Juz 23 : Yaseen 28 hingga Az-Zumar 31

Bacaan Penuh Juz 23 : Yaseen 28 hingga Az-Zumar 31
ﲿ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﺰﱺﻟﱀﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻗﱁﻮﱹﻣﲘﻪﲘﲶ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘﻩﲘﲶ ﻣﲘﻦ ﺟﱻﻨﺪﲚ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻣﱨﻨﺰﲌﻟﳨﻴﻦﱺ ﳁﳊﳄﳀ
  1. Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah ia (mati) sebarang pasukan tentera dari langit (untuk membinasakan mereka), dan tidak perlu Kami menurunkannya.
ﺇﲐﻥ ﻛﱔﺎﻧﱧﺖﱹ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺻﱺﻴﱦﺤﱺﺔﱅ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﱺﺓﱫ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﻫﱻﻢﱦ ﺧﱺ﮳ﻤﲘﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳋﳄﳀ
  1. (Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi.
ﻳﱧ﮳ﺤﱺﺴﱹﺮﱺﺓﱩ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻌﲘﺒﱧﺎﺩﲘﲬ ﻣﱧﺎ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻴﻬﲌﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺳﱻﻮﻝﲍ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻬﱹﺰﲌﺀﱨﻭﻥﱧ ﳁﳂﳅﳀ
  1. Sungguh besar perasaan sesal dan kecewa yang menimpa hamba-hamba (yang mengingkari kebenaran)! Tidak datang kepada mereka seorang Rasul melainkan mereka mengejek-ejek dan memperolok-olokkannya.
ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﺮﱺﻭﱹﺍﲯ ﻛﱔﻢﱦ ﺃﱁﻫﱹﻠﱁﻜﱓﻨﱧﺎ ﻗﱁﺒﱦﻠﱁﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻘﱂﺮﱻﻭﻥﲌ ﺃﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺮﱹﺟﲌﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳅﳀ
  1. Tidakkah mereka mengetahui berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka? Umat-umat yang telah binasa itu tidak kembali lagi kepada mereka (bahkan kembali kepada Kami, untuk menerima balasan).
ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻛﱕﻞﱣ ﻟﱋﻤﱱﺎ ﺟﱺﻤﲘﻴﻊﱬ ﻟﱋﺪﱺﻳﱦﻨﱧﺎ ﻣﱨﺤﱹﻀﱺﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳄﳅﳀ
  1. Dan tidak ada satu makhluk pun melainkan dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).
ﻭﱺﺀﱧﺍﻳﱧﺔﱆ ﻟﱋﻬﱻﻢﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱻ ﭐﻟﱀﻤﱧﻴﱦﺘﱧﺔﱂ ﺃﱁﺣﱹﻴﱧﻴﱦﻨﱧ﮳ﻬﱺﺎ ﻭﱺﺃﱁﺧﱹﺮﱺﺟﱹﻨﱧﺎ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﺣﱺﺒﱵﺎ ﻓﱁﻤﲘﻨﱦﻪﱨ ﻳﱧﺄﱀﻛﱕﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳅﳅﳀ
  1. Dan dalil yang terang untuk mereka (memahami kekuasaan dan kemurahan kami), ialah bumi yang mati; kami hidupkan dia serta kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripada biji-bijian itu mereka makan.
ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﲖ ﻣﱰﲘﻦ ﻧﱱﺨﲔﻴﻞﲎ ﻭﱺﺃﱁﻋﱹﻨﱧ﮳ﺐﲎ ﻭﱺﻓﱁﺠﲄﺮﱹﻧﱧﺎ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻌﱨﻴﱨﻮﻥﲌ ﳁﳆﳅﳀ
  1. Dan kami jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur, dan kami pancarkan padanya beberapa matair,
ﻟﲘﻴﱧﺄﱀﻛﱕﻠﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﺛﱁﻤﱧﺮﲌﻩﲘﲶ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻋﱺﻤﲘﻠﱁﺘﱦﻪﱨ ﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻳﻬﲌﻢﱦﲬ ﺃﱁﻓﱁﵝﱁﵗ ﻳﱧﺸﱓﻜﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳇﳅﳀ
  1. Supaya mereka makan dari buah-buahannya dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan mereka; maka patutkah mereka tidak bersyukur?
ﺳﱻﺒﱦﺤﱺ﮳ﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺧﱺﻠﱁﻖﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﺯﱹﻭﱺ﮴ﺝﱺ ﻛﱕﻠﱋﻬﱺﺎ ﻣﲘﻤﱱﺎ ﺗﱨﻨﲲﺒﲐﺖﱻ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱻ ﻭﱺﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻣﲘﻤﱱﺎ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳅﳀ
  1. Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.
ﻭﱺﺀﱧﺍﻳﱧﺔﱆ ﻟﱋﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﱕ ﻧﱧﺴﱹﻠﱁﺦﱻ ﻣﲘﻨﱦﻪﱨ ﭐﻟﻨﱱﻬﱺﺎﺭﱺ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﻫﱻﻢ ﻣﱲﻈﱓﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳉﳅﳀ
  1. Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;
ﻭﱺﭐﻟﺸﱞﻤﱦﺲﱻ ﺗﱧﺠﱹﺮﲌﻯ ﻟﲘﻤﱨﺴﱹﺘﱧﻘﱁﺮﲃﲎ ﻟﱋﻬﱺﺎﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺗﱧﻘﱀﺪﲘﻳﺮﱻ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧﻠﲘﻴﻢﲌ ﳁﳊﳅﳀ
  1. Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;
ﻭﱺﭐﻟﱀﻘﱁﻤﱧﺮﱺ ﻗﱁﺪﲄﺭﱹﻧﱧ﮳ﻪﱨ ﻣﱧﻨﱧﺎﺯﲌﻝﱔ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﻋﱺﺎﺩﱧ ﻛﱔﭑﻟﱀﻌﱨﺮﱹﺟﱻﻮﻥﲌ ﭐﻟﱀﻘﱁﺪﲘﻳﻢﲌ ﳁﳋﳅﳀ
  1. Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.
ﵖﱔﵐ ﭐﻟﺸﱞﻤﱦﺲﱻ ﻳﱧﻨﲲﺒﱧﻐﲘﻰ ﻟﱁﻬﱺﺂ ﺃﱁﻥ ﺗﱨﺪﱹﺭﲌﻙﱔ ﭐﻟﱀﻘﱁﻤﱧﺮﱺ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﱕ ﺳﱺﺎﺑﲐﻖﱻ ﭐﻟﻨﱱﻬﱺﺎﺭﲌﲬ ﻭﱺﻛﱕﻞﱣ ﻓﲘﻰ ﻓﱁﻠﱁﻚﲖ ﻳﱧﺴﱹﺒﱧﺤﱻﻮﻥﱧ ﳁﳂﳆﳀ
  1. (Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.
ﻭﱺﺀﱧﺍﻳﱧﺔﱆ ﻟﱋﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻧﱱﺎ ﺣﱺﻤﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﺫﱨﺭﲃﲌﻳﱱﺘﱧﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻔﱂﻠﱀﻚﲔ ﭐﻟﱀﻤﱧﺸﱓﺤﱻﻮﻥﲌ ﳁﳃﳆﳀ
  1. Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, Kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat;
ﻭﱺﺧﱺﻠﱁﻘﱀﻨﱧﺎ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻣﱰﲘﺜﱀﻠﲘﻪﲘﲶ ﻣﱧﺎ ﻳﱧﺮﱹﻛﱔﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳆﳀ
  1. Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya.
ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻧﱱﺸﱔﺄﱀ ﻧﱨﻐﱦﺮﲌﻗﱀﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺻﱺﺮﲌﻳﺦﱺ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱨﻨﻘﱁﺬﱕﻭﻥﱧ ﳁﳅﳆﳀ
  1. Dan jika kami kehendaki, kami boleh tenggelamkan mereka; (kiranya Kami lakukan yang demikian) maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan, -
ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺔﱅ ﻣﱰﲘﻨﱱﺎ ﻭﱺﻣﱧﺘﱧ﮳ﻌﱩﺎ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺣﲔﻴﻦﲎ ﳁﳆﳆﳀ
  1. Kecuali dengan kemurahan dari pihak Kami memberi rahmat dan kesenangan hidup kepada mereka hingga ke suatu masa.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﻗﲘﻴﻞﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱨ ﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﻣﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻳﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺧﱺﻠﱀﻔﱁﻜﱕﻢﱦ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱨﺮﱹﺣﱺﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳇﳆﳀ
  1. Dan apabila dikatakan kepada mereka: " berjaga-jagalah kamu akan apa yang ada di hadapan kamu (dari urusan-urusan hidup di dunia ini), dan apa yang ada di belakang kamu (dari huru-hara dan balasan akhirat), supaya kamu beroleh rahmat", (mereka tidak mengindahkannya).
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱧﺄﱀﺗﲘﻴﻬﲌﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺀﱧﺍﻳﱧﺔﲚ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻋﱺﻨﱦﻬﱺﺎ ﻣﱨﻌﱦﺮﲌﺿﲔﻴﻦﱺ ﳁﳈﳆﳀ
  1. Dan (itulah tabiat mereka) tidak ada sesuatu keterangan yang sampai kepada mereka dari keterangan-keterangan tuhan mereka melainkan mereka selalu berpaling daripadanya (enggan menerimanya).
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﻗﲘﻴﻞﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻧﻔﲘﻘﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻤﱱﺎ ﺭﱺﺯﱺﻗﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻟﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﱨﻄﱓﻌﲘﻢﱨ ﻣﱧﻦ ﻟﱋﻮﱹ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺃﱁﻃﱓﻌﱧﻤﱧﻪﱨﲵﳒ ﺇﲐﻥﱦ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻓﲘﻰ ﺿﱺﻠﱁ﮳ﻞﲎ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﲎ ﳁﳉﳆﳀ
  1. Dan apabila dikatakan kepada mereka:" Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu", berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): " Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata".
ﻭﱺﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﻣﱧﺘﱧﻰﳎ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﭐﻟﱀﻮﱺﻋﱹﺪﱻ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺻﱺ﮳ﺪﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳆﳀ
  1. Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya (secara mempersenda): " Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka kami sedia menunggu)!",
ﻣﱧﺎ ﻳﱧﻨﻈﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺻﱺﻴﱦﺤﱺﺔﱅ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﱺﺓﱫ ﺗﱧﺄﱀﺧﱻﺬﱕﻫﱻﻢﱦ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﺨﲔﺼﲃﲔﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳆﳀ
  1. Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang - (dengan secara mengejut) akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing).
ﻓﱁﵝﱁﵗ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻄﲔﻴﻌﱨﻮﻥﱧ ﺗﱧﻮﱹﺻﲔﻴﱧﺔﱅ ﻭﱺﵖﱔﵓ ﺇﲐﻟﱁﻰ﮵ ﺃﱁﻫﱹﻠﲘﻬﲌﻢﱦ ﻳﱧﺮﱹﺟﲌﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳂﳇﳀ
  1. Maka dengan itu, mereka tidak berpeluang membuat sebarang pesanan (wasiat atau lainnya), dan (kalau mereka berada di luar) mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya.
ﻭﱺﻧﱨﻔﲘﺦﱺ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺼﲅﻮﺭﲌ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﻫﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﺟﱹﺪﱺﺍﺙﲔ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻳﱧﻨﺴﲔﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳃﳇﳀ
  1. Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya.
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻳﱧ﮳ﻮﱺﻳﱦﻠﱁﻨﱧﺎ ﻣﱧﻦﲲ ﺑﱧﻌﱧﺜﱁﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦ ﻣﱱﺮﱹﻗﱁﺪﲘﻧﱧﺎﲮﲩ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻣﱧﺎ ﻭﱺﻋﱺﺪﱺ ﭐﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﱻ ﻭﱺﺻﱺﺪﱺﻕﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺮﱹﺳﱺﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳄﳇﳀ
  1. (Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): " Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul!,
ﺇﲐﻥ ﻛﱔﺎﻧﱧﺖﱹ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺻﱺﻴﱦﺤﱺﺔﱅ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﱺﺓﱫ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﻫﱻﻢﱦ ﺟﱺﻤﲘﻴﻊﱬ ﻟﱋﺪﱺﻳﱦﻨﱧﺎ ﻣﱨﺤﱹﻀﱺﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳇﳀ
  1. Hanyalah dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan serta merta mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).
ﻓﱁﭑﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﱧ ﵖﱔﵐ ﺗﱨﻈﱓﻠﱁﻢﱨ ﻧﱧﻔﱀﺲﱿ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱫﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱨﺠﱹﺰﱺﻭﱹﻥﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳆﳇﳀ
  1. Maka pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun, dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan.
ﺇﲐﻥﱱ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱺ ﭐﻟﱀﺠﱺﻨﱱﺔﲘ ﭐﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﱧ ﻓﲘﻰ ﺷﱕﻐﱨﻞﲎ ﻓﱁ﮳ﻜﲔﻬﱻﻮﻥﱧ ﳁﳇﳇﳀ
  1. Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan;
ﻫﱻﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﺯﱹﻭﱺ﮴ﺟﱻﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﻇﲔﻠﱁ﮳ﻞﲍ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱺﺁﴢﲐﻚﲔ ﻣﱨﺘﱱﻜﲔ﮲ﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳇﳀ
  1. Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin;
ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻓﱁ﮳ﻜﲔﻬﱺﺔﱆ ﻭﱺﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱱﺎ ﻳﱧﺪﲄﻋﱻﻮﻥﱧ ﳁﳉﳇﳀ
  1. Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki;
ﺳﱺﻠﱁ﮳ﻢﱬ ﻗﱁﻮﱹﵖﱘﵐ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺏﲃﲎ ﺭﲄﺣﲔﻴﻢﲎ ﳁﳊﳇﳀ
  1. (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.
ﻭﱺﭐﻣﱦﺘﱧ﮳ﺰﱻﻭﺍﲯ ﭐﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﱧ ﺃﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱀﻤﱨﺠﱹﺮﲌﻣﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳇﳀ
  1. Dan (sebaliknya dikatakan kepada orang-orang yang kafir): "Berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa, (dari bercampur gaul dengan orang-orang yang beriman).
ﲿ ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﺃﱁﻋﱹﻬﱺﺪﱹ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻳﱧ﮳ﺒﱧﻨﲘﻰﳒ ﺀﱧﺍﺩﱧﻡﱧ ﺃﱁﻥ ﵖﱞﵐ ﺗﱧﻌﱦﺒﱨﺪﱻﻭﺍﲯ ﭐﻟﺸﱞﻴﱦﻄﱔ﮳ﻦﱺﲨ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﺪﱻﻭﲉ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﱿ ﳁﳂﳈﳀ
  1. "Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
ﻭﱺﺃﱁﻥﲌ ﭐﻋﱹﺒﱨﺪﱻﻭﻧﲘﻰﲬ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﺻﲔﺮﱺ﮴ﻁﱙ ﻣﱲﺴﱹﺘﱧﻘﲘﻴﻢﱬ ﳁﳃﳈﳀ
  1. "Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺃﱁﺿﱺﻞﱞ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﺟﲌﺒﲐﵝﱏﵗ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱼﺍﲨ ﺃﱁﻓﱁﻠﱁﻢﱦ ﺗﱧﻜﱕﻮﻧﱨﻮﺍﲯ ﺗﱧﻌﱦﻘﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳄﳈﳀ
  1. "Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?
ﻫﱺ﮳ﺬﲘﻩﲘﲶ ﺟﱺﻬﱺﻨﱱﻢﱨ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱨﻮﻋﱺﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳈﳀ
  1. "Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahannam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah).
ﭐﺻﱹﻠﱁﻮﱹﻫﱺﺎ ﭐﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﱧ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳆﳈﳀ
  1. "Rasalah kamu bakarannya pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur yang kamu telah lakukan!"
ﭐﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﱧ ﻧﱧﺨﱹﺘﲘﻢﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺃﱁﻓﱀﻮﱺ﮴ﻫﲔﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﺗﱨﻜﱔﻠﱊﲘﻤﱨﻨﱧﺂ ﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻳﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﺗﱧﺸﱓﻬﱺﺪﱻ ﺃﱁﺭﱹﺟﱻﻠﱂﻬﱻﻢ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻜﱓﺴﲔﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳇﳈﳀ
  1. Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.
ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﻧﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻟﱁﻄﱔﻤﱧﺴﱹﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺃﱁﻋﱹﻴﱨﻨﲘﻬﲌﻢﱦ ﻓﱁﭑﺳﱹﺘﱧﺒﱧﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲃﲔﺮﱺ﮴ﻁﱔ ﻓﱁﺄﱁﻧﱱﻰﳎ ﻳﱨﺒﱦﺼﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳈﳈﳀ
  1. (Matahati orang-orang yang menderhaka itu rosak) dan kalau Kami kehendaki, Kami berkuasa menghapuskan bentuk dan biji mata kepala mereka menjadi rata, sehingga masing-masing menerpa mencari-cari jalan (yang biasa mereka lalui). (Kiranya dijadikan demikian) maka bagaimanakah mereka dapat melihatnya?
ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﻧﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻟﱁﻤﱧﺴﱺﺨﱹﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻣﱧﻜﱔﺎﻧﱧﺘﲘﻬﲌﻢﱦ ﻓﱁﻤﱧﺎ ﭐﺳﱹﺘﱧﻄﱔ﮳ﻌﱨﻮﺍﲯ ﻣﱨﻀﲔﻴﱵﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺮﱹﺟﲌﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳉﳈﳀ
  1. (Kekuatan akal fikiran mereka juga tidak sihat) dan kalau kami kehendaki, kami berkuasa mangubahkan keadaan jasmani mereka (menjadi kaku beku) di tempat yang mereka berada padanya; maka dengan itu, mereka tidak dapat mara ke hadapan dan juga tidak dapat undur ke belakang.
ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻧﱲﻌﱧﻤﱰﲘﺮﱹﻩﱨ ﻧﱨﻨﱧﻜﱝﲔﺴﱹﻪﱨ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺨﱺﻠﱀﻖﲌﲬ ﺃﱁﻓﱁﵝﱁﵗ ﻳﱧﻌﱦﻘﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳊﳈﳀ
  1. Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻋﱺﻠﱋﻤﱦﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﭐﻟﺸﱝﲔﻌﱦﺮﱺ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱧﻨﲲﺒﱧﻐﲘﻰ ﻟﱁﻪﱨﲵﳒﲬ ﺇﲐﻥﱦ ﻫﱻﻮﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺫﲘﻛﱓﺮﱿ ﻭﱺﻗﱂﺮﱹﺀﱧﺍﻥﱬ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﱿ ﳁﳋﳈﳀ
  1. (Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;
ﻟﱊﲘﻴﱨﻨﺬﲘﺭﱺ ﻣﱧﻦ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺣﱺﻴﱵﺎ ﻭﱺﻳﱧﺤﲔﻖﲄ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻝﱕ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳂﳉﳀ
  1. Supaya ia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya), dan supaya nyata tetapnya hukuman (azab) terhadap orang-orang yang kufur ingkar.
ﺃﱁﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﺮﱺﻭﱹﺍﲯ ﺃﱁﻧﱱﺎ ﺧﱺﻠﱁﻘﱀﻨﱧﺎ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻤﱱﺎ ﻋﱺﻤﲘﻠﱁﺖﱹ ﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻳﻨﱧﺂ ﺃﱁﻧﱦﻌﱧ﮳ﻤﱫﺎ ﻓﱁﻬﱻﻢﱦ ﻟﱁﻬﱺﺎ ﻣﱧ﮳ﻠﲘﻜﱕﻮﻥﱧ ﳁﳃﳉﳀ
  1. Tidakkah mereka melihat dan memikirkan, bahawa Kami telah menciptakan untuk mereka binatang-binatang ternak, di antara jenis-jenis makhluk yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami lalu mereka memilikinya?
