Juz 21 : Al-Ankaboot 46 hingga Al-Ahzaab 30

Bacaan Penuh Juz 21 : Al-Ankaboot 46 hingga Al-Ahzaab 30
ﲿ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱨﺠﱺ﮳ﺪﲘﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻫﱹﻞﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺑﲐﭑﻟﱋﺘﲘﻰ ﻫﲔﻰﱺ ﺃﱁﺣﱹﺴﱺﻦﱻ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻇﱔﻠﱁﻤﱨﻮﺍﲯ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦﲨ ﻭﱺﻗﱂﻮﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱱﺎ ﺑﲐﭑﻟﱋﺬﲘﻯﳒ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﻭﱺﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺇﲐﻟﱁ﮳ﻬﱻﻨﱧﺎ ﻭﱺﺇﲐﻟﱁ﮳ﻬﱻﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﱿ ﻭﱺﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﱨﺴﱹﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳆﳀ
  1. Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): "Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri."
ﻭﱺﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺃﱁﻧﺰﱺﻟﱀﻨﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺﲬ ﻓﱁﭑﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﺑﲐﻪﲘﲶﲨ ﻭﱺﻣﲘﻦﱹ ﻫﱺﳌﺆﱻﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﻣﱧﻦ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻦﱻ ﺑﲐﻪﲘﲶﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱧﺠﱹﺤﱺﺪﱻ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺂ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳉﳆﳀ
  1. Dan (sebagaimana Kami telah menurunkan Kitab-kitab ugama kepada Rasul-rasul yang telah lalu) demikianlah Kami turunkan pula kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Al-Quran ini. Maka orang-orang yang Kami berikan Kitab (Taurat dan Injil) ada yang beriman kepada Al-Quran, dan juga sebahagian dari orang-orang (Makkah) beriman kepadanya; dan tiadalah yang mengingkari ayat-ayat keterangan Kami melainkan orang-orang yang berdegil dalam kekufurannya.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱕﻨﺖﱺ ﺗﱧﺘﱦﻠﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻪﲘﲶ ﻣﲘﻦ ﻛﲔﺘﱧ﮳ﺐﲎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺨﱻﻄﱟﻪﱨﲵ ﺑﲐﻴﱧﻤﲘﻴﻨﲘﻚﱔﲨ ﺇﲐﺫﱫﺍ ﵖﱞﵔﺭﱹﺗﱧﺎﺏﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺒﱦﻄﲔﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳊﳆﳀ
  1. Dan engkau (wahai Muhammad) tidak pernah tahu membaca sesebuah kitab pun sebelum turunnya Al-Quran ini, dan tidak pula tahu menulisnya dengan tangan kananmu; (kalaulah engkau dahulu pandai membaca dan menulis) tentulah ada alasan bagi orang-orang kafir yang menentangmu akan merasa ragu-ragu (tentang kebenaranmu).
ﺑﱧﻞﱓ ﻫﱻﻮﱺ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺖﲁ ﺑﱧﻴﱰﲐﻨﱧ﮳ﺖﱿ ﻓﲘﻰ ﺻﱻﺪﱻﻭﺭﲌ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱂﻭﺗﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻌﲘﻠﱀﻢﱧﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱧﺠﱹﺤﱺﺪﱻ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺂ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳆﳀ
  1. (Al-Quran tetap datangnya dari Allah dengan tidak syak lagi) bahkan ia ayat-ayat keterangan yang jelas nyata, yang terpelihara di dalam dada orang-orang yang berilmu; dan tiadalah yang mengingkari ayat-ayat keterangan Kami melainkan orang-orang yang zalim.
ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻟﱁﻮﱹﵖﱔﵓ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺖﱿ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻪﲘﲶﲬ ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﭐﵖﱓﵕﻳﱧ﮳ﺖﱻ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺂ ﺃﱁﻧﱧﺎﲰ ﻧﱧﺬﲘﻳﺮﱿ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﱽ ﳁﳂﳇﳀ
  1. Dan mereka berkata: "Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) mukjizat-mukjizat dari Tuhannya?" Jawablah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya (urusan menurunkan) mukjizat-mukjizat itu adalah tertentu bagi Allah, dan aku hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata".
ﺃﱁﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﻜﱓﻔﲘﻬﲌﻢﱦ ﺃﱁﻧﱱﺂ ﺃﱁﻧﺰﱺﻟﱀﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻚﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻳﱨﺘﱦﻠﱁﻰﳎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻟﱁﺮﱺﺣﱹﻤﱧﺔﱅ ﻭﱺﺫﲘﻛﱓﺮﱺﻯﳎ ﻟﲘﻘﱁﻮﱹﻡﲎ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳇﳀ
  1. (Patutkah mereka meminta mukjizat-mukjizat yang lain?) tidakkah cukup bagi mereka bahawa Kami telah menurunkan kepadamu Al-Quran yang dibacakan kepada mereka? Sesungguhnya Al-Quran yang diturunkan itu mengandungi rahmat dan peringatan bagi orang-orang yang beriman.
ﻗﱂﻞﱓ ﻛﱔﻔﱁﻰﳎ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﺑﱧﻴﱦﻨﲘﻰ ﻭﱺﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻜﱕﻢﱦ ﺷﱔﻬﲌﻴﺪﱾﺍﲨ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲩ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﻟﱀﺒﱧ﮳ﻄﲔﻞﲌ ﻭﱺﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﺨﱺ﮳ﺴﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳄﳇﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah Allah menjadi saksi (yang mengetahui perkara yang berbangkit) antaraku dengan kamu; Ia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi. Dan mereka yang percaya kepada perkara yang salah dan tidak percaya kepada Allah, mereka itulah orang-orang yang rugi.
ﻭﱺﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻌﱦﺠﲌﻠﱂﻮﻧﱧﻚﱔ ﺑﲐﭑﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﲌ ﻭﱺﻟﱁﻮﱹﵖﱔﵓ ﺃﱁﺟﱺﻞﱙ ﻣﱲﺴﱺﻤﱵﻰ ﻟﱋﺠﱺﺂﺀﱧﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﱻﲬ ﻭﱺﻟﱁﻴﱧﺄﱀﺗﲘﻴﱧﻨﱱﻬﱻﻢ ﺑﱧﻐﱦﺘﱧﺔﱅ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺸﱓﻌﱨﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳇﳀ
  1. Dan mereka meminta kepadamu menyegerakan kedatangan azab (yang dijanjikan); dan kalau tidaklah kerana adanya tempoh yang telah ditetapkan, tentulah azab itu akan datang menimpa mereka; dan azab itu tetap akan datang menimpa mereka secara mengejut, sedang mereka tidak menyedarinya.
ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻌﱦﺠﲌﻠﱂﻮﻧﱧﻚﱔ ﺑﲐﭑﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﲌ ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﺟﱺﻬﱺﻨﱱﻢﱧ ﻟﱁﻤﱨﺤﲔﻴﻄﱔﺔﱈ ﺑﲐﭑﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳆﳇﳀ
  1. Mereka meminta kepadamu menyegerakan kedatangan azab itu, padahal sesungguhnya neraka Jahannam tetap akan meliputi orang-orang yang kafir -
ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﻳﱧﻐﱦﺸﱔﯩﳎﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﱻ ﻣﲘﻦ ﻓﱁﻮﱹﻗﲘﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻣﲘﻦ ﺗﱧﺤﱹﺖﲔ ﺃﱁﺭﱹﺟﱻﻠﲘﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻳﱧﻘﱂﻮﻝﱕ ﺫﱨﻭﻗﱂﻮﺍﲯ ﻣﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳇﳇﳀ
  1. Pada hari azab itu menyelubungi mereka dari sebelah atas mereka dan dari bawah kaki mereka; dan (malaikat yang melakukannya) akan berkata kepada mereka: "Rasalah kamu (balasan) apa yang kamu telah kerjakan".
ﻳﱧ﮳ﻌﲘﺒﱧﺎﺩﲘﻯﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻥﱱ ﺃﱁﺭﱹﺿﲔﻰ ﻭﱺ﮴ﺳﲔﻌﱧﺔﱆ ﻓﱁﺈﲐﻳﱱ﮳ﻰﱺ ﻓﱁﭑﻋﱹﺒﱨﺪﱻﻭﻥﲌ ﳁﳈﳇﳀ
  1. Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Sesungguhnya bumiKu adalah luas (untuk kamu bebas beribadat); oleh itu, (di mana sahaja kamu dapat berbuat demikian) maka hendaklah kamu ikhlaskan ibadat kamu kepadaKu.
ﻛﱕﻞﱟ ﻧﱧﻔﱀﺲﲞ ﺫﱧﺁﴢﲐﻘﱁﺔﱂ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺕﲔﲨ ﺛﱂﻢﱱ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﺗﱨﺮﱹﺟﱺﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳉﳇﳀ
  1. Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱺ﮳ﺖﲔ ﻟﱁﻨﱨﺒﱧﻮﲃﲌﺋﱧﻨﱱﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺠﱺﻨﱱﺔﲘ ﻏﱕﺮﱺﻓﱅﺎ ﺗﱧﺠﱹﺮﲌﻯ ﻣﲘﻦ ﺗﱧﺤﱹﺘﲘﻬﱺﺎ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﱦﻬﱺ﮳ﺮﱻ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﲘﻳﻦﱺ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎﲬ ﻧﲘﻌﱦﻢﱧ ﺃﱁﺟﱹﺮﱻ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻤﲘﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳇﳀ
  1. Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya. Demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh -
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺻﱺﺒﱧﺮﱻﻭﺍﲯ ﻭﱺﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻳﱧﺘﱧﻮﱺﻛﱞﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳇﳀ
  1. (Iaitu) mereka yang sabar, dan mereka pula berserah diri bulat-bulat kepada Tuhannya.
ﻭﱺﻛﱔﺄﱁﻳﱰﲐﻦ ﻣﱰﲘﻦ ﺩﱧﺁﺑﱱﺔﲚ ﵖﱞﵐ ﺗﱧﺤﱹﻤﲘﻞﱕ ﺭﲌﺯﱹﻗﱁﻬﱺﺎ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﺮﱹﺯﱻﻗﱂﻬﱺﺎ ﻭﱺﺇﲐﻳﱱﺎﻛﱕﻢﱦﲬ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﲘﻴﻊﱨ ﭐﻟﱀﻌﱧﻠﲘﻴﻢﱨ ﳁﳂﳈﳀ
  1. Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
ﻭﱺﻟﱁﴣﲐﻦ ﺳﱺﺄﱁﻟﱀﺘﱧﻬﱻﻢ ﻣﱱﻦﱹ ﺧﱺﻠﱁﻖﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﻭﱺﺳﱺﺨﲄﺮﱺ ﭐﻟﺸﱞﻤﱦﺲﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻘﱁﻤﱧﺮﱺ ﻟﱁﻴﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻦﲄ ﭐﴦﴥﴤﱨﲨ ﻓﱁﺄﱁﻧﱱﻰﳎ ﻳﱨﺆﱹﻓﱁﻜﱕﻮﻥﱧ ﳁﳃﳈﳀ
  1. Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?
ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﺒﱦﺴﱻﻂﱕ ﭐﻟﺮﲃﲌﺯﱹﻕﱺ ﻟﲘﻤﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﲘﻩﲘﲶ ﻭﱺﻳﱧﻘﱀﺪﲘﺭﱻ ﻟﱁﻪﱨﲵﳒﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺑﲐﻜﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲙ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱬ ﳁﳄﳈﳀ
  1. Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (rezeki itu) baginya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
ﻭﱺﻟﱁﴣﲐﻦ ﺳﱺﺄﱁﻟﱀﺘﱧﻬﱻﻢ ﻣﱱﻦ ﻧﱱﺰﲄﻝﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﻣﱧﺂﺀﱫ ﻓﱁﺄﱁﺣﱹﻴﱧﺎ ﺑﲐﻪﲘ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻣﱧﻮﱹﺗﲘﻬﱺﺎ ﻟﱁﻴﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻦﲄ ﭐﴦﴥﴤﱨﲬ ﻗﱂﻞﲌ ﭐﻟﱀﺤﱺﻤﱦﺪﱻ ﴦﲘﴥﴤﲘﲬ ﺑﱧﻞﱓ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱻﻫﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻌﱦﻘﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳅﳈﳀ
  1. Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik).
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻫﱺ﮳ﺬﲘﻩﲘ ﭐﻟﱀﺤﱺﻴﱧﻮﳎﺓﱨ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺂ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻟﱁﻬﱹﻮﱿ ﻭﱺﻟﱁﻌﲘﺐﱿﲬ ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﺪﲄﺍﺭﱺ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﱧ ﻟﱁﻬﲌﻰﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﻴﱧﻮﱺﺍﻥﱨﲬ ﻟﱁﻮﱹ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳈﳀ
  1. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).
ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﺭﱺﻛﲔﺒﱨﻮﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻔﱂﻠﱀﻚﲔ ﺩﱧﻋﱺﻮﱻﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻣﱨﺨﱹﻠﲘﺼﲔﻴﻦﱺ ﻟﱁﻪﱨ ﭐﻟﺪﲃﲘﻳﻦﱺ ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﻧﱧﺠﲄﯩﳎﻬﱻﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﱀﺒﱧﺮﲃﲌ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱨﺸﱓﺮﲌﻛﱕﻮﻥﱧ ﳁﳇﳈﳀ
  1. Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya.
ﻟﲘﻴﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻟﲘﻴﱧﺘﱧﻤﱧﺘﱱﻌﱨﻮﺍﲯﲬ ﻓﱁﺴﱺﻮﱹﻑﱺ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳈﳀ
  1. (Akibat syirik itu) menjadilah mereka orang-orang yang kufurkan nikmat yang Kami telah berikan kepadanya, dan (menjadi) orang-orang yang hanya dapat bersuka ria di dunia; kemudian mereka akan mengetahui kelak akibat buruk apa yang mereka lakukan.
ﺃﱁﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﺮﱺﻭﱹﺍﲯ ﺃﱁﻧﱱﺎ ﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﺣﱺﺮﱺﻣﱩﺎ ﺀﱧﺍﻣﲘﻨﱫﺎ ﻭﱺﻳﱨﺘﱧﺨﱺﻄﱞﻒﱻ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱻ ﻣﲘﻦﱹ ﺣﱺﻮﱹﻟﲘﻬﲌﻢﱦﲬ ﺃﱁﻓﱁﺒﲐﭑﻟﱀﺒﱧ﮳ﻄﲔﻞﲌ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﻭﱺﺑﲐﻨﲘﻌﱦﻤﱧﺔﲘ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻳﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳉﳈﳀ
  1. Dan tidakkah mereka melihat dan memerhatikan bahawa Kami telah menjadikan (Makkah, negeri mereka) tanah suci yang dihormati, lagi aman; sedang orang-orang ramai yang tinggal (dalam daerah-daerah) di sekeliling mereka sentiasa diculik (untuk ditawan atau dibunuh) ? Oleh itu, patutkah mereka percaya kepada perkara yang salah, dan kufur ingkar akan nikmat-nikmat Allah?
ﻭﱺﻣﱧﻦﱹ ﺃﱁﻇﱓﻠﱁﻢﱨ ﻣﲘﻤﱱﻦﲌ ﭐﻓﱀﺘﱧﺮﱺﻯﳎ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻛﱔﺬﲘﺑﱩﺎ ﺃﱁﻭﱹ ﻛﱔﺬﱞﺏﱺ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻟﱁﻤﱱﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧﻩﱨﲵﳒﲬ ﺃﱁﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﻓﲘﻰ ﺟﱺﻬﱺﻨﱱﻢﱧ ﻣﱧﺜﱀﻮﱾﻯ ﻟﱊﲘﻠﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳊﳈﳀ
  1. Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau mendustakan kebenaran setelah kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka Jahannam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang kafir?
