Juz 24 : Az-Zumar 32 hingga Fussilat 46

Bacaan Penuh Juz 24 : Az-Zumar 32 hingga Fussilat 46
ﲿ ﻓﱁﻤﱧﻦﱹ ﺃﱁﻇﱓﻠﱁﻢﱨ ﻣﲘﻤﱱﻦ ﻛﱔﺬﱔﺏﱺ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻛﱔﺬﱞﺏﱺ ﺑﲐﭑﻟﺼﲃﲔﺪﱹﻕﲌ ﺇﲐﺫﱦ ﺟﱺﺂﺀﱧﻩﱨﲵﳒﲬ ﺃﱁﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﻓﲘﻰ ﺟﱺﻬﱺﻨﱱﻢﱧ ﻣﱧﺜﱀﻮﱾﻯ ﻟﱊﲘﻠﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳄﳅﳀ
  1. (Apabila berlaku yang demikian), maka nyatalah bahawa tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, dan mendustakan kebenaran sebaik-baik sahaja kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka Jahannam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang kafir?
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺟﱺﺂﺀﱧ ﺑﲐﭑﻟﺼﲃﲔﺪﱹﻕﲌ ﻭﱺﺻﱺﺪﲄﻕﱺ ﺑﲐﻪﲘﲶﳒ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﺘﱱﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳅﳅﳀ
  1. Dan (nyatalah bahawa) yang membawa kebenaran (tauhid dan hukum ugama) serta ia (dan pengikut-pengikutnya) mengakui kebenarannya (dengan mematuhi hukum itu), mereka itulah orang-orang yang bertaqwa.
ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱱﺎ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﻭﻥﱧ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺟﱺﺰﱺﺁﺀﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﺤﱹﺴﲔﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳅﳀ
  1. Disediakan untuk mereka apa yang mereka kehendaki, di sisi Tuhan mereka; demikianlah balasan orang-orang yang berusaha memperbaiki amal perbuatannya.
ﻟﲘﻴﱨﻜﱔﻔﱊﲘﺮﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺳﱹﻮﱺﺃﱁ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﻳﱧﺠﱹﺰﲌﻳﱧﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺟﱹﺮﱺﻫﱻﻢ ﺑﲐﺄﱁﺣﱹﺴﱺﻦﲌ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳇﳅﳀ
  1. (Limpah kurnia yang demikian, diberikan kepada orang-orang yang bertaqwa) kerana Allah hendak menghapuskan dari mereka (kalaulah ada) seburuk-buruk amal perbuatan yang mereka telah lakukan, serta membalas mereka, akan pahala mereka, dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.
ﺃﱁﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻜﱔﺎﻑﲕ ﻋﱺﺒﱦﺪﱺﻩﱨﲵﲨ ﻭﱺﻳﱨﺨﱺﻮﲃﲌﻓﱂﻮﻧﱧﻚﱔ ﺑﲐﭑﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻧﲘﻪﲘﲶﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱨﻀﱹﻠﲘﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻓﱁﻤﱧﺎ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﲘﻦﱹ ﻫﱺﺎﺩﲚ ﳁﳈﳅﳀ
  1. Bukankah Allah cukup untuk mengawal dan melindungi hambaNya (yang bertaqwa)? Dan mereka menakutkanmu (wahai Muhammad) dengan yang mereka sembah yang lain dari Allah. Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.
ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﻬﱹﺪﲘ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻓﱁﻤﱧﺎ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﲘﻦ ﻣﱲﻀﲔﻞﱝﲍﲩ ﺃﱁﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻌﱧﺰﲌﻳﺰﲎ ﺫﲘﻯ ﭐﻧﺘﲘﻘﱁﺎﻡﲎ ﳁﳉﳅﳀ
  1. Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan sebab pilihannya yang benar), maka tidak ada sesiapapun yang dapat menyesatkannya. Bukankah Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah)?
ﻭﱺﻟﱁﴣﲐﻦ ﺳﱺﺄﱁﻟﱀﺘﱧﻬﱻﻢ ﻣﱱﻦﱹ ﺧﱺﻠﱁﻖﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﻟﱁﻴﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻦﲄ ﭐﴦﴥﴤﱨﲬ ﻗﱂﻞﱓ ﺃﱁﻓﱁﺮﱺﺀﱧﻳﱦﺘﱨﻢ ﻣﱱﺎ ﺗﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺇﲐﻥﱦ ﺃﱁﺭﱺﺍﺩﱧﻧﲘﻰﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻀﱻﺮﲃﲍ ﻫﱺﻞﱓ ﻫﱻﻦﲄ ﻛﱔ﮳ﺸﲔﻔﱁ﮳ﺖﱻ ﺿﱻﺮﲃﲌﻩﲘﲶﳒ ﺃﱁﻭﱹ ﺃﱁﺭﱺﺍﺩﱧﻧﲘﻰ ﺑﲐﺮﱺﺣﱹﻤﱧﺔﲙ ﻫﱺﻞﱓ ﻫﱻﻦﲄ ﻣﱨﻤﱦﺴﲔﻜﱔ﮳ﺖﱻ ﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺘﲘﻪﲘﲶﲬ ﻗﱂﻞﱓ ﺣﱺﺴﱹﺒﲐﻰﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨﲨ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻳﱧﺘﱧﻮﱺﻛﱞﻞﱕ ﭐﻟﱀﻤﱨﺘﱧﻮﱺﻛﱝﲔﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳊﳅﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri".
ﻗﱂﻞﱓ ﻳﱧ﮳ﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﭐﻋﱹﻤﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻣﱧﻜﱔﺎﻧﱧﺘﲘﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻋﱺ﮳ﻤﲘﻞﱙﲨ ﻓﱁﺴﱺﻮﱹﻑﱺ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳅﳀ
  1. Katakanlah: "Wahai kaumku (yang masih berdegil dalam kekufurannya)! Buatlah sedaya upaya kamu (untuk menentang ugama Islam yang aku sampaikan itu), sesungguhnya aku juga tetap berusaha dengan bersungguh-sungguh (untuk mengembangkannya); kemudian kamu akan mengetahui kelak -
ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻴﻪﲘ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱿ ﻳﱨﺨﱹﺰﲌﻳﻪﲘ ﻭﱺﻳﱧﺤﲔﻞﱟ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱿ ﻣﱲﻘﲘﻴﻢﱪ ﳁﳂﳆﳀ
  1. "Siapakah yang akan didatangi azab yang menghinakannya, serta akan ditimpakan kepadanya azab seksa yang berkekalan".
ﺇﲐﻧﱱﺂ ﺃﱁﻧﺰﱺﻟﱀﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻚﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻟﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌﲨ ﻓﱁﻤﱧﻦﲌ ﭐﻫﱹﺘﱧﺪﱺﻯﳎ ﻓﱁﻠﲘﻨﱧﻔﱀﺴﲔﻪﲘﲶﲨ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﺿﱺﻞﱞ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﻳﱧﻀﲔﻞﱟ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﱺﺎﲨ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢ ﺑﲐﻮﱺﻛﲔﻴﻞﲍ ﳁﳃﳆﳀ
  1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran yang menyatakan segala kebenaran (untuk menjadi panduan hidup) kepada umat manusia seluruhnya. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beramal menurutnya), maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat (tidak berpandu kepadanya), maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri; dan engkau (wahai Muhammad - hanyalah penyampai) bukanlah menjadi wakil yang menguasai (keadaan dan bawaan) mereka.
ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﺘﱧﻮﱺﻓﱋﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﻔﱂﺲﱺ ﺣﲔﻴﻦﱺ ﻣﱧﻮﱹﺗﲘﻬﱺﺎ ﻭﱺﭐﻟﱋﺘﲘﻰ ﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﻤﱨﺖﱹ ﻓﲘﻰ ﻣﱧﻨﱧﺎﻣﲘﻬﱺﺎﲨ ﻓﱁﻴﱨﻤﱦﺴﲔﻚﱕ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰ ﻗﱁﻀﱺﻰﳎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﱺﺎ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺕﱺ ﻭﱺﻳﱨﺮﱹﺳﲔﻞﱕ ﭐﵖﱓﵑﱂﺧﱹﺮﱺﻯ﮵ ﺇﲐﻟﱁﻰ﮵ ﺃﱁﺟﱺﻞﲎ ﻣﱲﺴﱺﻤﱳﻰﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﵖﱔﵕﻳﱧ﮳ﺖﲖ ﻟﱊﲘﻘﱁﻮﱹﻡﲎ ﻳﱧﺘﱧﻔﱁﻜﱞﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳄﳆﳀ
  1. Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).
ﺃﱁﻡﲌ ﭐﺗﱱﺨﱺﺬﱕﻭﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺷﱕﻔﱁﻌﱧﺂﺀﱧﲬ ﻗﱂﻞﱓ ﺃﱁﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻤﱦﻠﲘﻜﱕﻮﻥﱧ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱫﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﻌﱦﻘﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳅﳆﳀ
  1. Patutkah mereka (yang musyrik) mengambil yang lain dari Allah menjadi pemberi syafaat? Bertanyalah (kepada mereka): "Dapatkah yang lain dari Allah memberi syafaat padahal semuanya tidak pula mengerti (sebarang apa pun)?"
ﻗﱂﻞ ﴦﱰﲘﴥﴤﲘ ﭐﻟﺸﱞﻔﱁ﮳ﻌﱧﺔﱂ ﺟﱺﻤﲘﻴﻌﱫﺎﲨ ﻟﱋﻪﱨﲵ ﻣﱨﻠﱀﻚﱕ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲨ ﺛﱂﻢﱱ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﺗﱨﺮﱹﺟﱺﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳆﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Syafaat itu semuanya hak kepunyaan Allah; Dia lah Yang Menguasai segala urusan langit dan bumi; kemudian kamu akan dikembalikan kepadaNya (untuk menerima balasan)."
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﺫﱨﻛﲔﺮﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺﺣﱹﺪﱺﻩﱨ ﭐﺷﱓﻤﱧﺄﱁﺯﲄﺕﱹ ﻗﱂﻠﱂﻮﺏﱻ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﺑﲐﭑﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘﲨ ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﺫﱨﻛﲔﺮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻧﲘﻪﲘﲶﳒ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﺒﱦﺸﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳇﳆﳀ
  1. Dan (di antara keburukan orang-orang yang melakukan syirik): apabila disebut nama Allah semata-mata (di dalam doa dan sebagainya), segan serta liarlah hati mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat; dan apabila disebut nama-nama yang mereka sembah dan puja yang lain dari Allah, mereka dengan serta merta riang dan gembira.
ﻗﱂﻞﲌ ﭐﻟﻠﱋﻬﱻﻢﱱ ﻓﱁﺎﻃﲔﺮﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻋﱺ﮳ﻠﲘﻢﱧ ﭐﻟﱀﻐﱧﻴﱦﺐﲌ ﻭﱺﭐﻟﺸﱞﻬﱺ﮳ﺪﱺﺓﲘ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﺗﱧﺤﱹﻜﱕﻢﱨ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﲘﻙﱔ ﻓﲘﻰ ﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻳﱧﺨﱹﺘﱧﻠﲘﻔﱂﻮﻥﱧ ﳁﳈﳆﳀ
  1. Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, Engkaulah jua yang mengadili di antara hamba-hambaMu, mengenai apa yang mereka sentiasa berselisihan padanya".
ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺃﱁﻥﱱ ﻟﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻇﱔﻠﱁﻤﱨﻮﺍﲯ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺟﱺﻤﲘﻴﻌﱫﺎ ﻭﱺﻣﲘﺜﱀﻠﱁﻪﱨﲵ ﻣﱧﻌﱧﻪﱨﲵ ﵖﱔﵔﻓﱀﺘﱧﺪﱺﻭﱹﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻣﲘﻦ ﺳﱻﻮﳒﺀﲘ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﲌ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘﲬ ﻭﱺﺑﱧﺪﱺﺍ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﱧﺎ ﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﻜﱕﻮﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﺤﱹﺘﱧﺴﲔﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳉﳆﳀ
  1. Dan sekiranya orang-orang zalim itu mempunyai segala apa jua yang ada di bumi, disertai sebanyak itu lagi, tentulah mereka rela menebus diri mereka dengannya daripada azab seksa yang buruk pada hari kiamat, setelah jelas nyata kepada mereka dari (hukum) Allah, azab yang mereka tidak pernah fikirkan.
ﻭﱺﺑﱧﺪﱺﺍ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺳﱺﻴﱰﲐ﮲ﱧﺎﺕﱻ ﻣﱧﺎ ﻛﱔﺴﱺﺒﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﺣﱺﺎﻕﱺ ﺑﲐﻬﲌﻢ ﻣﱱﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻬﱹﺰﲌﺀﱨﻭﻥﱧ ﳁﳊﳆﳀ
  1. Dan sudah tentu akan nyata kepada mereka keburukan perkara-perkara yang mereka telah usahakan, dan mereka akan diliputi oleh azab yang mereka telah ejek-ejek itu.
ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﻣﱧﺲﲄ ﭐﵖﱓﵒﻧﺴﱺ﮳ﻦﱺ ﺿﱻﺮﲉ ﺩﱧﻋﱺﺎﻧﱧﺎ ﺛﱂﻢﱱ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺧﱺﻮﲄﻟﱀﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﻧﲘﻌﱦﻤﱧﺔﱅ ﻣﱰﲘﻨﱱﺎ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺂ ﺃﱂﻭﺗﲘﻴﺘﱨﻪﱨﲵ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻋﲔﻠﱀﻢﲏﲬ ﺑﱧﻞﱓ ﻫﲔﻰﱺ ﻓﲘﺘﱦﻨﱧﺔﱆ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﲄ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱺﻫﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳆﳀ
  1. Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).
ﻗﱁﺪﱹ ﻗﱁﺎﻟﱁﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻬﲌﻢﱦ ﻓﱁﻤﱧﺂ ﺃﱁﻏﱓﻨﱧﻰﳎ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢ ﻣﱱﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻜﱓﺴﲔﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳂﳇﳀ
  1. Sebenarnya orang-orang yang terdahulu daripada mereka telah juga mengatakan yang demikian maka segala yang mereka usahakan itu tidak dapat menyelamatkan mereka (dari azab Allah).
ﻓﱁﺄﱁﺻﱺﺎﺑﱧﻬﱻﻢﱦ ﺳﱺﻴﱰﲐ﮲ﱧﺎﺕﱻ ﻣﱧﺎ ﻛﱔﺴﱺﺒﱨﻮﺍﲯﲬ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻇﱔﻠﱁﻤﱨﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦﱹ ﻫﱺﳌﺆﱻﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺳﱺﻴﱨﺼﲔﻴﺒﱨﻬﱻﻢﱦ ﺳﱺﻴﱰﲐ﮲ﱧﺎﺕﱻ ﻣﱧﺎ ﻛﱔﺴﱺﺒﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻫﱻﻢ ﺑﲐﻤﱨﻌﱦﺠﲌﺰﲌﻳﻦﱺ ﳁﳃﳇﳀ
  1. Lalu mereka ditimpa keburukan padah perbuatan-perbuatan jahat yang mereka lakukan; dan orang-orang yang zalim di antara golongan (yang musyrik) ini akan ditimpa juga akibat buruk perbuatan-perbuatan buruk perbuatan jahat yang mereka lakukan, dan mereka tidak akan dapat melepaskan diri.
ﺃﱁﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱧﺒﱦﺴﱻﻂﱕ ﭐﻟﺮﲃﲌﺯﱹﻕﱺ ﻟﲘﻤﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻭﱺﻳﱧﻘﱀﺪﲘﺭﱻﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﵖﱔﵕﻳﱧ﮳ﺖﲖ ﻟﱊﲘﻘﱁﻮﱹﻡﲎ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳇﳀ
  1. (Mengapa mereka mendakwa demikian), tidakkah mereka mengetahui bahawa sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya? Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan yang jelas bagi orang-orang yang percayakan (ilmu dan kebijaksanaan Allah).
ﲿ ﻗﱂﻞﱓ ﻳﱧ﮳ﻌﲘﺒﱧﺎﺩﲘﻯﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱁﺳﱹﺮﱺﻓﱂﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻬﲌﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﻘﱀﻨﱧﻄﱕﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﺣﱹﻤﱧﺔﲘ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱻ ﭐﻟﺬﱟﻧﱨﻮﺏﱺ ﺟﱺﻤﲘﻴﻌﱩﺎﲬ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻐﱧﻔﱂﻮﺭﱻ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﱨ ﳁﳅﳇﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
ﻭﱺﺃﱁﻧﲘﻴﺒﱨﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﺳﱹﻠﲘﻤﱨﻮﺍﲯ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﲌ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻴﱧﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﱻ ﺛﱂﻢﱱ ﵖﱔﵐ ﺗﱨﻨﺼﱺﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳆﳇﳀ
  1. "Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.