ﻭﱺﺫﱧﻟﱋﻠﱀﻨﱧ﮳ﻬﱺﺎ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﻤﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﺭﱺﻛﱕﻮﺑﱨﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﻳﱧﺄﱀﻛﱕﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳄﳉﳀ
  1. Dan Kami jinakkan dia untuk kegunaan mereka; maka sebahagian di antaranya menjadi kenderaan mereka, dan sebahagian lagi mereka makan.
ﻭﱺﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻣﱧﻨﱧ﮳ﻔﲘﻊﱨ ﻭﱺﻣﱧﺸﱔﺎﺭﲌﺏﱻﲬ ﺃﱁﻓﱁﵝﱁﵗ ﻳﱧﺸﱓﻜﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳉﳀ
  1. Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur?
ﻭﱺﭐﺗﱱﺨﱺﺬﱕﻭﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺀﱧﺍﻟﲘﻬﱺﺔﱅ ﻟﱋﻌﱧﻠﱋﻬﱻﻢﱦ ﻳﱨﻨﺼﱺﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳆﳉﳀ
  1. Dan tergamak mereka menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah, (dengan harapan semoga mereka mendapat pertolongan (dari makhluk-makhluk itu).
ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻄﲔﻴﻌﱨﻮﻥﱧ ﻧﱧﺼﱹﺮﱺﻫﱻﻢﱦ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺟﱻﻨﺪﱿ ﻣﱲﺤﱹﻀﱺﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳇﳉﳀ
  1. Benda-benda yang mereka sembah itu tidak dapat sama sekali menolong mereka, sedang benda-benda itu sendiri menjadi tentera yang akan dibawa hadir (pada hari kiamat, untuk memberi azab seksa) kepada mereka.
ﻓﱁﵝﱁﵗ ﻳﱧﺤﱹﺰﱻﻧﻚﱔ ﻗﱁﻮﱹﻟﱂﻬﱻﻢﱦﲪ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻧﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻣﱧﺎ ﻳﱨﺴﲔﺮﲅﻭﻥﱧ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱨﻌﱦﻠﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳉﳀ
  1. Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan.
ﺃﱁﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﺮﱺ ﭐﵖﱓﵒﻧﺴﱺ﮳ﻦﱻ ﺃﱁﻧﱱﺎ ﺧﱺﻠﱁﻘﱀﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﻣﲘﻦ ﻧﱲﻄﱓﻔﱁﺔﲚ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﻫﱻﻮﱺ ﺧﱺﺼﲔﻴﻢﱬ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﱿ ﳁﳉﳉﳀ
  1. Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),
ﻭﱺﺿﱺﺮﱺﺏﱺ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﻣﱧﺜﱁﵝﱅﵗ ﻭﱺﻧﱧﺴﲔﻰﱺ ﺧﱺﻠﱀﻘﱁﻪﱨﲵﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻣﱧﻦ ﻳﱨﺤﱹﻰﲤ ﭐﻟﱀﻌﲘﻈﱔ﮳ﻢﱧ ﻭﱺﻫﲔﻰﱺ ﺭﱺﻣﲘﻴﻢﱬ ﳁﳊﳉﳀ
  1. Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?"
ﻗﱂﻞﱓ ﻳﱨﺤﱹﻴﲐﻴﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯﳒ ﺃﱁﻧﺸﱔﺄﱁﻫﱺﺂ ﺃﱁﻭﲄﻝﱔ ﻣﱧﺮﲄﺓﲚﲨ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﺑﲐﻜﱕﻞﱝﲌ ﺧﱺﻠﱀﻖﲍ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱪ ﳁﳋﳉﳀ
  1. Katakanlah: "Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya);
ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺸﱞﺠﱺﺮﲌ ﭐﵖﱓﵑﱁﺧﱹﻀﱺﺮﲌ ﻧﱧﺎﺭﱾﺍ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺁ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢ ﻣﱰﲘﻨﱦﻪﱨ ﺗﱨﻮﻗﲘﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳊﳀ
  1. "Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu".
ﺃﱁﻭﱺﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺧﱺﻠﱁﻖﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﺑﲐﻘﱁ﮳ﺪﲘﺭﲍ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺨﱹﻠﱂﻖﱺ ﻣﲘﺜﱀﻠﱁﻬﱻﻢﲬ ﺑﱧﻠﱁﻰﳎ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﺨﱺﻠﱋ﮳ﻖﱻ ﭐﻟﱀﻌﱧﻠﲘﻴﻢﱨ ﳁﳃﳊﳀ
  1. Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) - berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.
ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺂ ﺃﱁﻣﱦﺮﱻﻩﱨﲵﳒ ﺇﲐﺫﱧﺁ ﺃﱁﺭﱺﺍﺩﱧ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱩﺎ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﻘﱂﻮﻝﱔ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻛﱕﻦ ﻓﱁﻴﱧﻜﱕﻮﻥﱨ ﳁﳄﳊﳀ
  1. Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.
ﻓﱁﺴﱻﺒﱦﺤﱺ﮳ﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺑﲐﻴﱧﺪﲘﻩﲘﲶ ﻣﱧﻠﱁﻜﱕﻮﺕﱻ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻭﱺﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﺗﱨﺮﱹﺟﱺﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳅﳊﳀ
  1. Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) - Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
ﻭﱺﭐﻟﺼﲄﳌﻔﱋ﮳ﺖﲔ ﺻﱺﻔﱏﺎ ﳁﳃﳀ
  1. Demi (hamba-hambaKu) yang berbaris dengan berderet-deret -
ﻓﱁﭑﻟﺰﲄ﮴ﺟﲌﺮﱺ﮴ﺕﲔ ﺯﱺﺟﱹﺮﱾﺍ ﳁﳄﳀ
  1. (Hamba-hambaKu) yang melarang (dari kejahatan) dengan sesungguh-sungguhnya -
ﻓﱁﭑﻟﺘﱱ﮳ﻠﲘﻴﱧ﮳ﺖﲔ ﺫﲘﻛﱓﺮﱼﺍ ﳁﳅﳀ
  1. (Hamba-hambaKu) yang membaca kandungan Kitab Suci;
ﺇﲐﻥﱱ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻬﱺﻜﱕﻢﱦ ﻟﱁﻮﱺ﮴ﺣﲔﺪﱿ ﳁﳆﳀ
  1. (Sumpah demi sumpah) sesungguhnya Tuhan kamu hanyalah Satu -
ﺭﲄﺏﲅ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻤﱧﺎ ﻭﱺﺭﱺﺏﲅ ﭐﻟﱀﻤﱧﺸﱔ﮳ﺮﲌﻕﲌ ﳁﳇﳀ
  1. Tuhan (yang mencipta serta mentadbirkan) langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya, dan Tuhan (yang mengatur) tempat-tempat terbit matahari.
ﺇﲐﻧﱱﺎ ﺯﱺﻳﱱﻨﱱﺎ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﱧ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﺑﲐﺰﲌﻳﻨﱧﺔﲙ ﭐﻟﱀﻜﱔﻮﱺﺍﻛﲔﺐﲌ ﳁﳈﳀ
  1. Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan hiasan bintang-bintang.
ﻭﱺﺣﲔﻔﱀﻈﱘﺎ ﻣﱰﲘﻦ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻴﱦﻄﱔ﮳ﻦﲎ ﻣﱱﺎﺭﲌﺩﲚ ﳁﳉﳀ
  1. Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka;
ﵖﱞﵐ ﻳﱧﺴﲄﻤﱱﻌﱨﻮﻥﱧ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﱀﻤﱧﵝﱁﵙ ﭐﵖﱓﵑﱁﻋﱹﻠﱁﻰﳎ ﻭﱺﻳﱨﻘﱀﺬﱔﻓﱂﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺟﱺﺎﻧﲘﺐﲎ ﳁﳊﳀ
  1. (Dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit, dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru,
ﺩﱨﺣﱻﻮﺭﱾﺍﲨ ﻭﱺﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱿ ﻭﱺﺍﺻﲔﺐﱽ ﳁﳋﳀ
  1. Untuk mengusir mereka; dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus.
ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﻦﱹ ﺧﱺﻄﲔﻒﱺ ﭐﻟﱀﺨﱺﻄﱓﻔﱁﺔﱁ ﻓﱁﺄﱁﺗﱦﺒﱧﻌﱧﻪﱨﲵ ﺷﲔﻬﱺﺎﺏﱿ ﺛﱁﺎﻗﲘﺐﱿ ﳁﳂﳃﳀ
  1. Kecuali sesiapa di antara Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembusi.
ﻓﱁﭑﺳﱹﺘﱧﻔﱀﺘﲘﻬﲌﻢﱦ ﺃﱁﻫﱻﻢﱦ ﺃﱁﺷﱔﺪﲅ ﺧﱺﻠﱀﻘﱃﺎ ﺃﱁﻡ ﻣﱱﻦﱹ ﺧﱺﻠﱁﻘﱀﻨﱧﺂﲬ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﺧﱺﻠﱁﻘﱀﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻃﲔﻴﻦﲎ ﵖﱞﵐﺯﲌﺏﲏ ﳁﳃﳃﳀ
  1. (Setelah nyata kekuasaan Kami) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka (yang ingkarkan hidupnya semula orang-orang mati): Adakah diri mereka lebih sukar hendak diciptakan, atau makhluk-makhluk lain yang Kami telah ciptakan? Sesungguhnya Kami telah mencipta mereka dari tanah liat (yang senang diubah dan diciptakan semula).
ﺑﱧﻞﱓ ﻋﱺﺠﲌﺒﱦﺖﱺ ﻭﱺﻳﱧﺴﱹﺨﱺﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳄﳃﳀ
  1. (Pertanyaan itu tidak juga berfaedah kepada mereka) bahkan engkau merasa hairan (terhadap keingkaran mereka), dan sebaliknya mereka mengejek-ejek (peneranganmu).
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﺫﱨﻛﱝﲔﺮﱻﻭﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺬﱓﻛﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳃﳀ
  1. Dan apabila diperingatkan, mereka tetap tidak mahu menerima peringatan itu.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﺭﱺﺃﱁﻭﱹﺍﲯ ﺀﱧﺍﻳﱧﺔﱅ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﺴﱹﺨﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳆﳃﳀ
  1. Dan apabila mereka melihat sesuatu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami dan kebenaranmu), mereka mencari-cari jalan memperolok-olokkannya, -
ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻥﱦ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺁ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺳﲔﺤﱹﺮﱿ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﱽ ﳁﳇﳃﳀ
  1. Serta mereka berkata: "Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata.
ﺃﱁﺀﲘﺫﱧﺍ ﻣﲘﺘﱦﻨﱧﺎ ﻭﱺﻛﱕﻨﱱﺎ ﺗﱨﺮﱺﺍﺑﱫﺎ ﻭﱺﻋﲔﻈﱔ﮳ﻤﱩﺎ ﺃﱁﺀﲘﻧﱱﺎ ﻟﱁﻤﱧﺒﱦﻌﱨﻮﺛﱂﻮﻥﱧ ﳁﳈﳃﳀ
  1. "Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan dibangkitkan hidup semula?
ﺃﱁﻭﱺﺀﱧﺍﺑﱧﺂﺅﱻﻧﱧﺎ ﭐﵖﱓﵑﱁﻭﲄﻟﱂﻮﻥﱧ ﳁﳉﳃﳀ
  1. "Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu (akan dibangkitkan hidup semula)?"
ﻗﱂﻞﱓ ﻧﱧﻌﱧﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺩﱧ﮴ﺧﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳊﳃﳀ
  1. Jawablah (wahai Muhammad): "Ya, benar !(Kamu semua akan dibangkitkan) dengan keadaan hina-dina ".
ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﻫﲔﻰﱺ ﺯﱺﺟﱹﺮﱺﺓﱬ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﱺﺓﱬ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﻨﻈﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳋﳃﳀ
  1. (Kebangkitan ini mudah) kerana sesungguhnya ia boleh berlaku hanyalah dengan suara sahaja, maka dengan serta mereka semuanya (bangkit) melihat (apa yang akan jadi).
ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻳﱧ﮳ﻮﱺﻳﱦﻠﱁﻨﱧﺎ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻳﱧﻮﱹﻡﱨ ﭐﻟﺪﲃﲘﻳﻦﲌ ﳁﳂﳄﳀ
  1. Dan (pada saat itu) mereka berkata:" Wahai celakanya kami, ini ialah hari balasan!"
ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻳﱧﻮﱹﻡﱨ ﭐﻟﱀﻔﱁﺼﱹﻞﲌ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﺗﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳄﳀ
  1. (Lalu malaikat berkata kepada mereka): " Ini ialah hari memutuskan hukum untuk memberi balasan yang dahulu kamu mendustakannya ".
ﲿ ﭐﺣﱹﺸﱕﺮﱻﻭﺍﲯ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻇﱔﻠﱁﻤﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﺃﱁﺯﱹﻭﱺ﮴ﺟﱺﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻌﱦﺒﱨﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳄﳄﳀ
  1. (Allah berfirman kepada malaikat):" Himpunkanlah orang-orang yang zalim itu, dan orang-orang yang berkeadaan seperti mereka, serta benda-benda yang mereka sembah -
ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻓﱁﭑﻫﱹﺪﱻﻭﻫﱻﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺻﲔﺮﱺ﮴ﻁﲔ ﭐﻟﱀﺠﱺﺤﲔﻴﻢﲌ ﳁﳅﳄﳀ
  1. "Yang lain dari Allah serta hadapkanlah mereka ke jalan yang membawa ke neraka.
ﻭﱺﻗﲘﻔﱂﻮﻫﱻﻢﱦﲨ ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢ ﻣﱱﺴﱹ﮲ﱨﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﳁﳆﳄﳀ
  1. "Dan hentikanlah mereka (menunggu), kerana sesungguhnya mereka akan disoal:
ﻣﱧﺎ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﻨﱧﺎﺻﱺﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳇﳄﳀ
  1. "Mengapa kamu tidak bertolong-tolongan (sebagaimana yang kamu dakwakan dahulu?"
ﺑﱧﻞﱓ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﱧ ﻣﱨﺴﱹﺘﱧﺴﱹﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳄﳀ
  1. (Mereka pada ketika itu tidak dapat berbuat apa-apa) bahkan mereka pada hari itu menyerah diri dengan hina (untuk diadili);
ﻭﱺﺃﱁﻗﱀﺒﱧﻞﱔ ﺑﱧﻌﱦﻀﱻﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺑﱧﻌﱦﺾﲞ ﻳﱧﺘﱧﺴﱺﺂﺀﱧﻟﱂﻮﻥﱧ ﳁﳉﳄﳀ
  1. Dan masing-masing pun mengadap satu sama lain, sambil kata mengata dan cela mencela.
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻧﱱﻜﱕﻢﱦ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﺄﱀﺗﱨﻮﻧﱧﻨﱧﺎ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﱀﻴﱧﻤﲘﻴﻦﲌ ﳁﳊﳄﳀ
  1. Pengikut-pengikut berkata (kepada ketuanya):" Sesungguhnya kamu dahulu selalu datang menyekat kami (daripada beriman) dengan menggunakan kuasa kamu".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺑﱧﻞ ﻟﱋﻢﱦ ﺗﱧﻜﱕﻮﻧﱨﻮﺍﲯ ﻣﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳄﳀ
  1. Ketua-ketuanya menjawab: " (Tidak!) Bahkan kamulah sendiri tidak mahu menjadi orang-orang yang beriman!
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺳﱻﻠﱀﻄﱔ﮳ﻦﲏﲨ ﺑﱧﻞﱓ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﻗﱁﻮﱹﻣﱫﺎ ﻃﱔ﮳ﻐﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳅﳀ
  1. "Dan kami (selain daripada mengajak kamu (tidak mempunyai sebarang kuasa memerintah kamu, bahkan kamu sememangnya kaum yang melampaui batas.
ﻓﱁﺤﱺﻖﲄ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﻗﱁﻮﱹﻝﱕ ﺭﱺﺑﱰﲐﻨﱧﺂﲨ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻟﱁﺬﱔﺁﴢﲐﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳃﳅﳀ
  1. (Dengan keadaan diri kita yang sedemikian) maka tetaplah di atas kita janji seksa (yang dijanjikan) oleh Tuhan kita, bahawa kita semua tentu akan merasai (azab itu).
ﻓﱁﺄﱁﻏﱓﻮﱺﻳﱦﻨﱧ﮳ﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻏﱔ﮳ﻮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳄﳅﳀ
  1. "(Dengan sebab ketentuan yang tersebut) maka kami pun mengajak kamu menjadi sesat, kerana sebenarnya kami adalah orang-orang sesat"
ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﻮﱹﻣﱧﴣﲐﺬﲚ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﲌ ﻣﱨﺸﱓﺘﱧﺮﲌﻛﱕﻮﻥﱧ ﳁﳅﳅﳀ
  1. Maka sesungguhnya mereka semua pada hari itu, menderita azab bersama.
ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻧﱧﻔﱀﻌﱧﻞﱕ ﺑﲐﭑﻟﱀﻤﱨﺠﱹﺮﲌﻣﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳅﳀ
  1. Sesungguhnya demikianlah Kami melakukan kepada orang-orang yang berdosa.
ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﻗﲘﻴﻞﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﵖﱔﵓ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻜﱓﺒﲐﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳇﳅﳀ
  1. Sebenarnya mereka dahulu apabila dikatakan kepadanya;" (ketahuilah, bahawa) tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah" - mereka bersikap takbur mengingkarinya, -
ﻭﱺﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﺃﱁﴢﲐﻨﱱﺎ ﻟﱁﺘﱧﺎﺭﲌﻛﱕﻮﳒﺍﲯ ﺀﱧﺍﻟﲘﻬﱺﺘﲘﻨﱧﺎ ﻟﲘﺸﱔﺎﻋﲔﺮﲎ ﻣﱱﺠﱹﻨﱨﻮﻥﲏ ﳁﳈﳅﳀ
  1. Serta mereka berkata: " Patutkah kami mesti meninggalkan tuhan-tuhan yang kami sembah, kerana mendengar ajakan seorang penyair gila?"
ﺑﱧﻞﱓ ﺟﱺﺂﺀﱧ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻭﱺﺻﱺﺪﲄﻕﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺮﱹﺳﱺﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳅﳀ
  1. (Tidak! Nabi Muhammad bukan penyair dan bukan pula seorang gila) bahkan ia telah membawa kebenaran (tauhid), dan mengesahkan kebenaran (tauhid) yang dibawa oleh Rasul-rasul (yang terdahulu daripadanya).