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺟﱺ﮳ﻬﱺﺪﱻﻭﺍﲯ ﻓﲘﻴﻨﱧﺎ ﻟﱁﻨﱧﻬﱹﺪﲘﻳﱧﻨﱱﻬﱻﻢﱦ ﺳﱻﺒﱨﻠﱁﻨﱧﺎﲬ ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻟﱁﻤﱧﻊﱧ ﭐﻟﱀﻤﱨﺤﱹﺴﲔﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳈﳀ
  1. Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
ﺍﻟﳓﻢﳒ ﳁﳃﳀ
  1. Alif, Laam, Miim.
ﻏﱕﻠﲘﺒﱧﺖﲔ ﭐﻟﺮﲅﻭﻡﱨ ﳁﳄﳀ
  1. Orang-orang Rom telah dikalahkan -
ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱁﺩﱦﻧﱧﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﻫﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻏﱔﻠﱁﺒﲐﻬﲌﻢﱦ ﺳﱺﻴﱧﻐﱦﻠﲘﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳅﳀ
  1. Di negeri yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya -
ﻓﲘﻰ ﺑﲐﻀﱹﻊﲠ ﺳﲔﻨﲘﻴﻦﱺﲩ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﭐﵖﱓﵑﱁﻣﱦﺮﱻ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕ ﻭﱺﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﱻﲬ ﻭﱺﻳﱧﻮﱹﻣﱧﴣﲐﺬﲚ ﻳﱧﻔﱀﺮﱺﺡﱻ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳀ
  1. Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira -
ﺑﲐﻨﱧﺼﱹﺮﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﻳﱧﻨﺼﱻﺮﱻ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲨ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﱨ ﳁﳇﳀ
  1. Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
ﻭﱺﻋﱹﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘﲨ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺨﱹﻠﲘﻒﱻ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺﻋﱹﺪﱺﻩﱨﲵ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﲄ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳀ
  1. Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﻇﱔ﮳ﻬﲌﺮﱾﺍ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﻴﱧﻮﳎﺓﲘ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﻫﱻﻢﱦ ﻏﱔ﮳ﻔﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳉﳀ
  1. Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat.
ﺃﱁﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﺘﱧﻔﱁﻜﱞﺮﱻﻭﺍﲯ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻬﲌﻢﲩ ﻣﱱﺎ ﺧﱺﻠﱁﻖﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻤﱧﺂ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻭﱺﺃﱁﺟﱺﻞﲎ ﻣﱲﺴﱺﻤﱵﻰﲩ ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﺑﲐﻠﲘﻘﱁﺂﴠﲤ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻟﱁﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳊﳀ
  1. Patutkah mereka merasa cukup dengan mengetahui yang demikian sahaja, dan tidak memikirkan dalam hati mereka, (supaya mereka dapat mengetahui), bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar, dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu, (juga untuk kembali menemui Penciptanya)? Dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya.
ﺃﱁﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﺴﲔﻴﺮﱻﻭﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻓﱁﻴﱧﻨﻈﱕﺮﱻﻭﺍﲯ ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻋﱺ﮳ﻘﲘﺒﱧﺔﱂ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻬﲌﻢﱦﲬ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﺷﱔﺪﲄ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻗﱂﻮﲄﺓﱫ ﻭﱺﺃﱁﺛﱁﺎﺭﱻﻭﺍﲯ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﻭﱺﻋﱺﻤﱧﺮﱻﻭﻫﱺﺂ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱺ ﻣﲘﻤﱱﺎ ﻋﱺﻤﱧﺮﱻﻭﻫﱺﺎ ﻭﱺﺟﱺﺂﺀﱧﺗﱦﻬﱻﻢﱦ ﺭﱻﺳﱻﻠﱂﻬﱻﻢ ﺑﲐﭑﻟﱀﺒﱧﻴﱰﲐﻨﱧ﮳ﺖﲔﲨ ﻓﱁﻤﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﲘﻴﱧﻈﱓﻠﲘﻤﱧﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﻈﱓﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳀ
  1. Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri, dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.
ﺛﱂﻢﱱ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻋﱺ﮳ﻘﲘﺒﱧﺔﱁ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱁﺳﱺﳌ﮲ﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﺴﲅﻮﳒﺃﱁﻯ﮵ ﺃﱁﻥ ﻛﱔﺬﱞﺑﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻬﱺﺎ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻬﱹﺰﲌﺀﱨﻭﻥﱧ ﳁﳂﳃﳀ
  1. Sesudah dibinasakan di dunia maka akibat orang-orang yang melakukan kejahatan itu ialah seburuk-buruk azab (di akhirat kelak), disebabkan mereka mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan sentiasa mempersendakannya.
ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﺒﱦﺪﱺﺅﱻﺍﲯ ﭐﻟﱀﺨﱺﻠﱀﻖﱺ ﺛﱂﻢﱱ ﻳﱨﻌﲘﻴﺪﱻﻩﱨﲵ ﺛﱂﻢﱱ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﺗﱨﺮﱹﺟﱺﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳃﳀ
  1. Allah memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula pada hari kiamat), kemudian kepadaNyalah kamu akan dikembalikan (untuk menerima balasan).
ﻭﱺﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﺗﱧﻘﱂﻮﻡﱨ ﭐﻟﺴﲄﺎﻋﱺﺔﱂ ﻳﱨﺒﱦﻠﲘﺲﱻ ﭐﻟﱀﻤﱨﺠﱹﺮﲌﻣﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳃﳀ
  1. Dan semasa berlakunya hari kiamat, orang-orang yang berdosa akan dia membisu serta berputus asa.
ﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﻜﱕﻦ ﻟﱋﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺷﱕﺮﱺﻛﱔﺂﴢﲐﻬﲌﻢﱦ ﺷﱕﻔﱁﻌﱧﳌﺆﱻﺍﲯ ﻭﱺﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﺸﱕﺮﱺﻛﱔﺂﴢﲐﻬﲌﻢﱦ ﻛﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳅﳃﳀ
  1. Dan makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu-sekutu Allah itu tidak ada satupun daripadanya pemberi syafaat melepaskan mereka (dari azab Allah), padahal mereka berlaku kufur di dunia dahulu dengan sebab makhluk-makhluk yang mereka sekutukan (dengan Allah) itu.
ﻭﱺﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﺗﱧﻘﱂﻮﻡﱨ ﭐﻟﺴﲄﺎﻋﱺﺔﱂ ﻳﱧﻮﱹﻣﱧﴣﲐﺬﲚ ﻳﱧﺘﱧﻔﱁﺮﲄﻗﱂﻮﻥﱧ ﳁﳆﳃﳀ
  1. Dan semasa berlakunya kiamat, mereka pada hari itu akan berpecah kepada dua kumpulan (setelah selesai perbicaraan).
ﻓﱁﺄﱁﻣﱱﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱺ﮳ﺖﲔ ﻓﱁﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﺭﱺﻭﱹﺿﱺﺔﲚ ﻳﱨﺤﱹﺒﱧﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳇﳃﳀ
  1. Adapun kumpulan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan ditempatkan di taman Syurga dalam keadaan bersuka ria.
ﻭﱺﺃﱁﻣﱱﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻭﱺﻛﱔﺬﱞﺑﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺎ ﻭﱺﻟﲘﻘﱁﺂﴠﲤ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﻓﱁﺄﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﲌ ﻣﱨﺤﱹﻀﱺﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳈﳃﳀ
  1. Dan sebaliknya kumpulan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami (Al-Quran) serta mendustakan pertemuan hari akhirat, maka mereka akan tetap berada dalam azab seksa selama-lamanya.
ﻓﱁﺴﱻﺒﱦﺤﱺ﮳ﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺣﲔﻴﻦﱺ ﺗﱨﻤﱦﺴﱻﻮﻥﱧ ﻭﱺﺣﲔﻴﻦﱺ ﺗﱨﺼﱹﺒﲐﺤﱻﻮﻥﱧ ﳁﳉﳃﳀ
  1. (Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka bertasbihlah kepada Allah semasa kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu subuh.
ﻭﱺﻟﱁﻪﱨ ﭐﻟﱀﺤﱺﻤﱦﺪﱻ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﻋﱺﺸﲔﻴﱵﺎ ﻭﱺﺣﲔﻴﻦﱺ ﺗﱨﻈﱓﻬﲌﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳊﳃﳀ
  1. Serta pujilah Allah yang berhak menerima segala puji (dari sekalian makhlukNya) di langit dan di bumi, dan juga (bertasbihlah kepadaNya serta pujilah Dia) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu zuhur.
ﻳﱨﺨﱹﺮﲌﺝﱻ ﭐﻟﱀﺤﱺﻰﲄ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﻴﱰﲐﺖﲔ ﻭﱺﻳﱨﺨﱹﺮﲌﺝﱻ ﭐﻟﱀﻤﱧﻴﱰﲐﺖﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﻰﲃﲤ ﻭﱺﻳﱨﺤﱹﻰﲤ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﻣﱧﻮﱹﺗﲘﻬﱺﺎﲬ ﻭﱺﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺗﱨﺨﱹﺮﱺﺟﱻﻮﻥﱧ ﳁﳋﳃﳀ
  1. Ia mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup, serta menghidupkan bumi sesudah matinya; dan sedemikian itulah kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur).
ﻭﱺﻣﲘﻦﱹ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻪﲘﲶﳒ ﺃﱁﻥﱦ ﺧﱺﻠﱁﻘﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺗﱨﺮﱺﺍﺏﲎ ﺛﱂﻢﱱ ﺇﲐﺫﱧﺁ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢ ﺑﱧﺸﱔﺮﱿ ﺗﱧﻨﺘﱧﺸﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳄﳀ
  1. Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya (menghidupkan kamu semula), bahawa Ia menciptakan kamu dari tanah; setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu menjadi manusia yang hidup bertebaran di muka bumi.
ﻭﱺﻣﲘﻦﱹ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻪﲘﲶﳒ ﺃﱁﻥﱦ ﺧﱺﻠﱁﻖﱺ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﺯﱹﻭﱺ﮴ﺟﱾﺎ ﻟﱊﲘﺘﱧﺴﱹﻜﱕﻨﱨﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻬﱺﺎ ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻜﱕﻢ ﻣﱱﻮﱺﺩﱱﺓﱫ ﻭﱺﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺔﱃﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﵖﱔﵕﻳﱧ﮳ﺖﲖ ﻟﱊﲘﻘﱁﻮﱹﻡﲎ ﻳﱧﺘﱧﻔﱁﻜﱞﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳃﳄﳀ
  1. Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
ﻭﱺﻣﲘﻦﱹ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻪﲘﲶ ﺧﱺﻠﱀﻖﱻ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﭐﺧﱹﺘﲘﻠﱁ﮳ﻒﱻ ﺃﱁﻟﱀﺴﲔﻨﱧﺘﲘﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻟﱀﻮﱺ﮴ﻧﲘﻜﱕﻢﱦﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﵖﱔﵕﻳﱧ﮳ﺖﲖ ﻟﱊﲘﻠﱀﻌﱧ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳄﳀ
  1. Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.
ﻭﱺﻣﲘﻦﱹ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻪﲘﲶ ﻣﱧﻨﱧﺎﻣﱨﻜﱕﻢ ﺑﲐﭑﻟﱋﻴﱦﻞﲌ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﻬﱺﺎﺭﲌ ﻭﱺﭐﺑﱦﺘﲘﻐﱧﺂﺅﱻﻛﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻓﱁﻀﱹﻠﲘﻪﲘﲶﳒﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﵖﱔﵕﻳﱧ﮳ﺖﲖ ﻟﱊﲘﻘﱁﻮﱹﻡﲎ ﻳﱧﺴﱹﻤﱧﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳅﳄﳀ
  1. Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kemurahannya dan kasih sayangNya ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari, dan usaha kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya (pada kedua-dua waktu itu). Sesungguhnya keadaan yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).
ﻭﱺﻣﲘﻦﱹ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻪﲘﲶ ﻳﱨﺮﲌﻳﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﺒﱧﺮﱹﻕﱺ ﺧﱺﻮﱹﻓﱅﺎ ﻭﱺﻃﱔﻤﱧﻌﱫﺎ ﻭﱺﻳﱨﻨﱧﺰﲃﲌﻝﱕ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﻣﱧﺂﺀﱫ ﻓﱁﻴﱨﺤﱹﻰﲤﲶ ﺑﲐﻪﲘ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﻣﱧﻮﱹﺗﲘﻬﱺﺂﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﵖﱔﵕﻳﱧ﮳ﺖﲖ ﻟﱊﲘﻘﱁﻮﱹﻡﲎ ﻳﱧﻌﱦﻘﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳆﳄﳀ
  1. Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya, Ia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahamiNya.
ﻭﱺﻣﲘﻦﱹ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻪﲘﲶﳒ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﻘﱂﻮﻡﱧ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﱨ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱻ ﺑﲐﺄﱁﻣﱦﺮﲌﻩﲘﲶﲬ ﺛﱂﻢﱱ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺩﱧﻋﱺﺎﻛﱕﻢﱦ ﺩﱧﻋﱹﻮﱺﺓﱫ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺇﲐﺫﱧﺁ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﺨﱹﺮﱻﺟﱻﻮﻥﱧ ﳁﳇﳄﳀ
  1. Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan keluasan ilmuNya dan kekuasaanNya, ialah terdirinya langit dan bumi (dalam keadaan yang menakjubkan itu) dengan perintah dan penentuan takdirNya; akhirnya apabila Ia menyeru kamu dengan satu seruan (supaya kamu bangkit hidup semula) dari bumi, kamu dengan serta merta keluar (dari kubur masing-masing).
ﻭﱺﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﱧﻦ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲨ ﻛﱕﻞﱣ ﻟﱋﻪﱨﲵ ﻗﱁ﮳ﻨﲘﺘﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳄﳀ
  1. Dan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi adalah hak kepunyaanNya, masing-masing tetap tunduk kepada hukum peraturanNya.
ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱧﺒﱦﺪﱺﺅﱻﺍﲯ ﭐﻟﱀﺨﱺﻠﱀﻖﱺ ﺛﱂﻢﱱ ﻳﱨﻌﲘﻴﺪﱻﻩﱨﲵ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﺃﱁﻫﱹﻮﱺﻥﱨ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘﲬ ﻭﱺﻟﱁﻪﱨ ﭐﻟﱀﻤﱧﺜﱁﻞﱕ ﭐﵖﱓﵑﱁﻋﱹﻠﱁﻰﳎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲬ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﱀﺤﱺﻜﲔﻴﻢﱨ ﳁﳉﳄﳀ
  1. Dan Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah mereka mati), sedang perlaksanaan yang demikian amatlah mudah bagiNya. Dan bagiNyalah jua sifat yang tertinggi di langit dan di bumi, dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
ﺿﱺﺮﱺﺏﱺ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﻣﱱﺜﱁﵝﱅﵗ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻜﱕﻢﱦﲨ ﻫﱺﻞ ﻟﱋﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻣﱱﺎ ﻣﱧﻠﱁﻜﱔﺖﱹ ﺃﱁﻳﱦﻤﱧ﮳ﻨﱨﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺷﱕﺮﱺﻛﱔﺂﺀﱧ ﻓﲘﻰ ﻣﱧﺎ ﺭﱺﺯﱺﻗﱀﻨﱧ﮳ﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﺄﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﺳﱺﻮﱺﺁﺀﱬ ﺗﱧﺨﱺﺎﻓﱂﻮﻧﱧﻬﱻﻢﱦ ﻛﱔﺨﲔﻴﻔﱁﺘﲘﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻜﱕﻢﱦﲬ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻧﱨﻔﱁﺼﲃﲔﻞﱕ ﭐﵖﱓﵕﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﻟﲘﻘﱁﻮﱹﻡﲎ ﻳﱧﻌﱦﻘﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳊﳄﳀ
  1. Ia mengemukakan kepada kamu satu misal perbandingan dari keadaan diri kamu sendiri, iaitu: Relakah kamu menerima sebahagian dari hamba-hamba abdi yang kamu miliki itu menjadi rakan kongsi kamu pada harta benda yang Kami telah kurniakan kepada kamu, supaya dengan penerimaan kamu itu, mereka dengan kamu menjadi sama-sama berhak padanya, sehingga kamu pun tidak berani (menguruskan harta benda itu dengan tiada persetujuan) mereka, sebagaimana kamu tidak berani (berbuat demikian dengan orang-orang yang berkongsi dengan kamu - yang setaraf dengan) diri kamu? Demikianlah Kami menjelaskan keterangan-keterangan satu persatu bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahaminya.