ﻭﱺﭐﺗﱱﺒﲐﻌﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﺣﱹﺴﱺﻦﱺ ﻣﱧﺂ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﲌ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻴﱧﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﱻ ﺑﱧﻐﱦﺘﱧﺔﱅ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﺸﱓﻌﱨﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳇﳇﳀ
  1. "Dan turutlah - Al-Quran - sebaik-baik. (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya.
ﺃﱁﻥ ﺗﱧﻘﱂﻮﻝﱔ ﻧﱧﻔﱀﺲﱿ ﻳﱧ﮳ﺤﱺﺴﱹﺮﱺﺗﱧﻰﳎ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻣﱧﺎ ﻓﱁﺮﲄﻃﺖﱻ ﻓﲘﻰ ﺟﱺﻨﲲﺐﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺖﱻ ﻟﱁﻤﲘﻦﱺ ﭐﻟﺴﲄ﮳ﺨﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳈﳇﳀ
  1. "(Diperintahkan demikian) supaya jangan seseorang (menyesal dengan) berkata: ` sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan (ugama Allah dan penganut-penganutnya)! -
ﺃﱁﻭﱹ ﺗﱧﻘﱂﻮﻝﱔ ﻟﱁﻮﱹ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻫﱺﺪﱺﯨﻨﲘﻰ ﻟﱁﻜﱕﻨﺖﱻ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺘﱱﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳇﳀ
  1. "Atau berkata: ` Kalaulah Allah memberi hidayah petunjuk kepadaku, tentulah aku telah menjadi dari orang-orang yang bertaqwa ! ' -
ﺃﱁﻭﱹ ﺗﱧﻘﱂﻮﻝﱔ ﺣﲔﻴﻦﱺ ﺗﱧﺮﱺﻯ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﱺ ﻟﱁﻮﱹ ﺃﱁﻥﱱ ﻟﲘﻰ ﻛﱔﺮﲄﺓﱫ ﻓﱁﺄﱁﻛﱕﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺤﱹﺴﲔﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳇﳀ
  1. "Atau berkata semasa ia melihat azab: ` Kalaulah aku dapat kembali ke dunia, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan!"
ﺑﱧﻠﱁﻰﳎ ﻗﱁﺪﱹ ﺟﱺﺂﺀﱧﺗﱦﻚﱔ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻰ ﻓﱁﻜﱔﺬﱞﺑﱦﺖﱺ ﺑﲐﻬﱺﺎ ﻭﱺﭐﺳﱹﺘﱧﻜﱓﺒﱧﺮﱹﺕﱺ ﻭﱺﻛﱕﻨﺖﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳋﳇﳀ
  1. (Kata-kata yang tersebut ditolak oleh Allah dengan firmanNya): "Bahkan telahpun datang kepadamu ayat-ayat petunjukKu (melalui RasulKu), maka engkau telah mendustakannya serta engkau berlaku sombong angkuh mengenainya, dan engkau telah menjadikan dirimu dari orang-orang yang kufur ingkar!"
ﻭﱺﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘ ﺗﱧﺮﱺﻯ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﺬﱔﺑﱨﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱻﺟﱻﻮﻫﱻﻬﱻﻢ ﻣﱲﺴﱹﻮﱺﺩﱱﺓﱪﲬ ﺃﱁﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﻓﲘﻰ ﺟﱺﻬﱺﻨﱱﻢﱧ ﻣﱧﺜﱀﻮﱾﻯ ﻟﱊﲘﻠﱀﻤﱨﺘﱧﻜﱔﺒﱰﲐﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳂﳈﳀ
  1. Dan pada hari kiamat, engkau akan melihat orang-orang yang berdusta terhadap Allah (dan yang menyatakan kesedihan itu) - muka mereka hitam legam; bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka Jahannam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang sombong takbur?
ﻭﱺﻳﱨﻨﱧﺠﲃﲌﻰ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺗﱱﻘﱁﻮﱹﺍﲯ ﺑﲐﻤﱧﻔﱁﺎﺯﱺﺗﲘﻬﲌﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻤﱧﺴﲅﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﺴﲅﻮﳒﺀﱨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﺤﱹﺰﱺﻧﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳈﳀ
  1. Dan (sebaliknya) Allah akan menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa (yang menjauhkan diri dari perbuatan syirik dan maksiat) dengan mereka mendapat kemenangan besar (keredaan Allah) mereka tidak akan disentuh sesuatu yang buruk, dan tidak akan berdukacita.
ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﻖﱻ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚﲨ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻭﱺﻛﲔﻴﻞﱙ ﳁﳄﳈﳀ
  1. Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya.
ﻟﱋﻪﱨﲵ ﻣﱧﻘﱁﺎﻟﲘﻴﺪﱻ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲩ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﺨﱺ﮳ﺴﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳈﳀ
  1. Dia sahajalah yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; (orang-orang yang percayakan yang demikian beruntunglah) dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah yang jelas nyata itu, mereka itulah orang-orang yang paling rugi.
ﻗﱂﻞﱓ ﺃﱁﻓﱁﻐﱧﻴﱦﺮﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺗﱧﺄﱀﻣﱨﺮﱻﻭﳒﻧﱰﲘﻰﳒ ﺃﱁﻋﱹﺒﱨﺪﱻ ﺃﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱀﺠﱺ﮳ﻬﲌﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳆﳈﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad, kepada orang-orang musyrik itu: "Sesudah jelas dalil-dalil keesaan Allah yang demikian), patutkah kamu menyuruhku menyembah atau memuja yang lain dari Allah, hai orang-orang yang jahil?"
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺃﱂﻭﺣﲔﻰﱺ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﻭﱺﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻚﱔ ﻟﱁﴣﲐﻦﱹ ﺃﱁﺷﱓﺮﱺﻛﱓﺖﱺ ﻟﱁﻴﱧﺤﱹﺒﱧﻄﱔﻦﲄ ﻋﱺﻤﱧﻠﱂﻚﱔ ﻭﱺﻟﱁﺘﱧﻜﱕﻮﻧﱧﻦﲄ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺨﱺ﮳ﺴﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳇﳈﳀ
  1. Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.
ﺑﱧﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻓﱁﭑﻋﱹﺒﱨﺪﱹ ﻭﱺﻛﱕﻦ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺸﱞ﮳ﻜﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳈﳈﳀ
  1. "(Janganlah menyembah yang lain dari Allah) bahkan (apabila beribadat) maka hendaklah engkau menyembah Allah semata-mata, dan hendaklah engkau menjadi dari orang-orang yang bersyukur".
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻗﱁﺪﱺﺭﱻﻭﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺣﱺﻖﲄ ﻗﱁﺪﱹﺭﲌﻩﲘﲶ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱻ ﺟﱺﻤﲘﻴﻌﱫﺎ ﻗﱁﺒﱦﻀﱺﺘﱨﻪﱨﲵ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘ ﻭﱺﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﱻ ﻣﱧﻄﱓﻮﲌﻳﱱ﮳ﺖﲁ ﺑﲐﻴﱧﻤﲘﻴﻨﲘﻪﲘﲶﲬ ﺳﱻﺒﱦﺤﱺ﮳ﻨﱧﻪﱨﲵ ﻭﱺﺗﱧﻌﱧ﮳ﻠﱁﻰﳎ ﻋﱺﻤﱱﺎ ﻳﱨﺸﱓﺮﲌﻛﱕﻮﻥﱧ ﳁﳉﳈﳀ
  1. Dan mereka (yang musyrik) tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang sewajibnya diberikan kepadaNya, sedang bumi seluruhnya - pada hari kiamat - dalam genggaman kuasaNya, dan langit tergulung dengan kekuasaanNya. Maha Sucilah Ia dan Tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan.
ﻭﱺﻧﱨﻔﲘﺦﱺ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺼﲅﻮﺭﲌ ﻓﱁﺼﱺﻌﲘﻖﱺ ﻣﱧﻦ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﻦ ﺷﱔﺂﺀﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨﲨ ﺛﱂﻢﱱ ﻧﱨﻔﲘﺦﱺ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﺃﱂﺧﱹﺮﱺﻯﳎ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﻫﱻﻢﱦ ﻗﲘﻴﱧﺎﻡﱬ ﻳﱧﻨﻈﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳊﳈﳀ
  1. Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya); kemudian ditiup sangkakala sekali lagi, maka dengan serta merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing).
ﻭﱺﺃﱁﺷﱓﺮﱺﻗﱁﺖﲔ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱻ ﺑﲐﻨﱨﻮﺭﲌ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﱺﺎ ﻭﱺﻭﱻﺿﲔﻊﱧ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱻ ﻭﱺﺟﲌﺎﲯﻯﳒﺀﱧ ﺑﲐﭑﻟﻨﱱﺒﲐﻴﱰﲐﳑﻦﱺ ﻭﱺﭐﻟﺸﱟﻬﱺﺪﱺﺁﺀﲘ ﻭﱺﻗﱂﻀﲔﻰﱺ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﻈﱓﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳈﳀ
  1. Dan akan bersinar terang-benderanglah bumi (hari akhirat) dengan cahaya Tuhannya; dan akan diberikan Kitab suratan amal (untuk dibicarakan); dan akan dibawa Nabi-nabi serta saksi-saksi; dan akan dihakimi di antara mereka dengan adil, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.
ﻭﱺﻭﱻﻓﱊﲘﻴﱧﺖﱹ ﻛﱕﻞﱟ ﻧﱧﻔﱀﺲﲞ ﻣﱱﺎ ﻋﱺﻤﲘﻠﱁﺖﱹ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﺃﱁﻋﱹﻠﱁﻢﱨ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻳﱧﻔﱀﻌﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳂﳉﳀ
  1. Dan akan disempurnakan bagi tiap-tiap seorang - balasan apa yang telah dikerjakannya, dan Allah lebih mengetahui akan apa yang mereka telah lakukan.
ﻭﱺﺳﲔﻴﻖﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺟﱺﻬﱺﻨﱱﻢﱧ ﺯﱻﻣﱧﺮﱼﺍﲨ ﺣﱺﺘﱱﻰ﮵ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺟﱺﺂﺀﱨﻭﻫﱺﺎ ﻓﱂﺘﲘﺤﱺﺖﱹ ﺃﱁﺑﱦﻮﱺ﮴ﺑﱨﻬﱺﺎ ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺧﱺﺰﱺﻧﱧﺘﱨﻬﱺﺂ ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻜﱕﻢﱦ ﺭﱻﺳﱻﻞﱙ ﻣﱰﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﻳﱧﺘﱦﻠﱂﻮﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻳﱨﻨﺬﲘﺭﱻﻭﻧﱧﻜﱕﻢﱦ ﻟﲘﻘﱁﺂﺀﱧ ﻳﱧﻮﱹﻣﲘﻜﱕﻢﱦ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍﲬ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺑﱧﻠﱁﻰﳎ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﱹ ﺣﱺﻘﱋﺖﱹ ﻛﱔﻠﲘﻤﱧﺔﱂ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﲌ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳃﳉﳀ
  1. Dan orang-orang kafir akan dihalau ke neraka Jahannam dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakan pintu-pintunya dan berkatalah penjaga-penjaganya kepada mereka: Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini?" Mereka menjawab: "Ya, telah datang! Tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang-orang yang kafir.
ﻗﲘﻴﻞﱔ ﭐﺩﱦﺧﱻﻠﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﺑﱦﻮﱺ﮴ﺏﱺ ﺟﱺﻬﱺﻨﱱﻢﱧ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﲘﻳﻦﱺ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎﲨ ﻓﱁﺒﲐﺌﱦﺲﱺ ﻣﱧﺜﱀﻮﱺﻯ ﭐﻟﱀﻤﱨﺘﱧﻜﱔﺒﱰﲐﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳄﳉﳀ
  1. (Setelah itu) dikatakan kepada mereka: "Masukilah pintu-pintu neraka Jahannam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur ialah neraka Jahannam.
ﻭﱺﺳﲔﻴﻖﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺗﱱﻘﱁﻮﱹﺍﲯ ﺭﱺﺑﱱﻬﱻﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﱀﺠﱺﻨﱱﺔﲘ ﺯﱻﻣﱧﺮﱼﺍﲨ ﺣﱺﺘﱱﻰ﮵ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺟﱺﺂﺀﱨﻭﻫﱺﺎ ﻭﱺﻓﱂﺘﲘﺤﱺﺖﱹ ﺃﱁﺑﱦﻮﱺ﮴ﺑﱨﻬﱺﺎ ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺧﱺﺰﱺﻧﱧﺘﱨﻬﱺﺎ ﺳﱺﻠﱁ﮳ﻢﱪ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻃﲔﺒﱦﺘﱨﻢﱦ ﻓﱁﭑﺩﱦﺧﱻﻠﱂﻮﻫﱺﺎ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳅﳉﳀ
  1. Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:" Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya" (mereka pun masuk) -
ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﺤﱺﻤﱦﺪﱻ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺻﱺﺪﱺﻗﱁﻨﱧﺎ ﻭﱺﻋﱹﺪﱺﻩﱨﲵ ﻭﱺﺃﱁﻭﱹﺭﱺﺛﱁﻨﱧﺎ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﻧﱧﺘﱧﺒﱧﻮﲄﺃﱂ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺠﱺﻨﱱﺔﲘ ﺣﱺﻴﱦﺚﱻ ﻧﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲨ ﻓﱁﻨﲘﻌﱦﻢﱧ ﺃﱁﺟﱹﺮﱻ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻤﲘﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳉﳀ
  1. Serta mereka berkata:" Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menepati janjiNya kepada kami, dan yang menjadikan kami mewarisi bumi Syurga ini dengan sebebas-bebasnya, kami boleh mengambil tempat dari Syurga ini di mana sahaja kami sukai; maka pemberian yang demikian ialah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal".
ﻭﱺﺗﱧﺮﱺﻯ ﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﱁ ﺣﱺﺂﻓﱊﲘﻴﻦﱺ ﻣﲘﻦﱹ ﺣﱺﻮﱹﻝﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧﺮﱹﺵﲜ ﻳﱨﺴﱺﺒﱰﲐﺤﱻﻮﻥﱧ ﺑﲐﺤﱺﻤﱦﺪﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦﲬ ﻭﱺﻗﱂﻀﲔﻰﱺ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌﲬ ﻭﱺﻗﲘﻴﻞﱔ ﭐﻟﱀﺤﱺﻤﱦﺪﱻ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳉﳀ
  1. Dan (pada hari itu) engkau akan melihat malaikat beredar di sekeliling Arasy dengan bertasbih memuji Tuhan mereka, serta mereka dihakimi dengan adil; dan (masing-masing bersyukur akan keputusan itu dengan) mengucapkan: "Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam!"
ﺣﻢﳒ ﳁﳃﳀ
  1. Haa, Miim.
ﺗﱧﻨﺰﲌﻳﻞﱕ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧﻠﲘﻴﻢﲌ ﳁﳄﳀ
  1. Turunnya Al-Quran ini dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;
ﻏﱔﺎﻓﲘﺮﲌ ﭐﻟﺬﱞﻧﲲﺐﲌ ﻭﱺﻗﱁﺎﺑﲐﻞﲌ ﭐﻟﺘﱱﻮﱹﺏﲌ ﺷﱔﺪﲘﻳﺪﲘ ﭐﻟﱀﻌﲘﻘﱁﺎﺏﲌ ﺫﲘﻯ ﭐﻟﻄﱞﻮﱹﻝﲌﲨ ﵖﱔﵓ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻫﱻﻮﱺﲨ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﭐﻟﱀﻤﱧﺼﲔﻴﺮﱻ ﳁﳅﳀ
  1. Yang Mengampunkan dosa, dan Yang Menerima taubat; Yang Berat azabNya; Yang Melimpah-limpah kurniaNya; tiada Tuhan melainkan Dia; kepadaNyalah tempat kembali.
ﻣﱧﺎ ﻳﱨﺠﱺ﮳ﺪﲘﻝﱕ ﻓﲘﻰﳒ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﻳﱧﻐﱦﺮﱻﺭﱹﻙﱔ ﺗﱧﻘﱁﻠﱌﺒﱨﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺒﲐﻠﱁ﮳ﺪﲘ ﳁﳆﳀ
  1. Tidak ada yang membantah mengenai ayat-ayat Allah melainkan orang-orang yang kafir. Oleh itu janganlah engkau (wahai Muhammad) diperdayakan oleh kebebasan mereka bergerak dengan berulang alik dari sebuah bandar ke bandar yang lain.