ﺇﲐﻧﱱﻜﱕﻢﱦ ﻟﱁﺬﱔﺁﴢﲐﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﲌ ﭐﵖﱓﵑﱁﻟﲘﻴﻢﲌ ﳁﳊﳅﳀ
  1. Sesungguhnya kamu (wahai orang-orang musyrik) akan merasai azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱨﺠﱹﺰﱺﻭﱹﻥﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳅﳀ
  1. Dan kamu tidak dibalas melainkan (dengan balasan yang sepadan) dengan apa yang kamu telah kerjakan;
ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﱧ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﱀﻤﱨﺨﱹﻠﱁﺼﲔﻴﻦﱺ ﳁﳂﳆﳀ
  1. Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik,
ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺭﲌﺯﱹﻕﱿ ﻣﱱﻌﱦﻠﱂﻮﻡﱬ ﳁﳃﳆﳀ
  1. Mereka itu beroleh limpah kurnia yang termaklum,
ﻓﱁﻮﱺ﮴ﻛﲔﻪﱨ ﻭﱺﻫﱻﻢ ﻣﱲﻜﱓﺮﱺﻣﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳆﳀ
  1. Iaitu buah-buahan (yang lazat), serta mereka mendapat penghormatan,
ﻓﲘﻰ ﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﲔ ﭐﻟﻨﱱﻌﲘﻴﻢﲌ ﳁﳅﳆﳀ
  1. Di dalam syurga-syurga yang penuh melimpah dengan berjenis-jenis nikmat.
ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺳﱻﺮﱻﺭﲎ ﻣﱲﺘﱧﻘﱁ﮳ﺒﲐﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳆﳀ
  1. Mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin-pelamin kebesaran;
ﻳﱨﻄﱔﺎﻑﱻ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢ ﺑﲐﻜﱔﺄﱀﺱﲞ ﻣﱰﲘﻦ ﻣﱱﻌﲘﻴﻦﲏ ﳁﳇﳆﳀ
  1. Diedarkan kepada mereka piala yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir,
ﺑﱧﻴﱦﻀﱺﺂﺀﱧ ﻟﱁﺬﱞﺓﲚ ﻟﱊﲘﻠﺸﱞ﮳ﺮﲌﺑﲐﻴﻦﱺ ﳁﳈﳆﳀ
  1. Minuman itu putih bersih, lagi lazat rasanya, bagi orang-orang yang meminumnya,
ﵖﱔﵐ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻏﱔﻮﱹﻝﱙ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻫﱻﻢﱦ ﻋﱺﻨﱦﻬﱺﺎ ﻳﱨﻨﺰﱺﻓﱂﻮﻥﱧ ﳁﳉﳆﳀ
  1. Ia tidak mengandungi sesuatu yang membahayakan, dan tidak pula mereka mabuk kerana menikmatinya.
ﻭﱺﻋﲔﻨﺪﱺﻫﱻﻢﱦ ﻗﱁ﮳ﺼﲔﺮﱺ﮴ﺕﱻ ﭐﻟﻄﱞﺮﱹﻑﲔ ﻋﲔﻴﻦﱿ ﳁﳊﳆﳀ
  1. Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya;
ﻛﱔﺄﱁﻧﱱﻬﱻﻦﲄ ﺑﱧﻴﱦﺾﱿ ﻣﱱﻜﱓﻨﱨﻮﻥﱬ ﳁﳋﳆﳀ
  1. (Putih kekuning-kuningan) seolah-olah mereka telur (burung kasuari) yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
ﻓﱁﺄﱁﻗﱀﺒﱧﻞﱔ ﺑﱧﻌﱦﻀﱻﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺑﱧﻌﱦﺾﲞ ﻳﱧﺘﱧﺴﱺﺂﺀﱧﻟﱂﻮﻥﱧ ﳁﳂﳇﳀ
  1. (Tinggalah penduduk Syurga itu menikmati kesenangan), lalu setengahnya mengadap yang lain, sambil berbincang dan bertanya-tanyaan.
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻗﱁﺂﴢﲐﻞﱙ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻟﲘﻰ ﻗﱁﺮﲌﻳﻦﱿ ﳁﳃﳇﳀ
  1. Seorang di antaranya berkata: " Sesungguhnya aku (di dunia) dahulu, ada seorang rakan (yang menempelak daku).
ﻳﱧﻘﱂﻮﻝﱕ ﺃﱁﺀﲘﻧﱱﻚﱔ ﻟﱁﻤﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺼﱺﺪﲃﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳇﳀ
  1. "katanya: Adakah engkau juga salah seorang dari golongan yang mengakui benarnya (kebangkitan orang-orang mati pada hari akhirat)?
ﺃﱁﺀﲘﺫﱧﺍ ﻣﲘﺘﱦﻨﱧﺎ ﻭﱺﻛﱕﻨﱱﺎ ﺗﱨﺮﱺﺍﺑﱫﺎ ﻭﱺﻋﲔﻈﱔ﮳ﻤﱩﺎ ﺃﱁﺀﲘﻧﱱﺎ ﻟﱁﻤﱧﺪﲘﻳﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳅﳇﳀ
  1. "Adakah sesudah kita mati dan menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan (dihidupkan semula serta) dibalas apa yang telah kita lakukan? " '
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻫﱺﻞﱓ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢ ﻣﱲﻄﱞﻠﲘﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳇﳀ
  1. (Setelah menceritakan perihal rakannya itu) ia berkata lagi: " Adakah kamu hendak melihat (keadaan rakanku yang ingkar itu)?"
ﻓﱁﭑﻃﱞﻠﱁﻊﱧ ﻓﱁﺮﱺﺀﱧﺍﻩﱨ ﻓﲘﻰ ﺳﱺﻮﱺﺁﺀﲘ ﭐﻟﱀﺠﱺﺤﲔﻴﻢﲌ ﳁﳇﳇﳀ
  1. Maka ia pun memandang (ke arah neraka), lalu dilihatnya rakannya itu berada ditengah-tengah neraka yang menjulang-julang.
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺗﱧﭑﴦﴥﴤﲘ ﺇﲐﻥ ﻛﲔﺪﺕﲄ ﻟﱁﺘﱨﺮﱹﺩﲘﻳﻦﲌ ﳁﳈﳇﳀ
  1. Ia pun (menempelaknya dengan) berkata:" Demi Allah! Nyaris-nyaris engkau menceburkan daku dalam kebinasaan.
ﻭﱺﻟﱁﻮﱹﵖﱔﵐ ﻧﲘﻌﱦﻤﱧﺔﱂ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰ ﻟﱁﻜﱕﻨﺖﱻ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺤﱹﻀﱺﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳉﳇﳀ
  1. "Dan kalaulah tidak disebabkan nikmat pemberian Tuhanku (dengan hidayah petunjuk), nescaya akan menjadilah daku dari orang-orang yang dibawa hadir (untuk menerima balasan azab) ".
ﺃﱁﻓﱁﻤﱧﺎ ﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﺑﲐﻤﱧﻴﱰﲐﺘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳇﳀ
  1. (Kemudian ia berkata kepada rakan-rakanya yang sedang menikmati kesenangan di Syurga bersama): " Bukankah kita (setelah mendapat nikmat-nikmat ini) tidak akan mati lagi, -
ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﻮﱹﺗﱧﺘﱧﻨﱧﺎ ﭐﵖﱓﵑﱂﻭﻟﱁﻰﳎ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﺑﲐﻤﱨﻌﱧﺬﱞﺑﲐﻴﻦﱺ ﳁﳋﳇﳀ
  1. "Selain dari kematian kita yang dahulu, dan kita juga tidak akan terkena seksa?"
ﺇﲐﻥﱱ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻟﱁﻬﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻔﱁﻮﱹﺯﱻ ﭐﻟﱀﻌﱧﻈﲔﻴﻢﱨ ﳁﳂﳈﳀ
  1. Sesungguhnya (nikmat-nikmat kesenangan Syurga) yang demikian, ialah sebenar-benar pendapatan dan kemenangan yang besar.
ﻟﲘﻤﲘﺜﱀﻞﲌ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻓﱁﻠﱀﻴﱧﻌﱦﻤﱧﻞﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻤﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳃﳈﳀ
  1. Untuk memperoleh (kejayaan) yang seperti inilah hendaknya orang-orang yang beramal melakukan amal usahanya dengan bersungguh-sungguh (di dunia).
ﺃﱁﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺧﱺﻴﱦﺮﱿ ﻧﱲﺰﱻﵖﱖﵐ ﺃﱁﻡﱦ ﺷﱔﺠﱺﺮﱺﺓﱨ ﭐﻟﺰﲄﻗﱌﻮﻡﲌ ﳁﳄﳈﳀ
  1. Manakah yang lebih baik, limpah kurniaan yang termaklum itu atau pokok zaqqum?
ﺇﲐﻧﱱﺎ ﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧ﮳ﻬﱺﺎ ﻓﲘﺘﱦﻨﱧﺔﱅ ﻟﱊﲘﻠﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳈﳀ
  1. Sesungguhnya Kami jadikan pokok zaqqum itu satu ujian bagi orang-orang yang zalim (di dunia dan azab seksa bagi mereka di akhirat).
ﺇﲐﻧﱱﻬﱺﺎ ﺷﱔﺠﱺﺮﱺﺓﱬ ﺗﱧﺨﱹﺮﱻﺝﱻ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱁﺻﱹﻞﲌ ﭐﻟﱀﺠﱺﺤﲔﻴﻢﲌ ﳁﳆﳈﳀ
  1. Sebenarnya ia sebatang pohon yang tumbuh di dasar neraka yang marak menjulang;
ﻃﱔﻠﱀﻌﱨﻬﱺﺎ ﻛﱔﺄﱁﻧﱱﻪﱨﲵ ﺭﱻﺀﱨﻭﺱﱻ ﭐﻟﺸﱞﻴﱧ﮳ﻄﲔﻴﻦﲌ ﳁﳇﳈﳀ
  1. Buahnya seolah-olah kepala Syaitan-syaitan;
ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﵖﱔﵕﻛﲔﻠﱂﻮﻥﱧ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﻓﱁﻤﱧﺎﻟﲘ﮲ﱨﻮﻥﱧ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﭐﻟﱀﺒﱨﻄﱕﻮﻥﱧ ﳁﳈﳈﳀ
  1. Maka sudah tentu mereka akan makan dari buahnya (sekalipun pahit dan busuk), sehingga mereka memenuhi perut darinya.
ﺛﱂﻢﱱ ﺇﲐﻥﱱ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﱺﺎ ﻟﱁﺸﱔﻮﱹﺑﱫﺎ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺣﱺﻤﲘﻴﻢﲎ ﳁﳉﳈﳀ
  1. Kemudian, sesungguhnya mereka akan beroleh lagi - selain itu- satu minuman campuran dari air panas yang menggelegak.
ﺛﱂﻢﱱ ﺇﲐﻥﱱ ﻣﱧﺮﱹﺟﲌﻌﱧﻬﱻﻢﱦ ﵖﱔﵒﻟﱁﻰ ﭐﻟﱀﺠﱺﺤﲔﻴﻢﲌ ﳁﳊﳈﳀ
  1. Setelah (mereka dibawa minum) maka tempat kembali mereka tetaplah ke dalam neraka yang menjulang-julang.
ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻟﱀﻔﱁﻮﱹﺍﲯ ﺀﱧﺍﺑﱧﺂﺀﱧﻫﱻﻢﱦ ﺿﱺﺂﻟﱊﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳈﳀ
  1. Sebenarnya mereka telah mendapati datuk nenek mereka berada dalam kesesatan;
ﻓﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺀﱧﺍﺛﱁ﮳ﺮﲌﻫﲔﻢﱦ ﻳﱨﻬﱹﺮﱺﻋﱻﻮﻥﱧ ﳁﳂﳉﳀ
  1. Lalu mereka terburu-buru menurut jejak langkah datuk neneknya.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺿﱺﻞﱞ ﻗﱁﺒﱦﻠﱁﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱻ ﭐﵖﱓﵑﱁﻭﲄﻟﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳉﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya, telah sesat juga - sebelum kaummu (wahai Muhammad) - kebanyakan kaum-kaum yang telah lalu.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧﺎ ﻓﲘﻴﻬﲌﻢ ﻣﱲﻨﺬﲘﺭﲌﻳﻦﱺ ﳁﳄﳉﳀ
  1. Pada hal, demi sesungguhnya, Kami telahpun mengutus dalam kalangan kaum-kaum itu, Rasul-rasul pemberi amaran.
ﻓﱁﭑﻧﻈﱕﺮﱹ ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻋﱺ﮳ﻘﲘﺒﱧﺔﱂ ﭐﻟﱀﻤﱨﻨﺬﱔﺭﲌﻳﻦﱺ ﳁﳅﳉﳀ
  1. Maka lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang (yang mendustakan Rasul-rasul Kami) setelah diberi amaran, -
ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﱧ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﱀﻤﱨﺨﱹﻠﱁﺼﲔﻴﻦﱺ ﳁﳆﳉﳀ
  1. Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik (maka mereka akan terselamat dan mendapat sebaik-baik balasan).
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﻧﱧﺎﺩﱧﯨﻨﱧﺎ ﻧﱨﻮﺡﱿ ﻓﱁﻠﱁﻨﲘﻌﱦﻢﱧ ﭐﻟﱀﻤﱨﺠﲌﻴﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳇﳉﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya, Nabi Nuh telah berdoa merayu kepada Kami (memohon pertolongan), maka Kami adalah sebaik-baik yang kabulkan doa permohonan.
ﻭﱺﻧﱧﺠﲄﻴﱦﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﻭﱺﺃﱁﻫﱹﻠﱁﻪﱨﲵ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻜﱔﺮﱹﺏﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧﻈﲔﻴﻢﲌ ﳁﳈﳉﳀ
  1. Dan Kami telah selamatkan dia bersama-sama dengan keluarga dan pengikut-pengikutnya, dari kesusahan yang besar.
ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﺫﱨﺭﲃﲌﻳﱱﺘﱧﻪﱨﲵ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﺒﱧﺎﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳉﳀ
  1. Dan Kami jadikan zuriat keturunannya sahaja orang-orang yang tinggal hidup (setelah Kami binasakan kaumnya yang ingkar).
ﻭﱺﺗﱧﺮﱺﻛﱓﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳊﳉﳀ
  1. Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:
ﺳﱺﻠﱁ﮳ﻢﱪ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻧﱨﻮﺡﲢ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳉﳀ
  1. "Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! "
ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻧﱧﺠﱹﺰﲌﻯ ﭐﻟﱀﻤﱨﺤﱹﺴﲔﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳊﳀ
  1. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik.
ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﲘﻧﱧﺎ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳊﳀ
  1. Sesungguhnya Nabi Nuh itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.
ﺛﱂﻢﱱ ﺃﱁﻏﱓﺮﱺﻗﱀﻨﱧﺎ ﭐﵖﱓﵕﺧﱺﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳄﳊﳀ
  1. Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mendustakannya).
ﲿ ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﻣﲘﻦ ﺷﲔﻴﻌﱧﺘﲘﻪﲘﲶ ﵖﱔﵒﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱧ ﳁﳅﳊﳀ
  1. Dan sesungguhnya di antara orang-orang yang menegakkan (ajaran yang dibawa oleh) Nabi Nuh ialah Nabi Ibrahim.
ﺇﲐﺫﱦ ﺟﱺﺂﺀﱧ ﺭﱺﺑﱱﻪﱨﲵ ﺑﲐﻘﱁﻠﱀﺐﲎ ﺳﱺﻠﲘﻴﻢﲍ ﳁﳆﳊﳀ
  1. Ketika ia mematuhi perintah tuhannya dengan hati yang suci murni.
ﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﵖﲔﵑﱁﺑﲐﻴﻪﲘ ﻭﱺﻗﱁﻮﱹﻣﲘﻪﲘﲶ ﻣﱧﺎﺫﱧﺍ ﺗﱧﻌﱦﺒﱨﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳇﳊﳀ
  1. Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: " Apa yang kamu sembah?
ﺃﱁﴢﲐﻔﱀﻜﱖﺎ ﺀﱧﺍﻟﲘﻬﱺﺔﱅ ﺩﱨﻭﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺗﱨﺮﲌﻳﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳈﳊﳀ
  1. "Patutkah kamu menyembah tuhan-tuhan yang lain dari Allah, kerana kamu memutar belitkan kebenaran semata-mata (bukan kerana benarnya)?
ﻓﱁﻤﱧﺎ ﻇﱔﻨﱲﻜﱕﻢ ﺑﲐﺮﱺﺏﲃﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳊﳀ
  1. "Maka bagaimana fikiran kamu pula terhadap Allah Tuhan sekalian alam?"
ﻓﱁﻨﱧﻈﱔﺮﱺ ﻧﱧﻈﱓﺮﱺﺓﱫ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﻨﱲﺠﱻﻮﻡﲌ ﳁﳊﳊﳀ
  1. Kemudian ia memandang dengan satu renungan kepada bintang-bintang (yang bertaburan di langit),
ﻓﱁﻘﱁﺎﻝﱔ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﺳﱺﻘﲘﻴﻢﱬ ﳁﳋﳊﳀ
  1. Lalu berkata: "Sesungguhnya aku merasa sakit (tak dapat turut berhari raya sama)".
ﻓﱁﺘﱧﻮﱺﻟﱋﻮﱹﺍﲯ ﻋﱺﻨﱦﻪﱨ ﻣﱨﺪﱹﺑﲐﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳂﳋﳀ
  1. Setelah (mendengar kata-katanya) itu, mereka berpaling meninggalkan dia.
ﻓﱁﺮﱺﺍﻍﱁ ﺇﲐﻟﱁﻰ﮵ ﺀﱧﺍﻟﲘﻬﱺﺘﲘﻬﲌﻢﱦ ﻓﱁﻘﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﵖﱔﵐ ﺗﱧﺄﱀﻛﱕﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳃﳋﳀ
  1. Lalu ia pergi kepada berhala-berhala mereka secara bersembunyi, serta ia bertanya (kepada berhala-berhala itu, secara mengejek-ejek): "Mengapa kamu tidak makan?
ﻣﱧﺎ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﻨﻄﲔﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳄﳋﳀ
  1. "Mengapa kamu tidak menjawab?"
ﻓﱁﺮﱺﺍﻍﱁ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺿﱺﺮﱹﺑﱭﺎ ﺑﲐﭑﻟﱀﻴﱧﻤﲘﻴﻦﲌ ﳁﳅﳋﳀ
  1. Lalu ia memukul berhala-berhala itu dengan tangan kanannya (sehingga pecah berketul-ketul).
ﻓﱁﺄﱁﻗﱀﺒﱧﻠﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﻳﱧﺰﲌﻓﱌﻮﻥﱧ ﳁﳆﳋﳀ
  1. (Setelah kaumnya mengetahui hal itu) maka datanglah mereka beramai-ramai kepadanya.
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﺗﱧﻌﱦﺒﱨﺪﱻﻭﻥﱧ ﻣﱧﺎ ﺗﱧﻨﱦﺤﲔﺘﱨﻮﻥﱧ ﳁﳇﳋﳀ
  1. (Bagi menjawab bantahan mereka), ia berkata: "Patutkah kamu menyembah benda-benda yang kamu pahat?
ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺧﱺﻠﱁﻘﱁﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳈﳋﳀ
  1. "Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!"
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﭐﺑﱦﻨﱨﻮﺍﲯ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﺑﱨﻨﱦﻴﱧ﮳ﻨﱫﺎ ﻓﱁﺄﱁﻟﱀﻘﱂﻮﻩﱨ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺠﱺﺤﲔﻴﻢﲌ ﳁﳉﳋﳀ
  1. (Setelah tak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: "Binalah untuk Ibrahim sebuah tempat (untuk membakarnya), kemudian campakkan dia ke dalam api yang menjulang-julang itu".
ﻓﱁﺄﱁﺭﱺﺍﺩﱨﻭﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻛﱔﻴﱦﺪﱾﺍ ﻓﱁﺠﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﺳﱹﻔﱁﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳋﳀ
  1. Maka mereka (dengan perbuatan membakar Nabi Ibrahim itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang terkebawah (yang tidak berjaya maksudnya).
ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﺫﱧﺍﻫﲔﺐﱽ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰ ﺳﱺﻴﱧﻬﱹﺪﲘﻳﻦﲌ ﳁﳋﳋﳀ
  1. Dan Nabi Ibrahim pula berkata: "Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Ia akan memimpinku (ke jalan yang benar).
ﺭﱺﺏﲃﲌ ﻫﱺﺐﱹ ﻟﲘﻰ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﲔﻴﻦﱺ ﳁﳂﳂﳃﳀ
  1. " Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!"
ﻓﱁﺒﱧﺸﱞﺮﱹﻧﱧ﮳ﻪﱨ ﺑﲐﻐﱨﻠﱁ﮳ﻢﲍ ﺣﱺﻠﲘﻴﻢﲎ ﳁﳃﳂﳃﳀ
  1. Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar.
ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﺑﱧﻠﱁﻎﱁ ﻣﱧﻌﱧﻪﱨ ﭐﻟﺴﲄﻌﱦﻰﱺ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻳﱧ﮳ﺒﱨﻨﱧﻰﲄ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰﳒ ﺃﱁﺭﱺﻯﳎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻤﱧﻨﱧﺎﻡﲌ ﺃﱁﻧﱰﲘﻰﳒ ﺃﱁﺫﱦﺑﱧﺤﱻﻚﱔ ﻓﱁﭑﻧﻈﱕﺮﱹ ﻣﱧﺎﺫﱧﺍ ﺗﱧﺮﱺﻯﳎﲬ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻳﱧﳌﺄﱁﺑﱧﺖﲔ ﭐﻓﱀﻌﱧﻞﱓ ﻣﱧﺎ ﺗﱨﺆﱹﻣﱧﺮﱻﲨ ﺳﱺﺘﱧﺠﲌﺪﱻﻧﲘﻰﳒ ﺇﲐﻥ ﺷﱔﺂﺀﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﺒﲐﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳄﳂﳃﳀ
  1. Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".
ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺂ ﺃﱁﺳﱹﻠﱁﻤﱧﺎ ﻭﱺﺗﱧﻠﱋﻪﱨﲵ ﻟﲘﻠﱀﺠﱺﺒﲐﻴﻦﲌ ﳁﳅﳂﳃﳀ
  1. Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),
ﻭﱺﻧﱧ﮳ﺪﱺﻳﱦﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﳌﺈﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱨ ﳁﳆﳂﳃﳀ
  1. Serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim!
ﻗﱁﺪﱹ ﺻﱺﺪﲄﻗﱀﺖﱺ ﭐﻟﺮﲅﺀﱦﻳﱧﺂﲬ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻧﱧﺠﱹﺰﲌﻯ ﭐﻟﱀﻤﱨﺤﱹﺴﲔﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳂﳃﳀ
  1. "Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
ﺇﲐﻥﱱ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻟﱁﻬﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﺒﱧﻠﱁﳌﺆﱻﺍﲯ ﭐﻟﱀﻤﱨﺒﲐﻴﻦﱻ ﳁﳈﳂﳃﳀ
  1. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata;
ﻭﱺﻓﱁﺪﱺﻳﱦﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﺑﲐﺬﲘﺑﱦﺢﲡ ﻋﱺﻈﲔﻴﻢﲎ ﳁﳉﳂﳃﳀ
  1. Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;
ﻭﱺﺗﱧﺮﱺﻛﱓﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳊﳂﳃﳀ
  1. Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:
ﺳﱺﻠﱁ﮳ﻢﱪ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱧ ﳁﳋﳂﳃﳀ
  1. "Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!".
ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻧﱧﺠﱹﺰﲌﻯ ﭐﻟﱀﻤﱨﺤﱹﺴﲔﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳃﳃﳀ
  1. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﲘﻧﱧﺎ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳃﳃﳀ
  1. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.
ﻭﱺﺑﱧﺸﱞﺮﱹﻧﱧ﮳ﻪﱨ ﺑﲐﺈﲐﺳﱹﺤﱺ﮳ﻖﱺ ﻧﱧﺒﲐﻴﱵﺎ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﲔﻴﻦﱺ ﳁﳄﳃﳃﳀ
  1. Dan Kami pula berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh (seorang anak): Ishak, yang akan menjadi Nabi, yang terhitung dari orang-orang yang soleh.
ﻭﱺﺑﱧ﮳ﺮﱺﻛﱓﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻭﱺﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺇﲐﺳﱹﺤﱺ﮳ﻖﱺﲬ ﻭﱺﻣﲘﻦ ﺫﱨﺭﲃﲌﻳﱱﺘﲘﻬﲌﻤﱧﺎ ﻣﱨﺤﱹﺴﲔﻦﱿ ﻭﱺﻇﱔﺎﻟﲘﻢﱬ ﻟﱊﲘﻨﱧﻔﱀﺴﲔﻪﲘﲶ ﻣﱨﺒﲐﻴﻦﱿ ﳁﳅﳃﳃﳀ
  1. Dan Kami limpahi berkat kepadanya dan kepada (anaknya): Ishak; dan di antara zuriat keturunan keduanya ada yang mengerjakan kebaikan, dan ada pula yang berlaku zalim dengan nyata, terhadap dirinya sendiri.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﻣﱧﻨﱧﻨﱱﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﻭﱺﻫﱺ﮳ﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳆﳃﳃﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya! kami telah melimpahkan nikmat pemberian kepada Nabi Musa dan Nabi Harun.
ﻭﱺﻧﱧﺠﲄﻴﱦﻨﱧ﮳ﻬﱻﻤﱧﺎ ﻭﱺﻗﱁﻮﱹﻣﱧﻬﱻﻤﱧﺎ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻜﱔﺮﱹﺏﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧﻈﲔﻴﻢﲌ ﳁﳇﳃﳃﳀ
  1. Dan Kami selamatkan keduanya dan kaumnya dari kesusahan yang besar;
ﻭﱺﻧﱧﺼﱺﺮﱹﻧﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﻜﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻐﱧ﮳ﻠﲘﺒﲐﻴﻦﱺ ﳁﳈﳃﳃﳀ
  1. Dan Kami menolong mereka sehingga menjadilah mereka orang-orang yang berjaya mengalahkan (lawannya);
ﻭﱺﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧ﮳ﻬﱻﻤﱧﺎ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺴﱹﺘﱧﺒﲐﻴﻦﱺ ﳁﳉﳃﳃﳀ
  1. Dan Kami berikan kepada keduanya Kitab Suci yang amat jelas keterangannya;
ﻭﱺﻫﱺﺪﱺﻳﱦﻨﱧ﮳ﻬﱻﻤﱧﺎ ﭐﻟﺼﲃﲔﺮﱺ﮴ﻁﱔ ﭐﻟﱀﻤﱨﺴﱹﺘﱧﻘﲘﻴﻢﱧ ﳁﳊﳃﳃﳀ
  1. Dan Kami berikan hidayah petunjuk kepada keduanya ke jalan yang lurus.
ﻭﱺﺗﱧﺮﱺﻛﱓﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻤﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳋﳃﳃﳀ
  1. Dan Kami kekalkan bagi keduanya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:
ﺳﱺﻠﱁ﮳ﻢﱪ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﻭﱺﻫﱺ﮳ﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳄﳃﳀ
  1. "Salam sejahtera kepada Nabi Musa dan Nabi Harun!"
ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻧﱧﺠﱹﺰﲌﻯ ﭐﻟﱀﻤﱨﺤﱹﺴﲔﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳄﳃﳀ
  1. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻤﱧﺎ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﲘﻧﱧﺎ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳄﳃﳀ
  1. Sesungguhnya mereka berdua adalah dari hamba-hamba Kami yang beriman.
ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﺇﲐﻟﱀﻴﱧﺎﺱﱺ ﻟﱁﻤﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺮﱹﺳﱺﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳄﳃﳀ
  1. Dan sesungguhnya Nabi Ilyas adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.
ﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﲘﻘﱁﻮﱹﻣﲘﻪﲘﲶﳒ ﺃﱁﵖﱔﵐ ﺗﱧﺘﱱﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳆﳄﳃﳀ
  1. (Ingatkanlah peristiwa) ketika ia berkata kepada kaumnya: "Hendaklah kamu mematuhi suruhan Allah dan menjauhi laranganNya.
ﺃﱁﺗﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻥﱧ ﺑﱧﻌﱦﵝﱅﵗ ﻭﱺﺗﱧﺬﱔﺭﱻﻭﻥﱧ ﺃﱁﺣﱹﺴﱺﻦﱺ ﭐﻟﱀﺨﱺ﮳ﻠﲘﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳄﳃﳀ
  1. "Patutkah kamu menyembah berhala Ba'la, dan kamu meninggalkan (ibadat kepada) sebijak-bijak pencipta?
ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺭﱺﺑﱱﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺭﱺﺏﲄ ﺀﱧﺍﺑﱧﺂﴢﲐﻜﱕﻢﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﻭﲄﻟﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳄﳃﳀ
  1. "Iaitu Allah Tuhan kamu, dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu!"
ﻓﱁﻜﱔﺬﱞﺑﱨﻮﻩﱨ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻟﱁﻤﱨﺤﱹﻀﱺﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳉﳄﳃﳀ
  1. Maka mereka mendustakannya; akibatnya mereka tetap akan dibawa hadir (untuk diseksa),
ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﱧ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﱀﻤﱨﺨﱹﻠﱁﺼﲔﻴﻦﱺ ﳁﳊﳄﳃﳀ
  1. Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik (maka mereka akan terselamat, dan mendapat sebaik-baik balasan).
ﻭﱺﺗﱧﺮﱺﻛﱓﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳋﳄﳃﳀ
  1. Dan Kami kekalkan bagi Nabi Ilyas (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:
ﺳﱺﻠﱁ﮳ﻢﱪ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺇﲐﻝﱓ ﻳﱧﺎﺳﲔﻴﻦﱺ ﳁﳂﳅﳃﳀ
  1. "Salam sejahtera kepada Nabi Ilyas!"
ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻧﱧﺠﱹﺰﲌﻯ ﭐﻟﱀﻤﱨﺤﱹﺴﲔﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳅﳃﳀ
  1. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﲘﻧﱧﺎ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳅﳃﳀ
  1. Sesungguhnya Nabi Ilyas itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.
ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﻟﱂﻮﻃﱘﺎ ﻟﱋﻤﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺮﱹﺳﱺﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳅﳃﳀ
  1. Dan sesungguhnya Nabi Lut adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.
ﺇﲐﺫﱦ ﻧﱧﺠﲄﻴﱦﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﻭﱺﺃﱁﻫﱹﻠﱁﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﺟﱹﻤﱧﻌﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳅﳃﳀ
  1. (ingatkanlah peristiwa) ketika kami selamatkan dia dan keluarga serta pengikut-pengikutnya semuanya,
ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻋﱺﺠﱻﻮﺯﱾﺍ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻐﱧ﮳ﺒﲐﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳇﳅﳃﳀ
  1. Kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang dibinasakan.
ﺛﱂﻢﱱ ﺩﱧﻣﱱﺮﱹﻧﱧﺎ ﭐﵖﱓﵕﺧﱺﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳈﳅﳃﳀ
  1. Kemudian Kami hancurkan yang lain (dari pengikut-pengikut Nabi Lut).
ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﻜﱕﻢﱦ ﻟﱁﺘﱧﻤﱨﺮﲅﻭﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢ ﻣﱲﺼﱹﺒﲐﺤﲔﻴﻦﱺ ﳁﳉﳅﳃﳀ
  1. Dan sesungguhnya kamu (yang menentang Nabi Muhammad): berulang-alik (melalui bekas-bekas tempat tinggal) mereka, semasa kamu berada pada waktu pagi.
ﻭﱺﺑﲐﭑﻟﱋﻴﱦﻞﲌﲬ ﺃﱁﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﻌﱦﻘﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳊﳅﳃﳀ
  1. Dan juga pada waktu malam; maka mengapa kamu tidak mahu memikirkannya?.
ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﻳﱨﻮﻧﱨﺲﱺ ﻟﱁﻤﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺮﱹﺳﱺﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳅﳃﳀ
  1. Dan sesungguhnya Nabi Yunus adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.
ﺇﲐﺫﱦ ﺃﱁﺑﱧﻖﱺ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﱀﻔﱂﻠﱀﻚﲔ ﭐﻟﱀﻤﱧﺸﱓﺤﱻﻮﻥﲌ ﳁﳂﳆﳃﳀ
  1. (Ingatkanlah peristiwa) ketika ia melarikan diri ke kapal yang penuh sarat.
ﻓﱁﺴﱺﺎﻫﱺﻢﱧ ﻓﱁﻜﱔﺎﻥﱧ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺪﱹﺣﱺﻀﲔﻴﻦﱺ ﳁﳃﳆﳃﳀ
  1. (Dengan satu keadaan yang memaksa) maka dia pun turut mengundi, lalu menjadilah ia dari orang-orang yang kalah yang digelunsurkan (ke laut).
ﻓﱁﭑﻟﱀﺘﱧﻘﱁﻤﱧﻪﱨ ﭐﻟﱀﺤﱻﻮﺕﱻ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻣﱨﻠﲘﻴﻢﱬ ﳁﳄﳆﳃﳀ
  1. Setelah itu ia ditelan oleh ikan besar, sedang ia berhak ditempelak.
ﻓﱁﻠﱁﻮﱹﵖﱔﵓ ﺃﱁﻧﱱﻪﱨﲵ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺴﱺﺒﱰﲐﺤﲔﻴﻦﱺ ﳁﳅﳆﳃﳀ
  1. Maka kalaulah ia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih),
ﻟﱁﻠﱁﺒﲐﺚﱺ ﻓﲘﻰ ﺑﱧﻄﱓﻨﲘﻪﲘﲶﳒ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻳﱧﻮﱹﻡﲌ ﻳﱨﺒﱦﻌﱧﺜﱂﻮﻥﱧ ﳁﳆﳆﳃﳀ
  1. Tentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur.
ﲿ ﻓﱁﻨﱧﺒﱧﺬﱓﻧﱧ﮳ﻪﱨ ﺑﲐﭑﻟﱀﻌﱧﺮﱺﺁﺀﲘ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﺳﱺﻘﲘﻴﻢﱬ ﳁﳇﳆﳃﳀ
  1. Oleh itu Kami campakkan dia keluar (dari perut ikan) ke tanah yang tandus (di tepi pantai), sedang ia berkeadaan sakit.
ﻭﱺﺃﱁﻧﲲﺒﱧﺘﱦﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﺷﱔﺠﱺﺮﱺﺓﱫ ﻣﱰﲘﻦ ﻳﱧﻘﱀﻄﲔﻴﻦﲎ ﳁﳈﳆﳃﳀ
  1. Dan Kami tumbuhkan (untuk melindunginya) sebatang pokok yang berdaun lebar.
ﻭﱺﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻣﲘﺎﲯﺋﱧﺔﲘ ﺃﱁﻟﱀﻒﲕ ﺃﱁﻭﱹ ﻳﱧﺰﲌﻳﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳉﳆﳃﳀ
  1. Dan (Nabi Yunus yang tersebut kisahnya itu) Kami utuskan kepada (kaumnya yang seramai) seratus ribu atau lebih.
ﻓﱁ﮲ﱧﺎﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻓﱁﻤﱧﺘﱱﻌﱦﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺣﲔﻴﻦﲎ ﳁﳊﳆﳃﳀ
  1. (Setelah berlaku apa yang berlaku) maka mereka pun beriman, lalu Kami biarkan mereka menikmati kesenangan hidup hingga ke suatu masa (yang ditetapkan bagi masing-masing).
ﻓﱁﭑﺳﱹﺘﱧﻔﱀﺘﲘﻬﲌﻢﱦ ﺃﱁﻟﲘﺮﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﭐﻟﱀﺒﱧﻨﱧﺎﺕﱻ ﻭﱺﻟﱁﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﺒﱧﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳆﳃﳀ
  1. (Oleh sebab ada di antara kaum musyrik Arab yang mendakwa bahawa malaikat itu anak-anak perempuan Allah) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka itu: Adilkah mereka membahagi untuk Tuhanmu anak-anak perempuan, dan untuk mereka anak-anak lelaki?
ﺃﱁﻡﱦ ﺧﱺﻠﱁﻘﱀﻨﱧﺎ ﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﱁ ﺇﲐﻧﱧ﮳ﺜﱅﺎ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﺷﱔ﮳ﻬﲌﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳇﳃﳀ
  1. Atau adakah mereka hadir sendiri menyaksikan Kami mencipta malaikat-malaikat itu - perempuan?
ﺃﱁﵖﱔﵓ ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺇﲐﻓﱀﻜﲔﻬﲌﻢﱦ ﻟﱁﻴﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﳁﳃﳇﳃﳀ
  1. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya, dengan sebab terpesongnya dari kebenaran, mereka berkata:
ﻭﱺﻟﱁﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻟﱁﻜﱔ﮳ﺬﲘﺑﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳇﳃﳀ
  1. "Allah beranak"; sedang mereka, sesungguhnya adalah orang-orang yang berdusta!
ﺃﱁﺻﱹﻄﱔﻔﱁﻰ ﭐﻟﱀﺒﱧﻨﱧﺎﺕﲔ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﺒﱧﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳇﳃﳀ
  1. (Patutkah kamu mendakwa bahawa Tuhan mempunyai anak, dan anak itu pula ialah anak-anak perempuan yang kamu tidak sukai?) Adakah Tuhan memilih serta mengutamakan anak-anak perempuan dari anak-anak lelaki (sedang kedua-dua jenis itu Dia lah yang menciptakannya)?
ﻣﱧﺎ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﺗﱧﺤﱹﻜﱕﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳇﳃﳀ
  1. Apa sudah jadi kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)?
ﺃﱁﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﺬﱔﻛﱞﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳇﳇﳃﳀ
  1. Setelah ditegur, maka tidakkah kamu mahu berusaha mengingatkan (bahawa Allah mustahil bagiNya anak-pinak)?
ﺃﱁﻡﱦ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺳﱻﻠﱀﻄﱔ﮳ﻦﱿ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﱿ ﳁﳈﳇﳃﳀ
  1. Atau adakah kamu mempunyai sebarang bukti yang nyata (menerangkan bahawa malaikat itu anak-anak perempuan Allah)?
ﻓﱁﺄﱀﺗﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻜﲔﺘﱧ﮳ﺒﲐﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺻﱺ﮳ﺪﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳇﳃﳀ
  1. (Kiranya ada) maka bawalah kitab kamu (yang menerangkan demikian), jika betul kamu orang-orang yang benar.
ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻪﱨﲵ ﻭﱺﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﭐﻟﱀﺠﲌﻨﱱﺔﲘ ﻧﱧﺴﱺﺒﱫﺎﲬ ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﻋﱺﻠﲘﻤﱧﺖﲔ ﭐﻟﱀﺠﲌﻨﱱﺔﱂ ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻟﱁﻤﱨﺤﱹﻀﱺﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳊﳇﳃﳀ
  1. (Mereka telah mengatakan perkara yang mustahil) serta mengadakan pertalian kerabat di antara Allah dan malaikat, padahal demi sesungguhnya malaikat itu sedia mengetahui bahawa sebenarnya orang-orang yang melakukan demikian akan dibawa hadir (ke dalam azab pada hari akhirat).
ﺳﱻﺒﱦﺤﱺ﮳ﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻋﱺﻤﱱﺎ ﻳﱧﺼﲔﻔﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳇﳃﳀ
  1. Maha Suci Allah dari apa yang mereka katakan itu!
ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﱧ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﱀﻤﱨﺨﱹﻠﱁﺼﲔﻴﻦﱺ ﳁﳂﳈﳃﳀ
  1. Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik, (maka mereka akan terselamat, dan akan mendapat sebaik-baik balasan).
ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﺒﱨﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳃﳈﳃﳀ
  1. Maka sebenarnya kamu (wahai orang-orang musyrik), dan apa yang kamu sembah itu.
ﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﺑﲐﻔﱁ﮳ﺘﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳈﳃﳀ
  1. Tidak akan dapat merosakkan perhubungan seseorang dengan Tuhannya,
ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﻦﱹ ﻫﱻﻮﱺ ﺻﱺﺎﻝﲌ ﭐﻟﱀﺠﱺﺤﲔﻴﻢﲌ ﳁﳅﳈﳃﳀ
  1. kecuali orang-orang yang telah ditetapkan bahawa dia akan dibakar di dalam neraka yang menjulang-julang.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻣﲘﻨﱱﺂ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﱧﻘﱁﺎﻡﱬ ﻣﱱﻌﱦﻠﱂﻮﻡﱬ ﳁﳆﳈﳃﳀ
  1. (Malaikat pula menegaskan pendirian mereka dengan berkata): "Dan tiada sesiapapun dari kalangan kami melainkan ada baginya darjat kedudukan yang tertentu (dalam menyempurnakan tugasnya);
ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﺎ ﻟﱁﻨﱧﺤﱹﻦﱻ ﭐﻟﺼﲄﺂﻓﱌﻮﻥﱧ ﳁﳇﳈﳃﳀ
  1. "Dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa berbaris (menjunjung perintah dan beribadat),
ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﺎ ﻟﱁﻨﱧﺤﱹﻦﱻ ﭐﻟﱀﻤﱨﺴﱺﺒﱰﲐﺤﱻﻮﻥﱧ ﳁﳈﳈﳃﳀ
  1. "Dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa bertasbih (mensucikan Allah dari sebarang sifat kekurangan)!"
ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻟﱁﻴﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﳁﳉﳈﳃﳀ
  1. Dan sebenarnya mereka (yang musyrik) itu dahulu pernah berkata:
ﻟﱁﻮﱹ ﺃﱁﻥﱱ ﻋﲔﻨﺪﱺﻧﱧﺎ ﺫﲘﻛﱓﺮﱾﺍ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﻭﲄﻟﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳈﳃﳀ
  1. "Kalaulah ada di sisi kami Kitab Suci dari (bawaan Rasul-rasul) yang telah lalu
ﻟﱁﻜﱕﻨﱱﺎ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﱧ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﱀﻤﱨﺨﱹﻠﱁﺼﲔﻴﻦﱺ ﳁﳋﳈﳃﳀ
  1. "Tentulah kami akan menjadi hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik!"
ﻓﱁﻜﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶﲨ ﻓﱁﺴﱺﻮﱹﻑﱺ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳂﳉﳃﳀ
  1. (Setelah Al-Quran diturunkan kepada mereka) mereka mengingkarinya; oleh itu mereka akan mengetahui kelak (akibat kekufurannya).
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺳﱺﺒﱧﻘﱁﺖﱹ ﻛﱔﻠﲘﻤﱧﺘﱨﻨﱧﺎ ﻟﲘﻌﲘﺒﱧﺎﺩﲘﻧﱧﺎ ﭐﻟﱀﻤﱨﺮﱹﺳﱺﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳉﳃﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya! Telah ada semenjak dahulu lagi, ketetapan Kami, bagi hamba-hamba Kami yang diutus menjadi Rasul -
ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻟﱁﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱧﻨﺼﱻﻮﺭﱻﻭﻥﱧ ﳁﳄﳉﳃﳀ
  1. Bahawa sesungguhnya merekalah orang-orang yang diberikan pertolongan mencapai kemenangan
ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﺟﱻﻨﺪﱺﻧﱧﺎ ﻟﱁﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻐﱧ﮳ﻠﲘﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳅﳉﳃﳀ
  1. Dan bahawasanya tentera Kami (pengikut-pengikut Rasul), merekalah orang-orang yang mengalahkan (golongan yang menentang kebenaran).
ﻓﱁﺘﱧﻮﱺﻝﱞ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﺣﲔﻴﻦﲎ ﳁﳆﳉﳃﳀ
  1. Oleh itu berpalinglah (wahai Muhammad) dari mereka, (jangan hiraukan celaan mereka serta bersabarlah) hingga ke suatu masa.
ﻭﱺﺃﱁﺑﱦﺼﲔﺮﱹﻫﱻﻢﱦ ﻓﱁﺴﱺﻮﱹﻑﱺ ﻳﱨﺒﱦﺼﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳇﳉﳃﳀ
  1. Dan lihat (apa yang akan menimpa) mereka; tidak lama kemudian mereka akan melihat (kemenangan yang telah Kami tetapkan untukmu).
ﺃﱁﻓﱁﺒﲐﻌﱧﺬﱔﺍﺑﲐﻨﱧﺎ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻌﱦﺠﲌﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳈﳉﳃﳀ
  1. Maka tidaklah patut mereka meminta disegerakan azab (yang telah ditetapkan oleh) Kami!
ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﻧﱧﺰﱺﻝﱔ ﺑﲐﺴﱺﺎﺣﱺﺘﲘﻬﲌﻢﱦ ﻓﱁﺴﱺﺂﺀﱧ ﺻﱺﺒﱧﺎﺡﱻ ﭐﻟﱀﻤﱨﻨﺬﱔﺭﲌﻳﻦﱺ ﳁﳉﳉﳃﳀ
  1. Kerana apabila azab itu turun dalam daerah dan kawasan mereka, sudah tentu buruklah hari orang-orang yang tidak mengindahkan amaran yang telah diberikan.
ﻭﱺﺗﱧﻮﱺﻝﱞ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﺣﲔﻴﻦﲎ ﳁﳊﳉﳃﳀ
  1. Dan berpalinglah (wahai Muhammad) dari mereka, (jangan hiraukan celaan mereka serta bersabarlah) hingga ke suatu masa.
ﻭﱺﺃﱁﺑﱦﺼﲔﺮﱹ ﻓﱁﺴﱺﻮﱹﻑﱺ ﻳﱨﺒﱦﺼﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳋﳉﳃﳀ
  1. Dan lihatlah (apa yang akan jadi); tidak lama kemudian, mereka pun akan melihat juga.
ﺳﱻﺒﱦﺤﱺ﮳ﻦﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﭐﻟﱀﻌﲘﺰﲄﺓﲘ ﻋﱺﻤﱱﺎ ﻳﱧﺼﲔﻔﱂﻮﻥﱧ ﳁﳂﳊﳃﳀ
  1. Akuilah kesucian Tuhanmu, - Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan, - dari apa yang mereka katakan!
ﻭﱺﺳﱺﻠﱁ﮳ﻢﱪ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻤﱨﺮﱹﺳﱺﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳊﳃﳀ
  1. Dan (ucaplah) salam sejahtera kepada sekalian Rasul.
ﻭﱺﭐﻟﱀﺤﱺﻤﱦﺪﱻ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳊﳃﳀ
  1. Serta (ingatlah bahawa) segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
ﺹﳔﲬ ﻭﱺﭐﻟﱀﻘﱂﺮﱹﺀﱧﺍﻥﲌ ﺫﲘﻯ ﭐﻟﺬﱝﲘﻛﱓﺮﲌ ﳁﳃﳀ
  1. Saad; demi Al-Quran yang mempunyai kemuliaan serta mengandungi peringatan dan pengajaran.
ﺑﱧﻞﲌ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﻋﲔﺰﲄﺓﲚ ﻭﱺﺷﲔﻘﱁﺎﻕﲎ ﳁﳄﳀ
  1. (Orang-orang yang mengingkari kerasulanmu - wahai Muhammad - tidak berdasarkan kebenaran) bahkan mereka yang kafir itu bersifat sombong angkuh dan suka menentang kebenaran.
ﻛﱔﻢﱦ ﺃﱁﻫﱹﻠﱁﻜﱓﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻬﲌﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﺮﱹﻥﲎ ﻓﱁﻨﱧﺎﺩﱧﻭﺍﲯ ﻭﲄﵖﱔﵐﺕﱺ ﺣﲔﻴﻦﱺ ﻣﱧﻨﱧﺎﺹﲞ ﳁﳅﳀ
  1. (Tidakkah mereka menyedari) berapa banyak umat-umat (yang ingkar) yang terdahulu dari mereka, Kami binasakan? Lalu mereka meminta pertolongan, padahal saat itu bukanlah saat meminta pertolongan melepaskan diri dari azab.
ﻭﱺﻋﱺﺠﲌﺒﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻥ ﺟﱺﺂﺀﱧﻫﱻﻢ ﻣﱲﻨﺬﲘﺭﱿ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦﲨ ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﱻﻭﻥﱧ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﺳﱺ﮳ﺤﲔﺮﱿ ﻛﱔﺬﱞﺍﺏﱽ ﳁﳆﳀ
  1. Dan mereka (yang mengingkari kerasulan Nabi Muhammad itu) merasa hairan, bahawa mereka didatangi oleh seorang Rasul pemberi amaran, dari kalangan mereka sendiri. Dan mereka yang kafir itu berkata: "Orang ini adalah seorang ahli sihir, lagi pendusta.
ﺃﱁﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﭐﵖﱓﵕﻟﲘﻬﱺﺔﱁ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻬﱾﺎ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﱼﺍﲨ ﺇﲐﻥﱱ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻟﱁﺸﱔﻰﱹﺀﱪ ﻋﱻﺠﱺﺎﺏﱿ ﳁﳇﳀ
  1. " Patutkah ia menafikan tuhan-tuhan yang berbilang itu dengan mengatakan: Tuhan hanya Satu? Sesungguhnya ini adalah satu perkara yang menakjubkan!"
ﻭﱺﭐﻧﻄﱔﻠﱁﻖﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﵝﱁﵘﱂ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻥﲌ ﭐﻣﱦﺸﱕﻮﺍﲯ ﻭﱺﭐﺻﱹﺒﲐﺮﱻﻭﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺀﱧﺍﻟﲘﻬﱺﺘﲘﻜﱕﻢﱦﲨ ﺇﲐﻥﱱ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻟﱁﺸﱔﻰﱹﺀﱬ ﻳﱨﺮﱺﺍﺩﱨ ﳁﳈﳀ
  1. Dan (ketika itu) keluarlah ketua-ketua dari kalangan mereka (memberi peransang dengan berkata): "Jalan terus (menurut cara penyembahan datuk nenek kamu) dan tetap tekunlah menyembah tuhan-tuhan kamu. Sebenarnya sikap ini adalah satu perkara yang amat dikehendaki.
ﻣﱧﺎ ﺳﱺﻤﲘﻌﱦﻨﱧﺎ ﺑﲐﻬﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻤﲘﻠﱋﺔﲘ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﺇﲐﻥﱦ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺁ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﺧﱹﺘﲘﻠﱁ﮳ﻖﱽ ﳁﳉﳀ
  1. " Kami tidak pernah mendengar tentang (soal mengesakan Tuhan) itu dalam ugama yang terakhir; perkara ini tidak lain hanyalah rekaan dan dusta semata-mata".
ﺃﱁﺀﱨﻧﺰﲌﻝﱔ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﭐﻟﺬﱝﲘﻛﱓﺮﱻ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻴﱦﻨﲘﻨﱧﺎﲬ ﺑﱧﻞﱓ ﻫﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﺷﱔﻚﱝﲖ ﻣﱰﲘﻦ ﺫﲘﻛﱓﺮﲌﻯﲬ ﺑﱧﻞ ﻟﱋﻤﱱﺎ ﻳﱧﺬﱕﻭﻗﱂﻮﺍﲯ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﲌ ﳁﳊﳀ
  1. (Mereka berkata lagi): Patutkah wahyu peringatan itu diturunkan kepada Muhammad (padahal orang-orang yang lebih layak ada) di antara kita?" (Mereka bukan sahaja ingkarkan kelayakan Nabi Muhammad menerima wahyu) bahkan mereka berada dalam keraguan tentang peringatan yang Aku wahyukan (kepada Nabi Muhammad) itu, bahkan mereka belum lagi merasai azab.
ﺃﱁﻡﱦ ﻋﲔﻨﺪﱺﻫﱻﻢﱦ ﺧﱺﺰﱺﺁﴢﲐﻦﱻ ﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺔﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﲌ ﭐﻟﱀﻮﱺﻫﲄﺎﺏﲌ ﳁﳋﳀ
  1. Adakah di sisi mereka perbendaharaan rahmat Tuhanmu Yang Maha Kuasa, lagi Yang Maha Melimpah pemberianNya?.
ﺃﱁﻡﱦ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱲﻠﱀﻚﱕ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻤﱧﺎﲨ ﻓﱁﻠﱀﻴﱧﺮﱹﺗﱧﻘﱂﻮﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺳﱹﺒﱧ﮳ﺐﲌ ﳁﳂﳃﳀ
  1. Atau adakah mereka menguasai langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya?. (Kalau ada kekuasaan yang demikian) maka biarlah mereka naik mendaki langit menurut jalan-jalan yang membawa mereka ke situ (untuk mentadbirkan seluruh alam).
ﺟﱻﻨﺪﱿ ﻣﱱﺎ ﻫﱻﻨﱧﺎﻟﲘﻚﱔ ﻣﱧﻬﱹﺰﱻﻭﻡﱬ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﺣﱹﺰﱺﺍﺏﲌ ﳁﳃﳃﳀ
  1. (Sebenarnya mereka hanyalah) satu pasukan tentera dari kumpulan-kumpulan (yang menentang kebenaran), yang pada suatu masa kelak tetap akan dikalahkan.
ﻛﱔﺬﱞﺑﱧﺖﱹ ﻗﱁﺒﱦﻠﱁﻬﱻﻢﱦ ﻗﱁﻮﱹﻡﱨ ﻧﱨﻮﺡﲢ ﻭﱺﻋﱺﺎﺩﱬ ﻭﱺﻓﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱨ ﺫﱨﻭ ﭐﵖﱓﵑﱁﻭﱹﺗﱧﺎﺩﲘ ﳁﳄﳃﳀ
  1. Sebelum mereka itu, kaum Nabi Nuh, dan Aad (kaum Nabi Hud), serta Firaun yang mempunyai kerajaan yang kuat, telah juga mendustakan Rasul masing-masing.
ﻭﱺﺛﱁﻤﱨﻮﺩﱨ ﻭﱺﻗﱁﻮﱹﻡﱨ ﻟﱂﻮﻁﲖ ﻭﱺﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱻ ﻟﱀ﮲ﱧﻴﱦﻜﱔﺔﲘﲬ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﭐﵖﱓﵑﱁﺣﱹﺰﱺﺍﺏﱻ ﳁﳅﳃﳀ
  1. Dan juga Thamud (kaum Nabi Soleh), dan kaum Nabi Lut, serta penduduk Aikah; merekalah kumpulan-kumpulan (yang menentang kebenaran).
ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻞﱡ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻛﱔﺬﱞﺏﱺ ﭐﻟﺮﲅﺳﱻﻞﱔ ﻓﱁﺤﱺﻖﲄ ﻋﲔﻘﱁﺎﺏﲌ ﳁﳆﳃﳀ
  1. Tidak ada satupun dari kaum-kaum yang tersebut, melainkan telah mendustakan Rasul-rasul; maka berhaklah mereka ditimpa azab.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱧﻨﻈﱕﺮﱻ ﻫﱺﳌﺆﱻﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺻﱺﻴﱦﺤﱺﺔﱅ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﱺﺓﱫ ﻣﱱﺎ ﻟﱁﻬﱺﺎ ﻣﲘﻦ ﻓﱁﻮﱺﺍﻕﲎ ﳁﳇﳃﳀ
  1. Dan orang-orang ini (yang menentang Nabi Muhammad), tidak menunggu melainkan satu jeritan suara yang tidak akan berulang lagi.
ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺎ ﻋﱺﺠﲃﲌﻞ ﻟﱋﻨﱧﺎ ﻗﲘﻄﱞﻨﱧﺎ ﻗﱁﺒﱦﻞﱔ ﻳﱧﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﱀﺤﲔﺴﱺﺎﺏﲌ ﳁﳈﳃﳀ
  1. Dan mereka pula berkata (secara mengejek-ejek): " Wahai Tuhan kami! Segerakanlah azab yang ditetapkan untuk kami, sebelum datangnya hari hitungan amal (yang dikatakan oleh Muhammad itu)".
ﭐﺻﱹﺒﲐﺮﱹ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻣﱧﺎ ﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﻭﱺﭐﺫﱦﻛﱕﺮﱹ ﻋﱺﺒﱦﺪﱺﻧﱧﺎ ﺩﱧﺍﻭﱻﲵﺩﱧ ﺫﱧﺍ ﭐﵖﱓﵑﱁﻳﱦﺪﲘﲨ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﻭﲄﺍﺏﱽ ﳁﳉﳃﳀ
  1. Bersabarlah (wahai Muhammad) terhadap apa sahaja yang mereka katakan, dan ingatlah akan hamba Kami Nabi Daud, yang mempunyai kekuatan (dalam pegangan ugamanya); sesungguhnya ia adalah sentiasa rujuk kembali (kepada Kami dengan bersabar mematuhi perintah Kami).
ﺇﲐﻧﱱﺎ ﺳﱺﺨﲄﺮﱹﻧﱧﺎ ﭐﻟﱀﺠﲌﺒﱧﺎﻝﱔ ﻣﱧﻌﱧﻪﱨﲵ ﻳﱨﺴﱺﺒﱰﲐﺤﱹﻦﱺ ﺑﲐﭑﻟﱀﻌﱧﺸﲔﻰﲃﲤ ﻭﱺﭐﵖﱓﵒﺷﱓﺮﱺﺍﻕﲌ ﳁﳊﳃﳀ
  1. Sesungguhnya Kami telah mudahkan gunung-ganang turut bertasbih memuji Kami bersama-sama dengannya; pada waktu petang dan ketika terbit matahari.
ﻭﱺﭐﻟﻄﱞﻴﱦﺮﱺ ﻣﱧﺤﱹﺸﱕﻮﺭﱺﺓﱫﲨ ﻛﱕﻞﱣ ﻟﱋﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﻭﲄﺍﺏﱿ ﳁﳋﳃﳀ
  1. Dan (Kami mudahkan juga) unggas turut berhimpun (untuk bertasbih memuji Kami bersama-sama dengannya); tiap-tiap satunya mengulangi tasbih masing-masing menurutnya.
ﻭﱺﺷﱔﺪﱺﺩﱦﻧﱧﺎ ﻣﱨﻠﱀﻜﱔﻪﱨﲵ ﻭﱺﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﭐﻟﱀﺤﲔﻜﱓﻤﱧﺔﱁ ﻭﱺﻓﱁﺼﱹﻞﱔ ﭐﻟﱀﺨﲔﻄﱔﺎﺏﲌ ﳁﳂﳄﳀ
  1. Dan Kami kuatkan kerajaannya, serta Kami kurniakan kepadanya hikmah kebijaksanaan dan kepitahan berkata-kata (dalam menjalankan hukum dan menjatuhkan hukuman).
ﲿ ﻭﱺﻫﱺﻞﱓ ﺃﱁﺗﱧﯩﳎﻚﱔ ﻧﱧﺒﱧﺆﱻﺍﲯ ﭐﻟﱀﺨﱺﺼﱹﻢﲌ ﺇﲐﺫﱦ ﺗﱧﺴﱺﻮﲄﺭﱻﻭﺍﲯ ﭐﻟﱀﻤﲘﺤﱹﺮﱺﺍﺏﱺ ﳁﳃﳄﳀ
  1. Dan sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) berita (perbicaraan dua) orang yang berselisihan? Ketika mereka memanjat tembok tempat ibadat;
ﺇﲐﺫﱦ ﺩﱧﺧﱺﻠﱂﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺩﱧﺍﻭﱻﲵﺩﱧ ﻓﱁﻔﱁﺰﲌﻉﱧ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦﲨ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﺨﱺﻒﱹﲨ ﺧﱺﺼﱹﻤﱧﺎﻥﲌ ﺑﱧﻐﱧﻰﳎ ﺑﱧﻌﱦﻀﱻﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺑﱧﻌﱦﺾﲞ ﻓﱁﭑﺣﱹﻜﱕﻢ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻨﱧﺎ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱨﺸﱓﻄﲔﻂﱓ ﻭﱺﭐﻫﱹﺪﲘﻧﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺳﱺﻮﱺﺁﺀﲘ ﭐﻟﺼﲃﲔﺮﱺ﮴ﻁﲔ ﳁﳄﳄﳀ
  1. Iaitu ketika mereka masuk kepada Nabi Daud, lalu ia terkejut melihat mereka; mereka berkata kepadanya: " Janganlah takut, (kami ini) adalah dua orang yang berselisihan, salah seorang dari kami telah berlaku zalim kepada yang lain; oleh itu hukumkanlah di antara kami dengan adil, dan janganlah melampaui (batas keadilan), serta pimpinlah kami ke jalan yang lurus.
