itu sebagai satu fitnah cubaan bagi orang-orang yang ada penyakit kufur ingkar dalam hati mereka, dan yang hatinya keras membatu; dan sesungguhnya mereka yang zalim itu sentiasa berada dalam pertentangan yang jauh dari kebenaran.
ﻭﱺﻟﲘﻴﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱧ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱂﻭﺗﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻌﲘﻠﱀﻢﱧ ﺃﱁﻧﱱﻪﱨ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲅ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻚﱔ ﻓﱁﻴﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻓﱁﺘﱨﺨﱹﺒﲐﺖﱺ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﱨﻬﱻﻢﱦﲩ ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻟﱁﻬﱺﺎﺩﲘ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺻﲔﺮﱺ﮴ﻁﲖ ﻣﱲﺴﱹﺘﱧﻘﲘﻴﻢﲎ ﳁﳆﳇﳀ
  1. Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya; dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus.
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺰﱺﺍﻝﱕ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﻣﲘﺮﱹﻳﱧﺔﲚ ﻣﱰﲘﻨﱦﻪﱨ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﺗﱧﺄﱀﺗﲘﻴﱧﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﺴﲄﺎﻋﱺﺔﱂ ﺑﱧﻐﱦﺘﱧﺔﱃ ﺃﱁﻭﱹ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻴﱧﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱻ ﻳﱧﻮﱹﻡﲍ ﻋﱺﻘﲘﻴﻢﲍ ﳁﳇﳇﳀ
  1. Dan orang-orang kafir tetap di dalam keraguan terhadap Al-Quran hingga datang kepada mereka saat kiamat secara mengejut, atau datang kepada mereka azab hari yang tidak ada kebaikan untuk mereka.
ﭐﻟﱀﻤﱨﻠﱀﻚﱕ ﻳﱧﻮﱹﻣﱧﴣﲐﺬﲚ ﴦﱰﲘﴥﴤﲘ ﻳﱧﺤﱹﻜﱕﻢﱨ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢﱦﲬ ﻓﱁﭑﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱺ﮳ﺖﲔ ﻓﲘﻰ ﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﲔ ﭐﻟﻨﱱﻌﲘﻴﻢﲌ ﳁﳈﳇﳀ
  1. Kuasa pemerintahan pada hari kiamat itu tertentu bagi Allah. Ia akan menghukum di antara mereka. Maka orang-orang yang beriman dan beramal soleh ditempatkan di dalam Syurga yang penuh dengan segala nikmat dan kesenangan;
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻭﱺﻛﱔﺬﱞﺑﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺎ ﻓﱁﺄﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱿ ﻣﱲﻬﲌﻴﻦﱿ ﳁﳉﳇﳀ
  1. Dan orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat keterangan kami, maka mereka beroleh azab seksa yang menghina.
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻫﱺﺎﺟﱺﺮﱻﻭﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺛﱂﻢﱱ ﻗﱂﺘﲘﻠﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻭﱹ ﻣﱧﺎﺗﱨﻮﺍﲯ ﻟﱁﻴﱧﺮﱹﺯﱻﻗﱁﻨﱱﻬﱻﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺭﲌﺯﱹﻗﱃﺎ ﺣﱺﺴﱺﻨﱫﺎﲬ ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻟﱁﻬﱻﻮﱺ ﺧﱺﻴﱦﺮﱻ ﭐﻟﺮﲄ﮴ﺯﲌﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳇﳀ
  1. Dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, kemudian mereka terbunuh atau mati, sudah tentu Allah akan mengurniakan kepada mereka limpah kurnia yang baik. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi limpah kurnia.
ﻟﱁﻴﱨﺪﱹﺧﲔﻠﱁﻨﱱﻬﱻﻢ ﻣﱲﺪﱹﺧﱺﵝﱅﵗ ﻳﱧﺮﱹﺿﱺﻮﱹﻧﱧﻪﱨﲵﲬ ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻟﱁﻌﱧﻠﲘﻴﻢﱪ ﺣﱺﻠﲘﻴﻢﱬ ﳁﳋﳇﳀ
  1. Sudah tentu Allah akan memasukkan mereka (yang tersebut itu) ke tempat yang mereka sukai (Syurga), dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.
ﲿ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔﲨ ﻭﱺﻣﱧﻦﱹ ﻋﱺﺎﻗﱁﺐﱺ ﺑﲐﻤﲘﺜﱀﻞﲌ ﻣﱧﺎ ﻋﱻﻮﻗﲘﺐﱺ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﺛﱂﻢﱱ ﺑﱨﻐﲘﻰﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻟﱁﻴﱧﻨﺼﱻﺮﱺﻧﱱﻪﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻟﱁﻌﱧﻔﱂﻮﲇ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱿ ﳁﳂﳈﳀ
  1. Demikianlah (janji balasan Allah yang melimpah-limpah itu). Dan sesiapa yang membalas kejahatan orang, sama seperti yang dilakukan kepadanya, kemudian ia dianiaya lagi, demi sesungguhnya Allah akan menolongnya. (Dalam pada itu ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺑﲐﺄﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱨﻮﻟﳨﺞﱻ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﱔ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﻨﱱﻬﱺﺎﺭﲌ ﻭﱺﻳﱨﻮﻟﳨﺞﱻ ﭐﻟﻨﱱﻬﱺﺎﺭﱺ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﲌ ﻭﱺﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺳﱺﻤﲘﻴﻊﱮ ﺑﱧﺼﲔﻴﺮﱿ ﳁﳃﳈﳀ
  1. (Pertolongan yang dijanjikan Allah tetap berlaku) kerana Allah berkuasa menukar gantikan sesuatu keadaan sebagaimana kuasaNya memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti); dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺑﲐﺄﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲅ ﻭﱺﺃﱁﻥﱱ ﻣﱧﺎ ﻳﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻧﲘﻪﲘﲶ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﺒﱧ﮳ﻄﲔﻞﱕ ﻭﱺﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﻠﲘﻰﲅ ﭐﻟﱀﻜﱔﺒﲐﻴﺮﱻ ﳁﳄﳈﳀ
  1. Bersifatnya Allah dengan kekuasaan dan luas ilmu pengetahuan itu kerana bahawasanya Allah, Dia lah sahaja Tuhan Yang Sebenar-benarnya, dan bahawa segala yang mereka sembah selain dari Allah itulah yang nyata palsunya. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﺮﱺ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﻣﱧﺂﺀﱫ ﻓﱁﺘﱨﺼﱹﺒﲘﺢﱻ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱻ ﻣﱨﺨﱹﻀﱺﺮﲄﺓﱩﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻟﱁﻄﲔﻴﻒﱽ ﺧﱺﺒﲐﻴﺮﱿ ﳁﳅﳈﳀ
  1. Tidakkah engkau melihat bahawa Allah telah menurunkan hujan dari langit, lalu menjadilah bumi ini hijau subur (dengan sebabnya)? Sesungguhnya Allah Maha Halus serta lemah-lembut (urusan tadbirNya), lagi Maha Mendalam pengetahuanNya (akan hal-ehwal sekalian makhlukNya).
ﻟﱋﻪﱨﲵ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲬ ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻟﱁﻬﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻐﱧﻨﲘﻰﲅ ﭐﻟﱀﺤﱺﻤﲘﻴﺪﱻ ﳁﳆﳈﳀ
  1. Segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaanNya. Dan sesungguhnya Allah, Dia lah jua Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﺮﱺ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺳﱺﺨﲄﺮﱺ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﻣﱱﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﭐﻟﱀﻔﱂﻠﱀﻚﱔ ﺗﱧﺠﱹﺮﲌﻯ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺒﱧﺤﱹﺮﲌ ﺑﲐﺄﱁﻣﱦﺮﲌﻩﲘﲶ ﻭﱺﻳﱨﻤﱦﺴﲔﻚﱕ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﱧ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﻘﱁﻊﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺑﲐﺈﲐﺫﱦﻧﲘﻪﲘﲶﳒﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺑﲐﭑﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﻟﱁﺮﱺﺀﱨﻭﻑﱿ ﺭﲄﺣﲔﻴﻢﱬ ﳁﳇﳈﳀ
  1. Tidakkah engkau melihat bahawa Allah telah memudahkan apa yang ada di bumi untuk kegunaan kamu, dan (demikian juga) kapal-kapal yang belayar di laut dengan perintahNya? Dan Ia pula menahan langit daripada runtuh menimpa bumi, kecuali dengan izinNya; sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihanNya dan rahmatNya kepada umat manusia.
ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯﳒ ﺃﱁﺣﱹﻴﱧﺎﻛﱕﻢﱦ ﺛﱂﻢﱱ ﻳﱨﻤﲘﻴﺘﱨﻜﱕﻢﱦ ﺛﱂﻢﱱ ﻳﱨﺤﱹﻴﲐﻴﻜﱕﻢﱦﲩ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﵖﱓﵒﻧﺴﱺ﮳ﻦﱺ ﻟﱁﻜﱔﻔﱂﻮﺭﱿ ﳁﳈﳈﳀ
  1. Dan Dia lah yang menghidupkan kamu, kemudian Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu semula. Sesungguhnya manusia sangatlah tidak bersyukur.
ﻟﱊﲘﻜﱕﻞﱝﲌ ﺃﱂﻣﱱﺔﲚ ﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﻣﱧﻨﺴﱺﻜﱖﺎ ﻫﱻﻢﱦ ﻧﱧﺎﺳﲔﻜﱕﻮﻩﱨﲨ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﻳﱨﻨﱧ﮳ﺰﲌﻋﱻﻨﱱﻚﱔ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﻣﱦﺮﲌﲬ ﻭﱺﭐﺩﱦﻉﱨ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺭﱺﺑﱰﲐﻚﱔﲨ ﺇﲐﻧﱱﻚﱔ ﻟﱁﻌﱧﻠﱁﻰﳎ ﻫﱻﺪﱾﻯ ﻣﱲﺴﱹﺘﱧﻘﲘﻴﻢﲎ ﳁﳉﳈﳀ
  1. Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariaatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada ugama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.
ﻭﱺﺇﲐﻥ ﺟﱺ﮳ﺪﱺﻟﱂﻮﻙﱔ ﻓﱁﻘﱂﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺃﱁﻋﱹﻠﱁﻢﱨ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳊﳈﳀ
  1. Dan jika mereka mengemukakan bantahan kepadamu, maka katakanlah: "Allah Amat" mengetahui akan apa yang kamu lakukan.
ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﺤﱹﻜﱕﻢﱨ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻜﱕﻢﱦ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘ ﻓﲘﻴﻤﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﺗﱧﺨﱹﺘﱧﻠﲘﻔﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳈﳀ
  1. "Allah akan menghukum di antara kamu semua pada hari kiamat, mengenai apa yang kamu berselisihan padanya".
ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱦ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻓﲘﻰ ﻛﲔﺘﱧ﮳ﺐﲍﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻳﱧﺴﲔﻴﺮﱿ ﳁﳂﳉﳀ
  1. Bukankah engkau telah mengetahui bahawasanya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi? Sesungguhnya yang demikian itu ada tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz); sesungguhnya hal itu amatlah mudah bagi Allah.
ﻭﱺﻳﱧﻌﱦﺒﱨﺪﱻﻭﻥﱧ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﱧﺎ ﻟﱁﻢﱦ ﻳﱨﻨﱧﺰﲃﲌﻝﱓ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﺳﱻﻠﱀﻄﱔ﮳ﻨﱫﺎ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻋﲔﻠﱀﻢﱬﲩ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻟﲘﻠﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﻣﲘﻦ ﻧﱱﺼﲔﻴﺮﲎ ﳁﳃﳉﳀ
  1. Dan mereka menyembah yang lain dari Allah iaitu benda-benda yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan membenarkannya, dan yang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya dan (ingatlah) tiadalah bagi orang-orang yang zalim (dengan perbuatan syirik) itu sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan (di dunia dan di akhirat).
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﺗﱨﺘﱦﻠﱁﻰﳎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﱨﻨﱧﺎ ﺑﱧﻴﱰﲐﻨﱧ﮳ﺖﲖ ﺗﱧﻌﱦﺮﲌﻑﱻ ﻓﲘﻰ ﻭﱻﺟﱻﻮﻩﲘ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﭐﻟﱀﻤﱨﻨﻜﱔﺮﱺﲨ ﻳﱧﻜﱔﺎﺩﱨﻭﻥﱧ ﻳﱧﺴﱹﻄﱕﻮﻥﱧ ﺑﲐﭑﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺘﱦﻠﱂﻮﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺎﲩ ﻗﱂﻞﱓ ﺃﱁﻓﱁﺄﱂﻧﱧﺒﱰﲐﺌﱨﻜﱕﻢ ﺑﲐﺸﱔﺮﲃﲎ ﻣﱰﲘﻦ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻜﱕﻢﱨﲬ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﱻ ﻭﱺﻋﱺﺪﱺﻫﱺﺎ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯﲨ ﻭﱺﺑﲐﺌﱦﺲﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﺼﲔﻴﺮﱻ ﳁﳄﳉﳀ
  1. Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, engkau akan dapat melihat pada muka orang-orang yang kafir itu tanda marah dan benci, hampir-hampir mereka hendak menerkam dan menyerang orang-orang yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian, mahukah, aku khabarkan kepada kamu: yang lebih buruk lagi daripada apa yang telah menyebabkan kemarahan kamu itu? Ialah neraka yang telah dijanjikan oleh Allah kepada orang-orang yang kafir, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali! "
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱻ ﺿﱻﺮﲌﺏﱺ ﻣﱧﺜﱁﻞﱙ ﻓﱁﭑﺳﱹﺘﱧﻤﲘﻌﱨﻮﺍﲯ ﻟﱁﻪﱨﲵﳒﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺗﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻟﱁﻦ ﻳﱧﺨﱹﻠﱂﻘﱂﻮﺍﲯ ﺫﱨﺑﱧﺎﺑﱫﺎ ﻭﱺﻟﱁﻮﲌ ﭐﺟﱹﺘﱧﻤﱧﻌﱨﻮﺍﲯ ﻟﱁﻪﱨﲵﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻳﱧﺴﱹﻠﱂﺒﱦﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﺬﱟﺑﱧﺎﺏﱻ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱫﺎ ﵖﱞﵐ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻨﻘﲘﺬﱕﻭﻩﱨ ﻣﲘﻨﱦﻪﱨﲬ ﺿﱺﻌﱨﻒﱺ ﭐﻟﻄﱞﺎﻟﲘﺐﱻ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱧﻄﱓﻠﱂﻮﺏﱻ ﳁﳅﳉﳀ
  1. Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya).
ﻣﱧﺎ ﻗﱁﺪﱺﺭﱻﻭﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺣﱺﻖﲄ ﻗﱁﺪﱹﺭﲌﻩﲘﲶﳒﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻟﱁﻘﱁﻮﲌﻯﲇ ﻋﱺﺰﲌﻳﺰﱽ ﳁﳆﳉﳀ
  1. Mereka (yang kafir musyrik) itu tidak menghormati Allah menurut penghormatan yang selayaknya (sebagaimana yang ditetapkanNya); sesungguhnya Allah adalah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﺼﱹﻄﱔﻔﲘﻰ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﲘ ﺭﱻﺳﱻﵝﱅﵗ ﻭﱺﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺳﱺﻤﲘﻴﻊﱮ ﺑﱧﺼﲔﻴﺮﱿ ﳁﳇﳉﳀ
  1. Allah memilih utusan-utusanNya dari malaikat dan dari manusia; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻣﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻳﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺧﱺﻠﱀﻔﱁﻬﱻﻢﱦﲬ ﻭﱺﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺗﱨﺮﱹﺟﱺﻊﱨ ﭐﵖﱓﵑﱂﻣﱨﻮﺭﱻ ﳁﳈﳉﳀ
  1. Ia mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka; dan kepada Allah jualah kembalinya segala urusan.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﭐﺭﱹﻛﱔﻌﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﭐﺳﱹﺠﱻﺪﱻﻭﺍﲯ ﻭﱺﭐﻋﱹﺒﱨﺪﱻﻭﺍﲯ ﺭﱺﺑﱱﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﭐﻓﱀﻌﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﺨﱺﻴﱦﺮﱺ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱨﻔﱀﻠﲘﺤﱻﻮﻥﱧ ﲹ ﳁﳉﳉﳀ
  1. Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
ﻭﱺﺟﱺ﮳ﻬﲌﺪﱻﻭﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺣﱺﻖﲄ ﺟﲌﻬﱺﺎﺩﲘﻩﲘﲶﲬ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﺟﱹﺘﱧﺒﱧﯩﳎﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺪﲃﲘﻳﻦﲌ ﻣﲘﻦﱹ ﺣﱺﺮﱺﺝﲢﲬ ﻣﱰﲘﻠﱋﺔﱁ ﺃﱁﺑﲐﻴﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱧﲬ ﻫﱻﻮﱺ ﺳﱺﻤﱱﯩﳎﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﺴﱹﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕ ﻭﱺﻓﲘﻰ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻟﲘﻴﱧﻜﱕﻮﻥﱧ ﭐﻟﺮﲄﺳﱻﻮﻝﱕ ﺷﱔﻬﲌﻴﺪﱼﺍ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺗﱧﻜﱕﻮﻧﱨﻮﺍﲯ ﺷﱕﻬﱺﺪﱺﺁﺀﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜﲬ ﻓﱁﺄﱁﻗﲘﻴﻤﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﳎﺓﱧ ﻭﱺﺀﱧﺍﺗﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﺰﲄﻛﱔﻮﳎﺓﱧ ﻭﱺﭐﻋﱹﺘﱧﺼﲔﻤﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻫﱻﻮﱺ ﻣﱧﻮﱹﻟﱁﯩﳎﻜﱕﻢﱦﲨ ﻓﱁﻨﲘﻌﱦﻢﱧ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﻟﱁﻰﳎ ﻭﱺﻧﲘﻌﱦﻢﱧ ﭐﻟﻨﱱﺼﲔﻴﺮﱻ ﳁﳊﳉﳀ
  1. Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.