ﻛﱔﺬﱞﺑﱧﺖﱹ ﻗﱁﺒﱦﻠﱁﻬﱻﻢﱦ ﻗﱁﻮﱹﻡﱨ ﻧﱨﻮﺡﲢ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺣﱹﺰﱺﺍﺏﱻ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘﻫﲔﻢﱦﲨ ﻭﱺﻫﱺﻤﱱﺖﱹ ﻛﱕﻞﱟ ﺃﱂﻣﱱﺔﲛ ﺑﲐﺮﱺﺳﱻﻮﻟﳨﻬﲌﻢﱦ ﻟﲘﻴﱧﺄﱀﺧﱻﺬﱕﻭﻩﱨﲨ ﻭﱺﺟﱺ﮳ﺪﱺﻟﱂﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﻟﱀﺒﱧ﮳ﻄﲔﻞﲌ ﻟﲘﻴﱨﺪﱹﺣﲔﻀﱻﻮﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲄ ﻓﱁﺄﱁﺧﱺﺬﱓﺗﱨﻬﱻﻢﱦﲨ ﻓﱁﻜﱔﻴﱦﻒﱺ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻋﲔﻘﱁﺎﺏﲌ ﳁﳇﳀ
  1. Sebelum mereka, kaum Nabi Nuh dan puak-puak yang bergabung - sesudah kaum Nabi Nuh itu - telah mendustakan (Rasul-rasulnya), dan tiap-tiap umat di antaranya telah merancangkan rancangan jahat terhadap Rasul mereka untuk menawannya (dan membinasakannya); dan mereka pula telah membantah dengan perkara yang salah untuk menghapuskan kebenaran dengan perkara yang salah itu; sebab itu Aku binasakan mereka. Maka (lihatlah) bagaimana kesan azabKu!
ﻭﱺﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺣﱺﻘﱋﺖﱹ ﻛﱔﻠﲘﻤﱧﺖﱻ ﺭﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱻ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﳁﳈﳀ
  1. Dan demikianlah juga tetapnya hukuman Tuhanmu terhadap orang-orang yang kafir, kerana sesungguhnya mereka ialah ahli neraka.
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺤﱹﻤﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﭐﻟﱀﻌﱧﺮﱹﺵﱔ ﻭﱺﻣﱧﻦﱹ ﺣﱺﻮﱹﻟﱁﻪﱨﲵ ﻳﱨﺴﱺﺒﱰﲐﺤﱻﻮﻥﱧ ﺑﲐﺤﱺﻤﱦﺪﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻭﱺﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱻﻭﻥﱧ ﻟﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯﲨ ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺎ ﻭﱺﺳﲔﻌﱦﺖﱺ ﻛﱕﻞﱞ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﺭﲄﺣﱹﻤﱧﺔﱅ ﻭﱺﻋﲔﻠﱀﻤﱫﺎ ﻓﱁﭑﻏﱓﻔﲘﺮﱹ ﻟﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺗﱧﺎﺑﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﭐﺗﱱﺒﱧﻌﱨﻮﺍﲯ ﺳﱺﺒﲐﻴﻠﱁﻚﱔ ﻭﱺﻗﲘﻬﲌﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱺ ﭐﻟﱀﺠﱺﺤﲔﻴﻢﲌ ﳁﳉﳀ
  1. Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji TuhanNya; dan beriman kepadaNya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa merayu): "Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka.
ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺎ ﻭﱺﺃﱁﺩﱦﺧﲔﻠﱀﻬﱻﻢﱦ ﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﲔ ﻋﱺﺪﱹﻥﲍ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰ ﻭﱺﻋﱺﺪﺗﱱﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﺻﱺﻠﱁﺢﱺ ﻣﲘﻦﱹ ﺀﱧﺍﺑﱧﺂﴢﲐﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﺯﱹﻭﱺ﮴ﺟﲌﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﺫﱨﺭﲃﲌﻳﱱ﮳ﺘﲘﻬﲌﻢﱦﲬ ﺇﲐﻧﱱﻚﱔ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﱀﺤﱺﻜﲔﻴﻢﱨ ﳁﳊﳀ
  1. "Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga "Adn" yang Engkau telah janjikan kepada mereka; dan (masukkanlah bersama-sama mereka): orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
ﻭﱺﻗﲘﻬﲌﻢﱨ ﭐﻟﺴﲄﻴﱰﲐ﮲ﱧﺎﺕﲔﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﺗﱧﻖﲌ ﭐﻟﺴﲄﻴﱰﲐ﮲ﱧﺎﺕﲔ ﻳﱧﻮﱹﻣﱧﴣﲐﺬﲚ ﻓﱁﻘﱁﺪﱹ ﺭﱺﺣﲔﻤﱦﺘﱧﻪﱨﲵﲬ ﻭﱺﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻔﱁﻮﱹﺯﱻ ﭐﻟﱀﻌﱧﻈﲔﻴﻢﱨ ﳁﳋﳀ
  1. "Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya); dan (sebenarnya) sesiapa yang Engkau pelihara pada hari itu dari terkena (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya) maka sesungguhnya Engkau telah mengurniakan rahmat kepadanya; dan yang demikian itulah kemenangan yang besar (nilainya)".
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻳﱨﻨﱧﺎﺩﱧﻭﱹﻥﱧ ﻟﱁﻤﱧﻘﱀﺖﱻ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺃﱁﻛﱓﺒﱧﺮﱻ ﻣﲘﻦ ﻣﱱﻘﱀﺘﲘﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﺫﱦ ﺗﱨﺪﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱧ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﵖﱓﵒﻳﻤﱧ﮳ﻦﲌ ﻓﱁﺘﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳃﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang kafir akan dipanggil dan dikatakan kepada mereka (pada hari kiamat): "Demi sesungguhnya! Kebencian Allah (kepada kamu) lebih besar daripada kebencian kamu kepada diri sendiri, (sebabnya kerana) semasa kamu diseru dan diajak (di dunia dahulu) supaya beriman, (kamu enggan dan menolak), lalu kamu terus berkeadaan kufur".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺂ ﺃﱁﻣﱧﺘﱱﻨﱧﺎ ﭐﺛﱀﻨﱧﺘﱧﻴﱦﻦﲌ ﻭﱺﺃﱁﺣﱹﻴﱧﻴﱦﺘﱧﻨﱧﺎ ﭐﺛﱀﻨﱧﺘﱧﻴﱦﻦﲌ ﻓﱁﭑﻋﱹﺘﱧﺮﱺﻓﱀﻨﱧﺎ ﺑﲐﺬﱕﻧﱨﻮﺑﲐﻨﱧﺎ ﻓﱁﻬﱺﻞﱓ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺧﱻﺮﱻﻭﺝﲢ ﻣﱰﲘﻦ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲎ ﳁﳃﳃﳀ
  1. Mereka menjawab: "Wahai Tuhan kami! Engkau telah menjadikan kami berkeadaan mati dua kali, dan telah menjadikan kami bersifat hidup dua kali, maka kami (sekarang) mengakui akan dosa-dosa kami. Oleh itu adakah sebarang jalan untuk (kami) keluar (dari neraka)?"
ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻜﱕﻢ ﺑﲐﺄﱁﻧﱱﻪﱨﲵﳒ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺩﱨﻋﲔﻰﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺﺣﱹﺪﱺﻩﱨﲵ ﻛﱔﻔﱁﺮﱹﺗﱨﻢﱦ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻳﱨﺸﱓﺮﱺﻙﱓ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﺗﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﺍﲯﲬ ﻓﱁﭑﻟﱀﺤﱻﻜﱓﻢﱨ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﭐﻟﱀﻌﱧﻠﲘﻰﲃﲤ ﭐﻟﱀﻜﱔﺒﲐﻴﺮﲌ ﳁﳄﳃﳀ
  1. (Lalu dikatakan kepada mereka): "Azab yang kamu berada padanya itu adalah kerana keadaan kamu apabila Allah Yang Maha Esa sahaja diseru dan disembah, kamu kufur (dan menolak cara bertauhid itu); dan apabila dipersekutukan sesuatu dengan Allah, kamu percaya (dan menerima bawaan syirik itu). Maka kuasa menjalankan keadilan adalah hak Allah, Yang Maha Tinggi (dari apa yang dipersekutukan), lagi Yang Maha Besar (pemerintahanNya)".
ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱨﺮﲌﻳﻜﱕﻢﱦ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﻳﱨﻨﱧﺰﲃﲌﻝﱕ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﺭﲌﺯﱹﻗﱅﺎﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱧﺘﱧﺬﱔﻛﱞﺮﱻ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﻦ ﻳﱨﻨﲘﻴﺐﱻ ﳁﳅﳃﳀ
  1. Dia lah Tuhan yang memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda keesaanNya dan kekuasaanNya (untuk kehidupan rohani kamu), dan yang menurunkan (untuk jasmani kamu) sebab-sebab rezeki dari langit. Dan tiadalah yang ingat serta mengambil pelajaran (dari yang demikian) melainkan orang yang sentiasa bertumpu (kepada Allah).
ﻓﱁﭑﺩﱦﻋﱻﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻣﱨﺨﱹﻠﲘﺼﲔﻴﻦﱺ ﻟﱁﻪﱨ ﭐﻟﺪﲃﲘﻳﻦﱺ ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﻛﱔﺮﲌﻩﱧ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳆﳃﳀ
  1. Oleh itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya (dan menjauhi bawaan syirik), sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai (amalan kamu yang demikian).
ﺭﱺﻓﲘﻴﻊﱨ ﭐﻟﺪﲄﺭﱺﺟﱺ﮳ﺖﲔ ﺫﱨﻭ ﭐﻟﱀﻌﱧﺮﱹﺵﲜ ﻳﱨﻠﱀﻘﲘﻰ ﭐﻟﺮﲅﻭﺡﱺ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﻣﱦﺮﲌﻩﲘﲶ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﲘﻩﲘﲶ ﻟﲘﻴﱨﻨﺬﲘﺭﱺ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﺘﱱﵝﱁﵗﻕﲌ ﳁﳇﳃﳀ
  1. Dia lah Yang Maha tinggi darjat kebesaranNya, yang mempunyai Arasy (yang melambangkan keagungan dan kekuasaanNya); Ia memberikan wahyu dari hal perintahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya (yang telah dipilih menjadi RasulNya), supaya Ia memberi amaran (kepada manusia) tentang hari pertemuan,
ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﻫﱻﻢ ﺑﱧ﮳ﺮﲌﺯﱻﻭﻥﱧﲨ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺨﱹﻔﱁﻰﳎ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﺷﱔﻰﱹﺀﱬﲬ ﻟﱊﲘﻤﱧﻦﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﻠﱀﻚﱕ ﭐﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﱧﲨ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﭐﻟﱀﻮﱺ﮴ﺣﲔﺪﲘ ﭐﻟﱀﻘﱁﻬﲄﺎﺭﲌ ﳁﳈﳃﳀ
  1. Iaitu hari mereka keluar (dari kubur masing-masing) dengan jelas nyata; tidak akan tersembunyi kepada Allah sesuatupun dari hal keadaan mereka. (Pada saat itu Allah berfirman): "Siapakah yang menguasai kerajaan pada hari ini? (Allah sendiri menjawab): "Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang Mengatasi kekuasaanNya segala-galanya!
ﭐﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﱧ ﺗﱨﺠﱹﺰﱺﻯﳎ ﻛﱕﻞﱟ ﻧﱧﻔﱀﺲﲟ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱔﺴﱺﺒﱧﺖﱹﲬ ﵖﱔﵐ ﻇﱕﻠﱀﻢﱧ ﭐﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﱧﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺳﱺﺮﲌﻳﻊﱨ ﭐﻟﱀﺤﲔﺴﱺﺎﺏﲌ ﳁﳉﳃﳀ
  1. "Pada hari ini, tiap-tiap diri dibalas dengan apa yang telah diusahakannya; tidak ada hukuman yang tidak adil pada hari ini. Sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisabNya.
ﻭﱺﺃﱁﻧﺬﲘﺭﱹﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﵖﱓﵕﺯﲌﻓﱁﺔﲘ ﺇﲐﺫﲘ ﭐﻟﱀﻘﱂﻠﱂﻮﺏﱻ ﻟﱁﺪﱺﻯ ﭐﻟﱀﺤﱺﻨﱧﺎﺟﲌﺮﲌ ﻛﱔ﮳ﻈﲔﻤﲘﻴﻦﱺﲬ ﻣﱧﺎ ﻟﲘﻠﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﻣﲘﻦﱹ ﺣﱺﻤﲘﻴﻢﲎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺷﱔﻔﲘﻴﻊﲢ ﻳﱨﻄﱔﺎﻉﱨ ﳁﳊﳃﳀ
  1. Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada mereka tentang (hari kiamat) yang dekat (masa datangnya), iaitu ketika hati seseorang merasa resah gelisah, kerana cemas takut, sambil masing-masing menahan perasaannya itu. (Pada saat itu) orang-orang yang zalim tidak akan mendapat seorang sahabatpun yang boleh membelanya, dan tidak akan mendapat pemberi syafaat yang diterima pertolongannya.
ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﺧﱺﺂﴢﲐﻨﱧﺔﱁ ﭐﵖﱓﵑﱁﻋﱹﻴﱨﻦﲌ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱨﺨﱹﻔﲘﻰ ﭐﻟﺼﲅﺪﱻﻭﺭﱻ ﳁﳋﳃﳀ
  1. Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati.
ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﻘﱀﻀﲔﻰ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌﲨ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻧﲘﻪﲘﲶ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻘﱀﻀﱻﻮﻥﱧ ﺑﲐﺸﱔﻰﱹﺀﲙﲩ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﲘﻴﻊﱨ ﭐﻟﱀﺒﱧﺼﲔﻴﺮﱻ ﳁﳂﳄﳀ
  1. Dan Allah memutuskan hukum dengan adil, sedang yang mereka sembah yang lain dari Allah - tidak dapat memberikan sebarang keputusan. Sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
ﲿ ﺃﱁﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﺴﲔﻴﺮﱻﻭﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻓﱁﻴﱧﻨﻈﱕﺮﱻﻭﺍﲯ ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻋﱺ﮳ﻘﲘﺒﱧﺔﱂ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻬﲌﻢﱦﲬ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻫﱻﻢﱦ ﺃﱁﺷﱔﺪﲄ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻗﱂﻮﲄﺓﱫ ﻭﱺﺀﱧﺍﺛﱁﺎﺭﱾﺍ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻓﱁﺄﱁﺧﱺﺬﱔﻫﱻﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﺬﱕﻧﱨﻮﺑﲐﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﲘﻦ ﻭﱺﺍﻕﲎ ﳁﳃﳄﳀ
  1. Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu adalah orang-orang yang lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Maka sekalipun demikian, Allah binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka, dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah.
ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺑﲐﺄﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻛﱔﺎﻧﱧﺖ ﺗﱱﺄﱀﺗﲘﻴﻬﲌﻢﱦ ﺭﱻﺳﱻﻠﱂﻬﱻﻢ ﺑﲐﭑﻟﱀﺒﱧﻴﱰﲐﻨﱧ﮳ﺖﲔ ﻓﱁﻜﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻓﱁﺄﱁﺧﱺﺬﱔﻫﱻﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨﲬ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻗﱁﻮﲌﻯﲉ ﺷﱔﺪﲘﻳﺪﱻ ﭐﻟﱀﻌﲘﻘﱁﺎﺏﲌ ﳁﳄﳄﳀ
  1. (Kebinasaan mereka) yang demikian ialah kerana mereka sentiasa didatangi Rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan (hukum-hukum dan mukjizat) yang jelas nyata, maka mereka kufur ingkar, lalu Allah menyeksa mereka, sesungguhnya Allah adalah Maha Kuat lagi Maha berat azab seksaNya.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧﺎ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺎ ﻭﱺﺳﱻﻠﱀﻄﱔ﮳ﻦﲎ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﲍ ﳁﳅﳄﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutuskan Nabi Musa membawa ayat-ayat Kami dan bukti (mukjizat) yang jelas nyata
ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻓﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱧ ﻭﱺﻫﱺ﮳ﻤﱧ﮳ﻦﱺ ﻭﱺﻗﱁ﮳ﺮﱻﻭﻥﱧ ﻓﱁﻘﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺳﱺ﮳ﺤﲔﺮﱿ ﻛﱔﺬﱞﺍﺏﱿ ﳁﳆﳄﳀ
  1. Kepada Firaun dan Haman serta Qarun; maka mereka (menuduhnya dengan) berkata: "Ia seorang ahli sihir, lagi pendusta!"
ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧﻫﱻﻢ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﲔﻨﺪﲘﻧﱧﺎ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﭐﻗﱀﺘﱨﻠﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﺑﱦﻨﱧﺂﺀﱧ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻣﱧﻌﱧﻪﱨﲵ ﻭﱺﭐﺳﱹﺘﱧﺤﱹﻴﱨﻮﺍﲯ ﻧﲘﺴﱺﺂﺀﱧﻫﱻﻢﱦﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﻴﱦﺪﱻ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻓﲘﻰ ﺿﱺﻠﱁ﮳ﻞﲎ ﳁﳇﳄﳀ
  1. Setelah Nabi Musa datang kepada mereka dengan membawa kebenaran dari sisi Kami, mereka berkata (dengan marahnya): "Bunuhlah anak-anak lelaki orang-orang yang beriman yang mengikutnya, dan biarkan hidup anak-anak perempuan mereka". (Tetapi usaha) dan tipu daya orang-orang kafir itu hanya menyebabkan mereka tenggelam dalam kesesatan dan kebinasaan sahaja.
ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﻓﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱨ ﺫﱧﺭﱻﻭﻧﲘﻰﳒ ﺃﱁﻗﱀﺘﱨﻞﱓ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﻭﱺﻟﱀﻴﱧﺪﱹﻉﱨ ﺭﱺﺑﱱﻪﱨﲵﳒﲨ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰﳒ ﺃﱁﺧﱺﺎﻑﱻ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﺒﱧﺪﲃﲘﻝﱔ ﺩﲘﻳﻨﱧﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻭﱹ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﻈﱓﻬﲌﺮﱺ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﭐﻟﱀﻔﱁﺴﱺﺎﺩﱧ ﳁﳈﳄﳀ
  1. Dan berkatalah Firaun (kepada orang-orangnya): "Biarkanlah aku membunuh Musa, dan biarlah dia memohon kepada Tuhannya (meminta pertolongan)! Sesungguhnya aku bimbang dia akan menukar ugama kamu, atau ia menimbulkan kerosakan di muka bumi".
ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰ﮵ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻋﱻﺬﱓﺕﱻ ﺑﲐﺮﱺﺑﱰﲐﻰ ﻭﱺﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﻣﱨﺘﱧﻜﱔﺒﱰﲐﺮﲎ ﵖﱞﵐ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻦﱻ ﺑﲐﻴﱧﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﱀﺤﲔﺴﱺﺎﺏﲌ ﳁﳉﳄﳀ
  1. Dan (setelah mendengar ancaman itu) Nabi Musa berkata: "Sesungguhnya aku berlindung kepada Allah Tuhanku dan Tuhan kamu - dari (angkara) tiap-tiap orang yang sombong takbur, yang tidak beriman kepada hari hitungan amal!"
ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﺭﱺﺟﱻﻞﱙ ﻣﱲﺆﱹﻣﲘﻦﱿ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺀﱧﺍﻝﲌ ﻓﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱧ ﻳﱧﻜﱓﺘﱨﻢﱨ ﺇﲐﻳﻤﱧ﮳ﻨﱧﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﺗﱧﻘﱀﺘﱨﻠﱂﻮﻥﱧ ﺭﱺﺟﱻﵝﱃﵗ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﻘﱂﻮﻝﱔ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺﻗﱁﺪﱹ ﺟﱺﺂﺀﱧﻛﱕﻢ ﺑﲐﭑﻟﱀﺒﱧﻴﱰﲐﻨﱧ﮳ﺖﲔ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻳﱧﻚﱕ ﻛﱔ﮳ﺬﲘﺑﱫﺎ ﻓﱁﻌﱧﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻛﱔﺬﲘﺑﱨﻪﱨﲵﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻳﱧﻚﱕ ﺻﱺﺎﺩﲘﻗﱅﺎ ﻳﱨﺼﲔﺒﱦﻜﱕﻢ ﺑﱧﻌﱦﺾﱻ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱧﻌﲘﺪﱻﻛﱕﻢﱦﲨ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻬﱹﺪﲘﻯ ﻣﱧﻦﱹ ﻫﱻﻮﱺ ﻣﱨﺴﱹﺮﲌﻑﱿ ﻛﱔﺬﱞﺍﺏﱿ ﳁﳊﳄﳀ
  1. Dan (pada saat itu) berkatalah pula seorang lelaki yang beriman dari orang-orang Firaun yang menyembunyikan imannya: "Patutkah kamu membunuh seorang lelaki kerana ia menegaskan: `Tuhanku ialah Allah? ' - sedang ia telah datang kepada kamu membawa keterangan-keterangan dari Tuhan kamu? Kalau ia seorang yang berdusta maka dia lah yang akan menanggung dosa dustanya itu, dan kalau ia seorang yang benar nescaya kamu akan ditimpa oleh sebahagian dari (azab) yang dijanjikannya kepada kamu. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang yang melampaui batas, lagi pendusta.
ﻳﱧ﮳ﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﻟﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﻠﱀﻚﱕ ﭐﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﱧ ﻇﱔ﮳ﻬﲌﺮﲌﻳﻦﱺ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻓﱁﻤﱧﻦ ﻳﱧﻨﺼﱻﺮﱻﻧﱧﺎ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﺄﱀﺱﲜ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺇﲐﻥ ﺟﱺﺂﺀﱧﻧﱧﺎﲬ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻓﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱨ ﻣﱧﺂ ﺃﱂﺭﲌﻳﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﺭﱺﻯﳎ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﻫﱹﺪﲘﻳﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﱔ ﭐﻟﺮﲄﺷﱔﺎﺩﲘ ﳁﳋﳄﳀ
  1. "Wahai kaumku! Pada hari ini kepunyaan kamulah kuasa memerintah dengan bermaharajalela di muka bumi (Mesir dan sekitarnya; tetapi kiranya keadaan bertukar) maka siapakah yang akan membela kita dari azab Allah kalau azab itu datang menimpa kita?" Firaun berkata: " Aku tidak mengesyorkan kepada kamu melainkan dengan apa yang aku pandang (elok dijalankan), dan aku tidak menunjukkan kepada kamu melainkan jalan yang benar".
ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯﳒ ﺀﱧﺍﻣﱧﻦﱺ ﻳﱧ﮳ﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰﳒ ﺃﱁﺧﱺﺎﻑﱻ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﺜﱀﻞﱔ ﻳﱧﻮﱹﻡﲌ ﭐﵖﱓﵑﱁﺣﱹﺰﱺﺍﺏﲌ ﳁﳂﳅﳀ
  1. Dan berkatalah pula orang yang beriman itu: "Wahai kaumku! Sesungguhnya aku bimbang kamu akan ditimpa (kebinasaan) sebagaimana yang telah menimpa kaum-kaum yang bergabung (menentang Rasul-rasulnya)!
ﻣﲘﺜﱀﻞﱔ ﺩﱧﺃﱀﺏﲌ ﻗﱁﻮﱹﻡﲌ ﻧﱨﻮﺡﲢ ﻭﱺﻋﱺﺎﺩﲚ ﻭﱺﺛﱁﻤﱨﻮﺩﱧ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘﻫﲔﻢﱦﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱨﺮﲌﻳﺪﱻ ﻇﱕﻠﱀﻤﱫﺎ ﻟﱊﲘﻠﱀﻌﲘﺒﱧﺎﺩﲘ ﳁﳃﳅﳀ
  1. "(Iaitu) seperti keadaan kaum Nabi Nuh, dan Aad (kaum Nabi Hud), dan Thamud (kaum Nabi Soleh), serta orang-orang yang datang kemudian daripada mereka (seperti kaum Nabi Lut). Dan (ingatlah) Allah tidak menghendaki berbuat kezaliman kepada hamba-hambaNya.
ﻭﱺﻳﱧ﮳ﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰﳒ ﺃﱁﺧﱺﺎﻑﱻ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﺘﱱﻨﱧﺎﺩﲘ ﳁﳄﳅﳀ
  1. "Dan, wahai kaumku! Sesungguhnya aku bimbang kamu akan ditimpa azab seksa hari (kiamat) yang padanya masing-masing menjerit-jerit memanggil (memohon pertolongan),
ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﺗﱨﻮﱺﻟﱌﻮﻥﱧ ﻣﱨﺪﱹﺑﲐﺮﲌﻳﻦﱺ ﻣﱧﺎ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﱺﺎﺻﲔﻢﲎﲩ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱨﻀﱹﻠﲘﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻓﱁﻤﱧﺎ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﲘﻦﱹ ﻫﱺﺎﺩﲚ ﳁﳅﳅﳀ
  1. "(Iaitu) hari kamu berpaling undur melarikan diri; padahal semasa itu tidak ada sesiapapun yang dapat menyelamatkan kamu dari azab Allah. Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tiada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺟﱺﺂﺀﱧﻛﱕﻢﱦ ﻳﱨﻮﺳﱻﻒﱻ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕ ﺑﲐﭑﻟﱀﺒﱧﻴﱰﲐﻨﱧ﮳ﺖﲔ ﻓﱁﻤﱧﺎ ﺯﲌﻟﱀﺘﱨﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﺷﱔﻚﱝﲖ ﻣﱰﲘﻤﱱﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧﻛﱕﻢ ﺑﲐﻪﲘﲶﲨ ﺣﱺﺘﱱﻰ﮵ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﻫﱺﻠﱁﻚﱔ ﻗﱂﻠﱀﺘﱨﻢﱦ ﻟﱁﻦ ﻳﱧﺒﱦﻌﱧﺚﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘﻩﲘﲶ ﺭﱺﺳﱻﻮﵖﱘﵐﲬ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻳﱨﻀﲔﻞﱟ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﱧﻦﱹ ﻫﱻﻮﱺ ﻣﱨﺴﱹﺮﲌﻑﱿ ﻣﱲﺮﱹﺗﱧﺎﺏﱽ ﳁﳆﳅﳀ
  1. "Dan demi sesungguhnya! Nabi Yusuf telah datang kepada kamu dahulu dengan membawa keterangan-keterangan (yang membuktikan kerasulannya), maka kamu tetap juga dalam keraguan mengenai apa yang disampaikannya kepada kamu sehingga apabila ia mati, kamu berkata: Allah tidak akan mengutuskan lagi Rasul sesudahnya; demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang melampau kederhakaannya, lagi yang ragu-ragu kepercayaannya (terhadap balasan Tuhannya), -
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﺠﱺ﮳ﺪﲘﻟﱂﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰﳒ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺑﲐﻐﱧﻴﱦﺮﲌ ﺳﱻﻠﱀﻄﱔ﮳ﻦﲍ ﺃﱁﺗﱧﯩﳎﻬﱻﻢﱦﲨ ﻛﱔﺒﱨﺮﱺ ﻣﱧﻘﱀﺘﱩﺎ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻋﲔﻨﺪﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯﲬ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻳﱧﻄﱓﺒﱧﻊﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﻗﱁﻠﱀﺐﲌ ﻣﱨﺘﱧﻜﱔﺒﱰﲐﺮﲎ ﺟﱺﺒﱱﺎﺭﲎ ﳁﳇﳅﳀ
  1. "(Iaitu) orang-orang yang membantah mengenai maksud ayat-ayat Allah dengan tidak ada sebarang bukti yang sampai kepada mereka (dari pihak yang diakui benarnya). (Bantahan yang demikian) besar kebenciannya dan kemurkaannya di sisi hukum Allah dan di sisi bawaan orang-orang yang beriman. Demikianlah Allah meteraikan atas hati tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi bermaharajalela pencerobohannya!"
ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﻓﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱨ ﻳﱧ﮳ﻬﱺ﮳ﻤﱧ﮳ﻦﱻ ﭐﺑﱦﻦﲌ ﻟﲘﻰ ﺻﱺﺮﱹﺣﱾﺎ ﻟﱋﻌﱧﻠﱊﲘﻰﳒ ﺃﱁﺑﱦﻠﱂﻎﱂ ﭐﵖﱓﵑﱁﺳﱹﺒﱧ﮳ﺐﱺ ﳁﳈﳅﳀ
  1. Dan Firaun pula berkata: "Hai Haman! Binalah untukku sebuah bangunan yang tinggi, semoga aku sampai ke jalan-jalan (yang aku hendak menujunya)
ﺃﱁﺳﱹﺒﱧ﮳ﺐﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻓﱁﺄﱁﻃﱞﻠﲘﻊﱧ ﺇﲐﻟﱁﻰ﮵ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﲘ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﻭﱺﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﵖﱔﵑﱁﻇﱕﻨﱲﻪﱨﲵ ﻛﱔ﮳ﺬﲘﺑﱫﺎﲬ ﻭﱺﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺯﱻﻳﱰﲐﻦﱺ ﻟﲘﻔﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱧ ﺳﱻﻮﳒﺀﱨ ﻋﱺﻤﱧﻠﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﺻﱻﺪﲄ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﺴﲄﺒﲐﻴﻞﲌﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﻴﱦﺪﱻ ﻓﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻓﲘﻰ ﺗﱧﺒﱧﺎﺏﲎ ﳁﳉﳅﳀ
  1. "(Iaitu) ke pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa; dan sesungguhnya aku percaya Musa itu seorang pendusta!" Demikianlah diperhiaskan (oleh Syaitan) kepada Firaun akan perbuatannya yang buruk itu untuk dipandang baik, serta ia dihalangi dari jalan yang benar; dan tipu daya Firaun itu tidak membawanya melainkan ke dalam kerugian dan kebinasaan.
ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯﳒ ﺀﱧﺍﻣﱧﻦﱺ ﻳﱧ﮳ﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﭐﺗﱱﺒﲐﻌﱨﻮﻥﲌ ﺃﱁﻫﱹﺪﲘﻛﱕﻢﱦ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﱔ ﭐﻟﺮﲄﺷﱔﺎﺩﲘ ﳁﳊﳅﳀ
  1. Dan berkatalah pula orang beriman itu: "Wahai kaumku! Turutlah (nasihatku), aku akan menunjukkan kepada kamu jalan yang benar.
ﻳﱧ﮳ﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﻫﱺ﮳ﺬﲘﻩﲘ ﭐﻟﱀﺤﱺﻴﱧﻮﳎﺓﱨ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﻣﱧﺘﱧ﮳ﻊﱬ ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﱧ ﻫﲔﻰﱺ ﺩﱧﺍﺭﱻ ﭐﻟﱀﻘﱁﺮﱺﺍﺭﲌ ﳁﳋﳅﳀ
  1. "Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.
ﻣﱧﻦﱹ ﻋﱺﻤﲘﻞﱔ ﺳﱺﻴﱰﲐﺌﱧﺔﱅ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﻳﱨﺠﱹﺰﱺﻯ﮵ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﲘﺜﱀﻠﱁﻬﱺﺎﲨ ﻭﱺﻣﱧﻦﱹ ﻋﱺﻤﲘﻞﱔ ﺻﱺ﮳ﻠﲘﺤﱾﺎ ﻣﱰﲘﻦ ﺫﱧﻛﱔﺮﲍ ﺃﱁﻭﱹ ﺃﱂﻧﺜﱁﻰﳎ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻣﱨﺆﱹﻣﲘﻦﱿ ﻓﱁﺄﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻳﱧﺪﱹﺧﱻﻠﱂﻮﻥﱧ ﭐﻟﱀﺠﱺﻨﱱﺔﱁ ﻳﱨﺮﱹﺯﱺﻗﱂﻮﻥﱧ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺑﲐﻐﱧﻴﱦﺮﲌ ﺣﲔﺴﱺﺎﺏﲎ ﳁﳂﳆﳀ
  1. "Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka ia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya; dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh - dari lelaki atau perempuan - sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di dalam Syurga itu dengan tidak dihitung.
ﲿ ﻭﱺﻳﱧ﮳ﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﻣﱧﺎ ﻟﲘﻰﳒ ﺃﱁﺩﱦﻋﱻﻮﻛﱕﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﻨﱱﺠﱺﻮﳎﺓﲘ ﻭﱺﺗﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻧﱧﻨﲘﻰﳒ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﳁﳃﳆﳀ
  1. "Dan wahai kaumku! Apa halnya aku dengan kamu? Aku mengajak kamu kepada keselamatan, dan kamu pula mengajakku ke neraka?
ﺗﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻧﱧﻨﲘﻰ ﵖﲔﵑﱁﻛﱓﻔﱂﺮﱺ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺃﱂﺷﱓﺮﲌﻙﱔ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻣﱧﺎ ﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﻟﲘﻰ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻋﲔﻠﱀﻢﱬ ﻭﱺﺃﱁﻧﱧﺎﲰ ﺃﱁﺩﱦﻋﱻﻮﻛﱕﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﲌ ﭐﻟﱀﻐﱧﻔﱋ﮳ﺮﲌ ﳁﳄﳆﳀ
  1. "Kamu mengajakku supaya aku kufur (tidak percayakan keesaan) Allah dan mempersekutukanNya dengan apa yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, padahal aku mengajak kamu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun?
ﵖﱔﵐ ﺟﱺﺮﱺﻡﱧ ﺃﱁﻧﱱﻤﱧﺎ ﺗﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻧﱧﻨﲘﻰﳒ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﺩﱧﻋﱹﻮﱺﺓﱬ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﻭﱺﺃﱁﻥﱱ ﻣﱧﺮﱺﺩﱱﻧﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺃﱁﻥﱱ ﭐﻟﱀﻤﱨﺴﱹﺮﲌﻓﲘﻴﻦﱺ ﻫﱻﻢﱦ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱻ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﳁﳅﳆﳀ
  1. "Tidak syak lagi, bahawa makhluk-makhluk yang kamu ajak aku menyembahnya itu tidak dapat menyahut sebarang seruan (atau memberikan sebarang pertolongan) sama ada di dunia atau di akhirat; dan sesungguhnya tempat kembali kita semua ialah kepada Allah, dan sebenarnya orang-orang yang melampau kejahatannya itu, merekalah ahli neraka.
ﻓﱁﺴﱺﺘﱧﺬﱓﻛﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﻗﱂﻮﻝﱕ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦﲬ ﻭﱺﺃﱂﻓﱁﻮﲃﲌﺽﱻ ﺃﱁﻣﱦﺮﲌﻯﳒ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺑﱧﺼﲔﻴﺮﲁ ﺑﲐﭑﻟﱀﻌﲘﺒﱧﺎﺩﲘ ﳁﳆﳆﳀ
  1. "(Kiranya kamu tetap berdegil sekarang) maka kamu sudah tentu akan mengetahui kebenaran apa yang aku katakan kepada kamu; dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya".
ﻓﱁﻮﱺﻗﱁﯩﳎﻪﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺳﱺﻴﱰﲐ﮲ﱧﺎﺕﲔ ﻣﱧﺎ ﻣﱧﻜﱔﺮﱻﻭﺍﲯﲨ ﻭﱺﺣﱺﺎﻕﱺ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻝﲌ ﻓﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱧ ﺳﱻﻮﳒﺀﱨ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﲌ ﳁﳇﳆﳀ
  1. (Dengan keikhlasannya dan penyerahan dirinya kepada Allah) maka ia diselamatkan oleh Allah dari angkara tipu daya mereka; dan Firaun bersama-sama kaumnya ditimpa azab seksa yang seburuk-buruknya,
ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﱻ ﻳﱨﻌﱦﺮﱺﺿﱻﻮﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﱺﺎ ﻏﱕﺪﱻﻭﲈﺍ ﻭﱺﻋﱺﺸﲔﻴﱵﺎﲬ ﻭﱺﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﺗﱧﻘﱂﻮﻡﱨ ﭐﻟﺴﲄﺎﻋﱺﺔﱂ ﺃﱁﺩﱦﺧﲔﻠﱂﻮﳒﺍﲯ ﺀﱧﺍﻝﱔ ﻓﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱧ ﺃﱁﺷﱔﺪﲄ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﲌ ﳁﳈﳆﳀ
  1. Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam Barzakh); dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): "Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya!"
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﻳﱧﺘﱧﺤﱺﺂﺟﲅﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﻓﱁﻴﱧﻘﱂﻮﻝﱕ ﭐﻟﻀﲅﻌﱧﻔﱁﳌﺆﱻﺍﲯ ﻟﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺳﱹﺘﱧﻜﱓﺒﱧﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﺒﱧﻌﱫﺎ ﻓﱁﻬﱺﻞﱓ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢ ﻣﱲﻐﱦﻨﱨﻮﻥﱧ ﻋﱺﻨﱱﺎ ﻧﱧﺼﲔﻴﺒﱫﺎ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﳁﳉﳆﳀ
  1. Dan (ingatkanlah perkara yang berlaku) semasa orang-orang yang kafir dan yang menderhaka berbantah-bantahan dalam neraka, iaitu orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) berkata kepada pemimpin-pemimpinnya yang sombong takbur: "Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut-pengikut kamu, maka dapatkah kamu menolak dari kami sebahagian daripada azab neraka ini?"
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺳﱹﺘﱧﻜﱓﺒﱧﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻛﱕﻞﱣ ﻓﲘﻴﻬﱺﺂ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻗﱁﺪﱹ ﺣﱺﻜﱔﻢﱧ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﭐﻟﱀﻌﲘﺒﱧﺎﺩﲘ ﳁﳊﳆﳀ
  1. Orang-orang yang sombong angkuh itu menjawab: "Sebenarnya kita semua menderita bersama-sama dalam neraka (tidak ada jalan untuk kita melepaskan diri), kerana sesungguhnya Allah telah menetapkan hukumanNya di antara sekalian hambaNya "
ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﻟﲘﺨﱺﺰﱺﻧﱧﺔﲘ ﺟﱺﻬﱺﻨﱱﻢﱧ ﭐﺩﱦﻋﱻﻮﺍﲯ ﺭﱺﺑﱱﻜﱕﻢﱦ ﻳﱨﺨﱺﻔﱊﲘﻒﱹ ﻋﱺﻨﱱﺎ ﻳﱧﻮﱹﻣﱫﺎ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﲌ ﳁﳋﳆﳀ
  1. Dan berkatalah pula orang-orang yang ada dalam neraka kepada malaikat-malaikat penjaga neraka Jahannam: "Pohonkanlah kepada Tuhan kamu, supaya Ia meringankan sedikit azab seksa dari kami, barang sehari".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﻚﱕ ﺗﱧﺄﱀﺗﲘﻴﻜﱕﻢﱦ ﺭﱻﺳﱻﻠﱂﻜﱕﻢ ﺑﲐﭑﻟﱀﺒﱧﻴﱰﲐﻨﱧ﮳ﺖﲔﲨ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺑﱧﻠﱁﻰﳎﲬ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻓﱁﭑﺩﱦﻋﱻﻮﺍﲯﲩ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺩﱨﻋﱺﳌﺆﱻﺍﲯ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻓﲘﻰ ﺿﱺﻠﱁ﮳ﻞﲍ ﳁﳂﳇﳀ
  1. Malaikat penjaga neraka menjawab: "Bukankah kamu telah didatangi Rasul-rasul kamu dengan membawa keterangan-keterangan (yang menyatakan akibat perbuatan derhaka kamu)?" Mereka menjawab: "Ya, telah datang". Malaikat itu berkata: "Jika demikian, maka berdoalah kamu sendiri. Dan doa permohonan orang-orang yang kafir pada saat ini hanya menyebabkan mereka berada dalam keadaan dukacita dan kecewa sahaja".
ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻟﱁﻨﱧﻨﺼﱻﺮﱻ ﺭﱻﺳﱻﻠﱁﻨﱧﺎ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺤﱺﻴﱧﻮﳎﺓﲘ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﻭﱺﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﻳﱧﻘﱂﻮﻡﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﺷﱓﻬﱺ﮳ﺪﱻ ﳁﳃﳇﳀ
  1. Sesungguhnya Kami tetap membela serta mempertahankan Rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman - dalam kehidupan dunia ini dan pada saat bangkitnya saksi-saksi (pada hari kiamat)
ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻨﻔﱁﻊﱨ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﻣﱧﻌﱦﺬﲘﺭﱺﺗﱨﻬﱻﻢﱦﲨ ﻭﱺﻟﱁﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﻠﱋﻌﱦﻨﱧﺔﱂ ﻭﱺﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺳﱻﻮﳒﺀﱨ ﭐﻟﺪﲄﺍﺭﲌ ﳁﳄﳇﳀ
  1. (Iaitu) pada hari yang tidak berguna bagi orang-orang yang zalim dalihan-dalihan mereka untuk melepaskan diri, dan mereka akan beroleh laknat, serta mereka beroleh seburuk-buruk tempat tinggal.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧﺎ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰ ﭐﻟﱀﻬﱻﺪﱺﻯﳎ ﻭﱺﺃﱁﻭﱹﺭﱺﺛﱀﻨﱧﺎ ﺑﱧﻨﲘﻰﳒ ﺇﲐﺳﱹﺮﱺﳍﺀﲘﻳﻞﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﳁﳅﳇﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya! Kami telah memberikan Nabi Musa hidayah petunjuk dan Kami berikan kaum Bani Israil mewarisi Kitab Taurat,
ﻫﱻﺪﱾﻯ ﻭﱺﺫﲘﻛﱓﺮﱺﻯﳎ ﵖﲔﵑﱂﻭﳖﻟﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﻟﱀﺒﱧ﮳ﺐﲌ ﳁﳆﳇﳀ
  1. Sebagai hidayah petunjuk dan peringatan bagi orang-orang yang berakal sempurna.
ﻓﱁﭑﺻﱹﺒﲐﺮﱹ ﺇﲐﻥﱱ ﻭﱺﻋﱹﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺣﱺﻖﲉ ﻭﱺﭐﺳﱹﺘﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱹ ﻟﲘﺬﱔﻧﲲﺒﲐﻚﱔ ﻭﱺﺳﱺﺒﱰﲘﺢﱹ ﺑﲐﺤﱺﻤﱦﺪﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﺑﲐﭑﻟﱀﻌﱧﺸﲔﻰﲃﲤ ﻭﱺﭐﵖﱓﵒﺑﱦﻜﱔ﮳ﺮﲌ ﳁﳇﳇﳀ
  1. (Setelah engkau mengetahui perihal Nabi Musa dan umatnya) maka bersabarlah (wahai Muhammad, dalam perjuangan menegakkan Islam); sesungguhnya janji Allah (untuk menjayakanmu) adalah benar. Dan pohonlah ampun bagi salah silapmu, serta bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﺠﱺ﮳ﺪﲘﻟﱂﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰﳒ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺑﲐﻐﱧﻴﱦﺮﲌ ﺳﱻﻠﱀﻄﱔ﮳ﻦﲍ ﺃﱁﺗﱧﯩﳎﻬﱻﻢﱦ ﺇﲐﻥ ﻓﲘﻰ ﺻﱻﺪﱻﻭﺭﲌﻫﲔﻢﱦ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻛﲔﺒﱦﺮﱿ ﻣﱱﺎ ﻫﱻﻢ ﺑﲐﺒﱧ﮳ﻠﲘﻐﲘﻴﻪﲘﲬ ﻓﱁﭑﺳﱹﺘﱧﻌﲘﺬﱓ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘﲨ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﲘﻴﻊﱨ ﭐﻟﱀﺒﱧﺼﲔﻴﺮﱻ ﳁﳈﳇﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang membantah mengenai maksud ayat-ayat Tuhanmu dengan tidak berdasarkan sebarang bukti yang sampai kepada mereka (dari pihak yang diakui benarnya), tidak ada dalam dada mereka melainkan perasaan mahukan kebesaran (untuk mengatasimu), kemahuan yang mereka tidak sekali-kali akan dapat mencapainya. Oleh itu mintalah perlindungan kepada Allah (dari angkara mereka); sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
ﻟﱁﺨﱺﻠﱀﻖﱻ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺃﱁﻛﱓﺒﱧﺮﱻ ﻣﲘﻦﱹ ﺧﱺﻠﱀﻖﲌ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﲄ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳉﳇﳀ
  1. Demi sesungguhnya, menciptakan langit dan bumi (dari tiada kepada ada) lebih besar (dan lebih menakjubkan) daripada menciptakan manusia dan menghidupkannya semula (sesudah matinya); akan tetapi kebanyakan manusia (yang mengingkari hari kiamat) tidak mengetahui.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻮﲌﻯ ﭐﵖﱓﵑﱁﻋﱹﻤﱧﻰﳎ ﻭﱺﭐﻟﱀﺒﱧﺼﲔﻴﺮﱻ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱺ﮳ﺖﲔ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﭐﻟﱀﻤﱨﺴﲔﻰﳒﺀﱨﲬ ﻗﱁﻠﲘﻴﵝﱅﵗ ﻣﱱﺎ ﺗﱧﺘﱧﺬﱔﻛﱞﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳊﳇﳀ
  1. Dan sememangnya tidaklah sama orang yang buta dan orang yang melihat, dan juga tidaklah sama orang-orang yang beriman serta beramal soleh dengan orang yang melakukan kejahatan. (Meskipun hakikat ini jelas nyata, tetapi) sedikit sangat kamu beringat dan insaf.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﺴﲄﺎﻋﱺﺔﱁ ﵖﱔﵕﺗﲘﻴﱧﺔﱆ ﵖﱞﵐ ﺭﱺﻳﱦﺐﱺ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﲄ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳇﳀ
  1. Sesungguhnya hari kiamat tetap akan datang, tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya; akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman (akan hakikat itu).
ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﺭﱺﺑﱲﻜﱕﻢﱨ ﭐﺩﱦﻋﱻﻮﻧﲘﻰﳒ ﺃﱁﺳﱹﺘﱧﺠﲌﺐﱹ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻜﱓﺒﲐﺮﱻﻭﻥﱧ ﻋﱺﻦﱹ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﱧﺗﲘﻰ ﺳﱺﻴﱧﺪﱹﺧﱻﻠﱂﻮﻥﱧ ﺟﱺﻬﱺﻨﱱﻢﱧ ﺩﱧﺍﺧﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳂﳈﳀ
  1. Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﻟﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﱔ ﻟﲘﺘﱧﺴﱹﻜﱕﻨﱨﻮﺍﲯ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﻬﱺﺎﺭﱺ ﻣﱨﺒﱦﺼﲔﺮﱼﺍﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻟﱁﺬﱕﻭ ﻓﱁﻀﱹﻞﲍ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﲄ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺸﱓﻜﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳃﳈﳀ
  1. Allah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia seluruhnya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.
ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻜﱕﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺭﱺﺑﱲﻜﱕﻢﱦ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﻖﱻ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﵖﱞﵓ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻫﱻﻮﱺﲨ ﻓﱁﺄﱁﻧﱱﻰﳎ ﺗﱨﺆﱹﻓﱁﻜﱕﻮﻥﱧ ﳁﳄﳈﳀ
  1. Yang bersifat demikian ialah Allah, Tuhan kamu; yang menciptakan tiap-tiap sesuatu (dari tiada kepada ada); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan (daripada menyembahNya)?
ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻳﱨﺆﱹﻓﱁﻚﱕ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻳﱧﺠﱹﺤﱺﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳈﳀ
  1. Sebagaimana terpalingnya mereka itu (daripada menyembah Allah), terpaling juga orang-orang yang mengingkari keterangan-keterangan Allah.
ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﻟﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﻗﱁﺮﱺﺍﺭﱾﺍ ﻭﱺﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﱧ ﺑﲐﻨﱧﺂﺀﱫ ﻭﱺﺻﱺﻮﲄﺭﱺﻛﱕﻢﱦ ﻓﱁﺄﱁﺣﱹﺴﱺﻦﱺ ﺻﱻﻮﱺﺭﱺﻛﱕﻢﱦ ﻭﱺﺭﱺﺯﱺﻗﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﻄﱞﻴﱰﲐﺒﱧ﮳ﺖﲔﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻜﱕﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺭﱺﺑﱲﻜﱕﻢﱦﲨ ﻓﱁﺘﱧﺒﱧﺎﺭﱺﻙﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺭﱺﺏﲅ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳈﳀ
  1. Allah yang menjadikan bumi sebagai tempat penetapan untuk kamu, dan langit sebagai bumbung yang kukuh binaannya; dan Ia membentuk kamu lalu memperelokkan rupa kamu, serta dikurniakan kepada kamu dari benda-benda yang baik lagi halal. Yang demikian (kekuasaanNya dan kemurahanNya) ialah Allah Tuhan kamu; maka nyatalah kelebihan dan kemurahan Allah, Tuhan sekalian alam.
ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﻰﲅ ﵖﱔﵓ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻫﱻﻮﱺ ﻓﱁﭑﺩﱦﻋﱻﻮﻩﱨ ﻣﱨﺨﱹﻠﲘﺼﲔﻴﻦﱺ ﻟﱁﻪﱨ ﭐﻟﺪﲃﲘﻳﻦﱺﲩ ﭐﻟﱀﺤﱺﻤﱦﺪﱻ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳈﳀ
  1. Dia lah Yang Tetap Hidup; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; maka sembahlah kamu akan Dia dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata. Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
ﲿ ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻧﱨﻬﲌﻴﺖﱻ ﺃﱁﻥﱦ ﺃﱁﻋﱹﺒﱨﺪﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺗﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻟﱁﻤﱱﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧﻧﲘﻰﱺ ﭐﻟﱀﺒﱧﻴﱰﲐﻨﱧ﮳ﺖﱻ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻰ ﻭﱺﺃﱂﻣﲘﺮﱹﺕﱻ ﺃﱁﻥﱦ ﺃﱂﺳﱹﻠﲘﻢﱧ ﻟﲘﺮﱺﺏﲃﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳈﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku dilarang menyembah benda-benda yang kamu sembah yang lain dari Allah - setelah datang kepadaku keterangan-keterangan yang jelas nyata dari Tuhanku; dan aku diperintahkan supaya tunduk taat bulat-bulat kepada perintah Tuhan sekalian alam".
ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺧﱺﻠﱁﻘﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺗﱨﺮﱺﺍﺏﲎ ﺛﱂﻢﱱ ﻣﲘﻦ ﻧﱲﻄﱓﻔﱁﺔﲚ ﺛﱂﻢﱱ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﱺﻠﱁﻘﱁﺔﲚ ﺛﱂﻢﱱ ﻳﱨﺨﱹﺮﲌﺟﱻﻜﱕﻢﱦ ﻃﲔﻔﱀﵝﱅﵗ ﺛﱂﻢﱱ ﻟﲘﺘﱧﺒﱦﻠﱂﻐﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﺷﱕﺪﲄﻛﱕﻢﱦ ﺛﱂﻢﱱ ﻟﲘﺘﱧﻜﱕﻮﻧﱨﻮﺍﲯ ﺷﱕﻴﱨﻮﺧﱾﺎﲬ ﻭﱺﻣﲘﻨﻜﱕﻢ ﻣﱱﻦ ﻳﱨﺘﱧﻮﱺﻓﱋﻰﳎ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕﲨ ﻭﱺﻟﲘﺘﱧﺒﱦﻠﱂﻐﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﺟﱺﵝﱅﵗ ﻣﱲﺴﱺﻤﱵﻰ ﻭﱺﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻘﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳉﳈﳀ
  1. Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging; kemudian Ia mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian kamu (dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; kemudian kamu (dipanjangkan umur) hingga sampai menjadi tua. Dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan sebelum itu. (Allah melakukan kejadian yang demikian) supaya kamu sampai ke masa yang ditentukan (untuk menerima balasan); dan supaya kamu memahami (hikmat-hikmat kejadian itu dan kekuasaan Tuhan).
ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱨﺤﱹﻰﲤﲶ ﻭﱺﻳﱨﻤﲘﻴﺖﱻﲨ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﻗﱁﻀﱺﻰ﮵ ﺃﱁﻣﱦﺮﱾﺍ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﻳﱧﻘﱂﻮﻝﱕ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻛﱕﻦ ﻓﱁﻴﱧﻜﱕﻮﻥﱨ ﳁﳊﳈﳀ
  1. Dia lah yang menghidupkan dan mematikan; oleh itu apabila Ia menetapkan jadinya sesuatu perkara maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah ia.
ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﺮﱺ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﺠﱺ﮳ﺪﲘﻟﱂﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰﳒ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺃﱁﻧﱱﻰﳎ ﻳﱨﺼﱹﺮﱺﻓﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳈﳀ
  1. Tidakkah engkau melihat dan merasa hairan terhadap orang-orang yang membantah mengenai maksud ayat-ayat Allah, bagaimana mereka telah dipalingkan (dari kebenaran)?
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﺬﱞﺑﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻭﱺﺑﲐﻤﱧﺂ ﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧﺎ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﺭﱻﺳﱻﻠﱁﻨﱧﺎﲨ ﻓﱁﺴﱺﻮﱹﻑﱺ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳂﳉﳀ
  1. Iaitu orang-orang yang mendustakan Al-Quran dan segala yang dibawa oleh Rasul-rasul Kami yang telah Kami utus; maka mereka akan mengetahui kelak.
ﺇﲐﺫﲘ ﭐﵖﱓﵑﱁﻏﱓﻠﱁ﮳ﻞﱕ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱁﻋﱹﻨﱧ﮳ﻘﲘﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﭐﻟﺴﲄﻠﱁ﮳ﺴﲔﻞﱕ ﻳﱨﺴﱹﺤﱺﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳉﳀ
  1. Ketika belenggu dan rantai dipasung di leher mereka, sambil mereka, diseret
ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺤﱺﻤﲘﻴﻢﲌ ﺛﱂﻢﱱ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﻳﱨﺴﱹﺠﱺﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳄﳉﳀ
  1. Ke dalam air panas yang menggelegak; kemudian mereka dibakar dalam api neraka;
ﺛﱂﻢﱱ ﻗﲘﻴﻞﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻳﱦﻦﱺ ﻣﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱨﺸﱓﺮﲌﻛﱕﻮﻥﱧ ﳁﳅﳉﳀ
  1. Akhirnya dikatakan kepada mereka: "Mana dia berhala-berhala yang kamu dahulu sekutukan -
ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘﲨ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺿﱺﻠﱌﻮﺍﲯ ﻋﱺﻨﱱﺎ ﺑﱧﻞ ﻟﱋﻢﱦ ﻧﱧﻜﱕﻦ ﻧﱱﺪﱹﻋﱻﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱫﺎﲬ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻳﱨﻀﲔﻞﱟ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳆﳉﳀ
  1. "(Dengan menyembahnya atau memujanya) selain Allah?" Mereka menjawab: "Benda-benda itu telah hilang lenyap dari kami, bahkan yang sebenarnya kami dahulu tidak pernah sekutukan sesuatu pun (dengan Allah)". (Sebagaimana Allah menjadikan mereka sesat), demikian pula Allah menyesatkan orang-orang yang kufur ingkar (menentang maksud ayat-ayatNya).
ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻜﱕﻢ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻔﱀﺮﱺﺣﱻﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺑﲐﻐﱧﻴﱦﺮﲌ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻭﱺﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻤﱦﺮﱺﺣﱻﻮﻥﱧ ﳁﳇﳉﳀ
  1. (Lalu dikatakan kepada mereka setelah ditimpakan dengan azab seksa): "Balasan buruk yang demikian ini disebabkan kamu dahulu bersukaria di muka bumi dengan cara yang salah (pada hukum Tuhan), dan disebabkan kamu bersenang lenang dan bermegah-megah dengan berleluasa (dalam maksiat).
ﭐﺩﱦﺧﱻﻠﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﺑﱦﻮﱺ﮴ﺏﱺ ﺟﱺﻬﱺﻨﱱﻢﱧ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﲘﻳﻦﱺ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎﲨ ﻓﱁﺒﲐﺌﱦﺲﱺ ﻣﱧﺜﱀﻮﱺﻯ ﭐﻟﱀﻤﱨﺘﱧﻜﱔﺒﱰﲐﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳈﳉﳀ
  1. "Masukilah pintu-pintu neraka Jahannam kekalah kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur ialah neraka Jahannam".
ﻓﱁﭑﺻﱹﺒﲐﺮﱹ ﺇﲐﻥﱱ ﻭﱺﻋﱹﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺣﱺﻖﲉﲬ ﻓﱁﺈﲐﻣﱱﺎ ﻧﱨﺮﲌﻳﱧﻨﱱﻚﱔ ﺑﱧﻌﱦﺾﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻧﱧﻌﲘﺪﱻﻫﱻﻢﱦ ﺃﱁﻭﱹ ﻧﱧﺘﱧﻮﱺﻓﱋﻴﱧﻨﱱﻚﱔ ﻓﱁﺈﲐﻟﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﻳﱨﺮﱹﺟﱺﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳉﳉﳀ
  1. Maka bersabarlah (wahai Muhammad), sesungguhnya janji Allah (menyeksa musuh-musuhmu itu) adalah benar; oleh itu kiranya Kami perlihatkan kepadamu sebahagian dari azab yang Kami janjikan kepada mereka, ataupun Kami wafatkanmu sebelum itu, (maka tetaplah mereka akan menerima balasan azab) kerana kepada Kamilah mereka akan dikembalikan.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧﺎ ﺭﱻﺳﱻﵝﱅﵗ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻚﱔ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢ ﻣﱱﻦ ﻗﱁﺼﱺﺼﱹﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻚﱔ ﻭﱺﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢ ﻣﱱﻦ ﻟﱋﻢﱦ ﻧﱧﻘﱀﺼﱻﺺﱹ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻚﱔﲩ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻟﲘﺮﱺﺳﱻﻮﻝﲍ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻰﱺ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧﺔﲙ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺑﲐﺈﲐﺫﱦﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﺟﱺﺂﺀﱧ ﺃﱁﻣﱦﺮﱻ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻗﱂﻀﲔﻰﱺ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻭﱺﺧﱺﺴﲔﺮﱺ ﻫﱻﻨﱧﺎﻟﲘﻚﱔ ﭐﻟﱀﻤﱨﺒﱦﻄﲔﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳊﳉﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus beberapa Rasul sebelummu; di antara mereka ada yang Kami ceritakan perihalnya kepadamu, dan ada pula di antaranya yang tidak Kami ceritakan kepada kamu. Dan tidaklah harus bagi seseorang Rasul membawa sesuatu keterangan atau menunjukkan sesuatu mukjizat melainkan dengan izin Allah; (maka janganlah diingkari apa yang dibawa oleh Rasul) kerana apabila datang perintah Allah (menimpakan azab) diputuskan hukum dengan adil; pada saat itu rugilah orang-orang yang berpegang kepada perkara yang salah.
ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﻟﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﱦﻌﱧ﮳ﻢﱧ ﻟﲘﺘﱧﺮﱹﻛﱔﺒﱨﻮﺍﲯ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﻭﱺﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﺗﱧﺄﱀﻛﱕﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳉﳀ
  1. Allah yang menjadikan binatang ternak bagi kamu; sebahagian di antaranya untuk kamu menunggangnya, dan sebahagian lagi untuk kamu makan.
ﻭﱺﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻣﱧﻨﱧ﮳ﻔﲘﻊﱨ ﻭﱺﻟﲘﺘﱧﺒﱦﻠﱂﻐﱨﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﱺﺎ ﺣﱺﺎﺟﱺﺔﱅ ﻓﲘﻰ ﺻﱻﺪﱻﻭﺭﲌﻛﱕﻢﱦ ﻭﱺﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﱺﺎ ﻭﱺﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻔﱂﻠﱀﻚﲔ ﺗﱨﺤﱹﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳂﳊﳀ
  1. Dan kamu pula beroleh berbagai faedah pada binatang ternak itu, dan supaya kamu dapat memenuhi sesuatu hajat yang ada dalam hati kamu dengan menggunakan binatang itu; dan di atas binatang-binatang ternak itu, serta di atas kapal-kapal, kamu diangkut.
ﻭﱺﻳﱨﺮﲌﻳﻜﱕﻢﱦ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻪﲘﲶ ﻓﱁﺄﱁﻯﲄ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺗﱨﻨﻜﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳃﳊﳀ
  1. Dan Ia memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kebesaranNya dan kekuasaanNya (melalui Rasul-rasulNya dan pada makhluk-makhluk yang dijadikanNya); maka di antara tanda-tanda kesempurnaan Allah, yang mana satu, yang kamu ingkari?
ﺃﱁﻓﱁﻠﱁﻢﱦ ﻳﱧﺴﲔﻴﺮﱻﻭﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻓﱁﻴﱧﻨﻈﱕﺮﱻﻭﺍﲯ ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻋﱺ﮳ﻘﲘﺒﱧﺔﱂ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻬﲌﻢﱦﲬ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱺ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﺷﱔﺪﲄ ﻗﱂﻮﲄﺓﱫ ﻭﱺﺀﱧﺍﺛﱁﺎﺭﱾﺍ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻓﱁﻤﱧﺂ ﺃﱁﻏﱓﻨﱧﻰﳎ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢ ﻣﱱﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻜﱓﺴﲔﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳊﳀ
  1. Selain dari itu, tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka (yang telah dibinasakan dengan sebab dosa-dosanya)? Orang-orang itu lebih ramai dari mereka, dan lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Dalam pada itu, apa yang telah diusahakan oleh orang-orang itu, tidak dapat menolongnya sedikitpun.
ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧﺗﱦﻬﱻﻢﱦ ﺭﱻﺳﱻﻠﱂﻬﱻﻢ ﺑﲐﭑﻟﱀﺒﱧﻴﱰﲐﻨﱧ﮳ﺖﲔ ﻓﱁﺮﲌﺣﱻﻮﺍﲯ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻋﲔﻨﺪﱺﻫﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻌﲘﻠﱀﻢﲌ ﻭﱺﺣﱺﺎﻕﱺ ﺑﲐﻬﲌﻢ ﻣﱱﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻬﱹﺰﲌﺀﱨﻭﻥﱧ ﳁﳅﳊﳀ
  1. Kerana pada masa mereka didatangi oleh Rasul-rasul yang diutus kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan (untuk menyelamatkan mereka, mereka mengejek-ejeknya, dan) mereka bergembira dengan pengetahuan yang ada pada mereka (yang mengenai keduniaan semata-mata); dan dengan yang demikian mereka pun diliputi oleh azab yang mereka ejek-ejek dahulu.
ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﺭﱺﺃﱁﻭﱹﺍﲯ ﺑﱧﺄﱀﺳﱺﻨﱧﺎ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱱﺎ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺣﱹﺪﱺﻩﱨﲵ ﻭﱺﻛﱔﻔﱁﺮﱹﻧﱧﺎ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻣﱨﺸﱓﺮﲌﻛﲔﻴﻦﱺ ﳁﳆﳊﳀ
  1. Maka ketika mereka melihat azab Kami, mereka berkata: "Kami beriman kepada Allah semata-mata, dan kami kufur ingkar kepada benda-benda yang dengan sebabnya kami menjadi musyrik".
ﻓﱁﻠﱁﻢﱦ ﻳﱧﻚﱕ ﻳﱧﻨﻔﱁﻌﱨﻬﱻﻢﱦ ﺇﲐﻳﻤﱧ﮳ﻨﱨﻬﱻﻢﱦ ﻟﱁﻤﱱﺎ ﺭﱺﺃﱁﻭﱹﺍﲯ ﺑﱧﺄﱀﺳﱺﻨﱧﺎﲨ ﺳﱻﻨﱱﺖﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰ ﻗﱁﺪﱹ ﺧﱺﻠﱁﺖﱹ ﻓﲘﻰ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﲘﻩﲘﲶﲨ ﻭﱺﺧﱺﺴﲔﺮﱺ ﻫﱻﻨﱧﺎﻟﲘﻚﱔ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳇﳊﳀ
  1. Maka iman yang mereka katakan semasa melihat azab Kami, tidak berguna lagi kepada mereka; yang demikian adalah menurut "Sunnatullah" (undang-undang peraturan Allah) yang telah berlaku kepada hamba-hambaNya. Dan pada saat itu rugilah orang-orang yang kufur ingkar.
ﺣﻢﳒ ﳁﳃﳀ
  1. Haa, Miim
ﺗﱧﻨﺰﲌﻳﻞﱙ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﲌ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﲌ ﳁﳄﳀ
  1. Turunnya Kitab ini dari Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
ﻛﲔﺘﱧ﮳ﺐﱿ ﻓﱂﺼﲃﲔﻠﱁﺖﱹ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﱨﻪﱨﲵ ﻗﱂﺮﱹﺀﱧﺍﻧﱩﺎ ﻋﱺﺮﱺﺑﲐﻴﱵﺎ ﻟﱊﲘﻘﱁﻮﱹﻡﲎ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳅﳀ
  1. Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya.
ﺑﱧﺸﲔﻴﺮﱾﺍ ﻭﱺﻧﱧﺬﲘﻳﺮﱾﺍ ﻓﱁﺄﱁﻋﱹﺮﱺﺽﱺ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱻﻫﱻﻢﱦ ﻓﱁﻬﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹﻤﱧﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳀ
  1. Ia membawa berita yang mengembirakan (bagi orang-orang yang beriman) dan membawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar); dalam pada itu kebanyakan mereka berpaling ingkar (tidak mahu mengetahui dan memahaminya), maka dengan sebab itu mereka tidak menerima dan tidak mematuhinya.
ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﱨﻨﱧﺎ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱁﻛﲔﻨﱱﺔﲚ ﻣﱰﲘﻤﱱﺎ ﺗﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻧﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﻭﱺﻓﲘﻰﳒ ﺀﱧﺍﺫﱧﺍﻧﲘﻨﱧﺎ ﻭﱺﻗﱀﺮﱿ ﻭﱺﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻴﱦﻨﲘﻨﱧﺎ ﻭﱺﺑﱧﻴﱦﻨﲘﻚﱔ ﺣﲔﺠﱺﺎﺏﱿ ﻓﱁﭑﻋﱹﻤﱧﻞﱓ ﺇﲐﻧﱱﻨﱧﺎ ﻋﱺ﮳ﻤﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳇﳀ
  1. Dan mereka berkata: "Hati kami dalam tutupan yang berlapis-lapis (menghalang kami) daripada memahami apa yang engkau serukan kami kepadanya, dan pada telinga kami penyumbat (menjadikan kami tidak dapat mendengarnya), serta di antara kami denganmu ada sekatan (yang memisahkan fahaman kita); oleh itu, bekerjalah engkau (untuk ugamamu), sesungguhnya kami juga tetap bekerja (untuk mempertahankan kepercayaan kami)! "
ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺂ ﺃﱁﻧﱧﺎﲰ ﺑﱧﺸﱔﺮﱿ ﻣﱰﲘﺜﱀﻠﱂﻜﱕﻢﱦ ﻳﱨﻮﺣﱺﻰ﮵ ﺇﲐﻟﱁﻰﲄ ﺃﱁﻧﱱﻤﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻬﱻﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱬ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﱿ ﻓﱁﭑﺳﱹﺘﱧﻘﲘﻴﻤﱨﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﻭﱺﭐﺳﱹﺘﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱻﻭﻩﱨﲩ ﻭﱺﻭﱺﻳﱦﻞﱙ ﻟﱊﲘﻠﱀﻤﱨﺸﱓﺮﲌﻛﲔﻴﻦﱺ ﳁﳈﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang Satu; maka hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredaanNya), serta pohonlah kepadaNya mengampuni (dosa-dosa kamu yang telah lalu). Dan (ingatlah), kecelakaan besar bagi orang-orang yang mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain),
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺆﱹﺗﱨﻮﻥﱧ ﭐﻟﺰﲄﻛﱔﻮﳎﺓﱧ ﻭﱺﻫﱻﻢ ﺑﲐﭑﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﻫﱻﻢﱦ ﻛﱔ﮳ﻔﲘﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳉﳀ
  1. "Iaitu orang-orang yang tidak memberi zakat (untuk membersihkan jiwa dan hartabendanya) dan mereka pula kufur ingkar akan adanya hari akhirat".
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱺ﮳ﺖﲔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺟﱹﺮﱽ ﻏﱔﻴﱦﺮﱻ ﻣﱧﻤﱦﻨﱨﻮﻥﲎ ﳁﳊﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, mereka beroleh balasan pahala yang tidak putus-putus.
ﲿ ﻗﱂﻞﱓ ﺃﱁﴢﲐﻨﱱﻜﱕﻢﱦ ﻟﱁﺘﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱻﻭﻥﱧ ﺑﲐﭑﻟﱋﺬﲘﻯ ﺧﱺﻠﱁﻖﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﻓﲘﻰ ﻳﱧﻮﱹﻣﱧﻴﱦﻦﲌ ﻭﱺﺗﱧﺠﱹﻌﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﻟﱁﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﻧﺪﱺﺍﺩﱫﺍﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺭﱺﺏﲅ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya tidak patut kamu kufur kepada Tuhan yang menciptakan bumi dalam dua masa, dan kamu adakan sekutu-sekutu bagiNya! Yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan sekalian alam,
ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺭﱺﻭﱺ﮴ﺳﲔﻰﱺ ﻣﲘﻦ ﻓﱁﻮﱹﻗﲘﻬﱺﺎ ﻭﱺﺑﱧ﮳ﺮﱺﻙﱔ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻭﱺﻗﱁﺪﲄﺭﱺ ﻓﲘﻴﻬﱺﺂ ﺃﱁﻗﱀﻮﱺ﮴ﺗﱧﻬﱺﺎ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱁﺭﱹﺑﱧﻌﱧﺔﲘ ﺃﱁﻳﱱﺎﻡﲎ ﺳﱺﻮﱺﺁﺀﱫ ﻟﱊﲘﻠﺴﲄﺂﴢﲐﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳃﳀ
  1. Dan Ia menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya (tersergam tinggi) di atasnya, serta Ia melimpahkan berkat padanya, dan Ia menentukan ada padaNya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan dikehendaki oleh keadaan mereka; (semuanya itu berlaku) dalam empat masa.
ﺛﱂﻢﱱ ﭐﺳﱹﺘﱧﻮﱺﻯ﮵ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﻭﱺﻫﲔﻰﱺ ﺩﱨﺧﱺﺎﻥﱬ ﻓﱁﻘﱁﺎﻝﱔ ﻟﱁﻬﱺﺎ ﻭﱺﻟﲘﵝﱀﵘﱁﺭﱹﺽﲜ ﭐﺋﱦﺘﲘﻴﱧﺎ ﻃﱔﻮﱹﻋﱼﺎ ﺃﱁﻭﱹ ﻛﱔﺮﱹﻫﱾﺎ ﻗﱁﺎﻟﱁﺘﱧﺂ ﺃﱁﺗﱧﻴﱦﻨﱧﺎ ﻃﱔﺂﴢﲐﻌﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳃﳀ
  1. Kemudian Ia menunjukkan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Ia berfirman kepadanya dan kepada bumi: "Turutlah kamu berdua akan perintahKu, sama ada dengan sukarela atau dengan paksa!" Keduanya menjawab: "Kami berdua sedia menurut - patuh dengan sukarela"
ﻓﱁﻘﱁﻀﱺﯩﳎﻬﱻﻦﲄ ﺳﱺﺒﱦﻊﱧ ﺳﱺﻤﱧ﮳ﻮﱺﺍﺕﲖ ﻓﲘﻰ ﻳﱧﻮﱹﻣﱧﻴﱦﻦﲌ ﻭﱺﺃﱁﻭﱹﺣﱺﻰﳎ ﻓﲘﻰ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺳﱺﻤﱧﺂﺀﲙ ﺃﱁﻣﱦﺮﱺﻫﱺﺎﲬ ﻭﱺﺯﱺﻳﱱﻨﱱﺎ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﱧ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﺑﲐﻤﱧﺼﱺ﮳ﺒﲐﻴﺢﱺ ﻭﱺﺣﲔﻔﱀﻈﱘﺎﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺗﱧﻘﱀﺪﲘﻳﺮﱻ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧﻠﲘﻴﻢﲌ ﳁﳄﳃﳀ
  1. Lalu Ia menjadikannya tujuh langit, dalam dua masa; dan Ia memberitahu kepada tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing. Dan Kami hiasi langit yang dekat (pada pandangan mata penduduk bumi) dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang serta memelihara langit itu dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.
ﻓﱁﺈﲐﻥﱦ ﺃﱁﻋﱹﺮﱺﺿﱻﻮﺍﲯ ﻓﱁﻘﱂﻞﱓ ﺃﱁﻧﺬﱔﺭﱹﺗﱨﻜﱕﻢﱦ ﺻﱺ﮳ﻌﲘﻘﱁﺔﱅ ﻣﱰﲘﺜﱀﻞﱔ ﺻﱺ﮳ﻌﲘﻘﱁﺔﲘ ﻋﱺﺎﺩﲚ ﻭﱺﺛﱁﻤﱨﻮﺩﱧ ﳁﳅﳃﳀ
  1. Oleh itu, kalau mereka (yang musyrik) berpaling (daripada mengesakan Allah dan menurut jalan yang lurus), maka katakanlah (wahai Muhammad): "Aku memberi amaran kepada kamu dengan (azab yang dahsyat, iaitu) petir, seperti petir yang telah menyambar kaum Aad dan kaum Thamud!"
ﺇﲐﺫﱦ ﺟﱺﺂﺀﱧﺗﱦﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﺮﲅﺳﱻﻞﱕ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻴﱦﻦﲌ ﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻳﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻣﲘﻦﱹ ﺧﱺﻠﱀﻔﲘﻬﲌﻢﱦ ﺃﱁﵖﱞﵐ ﺗﱧﻌﱦﺒﱨﺪﱻﻭﳒﺍﲯ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﴦﴥﴤﱧﲨ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻟﱁﻮﱹ ﺷﱔﺂﺀﱧ ﺭﱺﺑﱲﻨﱧﺎ ﵖﱔﵑﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﻣﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﱅ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﺎ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺃﱂﺭﱹﺳﲔﻠﱀﺘﱨﻢ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻛﱔ﮳ﻔﲘﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳆﳃﳀ
  1. (Mereka ditimpa azab itu) kerana semasa mereka didatangi Rasul-rasul (memberikan berbagai penjelasan) mengenai keadaan hidup mereka di dunia dan di akhirat (sambil melarang mereka): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah", mereka menjawab: "Jika Tuhan kami hendak (mengutus Rasul-rasul) tentulah Ia akan menurunkan malaikat; oleh itu sesungguhnya kami kufur ingkar akan apa yang (kamu katakan): kamu diutus membawanya!"
ﻓﱁﺄﱁﻣﱱﺎ ﻋﱺﺎﺩﱬ ﻓﱁﭑﺳﱹﺘﱧﻜﱓﺒﱧﺮﱻﻭﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺑﲐﻐﱧﻴﱦﺮﲌ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻣﱧﻦﱹ ﺃﱁﺷﱔﺪﲅ ﻣﲘﻨﱱﺎ ﻗﱂﻮﲄﺓﱩﲨ ﺃﱁﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﺮﱺﻭﱹﺍﲯ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺧﱺﻠﱁﻘﱁﻬﱻﻢﱦ ﻫﱻﻮﱺ ﺃﱁﺷﱔﺪﲅ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻗﱂﻮﲄﺓﱫﲨ ﻭﱺﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺎ ﻳﱧﺠﱹﺤﱺﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳇﳃﳀ
  1. Adapun kaum Aad, maka mereka berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar, serta berkata: "Siapakah yang lebih kuat dari kami?" Dan (mengapa mereka bersikap demikian?) Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka (dari tiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatanNya dari mereka? Dan sememangnya mereka sengaja mengingkari tanda-tanda kekuatan Kami (sedang mereka sedia mengetahuinya).
ﻓﱁﺄﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺭﲌﻳﺤﱾﺎ ﺻﱺﺮﱹﺻﱺﺮﱾﺍ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱁﻳﱱﺎﻡﲎ ﻧﱱﺤﲔﺴﱺﺎﺕﲖ ﻟﱊﲘﻨﱨﺬﲘﻳﻘﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱺ ﭐﻟﱀﺨﲔﺰﱹﻯﲌ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺤﱺﻴﱧﻮﳎﺓﲘ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎﲨ ﻭﱺﻟﱁﻌﱧﺬﱔﺍﺏﱻ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﺃﱁﺧﱹﺰﱺﻯﳎﲨ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﻨﺼﱺﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳈﳃﳀ
  1. Lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang dalam beberapa hari yang nahas malang, kerana Kami hendak merasakan mereka azab seksa yang menghina dalam kehidupan dunia; dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat lebih besar kehinaannya; sedang mereka tidak diberikan pertolongan (menghindarkan azab itu).
ﻭﱺﺃﱁﻣﱱﺎ ﺛﱁﻤﱨﻮﺩﱨ ﻓﱁﻬﱺﺪﱺﻳﱦﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﭑﺳﱹﺘﱧﺤﱺﺒﱲﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻌﱧﻤﱧﻰﳎ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻬﱻﺪﱺﻯﳎ ﻓﱁﺄﱁﺧﱺﺬﱔﺗﱦﻬﱻﻢﱦ ﺻﱺ﮳ﻌﲘﻘﱁﺔﱂ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﲌ ﭐﻟﱀﻬﱻﻮﻥﲌ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻜﱓﺴﲔﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳉﳃﳀ
  1. Adapun kaum Thamud, maka Kami beri petunjuk kepadanya, lalu mereka mengutamakan kesesatan dari hidayah petunjuk; mereka pun disambar oleh petir azab yang menghina dengan sebab apa yang mereka telah lakukan.
ﻭﱺﻧﱧﺠﲄﻴﱦﻨﱧﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﺘﱱﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳊﳃﳀ
  1. Dan Kami selamatkan orang-orang yang beriman serta mereka tetap bertaqwa.
ﻭﱺﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﻳﱨﺤﱹﺸﱔﺮﱻ ﺃﱁﻋﱹﺪﱺﺁﺀﱨ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﻓﱁﻬﱻﻢﱦ ﻳﱨﻮﺯﱺﻋﱻﻮﻥﱧ ﳁﳋﳃﳀ
  1. Dan (ingatlah) hari dihimpun musuh-musuh Allah untuk dibawa ke neraka, lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanannya masing-masing.
ﺣﱺﺘﱱﻰ﮵ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﻣﱧﺎ ﺟﱺﺂﺀﱨﻭﻫﱺﺎ ﺷﱔﻬﲌﺪﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺳﱺﻤﱦﻌﱨﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﺑﱦﺼﱺ﮳ﺮﱻﻫﱻﻢﱦ ﻭﱺﺟﱻﻠﱂﻮﺩﱨﻫﱻﻢ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳂﳄﳀ
  1. Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, (maka) pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah kerjakan.
ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻟﲘﺠﱻﻠﱂﻮﺩﲘﻫﲔﻢﱦ ﻟﲘﻢﱧ ﺷﱔﻬﲌﺪﺗﱲﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻨﱧﺎﲨ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﻄﱔﻘﱁﻨﱧﺎ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯﳒ ﺃﱁﻧﻄﱔﻖﱺ ﻛﱕﻞﱞ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚﲬ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﺧﱺﻠﱁﻘﱁﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻭﲄﻝﱔ ﻣﱧﺮﲄﺓﲚ ﻭﱺﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﺗﱨﺮﱹﺟﱺﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳄﳀ
  1. Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" Kulit-kulit badan mereka menjawab: "Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata - telah menjadikan kami dapat berkata-kata; dan Dia lah yang menciptakan kamu pada mulanya, dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan).
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﺴﱹﺘﱧﺘﲘﺮﱻﻭﻥﱧ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺸﱓﻬﱺﺪﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﺳﱺﻤﱦﻌﱨﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵓ ﺃﱁﺑﱦﺼﱺ﮳ﺮﱻﻛﱕﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺟﱻﻠﱂﻮﺩﱨﻛﱕﻢﱦ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦ ﻇﱔﻨﱧﻨﺘﱨﻢﱦ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍ ﻣﱰﲘﻤﱱﺎ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳄﳄﳀ
  1. "Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu) bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dosa yang kamu lakukan (secara bersembunyi itu).
ﻭﱺﺫﱧ﮴ﻟﲘﻜﱕﻢﱦ ﻇﱔﻨﱲﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻇﱔﻨﱧﻨﺘﱨﻢ ﺑﲐﺮﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﺭﱹﺩﱧﯨﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﺄﱁﺻﱹﺒﱧﺤﱹﺘﱨﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺨﱺ﮳ﺴﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳅﳄﳀ
  1. "Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu; (dengan sangkaan kamu yang salah itu) maka menjadilah kamu dari orang-orang yang rugi!"
ﻓﱁﺈﲐﻥ ﻳﱧﺼﱹﺒﲐﺮﱻﻭﺍﲯ ﻓﱁﭑﻟﻨﱱﺎﺭﱻ ﻣﱧﺜﱀﻮﱾﻯ ﻟﱋﻬﱻﻢﱦﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻌﱦﺘﲘﺒﱨﻮﺍﲯ ﻓﱁﻤﱧﺎ ﻫﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﻌﱦﺘﱧﺒﲐﻴﻦﱺ ﳁﳆﳄﳀ
  1. Oleh itu, sama ada mereka bersabar menderita azab atau sebaliknya (maka sama sahaja) kerana nerakalah tempat tinggal mereka; dan jika mereka memohon peluang untuk mendapat keredaan Allah, maka mereka bukanlah lagi dari orang-orang yang diterima permohonannya.