ﺇﲐﻥﱱ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺁ ﺃﱁﺧﲔﻰ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﺗﲘﺴﱹﻊﱬ ﻭﱺﺗﲘﺴﱹﻌﱨﻮﻥﱧ ﻧﱧﻌﱦﺠﱺﺔﱅ ﻭﱺﻟﲘﻰﱺ ﻧﱧﻌﱦﺠﱺﺔﱆ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﱺﺓﱬ ﻓﱁﻘﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﻛﱓﻔﲘﻠﱀﻨﲘﻴﻬﱺﺎ ﻭﱺﻋﱺﺰﲄﻧﲘﻰ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺨﲔﻄﱔﺎﺏﲌ ﳁﳅﳄﳀ
  1. " Sebenarnya orang ini ialah (seorang sahabat sebagai) saudaraku; ia mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing betina dan aku mempunyai seekor sahaja; dalam pada itu ia (mendesakku dengan) berkata: ' Serahkanlah yang seekor itu kepadaku ', dan dia telah mengalahkan daku dalam merundingkan perkara itu".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﻇﱔﻠﱁﻤﱧﻚﱔ ﺑﲐﺴﱻﺆﱺﺍﻝﲌ ﻧﱧﻌﱦﺠﱺﺘﲘﻚﱔ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻧﲘﻌﱧﺎﺟﲌﻪﲘﲶﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺨﱻﻠﱁﻄﱔﺂﺀﲘ ﻟﱁﻴﱧﺒﱦﻐﲘﻰ ﺑﱧﻌﱦﻀﱻﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺑﱧﻌﱦﺾﲝ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱺ﮳ﺖﲔ ﻭﱺﻗﱁﻠﲘﻴﻞﱙ ﻣﱱﺎ ﻫﱻﻢﱦﲩ ﻭﱺﻇﱔﻦﲄ ﺩﱧﺍﻭﱻﲵﺩﱨ ﺃﱁﻧﱱﻤﱧﺎ ﻓﱁﺘﱧﻨﱱ﮳ﻪﱨ ﻓﱁﭑﺳﱹﺘﱧﻐﱦﻔﱁﺮﱺ ﺭﱺﺑﱱﻪﱨﲵ ﻭﱺﺧﱺﺮﲄ ﺭﱺﺍﻛﲔﻌﱫﺎ ﻭﱺﺃﱁﻧﱧﺎﺏﱺ ﲹ ﳁﳆﳄﳀ
  1. Nabi Daud berkata: " Sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu (sebagai tambahan) kepada kambing-kambingnya; dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang bergaul dan berhubungan (dalam berbagai-bagai lapangan hidup), setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh; sedang mereka amatlah sedikit!" Dan Nabi Daud (setelah berfikir sejurus), mengetahui sebenarnya Kami telah mengujinya (dengan peristiwa itu), lalu ia memohon ampun kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta ia rujuk kembali (bertaubat).
ﻓﱁﻐﱧﻔﱁﺮﱹﻧﱧﺎ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻋﲔﻨﺪﱺﻧﱧﺎ ﻟﱁﺰﱻﻟﱀﻔﱁﻰﳎ ﻭﱺﺣﱻﺴﱹﻦﱺ ﻣﱧ﮲ﱧﺎﺏﲎ ﳁﳇﳄﳀ
  1. Maka Kami ampunkan kesalahannya itu; dan sesungguhnya ia mempunyai kedudukan yang dekat di sisi Kami serta tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak).
ﻳﱧ﮳ﺪﱺﺍﻭﱻﲵﺩﱨ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧ﮳ﻚﱔ ﺧﱺﻠﲘﻴﻔﱁﺔﱅ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻓﱁﭑﺣﱹﻜﱕﻢ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺘﱱﺒﲘﻊﲠ ﭐﻟﱀﻬﱺﻮﱺﻯﳎ ﻓﱁﻴﱨﻀﲔﻠﱋﻚﱔ ﻋﱺﻦ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﻀﲔﻠﱌﻮﻥﱧ ﻋﱺﻦ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱿ ﺷﱔﺪﲘﻳﺪﲁ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻧﱧﺴﱻﻮﺍﲯ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﺤﲔﺴﱺﺎﺏﲌ ﳁﳈﳄﳀ
  1. Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺧﱺﻠﱁﻘﱀﻨﱧﺎ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﱧ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻤﱧﺎ ﺑﱧ﮳ﻄﲔﵝﱅﵗﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻇﱔﻦﲅ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯﲬ ﻓﱁﻮﱺﻳﱦﻞﱙ ﻟﱊﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﳁﳉﳄﳀ
  1. Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan yang tidak mengandungi hikmah dan keadilan; yang demikian adalah sangkaan orang-orang yang kafir! Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang kafir itu dari azab neraka.
ﺃﱁﻡﱦ ﻧﱧﺠﱹﻌﱧﻞﱕ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱺ﮳ﺖﲔ ﻛﱔﭑﻟﱀﻤﱨﻔﱀﺴﲔﺪﲘﻳﻦﱺ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺃﱁﻡﱦ ﻧﱧﺠﱹﻌﱧﻞﱕ ﭐﻟﱀﻤﱨﺘﱱﻘﲘﻴﻦﱺ ﻛﱔﭑﻟﱀﻔﱂﺠﲄﺎﺭﲌ ﳁﳊﳄﳀ
  1. Patutkah Kami jadikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh itu sama seperti orang-orang yang melakukan kerosakan di muka bumi? Atau patutkah Kami jadikan orang-orang yang bertaqwa sama seperti orang-orang yang berdosa?
ﻛﲔﺘﱧ﮳ﺐﱽ ﺃﱁﻧﺰﱺﻟﱀﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﻣﱨﺒﱧ﮳ﺮﱺﻙﱙ ﻟﱊﲘﻴﱧﺪﲄﺑﱱﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﻟﲘﻴﱧﺘﱧﺬﱔﻛﱞﺮﱺ ﺃﱂﻭﳖﻟﱂﻮﺍﲯ ﭐﵖﱓﵑﱁﻟﱀﺒﱧ﮳ﺐﲌ ﳁﳋﳄﳀ
  1. (Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.
ﻭﱺﻭﱺﻫﱺﺒﱦﻨﱧﺎ ﻟﲘﺪﱺﺍﻭﱻﲵﺩﱧ ﺳﱻﻠﱁﻴﱦﻤﱧ﮳ﻦﱺﲬ ﻧﲘﻌﱦﻢﱧ ﭐﻟﱀﻌﱧﺒﱦﺪﱻ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﻭﲄﺍﺏﱽ ﳁﳂﳅﳀ
  1. Dan Kami telah kurniakan kepada Nabi Daud (seorang anak bernama) Sulaiman ia adalah sebaik-baik hamba (yang kuat beribadat), lagi sentiasa rujuk kembali (bertaubat).
ﺇﲐﺫﱦ ﻋﱻﺮﲌﺽﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﺑﲐﭑﻟﱀﻌﱧﺸﲔﻰﲃﲤ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻔﲘﻨﱧ﮳ﺖﱻ ﭐﻟﱀﺠﲌﻴﱧﺎﺩﱨ ﳁﳃﳅﳀ
  1. (Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Sulaiman ditunjukkan kepadanya pada suatu petang, satu kumpulan kuda yang terpuji keadaannya semasa berdiri, lagi yang tangkas semasa berlari.
ﻓﱁﻘﱁﺎﻝﱔ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰﳒ ﺃﱁﺣﱹﺒﱧﺒﱦﺖﱻ ﺣﱻﺐﲄ ﭐﻟﱀﺨﱺﻴﱦﺮﲌ ﻋﱺﻦ ﺫﲘﻛﱓﺮﲌ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﺗﱧﻮﱺﺍﺭﱺﺕﱹ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﲔﺠﱺﺎﺏﲌ ﳁﳄﳅﳀ
  1. (Kerana lekanya dengan pertunjukan itu) maka Nabi Sulaiman berkata: " Sesungguhnya aku telah mengutamakan kesukaanku kepada (kuda pembawa) kebaikan lebih daripada mengingati (ibadatku kepada) Tuhanku, sehingga (matahari) melindungi dirinya dengan tirai malam".
ﺭﱻﺩﱲﻭﻫﱺﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰﲄﲨ ﻓﱁﻄﱔﻔﲘﻖﱺ ﻣﱧﺴﱹﺤﲀﺎ ﺑﲐﭑﻟﺴﲅﻮﻕﲌ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﻋﱹﻨﱧﺎﻕﲌ ﳁﳅﳅﳀ
  1. (Kemudian Nabi Sulaiman berkata kepada orang-orangnya): " Bawa balik kuda itu kepadaku"; maka ia pun tampil menyapu betis dan leher kuda itu (seekor demi seekor).
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﻓﱁﺘﱧﻨﱱﺎ ﺳﱻﻠﱁﻴﱦﻤﱧ﮳ﻦﱺ ﻭﱺﺃﱁﻟﱀﻘﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﺮﱹﺳﲔﻴﱰﲐﻪﲘﲶ ﺟﱺﺴﱺﺪﱾﺍ ﺛﱂﻢﱱ ﺃﱁﻧﱧﺎﺏﱺ ﳁﳆﳅﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji Nabi Sulaiman (dengan satu kejadian), dan Kami letakkan di atas takhta kebesarannya satu jasad (yang tidak cukup sifatnya) kemudian ia kembali (merayu kepada Kami): -
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﭐﻏﱓﻔﲘﺮﱹ ﻟﲘﻰ ﻭﱺﻫﱺﺐﱹ ﻟﲘﻰ ﻣﱨﻠﱀﻜﱘﺎ ﵖﱞﵐ ﻳﱧﻨﲲﺒﱧﻐﲘﻰ ﵖﲔﵑﱁﺣﱺﺪﲚ ﻣﱰﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘﻯﳒﲨ ﺇﲐﻧﱱﻚﱔ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﭐﻟﱀﻮﱺﻫﲄﺎﺏﱻ ﳁﳇﳅﳀ
  1. Katanya: " Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya ".
ﻓﱁﺴﱺﺨﲄﺮﱹﻧﱧﺎ ﻟﱁﻪﱨ ﭐﻟﺮﲃﲌﻳﺢﱺ ﺗﱧﺠﱹﺮﲌﻯ ﺑﲐﺄﱁﻣﱦﺮﲌﻩﲘﲶ ﺭﱻﺧﱺﺂﺀﱩ ﺣﱺﻴﱦﺚﱻ ﺃﱁﺻﱺﺎﺏﱺ ﳁﳈﳅﳀ
  1. Maka (Kami kabulkan permohonannya lalu) Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang hendaK ditujunya;
ﻭﱺﭐﻟﺸﱞﻴﱧ﮳ﻄﲔﻴﻦﱺ ﻛﱕﻞﱞ ﺑﱧﻨﱱﺂﺀﲚ ﻭﱺﻏﱔﻮﲄﺍﺹﲞ ﳁﳉﳅﳀ
  1. Dan (Kami mudahkan baginya memerintah) Jin Syaitan; (ia memerintah) golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan, dan yang menjadi penyelam (bagi menjalankan kerja masing-masing).
ﻭﱺﺀﱧﺍﺧﱺﺮﲌﻳﻦﱺ ﻣﱨﻘﱁﺮﲄﻧﲘﻴﻦﱺ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺻﱹﻔﱁﺎﺩﲘ ﳁﳊﳅﳀ
  1. Dan Jin-jin Syaitan yang lain dipasung dalam rantai-rantai belenggu.
ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻋﱺﻄﱔﺂﺅﱻﻧﱧﺎ ﻓﱁﭑﻣﱦﻨﱨﻦﱹ ﺃﱁﻭﱹ ﺃﱁﻣﱦﺴﲔﻚﱓ ﺑﲐﻐﱧﻴﱦﺮﲌ ﺣﲔﺴﱺﺎﺏﲎ ﳁﳋﳅﳀ
  1. (Serta Kami katakan kepadanya): " Inilah pemberian Kami (kepadamu), maka berikanlah (kepada sesiapa yang engkau suka), atau tahankanlah pemberian itu; (terserahlah kepadamu) dengan tidak ada sebarang hitungan (untuk menyalahkanmu) ".
ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻋﲔﻨﺪﱺﻧﱧﺎ ﻟﱁﺰﱻﻟﱀﻔﱁﻰﳎ ﻭﱺﺣﱻﺴﱹﻦﱺ ﻣﱧ﮲ﱧﺎﺏﲎ ﳁﳂﳆﳀ
  1. Dan sesungguhnya ia mempunyai kedudukan yang dekat lagi mulia di sisi Kami, serta tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak).
ﻭﱺﭐﺫﱦﻛﱕﺮﱹ ﻋﱺﺒﱦﺪﱺﻧﱧﺂ ﺃﱁﻳﱲﻮﺏﱺ ﺇﲐﺫﱦ ﻧﱧﺎﺩﱧﻯﳎ ﺭﱺﺑﱱﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﻧﱰﲘﻰ ﻣﱧﺴﲄﻨﲘﻰﱺ ﭐﻟﺸﱞﻴﱦﻄﱔ﮳ﻦﱻ ﺑﲐﻨﱨﺼﱹﺐﲎ ﻭﱺﻋﱺﺬﱔﺍﺏﲍ ﳁﳃﳆﳀ
  1. Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: " Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit)".
ﭐﺭﱹﻛﱕﺾﱹ ﺑﲐﺮﲌﺟﱹﻠﲘﻚﱔﲨ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻣﱨﻐﱦﺘﱧﺴﱺﻞﱛ ﺑﱧﺎﺭﲌﺩﱬ ﻭﱺﺷﱔﺮﱺﺍﺏﱿ ﳁﳄﳆﳀ
  1. (Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): " Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu " (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): " Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin) ".
ﻭﱺﻭﱺﻫﱺﺒﱦﻨﱧﺎ ﻟﱁﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﻫﱹﻠﱁﻪﱨﲵ ﻭﱺﻣﲘﺜﱀﻠﱁﻬﱻﻢ ﻣﱱﻌﱧﻬﱻﻢﱦ ﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺔﱅ ﻣﱰﲘﻨﱱﺎ ﻭﱺﺫﲘﻛﱓﺮﱺﻯﳎ ﵖﲔﵑﱂﻭﳖﻟﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﻟﱀﺒﱧ﮳ﺐﲌ ﳁﳅﳆﳀ
  1. Dan Kami kurniakan (lagi) kepadanya - keluarganya, dengan sekali ganda ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang berakal sempurna (supaya mereka juga bersikap sabar semasa ditimpa malang).
ﻭﱺﺧﱻﺬﱓ ﺑﲐﻴﱧﺪﲘﻙﱔ ﺿﲔﻐﱦﺜﱅﺎ ﻓﱁﭑﺿﱹﺮﲌﺏ ﺑﱰﲐﻪﲘﲶ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺤﱹﻨﱧﺚﱹﲩ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻭﱺﺟﱺﺪﱹﻧﱧ﮳ﻪﱨ ﺻﱺﺎﺑﲐﺮﱾﺍﲬ ﻧﱰﲘﻌﱦﻢﱧ ﭐﻟﱀﻌﱧﺒﱦﺪﱻ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﻭﲄﺍﺏﱿ ﳁﳆﳆﳀ
  1. Dan (Kami perintahkan lagi kepadanya): " Ambilah dengan tanganmu seikat jerami kemudian pukulah (isterimu) dengannya; dan janganlah engkau merosakkan sumpahmu itu ". Sesungguhnya Kami mendapati Nabi Ayub itu seorang yang sabar; ia adalah sebaik-baik hamba; sesungguhnya ia sentiasa rujuk kembali (kepada Kami dengan ibadatnya).
ﻭﱺﭐﺫﱦﻛﱕﺮﱹ ﻋﲔﺒﱧ﮳ﺪﱺﻧﱧﺂ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱧ ﻭﱺﺇﲐﺳﱹﺤﱺ﮳ﻖﱺ ﻭﱺﻳﱧﻌﱦﻘﱂﻮﺏﱺ ﺃﱂﻭﳖﻟﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﻳﱦﺪﲘﻯ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺑﱦﺼﱺ﮳ﺮﲌ ﳁﳇﳆﳀ
  1. Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba-hamba Kami: Nabi Ibrahim dan Nabi Ishak serta Nabi Yaakub, yang mempunyai kekuatan (melaksanakan taat setianya) dan pandangan yang mendalam (memahami ugamanya).
ﺇﲐﻧﱱﺂ ﺃﱁﺧﱹﻠﱁﺼﱹﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢ ﺑﲐﺨﱺﺎﻟﲘﺼﱺﺔﲚ ﺫﲘﻛﱓﺮﱺﻯ ﭐﻟﺪﲄﺍﺭﲌ ﳁﳈﳆﳀ
  1. Sesungguhnya Kami telah jadikan mereka suci bersih dengan sebab satu sifat mereka yang murni, iaitu sifat sentiasa memperingati negeri akhirat.
ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻋﲔﻨﺪﱺﻧﱧﺎ ﻟﱁﻤﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺼﱹﻄﱔﻔﱁﻴﱦﻦﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﺧﱹﻴﱧﺎﺭﲌ ﳁﳉﳆﳀ
  1. Dan sesungguhnya mereka di sisi Kami adalah dari orang-orang pilihan yang sebaik-baiknya.
ﻭﱺﭐﺫﱦﻛﱕﺮﱹ ﺇﲐﺳﱹﻤﱧ﮳ﻌﲘﻴﻞﱔ ﻭﱺﭐﻟﱀﻴﱧﺴﱺﻊﱧ ﻭﱺﺫﱧﺍ ﭐﻟﱀﻜﲔﻔﱀﻞﲌﲨ ﻭﱺﻛﱕﻞﱣ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﺧﱹﻴﱧﺎﺭﲌ ﳁﳊﳆﳀ
  1. Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi lsmail, dan Nabi Alyasak, serta Nabi Zulkifli; dan mereka masing-masing adalah dari orang-orang yang sebaik-baiknya.
ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﺫﲘﻛﱓﺮﱿﲬ ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﻟﲘﻠﱀﻤﱨﺘﱱﻘﲘﻴﻦﱺ ﻟﱁﺤﱻﺴﱹﻦﱺ ﻣﱧ﮲ﱧﺎﺏﲎ ﳁﳋﳆﳀ
  1. (Segala sifat-sifat yang mulia) ini, adalah menjadi sebutan penghormatan (bagi mereka). Dan sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa, disediakan tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak), -
ﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﲔ ﻋﱺﺪﱹﻥﲎ ﻣﱲﻔﱁﺘﱱﺤﱺﺔﱅ ﻟﱋﻬﱻﻢﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﺑﱦﻮﱺ﮴ﺏﱻ ﳁﳂﳇﳀ
  1. Iaitu beberapa buah Syurga tempat penginapan yang kekal, yang terbuka pintu-pintunya untuk mereka;
ﻣﱨﺘﱱﻜﲔ﮲ﲘﻴﻦﱺ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻳﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻥﱧ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺑﲐﻔﱁ﮳ﻜﲔﻬﱺﺔﲚ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱺﺓﲚ ﻭﱺﺷﱔﺮﱺﺍﺏﲎ ﳁﳃﳇﳀ
  1. (Mereka akan bersukaria) dalam Syurga itu sambil berbaring (di atas pelamin); mereka meminta di situ buah-buahan dan minuman yang berbagai jenisnya dan rasa kelazatannya.
ﲿ ﻭﱺﻋﲔﻨﺪﱺﻫﱻﻢﱦ ﻗﱁ﮳ﺼﲔﺮﱺ﮴ﺕﱻ ﭐﻟﻄﱞﺮﱹﻑﲔ ﺃﱁﺗﱦﺮﱺﺍﺏﱽ ﳁﳄﳇﳀ
  1. Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya.
ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻣﱧﺎ ﺗﱨﻮﻋﱺﺪﱻﻭﻥﱧ ﻟﲘﻴﱧﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﱀﺤﲔﺴﱺﺎﺏﲌ ﳁﳅﳇﳀ
  1. Inilah dia balasan yang dijanjikan kepada kamu setelah selesai hitungan amal!
ﺇﲐﻥﱱ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻟﱁﺮﲌﺯﱹﻗﱂﻨﱧﺎ ﻣﱧﺎ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﲘﻦ ﻧﱱﻔﱁﺎﺩﲙ ﳁﳆﳇﳀ
  1. Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -
ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍﲬ ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﻟﲘﻠﻄﱞ﮳ﻐﲘﻴﻦﱺ ﻟﱁﺸﱔﺮﲄ ﻣﱧ﮲ﱧﺎﺏﲎ ﳁﳇﳇﳀ
  1. Nikmat-nikmat ini (adalah untuk orang-orang yang bertaqwa). Dan Bahawa sesungguhnya bagi orang-orang yang zalim (dengan kekufuran atau kederhakaannya) seburuk-buruk tempat kembali, -
ﺟﱺﻬﱺﻨﱱﻢﱧ ﻳﱧﺼﱹﻠﱁﻮﱹﻧﱧﻬﱺﺎ ﻓﱁﺒﲐﺌﱦﺲﱺ ﭐﻟﱀﻤﲘﻬﱺﺎﺩﱨ ﳁﳈﳇﳀ
  1. Iaitu neraka Jahannam yang mereka akan menderita bakarannya; maka seburuk-buruk tempat menetap ialah neraka Jahannam;
ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻓﱁﻠﱀﻴﱧﺬﱕﻭﻗﱂﻮﻩﱨ ﺣﱺﻤﲘﻴﻢﱬ ﻭﱺﻏﱔﺴﲄﺎﻕﱿ ﳁﳉﳇﳀ
  1. Ini sejenis azab seksa, maka hendaklah mereka merasainya, air panas yang menggelegak dan air danur yang mengalir (untuk minuman mereka);
ﻭﱺﺀﱧﺍﺧﱺﺮﱻ ﻣﲘﻦ ﺷﱔﻜﱓﻠﲘﻪﲘﲶﳒ ﺃﱁﺯﱹﻭﱺ﮴ﺝﱽ ﳁﳊﳇﳀ
  1. Dan azab seksa yang lain, yang serupa buruknya dan dahsyatnya adalah berbagai jenis lagi.
ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻓﱁﻮﱹﺝﱿ ﻣﱲﻘﱀﺘﱧﺤﲔﻢﱬ ﻣﱱﻌﱧﻜﱕﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻣﱧﺮﱹﺣﱺﺒﱭﺎ ﺑﲐﻬﲌﻢﱦﲬ ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﺻﱺﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﳁﳋﳇﳀ
  1. (Penjaga neraka berkata kepada ketua-ketua golongan kafir dan penderhaka itu): " Ini ialah serombongan (orang-orang kamu) yang masuk berasak-asak bersama-sama kamu ". (Ketua-ketua itu berkata): " Mereka tidak perlu dialu-alukan, kerana sesungguhnya mereka pun akan menderita bakaran neraka ".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺑﱧﻞﱓ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻣﱧﺮﱹﺣﱺﺒﱭﺎ ﺑﲐﻜﱕﻢﱦﲨ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﻗﱁﺪﲄﻣﱦﺘﱨﻤﱨﻮﻩﱨ ﻟﱁﻨﱧﺎﲨ ﻓﱁﺒﲐﺌﱦﺲﱺ ﭐﻟﱀﻘﱁﺮﱺﺍﺭﱻ ﳁﳂﳈﳀ
  1. pengikut-pengikut mereka menjawab: " Bahkan kamulah yang tidak perlu dialu-alukan, kerana kamulah yang membawa azab sengsara ini kepada kami, maka amatlah buruknya neraka ini sebagai tempat penetapan ".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺎ ﻣﱧﻦ ﻗﱁﺪﲄﻡﱧ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻓﱁﺰﲌﺩﱦﻩﱨ ﻋﱺﺬﱔﺍﺑﱫﺎ ﺿﲔﻌﱦﻔﱅﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﳁﳃﳈﳀ
  1. Mereka berkata lagi: " Wahai Tuhan kami! Sesiapa yang membawa azab ini kepada kami, maka tambahilah dia azab seksa berlipat ganda di dalam neraka ".
ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻣﱧﺎ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﵖﱔﵐ ﻧﱧﺮﱺﻯﳎ ﺭﲌﺟﱺﺎﵖﱘﵐ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻧﱧﻌﱨﺪﲅﻫﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﺷﱓﺮﱺﺍﺭﲌ ﳁﳄﳈﳀ
  1. Dan penduduk neraka itu tetap akan bertanya sesama sendiri: " Mengapa kita tidak melihat orang-orang yang dahulu kita kirakan mereka sebagai orang-orang jahat (lagi hina)?
ﺃﱁﺗﱱﺨﱺﺬﱓﻧﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﺳﲔﺨﱹﺮﲌﻳﱳﺎ ﺃﱁﻡﱦ ﺯﱺﺍﻏﱔﺖﱹ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﺑﱦﺼﱺ﮳ﺮﱻ ﳁﳅﳈﳀ
  1. " Adakah kita sahaja jadikan mereka ejek-ejekan (sedang mereka orang-orang yang benar)? Atau mata kita tidak dapat melihat mereka?
ﺇﲐﻥﱱ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻟﱁﺤﱺﻖﲉ ﺗﱧﺨﱺﺎﺻﱻﻢﱨ ﺃﱁﻫﱹﻞﲌ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﳁﳆﳈﳀ
  1. Sesungguhnya (segala yang diterangkan) itu adalah benar iaitu perbalahan dan cercaan penduduk neraka sesama sendiri.
ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺂ ﺃﱁﻧﱧﺎﲰ ﻣﱨﻨﺬﲘﺭﱿﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻣﲘﻦﱹ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﲙ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱀﻮﱺ﮴ﺣﲔﺪﱻ ﭐﻟﱀﻘﱁﻬﲄﺎﺭﱻ ﳁﳇﳈﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): " Sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi amaran, dan tidak ada sama sekali tuhan yang sebenar melainkan Allah Yang Maha Esa, lagi Yang kekuasaanNya mengatasi segala-galanya, -
ﺭﱺﺏﲅ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻤﱧﺎ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﱀﻐﱧﻔﱋ﮳ﺮﱻ ﳁﳈﳈﳀ
  1. " Tuhan (yang mencipta serta mentadbirkan) langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya; Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni (dosa hamba-hambaNya)".
ﻗﱂﻞﱓ ﻫﱻﻮﱺ ﻧﱧﺒﱧﺆﱽﺍﲯ ﻋﱺﻈﲔﻴﻢﱪ ﳁﳉﳈﳀ
  1. Katakanlah lagi: " Apa yang aku terangkan itu (tentang keesaan Allah dan kebenaran kerasulanku) adalah berita penting yang amat besar (faedahnya).
ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﻋﱺﻨﱦﻪﱨ ﻣﱨﻌﱦﺮﲌﺿﱻﻮﻥﱧ ﳁﳊﳈﳀ
  1. " Yang kamu terus mengingkarinya.
ﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻟﲘﻰﱺ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﲔﻠﱀﻢﲏ ﺑﲐﭑﻟﱀﻤﱧﵝﱁﵙ ﭐﵖﱓﵑﱁﻋﱹﻠﱁﻰ﮵ ﺇﲐﺫﱦ ﻳﱧﺨﱹﺘﱧﺼﲔﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳈﳀ
  1. " Tiadalah bagiku sebarang pengetahuan tentang penduduk alam yang tinggi (malaikat), semasa mereka bersoal jawab (mengenai Nabi Adam-kalaulah tidak diwahyukan kepadaku).
ﺇﲐﻥ ﻳﱨﻮﺣﱺﻰ﮵ ﺇﲐﻟﱁﻰﲄ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻧﱱﻤﱧﺂ ﺃﱁﻧﱧﺎﲰ ﻧﱧﺬﲘﻳﺮﱿ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﱽ ﳁﳂﳉﳀ
  1. " Tiadalah diwahyukan kepadaku melainkan kerana sesungguhnya aku seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata (bukan seorang pembohong, atau ahli sihir, atau gila) ".
ﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺭﱺﺑﱲﻚﱔ ﻟﲘﻠﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﲘ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﻖﲁ ﺑﱧﺸﱔﺮﱾﺍ ﻣﱰﲘﻦ ﻃﲔﻴﻦﲎ ﳁﳃﳉﳀ
  1. (Ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: " Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia - Adam dari tanah;
ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﺳﱺﻮﲄﻳﱦﺘﱨﻪﱨﲵ ﻭﱺﻧﱧﻔﱁﺨﱹﺖﱻ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻣﲘﻦ ﺭﲅﻭﺣﲔﻰ ﻓﱁﻘﱁﻌﱨﻮﺍﲯ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﺳﱺ﮳ﺠﲌﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳄﳉﳀ
  1. " Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya ".
ﻓﱁﺴﱺﺠﱺﺪﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﱂ ﻛﱕﻠﱌﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺟﱹﻤﱧﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳅﳉﳀ
  1. (Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali, -
ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺇﲐﺑﱦﻠﲘﻴﺲﱺ ﭐﺳﱹﺘﱧﻜﱓﺒﱧﺮﱺ ﻭﱺﻛﱔﺎﻥﱧ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳆﳉﳀ
  1. Melainkan Iblis; ia berlaku sombong takbur (mengingkarinya) serta menjadilah ia dari golongan yang kafir.
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻳﱧﳌﺈﲐﺑﱦﻠﲘﻴﺲﱻ ﻣﱧﺎ ﻣﱧﻨﱧﻌﱧﻚﱔ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﺴﱹﺠﱻﺪﱺ ﻟﲘﻤﱧﺎ ﺧﱺﻠﱁﻘﱀﺖﱻ ﺑﲐﻴﱧﺪﱺﻯﲄﲨ ﺃﱁﺳﱹﺘﱧﻜﱓﺒﱧﺮﱹﺕﱺ ﺃﱁﻡﱦ ﻛﱕﻨﺖﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺎﻟﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳉﳀ
  1. Allah berfirman: " Hai lblis! Apa yang menghalangmu daripada turut sujud kepada (Adam) yang Aku telah ciptakan dengan kekuasaanKu? Adakah engkau berlaku sombong takbur, ataupun engkau dari golongan yang tertinggi? "
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﻧﱧﺎﲰ ﺧﱺﻴﱦﺮﱿ ﻣﱰﲘﻨﱦﻪﱨ ﺧﱺﻠﱁﻘﱀﺘﱧﻨﲘﻰ ﻣﲘﻦ ﻧﱱﺎﺭﲎ ﻭﱺﺧﱺﻠﱁﻘﱀﺘﱧﻪﱨﲵ ﻣﲘﻦ ﻃﲔﻴﻦﲎ ﳁﳈﳉﳀ
  1. Iblis menjawab: " Aku lebih baik daripadanya; Engkau (wahai Tuhanku) ciptakan daku dari api, sedang dia Engkau ciptakan dari tanah ".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻓﱁﭑﺧﱹﺮﱻﺝﱹ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻚﱔ ﺭﱺﺟﲌﻴﻢﱬ ﳁﳉﳉﳀ
  1. Allah berfirman: " Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau adalah makhluk yang diusir.
ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻚﱔ ﻟﱁﻌﱦﻨﱧﺘﲘﻰﳒ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻳﱧﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﺪﲃﲘﻳﻦﲌ ﳁﳊﳉﳀ
  1. " Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknatku terus menerus hingga ke hari kiamat!"
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﻓﱁﺄﱁﻧﻈﲔﺮﱹﻧﲘﻰﳒ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻳﱧﻮﱹﻡﲌ ﻳﱨﺒﱦﻌﱧﺜﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳉﳀ
  1. Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat) ".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻚﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﻨﻈﱔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳂﳊﳀ
  1. Allah berfirman: " Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh -
ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻳﱧﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﱀﻮﱺﻗﱀﺖﲔ ﭐﻟﱀﻤﱧﻌﱦﻠﱂﻮﻡﲌ ﳁﳃﳊﳀ
  1. " Hingga ke hari masa yang termaklum ".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻓﱁﺒﲐﻌﲘﺰﲄﺗﲘﻚﱔ ﵖﱔﵑﱂﻏﱓﻮﲌﻳﱧﻨﱱﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺟﱹﻤﱧﻌﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳊﳀ
  1. Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, -
ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﱧﻙﱔ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﺨﱹﻠﱁﺼﲔﻴﻦﱺ ﳁﳅﳊﳀ
  1. " Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan ".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻓﱁﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲅ ﻭﱺﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲄ ﺃﱁﻗﱂﻮﻝﱕ ﳁﳆﳊﳀ
  1. Allah berfirman: " Maka Akulah Tuhan Yang Sebenar-benarnya, dan hanya perkara yang benar Aku firmankan -
ﵖﱔﵑﱁﻣﱦﵝﱁﵘﱁﻥﱱ ﺟﱺﻬﱺﻨﱱﻢﱧ ﻣﲘﻨﻚﱔ ﻭﱺﻣﲘﻤﱱﻦ ﺗﱧﺒﲐﻌﱧﻚﱔ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺟﱹﻤﱧﻌﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳊﳀ
  1. " Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan jenismu dan dengan orang-orang yang menurutmu di antara zuriat-zuriat Adam (yang derhaka) semuanya ".
ﻗﱂﻞﱓ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﺳﱹ﮲ﱧﻠﱂﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﺟﱹﺮﲎ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﱧﺎﲰ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺘﱧﻜﱔﻠﱊﲘﻔﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳊﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): " Aku tidak meminta kepada kamu sebarang bayaran kerana menyampaikan ajaran Al-Quran ini, dan bukanlah aku dari orang-orang yang mengada-ngada ".
ﺇﲐﻥﱦ ﻫﱻﻮﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺫﲘﻛﱓﺮﱿ ﻟﱊﲘﻠﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳊﳀ
  1. Al-Quran tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk seluruh alam.
ﻭﱺﻟﱁﺘﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻦﲄ ﻧﱧﺒﱧﺄﱁﻩﱨﲵ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﺣﲔﻴﻦﲏ ﳁﳊﳊﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya, kamu akan mengetahui kabenaran perkara-perkara yang diterangkannya, tidak lama lagi.
ﺗﱧﻨﺰﲌﻳﻞﱕ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﲌ ﭐﻟﱀﺤﱺﻜﲔﻴﻢﲌ ﳁﳃﳀ
  1. Turunnya Kitab Al-Quran ini dari Allah, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
ﺇﲐﻧﱱﺂ ﺃﱁﻧﺰﱺﻟﱀﻨﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻓﱁﭑﻋﱹﺒﱨﺪﲘ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻣﱨﺨﱹﻠﲘﺼﱾﺎ ﻟﱋﻪﱨ ﭐﻟﺪﲃﲘﻳﻦﱺ ﳁﳄﳀ
  1. Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya.
ﺃﱁﵖﱔﵐ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﭐﻟﺪﲃﲘﻳﻦﱻ ﭐﻟﱀﺨﱺﺎﻟﲘﺺﱻﲬ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺗﱱﺨﱺﺬﱕﻭﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻧﲘﻪﲘﲶﳒ ﺃﱁﻭﱹﻟﲘﻴﱧﺂﺀﱧ ﻣﱧﺎ ﻧﱧﻌﱦﺒﱨﺪﱻﻫﱻﻢﱦ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻟﲘﻴﱨﻘﱁﺮﲃﲌﺑﱨﻮﻧﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺯﱻﻟﱀﻔﱁﻰ﮵ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱧﺤﱹﻜﱕﻢﱨ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﻣﱧﺎ ﻫﱻﻢﱦ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻳﱧﺨﱹﺘﱧﻠﲘﻔﱂﻮﻥﱧﲩ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻬﱹﺪﲘﻯ ﻣﱧﻦﱹ ﻫﱻﻮﱺ ﻛﱔ﮳ﺬﲘﺏﱿ ﻛﱔﻔﱋﺎﺭﱿ ﳁﳅﳀ
  1. Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya", - sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).
ﻟﱋﻮﱹ ﺃﱁﺭﱺﺍﺩﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺘﱱﺨﲔﺬﱔ ﻭﱺﻟﱁﺪﱾﺍ ﵖﱞﵔﺻﱹﻄﱔﻔﱁﻰﳎ ﻣﲘﻤﱱﺎ ﻳﱧﺨﱹﻠﱂﻖﱻ ﻣﱧﺎ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲬ ﺳﱻﺒﱦﺤﱺ﮳ﻨﱧﻪﱨﲵﲨ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱀﻮﱺ﮴ﺣﲔﺪﱻ ﭐﻟﱀﻘﱁﻬﲄﺎﺭﱻ ﳁﳆﳀ
  1. Kalaulah Allah hendak mempunyai anak, tentulah Ia memilih mana-mana yang dikehendakiNya dari makhluk-makhluk yang diciptakanNya; Maha Sucilah Ia (dari menghendaki yang demikian). Dia lah Allah, Yang Maha Esa, lagi Yang Mengatasi kekuasaanNya segala-galanya.
ﺧﱺﻠﱁﻖﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌﲨ ﻳﱨﻜﱔﻮﲃﲌﺭﱻ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﱔ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﻨﱱﻬﱺﺎﺭﲌ ﻭﱺﻳﱨﻜﱔﻮﲃﲌﺭﱻ ﭐﻟﻨﱱﻬﱺﺎﺭﱺ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﲌﲨ ﻭﱺﺳﱺﺨﲄﺮﱺ ﭐﻟﺸﱞﻤﱦﺲﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻘﱁﻤﱧﺮﱺﲨ ﻛﱕﻞﱣ ﻳﱧﺠﱹﺮﲌﻯ ﵖﲔﵑﱁﺟﱺﻞﲎ ﻣﱲﺴﱺﻤﱳﻰﲩ ﺃﱁﵖﱔﵐ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﱀﻐﱧﻔﱋ﮳ﺮﱻ ﳁﳇﳀ
  1. Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya); dan Ia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, - tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni.
ﺧﱺﻠﱁﻘﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻧﱱﻔﱀﺲﲞ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﱺﺓﲚ ﺛﱂﻢﱱ ﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﺯﱺﻭﱹﺟﱺﻬﱺﺎ ﻭﱺﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﱦﻌﱧ﮳ﻢﲌ ﺛﱁﻤﱧ﮳ﻨﲘﻴﱧﺔﱁ ﺃﱁﺯﱹﻭﱺ﮴ﺝﲢﲬ ﻳﱧﺨﱹﻠﱂﻘﱂﻜﱕﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﺑﱨﻄﱕﻮﻥﲌ ﺃﱂﻣﱱﻬﱺ﮳ﺘﲘﻜﱕﻢﱦ ﺧﱺﻠﱀﻘﱅﺎ ﻣﱰﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﺧﱺﻠﱀﻖﲎ ﻓﲘﻰ ﻇﱕﻠﱂﻤﱧ﮳ﺖﲖ ﺛﱁﻠﱁ﮳ﺚﲖﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻜﱕﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺭﱺﺑﱲﻜﱕﻢﱦ ﻟﱁﻪﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﻠﱀﻚﱕﲨ ﵖﱔﵓ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻫﱻﻮﱺﲨ ﻓﱁﺄﱁﻧﱱﻰﳎ ﺗﱨﺼﱹﺮﱺﻓﱂﻮﻥﱧ ﳁﳈﳀ
  1. Ia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian Ia menjadikan daripadanya - isterinya (Hawa); dan Ia mengadakan untuk kamu binatang-binatang ternak delapan ekor: (empat) pasangan (jantan dan betina). Ia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap-gelita. Yang demikian (kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu; bagiNyalah kekuasaan yang mutlak; tiada Tuhan melainkan Dia; oleh itu bagaimana kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya)?
ﺇﲐﻥ ﺗﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱻﻭﺍﲯ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻏﱔﻨﲘﻰﲇ ﻋﱺﻨﻜﱕﻢﱦﲨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺮﱹﺿﱺﻰﳎ ﻟﲘﻌﲘﺒﱧﺎﺩﲘﻩﲘ ﭐﻟﱀﻜﱕﻔﱀﺮﱺﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﺗﱧﺸﱓﻜﱕﺮﱻﻭﺍﲯ ﻳﱧﺮﱹﺿﱺﻪﱨ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦﲩ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺰﲌﺭﱻ ﻭﱺﺍﺯﲌﺭﱺﺓﱬ ﻭﲌﺯﱹﺭﱺ ﺃﱂﺧﱹﺮﱺﻯﳎﲬ ﺛﱂﻢﱱ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻢ ﻣﱱﺮﱹﺟﲌﻌﱨﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﻴﱨﻨﱧﺒﱰﲐﺌﱨﻜﱕﻢ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧﲬ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱮ ﺑﲐﺬﱔﺍﺕﲔ ﭐﻟﺼﲅﺪﱻﻭﺭﲌ ﳁﳉﳀ
  1. Kalaulah kamu kufur ingkar (tidak bersyukur) akan nikmat-nikmatNya itu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak berhajatkan (iman dan kesyukuran) kamu (untuk kesempurnaanNya); dan Ia tidak redakan hamba-hambaNya berkeadaan kufur; dan jika kamu bersyukur, Ia meredainya menjadi sifat dan amalan kamu. Dan (ingatlah) seseorang yang memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kembalinya kamu, maka Ia akan memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu telah kerjakan. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
ﲿ ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﻣﱧﺲﲄ ﭐﵖﱓﵒﻧﺴﱺ﮳ﻦﱺ ﺿﱻﺮﲉ ﺩﱧﻋﱺﺎ ﺭﱺﺑﱱﻪﱨﲵ ﻣﱨﻨﲘﻴﺒﱩﺎ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﺛﱂﻢﱱ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺧﱺﻮﲄﻟﱁﻪﱨﲵ ﻧﲘﻌﱦﻤﱧﺔﱅ ﻣﱰﲘﻨﱦﻪﱨ ﻧﱧﺴﲔﻰﱺ ﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻳﱧﺪﱹﻋﱻﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕ ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﺃﱁﻧﺪﱺﺍﺩﱫﺍ ﻟﱊﲘﻴﱨﻀﲔﻞﱞ ﻋﱺﻦ ﺳﱺﺒﲐﻴﻠﲘﻪﲘﲶﲬ ﻗﱂﻞﱓ ﺗﱧﻤﱧﺘﱱﻊﱦ ﺑﲐﻜﱕﻔﱀﺮﲌﻙﱔ ﻗﱁﻠﲘﻴﵝﱃﵗ ﺇﲐﻧﱱﻚﱔ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﲌ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﳁﳊﳀ
  1. Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Tuhannya dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) daripadaNya, lupalah ia akan segala bahaya yang menyebabkannya merayu kepada Allah sebelum itu dan ia pula menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah, untuk menyesatkan dirinya (dan orang lain) dari jalan Allah. Katakanlah (kepadanya): "Bersenang-senanglah engkau dengan kekufuranmu itu bagi sementara, sesungguhnya engkau dari penduduk neraka.
ﺃﱁﻣﱱﻦﱹ ﻫﱻﻮﱺ ﻗﱁ﮳ﻨﲘﺖﱽ ﺀﱧﺍﻧﱧﺂﺀﱧ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﲌ ﺳﱺﺎﺟﲌﺪﱾﺍ ﻭﱺﻗﱁﺂﴢﲐﻤﱫﺎ ﻳﱧﺤﱹﺬﱔﺭﱻ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﱧ ﻭﱺﻳﱧﺮﱹﺟﱻﻮﺍﲯ ﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺔﱁ ﺭﱺﺑﱰﲐﻪﲘﲶﲩ ﻗﱂﻞﱓ ﻫﱺﻞﱓ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻮﲌﻯ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧﲩ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﻳﱧﺘﱧﺬﱔﻛﱞﺮﱻ ﺃﱂﻭﳖﻟﱂﻮﺍﲯ ﭐﵖﱓﵑﱁﻟﱀﺒﱧ﮳ﺐﲌ ﳁﳋﳀ
  1. "(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
ﻗﱂﻞﱓ ﻳﱧ﮳ﻌﲘﺒﱧﺎﺩﲘ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﺭﱺﺑﱱﻜﱕﻢﱦﲬ ﻟﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱁﺣﱹﺴﱺﻨﱨﻮﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﻫﱺ﮳ﺬﲘﻩﲘ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﺣﱺﺴﱺﻨﱧﺔﱆﲩ ﻭﱺﺃﱁﺭﱹﺽﱻ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺ﮴ﺳﲔﻌﱧﺔﱄﲩ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﻳﱨﻮﱺﻓﱋﻰ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﺒﲐﺮﱻﻭﻥﱧ ﺃﱁﺟﱹﺮﱺﻫﱻﻢ ﺑﲐﻐﱧﻴﱦﺮﲌ ﺣﲔﺴﱺﺎﺏﲎ ﳁﳂﳃﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira".
ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰﳒ ﺃﱂﻣﲘﺮﱹﺕﱻ ﺃﱁﻥﱦ ﺃﱁﻋﱹﺒﱨﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻣﱨﺨﱹﻠﲘﺼﱾﺎ ﻟﱋﻪﱨ ﭐﻟﺪﲃﲘﻳﻦﱺ ﳁﳃﳃﳀ
  1. Katakanlah lagi (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadaNya;
ﻭﱺﺃﱂﻣﲘﺮﱹﺕﱻ ﵖﲔﵑﱁﻥﱦ ﺃﱁﻛﱕﻮﻥﱧ ﺃﱁﻭﲄﻝﱔ ﭐﻟﱀﻤﱨﺴﱹﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳃﳀ
  1. "Dan aku diperintahkan supaya menjadi orang yang awal pertama berserah diri bulat-bulat (kepada Allah)".
ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰﳒ ﺃﱁﺧﱺﺎﻑﱻ ﺇﲐﻥﱦ ﻋﱺﺼﱺﻴﱦﺖﱻ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱺ ﻳﱧﻮﱹﻡﲍ ﻋﱺﻈﲔﻴﻢﲎ ﳁﳅﳃﳀ
  1. Katakanlah lagi: "Sesungguhnya aku takut - jika aku menderhaka kepada Tuhanku - akan azab hari yang besar (soal jawabnya)".
ﻗﱂﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺃﱁﻋﱹﺒﱨﺪﱻ ﻣﱨﺨﱹﻠﲘﺼﱾﺎ ﻟﱋﻪﱨﲵ ﺩﲘﻳﻨﲘﻰ ﳁﳆﳃﳀ
  1. Katakanlah lagi: "Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan ugamaku kepadaNya.
ﻓﱁﭑﻋﱹﺒﱨﺪﱻﻭﺍﲯ ﻣﱧﺎ ﺷﲔﺌﱦﺘﱨﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺩﱨﻭﻧﲘﻪﲘﲶﲩ ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱀﺨﱺ﮳ﺴﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺧﱺﺴﲔﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻫﱹﻠﲘﻴﻬﲌﻢﱦ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘﲩ ﺃﱁﵖﱔﵐ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﺨﱻﺴﱹﺮﱺﺍﻥﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﺒﲐﻴﻦﱻ ﳁﳇﳃﳀ
  1. "(Setelah kamu mengetahui pendirianku ini wahai kaum musyrik, dan kamu masih juga berdegil) maka sembahlah kamu apa yang kamu kehendaki, yang lain dari Allah, (kamu akan mengetahui akibatnya)". Katakanlah lagi: "Sesungguhnya orang-orang yang rugi (dengan sebenar-benarnya) ialah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri dan pengikut-pengikutnya pada hari kiamat (dengan sebab perbuatan mereka memilih kekufuran atau kederhakaan). Ingatlah, yang demikian itulah kerugian yang jelas nyata."
ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻓﱁﻮﱹﻗﲘﻬﲌﻢﱦ ﻇﱕﻠﱁﻞﱙ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﻭﱺﻣﲘﻦ ﺗﱧﺤﱹﺘﲘﻬﲌﻢﱦ ﻇﱕﻠﱁﻞﱙﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻳﱨﺨﱺﻮﲃﲌﻑﱻ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﱧﻩﱨﲵﲬ ﻳﱧ﮳ﻌﲘﺒﱧﺎﺩﲘ ﻓﱁﭑﺗﱱﻘﱂﻮﻥﲌ ﳁﳈﳃﳀ
  1. Bagi mereka (yang kafir disediakan lapisan-lapisan dari api menyerkup di atas mereka, dan lapisan-lapisan (dari api) di bawah mereka; dengan (azab) yang demikian, Allah menakutkan hamba-hambaNya: "Oleh itu, bertaqwalah kepadaKu wahai hamba-hambaKu!"
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺟﱹﺘﱧﻨﱧﺒﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﻄﱞ﮳ﻐﱨﻮﺕﱺ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﻌﱦﺒﱨﺪﱻﻭﻫﱺﺎ ﻭﱺﺃﱁﻧﱧﺎﺑﱨﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻟﱁﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﺒﱨﺸﱓﺮﱺﻯﳎﲬ ﻓﱁﺒﱧﺸﱝﲔﺮﱹ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﲘ ﳁﳉﳃﳀ
  1. Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja Taghut serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang mengembirakan (sebaik-baik sahaja mereka mulai meninggal dunia); oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu -
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻤﲘﻌﱨﻮﻥﱧ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻝﱔ ﻓﱁﻴﱧﺘﱱﺒﲐﻌﱨﻮﻥﱧ ﺃﱁﺣﱹﺴﱺﻨﱧﻪﱨﲵﳒﲬ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻫﱺﺪﱺﯨﻬﱻﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨﲨ ﻭﱺﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻫﱻﻢﱦ ﺃﱂﻭﳖﻟﱂﻮﺍﲯ ﭐﵖﱓﵑﱁﻟﱀﺒﱧ﮳ﺐﲌ ﳁﳊﳃﳀ
  1. Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.
ﺃﱁﻓﱁﻤﱧﻦﱹ ﺣﱺﻖﲄ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻛﱔﻠﲘﻤﱧﺔﱂ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﲌ ﺃﱁﻓﱁﺄﱁﻧﺖﱺ ﺗﱨﻨﻘﲘﺬﱕ ﻣﱧﻦ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﳁﳋﳃﳀ
  1. Maka adakah orang yang telah ditetapkan atasnya hukuman azab (disebabkan kekufurannya, sama seperti orang yang dijanjikan bergembira dengan balasan imannya? Sudah tentu tidak) ! Oleh itu adakah engkau berkuasa menyelamatkan orang yang (ditetapkan kekal) dalam neraka?
ﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﲌ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺗﱱﻘﱁﻮﱹﺍﲯ ﺭﱺﺑﱱﻬﱻﻢﱦ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻏﱕﺮﱺﻑﱿ ﻣﱰﲘﻦ ﻓﱁﻮﱹﻗﲘﻬﱺﺎ ﻏﱕﺮﱺﻑﱿ ﻣﱱﺒﱦﻨﲘﻴﱱﺔﱆ ﺗﱧﺠﱹﺮﲌﻯ ﻣﲘﻦ ﺗﱧﺤﱹﺘﲘﻬﱺﺎ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﱦﻬﱺ﮳ﺮﱻﲨ ﻭﱺﻋﱹﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺨﱹﻠﲘﻒﱻ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱀﻤﲘﻴﻌﱧﺎﺩﱧ ﳁﳂﳄﳀ
  1. Tetapi (sebaliknya) orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka (dengan mengerjakan suruhanNya dan menjauhi laranganNya), dibina untuk mereka (di dalam Syurga) mahligai-mahligai yang tinggi bertingkat-tingkat, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Demikianlah janji yang ditetapkan Allah; Allah tidak sekali-kali akan mengubah janji-janjiNya.
ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﺮﱺ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﻣﱧﺂﺀﱫ ﻓﱁﺴﱺﻠﱁﻜﱔﻪﱨﲵ ﻳﱧﻨﱧ﮳ﺒﲐﻴﻊﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺛﱂﻢﱱ ﻳﱨﺨﱹﺮﲌﺝﱻ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﺯﱺﺭﱹﻋﱾﺎ ﻣﱲﺨﱹﺘﱧﻠﲘﻔﱃﺎ ﺃﱁﻟﱀﻮﱺ﮴ﻧﱨﻪﱨﲵ ﺛﱂﻢﱱ ﻳﱧﻬﲌﻴﺞﱻ ﻓﱁﺘﱧﺮﱺﯨﻪﱨ ﻣﱨﺼﱹﻔﱁﺮﲈﺍ ﺛﱂﻢﱱ ﻳﱧﺠﱹﻌﱧﻠﱂﻪﱨﲵ ﺣﱻﻄﱔ﮳ﻤﱩﺎﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻟﱁﺬﲘﻛﱓﺮﱺﻯﳎ ﵖﲔﵑﱂﻭﳖﻟﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﻟﱀﺒﱧ﮳ﺐﲌ ﳁﳃﳄﳀ
  1. Tidakkah engkau memerhatikan, bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu dialirkanNya menjadi matair-matair di bumi; kemudian Ia menumbuhkan dengan air itu tanaman-tanaman yang berbagai jenis dan warnanya; kemudian tanaman-tanaman itu bergerak segar (hingga ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatmu berupa kuning; kemudian Ia menjadikannya hancur bersepai? Sesungguhnya segala yang tersebut itu mengandungi peringatan yang menyedarkan orang-orang yang berakal sempurna.
ﺃﱁﻓﱁﻤﱧﻦ ﺷﱔﺮﱺﺡﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺻﱺﺪﱹﺭﱺﻩﱨﲵ ﻟﲘﵝﱀﵙﺳﱹﻠﱁ﮳ﻢﲌ ﻓﱁﻬﱻﻮﱺ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻧﱨﻮﺭﲎ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻪﲘﲶﲬ ﻓﱁﻮﱺﻳﱦﻞﱙ ﻟﱊﲘﻠﱀﻘﱁ﮳ﺴﲔﻴﱧﺔﲘ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﱨﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺫﲘﻛﱓﺮﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻓﲘﻰ ﺿﱺﻠﱁ﮳ﻞﲎ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﲍ ﳁﳄﳄﳀ
  1. Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.
ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻧﱧﺰﲄﻝﱔ ﺃﱁﺣﱹﺴﱺﻦﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﺪﲘﻳﺚﲔ ﻛﲔﺘﱧ﮳ﺒﱫﺎ ﻣﱲﺘﱧﺸﱔ﮳ﺒﲐﻬﱾﺎ ﻣﱱﺜﱁﺎﻧﲘﻰﱺ ﺗﱧﻘﱀﺸﱔﻌﲘﺮﲅ ﻣﲘﻨﱦﻪﱨ ﺟﱻﻠﱂﻮﺩﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺨﱹﺸﱔﻮﱹﻥﱧ ﺭﱺﺑﱱﻬﱻﻢﱦ ﺛﱂﻢﱱ ﺗﱧﻠﲘﻴﻦﱻ ﺟﱻﻠﱂﻮﺩﱨﻫﱻﻢﱦ ﻭﱺﻗﱂﻠﱂﻮﺑﱨﻬﱻﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺫﲘﻛﱓﺮﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻫﱻﺪﱺﻯ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻳﱧﻬﱹﺪﲘﻯ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱨﻀﱹﻠﲘﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻓﱁﻤﱧﺎ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﲘﻦﱹ ﻫﱺﺎﺩﲙ ﳁﳅﳄﳀ
  1. Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.
ﺃﱁﻓﱁﻤﱧﻦ ﻳﱧﺘﱱﻘﲘﻰ ﺑﲐﻮﱺﺟﱹﻬﲌﻪﲘﲶ ﺳﱻﻮﳒﺀﱧ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﲌ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘﲬ ﻭﱺﻗﲘﻴﻞﱔ ﻟﲘﻠﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﺫﱨﻭﻗﱂﻮﺍﲯ ﻣﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻜﱓﺴﲔﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳄﳀ
  1. Maka adakah orang yang menahan dengan mukanya akan (selaran) azab yang buruk pada hari kiamat (sama seperti orang yang terselamat)? Dan (pada saat itu) dikatakan kepada orang-orang yang zalim itu: "Rasalah (balasan) apa yang kamu usahakan dahulu".
ﻛﱔﺬﱞﺏﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻬﲌﻢﱦ ﻓﱁﺄﱁﺗﱧﯩﳎﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﱻ ﻣﲘﻦﱹ ﺣﱺﻴﱦﺚﱻ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺸﱓﻌﱨﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳇﳄﳀ
  1. (Ingatlah! Bahawa) orang-orang yang terdahulu dari mereka telah mendustakan (Rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka), lalu orang-orang itu didatangi azab dari arah yang mereka tidak menyedarinya.
ﻓﱁﺄﱁﺫﱧﺍﻗﱁﻬﱻﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱀﺨﲔﺰﱹﻯﱺ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺤﱺﻴﱧﻮﳎﺓﲘ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎﲨ ﻭﱺﻟﱁﻌﱧﺬﱔﺍﺏﱻ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﺃﱁﻛﱓﺒﱧﺮﱻﲬ ﻟﱁﻮﱹ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳄﳀ
  1. Maka Allah merasakan mereka kehinaan dalam kehidupan dunia (dengan berbagai bala bencana), dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat (yang disediakan untuk mereka) lebih besar lagi. Kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini, tentulah mereka tidak mendustakan Rasul).
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺿﱺﺮﱺﺑﱦﻨﱧﺎ ﻟﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﻓﲘﻰ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﭐﻟﱀﻘﱂﺮﱹﺀﱧﺍﻥﲌ ﻣﲘﻦ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﻣﱧﺜﱁﻞﲎ ﻟﱋﻌﱧﻠﱋﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﺘﱧﺬﱔﻛﱞﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳉﳄﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengemukakan kepada umat manusia berbagai misal perbandingan dalam Al-Quran ini, supaya mereka mengambil peringatan dan pelajaran.
ﻗﱂﺮﱹﺀﱧﺍﻧﱩﺎ ﻋﱺﺮﱺﺑﲐﻴﱳﺎ ﻏﱔﻴﱦﺮﱺ ﺫﲘﻯ ﻋﲔﻮﱺﺝﲢ ﻟﱋﻌﱧﻠﱋﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﺘﱱﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳊﳄﳀ
  1. laitu Al-Quran yang berbahasa Arab, yang tidak mengandungi sebarang keterangan yang terpesong; supaya mereka bertaqwa.
ﺿﱺﺮﱺﺏﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﱧﺜﱁﵝﱅﵗ ﺭﲄﺟﱻﵝﱅﵗ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﺷﱕﺮﱺﻛﱔﺂﺀﱨ ﻣﱨﺘﱧﺸﱔ﮳ﻜﲔﺴﱻﻮﻥﱧ ﻭﱺﺭﱺﺟﱻﵝﱅﵗ ﺳﱺﻠﱁﻤﱫﺎ ﻟﱊﲘﺮﱺﺟﱻﻞﲍ ﻫﱺﻞﱓ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻮﲌﻳﱧﺎﻥﲌ ﻣﱧﺜﱁﵝﱃﵗﲬ ﭐﻟﱀﺤﱺﻤﱦﺪﱻ ﴦﲘﴥﴤﲘﲬ ﺑﱧﻞﱓ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱻﻫﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳄﳀ
  1. Allah memberikan satu misal perbandingan: Seorang hamba lelaki yang dimiliki oleh beberapa orang yang berkongsi yang bertentangan tabiat dan kemahuannya; dan seorang hamba lelaki yang lain hanya dimilik oleh seorang sahaja; adakah kedua-dua hamba itu sama keadaannya (Tentulah tidak sama). Ucaplah: "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur terhadap penjelasan soal tauhid itu) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik) tidak mengetahui (hakikat tauhid).
ﺇﲐﻧﱱﻚﱔ ﻣﱧﻴﱰﲐﺖﱿ ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢ ﻣﱱﻴﱰﲐﺘﱨﻮﻥﱧ ﳁﳂﳅﳀ
  1. Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan mati, dan sesungguhnya mereka juga akan mati.
ﺛﱂﻢﱱ ﺇﲐﻧﱱﻜﱕﻢﱦ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﺨﱹﺘﱧﺼﲔﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳅﳀ
  1. Kemudian, sesungguhnya kamu semua, pada hari kiamat, akan bertengkar berhujah di hadapan Tuhan kamu.