ﺑﱧﻞﲌ ﭐﺗﱱﺒﱧﻊﱧ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻇﱔﻠﱁﻤﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻫﱹﻮﱺﺁﺀﱧﻫﱻﻢ ﺑﲐﻐﱧﻴﱦﺮﲌ ﻋﲔﻠﱀﻢﲎﲨ ﻓﱁﻤﱧﻦ ﻳﱧﻬﱹﺪﲘﻯ ﻣﱧﻦﱹ ﺃﱁﺿﱺﻞﱞ ﭐﴦﴥﴤﱨﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻧﱱ﮳ﺼﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳋﳄﳀ
  1. Orang-orang yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka (melakukan syirik) dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh Allah (disebabkan bawaannya sendiri), dan tiada pula bagi mereka sesiapa yang dapat menolong melepaskan mereka dari azab.
ﻓﱁﺄﱁﻗﲘﻢﱦ ﻭﱺﺟﱹﻬﱺﻚﱔ ﻟﲘﻠﺪﲃﲘﻳﻦﲌ ﺣﱺﻨﲘﻴﻔﱅﺎﲬ ﻓﲘﻄﱓﺮﱺﺕﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰ ﻓﱁﻄﱔﺮﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﱺﺎﲬ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﺒﱦﺪﲘﻳﻞﱔ ﻟﲘﺨﱺﻠﱀﻖﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﭐﻟﺪﲃﲘﻳﻦﱻ ﭐﻟﱀﻘﱁﻴﱰﲐﻢﱨ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﲄ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳂﳅﳀ
  1. (Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
ﲿ ﻣﱨﻨﲘﻴﺒﲐﻴﻦﱺ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﻩﱨ ﻭﱺﺃﱁﻗﲘﻴﻤﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﳎﺓﱧ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻜﱕﻮﻧﱨﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺸﱓﺮﲌﻛﲔﻴﻦﱺ ﳁﳃﳅﳀ
  1. Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna; dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik -
ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻓﱁﺮﲄﻗﱂﻮﺍﲯ ﺩﲘﻳﻨﱧﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﺷﲔﻴﱧﻌﱫﺎﲨ ﻛﱕﻞﱟ ﺣﲔﺰﱹﺏﲏ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻟﱁﺪﱺﻳﱦﻬﲌﻢﱦ ﻓﱁﺮﲌﺣﱻﻮﻥﱧ ﳁﳄﳅﳀ
  1. Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman ugama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan amalan yang terpesong itu).
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﻣﱧﺲﲄ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱺ ﺿﱻﺮﲉ ﺩﱧﻋﱺﻮﱹﺍﲯ ﺭﱺﺑﱱﻬﱻﻢ ﻣﱲﻨﲘﻴﺒﲐﻴﻦﱺ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﺛﱂﻢﱱ ﺇﲐﺫﱧﺁ ﺃﱁﺫﱧﺍﻗﱁﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻨﱦﻪﱨ ﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺔﱃ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﻓﱁﺮﲌﻳﻖﱿ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢ ﺑﲐﺮﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻳﱨﺸﱓﺮﲌﻛﱕﻮﻥﱧ ﳁﳅﳅﳀ
  1. Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, mereka segera berdoa kepada Tuhan mereka dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah memberi mereka merasai sesuatu rahmat daripadaNya, tiba-tiba sebahagian dari mereka mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhannya;
ﻟﲘﻴﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦﲬ ﻓﱁﺘﱧﻤﱧﺘﱱﻌﱨﻮﺍﲯ ﻓﱁﺴﱺﻮﱹﻑﱺ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳅﳀ
  1. Dengan sebab itu, mereka mengingkari nikmat-nikmat yang telah Kami berikan kepadanya. Maka (dikatakan kepada mereka): "Bersenang-senanglah kamu (bagi sementara), kemudian kamu akan mengetahui (balasan kederhakaan kamu)".
ﺃﱁﻡﱦ ﺃﱁﻧﺰﱺﻟﱀﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺳﱻﻠﱀﻄﱔ﮳ﻨﱫﺎ ﻓﱁﻬﱻﻮﱺ ﻳﱧﺘﱧﻜﱔﻠﱋﻢﱨ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻳﱨﺸﱓﺮﲌﻛﱕﻮﻥﱧ ﳁﳇﳅﳀ
  1. Pernahkah Kami menurunkan kepada mereka (yang musyrik itu) sebarang bukti keterangan, lalu ia menerangkan jalan yang membolehkan mereka lakukan perbuatan syirik itu?
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺁ ﺃﱁﺫﱧﻗﱀﻨﱧﺎ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱺ ﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺔﱅ ﻓﱁﺮﲌﺣﱻﻮﺍﲯ ﺑﲐﻬﱺﺎﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﺗﱨﺼﲔﺒﱦﻬﱻﻢﱦ ﺳﱺﻴﱰﲐﺌﱧﺔﱈ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻗﱁﺪﲄﻣﱧﺖﱹ ﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻳﻬﲌﻢﱦ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﻘﱀﻨﱧﻄﱕﻮﻥﱧ ﳁﳈﳅﳀ
  1. Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa.
ﺃﱁﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﺮﱺﻭﱹﺍﲯ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱧﺒﱦﺴﱻﻂﱕ ﭐﻟﺮﲃﲌﺯﱹﻕﱺ ﻟﲘﻤﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻭﱺﻳﱧﻘﱀﺪﲘﺭﱻﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﵖﱔﵕﻳﱧ﮳ﺖﲖ ﻟﱊﲘﻘﱁﻮﱹﻡﲎ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳉﳅﳀ
  1. (Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.
ﻓﱁ﮲ﱧﺎﺕﲔ ﺫﱧﺍ ﭐﻟﱀﻘﱂﺮﱹﺑﱧﻰﳎ ﺣﱺﻘﱋﻪﱨﲵ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﲘﺴﱹﻜﲔﻴﻦﱺ ﻭﱺﭐﺑﱦﻦﱺ ﭐﻟﺴﲄﺒﲐﻴﻞﲌﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺧﱺﻴﱦﺮﱿ ﻟﱊﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﺮﲌﻳﺪﱻﻭﻥﱧ ﻭﱺﺟﱹﻪﱧ ﭐﴦﴥﴤﲘﲨ ﻭﱺﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﻔﱀﻠﲘﺤﱻﻮﻥﱧ ﳁﳊﳅﳀ
  1. Maka (bagi menyatakan sikap syukur) berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; pemberian yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang bertujuan memperoleh keredaan Allah dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﺘﱨﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲃﲌﺑﱫﺎ ﻟﱊﲘﻴﱧﺮﱹﺑﱨﻮﱺﺍﲯ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱁﻣﱦﻮﱺ﮴ﻝﲌ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﻳﱧﺮﱹﺑﱨﻮﺍﲯ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘﲨ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﺘﱨﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺯﱺﻛﱔﻮﳎﺓﲚ ﺗﱨﺮﲌﻳﺪﱻﻭﻥﱧ ﻭﱺﺟﱹﻪﱧ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻓﱁﺄﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﻀﱹﻌﲘﻔﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳅﳀ
  1. Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan). Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda.
ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺧﱺﻠﱁﻘﱁﻜﱕﻢﱦ ﺛﱂﻢﱱ ﺭﱺﺯﱺﻗﱁﻜﱕﻢﱦ ﺛﱂﻢﱱ ﻳﱨﻤﲘﻴﺘﱨﻜﱕﻢﱦ ﺛﱂﻢﱱ ﻳﱨﺤﱹﻴﲐﻴﻜﱕﻢﱦﲨ ﻫﱺﻞﱓ ﻣﲘﻦ ﺷﱕﺮﱺﻛﱔﺂﴢﲐﻜﱕﻢ ﻣﱱﻦ ﻳﱧﻔﱀﻌﱧﻞﱕ ﻣﲘﻦ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚﲬ ﺳﱻﺒﱦﺤﱺ﮳ﻨﱧﻪﱨﲵ ﻭﱺﺗﱧﻌﱧ﮳ﻠﱁﻰﳎ ﻋﱺﻤﱱﺎ ﻳﱨﺸﱓﺮﲌﻛﱕﻮﻥﱧ ﳁﳂﳆﳀ
  1. Allah jualah yang mencipta kamu; kemudian Ia memberi rezeki kepada kamu; sesudah itu Ia mematikan kamu; kemudian Ia menghidupkan kamu semula. Adakah di antara makhluk-makhluk yang kamu sekutukan dengan Allah itu sesiapa yang dapat berbuat sesuatu pun dari segala yang tersebut? Maha Suci Allah dan Tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan (denganNya).
ﻇﱔﻬﱺﺮﱺ ﭐﻟﱀﻔﱁﺴﱺﺎﺩﱨ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺒﱧﺮﲃﲌ ﻭﱺﭐﻟﱀﺒﱧﺤﱹﺮﲌ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱔﺴﱺﺒﱧﺖﱹ ﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻯ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﻟﲘﻴﱨﺬﲘﻳﻘﱁﻬﱻﻢ ﺑﱧﻌﱦﺾﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﺮﱹﺟﲌﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳆﳀ
  1. Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
ﻗﱂﻞﱓ ﺳﲔﻴﺮﱻﻭﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻓﱁﭑﻧﻈﱕﺮﱻﻭﺍﲯ ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻋﱺ﮳ﻘﲘﺒﱧﺔﱂ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕﲬ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱻﻫﱻﻢ ﻣﱲﺸﱓﺮﲌﻛﲔﻴﻦﱺ ﳁﳄﳆﳀ
  1. Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik".
ﻓﱁﺄﱁﻗﲘﻢﱦ ﻭﱺﺟﱹﻬﱺﻚﱔ ﻟﲘﻠﺪﲃﲘﻳﻦﲌ ﭐﻟﱀﻘﱁﻴﱰﲐﻢﲌ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﲌ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻰﱺ ﻳﱧﻮﱹﻡﱬ ﵖﱞﵐ ﻣﱧﺮﱺﺩﱱ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘﲨ ﻳﱧﻮﱹﻣﱧﴣﲐﺬﲚ ﻳﱧﺼﲄﺪﲄﻋﱻﻮﻥﱧ ﳁﳅﳆﳀ
  1. (Jika demikian keadaannya) maka hadapkanlah dirimu (wahai Muhammad) ke arah ugama yang betul, sebelum datangnya dari Allah: hari yang tak dapat ditolak; pada hari itu manusia akan berpecah (kepada dua golongan).
ﻣﱧﻦ ﻛﱔﻔﱁﺮﱺ ﻓﱁﻌﱧﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻛﱕﻔﱀﺮﱻﻩﱨﲵﲨ ﻭﱺﻣﱧﻦﱹ ﻋﱺﻤﲘﻞﱔ ﺻﱺ﮳ﻠﲘﺤﱾﺎ ﻓﱁﵝﲔﵘﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻬﲌﻢﱦ ﻳﱧﻤﱦﻬﱺﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳆﳆﳀ
  1. Sesiapa yang kufur ingkar maka dia lah sahaja yang menanggung bencana kekufurannya itu, dan sesiapa yang beramal soleh (yang membuktikan imannya), maka merekalah orang-orang yang membuat persiapan untuk kesenangan diri mereka masing-masing;
ﻟﲘﻴﱧﺠﱹﺰﲌﻯﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱺ﮳ﺖﲔ ﻣﲘﻦ ﻓﱁﻀﱹﻠﲘﻪﲘﲶﳒﲬ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳇﳆﳀ
  1. Kerana Allah akan membalas orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Ia tidak suka kepada orang-orang yang kufur ingkar.
ﻭﱺﻣﲘﻦﱹ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻪﲘﲶﳒ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﺮﱹﺳﲔﻞﱔ ﭐﻟﺮﲃﲌﻳﱧﺎﺡﱺ ﻣﱨﺒﱧﺸﱝﲔﺮﱺ﮴ﺕﲖ ﻭﱺﻟﲘﻴﱨﺬﲘﻳﻘﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺣﱹﻤﱧﺘﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﻟﲘﺘﱧﺠﱹﺮﲌﻯﱺ ﭐﻟﱀﻔﱂﻠﱀﻚﱕ ﺑﲐﺄﱁﻣﱦﺮﲌﻩﲘﲶ ﻭﱺﻟﲘﺘﱧﺒﱦﺘﱧﻐﱨﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﻓﱁﻀﱹﻠﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﺸﱓﻜﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳈﳆﳀ
  1. Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya, bahawa Ia menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan; dan untuk merasakan kamu sedikit dari rahmatNya, dan supaya kapal-kapal belayar laju dengan perintahNya, dan juga supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan seterusnya supaya kamu bersyukur.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻚﱔ ﺭﱻﺳﱻﵝﱃﵗ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻗﱁﻮﱹﻣﲘﻬﲌﻢﱦ ﻓﱁﺠﱺﺂﺀﱨﻭﻫﱻﻢ ﺑﲐﭑﻟﱀﺒﱧﻴﱰﲐﻨﱧ﮳ﺖﲔ ﻓﱁﭑﻧﺘﱧﻘﱁﻤﱦﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱁﺟﱹﺮﱺﻣﱨﻮﺍﲯﲨ ﻭﱺﻛﱔﺎﻥﱧ ﺣﱺﻘﱍﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﻧﱧﺼﱹﺮﱻ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳆﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutuskan sebelummu (wahai Muhammad) Rasul-rasul kepada kaum masing-masing, lalu mereka membawa kepada kaumnya keterangan-keterangan yang jelas nyata; kemudian Kami menyeksa orang-orang yang berlaku salah (mengingkarinya); dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman.
ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱨﺮﱹﺳﲔﻞﱕ ﭐﻟﺮﲃﲌﻳﱧ﮳ﺢﱺ ﻓﱁﺘﱨﺜﲘﻴﺮﱻ ﺳﱺﺤﱺﺎﺑﱫﺎ ﻓﱁﻴﱧﺒﱦﺴﱻﻄﱕﻪﱨﲵ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻭﱺﻳﱧﺠﱹﻌﱧﻠﱂﻪﱨﲵ ﻛﲔﺴﱺﻔﱅﺎ ﻓﱁﺘﱧﺮﱺﻯ ﭐﻟﱀﻮﱺﺩﱦﻕﱺ ﻳﱧﺨﱹﺮﱻﺝﱻ ﻣﲘﻦﱹ ﺧﲔﻠﱁ﮳ﻠﲘﻪﲘﲶﲨ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺁ ﺃﱁﺻﱺﺎﺏﱺ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﲘﻩﲘﲶﳒ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﺒﱦﺸﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳊﳆﳀ
  1. Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan; kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakiNya, dan menjadikannya berkelompok-kelompok; lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambanya, mereka serta merta bergembira;
ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﲌ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﻨﱧﺰﲄﻝﱔ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻪﲘﲶ ﻟﱁﻤﱨﺒﱦﻠﲘﺴﲔﻴﻦﱺ ﳁﳋﳆﳀ
  1. Dan sesungguhnya mereka dahulu, sebelum diturunkan hujan kepada mereka, adalah orang-orang yang telah berputus asa.
ﻓﱁﭑﻧﻈﱕﺮﱹ ﺇﲐﻟﱁﻰ﮵ ﺀﱧﺍﺛﱁ﮳ﺮﲌ ﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺖﲔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﻳﱨﺤﱹﻰﲤ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﻣﱧﻮﱹﺗﲘﻬﱺﺂﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻟﱁﻤﱨﺤﱹﻰﲤ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺗﱧﻰﳎﲨ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻗﱁﺪﲘﻳﺮﱿ ﳁﳂﳇﳀ
  1. Maka lihatlah olehmu kepada kesan-kesan rahmat Allah, bagaimana Ia menghidupkan bumi sesudah matinya (dengan tanaman-tanaman yang menghijau subur). Sesungguhnya Allah yang demikian kekuasaanNya, sudah tentu berkuasa menghidupkan orang-orang yang telah mati. Dan (ingatlah) Ia maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
ﻭﱺﻟﱁﴣﲐﻦﱹ ﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧﺎ ﺭﲌﻳﺤﱾﺎ ﻓﱁﺮﱺﺃﱁﻭﱹﻩﱨ ﻣﱨﺼﱹﻔﱁﺮﲈﺍ ﻟﱋﻈﱔﻠﱌﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘﻩﲘﲶ ﻳﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳃﳇﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya, jika Kami hantarkan angin (menyerang tanaman) lalu mereka melihat tanaman itu menjadi kuning kering, nescaya mereka sesudah itu, terus kembali kufur (tidak mengenangkan nikmat-nikmat Allah serta berputus asa).
ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻚﱔ ﵖﱔﵐ ﺗﱨﺴﱹﻤﲘﻊﱨ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺗﱧﻰﳎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱨﺴﱹﻤﲘﻊﱨ ﭐﻟﺼﲅﻢﱱ ﭐﻟﺪﲅﻋﱺﺂﺀﱧ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﻭﱺﻟﱋﻮﱹﺍﲯ ﻣﱨﺪﱹﺑﲐﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳄﳇﳀ
  1. (Maka janganlah engkau berdukacita - wahai Muhammad - terhadap keadaan mereka yang demikian), kerana sesungguhnya engkau tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati (hatinya) itu menerima ajaranmu, dan tidak dapat menjadikan orang-orang yang pekak itu mendengar seruanmu, apabila mereka berpaling undur (disebabkan keingkarannya).
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﺑﲐﻬﱺ﮳ﺪﲘ ﭐﻟﱀﻌﱨﻤﱦﻰﲤ ﻋﱺﻦ ﺿﱺﻠﱁ﮳ﻠﱁﺘﲘﻬﲌﻢﱦﲨ ﺇﲐﻥ ﺗﱨﺴﱹﻤﲘﻊﱨ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﻦ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻦﱻ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺎ ﻓﱁﻬﱻﻢ ﻣﱲﺴﱹﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳅﳇﳀ
  1. Dan engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang-orang yang buta (matahatinya) supaya menjauhi kesesatan mereka; engkau tidak dapat memperdengarkan (seruanmu itu) melainkan kepada orang-orang yang sedia beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, kerana mereka orang-orang yang menurut perintah.
ﲿ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺧﱺﻠﱁﻘﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺿﱺﻌﱦﻒﲖ ﺛﱂﻢﱱ ﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﺿﱺﻌﱦﻒﲖ ﻗﱂﻮﲄﺓﱫ ﺛﱂﻢﱱ ﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻗﱂﻮﲄﺓﲚ ﺿﱺﻌﱦﻔﱅﺎ ﻭﱺﺷﱔﻴﱦﺒﱧﺔﱅﲬ ﻳﱧﺨﱹﻠﱂﻖﱻ ﻣﱧﺎ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲬ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﻠﲘﻴﻢﱨ ﭐﻟﱀﻘﱁﺪﲘﻳﺮﱻ ﳁﳆﳇﳀ
  1. Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.
ﻭﱺﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﺗﱧﻘﱂﻮﻡﱨ ﭐﻟﺴﲄﺎﻋﱺﺔﱂ ﻳﱨﻘﱀﺴﲔﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﺠﱹﺮﲌﻣﱨﻮﻥﱧ ﻣﱧﺎ ﻟﱁﺒﲐﺜﱂﻮﺍﲯ ﻏﱔﻴﱦﺮﱺ ﺳﱺﺎﻋﱺﺔﲚﲬ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱨﺆﱹﻓﱁﻜﱕﻮﻥﱧ ﳁﳇﳇﳀ
  1. Dan semasa berlakunya hari kiamat, orang-orang yang berdosa akan bersumpah mengatakan bahawa mereka tidak tinggal (di dalam kubur) melainkan sekadar satu saat sahaja; demikianlah mereka sentiasa dipalingkan (oleh fahaman sesatnya dari memperkatakan yang benar).
ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱂﻭﺗﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻌﲘﻠﱀﻢﱧ ﻭﱺﭐﵖﱓﵒﻳﻤﱧ﮳ﻦﱺ ﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﻟﱁﺒﲐﺜﱀﺘﱨﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﻛﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻳﱧﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﱀﺒﱧﻌﱦﺚﲔﲨ ﻓﱁﻬﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻳﱧﻮﱹﻡﱨ ﭐﻟﱀﺒﱧﻌﱦﺚﲔ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻨﱱﻜﱕﻢﱦ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳇﳀ
  1. Dan (bagi menjawabnya) berkatalah orang-orang yang berilmu serta beriman: "Demi sesungguhnya, kamu telah tinggal - menurut yang terkandung dalam Kitab Allah - sampai ke hari kebangkitan (hari kiamat); maka inilah dia hari kebangkitan (yang dijanjikan) itu, akan tetapi kamu dari dahulu lagi tidak mahu mengetahui (kebenarannya)".
ﻓﱁﻴﱧﻮﱹﻣﱧﴣﲐﺬﲚ ﵖﱞﵐ ﻳﱧﻨﻔﱁﻊﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻇﱔﻠﱁﻤﱨﻮﺍﲯ ﻣﱧﻌﱦﺬﲘﺭﱺﺗﱨﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱨﺴﱹﺘﱧﻌﱦﺘﱧﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳉﳇﳀ
  1. Maka pada hari itu tidak berguna lagi bagi orang-orang yang zalim, sebarang alasan yang mereka kemukakan untuk melepaskan diri, dan mereka pula tidak diberi peluang untuk memohon keredaan Allah.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺿﱺﺮﱺﺑﱦﻨﱧﺎ ﻟﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﻓﲘﻰ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﭐﻟﱀﻘﱂﺮﱹﺀﱧﺍﻥﲌ ﻣﲘﻦ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﻣﱧﺜﱁﻞﲎﲬ ﻭﱺﻟﱁﴣﲐﻦ ﺟﲌﺌﱦﺘﱧﻬﱻﻢ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧﺔﲚ ﻟﱋﻴﱧﻘﱂﻮﻟﱁﻦﲄ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺇﲐﻥﱦ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱨﺒﱦﻄﲔﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳊﳇﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengemukakan kepada umat manusia berbagai kisah dan perbandingan di dalam Al-Quran ini; dan demi sesungguhnya jika engkau membawa kepada mereka sebarang keterangan, sudah tentu orang-orang kafir itu akan berkata: "Kamu ini tidak lain hanyalah orang-orang yang membuat dakwaan palsu".
ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻳﱧﻄﱓﺒﱧﻊﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻗﱂﻠﱂﻮﺏﲌ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳇﳀ
  1. Demikianlah Allah meteraikan hati orang-orang yang tidak mahu menerima jalan mengetahui (kebenaran).
ﻓﱁﭑﺻﱹﺒﲐﺮﱹ ﺇﲐﻥﱱ ﻭﱺﻋﱹﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺣﱺﻖﲉﲨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﺨﲔﻔﱋﻨﱱﻚﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﻮﻗﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳂﳈﳀ
  1. Oleh itu, bersabarlah (wahai Muhammad), sesungguhnya janji Allah itu benar; dan janganlah orang-orang yang tidak meyakini apa yang engkau sampaikan itu menjadikan engkau resah gelisah.
ﺍﻟﳓﻢﳒ ﳁﳃﳀ
  1. Alif, Laam, Miim.
ﺗﲘﻠﱀﻚﱔ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺖﱻ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﭐﻟﱀﺤﱺﻜﲔﻴﻢﲌ ﳁﳄﳀ
  1. Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,
ﻫﱻﺪﱾﻯ ﻭﱺﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺔﱅ ﻟﱊﲘﻠﱀﻤﱨﺤﱹﺴﲔﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳀ
  1. Menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﻘﲘﻴﻤﱨﻮﻥﱧ ﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﳎﺓﱧ ﻭﱺﻳﱨﺆﱹﺗﱨﻮﻥﱧ ﭐﻟﺰﲄﻛﱔﻮﳎﺓﱧ ﻭﱺﻫﱻﻢ ﺑﲐﭑﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱨﻮﻗﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳀ
  1. Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan memberi zakat, serta mereka yakin tentang adanya hari akhirat.
ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻫﱻﺪﱾﻯ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦﲨ ﻭﱺﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﻔﱀﻠﲘﺤﱻﻮﻥﱧ ﳁﳇﳀ
  1. Mereka itulah yang tetap mendapat hidayah petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
ﻭﱺﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱓﺘﱧﺮﲌﻯ ﻟﱁﻬﱹﻮﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﺪﲘﻳﺚﲔ ﻟﲘﻴﱨﻀﲔﻞﱞ ﻋﱺﻦ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺑﲐﻐﱧﻴﱦﺮﲌ ﻋﲔﻠﱀﻢﲎ ﻭﱺﻳﱧﺘﱱﺨﲔﺬﱔﻫﱺﺎ ﻫﱻﺰﱻﻭﱼﺍﲬ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱿ ﻣﱲﻬﲌﻴﻦﱿ ﳁﳈﳀ
  1. Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﺗﱨﺘﱦﻠﱁﻰﳎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﱨﻨﱧﺎ ﻭﱺﻟﱋﻰﳎ ﻣﱨﺴﱹﺘﱧﻜﱓﺒﲐﺮﱾﺍ ﻛﱔﺄﱁﻥ ﻟﱋﻢﱦ ﻳﱧﺴﱹﻤﱧﻌﱦﻬﱺﺎ ﻛﱔﺄﱁﻥﱱ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱂﺫﱨﻧﱧﻴﱦﻪﲘ ﻭﱺﻗﱀﺮﱾﺍﲨ ﻓﱁﺒﱧﺸﱝﲔﺮﱹﻩﱨ ﺑﲐﻌﱧﺬﱔﺍﺏﲍ ﺃﱁﻟﲘﻴﻢﲍ ﳁﳉﳀ
  1. Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, berpalinglah dia dengan angkuhnya, seoleh-oleh ada penyumbat pada kedua telinganya; maka gembirakanlah dia dengan balasan azab yang tidak terperi sakitnya.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱺ﮳ﺖﲔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﱻ ﭐﻟﻨﱱﻌﲘﻴﻢﲌ ﳁﳊﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang penuh dengan berbagai nikmat,
ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﲘﻳﻦﱺ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎﲨ ﻭﱺﻋﱹﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺣﱺﻘﱏﺎﲬ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﱀﺤﱺﻜﲔﻴﻢﱨ ﳁﳋﳀ
  1. kekalan mereka di dalamnya. Demikian dijanjikan Allah - janji yang tetap benar; dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
ﺧﱺﻠﱁﻖﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﺑﲐﻐﱧﻴﱦﺮﲌ ﻋﱺﻤﱧﺪﲚ ﺗﱧﺮﱺﻭﱹﻧﱧﻬﱺﺎﲨ ﻭﱺﺃﱁﻟﱀﻘﱁﻰﳎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺭﱺﻭﱺ﮴ﺳﲔﻰﱺ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﻤﲘﻴﺪﱺ ﺑﲐﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺑﱧﺚﲄ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻣﲘﻦ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺩﱧﺁﺑﱱﺔﲚﲬ ﻭﱺﺃﱁﻧﺰﱺﻟﱀﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﻣﱧﺂﺀﱫ ﻓﱁﺄﱁﻧﲲﺒﱧﺘﱦﻨﱧﺎ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻣﲘﻦ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺯﱺﻭﱹﺝﲢ ﻛﱔﺮﲌﻳﻢﲍ ﳁﳂﳃﳀ
  1. Ia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia biakkan padanya berbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat.
ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﺧﱺﻠﱀﻖﱻ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻓﱁﺄﱁﺭﱻﻭﻧﲘﻰ ﻣﱧﺎﺫﱧﺍ ﺧﱺﻠﱁﻖﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻧﲘﻪﲘﲶﲬ ﺑﱧﻞﲌ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﺿﱺﻠﱁ﮳ﻞﲎ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﲎ ﳁﳃﳃﳀ
  1. Ini (semuanya adalah) ciptaan Allah, maka cubalah kamu tunjukkan kepadaKu apakah yang telah diciptakan oleh makhluk-makhluk yang lain daripadaNya (yang kamu sembah itu)? (Tidak ada sesuatu pun) bahkan orang-orang yang zalim (dengan perbuatan syiriknya) itu berada dalam kesesatan yang jelas nyata.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧﺎ ﻟﱂﻘﱀﻤﱧ﮳ﻦﱺ ﭐﻟﱀﺤﲔﻜﱓﻤﱧﺔﱁ ﺃﱁﻥﲌ ﭐﺷﱓﻜﱕﺮﱹ ﴦﲘﴥﴤﲘﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱓﻜﱕﺮﱹ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﻳﱧﺸﱓﻜﱕﺮﱻ ﻟﲘﻨﱧﻔﱀﺴﲔﻪﲘﲶﲨ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻛﱔﻔﱁﺮﱺ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻏﱔﻨﲘﻰﲇ ﺣﱺﻤﲘﻴﺪﱿ ﳁﳄﳃﳀ
  1. Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﱂﻘﱀﻤﱧ﮳ﻦﱻ ﵖﲔﵔﺑﱦﻨﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻳﱧﻌﲘﻈﱕﻪﱨﲵ ﻳﱧ﮳ﺒﱨﻨﱧﻰﲄ ﵖﱔﵐ ﺗﱨﺸﱓﺮﲌﻙﱓ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘﲨ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﺸﱝﲔﺮﱹﻙﱔ ﻟﱁﻈﱕﻠﱀﻢﱪ ﻋﱺﻈﲔﻴﻢﱬ ﳁﳅﳃﳀ
  1. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".
ﻭﱺﻭﱺﺻﲄﻴﱦﻨﱧﺎ ﭐﵖﱓﵒﻧﺴﱺ﮳ﻦﱺ ﺑﲐﻮﱺ﮴ﻟﲘﺪﱺﻳﱦﻪﲘ ﺣﱺﻤﱧﻠﱁﺘﱦﻪﱨ ﺃﱂﻣﱲﻪﱨﲵ ﻭﱺﻫﱹﻨﱩﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻭﱺﻫﱹﻦﲎ ﻭﱺﻓﲘﺼﱺ﮳ﻠﱂﻪﱨﲵ ﻓﲘﻰ ﻋﱺﺎﻣﱧﻴﱦﻦﲌ ﺃﱁﻥﲌ ﭐﺷﱓﻜﱕﺮﱹ ﻟﲘﻰ ﻭﱺﻟﲘﻮﱺ﮴ﻟﲘﺪﱺﻳﱦﻚﱔ ﺇﲐﻟﱁﻰﲄ ﭐﻟﱀﻤﱧﺼﲔﻴﺮﱻ ﳁﳆﳃﳀ
  1. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
ﻭﱺﺇﲐﻥ ﺟﱺ﮳ﻬﱺﺪﱺﺍﻙﱔ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺃﱁﻥ ﺗﱨﺸﱓﺮﲌﻙﱔ ﺑﲐﻰ ﻣﱧﺎ ﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﻟﱁﻚﱔ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻋﲔﻠﱀﻢﱬ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱨﻄﲔﻌﱦﻬﱻﻤﱧﺎﲨ ﻭﱺﺻﱺﺎﺣﲔﺒﱦﻬﱻﻤﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﻣﱧﻌﱦﺮﱻﻭﻓﱅﺎﲨ ﻭﱺﭐﺗﱱﺒﲘﻊﱦ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﱔ ﻣﱧﻦﱹ ﺃﱁﻧﱧﺎﺏﱺ ﺇﲐﻟﱁﻰﲄﲬ ﺛﱂﻢﱱ ﺇﲐﻟﱁﻰﲄ ﻣﱧﺮﱹﺟﲌﻌﱨﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﺄﱂﻧﱧﺒﱰﲐﺌﱨﻜﱕﻢ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳇﳃﳀ
  1. Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.
ﻳﱧ﮳ﺒﱨﻨﱧﻰﲄ ﺇﲐﻧﱱﻬﱺﺂ ﺇﲐﻥ ﺗﱧﻚﱕ ﻣﲘﺜﱀﻘﱁﺎﻝﱔ ﺣﱺﺒﱱﺔﲚ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺧﱺﺮﱹﺩﱧﻝﲎ ﻓﱁﺘﱧﻜﱕﻦ ﻓﲘﻰ ﺻﱺﺨﱹﺮﱺﺓﲙ ﺃﱁﻭﱹ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﺃﱁﻭﱹ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻳﱧﺄﱀﺕﲔ ﺑﲐﻬﱺﺎ ﭐﴦﴥﴤﱨﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻟﱁﻄﲔﻴﻒﱽ ﺧﱺﺒﲐﻴﺮﱿ ﳁﳈﳃﳀ
  1. (Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.
ﻳﱧ﮳ﺒﱨﻨﱧﻰﲄ ﺃﱁﻗﲘﻢﲌ ﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﳎﺓﱧ ﻭﱺﺃﱀﻣﱨﺮﱹ ﺑﲐﭑﻟﱀﻤﱧﻌﱦﺮﱻﻭﻑﲔ ﻭﱺﭐﻧﱦﻪﱧ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﻨﻜﱔﺮﲌ ﻭﱺﭐﺻﱹﺒﲐﺮﱹ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﺻﱺﺎﺑﱧﻚﱔﲨ ﺇﲐﻥﱱ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﱺﺰﱹﻡﲌ ﭐﵖﱓﵑﱂﻣﱨﻮﺭﲌ ﳁﳉﳃﳀ
  1. "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱨﺼﱺﻌﱰﲘﺮﱹ ﺧﱺﺪﲄﻙﱔ ﻟﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻤﱦﺶﲜ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻣﱧﺮﱺﺣﱼﺎﲨ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﻛﱕﻞﱞ ﻣﱨﺨﱹﺘﱧﺎﻝﲎ ﻓﱁﺨﱻﻮﺭﲎ ﳁﳊﳃﳀ
  1. "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
ﻭﱺﭐﻗﱀﺼﲔﺪﱹ ﻓﲘﻰ ﻣﱧﺸﱓﻴﲐﻚﱔ ﻭﱺﭐﻏﱓﻀﱻﺾﱹ ﻣﲘﻦ ﺻﱺﻮﱹﺗﲘﻚﱔﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﺃﱁﻧﻜﱔﺮﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﺻﱹﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻟﱁﺼﱺﻮﱹﺕﱻ ﭐﻟﱀﺤﱺﻤﲘﻴﺮﲌ ﳁﳋﳃﳀ
  1. "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".
ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﺮﱺﻭﱹﺍﲯ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺳﱺﺨﲄﺮﱺ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﻣﱱﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﺃﱁﺳﱹﺒﱧﻎﱁ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻧﲘﻌﱧﻤﱧﻪﱨﲵ ﻇﱔ﮳ﻬﲌﺮﱺﺓﱫ ﻭﱺﺑﱧﺎﻃﲔﻨﱧﺔﱅﲩ ﻭﱺﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﻣﱧﻦ ﻳﱨﺠﱺ﮳ﺪﲘﻝﱕ ﻓﲘﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺑﲐﻐﱧﻴﱦﺮﲌ ﻋﲔﻠﱀﻢﲎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻫﱻﺪﱾﻯ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻛﲔﺘﱧ﮳ﺐﲎ ﻣﱲﻨﲘﻴﺮﲎ ﳁﳂﳄﳀ
  1. Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﻗﲘﻴﻞﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱨ ﭐﺗﱱﺒﲐﻌﱨﻮﺍﲯ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺑﱧﻞﱓ ﻧﱧﺘﱱﺒﲘﻊﱨ ﻣﱧﺎ ﻭﱺﺟﱺﺪﱹﻧﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﺀﱧﺍﺑﱧﺂﺀﱧﻧﱧﺂﲬ ﺃﱁﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﭐﻟﺸﱞﻴﱦﻄﱔ﮳ﻦﱻ ﻳﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻫﱻﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﲌ ﭐﻟﺴﲄﻌﲘﻴﺮﲌ ﳁﳃﳄﳀ
  1. Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): "Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab:" (Tidak), bahkan Kami hanya menurut apa yang Kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah mereka (menurut datuk neneknya) sekalipun Syaitan mengajak mereka itu (melakukan perbuatan yang menjerumuskan mereka) ke dalam azab api neraka yang marak menjulang?
ﲿ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱨﺴﱹﻠﲘﻢﱦ ﻭﱺﺟﱹﻬﱺﻪﱨﲵﳒ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻣﱨﺤﱹﺴﲔﻦﱿ ﻓﱁﻘﱁﺪﲘ ﭐﺳﱹﺘﱧﻤﱦﺴﱺﻚﱔ ﺑﲐﭑﻟﱀﻌﱨﺮﱹﻭﱺﺓﲘ ﭐﻟﱀﻮﱻﺛﱀﻘﱁﻰﳎﲩ ﻭﱺﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻋﱺ﮳ﻘﲘﺒﱧﺔﱂ ﭐﵖﱓﵑﱂﻣﱨﻮﺭﲌ ﳁﳄﳄﳀ
  1. Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.
ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻛﱔﻔﱁﺮﱺ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﻳﱧﺤﱹﺰﱻﻧﻚﱔ ﻛﱕﻔﱀﺮﱻﻩﱨﲵﳒﲬ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﻣﱧﺮﱹﺟﲌﻌﱨﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﻨﱨﻨﱧﺒﱰﲐﺌﱨﻬﱻﻢ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﳒﺍﲯﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱮ ﺑﲐﺬﱔﺍﺕﲔ ﭐﻟﺼﲅﺪﱻﻭﺭﲌ ﳁﳅﳄﳀ
  1. Dan sesiapa yang kufur ingkar, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita tentang kekufurannya itu; kepada Kamilah tempat kembalinya mereka, kemudian Kami akan memberitahu kepada mereka tentang apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
ﻧﱨﻤﱧﺘﱰﲘﻌﱨﻬﱻﻢﱦ ﻗﱁﻠﲘﻴﵝﱅﵗ ﺛﱂﻢﱱ ﻧﱧﻀﱹﻄﱔﺮﲅﻫﱻﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﲍ ﻏﱔﻠﲘﻴﻆﲖ ﳁﳆﳄﳀ
  1. Kami akan berikan mereka menikmati kesenangan bagi sementara (di dunia), kemudian Kami akan memaksa mereka (dengan menyeretnya) ke dalam azab yang amat berat.
ﻭﱺﻟﱁﴣﲐﻦ ﺳﱺﺄﱁﻟﱀﺘﱧﻬﱻﻢ ﻣﱱﻦﱹ ﺧﱺﻠﱁﻖﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﻟﱁﻴﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻦﲄ ﭐﴦﴥﴤﱨﲬ ﻗﱂﻞﲌ ﭐﻟﱀﺤﱺﻤﱦﺪﱻ ﴦﲘﴥﴤﲘﲬ ﺑﱧﻞﱓ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱻﻫﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳇﳄﳀ
  1. Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).
ﴦﲘﴥﴤﲘ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻐﱧﻨﲘﻰﲅ ﭐﻟﱀﺤﱺﻤﲘﻴﺪﱻ ﳁﳈﳄﳀ
  1. Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah Dia lah jua yang Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.
ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺃﱁﻧﱱﻤﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻣﲘﻦ ﺷﱔﺠﱺﺮﱺﺓﲙ ﺃﱁﻗﱀﻠﱁ﮳ﻢﱬ ﻭﱺﭐﻟﱀﺒﱧﺤﱹﺮﱻ ﻳﱧﻤﱨﺪﲅﻩﱨﲵ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘﻩﲘﲶ ﺳﱺﺒﱦﻌﱧﺔﱂ ﺃﱁﺑﱦﺤﱻﺮﲎ ﻣﱱﺎ ﻧﱧﻔﲘﺪﱺﺕﱹ ﻛﱔﻠﲘﻤﱧ﮳ﺖﱻ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻋﱺﺰﲌﻳﺰﱽ ﺣﱺﻜﲔﻴﻢﱬ ﳁﳉﳄﳀ
  1. Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
ﻣﱱﺎ ﺧﱺﻠﱀﻘﱂﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺑﱧﻌﱦﺜﱂﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻛﱔﻨﱧﻔﱀﺲﲞ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﱺﺓﲙﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺳﱺﻤﲘﻴﻊﱮ ﺑﱧﺼﲔﻴﺮﱽ ﳁﳊﳄﳀ
  1. (Bagi Allah Yang Maha Kuasa) soal menciptakan kamu semua (dari tiada kepada ada), dan soal membangkitkan kamu hidup semula sesudah mati, tidak ada apa-apa sukarnya, hanyalah seperti (mencipta dan menghidupkan semula) seorang manusia sahaja. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﺮﱺ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱨﻮﻟﳨﺞﱻ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﱔ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﻨﱱﻬﱺﺎﺭﲌ ﻭﱺﻳﱨﻮﻟﳨﺞﱻ ﭐﻟﻨﱱﻬﱺﺎﺭﱺ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﲌ ﻭﱺﺳﱺﺨﲄﺮﱺ ﭐﻟﺸﱞﻤﱦﺲﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻘﱁﻤﱧﺮﱺﲨ ﻛﱕﻞﱣ ﻳﱧﺠﱹﺮﲌﻯﳒ ﺇﲐﻟﱁﻰ﮵ ﺃﱁﺟﱺﻞﲎ ﻣﱲﺴﱺﻤﱵﻰ ﻭﱺﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﺧﱺﺒﲐﻴﺮﱿ ﳁﳋﳄﳀ
  1. Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti), dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)? Tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺑﲐﺄﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲅ ﻭﱺﺃﱁﻥﱱ ﻣﱧﺎ ﻳﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻧﲘﻪﲘ ﭐﻟﱀﺒﱧ﮳ﻄﲔﻞﱕ ﻭﱺﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﻠﲘﻰﲅ ﭐﻟﱀﻜﱔﺒﲐﻴﺮﱻ ﳁﳂﳅﳀ
  1. Bersifatnya Allah dengan penuh kekuasaan dan luas ilmu pengetahuan itu kerana bahawasanya Allah Dia lah sahaja Tuhan Yang Sebenar-benarnya, dan bahawa segala yang mereka sembah selain dari Allah adalah palsu belaka. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﺮﱺ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﻟﱀﻔﱂﻠﱀﻚﱔ ﺗﱧﺠﱹﺮﲌﻯ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺒﱧﺤﱹﺮﲌ ﺑﲐﻨﲘﻌﱦﻤﱧﺖﲔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻟﲘﻴﱨﺮﲌﻳﱧﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻪﲘﲶﳒﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﵖﱔﵕﻳﱧ﮳ﺖﲖ ﻟﱊﲘﻜﱕﻞﱝﲌ ﺻﱺﺒﱱﺎﺭﲎ ﺷﱔﻜﱕﻮﺭﲎ ﳁﳃﳅﳀ
  1. Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat Kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﻏﱔﺸﲔﻴﱧﻬﱻﻢ ﻣﱱﻮﱹﺝﱿ ﻛﱔﭑﻟﻈﱟﻠﱁﻞﲌ ﺩﱧﻋﱺﻮﱻﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻣﱨﺨﱹﻠﲘﺼﲔﻴﻦﱺ ﻟﱁﻪﱨ ﭐﻟﺪﲃﲘﻳﻦﱺ ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﻧﱧﺠﲄﯩﳎﻬﱻﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﱀﺒﱧﺮﲃﲌ ﻓﱁﻤﲘﻨﱦﻬﱻﻢ ﻣﱲﻘﱀﺘﱧﺼﲔﺪﱿﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱧﺠﱹﺤﱺﺪﱻ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺂ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻛﱕﻞﱟ ﺧﱺﺘﱱﺎﺭﲎ ﻛﱔﻔﱂﻮﺭﲎ ﳁﳄﳅﳀ
  1. Dan (orang-orang yang tidak bersifat demikian) apabila mereka dirempuh serta diliputi oleh ombak yang besar seperti kelompok-kelompok awan menyerkup, pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata. Kemudian bila sahaja Allah menyelamatkan mereka ke darat maka sebahagian sahaja di antara mereka yang bersikap adil (lalu bersyukur kepada Allah serta mengesakanNya). Dan sememangnya tiada yang mengingkari bukti-bukti kemurahan Kami melainkan tiap-tiap orang yang bersifat pemungkir janji, lagi amat tidak mengenang budi.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱻ ﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﺭﱺﺑﱱﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﭐﺧﱹﺸﱔﻮﱹﺍﲯ ﻳﱧﻮﱹﻣﱫﺎ ﵖﱞﵐ ﻳﱧﺠﱹﺰﲌﻯ ﻭﱺﺍﻟﲘﺪﱽ ﻋﱺﻦ ﻭﱺﻟﱁﺪﲘﻩﲘﲶ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻣﱧﻮﱹﻟﱂﻮﺩﱪ ﻫﱻﻮﱺ ﺟﱺﺎﺯﲍ ﻋﱺﻦ ﻭﱺﺍﻟﲘﺪﲘﻩﲘﲶ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱩﺎﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﻭﱺﻋﱹﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺣﱺﻖﲉﲨ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﻐﱨﺮﲄﻧﱱﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﺤﱺﻴﱧﻮﳎﺓﱨ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﻐﱨﺮﲄﻧﱱﻜﱕﻢ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﱀﻐﱧﺮﱻﻭﺭﱻ ﳁﳅﳅﳀ
  1. Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻋﲔﻨﺪﱺﻩﱨﲵ ﻋﲔﻠﱀﻢﱨ ﭐﻟﺴﲄﺎﻋﱺﺔﲘ ﻭﱺﻳﱨﻨﱧﺰﲃﲌﻝﱕ ﭐﻟﱀﻐﱧﻴﱦﺚﱺ ﻭﱺﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺣﱺﺎﻡﲌﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱧﺪﱹﺭﲌﻯ ﻧﱧﻔﱀﺲﱿ ﻣﱱﺎﺫﱧﺍ ﺗﱧﻜﱓﺴﲔﺐﱻ ﻏﱔﺪﱾﺍﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱧﺪﱹﺭﲌﻯ ﻧﱧﻔﱀﺲﲁ ﺑﲐﺄﱁﻯﲃﲌ ﺃﱁﺭﱹﺽﲞ ﺗﱧﻤﱨﻮﺕﱻﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱪ ﺧﱺﺒﲐﻴﺮﲁ ﳁﳆﳅﳀ
  1. Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.
ﺍﻟﳓﻢﳒ ﳁﳃﳀ
  1. Alif, Laam Miim.
ﺗﱧﻨﺰﲌﻳﻞﱕ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﵖﱔﵐ ﺭﱺﻳﱦﺐﱺ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﺏﲃﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳀ
  1. Diturunkan Al-Quran ini, dengan tidak ada sebarang syak padanya, dari Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
ﺃﱁﻡﱦ ﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﭐﻓﱀﺘﱧﺮﱺﯨﻪﱨﲬ ﺑﱧﻞﱓ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲅ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻚﱔ ﻟﲘﺘﱨﻨﺬﲘﺭﱺ ﻗﱁﻮﱹﻣﱫﺎ ﻣﱱﺂ ﺃﱁﺗﱧﯩﳎﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻧﱱﺬﲘﻳﺮﲎ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻚﱔ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﻬﱹﺘﱧﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳀ
  1. (Orang-orang kafir tidak mengakui hakikat yang demikian) bahkan mereka mengatakan: "Dia lah (Muhammad) yang mengada-adakan Al-Quran menurut rekaannya". (Dakwaan mereka itu tidaklah benar) bahkan Al-Quran ialah perkara yang benar dari Tuhanmu (wahai Muhammad), supaya engkau memberi ingatan dan amaran kepada kaum (mu) yang telah lama tidak didatangi sebarang pemberi ingatan dan amaran sebelummu, semoga mereka beroleh hidayah petunjuk.
ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺧﱺﻠﱁﻖﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻤﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﺳﲔﺘﱱﺔﲘ ﺃﱁﻳﱱﺎﻡﲎ ﺛﱂﻢﱱ ﭐﺳﱹﺘﱧﻮﱺﻯﳎ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻌﱧﺮﱹﺵﲜﲨ ﻣﱧﺎ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺩﱨﻭﻧﲘﻪﲘﲶ ﻣﲘﻦ ﻭﱺﻟﲘﻰﲃﲦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺷﱔﻔﲘﻴﻊﲡﲬ ﺃﱁﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﺘﱧﺬﱔﻛﱞﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳆﳀ
  1. Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)?
ﻳﱨﺪﱺﺑﱰﲐﺮﱻ ﭐﵖﱓﵑﱁﻣﱦﺮﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺛﱂﻢﱱ ﻳﱧﻌﱦﺮﱻﺝﱻ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﻓﲘﻰ ﻳﱧﻮﱹﻡﲎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻣﲘﻘﱀﺪﱺﺍﺭﱻﻩﱨﲵﳒ ﺃﱁﻟﱀﻒﱺ ﺳﱺﻨﱧﺔﲚ ﻣﱰﲘﻤﱱﺎ ﺗﱧﻌﱨﺪﲅﻭﻥﱧ ﳁﳇﳀ
  1. Allah mentadbirkan makhluk-makhlukNya; (bagi melaksanakan tadbirNya itu Ia menurunkan segala sebab dan peraturan) dari langit ke bumi; kemudian diangkat naik kepada pengetahuanNya (segala yang berlaku dari perlaksanaan tadbirNya itu untuk dihakimiNya) pada suatu masa yang (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) banyak bilangan tahunnya menurut hitungan masa kamu yang biasa.
ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻋﱺ﮳ﻠﲘﻢﱨ ﭐﻟﱀﻐﱧﻴﱦﺐﲌ ﻭﱺﭐﻟﺸﱞﻬﱺ﮳ﺪﱺﺓﲘ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﱨ ﳁﳈﳀ
  1. Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani;
ﭐﻟﱋﺬﲘﻯﳒ ﺃﱁﺣﱹﺴﱺﻦﱺ ﻛﱕﻞﱞ ﺷﱔﻰﱹﺀﲙ ﺧﱺﻠﱁﻘﱁﻪﱨﲵﲨ ﻭﱺﺑﱧﺪﱺﺃﱁ ﺧﱺﻠﱀﻖﱺ ﭐﵖﱓﵒﻧﺴﱺ﮳ﻦﲌ ﻣﲘﻦ ﻃﲔﻴﻦﲎ ﳁﳉﳀ
  1. Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah;
ﺛﱂﻢﱱ ﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﻧﱧﺴﱹﻠﱁﻪﱨﲵ ﻣﲘﻦ ﺳﱻﻠﱁ﮳ﻠﱁﺔﲚ ﻣﱰﲘﻦ ﻣﱱﺂﺀﲚ ﻣﱱﻬﲌﻴﻦﲎ ﳁﳊﳀ
  1. Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang;
ﺛﱂﻢﱱ ﺳﱺﻮﲄﯨﻪﱨ ﻭﱺﻧﱧﻔﱁﺦﱺ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻣﲘﻦ ﺭﲅﻭﺣﲔﻪﲘﲶﲨ ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﻟﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﺴﲄﻤﱦﻊﱧ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺑﱦﺼﱺ﮳ﺮﱺ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﻓﱀ﮲ﲘﺪﱺﺓﱧﲬ ﻗﱁﻠﲘﻴﵝﱅﵗ ﻣﱱﺎ ﺗﱧﺸﱓﻜﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳋﳀ
  1. Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﺀﲘﺫﱧﺍ ﺿﱺﻠﱁﻠﱀﻨﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺃﱁﺀﲘﻧﱱﺎ ﻟﱁﻔﲘﻰ ﺧﱺﻠﱀﻖﲎ ﺟﱺﺪﲘﻳﺪﲛﲬ ﺑﱧﻞﱓ ﻫﱻﻢ ﺑﲐﻠﲘﻘﱁﺂﺀﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻛﱔ﮳ﻔﲘﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳃﳀ
  1. Dan mereka (yang kafir) itu berkata: "Adakah apabila kami telah hilang lenyap dalam tanah, kami pula akan hidup semula dalam bentuk kejadian yang baharu? Betulkah demikian? " (Mereka bukan sahaja tidak percaya tentang hidup semula) bahkan mereka tidak percaya tentang pertemuan dengan Tuhannya.
ﲿ ﻗﱂﻞﱓ ﻳﱧﺘﱧﻮﱺﻓﱋﯩﳎﻜﱕﻢ ﻣﱱﻠﱁﻚﱕ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺕﲔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻭﱻﻛﱝﲔﻞﱔ ﺑﲐﻜﱕﻢﱦ ﺛﱂﻢﱱ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦ ﺗﱨﺮﱹﺟﱺﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳃﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad); "Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)".
ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺗﱧﺮﱺﻯ﮵ ﺇﲐﺫﲘ ﭐﻟﱀﻤﱨﺠﱹﺮﲌﻣﱨﻮﻥﱧ ﻧﱧﺎﻛﲔﺴﱻﻮﺍﲯ ﺭﱻﺀﱨﻭﺳﲔﻬﲌﻢﱦ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺂ ﺃﱁﺑﱦﺼﱺﺮﱹﻧﱧﺎ ﻭﱺﺳﱺﻤﲘﻌﱦﻨﱧﺎ ﻓﱁﭑﺭﱹﺟﲌﻌﱦﻨﱧﺎ ﻧﱧﻌﱦﻤﱧﻞﱓ ﺻﱺ﮳ﻠﲘﺤﱼﺎ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻣﱨﻮﻗﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳃﳀ
  1. Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin".
ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺷﲔﺌﱦﻨﱧﺎ ﵖﱔﵕﺗﱧﻴﱦﻨﱧﺎ ﻛﱕﻞﱞ ﻧﱧﻔﱀﺲﲝ ﻫﱻﺪﱺﯨﻬﱺﺎ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﱹ ﺣﱺﻖﲄ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻝﱕ ﻣﲘﻨﱰﲘﻰ ﵖﱔﵑﱁﻣﱦﵝﱁﵘﱁﻥﱱ ﺟﱺﻬﱺﻨﱱﻢﱧ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺠﲌﻨﱱﺔﲘ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﺃﱁﺟﱹﻤﱧﻌﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳃﳀ
  1. Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): "Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: ` Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)".
ﻓﱁﺬﱕﻭﻗﱂﻮﺍﲯ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻧﱧﺴﲔﻴﺘﱨﻢﱦ ﻟﲘﻘﱁﺂﺀﱧ ﻳﱧﻮﱹﻣﲘﻜﱕﻢﱦ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺁ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻧﱧﺴﲔﻴﻨﱧ﮳ﻜﱕﻢﱦﲨ ﻭﱺﺫﱨﻭﻗﱂﻮﺍﲯ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱺ ﭐﻟﱀﺨﱻﻠﱀﺪﲘ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳆﳃﳀ
  1. (Lalu dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kelalaian kamu) maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini. Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi; dan (dengan yang demikian) rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".
ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻦﱻ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺫﱨﻛﱝﲔﺮﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐﻬﱺﺎ ﺧﱺﺮﲅﻭﺍﲯ ﺳﱻﺠﲄﺪﱾﺍ ﻭﱺﺳﱺﺒﱱﺤﱻﻮﺍﲯ ﺑﲐﺤﱺﻤﱦﺪﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻜﱓﺒﲐﺮﱻﻭﻥﱧ ﲹ ﳁﳇﳃﳀ
  1. Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.
ﺗﱧﺘﱧﺠﱺﺎﻓﱁﻰﳎ ﺟﱻﻨﱨﻮﺑﱨﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﱀﻤﱧﻀﱺﺎﺟﲌﻊﲠ ﻳﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻥﱧ ﺭﱺﺑﱱﻬﱻﻢﱦ ﺧﱺﻮﱹﻓﱅﺎ ﻭﱺﻃﱔﻤﱧﻌﱫﺎ ﻭﱺﻣﲘﻤﱱﺎ ﺭﱺﺯﱺﻗﱀﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﻳﱨﻨﻔﲘﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳈﳃﳀ
  1. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.
ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻧﱧﻔﱀﺲﱿ ﻣﱱﺂ ﺃﱂﺧﱹﻔﲘﻰﱺ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱂﺮﲄﺓﲘ ﺃﱁﻋﱹﻴﱨﻦﲎ ﺟﱺﺰﱺﺁﺀﱭ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳉﳃﳀ
  1. Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.
ﺃﱁﻓﱁﻤﱧﻦ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻣﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱫﺎ ﻛﱔﻤﱧﻦ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻓﱁﺎﺳﲔﻘﱅﺎﲬ ﵖﱞﵐ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻮﱻﲵﻥﱧ ﳁﳊﳃﳀ
  1. (Jika demikian halnya) maka adakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasik? Mereka tidaklah sama (dalam menerima balasan).
ﺃﱁﻣﱱﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱺ﮳ﺖﲔ ﻓﱁﻠﱁﻬﱻﻢﱦ ﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﱻ ﭐﻟﱀﻤﱧﺄﱀﻭﱺﻯﳎ ﻧﱨﺰﱻﵖﱚﵐ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳃﳀ
  1. Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan beroleh Syurga tempat tinggal yang tetap sebagai balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan.
ﻭﱺﺃﱁﻣﱱﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻓﱁﺴﱺﻘﱂﻮﺍﲯ ﻓﱁﻤﱧﺄﱀﻭﱺﯨﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﱻﲨ ﻛﱕﻠﱋﻤﱧﺂ ﺃﱁﺭﱺﺍﺩﱨﻭﳒﺍﲯ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺨﱹﺮﱻﺟﱻﻮﺍﲯ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺂ ﺃﱂﻋﲔﻴﺪﱻﻭﺍﲯ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻭﱺﻗﲘﻴﻞﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺫﱨﻭﻗﱂﻮﺍﲯ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﺗﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﱨﻮﻥﱧ ﳁﳂﳄﳀ
  1. Dan sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: "Rasalah azab neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu".
ﻭﱺﻟﱁﻨﱨﺬﲘﻳﻘﱁﻨﱱﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﲌ ﭐﵖﱓﵑﱁﺩﱦﻧﱧﻰﳎ ﺩﱨﻭﻥﱧ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﲌ ﭐﵖﱓﵑﱁﻛﱓﺒﱧﺮﲌ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﺮﱹﺟﲌﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳄﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab yang besar (di akhirat kelak), supaya mereka rujuk kembali bertaubat.
ﻭﱺﻣﱧﻦﱹ ﺃﱁﻇﱓﻠﱁﻢﱨ ﻣﲘﻤﱱﻦ ﺫﱨﻛﱝﲔﺮﱺ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﺭﱺﺑﱰﲐﻪﲘﲶ ﺛﱂﻢﱱ ﺃﱁﻋﱹﺮﱺﺽﱺ ﻋﱺﻨﱦﻬﱺﺂﲬ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺠﱹﺮﲌﻣﲘﻴﻦﱺ ﻣﱨﻨﺘﱧﻘﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳄﳀ
  1. Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadanya (dan tetap mengingkarinya); sesungguhnya Kami tetap membalas.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧﺎ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﻜﱕﻦ ﻓﲘﻰ ﻣﲘﺮﱹﻳﱧﺔﲚ ﻣﱰﲘﻦ ﻟﱊﲘﻘﱁﺂﴢﲐﻪﲘﲶﲨ ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﻫﱻﺪﱾﻯ ﻟﱊﲘﺒﱧﻨﲘﻰﳒ ﺇﲐﺳﱹﺮﱺﳍﺀﲘﻳﻞﱔ ﳁﳅﳄﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya! Kami telah memberi kepada Nabi Musa Kitab Taurat (sebagaimana Kami berikan Al-Quran kepadamu wahai Muhammad), maka janganlah engkau ragu-ragu menyambut dan menerimanya; dan Kami jadikan Kitab Taurat itu hidayah penunjuk bagi kaum Bani Israil.
ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﴢﲐﻤﱱﺔﱅ ﻳﱧﻬﱹﺪﱻﻭﻥﱧ ﺑﲐﺄﱁﻣﱦﺮﲌﻧﱧﺎ ﻟﱁﻤﱱﺎ ﺻﱺﺒﱧﺮﱻﻭﺍﲯﲨ ﻭﱺﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺎ ﻳﱨﻮﻗﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳄﳀ
  1. Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.
ﺇﲐﻥﱱ ﺭﱺﺑﱱﻚﱔ ﻫﱻﻮﱺ ﻳﱧﻔﱀﺼﲔﻞﱕ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘ ﻓﲘﻴﻤﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻳﱧﺨﱹﺘﱧﻠﲘﻔﱂﻮﻥﱧ ﳁﳇﳄﳀ
  1. (Pertentangan di antara satu golongan dengan yang lain itu) sesungguhnya Tuhanmu sahajalah yang akan memutuskan hukumNya di antara mereka pada hari kiamat, mengenai apa yang mereka berselisihan padanya.
ﺃﱁﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﻬﱹﺪﲘ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻛﱔﻢﱦ ﺃﱁﻫﱹﻠﱁﻜﱓﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻬﲌﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻘﱂﺮﱻﻭﻥﲌ ﻳﱧﻤﱦﺸﱕﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﻣﱧﺴﱺ﮳ﻜﲔﻨﲘﻬﲌﻢﱦﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﵖﱔﵕﻳﱧ﮳ﺖﲕﲬ ﺃﱁﻓﱁﵝﱁﵗ ﻳﱧﺴﱹﻤﱧﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳄﳀ
  1. Dan belumkah lagi ternyata kepada mereka (yang kafir itu): bahawa Kami telah binasakan berapa banyak dari kaum-kaum yang kufur ingkar dahulu daripada mereka, padahal mereka sekarang berulang-alik melalui tempat-tempat tinggal kaum-kaum itu? Sesungguhnya kebinasaan kaum-kaum itu mengandungi keterangan-keterangan (untuk mengambil iktibar); oleh itu tidakkah mereka mahu mendengar (dan insaf)?
ﺃﱁﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﺮﱺﻭﱹﺍﲯ ﺃﱁﻧﱱﺎ ﻧﱧﺴﱻﻮﻕﱻ ﭐﻟﱀﻤﱧﺂﺀﱧ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﭐﻟﱀﺠﱻﺮﱻﺯﲌ ﻓﱁﻨﱨﺨﱹﺮﲌﺝﱻ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﺯﱺﺭﱹﻋﱾﺎ ﺗﱧﺄﱀﻛﱕﻞﱕ ﻣﲘﻨﱦﻪﱨ ﺃﱁﻧﱦﻌﱧ﮳ﻤﱨﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱻﻬﱻﻢﱦﲬ ﺃﱁﻓﱁﵝﱁﵗ ﻳﱨﺒﱦﺼﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳉﳄﳀ
  1. Dan tidakkah mereka (yang tidak mahu taat dan bersyukur) itu melihat bahawasanya Kami mengarahkan turunnya hujan ke bumi yang kering kontang, lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman-tanaman, yang daripadanya dimakan oleh binatang-binatang ternak mereka dan mereka sendiri? Maka mengapa mereka tidak mahu memerhati (semuanya itu supaya taat dan bersyukur)?
ﻭﱺﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﻣﱧﺘﱧﻰﳎ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﭐﻟﱀﻔﱁﺘﱦﺢﱻ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺻﱺ﮳ﺪﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳄﳀ
  1. Dan mereka bertanya: "Bilakah datangnya hari pembukaan bicara yang dikatakan itu jika betul kamu orang-orang yang benar?"
ﻗﱂﻞﱓ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﻔﱁﺘﱦﺢﲠ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻨﻔﱁﻊﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺇﲐﻳﻤﱧ﮳ﻨﱨﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱨﻨﻈﱔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳋﳄﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tidak perlu diketahui masa datangnya tetapi mesti dipercayai bahawa) pada hari pembukaan bicara itu, tidak ada gunanya lagi kepada orang-orang kafir kiranya mereka hendak beriman, dan mereka pula tidak akan diberi tempoh (berbuat demikian)".
ﻓﱁﺄﱁﻋﱹﺮﲌﺽﱹ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﭐﻧﺘﱧﻈﲔﺮﱹ ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢ ﻣﱲﻨﺘﱧﻈﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳅﳀ
  1. Oleh itu, janganlah engkau hiraukan mereka, dan tunggulah (kesudahan mereka), sesungguhnya mereka pun menunggu (kesudahanmu).
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﻨﱱﺒﲐﻰﲅ ﭐﺗﱱﻖﲌ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱨﻄﲔﻊﲠ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﻨﱧ﮳ﻔﲘﻘﲘﻴﻦﱺﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻋﱺﻠﲘﻴﻤﱩﺎ ﺣﱺﻜﲔﻴﻤﱫﺎ ﳁﳃﳀ
  1. Wahai Nabi! Tetaplah bertaqwa kepada Allah, dan janganlah engkau patuhi kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
ﻭﱺﭐﺗﱱﺒﲘﻊﱦ ﻣﱧﺎ ﻳﱨﻮﺣﱺﻰ﮵ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻚﱔﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﺧﱺﺒﲐﻴﺮﱾﺍ ﳁﳄﳀ
  1. Dan turutlah akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu, (dan janganlah menurut adat resam Jahiliyah); sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
ﻭﱺﺗﱧﻮﱺﻛﱞﻞﱓ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﻭﱺﻛﱔﻔﱁﻰﳎ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻛﲔﻴﵝﱅﵗ ﳁﳅﳀ
  1. Dan berserahlah kepada Allah (dan janganlah menumpukan harapanmu kepada yang lain), kerana cukuplah Allah menjadi Pentadbir urusanmu.
ﻣﱱﺎ ﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﲘﺮﱺﺟﱻﻞﲎ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﻠﱀﺒﱧﻴﱦﻦﲌ ﻓﲘﻰ ﺟﱺﻮﱹﻓﲘﻪﲘﲶﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﺃﱁﺯﱹﻭﱺ﮴ﺟﱺﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱋﳌ﮲ﲘﻰ ﺗﱨﻈﱔ﮳ﻬﲌﺮﱻﻭﻥﱧ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻦﲄ ﺃﱂﻣﱱﻬﱺ﮳ﺘﲘﻜﱕﻢﱦﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﺃﱁﺩﱦﻋﲔﻴﱧﺂﺀﱧﻛﱕﻢﱦ ﺃﱁﺑﱦﻨﱧﺂﺀﱧﻛﱕﻢﱦﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻜﱕﻢﱦ ﻗﱁﻮﱹﻟﱂﻜﱕﻢ ﺑﲐﺄﱁﻓﱀﻮﱺ﮴ﻫﲔﻜﱕﻢﱦﲨ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﻘﱂﻮﻝﱕ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲄ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻳﱧﻬﱹﺪﲘﻯ ﭐﻟﺴﲄﺒﲐﻴﻞﱔ ﳁﳆﳀ
  1. (Diperintahkan dengan yang demikian kerana) Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya; dan Ia tidak menjadikan isteri-isteri yang kamu "zihar" kan itu sebagai ibu kamu; dan Ia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu, sebagai anak kamu sendiri. Segala yang kamu dakwakan mengenai perkara-perkara) yang tersebut itu hanyalah perkataan kamu dengan mulut kamu sahaja. Dan (ingatlah) Allah menerangkan yang benar dan Dia lah jua yang memimpin ke jalan yang betul.
ﭐﺩﱦﻋﱻﻮﻫﱻﻢﱦ ﵖﲔﵕﺑﱧﺂﴢﲐﻬﲌﻢﱦ ﻫﱻﻮﱺ ﺃﱁﻗﱀﺴﱺﻂﱕ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﻓﱁﺈﲐﻥ ﻟﱋﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﳒﺍﲯ ﺀﱧﺍﺑﱧﺂﺀﱧﻫﱻﻢﱦ ﻓﱁﺈﲐﺧﱹﻮﱺ﮴ﻧﱨﻜﱕﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺪﲃﲘﻳﻦﲌ ﻭﱺﻣﱧﻮﱺ﮴ﻟﲘﻴﻜﱕﻢﱦﲬ ﻭﱺﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﺟﱻﻨﱧﺎﺡﱿ ﻓﲘﻴﻤﱧﺂ ﺃﱁﺧﱹﻄﱔﺄﱀﺗﱨﻢ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦ ﻣﱱﺎ ﺗﱧﻌﱧﻤﱱﺪﱺﺕﱹ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﱨﻜﱕﻢﱦﲬ ﻭﱺﻛﱔﺎﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱾﺍ ﺭﲄﺣﲔﻴﻤﱩﺎ ﳁﳇﳀ
  1. Panggilah anak-anak angkat itu dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seugama dan sebagai "maula-maula" kamu. Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan (ingatlah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
ﭐﻟﻨﱱﺒﲐﻰﲅ ﺃﱁﻭﱹﻟﱁﻰﳎ ﺑﲐﭑﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻬﲌﻢﱦﲨ ﻭﱺﺃﱁﺯﱹﻭﱺ﮴ﺟﱻﻪﱨﲵﳒ ﺃﱂﻣﱱﻬﱺ﮳ﺘﱨﻬﱻﻢﱦﲩ ﻭﱺﺃﱂﻭﳖﻟﱂﻮﺍﲯ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺣﱺﺎﻡﲌ ﺑﱧﻌﱦﻀﱻﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻭﱹﻟﱁﻰﳎ ﺑﲐﺒﱧﻌﱦﺾﲞ ﻓﲘﻰ ﻛﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﻬﱺ﮳ﺠﲌﺮﲌﻳﻦﱺ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﻔﱀﻌﱧﻠﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻰ﮵ ﺃﱁﻭﱹﻟﲘﻴﱧﺂﴢﲐﻜﱕﻢ ﻣﱱﻌﱦﺮﱻﻭﻓﱅﺎﲬ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻣﱧﺴﱹﻄﱕﻮﺭﱾﺍ ﳁﳈﳀ
  1. Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri; dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka. Dan orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak (mewarisi) akan setengahnya yang lain - menurut (hukum) Kitab Allah - daripada orang-orang yang beriman dan orang-orang Muhajirin (yang bukan kerabatnya), kecuali kalau kamu hendak berbuat baik kepada sahabat-sahabat karib kamu. Hukum yang demikian itu adalah tertulis dalam Kitab Allah.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﺃﱁﺧﱺﺬﱓﻧﱧﺎ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺒﲐﻴﱰﲐﳑﻦﱺ ﻣﲘﻴﺜﱁ﮳ﻘﱁﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻣﲘﻨﻚﱔ ﻭﱺﻣﲘﻦ ﻧﱲﻮﺡﲢ ﻭﱺﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱧ ﻭﱺﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﻭﱺﻋﲔﻴﺴﱺﻰ ﭐﺑﱦﻦﲌ ﻣﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱧﲨ ﻭﱺﺃﱁﺧﱺﺬﱓﻧﱧﺎ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻴﺜﱁ﮳ﻘﱃﺎ ﻏﱔﻠﲘﻴﻈﱘﺎ ﳁﳉﳀ
  1. (Teruslah bertaqwa kepada Kami) dan (ingatlah) ketika Kami mengambil dari Nabi-nabi (umumnya): perjanjian setia mereka, dan (khasnya) dari engkau sendiri (wahai Muhammad), dan dari Nabi Nuh, dan Nabi Ibrahim, dan Nabi Musa, serta. Nabi Isa ibni Maryam; dan Kami telah mengambil dari mereka: perjanjian setia yang teguh (bagi menyempurnakan apa yang ditugaskan kepada mereka);
ﻟﱊﲘﻴﱧﺴﱹ﮲ﱧﻞﱔ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﺪﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﻋﱺﻦ ﺻﲔﺪﱹﻗﲘﻬﲌﻢﱦﲬ ﻭﱺﺃﱁﻋﱺﺪﲄ ﻟﲘﻠﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﻋﱺﺬﱔﺍﺑﱩﺎ ﺃﱁﻟﲘﻴﻤﱫﺎ ﳁﳊﳀ
  1. (Tuhan berbuat demikian) supaya Ia menyoal orang-orang yang benar beriman tentang kebenaran iman mereka (untuk menyempurnakan balasan baik mereka); dan (sebaliknya) Ia telah menyediakan bagi orang-orang yang kafir, azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﭐﺫﱦﻛﱕﺮﱻﻭﺍﲯ ﻧﲘﻌﱦﻤﱧﺔﱁ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﺫﱦ ﺟﱺﺂﺀﱧﺗﱦﻜﱕﻢﱦ ﺟﱻﻨﱨﻮﺩﱬ ﻓﱁﺄﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺭﲌﻳﺤﱾﺎ ﻭﱺﺟﱻﻨﱨﻮﺩﱫﺍ ﻟﱋﻢﱦ ﺗﱧﺮﱺﻭﱹﻫﱺﺎﲬ ﻭﱺﻛﱔﺎﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﺑﱧﺼﲔﻴﺮﱼﺍ ﳁﳋﳀ
  1. Wahai orang-orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu. Semasa kamu didatangi tentera (Al-Ahzaab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya. Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan.
ﺇﲐﺫﱦ ﺟﱺﺂﺀﱨﻭﻛﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻓﱁﻮﱹﻗﲘﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﺳﱹﻔﱁﻞﱔ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﺯﱺﺍﻏﱔﺖﲔ ﭐﵖﱓﵑﱁﺑﱦﺼﱺ﮳ﺮﱻ ﻭﱺﺑﱧﻠﱁﻐﱧﺖﲔ ﭐﻟﱀﻘﱂﻠﱂﻮﺏﱻ ﭐﻟﱀﺤﱺﻨﱧﺎﺟﲌﺮﱺ ﻭﱺﺗﱧﻈﱕﻨﱲﻮﻥﱧ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﻈﱟﻨﱨﻮﻧﱧﺎﲰ ﳁﳂﳃﳀ
  1. Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu; dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan.
ﻫﱻﻨﱧﺎﻟﲘﻚﱔ ﭐﺑﱦﺘﱨﻠﲘﻰﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﻭﱺﺯﱻﻟﱀﺰﲌﻟﱂﻮﺍﲯ ﺯﲌﻟﱀﺰﱺﺍﵖﱘﵐ ﺷﱔﺪﲘﻳﺪﱾﺍ ﳁﳃﳃﳀ
  1. Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman, dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﻳﱧﻘﱂﻮﻝﱕ ﭐﻟﱀﻤﱨﻨﱧ﮳ﻔﲘﻘﱂﻮﻥﱧ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻓﲘﻰ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﲐﻬﲌﻢ ﻣﱱﺮﱺﺽﱿ ﻣﱱﺎ ﻭﱺﻋﱺﺪﱺﻧﱧﺎ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺﺭﱺﺳﱻﻮﻟﱂﻪﱨﲵﳒ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻏﱕﺮﱻﻭﺭﱾﺍ ﳁﳄﳃﳀ
  1. Dan lagi masa itu ialah masa orang-orang munafik dan orang-orang yang tidak sihat dan tidak kuat iman dalam hatinya berkata: "Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan sahaja".
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻟﱁﺖ ﻃﱞﺂﴢﲐﻔﱁﺔﱆ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﳌﺄﱁﻫﱹﻞﱔ ﻳﱧﺜﱀﺮﲌﺏﱺ ﵖﱔﵐ ﻣﱨﻘﱁﺎﻡﱧ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﭑﺭﱹﺟﲌﻌﱨﻮﺍﲯﲬ ﻭﱺﻳﱧﺴﱹﺘﱧ﮲ﱦﺬﲘﻥﱨ ﻓﱁﺮﲌﻳﻖﱿ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﻨﱱﺒﲐﻰﲄ ﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﺇﲐﻥﱱ ﺑﱨﻴﱨﻮﺗﱧﻨﱧﺎ ﻋﱺﻮﱹﺭﱺﺓﱬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻫﲔﻰﱺ ﺑﲐﻌﱧﻮﱹﺭﱺﺓﲙﲨ ﺇﲐﻥ ﻳﱨﺮﲌﻳﺪﱻﻭﻥﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻓﲘﺮﱺﺍﺭﱾﺍ ﳁﳅﳃﳀ
  1. Dan juga masa itu ialah masa segolongan di antara mereka berkata: "Wahai penduduk Yathrib, tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk berjuang di sini), oleh itu baliklah". Dan sebahagian dari mereka pula meminta izin kepada Nabi (hendak balik) sambil berkata: "Sesungguhnya rumah-rumah kami memerlukan perlindungan", pada hal ia tidak memerlukan perlindungan. Mereka hanya bertujuan hendak melarikan diri (dari berjuang menegakkan Islam).
ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺩﱨﺧﲔﻠﱁﺖﱹ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺃﱁﻗﱀﻄﱔﺎﺭﲌﻫﱺﺎ ﺛﱂﻢﱱ ﺳﱻﴣﲐﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻔﲘﺘﱦﻨﱧﺔﱁ ﵖﱔﵕﺗﱧﻮﱹﻫﱺﺎ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱧﻠﱁﺒﱱﺜﱂﻮﺍﲯ ﺑﲐﻬﱺﺂ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻳﱧﺴﲔﻴﺮﱾﺍ ﳁﳆﳃﳀ
  1. Dan kalaulah tempat-tempat kediaman mereka itu diserang oleh musuh dari segala penjurunya, kemudian mereka diajak berpaling tadah menentang Islam, sudah tentu mereka akan melakukannya, dan mereka tidak bertangguh lagi tentang itu melainkan sebentar sahaja.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻋﱺ﮳ﻬﱺﺪﱻﻭﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﻮﱺﻟﱌﻮﻥﱧ ﭐﵖﱓﵑﱁﺩﱦﺑﱧ﮳ﺮﱺﲬ ﻭﱺﻛﱔﺎﻥﱧ ﻋﱺﻬﱹﺪﱻ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﱧﺴﱹ﮲ﱨﻮﵖﱘﵐ ﳁﳇﳃﳀ
  1. Pada hal sesungguhnya mereka telahpun mengikat janji dengan Allah sebelum itu, iaitu mereka tidak akan berpaling undur (dari medan perang yang mereka hadiri). Dan (ingatlah) janji setia dengan Allah itu akan ditanya kelak (tentang penyempurnaannya).
ﻗﱂﻞ ﻟﱋﻦ ﻳﱧﻨﻔﱁﻌﱧﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﻔﲘﺮﱺﺍﺭﱻ ﺇﲐﻥ ﻓﱁﺮﱺﺭﱹﺗﱨﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺕﲔ ﺃﱁﻭﲌ ﭐﻟﱀﻘﱁﺘﱦﻞﲌ ﻭﱺﺇﲐﺫﱫﺍ ﵖﱞﵐ ﺗﱨﻤﱧﺘﱱﻌﱨﻮﻥﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻗﱁﻠﲘﻴﵝﱅﵗ ﳁﳈﳃﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah kamu melarikan diri dari kematian atau dari pembunuhan maka perbuatan melarikan diri itu tidak sekali-kali mendatangkan faedah kepada kamu; dan kalaulah kamu pada hari ini terlepas sekalipun, maka kamu tidak juga akan menikmati kesenangan hidup melainkan sedikit masa sahaja".
ﻗﱂﻞﱓ ﻣﱧﻦ ﺫﱧﺍ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱧﻌﱦﺼﲔﻤﱨﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺇﲐﻥﱦ ﺃﱁﺭﱺﺍﺩﱧ ﺑﲐﻜﱕﻢﱦ ﺳﱻﻮﳒﺀﱩﺍ ﺃﱁﻭﱹ ﺃﱁﺭﱺﺍﺩﱧ ﺑﲐﻜﱕﻢﱦ ﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺔﱅﲬ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺠﲌﺪﱻﻭﻥﱧ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻟﲘﻴﱵﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻧﱧﺼﲔﻴﺮﱾﺍ ﳁﳉﳃﳀ
  1. Katakanlah: "Siapakah yang dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah jika Ia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu, atau (siapakah yang dapat menahan kemurahan Allah) jika Ia hendak memberikan rahmat kepada kamu? " Dan (ingatkanlah) mereka (yang munafik) itu: bahawa mereka tidak akan beroleh sesiapapun - yang lain dari Allah - yang akan menjadi pelindung atau penolong mereka.
ﲿ ﻗﱁﺪﱹ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﻌﱧﻮﲃﲌﻗﲘﻴﻦﱺ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﭐﻟﱀﻘﱁﺂﴢﲐﻠﲘﻴﻦﱺ ﵖﲔﵒﺧﱹﻮﱺ﮴ﻧﲘﻬﲌﻢﱦ ﻫﱺﻠﱂﻢﱱ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻨﱧﺎﲨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺄﱀﺗﱨﻮﻥﱧ ﭐﻟﱀﺒﱧﺄﱀﺱﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻗﱁﻠﲘﻴﵝﱃﵗ ﳁﳊﳃﳀ
  1. Sesungguhnya Allah mengetahui akan orang-orang (munafik) yang menghalangi di antara kamu, dan orang-orang yang berkata kepada saudara-saudaranya: "Marilah bersatu dengan kami", sedang mereka tidak turut berperang melainkan sebentar sahaja.
ﺃﱁﺷﲔﺤﲄﺔﱃ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦﲨ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﺟﱺﺂﺀﱧ ﭐﻟﱀﺨﱺﻮﱹﻑﱻ ﺭﱺﺃﱁﻳﱦﺘﱧﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﻨﻈﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﺗﱧﺪﱻﻭﺭﱻ ﺃﱁﻋﱹﻴﱨﻨﱨﻬﱻﻢﱦ ﻛﱔﭑﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱨﻐﱦﺸﱔﻰﳎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺕﲔﲨ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﺫﱧﻫﱺﺐﱺ ﭐﻟﱀﺨﱺﻮﱹﻑﱻ ﺳﱺﻠﱁﻘﱂﻮﻛﱕﻢ ﺑﲐﺄﱁﻟﱀﺴﲔﻨﱧﺔﲙ ﺣﲔﺪﱺﺍﺩﲙ ﺃﱁﺷﲔﺤﲄﺔﱃ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﺨﱺﻴﱦﺮﲌﲬ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻟﱁﻢﱦ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﺍﲯ ﻓﱁﺄﱁﺣﱹﺒﱧﻂﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺃﱁﻋﱹﻤﱧ﮳ﻠﱁﻬﱻﻢﱦﲬ ﻭﱺﻛﱔﺎﻥﱧ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻳﱧﺴﲔﻴﺮﱾﺍ ﳁﳋﳃﳀ
  1. Mereka bersikap bakhil kedekut terhadap kamu (wahai orang-orang mukmin untuk memberikan sebarang pertolongan); dalam pada itu apabila datang (ancaman musuh yang menimbulkan) ketakutan, engkau melihat mereka memandang kepadamu (wahai Muhammad, meminta pertolonganmu) dengan keadaan mata mereka berputar seperti orang yang pengsan semasa hampir mati. Kemudian apabila hilang perasaan takut itu, mereka mencela kamu dengan lidah yang tajam, sambil mereka tamakan kebaikan (yang diberikan Allah kepada kamu). Mereka itu tidak beriman, lalu Allah gugurkan amal-amal mereka. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.
ﻳﱧﺤﱹﺴﱺﺒﱨﻮﻥﱧ ﭐﵖﱓﵑﱁﺣﱹﺰﱺﺍﺏﱺ ﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﺬﱓﻫﱺﺒﱨﻮﺍﲯﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻳﱧﺄﱀﺕﲔ ﭐﵖﱓﵑﱁﺣﱹﺰﱺﺍﺏﱻ ﻳﱧﻮﱺﺩﱲﻭﺍﲯ ﻟﱁﻮﱹ ﺃﱁﻧﱱﻬﱻﻢ ﺑﱧﺎﺩﱨﻭﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﻋﱹﺮﱺﺍﺏﲌ ﻳﱧﺴﱹ﮲ﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﻋﱺﻦﱹ ﺃﱁﻧﲲﺒﱧﺂﴢﲐﻜﱕﻢﱦﲨ ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻓﲘﻴﻜﱕﻢ ﻣﱱﺎ ﻗﱁ﮳ﺘﱧﻠﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻗﱁﻠﲘﻴﵝﱅﵗ ﳁﳂﳄﳀ
  1. Mereka menyangka bahawa tentera "Al-Ahzaab" itu belum pergi; dan kalaulah tentera Al-Ahzaab datang semula, tentulah mereka suka kalau mereka tinggal jauh di desa-desa bersama-sama orang-orang Arab Badwi sambil bertanyakan berita mengenai kamu; dan kalaulah mereka ada bersama-sama kamu (pada ketika itu), mereka tidak akan turut berperang melainkan sebentar sahaja.
ﻟﱋﻘﱁﺪﱹ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﺭﱺﺳﱻﻮﻝﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺃﱂﺳﱹﻮﱺﺓﱪ ﺣﱺﺴﱺﻨﱧﺔﱆ ﻟﱊﲘﻤﱧﻦ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻳﱧﺮﱹﺟﱻﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﭐﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺ ﻭﱺﺫﱧﻛﱔﺮﱺ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍ ﳁﳃﳄﳀ
  1. Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
ﻭﱺﻟﱁﻤﱱﺎ ﺭﱺﺀﱧﺍ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﭐﵖﱓﵑﱁﺣﱹﺰﱺﺍﺏﱺ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻣﱧﺎ ﻭﱺﻋﱺﺪﱺﻧﱧﺎ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺﺭﱺﺳﱻﻮﻟﱂﻪﱨﲵ ﻭﱺﺻﱺﺪﱺﻕﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺﺭﱺﺳﱻﻮﻟﱂﻪﱨﲵﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺯﱺﺍﺩﱧﻫﱻﻢﱦ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺇﲐﻳﻤﱧ﮳ﻨﱫﺎ ﻭﱺﺗﱧﺴﱹﻠﲘﻴﻤﱫﺎ ﳁﳄﳄﳀ
  1. Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:" Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah.
ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﺭﲌﺟﱺﺎﻝﱙ ﺻﱺﺪﱺﻗﱂﻮﺍﲯ ﻣﱧﺎ ﻋﱺ﮳ﻬﱺﺪﱻﻭﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘﲨ ﻓﱁﻤﲘﻨﱦﻬﱻﻢ ﻣﱱﻦ ﻗﱁﻀﱺﻰﳎ ﻧﱧﺤﱹﺒﱧﻪﱨﲵ ﻭﱺﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢ ﻣﱱﻦ ﻳﱧﻨﺘﱧﻈﲔﺮﱻﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺑﱧﺪﲄﻟﱂﻮﺍﲯ ﺗﱧﺒﱦﺪﲘﻳﵝﱅﵗ ﳁﳅﳄﳀ
  1. Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.
ﻟﱊﲘﻴﱧﺠﱹﺰﲌﻯﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﺪﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﺑﲐﺼﲔﺪﱹﻗﲘﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻳﱨﻌﱧﺬﱝﲘﺏﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﻨﱧ﮳ﻔﲘﻘﲘﻴﻦﱺ ﺇﲐﻥ ﺷﱔﺂﺀﱧ ﺃﱁﻭﱹ ﻳﱧﺘﱨﻮﺏﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱾﺍ ﺭﲄﺣﲔﻴﻤﱫﺎ ﳁﳆﳄﳀ
  1. (Berlakunya yang demikian) supaya Allah membalas orang-orang yang benar disebabkan kebenaran mereka, dan menyeksa orang-orang yang munafik jika Ia kehendaki, atau Ia menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
ﻭﱺﺭﱺﺩﱱ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐﻐﱧﻴﱦﻈﲔﻬﲌﻢﱦ ﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﻨﱧﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺧﱺﻴﱦﺮﱾﺍﲬ ﻭﱺﻛﱔﻔﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﭐﻟﱀﻘﲘﺘﱧﺎﻝﱔﲬ ﻭﱺﻛﱔﺎﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻗﱁﻮﲌﻳﱳﺎ ﻋﱺﺰﲌﻳﺰﱾﺍ ﳁﳇﳄﳀ
  1. Dan Allah telah menghalau kembali (angkatan tentera) orang-orang yang kafir itu (ke tempat masing-masing) dengan keadaan mereka geram marah (kerana gagal dan hampa), mereka tidak mendapat sebarang keuntungan. Dan Allah selamatkan orang-orang yang beriman dari bencana menghadapi peperangan itu. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
ﻭﱺﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻇﱔ﮳ﻬﱺﺮﱻﻭﻫﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺃﱁﻫﱹﻞﲌ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻣﲘﻦ ﺻﱺﻴﱧﺎﺻﲔﻴﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻗﱁﺬﱔﻑﱺ ﻓﲘﻰ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﲐﻬﲌﻢﱨ ﭐﻟﺮﲅﻋﱹﺐﱺ ﻓﱁﺮﲌﻳﻘﱅﺎ ﺗﱧﻘﱀﺘﱨﻠﱂﻮﻥﱧ ﻭﱺﺗﱧﺄﱀﺳﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﻓﱁﺮﲌﻳﻘﱅﺎ ﳁﳈﳄﳀ
  1. Dan Ia menurunkan golongan Ahli Kitab (kaum Yahudi) yang membantu tentera musuh itu, dari benteng-benteng mereka (menyerah diri), setelah diisikanNya hati mereka dengan perasaan gerun. (Lalu mereka diadili dan dijatuhkan (hukuman); sebahagian di antaranya kamu bunuh, dan sebahagian lagi kamu tawan.
ﻭﱺﺃﱁﻭﱹﺭﱺﺛﱁﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﺭﱹﺿﱺﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﺩﲘﻳﱧ﮳ﺮﱺﻫﱻﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻣﱦﻮﱺ﮴ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﺭﱹﺿﱾﺎ ﻟﱋﻢﱦ ﺗﱧﻄﱔ﮲ﱨﻮﻫﱺﺎﲬ ﻭﱺﻛﱔﺎﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻗﱁﺪﲘﻳﺮﱾﺍ ﳁﳉﳄﳀ
  1. Dan Ia menjadikan kamu mewarisi tanah-tanah dan rumah-rumah serta harta benda mereka, dan juga tanah-tanah (di negeri-negeri lain) yang belum kamu menjejaknya. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﻨﱱﺒﲐﻰﲅ ﻗﱂﻞ ﵖﱝﲔﵑﱁﺯﱹﻭﱺ﮴ﺟﲌﻚﱔ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻦﲄ ﺗﱨﺮﲌﺩﱦﻥﱧ ﭐﻟﱀﺤﱺﻴﱧﻮﳎﺓﱧ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﻭﱺﺯﲌﻳﻨﱧﺘﱧﻬﱺﺎ ﻓﱁﺘﱧﻌﱧﺎﻟﱁﻴﱦﻦﱺ ﺃﱂﻣﱧﺘﱰﲘﻌﱦﻜﱕﻦﲄ ﻭﱺﺃﱂﺳﱺﺮﲃﲌﺣﱹﻜﱕﻦﲄ ﺳﱺﺮﱺﺍﺣﱾﺎ ﺟﱺﻤﲘﻴﵝﱅﵗ ﳁﳊﳄﳀ
  1. Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: "Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya aku berikan kepada kamu pemberian mut'ah (sagu hati), dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya.
ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻦﲄ ﺗﱨﺮﲌﺩﱦﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﺭﱺﺳﱻﻮﻟﱁﻪﱨﲵ ﻭﱺﭐﻟﺪﲄﺍﺭﱺ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﱧ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺃﱁﻋﱺﺪﲄ ﻟﲘﻠﱀﻤﱨﺤﱹﺴﲔﻨﱧ﮳ﺖﲔ ﻣﲘﻨﻜﱕﻦﲄ ﺃﱁﺟﱹﺮﱼﺍ ﻋﱺﻈﲔﻴﻤﱫﺎ ﳁﳋﳄﳀ
  1. "Dan sekiranya kamu semua mahukan (keredaan) Allah dan RasulNya serta (nikmat kemewahan) di negeri akhirat maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi orang-orang yang berbuat baik di antara kamu: pahala yang besar".
ﻳﱧ﮳ﻨﲘﺴﱺﺂﺀﱧ ﭐﻟﻨﱱﺒﲐﻰﲃﲤ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺄﱀﺕﲔ ﻣﲘﻨﻜﱕﻦﲄ ﺑﲐﻔﱁ﮳ﺤﲔﺸﱔﺔﲚ ﻣﱲﺒﱧﻴﱰﲐﻨﱧﺔﲚ ﻳﱨﻀﱺ﮳ﻌﱧﻒﱹ ﻟﱁﻬﱺﺎ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﱻ ﺿﲔﻌﱦﻔﱁﻴﱦﻦﲌﲬ ﻭﱺﻛﱔﺎﻥﱧ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻳﱧﺴﲔﻴﺮﱾﺍ ﳁﳂﳅﳀ
  1. Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa di antara kamu yang melakukan sesuatu perbuatan keji yang nyata, nescaya akan digandakan azab seksa baginya dua kali ganda. Dan (hukuman) yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.