ﲿ ﻭﱺﻗﱁﻴﱱﻀﱹﻨﱧﺎ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻗﱂﺮﱺﻧﱧﺂﺀﱧ ﻓﱁﺰﱺﻳﱱﻨﱨﻮﺍﲯ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱱﺎ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻳﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺧﱺﻠﱀﻔﱁﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﺣﱺﻖﲄ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱨ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻝﱕ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱂﻣﱧﻢﲎ ﻗﱁﺪﱹ ﺧﱺﻠﱁﺖﱹ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻬﲌﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺠﲌﻦﲃﲌ ﻭﱺﭐﵖﱓﵒﻧﺲﲜﲨ ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﺧﱺ﮳ﺴﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳇﳄﳀ
  1. Dan Kami adakan untuk mereka teman-teman rapat (dari jin dan manusia), lalu teman-teman itu memperhiaskan kepada mereka (fahaman-fahaman sesat) mengenai perkara-perkara dunia yang ada di hadapan mereka, serta perkara-perkara akhirat yang ada di belakang mereka; dan (dengan sebab itu) tetaplah hukuman (azab) atas mereka bersama-sama dengan umat umat (yang sesat) dari jin dan manusia yang terdahulu daripada mereka. Sesungguhnya mereka semuanya adalah golongan yang rugi (bawaan hidupnya).
ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﺴﱹﻤﱧﻌﱨﻮﺍﲯ ﻟﲘﻬﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﭐﻟﱀﻘﱂﺮﱹﺀﱧﺍﻥﲌ ﻭﱺﭐﻟﱀﻐﱧﻮﱹﺍﲯ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﻐﱦﻠﲘﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳄﳀ
  1. Dan orang-orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar Al-Quran ini dan tentanglah dia (dengan nyayian-nyanyian dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk sorak), supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya)!"
ﻓﱁﻠﱁﻨﱨﺬﲘﻳﻘﱁﻦﲄ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻋﱺﺬﱔﺍﺑﱫﺎ ﺷﱔﺪﲘﻳﺪﱾﺍ ﻭﱺﻟﱁﻨﱧﺠﱹﺰﲌﻳﱧﻨﱱﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺳﱹﻮﱺﺃﱁ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳉﳄﳀ
  1. Maka, demi sesungguhnya! Kami akan merasakan orang-orang yang kafir itu azab seksa yang seberat-beratnya, dan Kami akan membalas mereka dengan seburuk-buruk balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan.
ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺟﱺﺰﱺﺁﺀﱨ ﺃﱁﻋﱹﺪﱺﺁﺀﲘ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﱻﲨ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺩﱧﺍﺭﱻ ﭐﻟﱀﺨﱻﻠﱀﺪﲘ ﺟﱺﺰﱺﺁﺀﱭ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺎ ﻳﱧﺠﱹﺤﱺﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳊﳄﳀ
  1. Demikianlah keadaannya balasan musuh-musuh Allah iaitu neraka; disediakan untuk mereka tempat tinggal yang kekal didalamnya, sebagai balasan bagi perbuatan mereka sentiasa mengingkari ayat-ayat Kami.
ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺂ ﺃﱁﺭﲌﻧﱧﺎ ﭐﻟﱋﺬﱔﻳﱦﻦﲌ ﺃﱁﺿﱺﵝﱋﵗﻧﱧﺎ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺠﲌﻦﲃﲌ ﻭﱺﭐﵖﱓﵒﻧﺲﲜ ﻧﱧﺠﱹﻌﱧﻠﱀﻬﱻﻤﱧﺎ ﺗﱧﺤﱹﺖﱺ ﺃﱁﻗﱀﺪﱺﺍﻣﲘﻨﱧﺎ ﻟﲘﻴﱧﻜﱕﻮﻧﱧﺎ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﺳﱹﻔﱁﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳄﳀ
  1. Dan orang-orang yang kafir berkata: "Wahai Tuhan kami! Perlihatkanlah kepada kami dua golongan yang telah menyesatkan kami dari jin dan manusia, untuk kami meletakkan mereka di bawah tapak kaki kami, supaya mereka menjadi golongan yang terkebawah dalam kehinaan".
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺭﱺﺑﱲﻨﱧﺎ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺛﱂﻢﱱ ﭐﺳﱹﺘﱧﻘﱁ﮳ﻤﱨﻮﺍﲯ ﺗﱧﺘﱧﻨﱧﺰﲄﻝﱕ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﱂ ﺃﱁﵖﱞﵐ ﺗﱧﺨﱺﺎﻓﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺤﱹﺰﱺﻧﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﺃﱁﺑﱦﺸﲔﺮﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐﭑﻟﱀﺠﱺﻨﱱﺔﲘ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱨﻮﻋﱺﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳅﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.
ﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﺃﱁﻭﱹﻟﲘﻴﱧﺂﺅﱻﻛﱕﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺤﱺﻴﱧﻮﳎﺓﲘ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﻭﱺﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘﲨ ﻭﱺﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻣﱧﺎ ﺗﱧﺸﱓﺘﱧﻬﲌﻰﳒ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱻﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻣﱧﺎ ﺗﱧﺪﲄﻋﱻﻮﻥﱧ ﳁﳃﳅﳀ
  1. "Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya.
ﻧﱨﺰﱻﵖﱘﵐ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﲎ ﺭﲄﺣﲔﻴﻢﲎ ﳁﳄﳅﳀ
  1. "(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani!"
ﻭﱺﻣﱧﻦﱹ ﺃﱁﺣﱹﺴﱺﻦﱻ ﻗﱁﻮﱹﵖﱘﵐ ﻣﱰﲘﻤﱱﻦ ﺩﱧﻋﱺﺂ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻞﱔ ﺻﱺ﮳ﻠﲘﺤﱾﺎ ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﺇﲐﻧﱱﻨﲘﻰ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺴﱹﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳅﳀ
  1. Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺴﱹﺘﱧﻮﲌﻯ ﭐﻟﱀﺤﱺﺴﱺﻨﱧﺔﱂ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﭐﻟﺴﲄﻴﱰﲐﺌﱧﺔﱂﲬ ﭐﺩﱦﻓﱁﻊﱦ ﺑﲐﭑﻟﱋﺘﲘﻰ ﻫﲔﻰﱺ ﺃﱁﺣﱹﺴﱺﻦﱻ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻚﱔ ﻭﱺﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻪﱨﲵ ﻋﱺﺪﱺ﮴ﻭﱺﺓﱬ ﻛﱔﺄﱁﻧﱱﻪﱨﲵ ﻭﱺﻟﲘﻰﲇ ﺣﱺﻤﲘﻴﻢﱬ ﳁﳆﳅﳀ
  1. Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱨﻠﱁﻘﱋﯩﳎﻬﱺﺂ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺻﱺﺒﱧﺮﱻﻭﺍﲯ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱨﻠﱁﻘﱋﯩﳎﻬﱺﺂ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺫﱨﻭ ﺣﱺﻆﱝﲕ ﻋﱺﻈﲔﻴﻢﲎ ﳁﳇﳅﳀ
  1. Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat.
ﻭﱺﺇﲐﻣﱱﺎ ﻳﱧﻨﺰﱺﻏﱔﻨﱱﻚﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺸﱞﻴﱦﻄﱔ﮳ﻦﲌ ﻧﱧﺰﱹﻍﱆ ﻓﱁﭑﺳﱹﺘﱧﻌﲘﺬﱓ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘﲨ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﲘﻴﻊﱨ ﭐﻟﱀﻌﱧﻠﲘﻴﻢﱨ ﳁﳈﳅﳀ
  1. Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
ﻭﱺﻣﲘﻦﱹ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻪﲘ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﱕ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﻬﱺﺎﺭﱻ ﻭﱺﭐﻟﺸﱞﻤﱦﺲﱻ ﻭﱺﭐﻟﱀﻘﱁﻤﱧﺮﱻﲬ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﺴﱹﺠﱻﺪﱻﻭﺍﲯ ﻟﲘﻠﺸﱞﻤﱦﺲﲜ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻟﲘﻠﱀﻘﱁﻤﱧﺮﲌ ﻭﱺﭐﺳﱹﺠﱻﺪﱻﻭﺍﲯ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺧﱺﻠﱁﻘﱁﻬﱻﻦﲄ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺇﲐﻳﱱﺎﻩﱨ ﺗﱧﻌﱦﺒﱨﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳉﳅﳀ
  1. Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah.
ﻓﱁﺈﲐﻥﲌ ﭐﺳﱹﺘﱧﻜﱓﺒﱧﺮﱻﻭﺍﲯ ﻓﱁﭑﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﻳﱨﺴﱺﺒﱰﲐﺤﱻﻮﻥﱧ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﺑﲐﭑﻟﱋﻴﱦﻞﲌ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﻬﱺﺎﺭﲌ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹ﮲ﱧﻤﱨﻮﻥﱧ ﲹ ﳁﳊﳅﳀ
  1. Oleh itu, kalau mereka tetap ingkar dengan angkuhnya (daripada mematuhi perintah Allah dan mengesakanNya, maka tidaklah menjejaskan kebesaran Tuhan), kerana malaikat-malaikat yang ada di sisi Tuhanmu tetap bertasbih kepadaNya pada waktu malam dan siang, dengan tidak mereka merasa jemu.
ﻭﱺﻣﲘﻦﱹ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻪﲘﲶﳒ ﺃﱁﻧﱱﻚﱔ ﺗﱧﺮﱺﻯ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﺧﱺ﮳ﺸﲔﻌﱧﺔﱅ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺁ ﺃﱁﻧﺰﱺﻟﱀﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﱺﺎ ﭐﻟﱀﻤﱧﺂﺀﱧ ﭐﻫﱹﺘﱧﺰﲄﺕﱹ ﻭﱺﺭﱺﺑﱧﺖﱹﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯﳒ ﺃﱁﺣﱹﻴﱧﺎﻫﱺﺎ ﻟﱁﻤﱨﺤﱹﻰﲤ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺗﱧﻰ﮵ﲬ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻗﱁﺪﲘﻳﺮﱽ ﳁﳋﳅﳀ
  1. Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya, engkau melihat bumi kosong sepi (dalam keadaan kering dan tandus), maka apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya serta suburlah tanamannya. Sesungguhnya Allah yang menghidupkannya sudah tentu berkuasa menghidupkan makhluk-makhluk yang telah mati; sesungguhnya Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﻠﱀﺤﲔﺪﱻﻭﻥﱧ ﻓﲘﻰﳒ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺎ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺨﱹﻔﱁﻮﱹﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻨﱧﺂﲩ ﺃﱁﻓﱁﻤﱧﻦ ﻳﱨﻠﱀﻘﱁﻰﳎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﺧﱺﻴﱦﺮﱽ ﺃﱁﻡ ﻣﱱﻦ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻰﳒ ﺀﱧﺍﻣﲘﻨﱫﺎ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘﲬ ﭐﻋﱹﻤﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﻣﱧﺎ ﺷﲔﺌﱦﺘﱨﻢﱦ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﺑﱧﺼﲔﻴﺮﱽ ﳁﳂﳆﳀ
  1. Sebenarnya orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar mengenai ayat-ayat keterangan Kami, tidak terselindung keadaan mereka dari (pengetahuan) Kami. (Kalau sudah demikian), maka adakah orang yang dihumbankan ke dalam neraka lebih baik, atau orang yang datang dalam keadaan aman dan selamat pada hari kiamat? (Katakanlah kepada orang-orang yang menyeleweng itu): "Buatlah apa yang kamu suka, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan (dan akan membalasnya)".
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐﭑﻟﺬﱝﲘﻛﱓﺮﲌ ﻟﱁﻤﱱﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧﻫﱻﻢﱦﲨ ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻟﱁﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱽ ﻋﱺﺰﲌﻳﺰﱿ ﳁﳃﳆﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar terhadap Al-Quran ketika sampainya kepada mereka, (akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi); sedang Al-Quran itu, demi sesungguhnya sebuah Kitab Suci yang tidak dapat ditandingi,
ﵖﱞﵐ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻴﻪﲘ ﭐﻟﱀﺒﱧ﮳ﻄﲔﻞﱕ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻴﱦﻦﲌ ﻳﱧﺪﱺﻳﱦﻪﲘ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻣﲘﻦﱹ ﺧﱺﻠﱀﻔﲘﻪﲘﲶﲨ ﺗﱧﻨﺰﲌﻳﻞﱙ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺣﱺﻜﲔﻴﻢﲍ ﺣﱺﻤﲘﻴﺪﲚ ﳁﳄﳆﳀ
  1. Yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji.
ﻣﱱﺎ ﻳﱨﻘﱁﺎﻝﱕ ﻟﱁﻚﱔ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﺎ ﻗﱁﺪﱹ ﻗﲘﻴﻞﱔ ﻟﲘﻠﺮﲅﺳﱻﻞﲌ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻚﱔﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﺭﱺﺑﱱﻚﱔ ﻟﱁﺬﱕﻭ ﻣﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱺﺓﲚ ﻭﱺﺫﱨﻭ ﻋﲔﻘﱁﺎﺏﲍ ﺃﱁﻟﲘﻴﻢﲎ ﳁﳅﳆﳀ
  1. Apa yang dikatakan kepadamu (wahai Muhammad, dari celaan-celaan golongan yang ingkar, tidak lain) hanyalah seperti yang pernah dikatakan kepada Rasul-rasul yang terdahuhu daripadamu. (Oleh itu bersabarlah dengan cekal hati menghadapinya), sesungguhnya Tuhanmu berkuasa penuh melimpahkan keampunanNya (kepada orang-orang yang taat), dan berkuasa penuh menimpakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (kepada orang-orang yang ingkar).
ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﻗﱂﺮﱹﺀﱧﺍﻧﱩﺎ ﺃﱁﻋﱹﺠﱺﻤﲘﻴﱵﺎ ﻟﱋﻘﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻟﱁﻮﱹﵖﱔﵐ ﻓﱂﺼﲃﲔﻠﱁﺖﱹ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﱨﻪﱨﲵﳒﲨ ﺀﱧﺍﲼﻋﱹﺠﱺﻤﲘﻰﲉ ﻭﱺﻋﱺﺮﱺﺑﲐﻰﲉﲩ ﻗﱂﻞﱓ ﻫﱻﻮﱺ ﻟﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻫﱻﺪﱾﻯ ﻭﱺﺷﲔﻔﱁﺂﺀﱬﲬ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰﳒ ﺀﱧﺍﺫﱧﺍﻧﲘﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻗﱀﺮﱿ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻋﱺﻤﱩﻰﲬ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻳﱨﻨﱧﺎﺩﱧﻭﱹﻥﱧ ﻣﲘﻦ ﻣﱱﻜﱔﺎﻥﲏ ﺑﱧﻌﲘﻴﺪﲚ ﳁﳆﳆﳀ
  1. Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (AL-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu - (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)".
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧﺎ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻓﱁﭑﺧﱹﺘﱨﻠﲘﻒﱺ ﻓﲘﻴﻪﲘﲬ ﻭﱺﻟﱁﻮﱹﵖﱔﵐ ﻛﱔﻠﲘﻤﱧﺔﱆ ﺳﱺﺒﱧﻘﱁﺖﱹ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻚﱔ ﻟﱁﻘﱂﻀﲔﻰﱺ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢﱦﲬ ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻟﱁﻔﲘﻰ ﺷﱔﻚﱝﲖ ﻣﱰﲘﻨﱦﻪﱨ ﻣﱨﺮﲌﻳﺐﲎ ﳁﳇﳆﳀ
  1. Dan (janganlah engkau merasa kecewa wahai Muhammad tentang keingkaran kaummu, kerana) demi sesungguhnya! Kami telah memberi kepada Nabi Musa Kitab Taurat, lalu berlaku pertentangan mengenainya. Dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta merta kepada mereka. Dan sesungguhnya mereka (kaummu) masih menaruh syak yang meragukan tentang (kebenaran Al-Quran) itu.
ﻣﱱﻦﱹ ﻋﱺﻤﲘﻞﱔ ﺻﱺ﮳ﻠﲘﺤﱾﺎ ﻓﱁﻠﲘﻨﱧﻔﱀﺴﲔﻪﲘﲶﲨ ﻭﱺﻣﱧﻦﱹ ﺃﱁﺳﱺﺂﺀﱧ ﻓﱁﻌﱧﻠﱁﻴﱦﻬﱺﺎﲩ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺭﱺﺑﱲﻚﱔ ﺑﲐﻈﱔﻠﱋ﮳ﻢﲎ ﻟﱊﲘﻠﱀﻌﱧﺒﲐﻴﺪﲘ ﳁﳈﳆﳀ
  1. Sesiapa yang mengerjakan amal soleh maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya.